Selamat hari raya! Alhamdulillah, kita masih diizinkan-Nya menemui aidilfitri. Begitu banyak iklan raya / drama pendek raya yang diterbitkan pada tahun 2019 ini. Lebih 60! Ada yang sempat saya tonton, ada yang masih belum. Baiklah setakat saya tonton (ini playlist senarai iklan raya tahun 2019), di sini saya sertakan beberapa iklan pilihan saya. Mungkin anda ada pilihan lain, boleh tonton dan nilai sendiri. Mana menampilkan mesej yang baik, kita ambil sebagai pengajaran. Maaf zahir batin!

1- Iklan Maxis - Deria Takbir



2- Iklan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 - Hero Setulus Ikhlas



3- Iklan TNB - Konvoi Epik Fantastik



4- Iklan Lebuhraya Plus - Tumpang



5- Iklan PruBSN - Team Raya Merah



6- Iklan Grab - Grab kembara masa dalam #BuangBalikRaya



7- Iklan JBR Bundle - PLAYBACK.



Lain-lain:
- Iklan Raya SAJI 2019 | Rendang Tok Mak (sedih tapi kelakar)
- Iklan Kuih Bangkit (Malam Filem) (seram sikit)
- Iklan Petronas - Rendang SoRaya (ini sayu)
- Iklan Kebenaran Raya - MONSTA
- Iklan TM - ATUK GAMER | #LebihUntukMu
- Iklan Yakult - Geng Sakat Raya 2
- Iklan Astro - Raya kuasa 7
- Iklan Raya - Syukor Kerbau (Raya di Hujung Tanduk)

Selamat bermaafan dan kunjung-mengunjung! Hati-hati di jalan raya, semua. Moga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Ameen.




Berikut adalah aplikasi islamik yang mungkin berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Insya-Allah. Aplikasi arah kiblat, tilawah, solat, ramadan dan lain-lain untuk kegunaan muslim.

Aplikasi yang ada arah kiblat, waktu solat, doa, ayat-ayat al-Quran (mempunyai pelbagai bahasa terjemahan).
Raudhah adalah aplikasi yang bukan sahaja ada waktu solat dan pelbagai lagi, ada juga menyediakan video rancangan agama yang disiarkan di Media Prima.


Baca, dengar dan fahami al-quran dengan Bahasa Malaysia sebagai bantuan rujukan. Anda juga boleh mencatat nota untuk rujukan masa hadapan. Juga boleh kongsi dan lihat nota mengenai al-quran yang ditulis oleh orang lain.


Smart Quran adalah aplikasi mudah alih Quran yang pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Percetakan Akta Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menariknya aplikasi ini kerana boeh buat penanda di mana bacaan kita terhenti selain disediakan terjemahan.

myJakim menyediakan maklumat yang tepat kerana aplikasi ini disahkan dan dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi ini mempunyai banyak maklumat hebat dan alat berguna yang menawarkan maklumat & panduan Solah termasuk masa doa, masjid dan pengesan Qibla. Untuk direktori HALAL yang penuh - yang meliputi senarai produk Halal dan pencari premis halal di sekeliling anda. Dan jika anda keraguan ragu tentang logo Halal antarabangsa semasa membeli produk anda, aplikasi ini sangat membantu kerana JAKIM menerbitkan semua logo HALAL antarabangsa yang diiktiraf dan diperakui oleh agensi.


Sakeenah adalah aplikasi yang bertujuan untuk memperkasakan masyarakat Islam dengan pengetahuan Islam yang betul dan kesedaran individu tentang ajaran Islam.

mySolat merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat.

Antara kemudahan dan fungsi utama yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Arah Kiblat, Kalender Islam, Masjid Terdekat, Doa Harian, Koleksi Bacaan, Infografik, Tasbih Digital dan Lain-lain lagi.

Aplikasi Semak Hadis merupakan salah satu inisiatif untuk membendung gejala penyebaran hadis palsu yang semakin berleluasa seiring dengan perkembangan pesat teknologi media sosial kini.

Cadangan, kandungan aplikasi ini diambil dari laman web beta semakhadis.com.

