Showing posts with label cancer. Show all posts
Showing posts with label cancer. Show all posts





15 September merupakan Hari Kesedaran Limfoma Sedunia yang disambut setiap tahun.

Apa itu kanser limfoma❓Kanser limfoma adalah kanser darah yang terjadi apabila sel limfosit (sel darah putih) membiak di luar kawal.

Gejala utamanya adalah benjolan di leher, ketiak atau pangkal leher selain daripada demam berpanjangan, hilang selera makan, hilang berat badan serta ruam dan kegatalan kulit. 


Kenali tanda dan gejala. Pengesanan awal boleh menyelamatkan anda.

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.  

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.

Kanser limfoma terjadi apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit limfoma. Rawatan bagi kanser limfoma adalah berbeza antara pesakit bergantung pada jenis dan tahap limfoma, umur serta status fizikal pesakit.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor perubatan jika menunjukkan gejala kanser limfoma agar dapat dikesan dan dirawat dengan segera bagi meningkatkan peluang penyembuhan.


https://x.com/KKMPutrajaya/



"Not much people enjoy work but when it's for the sake of Allah and you built it with your heart and soul purely for the sake of Allah you smile from ear to ear." - Ali Banat.
Ali Banat

Ali Banat, berusia 36 tahun (lahir 16 Februari 1982) berasal dari Sydney, Australia. Isterinya bernama Irina Moises.

Pada Julai 2015, ketika minum teh beliau nampak sesuatu pada lidahnya. Beliau telah berjuma doktor dan beliau disahkan menghidap kanser ACC (Adenoid Cystic Carcinoma), kanser kelenjar air liur tahap 4. Hidupnya berubah. Daripada seorang pemuda kaya, ada rumah dan kereta mewah serta perniagaan yang hebat, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya utuk membantu orang lain. Pada asalnya beliau terkejut. Namun itu tidak lama. Beliau tidak melihat sakitnya sebagai alasan utuk beliau terus jatuh, namun bangkit pula untuk membantu dan menggembirakan orang lain.

Baginya sakit  adalah "hadiah" daripada Allah.
Ali Banat; Gifted with cancer



Beliau menggantikan semua kemewahan dunia dengan akhirat. Beliau telah menjual perniagaannya dan menggembara ke Afrika. Di sana beliau telah membina masjid bersama dengan sekolah untuk anak-anak yatim. Ali Banat juga telah membangun dan mengasaskan projek Muslims Around The World (MATW). Moga pengorbanan dan amal beliau diberkati Allah.

Instagram MATW: @matw_project
Jika mahu menyumbang: Gofundme
Laman web rasmi Muslims  Around The World (MATW): www.matwproject.org

Doktor menjangkakan hayatnya 7 bulan sahaja, namun beliau hidup lebih 2 tahun daripada tempoh itu. Pada 29 Mei 2018 yang lalu, beliau telah meninggal dunia, satu dunia mendoakan beliau. Mudah-mudahan kitapun mati dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik). Insya-Allah.

Pesanan & mesej terakhir Ali Banat:




*****

Razan Ashraf Najjar 

Gambar: aqsasyarif.org.my
Manakala Razan Ashraf Najjar pula, seorang pegawai perubatan yang manis; berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a. 

Razan pernah berkata, "Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan."

"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka."

Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta. - (Sumber: Facebook Aqsa Syarif)


*****

Salah satu cara, jika mahu derma untuk Palestin:
Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ 
Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan 
Maybank Islamic : 5642-5856-0698 
Bank Islam : 1209-20100-34904 
CIMB Islamic: 8602 135 592 
JomPAY Biller Code: 6197

Moga keduanya dirahmati dan mampu menjadi motivasi untuk kita semua.  Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih bermanfaat, insya-Allah!


Antara rujukan:



Baru-baru ini penyanyi Malaysia, Elyana telah mengejutkan ramai pihak dengan pengumumannya di sebuah rancangan siaran langsung tentang pengakuannya menghidap kanser limfoma tahap 4 (selama 7 tahun). Malahan kita juga sebelum ini telah dimaklumkan Ustaz Hanafiah, pendakwah yang kita sayangi menghidap sakit yang sama, tak ketinggalan anak Bazli UNIC; allahyarham adik Syahid juga penghidap sakit limfoma.

Jadi saya terpanggil untuk berkongsian pengeteahuan saudara Mohd Hanif (seorang penasihat takaful) di facebook mengenai kanser ini.




Apa itu kanser Limfoma (Lymphoma) (dikenali juga sebagai Kanser Kalenjar)?

Kanser kalenjar atau lebih dikenali sebagai Lymphoma. Ia adalah merupakan kanser kalenjar darah yang mana sel darah putih lymphocytes akan menggandakan bilangannya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Pesakit lymphoma juga akan mengalami bengkak pada kalenjar nodus lima di leher, ketiak dan celah kelengkang.

Kalenjar nodus limfa ini akan membengkak kerana terdapat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam tubuh. Ia juga akan menyebabkan sel-sel darah putih lymphocytes tidak normal akan berkumpul di bahagian tersebut dan membentuk bengkakkan kanser.

Sel-sel kanser ini akan merebak ke seluruh tubuh dan mengganggu bekalan oksigen dan nutrien

(Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.).

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk?

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.

Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma
  • Warga tua
  • Lelaki
  • Mengahadapi masalah auto-imun
  • Pengidap HIV/AIDS
  • Banyak memakan daging merah dan lemak
  • Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda-Tanda / Simptom Kanser Limfoma
  • Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
  • Demam
  • Badan menjadi lemah dan keletihan
  • Hilang berat badan
  • Sentiasa berpeluh
  • Sukar benafas dan sering sakit dada
  • Gatal gatal pada kulit
  • Ruam kulit
Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat?
  • Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji.
  • Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami.
Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.

Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-
  • Kimoterapi dan radioterapi ke kawasan sakit
  • Terapi biologi - contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
  • Rawatan Stem Cell
Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakkan?

Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan. Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.

Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.

- Ucapan Ustaz Hanafiah yang juga pengidap kanser limfoma - https://www.facebook.com/ustazhanafiah/posts/1675850262435077
Jika perlukan bantuan dan pendapat berhubung kanser boleh rujuk:
Untuk rawatan:

PUTRAJAYA:
Institut Kanser Negara (National Cancer Institute)
Kementerian Kesihatan Malaysia

No. 4, Jalan P7, Presint 7,
62250 Putrajaya.

Tel : 03-8892 5555
Faks: 03-8892 5588
Emel: ncipro@nci.gov.my
URL: http://nci.moh.gov.my

Pengarah: Dr. Asmayani binti Khalib

JOHOR:

KOMPLEKS ONKOLOGI YAYASAN TUNKU LAKSAMANA JOHOR (KOYTLJ)
Persiaran Hospital Permai, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Phone: 07 356500 Ext. 1104 / 1120


Sekian perkongsian, moga bermanfaat. Apapun, jaga diri baik-baik; selalu.


Bacaan tambahan;
Tanda-tanda awal: http://www.remaja.my








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top