Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah adalah rancangan penuh islamik, pengisian dan refleksi berepisod ditayangkan di channel 125; Astro Naura. Setiap episod menampilkan topik, perkongsian dan tetamu undangan yang berbeza. Quran Tag dalam rancangan ini bermaksud ada ayat al-Quran yang dibaca serta ditandakan pada episod tersebut yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.

Ustazah Liyana Musfirah Anwar sangat dikenali di Singapura; sering berkongsi ilmu al-Quran dengan ramai pengikutnya di media sosial. Ayesha Syahira yang juga pengacara pula adalah seorang yang selalu ingin berdakwah dan berkongsi kebaikan kepada orang ramai.

Kali ini saya ingin kongsikan video Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah ketika Siti Nordiana menjadi tetamu jemputannya.


- "Nak kebaikan pada anak Nana, Nana kena mulakan dari diri Nana dulu."

- Nana ada baca buku La Tahzan kawan bagi. Help me a lot.

Quran tagging pada episod kali ini: 

1. Surah at-Taubah ayat 40 - Allah sentiasa bersama kita
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - (Maksud At-Taubah 9:40)
2. Surah Yusuf ayat 87 - Jangan putus asa. Susah sekali macam mana pun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Nikmat ujian itu menjadikan kita pada hari ini.
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"."- (Maksud Yusuf 12:87)
3. Surah al-Balad ayat 4 - kesenangan juga ujian
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);" - (Maksud Al-Balad 90:4)
(+) Ayat 155-157, surah al-Baqarah:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."- (Maksud Ayat 155-157 surah al-Baqarah)
- Kita akan ditakutkan / uji atau kekurangan dengan kelaparan, rezeki, nyawa, harta. Bagi siapa yang sabar ada berita gembira.

- Kesulitan ini benda biasa. Ujian akan Allah bagi pelbagai bentuk. Akan ada berita gembira.
- Siapa terkena musibah: Sebut Inalillah wa inna ilaihi rojiun.
- Allah sentiasa bersama kita.
- Ujian kita besar, ada ujian orang lagi besar.

Bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW.  Dan Nabi-Nabi lain. Jika mereka doa saja Tuhan boleh tarik balik ujian, tapi mereka sabar. Sebab tahu jika sabar, dapat berita gembira.

Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah
Siti Nordiana Alias
Moga perkongsian melalui rancangan ini, bermanfaat. Insya-Allah.

Instagram Ayesha Syahira: https://www.instagram.com/ayeshasyahira/
Instagram Ustazah Liyana Musfirah: https://www.instagram.com/liyanamusfira/
Instagram Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana/

Pautan lain yang berkenaan:
- Instagram Naurashares
- http://www.surah.my
- https://www.beritaharian.sg


 

Salam semua! Moga baik-baik saja semuanya. Bagaimana dengan percutian anda baru-baru ini? Atau adakah anda sedang merancang untuk pergi bercuti ke mana-mana tak lama lagi? Baik. Hari ini, artikel saya agak berbeza sikit. Saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya harap dapat membantu kita semua untuk mengenali airlines yang bakal kita pilih. Selalunya kita akan buat countdown tempat terbaik, bukan? Kini, kita akan buat countdown airlines terbaik pula. Jadi kalau korang tengah cari flights to Seoul ke, flights to Europe ke atau flights to ke mana-mana sekalipun, maklumat-maklumat ini pasti dapat membantu.

Mari kita mulakan!

Thai Airways

Ia antara syarikat penerbangan yang mula berkembang dari segi populariti dan kesetiaan dari para penumpangnya. Thai Airways merupakan syarikat penerbangan dari Thailand dan menyediakan penerbangan ke pelbagai destinasi sama ada domestik dan antarabangsa. Apa kelebihan Thai Airways booking? Ia menawarkan program frequent flyer yang merangkumi pelbagai faedah seperti tambahan elaun bagasi dan pakej percutian. Pesawat yang digunakan juga terdiri daripada pesawat berkuasa tinggi dengan keluasan ruang tempat duduk yang selesa untuk penumpang.

