"Salahkah kita tak memaafkan orang lain, dan menuntut keadilan di akhirat?" - Baru-baru ini, penulis novel dan buku islamik, Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira. 

Beliau mulakan dengan mengisahkan tentang perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut, Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat. Jom kita selusuri perkongsian beliau.

Kisah Saad bin Abi Waqqas RA

"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, jika hamba-Mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."

Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.

Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.
 
 Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib

Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.

"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu. 

Baginda bersabda:

Bolehkah jika engkau jangan muncul di hadapanku?

Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."

Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.

Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.

Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.

Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148:

"Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya.

Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus?

Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.

Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH.

Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?

Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?

Islam tidak zalim sedemikian.

Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.

Jadi konklusi, tak salah untuk seseorang tak memaafkan orang yang telah menzaliminya, melakukan kerosakan ke atas dirinya & keluarganya.

Allah Maha Adil.

Jika tiada manusia tidak mahu mengadilimu, tuntutlah keadilan Allah SWT.

Itu hak kamu.

Allah tidak akan sesekali zalim!

Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.
 



Ingat, Allah Maha Adil. 


Di dalam Islam, setakat saya belajarlah, benda paling busuk sekali ialah kezaliman.

Sebab Allah sendiri melarang diri-Nya berbuat zalim (rujukan hadith Qudsi).

Kemudian boleh lihat hadith muflis, besarnya balasan Allah ke atas penganiaya di akhirat kelak.

Sebab memang lumrah, orang teraniaya ni susah dapat pengadilan, simpan hati.

Tapi Allah Maha Adil.

"Dan akan disempurnakan segala urusan kamu di hari akhirat." Surah Ali-Imran ayat 185.

Entah apa yang susahnya.
Kita dizalimi, kita pula akan disusahkan Allah SWT?

Maha Suci Allah SWT dari sifat zalim.

"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian." Hadith Riwayat Muslim.
 

Bukankah lebih baik jika memaafkan?

 

Memang ya, beliau ulang, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Ganjarannya pun besar. Keampunan Allah tu bukan kecil ya rakan-rakan.

Tapi tak mampu memaafkan bukan satu kehinaan dan kesalahan. Cuma bukanlah posisi yang TERBAIK.

Sebab cerita Saad Abi Waqqas ni, dia mendoakan pemfitnah, yang telah memfitnah dia bermasalah sebagai gabenor.

Rakyat telah buat fitnah politik ke atas Saad.

Penganiayaan dia ke atas kita, Allah akan adili. Taubat dia selepas itu, Allah juga akan adili. Dia nak minta maaf kepada kita pun, kita dah mati.

Satu benda kena percaya, tidak akan ada sesiapa dizalimi di hadapan Allah SWT.

Di syurga nanti sengsara tika di dunia adalah kecil.

Dosa zalim dan aniaya orang di dalam Islam sangat besar sampai kat akhirat nanti diancam dengan kemuflisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab para sahabat: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu(mangsa-mangsa) pahalanya. Jika pahala2nya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(mangsa-mangsa) dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.
Jadi, janganlah kita aniaya orang, zalimi orang.

Banyak mana pun kita beribadah, Allah tak nak pandang ibadah kita kalau kita kaki zalim ke orang. Allah ambil ibadah kita, pahalanya diberikan pula pada orang yang kita zalimi.

Tak cukup? Allah lempar pula dosa dia ke kita. Sekian. Wallahua'lam.
 
 
 
*****
Saudara Hilal Asyraf adalah seorang penulis dan penerbit (Hilal Asyraf Resources) semenjak 2016.
 
Facebook rasmi saudara Hilal Asyraf: HilalAsyrafOfficial
Buku beliau boleh didapati di: https://shopee.com.my/hilalasyrafresources


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau nama sebelum ini Bantuan Sara Hidup (BSH) atau nama asal BSH iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M/BRIM) kini dilanjutkan kemaskini dan permohonan barunya sehingga 25 Februari. 

Laman web mohon BPR: https://bpr.hasil.gov.my/

Bagi yang pernah dapat BPR atau BSH, boleh kalau nak log masuk sekadar untuk semak. Jika tiada yang hendak dikemasikini, tak perlu.

Baik. Ini untuk yang nak semak atau kemaskini BPR/BSH.:

  • Log masuk
  • Tulis ic dan semak
  • Dia akan beritahu belum daftar. 