SalamWeb adalah alat ukur digital Shariah-certified di dunia. Ia persekitaran dalam talian yang selamat yang membolehkan anda berhubung dan menyumbang kepada masyarakat Islam berhampiran dan jauh.

 
Daripada panduan makanan halal untuk tips perjalanan dan perjalanan, HHWT Muslim Travel Planner adalah satu-satunya perancang perjalanan yang anda perlukan. Meneroka dunia tidak pernah lebih mudah untuk pelancong Islam!
  • Athan: Ramadan 2019, Prayer Times, Azan and Quran (Android)
  • Salah Clock, Prayer & Qibla (Android)
  • Salahfalah: Salah Tracker for Muslims ‏صلاة (Android‎)

Rujukan lain: 
-Apps Islamik hasil usaha FSTM –Fakulti Sains & Teknologi Informasi, KUIS
-5 Aplikasi Menarik Bersempena Bulan Ramadan/
Jika ada pembetulan atau penambahan, boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih! :)


    Lirik lagu Syair Khansa - Hijjaz & Terima Kasih Segalanya | Kumpulan lagenda nasyid tanah air; Hijjaz muncul dengan dua buah lagu baru, Syair Khansa (Khansa, seorang penyair dan ibu yang kehilangan empat orang anak lelakinya yang syahid dalam peperangan, namun tidak meratap malah bersyukur dan memohon ditemukan dengan anak-anak beliau kembali di syurga) dan lagu Terima kasih Segalanya (lagu penghargaan dan dedikasi untuk sahabat dan orang tersayang).


    SYAIR KHANSA’
    Artist: Hijjaz
    Lagu : Munif Ahmad @ Munif Hijjaz
    Lirik : Ito Lara



    Lirik lagu Syair Khansa - Hijjaz

    Alunan syair khansa 
    Bangkit jiwa sang satria 
    Terlafas dan terluah 
    Dari kalbu mujahidah 

    Dikurniakan empat putera 
    Semua kau asuh menjadi insan perkasa 
    Pembela agama demi Allah dan Rasulnya 
    Disuburi semangat wira 
    Dan di akhirnya syahid semua 

    Majulah ke medan perang 
    Demi kebenaran perjuangan 
    Pada kematian itu kau temui 
    kehidupan yang sebenar 

    Tangkas bertempur tak gentar musuh 
    Semangat wira gagah dan teguh 
    Syahid di rindu tersemat kukuh 
    Menanti waktu kan terlaksana 
    Kau akan di pimpin ke pintu syurga 
    Oleh bidadari 

    Ketiga puteramu 
    Gugur sebagai syuhada 
    Tiada kekesalan dan tiada kegusaran 

    Pada gugurnya putera ke empat 
    Kau meratapi pemergiannya yang mulia 
    Kesedihan terpancar 
    Di wajahnya mengalir airmata 
    Bila di tanya apakah sebabnya 
    Kau jawab dengan tangisan hiba 

    Tiada lagi putera sang satria 
    Menjadi wira pejuang agama 
    Berperang berjihad fisabilillah 
    Semuanya telah syahid 

    Tangkas bertempur tak gentar musuh 
    Semangat wira gagah dan teguh 
    Syahid di rindu tersemat kukuh 
    Menanti waktu kan terlaksana 
    Kau akan di pimpin ke pintu syurga 
    Oleh bidadari



    TERIMA KASIH SEGALANYA
    Artist: Hijjaz
    Lagu : Putra Aiman (Munif Hijjaz Production)
    Lirik : Atie (Legacy Publisher)



    Lirik lagu Terima Kasih Segalanya - Hijjaz

    Masih teringat debar dihati 
    Saat pertama kali berada di sini 
    Tertanya adakah engkau sudi terima 
    Ternyata kini kita masih bersama 

     Tiap melodi yang beralun 
    Dan setiap bait kata-kata berlagu 
    Semoga akan dapat menyentuh hatimu 
    Dan tak kan kau lupa kita pernah 
    Ohhh pernah bertemu 

    * Engkau tak kan pernah tahu 
    Senyumanmu itu penenang hatiku 
    Hapus semua lelahku 
    Kau buatku lupa ujian bertalu 