Singapore Airlines

Ia merupakan national carrier dari Singapura, iaitu negara jiran kita. Ia merupakan big player di kalangan syarikat penerbangan di Singapura. Hebat, bukan? Oleh kerana kejayaannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan yang efisien, Singapore Airlines telah menubuhkan anak syarikatnya, Scoot Airlines yang juga merupakan nama terkenal di Singapura. Singapore Airlines menawarkan perkhidmatan bertaraf tinggi oleh staf-staf mereka. Anda rasa lebih selesa dan dihormati sepanjang tempoh perjalanan anda dengan mereka.

Malaysia Airlines

MAS atau Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan negara. Ia antara syarikat penerbangan tertua di Malaysia. Walaupun ia sudah lama beroperasi di sini, namun, ia masih antara syarikat penerbangan yang digemari dan perkhidmatannya masih berfungsi dengan baik. Antara faedah yang boleh anda perolehi dengan menaiki MAS adalah pendaftaran awal daripada biasa, airport lounge dan banyak lagi. Sama seperti kejayaan Singapore Airlines, MAS juga telah mengembangkan rapport mereka dengan menubuhkan anak syarikat penerbangan yang juga sama popular, iaitu Firefly.

Firefly

Firefly merupakan anak syarikat penerbangan yang dimiliki oleh Malaysia Airlines atau MAS. Ia mula beroperasi sejak 2007 dan popularitinya terus berkembang sehingga kini. Kepada penumpang Firefly, anda tentu ketahui bahawa anda merupakan penerima kepada perkhidmatan kelas pertama mereka. Faedah menarik yang anda boleh perolehi apabila anda menerbang bersama Firefly termasuk promosi istimewa kepada hiburan-hiburan tertentu, diskaun menarik ke atas makanan dan minuman yang disediakan, pengutamaan dalam pendaftaran dan banyak lagi.

AirAsia

Ia merupakan pesaing terhebat di Malaysia dan menawarkan peluang kepada semua orang untuk terbang dengan mudah. AirAsia merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ia telah merevolusikan industri penerbangan dengan membuka peluang kepada semua orang tanpa kira status untuk bersama-sama menikmati pengalaman terbang ke tempat lain. Kini, AirAsia menjadi antara penerbangan kegemaran rakyat Malaysia.

Jadi, selamat memilih airlines yang terbaik untuk diri kita, keluarga mahupun kawan-kawan!





Heliza Helmi dan adiknya; Hazwani Helmi (Duo: The Helmis) muncul dengan lagu baru berjudul Ayat Cinta Dari Tuhan (ACDT). Selain bergerak sebagai penyanyi, pengacara dan usahawan, mereka berdua juga terlibat dengan misi kemanusiaan ke Syria #rescuesyria (www.tabungsyria.com).  

Jika mahu bantu boleh ke akaun:
Menerusi Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

- https://www.instagram.com/mapimofficial/

Ayat Cinta Dari Tuhan
The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)



Lirik lagu Ayat Cinta Dari Tuhan - Heliza Helmi & Hazwani Helmi

Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini

Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku, oh Tuhan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman

Hadirmu, sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu, aku malu
Tuhan kau perhatikan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan …


Lagu dan lirik: Hazwani Helmi

Dari kiri: Hazwani dan Heliza (Gambar: @hazwanihelmi)
Media sosial:
Instagram Heliza Helmi: https://www.instagram.com/nurhelizahelmi
Instagram Hazwani Helmi: https://www.instagram.com/hazwanihelmi

Instagram The Helmis FC: https://www.instagram.com/thehelmisfc





Al-Hidayah 2019 menampilkan artis & personaliti yang akan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. Mungkinkan amalan harian, kerja amal, doa, hubungannya sesama manusia dan hubungan dengan Allah yang membuatkan mereka berjaya. Saksikan Al Hidayah 2019 yang akan memberi inspirasi melalui perkongsian artis dan personaliti yang terpilih.

Untuk episod pada 11 Januari 2019 kali ini menampilkan artis manis Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah dengan tajuk "Hadiah Allah". Ardell yang juga seorng pelakon dan pengacara kini juga adalah seorang usahawan untuk perniagaannya iaitu @alwadelhijab & @anabofficial.
Gambar: @ardellaryana
Antara perkongsian Ardell dalam episod ini:

- Lagi banyak positif kita keluarkan, lagi banyak perkara positif orang bagi ke kita.
- Jika perkara baik, kita kongsi ke orang ramai.
- Bahagiakan orang lain, kita pun akan bahagia.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."(Maksud surah Al-An'aam ayat 125)
- Hidayah itu hadiah daripada Allah. Hidayah perlu dicari.
- "Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain (kongsi). Apa datang pada kita Allah bagi, apa yang Allah bagi tu kita kena kongsi."
- Bukan hijrah yang mudah. Banyak perkara kena harungi. 
- Ibu sumber inspirasi. Kekuatan ini saya ambil daripada mak saya. Ujian saya kecil sahaja berbanding mak, adik-beradik dan orang yang diduga lebih berat daripada saya. Mama tak pernah malu dengan saya, tak pernah putus asa dengan saya.
- Siti Nordiana inspirasi dalam saya menjaga aurat. 
- Allah dengar dan makbulkan doa pada masanya. Dalam solat sendiri ada doa dan kata-kata indah.
- Belajar agama perlu berguru., tak boleh sendiri, jika sendiri mungkin sesat.
- Jangan judge sebelum kita kenal.
- Di sebalik senyuman seseorang, kita tak tahu apa yang dia tanggung. 
- Saya tak nak sebab ujian ni, saya lukakan orang di sekeliling saya.
- Allah bagi kita sakit, tapi dia hapuskan dosa kita yang lepas.
- Boleh down, tapi jangan lama-lama.
- Setiap orang ujiannya berbeza.

"Mama harap Ardell  kuatkan semangat, Mama doakan agar Ardell sembuh sepenuhnya semula dan semoga ceria seperti dahulu. Mama sayang Ardell, Mama tak ada belah bagi semua enam enam anak. " - Mama Ardell.



Instagram Ardell Aryana: https://www.instagram.com/ardellaryana/

Buat Ardell, moga terus kuatkan semangat, teruskan beri yang terbaik dan moga dipermudahkan urusan Ardell sekeluarga di dunia dan juga di akhirat. Ameen. Teruskan berjuang!

"Hidayah adalah hadiah daripada Allah SWT dan saya salah seorang, yang Allah bagi hadiah." - Ardell Aryana.



Ini perkongsian soal jawab hukum berkaitan ibadah solat yang dikongsikan melalui facebook Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti Wilayah Persekutuan).
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 [1]. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984).
Jom kita  ulangkaji sama-sama.

Hukum tidak dapat membaca al-fatihah dengan baik di dalam solat


Hukum tidur selepas solat Subuh


Perkiraan hari dalam hukum solat musafir


Cara qadha solat yang tertinggal sewaktu musafir


Hukum solat di dalam kereta


Adakah darah yang sedikit membatalkan solat

 

Hukum terkena percikan air kencing


Hukum qadha solat sunat



 Hukum sendawa dalam solat

 

Hukum solat memakai singlet tanpa lengan



WANITA

Hukum wanita haid meninggalkan tawaf wada'


Bolehkah wanita istihadhah beriktikaf?


Sahkah solat seorang wanita tanpa memakai telekung?


Adakah kaki wanita aurat?

 

SOLAT BERJEMAAH

Banyak imam di Surau R&R dalam satu masa

 

Bilakah saf perlu dibentuk?

 

Bolehkah membaca al-Fatihah ketika imam sedang membacanya?


Wujudkah doa selepas iqamah?


Perlukah mengikut Imam Sujud Sahwi?


Makmum terlupa al-Fatihah ketika berjemaah


Solat fardu berimamkan solat sunat


Hukum solat Jumaat jika hari raya Eidulfitri berlaku pada hari Jumaat


Solat sunat Tahiyatul Masjid ketika imam mula solat fardhu


Makna lagha dalam khutbah Jumaat


Rujukan lain: Kisah Zakat Malaysia

Moga bermanfaat. Boleh rujuk di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan untuk lebih maklumat.

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan: http://www.muftiwp.gov.my/ms/
Album Infografik pelbagai hukum dan fatwa: http://bit.ly/albumphf 

Lain-lain: https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri



Melalui Majalah Solusi isu 73, perkongsian Ustaz Muhammad Luqman Makhtar serta juga sisipan Ezy Dakwah 35-37 (juga dalam Majalah Solusi), ada berkongsikan tentang amalan dan golongan pemberi syafaat di akhirat ini (pautan rujukan lain juga disiarkan di akhir artikel).