    Tulus jiwa 
    Kukatakan padamu 
    Betapaku… Sayangkan dirimu 

    Terima kasihku atas kesetiaan 
    Terima kasihku atas kebahagiaan 
    Terima kasihku atas penghargaan… 
    Janjiku padamu akan kuusahakan 
    Kan terus bertahan dengan izin Tuhan 
    Hingga hujung nyawa ku berterima kasih 
    Kepadamu… 
    (Ulang *) 

    * Engkau takkan pernah tahu 
    Senyumanmu itu penenang hatiku 
    Hapus semua lelahku 
    Kau buatku lupa ujian bertalu 

    Tulus jiwa 
    Kukatakan padamu 
    Betapaku… Sayangkan dirimu 

    Terima kasihku atas kesetiaan 
    Terima kasihku atas kebahagiaan 
    Terima kasihku atas penghargaan.. 
    Andai tiba waktu takdir menjemputku 
    Moga tak kau lupa detik yang berlalu 
    Doaku dambakan moga akan bertemu 
    Ohh di syurga.


    Gambar: Instagram Kumpulan Hijjaz - @hijjaz_official


    Lirik Lagu Ikhlas - Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah | Lagu raya gandingan 3 artis popular ini; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah berjudul Ikhlas ini sangat istimewa. Menggandingkan 3 buah negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

    Memetik dari laman web Budiey, katanya konsep video muzik ‘Ikhlas’ akan membawa pendengar kembali kepada zaman Rasulullah SAW yang menampilkan keindahan alam dan meraikan keharmonian antara manusia dan sang Pencipta. Masya-Allah. Selamat mendengarkan!



    Lirik Lagu IKHLAS - Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah

    Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza (DCT), Nissa Sabyan & Taufik Batisah
    Composer : Omar K & Ikhwan Fattana
    Lyrics : Ikhwan Fattana

    Verse 1 – Nissa

    Sedingin salju
    Selembut bayu
    Menenangkan hatiku

    Verse 2 – Taufiq

    Cahaya malam
    Terangi alam
    Memuji kebesaran

    Prechorus – DCT

    Saat gembira
    Hari bahagia
    Nikmat disyukuri bersama
    Tabah berdoa
    Mohon afwahNya
    Moga dirahmati semua

    Chorus – Nissa & Taufik

    Pelita hati yang terbuka
    Sahut kemenangan akhirnya
    Setelah ku harungi dugaanNya

    Chorus – DCT & Taufik

    Ikhlaskan jiwa dan setia
    Ku laung namaNya dengan cinta
    Bergema keagungan di dunia

    Interlude – DCT & Taufik

    Verse 3 – Taufiq

    Gema suara
    Syahdu irama
    mewarna suasana

    Verse 4 – Nissa

    Lautan rindu
    Berombak pilu
    Membawaku padamu

    Prechorus 2 – DCT

    Saat gembira
    Hari bahagia
    Nikmat disyukuri bersama

    Prechorus 2 – DCT & Nissa

    Tabah berdoa
    Mohon afwahNya
    Moga dirahmati semua

    Chorus – ALL

    Pelita hati yang terbuka
    Sahut kemenangan akhirnya
    Setelah ku harungi dugaanNya
    Ikhlaskan jiwa dan setia
    Ku laung namaNya dengan cinta
    Bergema keagungan di dunia

    Bridge – Nissa & Taufik

    Ku yakin akan ada hikmah
    Di sebalik segala resah

    Bridge – DCT & Taufik

    Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

    Last Chorus AdLibs:

    Nissa – Terbuka
    DCT – Kemenangan akhirnya
    Taufik – DugaanNya
    DCT – Huuu
    Nissa – Dengan cinta
    DCT &Taufik – Dunia

    Last Interlude – All



    Instagram Siti Nurhaliza Tarudin: @ctdk
    Instagram Nissa Sabyan (Khoirunissa): @nissa_sabyan
    Instagram Taufik Batisah: @taufikbatisah

    ///
    Sumber lirik dan maklumat: https://www.budiey.com


    Kumpulan nasyid lagenda popular Rabbani muncul dengan lagu baru berjudul Ittihad.