Apa itu syafaat?
*Syafaat dari sudut bahasa adalah lawan bagi witir iaitu menjadikan sesuatu yang ganjil kepada genap. Manakala dari sudut istilah pula adalah menjadi perantara bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudharat iaitu pemberi syafaat akan memberikan manfaat kepada orang yang diberi syafaat atau menolak mudharat untuknya. Dalam erti kata lain, syafaat juga bermaksud memohon perlindungan bagi orang lain. [Lihat: Mukhtasar al-fiqh al-Islami, 1/767]

Syafaat milik mutlak Allah 
Sifat pemaaf Allah sangat hebat. Kalau di dunia adanya taubat, di akhirat satu-satunya harapan ialah syafaat.

Di akhirat kelak Allah berfirman: "Para malaikat sudah memberi syafaat. Para nabi sudah memberi syafaat. Para orang beriman sudah memberi syafaat. Kini tiada siapa lagi yang belum melainkan Yang Paling Penyayang daripada yang penyayang." Lalu Allah mengambil segenggam daripada meraka maka dikeluarkanlah sebilangan ahlinya yang tidak pernah beramal kebaikan sedikitpun.

Ulama merumuskan bahawa syafaat hanya berlaku dengan memenuhi 3 syarat berikut:

1.Allah reda pihak yang ingin memberi syafaat

"Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya, dan kepada orang yang diredai perkataannya." (Terjemahan Taha 20:109) 

Syafaat ada dua: Umum (Diberikan oleh mana-mana hamba yang diredai Allah, ada syafaat daripada malaikat, para nabi, syuhada, mukmin bahkan amalan diri sendiri. Syaafaat mereka berbentuk Allah bebaskan orang tertentu daripada neraka). Khusus (Jenis-jenis syafaat yang diberikan oleh Nabi SAW seorang sahaja)

2. Allah reda pihak yang akan menerima syaafaat

"(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya." (Terjemahanan-Najm 53:26) 

-- Syafaat hanya untuk ahli tauhid 
-- Pelaku syirik haram syafaat
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Terjemahan An-Nisaa' 4:48)
-- Kafir haram (tidak akn dapat) syafaat
"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini". Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Terjemahan Al-Muddaththir 74:46-48)
-- Sekalipun khalilullah (teman rapat Allah maksudnya, gelaran buat Nabi ibrahim)

3. Allah izinkan pihak yang memberi syafaat memohon syafaat
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?" (Terjemahan Yunus 10:3)

Syafaat Nabi 

Kita akan melihat betapa istimewa kedudukan Baginda di sisi Allah apabila membincangkan soal syafaat:

Syafaat bersumberkan kasih Nabi

“Mudah-mudahan peruntukan untuk temanmu ini (merujuk kepada Baginda sendiri) di sisi Allah adalah lebih baik daripada kerajaan Sulaiman. Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan seorang Nabi pun melainkan diperuntukkan satu doa. Maka ada antara Nabi yang menggunakannya untuk dunia lalu diberikan. Ada juga yang menggunakannya sebagai doa kebinasaan atas kaumnya tatkala mereka ingkar justeru mereka hancur. Maka Allah juga memperuntukkan untukku doa namun aku simpan dahulu di sisi Allah untuk digunakan sebagai syafa'at buat umatku pada hari kiamat.”
-  Hadis Riwayat al-Hakim

Jenis-jenis syafaat Nabi

- Syafaat teragung (syafaat Nabi yang meminta Allah memulakan proses hisab di padang Mahsyar)
- Syafaat untuk masuk syurga (Khas buat ahli syurga)
- Syafaat untuk Abu Talib (Syaafaat untuk bapa saudara kesayangan Baginda)
- Syafaat untuk ahli neraka (membebaskan ahli tauhid dalam kalangan umatnya daripada ahli neraka; ada yang asalnya akan masuk neraka tapi tidak jadi, ada yang sudah masuk, dikeluarkan semula lalu dimasukkan ke syurga)

Tips mendapatkan syafaat:
  • Doa selepas azan
  • Perbanyakkan selawat
"Sesungguhnya orang yang paling berhak terhadapku (mendapat syafaat) pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku." (Riwayat al-Tirmizi)
  • Perbanyakkan solat sunat
Amalan dan golongan pemberi syafaat di akhirat

Pemberi syafaat di akhirat pula ialah orang tengah antara kita dengan Allah. Dia akan bercakap, memohon dan membela kita di hadapan Allah agar kita selamat dan akhirnya berjaya bergelar ahli syurga.
  • 1- Membaca al-Quran
“Bacalah al-Quran. Sesungguhnya pada hari kiamat kelak al-Quran akan menjadi pemberi syafa'at kepada teman-temannya.” - Hadis Riwayat Muslim.

Selain itu, Rasulullah SAW juga menceritakan tentang kelebihan membaca Surah al-Mulk:-
“Sesungguhnya ada satu Surah al-Quran, ayatnya memohon syafa'at buat seseorang hinggalah dia diampuni .Itulah Surah Tabarakallazi biyadihilmulk – Surah al-Mulk.” Hadis Riwayat al-Tirmizi.
  • 2- Ulama
“Tiga golongan yang akan memberi syafa'at pada hari kiamat nanti; para Nabi, kemudian ulama', kemudian para syuhada’.  Hadis Riwayat Ibn Majah.
  • 3 -Berpuasa
Ia seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW:-
“Puasa dan al-Quran akan memohon syafa'at untuk hamba pada hari Kiamat.
Puasa berkata:-
“Ya Tuhan, aku menghalangnya daripada makanan dan syahwat pada siang hari, maka perkenankan syafa'atku untuknya.”
Al-Quran pula berkata:-
“Aku menghalangnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankan syafa'atku untuknya.”

---- Hadis Riwayat Ahmad
  • 4 - Berjihad lalu Syahid
6 keistimewaan orang syahid

- Dia diampuni terus sebaik titisan darah pertamanya;

- Dapat melihat tempatnya di dalam syurga;

- Dipelihara daripada terkena azab kubur; dan aman daripada terlibat dalam kepanikan terdahsyat (mahsyar)

- Dipakaikan atas kepalanya mahkota ditatah delima yang lebih bernilai daripada dunia dan seisinya;

- Diperisterikan dengan 72 bidadari;

- Diperkenankan syafaatnya untuk 70 orang sanak saudaranya." (Riwayat al-Tirmizi)

  • 5 - Orang Soleh
“Sungguh akan ada yang masuk syurga dengan syafa'at seorang sahaja yang bukan Nabi pun, ramainya seperti dua perkampungan atau salah satu perkampungan suku Rabi’ah dan Mudhar.”- Hadis Riwayat Ahmad
  • 6 - Kaum Muslimin
“Tidak ada satu jenazah yang disolatkan oleh kaum Muslimin seramai 100 orang yang semuanya memohon syafa'at untuknya melainkan diperkenankan syafa'at mereka untuknya.”- Hadis Riwayat Muslim.
  • 7 - Jiran
“Tiada seorang pun Muslim yang meninggal dunia lalu empat orang ahli keluarga jiran-jirannya yang terdekat mengakui kebaikannya melainkan Allah akan menyeru:-

‘Aku terima kebaikannya yang kamu ketahui dan Aku ampunkan keburukannya yang kamu tidak ketahui.- Hadith Riwayat Ahmad
  • 8 - Menolong orang 
Dalam riwayat lain (hadis Rasulullah SAW), pada hari Kiamat nanti akan diaturkan ahli syurga dalam saf-saf. Lalu seorang ahli neraka terserempak dengan salah seorang ahli syurga tersebut. Ahli neraka itu pun berkata:- “Wahai saudara, tidakkah aku ingat suatu hari kamu meminta air lalu aku memberikan kepadamu?” Maka ahli syurga itu memohon syafa'at untuknya. 
Ada situasi lain, ahli neraka berkata: “Wahai saudara, tidakkah kamu ingat dahulu kamu pernah memohon sesuatu sekian daripadaku lalu aku bawakan untuk kamu?” Hadis Riwayat Ibn Majah.
  • 9 - Anak-anak
- Janin keguguran

Sabda Rasulullah SAW:-

“Demi yang nyawaku di tangan-Nya, sesungguhnya janin akan mengheret ibunya dengan tali pusat memasuki syurga sekiranya si ibu itu terhalang.”  Hadis Riwayat Ibn Majah

- Anak yang mati kecil 

Dahulu ada seorang sahabat yang sering menemui Nabi SAW sambil membawa anak lelakinya. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW menyedari ketiadaan budak itu.

Baginda SAW bertanya kepada sahabat yang lain:-
‘Apa cerita anak si dia?’
Mereka menjawab:-
“Wahai Rasulullah, anaknya telah meninggal dunia.”