    Dilihat dari sudut etimologi, ittihād (al-Ittihād) berarti persatuan, dalam kamus sufisme berarti persatuan antara manusia dengan Tuhan. - Sumber: https://belajarilmutasawuf.blogspot.com

    Lirik lagu Ittihad -  Rabbani

    Dihalaman subur taman kemesraan 
    Mercup tumbuh pohon kasih sayang 
    Merimbun berbunga dan meredupkan 
    Biru langit dan hijau rumpun kehidupan 

    Harumnya kelopak persaudaraan 
    Mekar dititis embun keharmonian 
    Itulah kelangsungan denyut perjuangan 
    Sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan 

    Seringkali memapah perpaduan 
    Ada jambatan terbakar dihadapan 
    Kiri kanan iri dan igauan 
    Dedalu ego menumpang di dahan 

    Ikatlah ittihad itu 
    Dengan tali pengorbanan 
    Takkan terurai didomba dendaman 
    Selagi dijalin jemari keikhlasan 

    Oo oo oo oo oo. 
    Oo oo oo oo oo. 

    Harumnya kelopak persaudaraan 
    Mekar dititis embun keharmonian 
    Itulah kelangsungan denyut perjuangan 
    Sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan 

    Mengapa masih berkabus kebimbangan 
    Sedangkan Tuhan rahmati penyatuan 
    Mengapa masih dibesit keraguan 
    Sedangkan rasul dan alquran pencerahan 

    Ikatlah ittihad itu 
    Dengan tali pengorbanan 
    Takkan terurai didomba dendaman 
    Selagi dijalin jemari keikhlasan 

    Manisnya buah perpaduan 
    Semanis generasi mengukir senyuman 
    Jasa dan bakti biar menjadi sebutan 
    Dalam himpunan doa keberkatan 

    Aa aa aaa aa aa aaah.



    Laman sosial Rabbani:
    - https://www.facebook.com/rabbanigroup
    - https://www.instagram.com/rabbani_official/


    Lirik lagu Carilah Aku Di Neraka benar-benar menyentuh dan ditambah dengan perkongsian Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab, di awal video muziknya, begitu mengesankan. Gandingan menjadi nyanyian Fadzli Fareast dan Maliq Suhaimi.

    “Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…” Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”. (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd). (Perkongsian Mat Ubai)




    Lirik lagu Carilah aku di neraka - Fadzli Fareast ft Maliq Suhaimi

    Merenung gugurnya dedaunan masa
    Ayuh kita singkap tabir makna
    Mentafsir dengan bijaksana
    Kematian yang pasti tiba

    Semakin merapati kita
    Apabila tiba di pintu kedua
    Jangan tawarkan ku sendu dan air mata
    Apa yang ku perlu di saat itu
    Bisikan syahadah di telingaku

    Wahai kawan carilah ku di neraka
    Andai nanti tidak kau temui
    Aku di syurga

    Katakan pada-Nya
    Kita selalu bersama
    Bersolat juga puasa di dunia

    Malu untukku ungkitkan kepadamu
    Sezarah jasaku untukmu di dunia dulu
    Di saat engkau khabarkan kepada ku
    Engkau lelah dengan mehnah duniamu

    Di luar tahu mu
    Kau jadi antara doaku
    Agar kau memiliki kebahagiaan itu
    Andai tak di dunia
    Ada bahagiamu di syurga
    Dengan asbab jasaku itu
    Kau carilah aku

    Wahai kawan carilah ku di neraka
    Andai nanti tidak kau temui
    Aku di syurga

    Katakan pada-Nya
    Kita juga selalu bersama
    Bersolat juga puasa di dunia

    Usahalah bertemu Rasulullah
    Pohonlah syafaat darinya
    Sampaikan salam rinduku
    Pada baginda


    Lagu : Fadzli Fareast & Shukri Sahari
    Lirik : Ito Lara & Hazalinda Harun


    Penyanyi lagu ini, Lutfan Lukman baru berusia 18 tahun. Pernah belajar di SMKA Miri, Sarawak dan menjadi pemenang Anugerah Solo Terbaik Sekolah Menengah Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kebangsaan 2017. Lagu Saat Kau Perlukanku ini telah menjuarai carta IKIM baru-baru ini ketika lirik ini dikongsikan. Boleh dengarkan di platform digital pilihan anda: Spotify. Joox, KKBox dan Deezer.

    Lirik lagu Saat Kau Perlukanku - Lutfan:
    Beratnya meninggalkan semua 
    Kisah suka dan duka yang terjadi di antara kita berdua 
    Akan kusemaikan memori 
    Bekalan untuk aku mengingati dirimu 

    Engkaulah sahabatku 
    Kau sentiasa dalam hatiku 

    Kudoakan agar engkau bahagia 
    Hidupmu ceria harimu gembira 
    Khabarkanlah jika engkau berduka 
    Aku akan ada saat kau perlukanku 

    Kau hadiahkan inspirasi 
    Juga motivasi dan nasihat, teguran tanpa sangsi 
    Kau ajarku erti memberi 
    Makna menerima dengan ikhlas dan setia 

    Kudoakan agar engkau bahagia 
    Hidupmu ceria harimu gembira 
    Khabarkanlah jika engkau berduka 
    Aku akan ada saat kau perlukanku 

    Peristiwa kita yang lalu 
    Akan kulukiskan 
    Menjadi potret indah yang tersemat di jiwa 

    Kudoakan agar engkau bahagia 
    Hidupmu ceria harimu gembira 
    Khabarkanlah jika engkau berduka 
    Aku akan ada saat kau perlukanku 

    Engkaulah Sahabatku 
    Engkaulah Sahabatku



    Lagu: Mohaid Adib
    Lirik: Nino & Mohaid Adib
    OP: Novarts Production Sdn Bhd
    SP: Universal Music Publishing Sdn Bhd

    Gambar:/Instagram @lutfan27
    Instagram Luttfan Lukman: https://www.instagram.com/lutfan27/


    Merujuk youtube rasmi kumpulan Marhaen, MARHÆN merupakan sebuah kumpulan vokal yang dianggotai oleh sekumpulan remaja yang kesemuanya merupakan mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia. Konsep yang MARHÆN cuba sampaikan pada masyarakat umum adalah berkaitan dengan mesej-mesej ketuhanan dan nilai-nilai positif yang perlu diterapkan dalam kalangan anak muda/remaja. Mula bergiat aktif sebagai sebuah kumpulan sejak tahun 2015 dengan nama "INTRACKSEE" di bawah kelolaan Pusat Kebudayaan USIM, kini mereka muncul dengan wajah baru dan menamakan kumpulan mereka sebagai "MARHÆN".

    Disebalik nama "MARHÆN": Merujuk kamus dewan, Marhaen lebih sinonim dengan maksud; rakyat jelata/rakyat biasa. Bersesuaian dengan ahli yang berdarah muda, MARHÆN cuba untuk menyampaikan mesej-mesej positif yang berkonsepkan "kita semua adalah rakyat biasa". Dengan style yang lebih cenderung kepada generasi muda, MARHÆN berharap agar kehadirannya diterima oleh masyarakat umum khususnya golongan muda.



    Lirik lagu Terima Kasih - Marhaen

    (Rap)
    Tidakkah kau rasakan hidup ini berharga
    Anugerah teristimewa kurniaan dariNya
    Segala galanya sudah tersedia
    Kuat jiwa
    Akal sempurna
    Lengkap anggota
    Udara yang kau hela
    Tidak dibayar harga
    Semuanya tersedia diberi percuma
    Siap berada di depan mata
    Namun kau tidak pernah tanya
    Segalanya ini milik siapa
    Apatah lagi menghargai nikmat diberi yang Maha Esa

    Langit tinggi tak bertiang
    Dan tak bergoncang

    Hidup ini gemilang
    Jika matlamat dirancang
    Hidup kecundangan
    Bila iman goyang
    Zahir batin terhayang