Lantas Nabi SAW menemui ayah kepada budak itu, lalu bersabda:-
“Adakah kamu suka nanti, tiada mana-mana pintu syurga yang kamu akan masuk melainkan kamu mendapatinya (anak lelaki kamu) sedang menunggu kamu?”

Seorang sahabat lain yang mendengar terus bertanya:-
“Adakah hal itu khusus untuknya sahaja, atau untuk kami juga?”

Rasulullah SAW menjawab kembali:-
“Bahkan untuk kamu semua.”- Hadis Riwayat Ahmad

- Istighfar anak

Rasulullah SAW bersabda:-
“Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba soleh di dalam syurga. Maka dia bertanya:-

“Ya Tuhan, dari mana datang semua ini untukku?”

Allah SWT menjawab:-
“Hasil istighfar anakmu.”- Hadis Riwayat Ahmad
  • 10 - Malaikat
Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-“Maka Allah menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dengan rahmatnya. Kemudian diizinkan malaikat, para Nabi dan syuhada’ untuk memohon syafa'at lalu mereka memohonnya dan dikeluarkan (daripada neraka orang yang diizinkan permohonan syafa'at untuknya itu).”- Hadis Riwayat Ahmad.







22 Desember 2018 lagu ini tercipta, ‘Demi Tuhan, Aku Ikhlas’ adalah lagu yang bercerita tentang penguatan diri seseorang untuk kembali bangkit dari keterpurukannya karena ditinggalkan oleh orang yang dicintainya.

 Lirik lagu Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada Ft. Ifan Seventeen

Demi Tuhan sungguh berat aku lalui
Tanpa kamu, bersama denganmu
Sungguh sulit kumenolak
Untuk tak mengingat lagi
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama

Dan aku di sini patah hati tak bisa terima 
kepergianmu dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan kujalani hidup tanpa kamu

Demi Tuhan sungguh sungguh sangat beerti 
mengingatmu semua tentangmu
Sungguh sulit kumenolak untuk tak mengingat lagi 
semua kenangan yang kita lalui
Bersama

Dan aku di sini patah hati tak bisa terima 
kepergianmu dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan kujalani hidup tanpa kamu

 ......

Dan aku di sini patah hati tak bisa terima 
kepergianmu dan semua kenyataan ini

Dan aku di sini patah hati tak bisa terima 
kepergianmu dan semua kenyataan ini

Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan kuputuskan engkau, engkau kuikhlaskan

Demi Tuhan...


/////

Lagu: Mai & Rizal 
Lirik: Mai & Rizal
Keterlibatan Ifan sendiri dalam project lagu ini bertujuan sebagai cara kami di Armada untuk kembali membangkitkan semangatnya yang hampir padam setelah kejadian lalu. Lagu ini kami persembahkan untuk sahabat-sahabat kami, kakak kami, dan keluarga kami di Seventeen yang telah berpulang. 

Selain doa, hanya ini yg bisa kami persembahkan untuk para almarhum sebagai bentuk penghormatan dan cinta kami kepada Seventeen. Selain itu, kami pun berharap, dengan ‘kembali bernyanyinya' sang frontman Seventeen, Ifan (Riefian Fajarsyah) dengan lagu ini bisa menjadi bentuk ‘Ungkapan Kerinduan’ Ifan untuk teman-teman seperjuangannya di Seventeen, yang sekaligus menjadi ‘Obat Rindunya Ifan untuk sang istri tercinta, almarhumah Dylan Sahara. 

Lagu ini juga dipersembahkan untuk semua orang yang sedang berjuang untuk bangkit dari keterpurukannya setelah ditinggal oleh orang-orang yang dikasihi. 
 - Menurut catatan di klip video rasmi Armada Ft. Ifan Seventeen - Demi Tuhan Aku Ikhlas.


Instagram Ifan Seventeen (Riefian Fajarsyah): https://www.instagram.com/ifanseventeen/
Semoga terus kuat buat Ifan dan keluarga Seventeen band serta semua yang diuji. Moga semua yang telah pergi menemui-Nya, ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ameen.



Amirul Husyairi atau lebih dikenali sebagai Kucaimars yang popular dengan menyanyikan lagu cover di media sosial terutama lagu Peterpan kini muncul dengan lagu solo sendiri berjudul Jawab.