    (Rap)
    Cuba kau bertanya pada diri dan jiwa
    Adakah sempurna taubat, solat, puasa
    serta derma
    Atau kau tak pernah tahu
    Semuanya kewajipanmu
    Kau masih berlengah-lengah
    Lalu satu pun tak pernah
    Kau buat dengan amanah
    Kualiti ibadah kau punah
    Realitinya semua amalan hancur musnah
    Yang tinggal hanya dunia
    Kau rasakan sempurna
    Sedangkan yang abadi
    Hanya akhirat yang hakiki
    Aku mahu dengan kamu
    Bersama sama kita hayati

    Saujana bumi terbentang
    (Pandang dengan mata hati)
    Meredup pandangan
    (Tidak terhingga)

    Hidup penuh peraturan
    Tersusun adab sopan
    Satu penghargaan
    (Darimu tuhanku)
    Pemberian Tuhan
    (Hanya Kau yang Satu)
    Dengan bersembahyang

    Terima kasih Kekasih
    (PadaMu ku bersujud)
    (PadaMu ku berserah)
    Engkau Maha Pengasih
    (Terima Kasih)
    Janganlah disisih HambaMu yang daif
    Dari pandangan kasih

    Hidup penuh peraturan
    Tersusun adab sopan
    Satu penghargaan
    Pemberian Tuhan
    Dengan bersembahyang

    Terima kasih Kekasih
    (Terima kasih padaMu kekasih)
    Engkau Maha Pengasih
    (Padamu ku meminta, Padamu ku berserah)
    Janganlah disisih
    HambaMu yang daif
    (Kau yang Maha Segalanya)
    Dari pandangan kasih

    (Rap)
    Pesona alam adalah biasan
    Untuk meniti akhirat yang tiada bandingan
    Kita
    Sebagai insan
    Taat hanya pada tuhan
    Dunia jambatan menuju pengakhiran
    Menuju abadi
    Ke puncak hakiki

     ***

    Lagu: Bazli Hazwan 
    Lirik: Ito Lara & Hisyam Elharith 
    Music Arrangement: Ruby Wahyuni 
    Mixing & Mastering: Wan Saleh

     

    --- Youtube Marhaen: Official MARHÆN
    --- Instagram: https://www.instagram.com/marhaen_official/

    Lagu raya baru 2019 | Banyak juga lagu raya baru yang menarik. Baiklah. Ini antara senarai pilihan saya.


    1. Menanti di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn

    Menampilkan 4 orang artis FMC yang cantik dan bersuara merdu; Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn dan muzik videonya turut menampilkan Azhan Rani sebagai watak "abah".



    2. Bersyukur Seadanya - Hael Husaini
    Gandingan Hael Husaini dan Ezra Kong sentiasa tampil kreatif dan lain daripada yang lain. Muzik video lagu ini pun agak unik sedikit.



    3. Selamat berhari raya - Ariff Bahran & Sarah Suhairi

    Lagu ini adalah gandingan pertama kali Ariff Bahran dan Sarah Suhairi, juga berentak Irama melayu, suara mereka kelihatan begitu serasi.



    4. Joget Lebaran - Fitri Haris dan Lan Solo

    Lagu ini dimulakan dengan takbir raya, gandingan suara seorang penyanyi nasyid dan penyanyi rock ini juga menarik untuk didengarkan.



    5. Indahnya Raya - Fairuz Misran

    Diberi gelaran 'P.Ramlee Sabah' oleh netizen, Fairuz Misran kini muncul dengan lagu Raya beliau yang tersendiri, ciptaan Apak Harry Khalifah dan Achoi Floor 88, membangkitkan nostalgia Aidilfitri.



    Boleh dengarkan senarai lagu-lagu raya baru 2019 di playlist ini: Senarai lagu raya baru 2019
    Pilihan lain:
    • Elyana - Raya Balik
    • Floor 88 & Baby Shima - Tak Dapat Raya
    • Syamel ft Ernie - Seru Hari Lebaran
    • Sempurna Seadanya - Sufi Rashid, Ara Johari, Usop & Masya Masyitah
    • Umairah - Fitrah
    • Danial, Santesh, Hashmitha, Rahman, SyafaWany, Alif, Arill - Syawal Menjelang
    • Couple - Siap-siap Nak Raya
    • Ukays - I Love You I Miss You Raya
    Sumber lain: https://ohbulan.com/rupanya-banyak-lagu-baru-ini-8-lagu-raya-2019-yang-korang-boleh-layan/

     

    Lirik Lagu Safiyyah - Darwish ft Fareast | Kumpulan nasyid baru; Darwish dianggotai oleh Faiz dan Amin muncul dengan lagu pertama mereka, Safiyyah berduet dengan kumpulan nasyid popular; Fareast.