Lirik lagu Jawab - Kucaimars

Bertanya pada malam
Apa aku masih lagi tetap sama
Berbezakah antaraku dengan dia
Masihkah aku memenuhi mahuku

Aku bertanya siang
Adakah esok juga kisah yang sama
Terlambung-lambung dengan tipu dunia
Mencari cahaya di tegak sinaran

Manakah
Falsafah asas kita untuk cinta...

Melihat kau sedang lena
Dibuai mimpi yang sementara
Kau tinggalkanku
Tak beralasan mengapakah.....

Engkau yang telah merubah
Berkali-kali sakiti aku
Kau remuk hati
Tergamaknya kau mengapakah.....

........

Manakah
Falsafah asas kita untuk cinta...

Oohhhh...
Melihat kau sedang lena
Dibuai mimpi yang sementara
Kau tinggalkanku
Tak beralasan mengapakah.....

Engkau yang telah merubah
Berkali-kali sakiti aku
Kau remuk hati
Tergamaknya kau mengapakah...

Melihat kau sedang lena
Dibuai mimpi yang sementara
Kau tinggalkanku
Tak beralasan mengapakah.....





Kucaimars- Jawab (Acoustic): https://www.youtube.com/watch?v=fXM4lgL46GM
Untuk dengar di semua platform digital: https://wmm.lnk.to/KucaiMarsJawab

Akaun media sosial:
Instagram: https://www.instagram.com/kucaimars 
Twitter: https://twitter.com/kucaimarss

Gambar: Sumber gambar asal


Wahyu Ramdani (Wahyu), penyanyi dari Indonesia ini popular dengan lagu berjudul Selow. Lagu ini juga turut popular dan ramai menyanyikannya semula (cover) di Malaysia termasuk beberapa orang penyanyi terkenal.

Instagram penyanyi Wahyu: https://www.instagram.com/wahyuselow14/

Lirik lagu Selow - Wahyu

Sudah biasa diriku ditinggalkan
Diacuhkan dan dicampakkan
Oleh orang yang kucinta
Menyakitkan tapi tak kurasakan

Kupasrahkan semua pada Tuhan
Yang telah mengatur semua jalanku
Dan juga jodohku dimanapun
Kapan pun itu

Karna ku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai jodoh gak akan kemana

Karna ku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai kuyakin tuhan berikan gacoan

Memang sakit hidup tanpa cinta
Lelaki emang inginkan wanita
Dan karna hatiku sedang makan derita
Kubutuh seseorang sebagai P3K

Bila nanti sudah aku dapatkan
Seseorang paling sempurna
Pasti akan slalu kujaga
Karna Tuhan telah menitipkan

Seseorang paling terbaik
Bersama-sama arungi jalanku
Dan juga jodohku dimanapun
(dimanapun) kapanpun itu

Karnaku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai jodoh gak akan kemana

Karna ku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai kuyakin tuhan berikan gacoan

Karnaku selow soal cinta masa bodo
Biarku sendiri tu ku memang macam lambo
Ku tak buru-buru untuk soal jodoh

Ku butuh manis hubungan
Bukan asam kaya manggo
Takkan lari gunung kukejar
Kalo udah jodoh takkan kabur
Kau kan kulamar

Karnaku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai jodoh gak akan kemana

Karna ku selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai kuyakin Tuhan berikan gacoan

Karna kuselow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai jodoh gak akan kemana
Ku yakin tuhan berikan

Gambar: Instagram WahyuSelow14
-- Video rasmi Wahyu - Selow: https://www.youtube.com/watch?v=jdgfD8ac6ao


Santesh yang popular dengan lagu Amalina, kini muncul dengan lagu baru (sambungan lagu Amalina) berjudul Mymuna (anak kepada Amalina). Lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Hadi Rumnan (DATU Entertainment) ini telah trending dalam masa yang singkat di youtube (tambahan pula muzik video lagu ini berbentuk penceritaan dan mempunyai kesinambungan dengan muzik video sebelum dan mungkin akan datang, menarik bukan?). Kini selain di Malaysia, lagu ini juga sedang giat dipromosikan di Indonesia.



Lirik lagu Mymuna - Santesh

Mymuna Mymuna
Buah hatiku cantik menawan
Mymuna Mymuna
Manis paras rupamu ayu jelita

Mymuna Mymuna
Wajahmu selalu aku terbayang
Mymuna Mymuna
Yang selalu kurindu di saat kujauh

Siang daku terbayang
Malam terkenang-kenang
Engkau yang aku sayang
Membuat hatiku tenang

Semenjak kau hadir di hidup ini
Kaulah bidadari yang menghibur hati
Gelak tangismu bagai irama murni
Tanpamu sehari hidup sungguh sunyi

Mymuna Mymuna
Anak Amalina
Mymuna Mymuna
Buah hati kita

Semenjak kau hadir di hidupku ini
Kaulah bidadari yang menghibur hati
Gelak tangismu bagai irama murni
Tanpamu sehari hidup sungguh sunyi

Mymuna
Anak Amalina
Mymuna Mymuna
Buah hati kita

Mymuna Mymuna
Anak Amalina
Mymuna Mymuna
Buah hati kita

Mymuna Mymuna
Kelak bila kau telah dewasa
Mymuna Mymuna
Pelihara cinta hingga ke hujung nyawa
Sebesar kasihku kepada dirimu
Jagalah imanmu jagalah hatiku

Mymuna... Mymuna.....
Mymuna....

Oh Mymuna 

*****




Khalis, adik arwah Achik Spin yang juga penyanyi utama kumpulan Real Spin dan tular baru-baru ini sebagai pak guard bersuara merdu, muncul dengan lagu baru berjudul Selalu Rindu.

Lirik lagu Selalu Rindu - Khalis (Real Spin)

Verse 1
Telah kupintal awan yang memutih
telah kusandarkan hatiku padamu
siang malamkukan kusebut namamu
Di dalam setiap nafasku

Verse 2
Hanyalah engkau yang selalu di hati
Hanya namamu yang selalu kurindu
Sayu hatiku yang selalu merindu
Merindu pada dirimu

*Bridge
Sering dirimu terus kupuja
Dalam waktuku terus terlena
Lena aku mengenang dirimu
Dirimu selamanya kurindu

**Chorus
Kuusungkan rindu
Kuutuskan rindu
Kusemakin rindu
Kuselalu rindu
Dirimu menjauh
Jauh selamanya
Kudoa kau bahagia
Tenang bersamanya

*ulang bridge
**ulang chorus


Lagu: Cuna Alfian
Lirik : Azren Real Spin
Penerbit: Solaris Music Entertainment Lirik




Kumpulan duo asal Malaysia ini; The Mirza yang dianggotai oleh pasangan kembar seiras; Zaf (Norzafira Mirza Mohd. Rafiq) dan Syaf (Norsyafira Mirza Mohd. Rafiq) bernaung di bawah syarikat rakaman 18 Musik di Indonesia. Kumpulan ini mula terbentuk pada 2017 dan dikenali menerusi media sosial seperti di youtube The Mirza Music dan instagram. Sangat diminati di Indonesia, kini semakin dikenali juga di Malaysia.

Lagu pertama mereka berjudul, Telah Berubah. Kedua, lagu Jatuh-Jatuh Cinta. Kini muncul dengan lagu Lelah Mengalah. Mereka sendiri yang berurusan terus dengan pencipta lagu di Indonesia.

Zaf adalah kakak, manakala Syaf adalah adik (seperti kata Zaf dan Syaf, beza mereka berdua adalah kakak lebih besar dan tinggi sedikit). Malahan mereka berdua juga masing-masing mempunyai suara yang tersendiri. Keduanya lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7 November 1998.

Lirik lagu Lelah Mengalah - The Mirza

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
Kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi...

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi


Video rasmi Lelah mengalah - The Mirza: https://www.youtube.com/watch?v=0mlcsdecMYk

Laman sosial The Mirza:
Instagram: https://www.instagram.com/themirzamusic
- Zaf: https://www.instagram.com/zafmirza
- Syaf: https://www.instagram.com/syafmirza

(Kiri Zaf (kakak), kanan Syaf (adik)) Gambar: @syafmirza
Pautan berkaitan:
P/S: Kumpulan The Mirza ini mengingatkan saya pada kumpulan Twinnies (Atikah & Atirah)  (kembar perempuan bermain gitar, juga asal Malaysia) yang popular dengan lagu cover mereka di youtube satu ketika dulu.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top