    Lirik Lagu Safiyyah - Darwish ft Fareast

    Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
    Menerjah berani ke medan perang
    Kau bukti mujahidah nan waja
    Berjuang demi Allah dan Rasul-Nya

    Kelibat pedang mu sungguh menggerunkan
    Menyambar bagaikan kilat yang memancar
    Kemenangan musuh kau calarkan
    Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

    Walau di hatimu ada gundah
    Tapi kau sembunyikan dengan tabah
    Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan
    Kau relakan segunung kesedihan
    Demi tersebarnya lautan keimanan

    Oh Safiyyah
    Keayuan mu pada ketabahan
    Keindahan mu pada keberanian
    Kaulah lambang mujahidah
    berkalung pedang!

    Oh Safiyyah
    Kaulah citra mujahidah sejati
    Gerak hati mu umpama angin
    Buat teman kau menjadi bayu yang membelai
    Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan


    SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan digeruni oleh pihak musuh Islam. Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.- Amira Mustafah
    More about Darwish: https://instagram.com/darwish.official
    More about Fareast: https://instagram.com/fareast_officials


    Blank Marquee Lyrics | Selepas Forevermore, Yuna muncul dengan lagu baru berjudul Blank Marquee berduet dengan G-Eazy (lagu yang turut terkandung dalam album Rouge). Muzik video lagu Blank Marquee turut menampilkan pelakon Malaysia berbakat, Amirul Affendi dan pengambarannya dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia serta diarahkan oleh Adam Sinclair yang juga merupakan suami Yuna.
    "I love this song it makes me think of the times when I was kid, listening to Janet or any late 80’s/early 90’s pop music in my dad’s old car driving around in Kuala Lumpur traffic!"
    marquee
    /mɑːˈkiː/
    1. 1.
      British
      a large tent used for social or commercial functions.
    2. 2.
      North American
      a canopy projecting over the entrance to a theatre, hotel, or other building.


    Lyrics Blank Marquee - Yuna ft. G-Eazy

    I thought we were friends
    But now I see the end
    You got caught just trying
    To be someone you’re not
    Pretending that you care
    But you care for my connections
    Making new acquaintances
    Friends in higher places
    But you should ask yourself

    Who are you without me
    You’re just a blank marquee
    Trying to cop my steez
    Get your own POV

    Your toxicity
    Won’t get the best of me
    Look into the mirror
    Try and see it clearer
    You should be reflecting on
    All of your decisions
    You’re the type of person
    To use up my affection
    You should ask yourself

    Who are you without me
    You’re just a blank marquee
    Trying to cop my steez
    Get your own POV

    Hold on, hold on, let me tell my side
    Who am I without you?
    I said I’m the same ass dude (same guy)
    You wouldn’t call me brand new
    Like it’s all my fault but that’s what you won’t do
    Nah, now don’t try to start me
    Think I’m your John to your Paul McCartney
    Call me a wall, nothing on the marquee
    But we both co-headline the party
    Yeah, you were right beside me
    Next day try to criticize me
    Used to love me now you despise me
    But at this point nothing could surprise me, I know

    You should check yourself
    You might lose what you have
    Life ain’t about the ladder, baby

    Ooh blank marquee
    Gotta be honest with you

    Who are you without me
    You’re just a blank marquee
    Trying to cop my steez
    Get your own POV

    Lagu-lagu dalam album Rouge

    LISTEN: https://Yuna.lnk.to/RougeYD
    FOLLOW: FB/TW @YunaMusic
    IG @Yuna
    TOUR: http://yunamusic.com/tour

    Gambar: https://open.spotify.com/album/5d2TPnMOde0tUIfzDZwAcr











    Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



    click to te top