Belum daftar maksud dia, di internet. Tak semestinya kena buat permohonan baru.

Konsep dia sama macam i-akaun kwsp, cimb clicks, maybank2u. Haa gitewww. Kalau tak ada akaun macam mana nak login kan? 

Then jawab soalan. Then letak kata kunci keselamatan - letak ala saja nombor atau huruf (ini adalah image memastikan kalau keluar tu, bila nak log in atau kemaskini lain kali maksudnya betullah itu akaun anda).  Then letak password. Campur huruf, nombor simbol. Kemudian jawab soalan lagi. Then dia suruh log masuk. Jadi masa log masuk tu, tengok sama tak kunci keselamatan, sama proceed dengan password buat tadi. Then log in. Tengok status, dapat tak. Tekan orang kanan atas tu, dekat profile boleh tengok rekod pernah dapat. 

If terima, Then bahagian kemaskini, tinggal betulkan saja
.
Sila tekan KEMASKINI. Walaupun xdak benda nak kemaskini, xdak perubahan maklumat. TEKAN KEMASKINI JUGAKK! 

KEMASKINI>TERUSKAN>PENGESAHAN>HANTAR 

PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT TELAH DIHANTAR ✅ 

******.

Ini pula untuk permohonan baru BPR/BSH. Perkongsian ini daripada seorang rakan. Lebih mudah difahami. 

Kalau baru nak update BPR naik macam ni sila tekan perkataan biru tu "DAFTAR AKAUN". Means korang xde i-akaun utk login lagi.

Konsep dia sama macam i-akaun kwsp, cimb clicks, maybank2u. Haa gitewww. Kalau tak ada akaun macam mana nak login kan? 

Selepas "DAFTAR AKAUN" di atas then baru boleh log masuk. Masukkan IC NO. ,tekan semak, dan create PASSWORD BARU! Then jawab soalan keselamatan incase korang lupa password nanti. 

Frasa keselamatan tu letak je lah Bpr
Soalan tu jawablah yang senang-senang. Tak perlu panjang atau pelik sangat, nanti lupa. 

Dah Log Masuk. Isikanlah. 

Untuk ruangan borang, isikan ini. 

Sila tekan KEMASKINI.

KEMASKINI>TERUSKAN>PENGESAHAN>HANTAR 

 


PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT TELAH DIHANTAR ✅

Screenshotlah jawapan kalau anda mudah lupa.  


Sistem kadang demam sikit. Jadi slow dan relaks okay? :)

*****

Nota tambahan 

1. semak dulu dlm web bpr, pastikan nama ada dlm rekod dan dokumen lengkap ✅ dan kalau tiada perubahan tak perlu kemaskini.

2. Kalau di sekat, dalam masa 24jam akan auto reset boleh log in semula. Kalau tak boleh juga boleh call lhdn utk reset.

3. Pengesahan bank utk pemohon yang bankrap/muflis boleh attach surat dari bank/insolvensi

*Berikut di atas adalah antara sumbangan perkongsian sahabat saya di twitter, F. 
 
Pemberian BSH fasa 1 akan diberi secara berperingkat mulai 24 Februari 2021.

Sukar tuntut hutang daripada kawan-kawan? Guna cara ini.

1) Darurat tidak menyebabkan seseorang terlepas dari membayar hutang. Perjalanan kontrak berlangsung secara berterusan.

2) Bagi memudahkan tuntutan hutang semula, elakkan meminjamkan wang kepada rakan dalam jumlah yang melebihi RM5,000.

3) ini kerana, bagi jumlah tuntutan hutang yang tidak melebihi RM5,000 anda boleh membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa keperluan mendapatkan khidmat peguam.

4) Apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun borang Writ 198. Boleh download borang tersebut di pautan https://mahknp.files.wordpress.com/2013/10/borang-no-198.docx

5) Lengkapkan borang dan pergi ke mahkamah majistret untuk pemfailan dan pembayaran. Fi pendaftaran cuma berjumlah RM10 sahaja.

6) Sekiranya anda perlu memberi pinjam wang kepada rakan anda, lakukan dengan cara pindahan wang melalui transaksi online sahaja. Jangan berikan wang secara tunai.

7) Sekiranya rakan anda tidak mempunyai akaun bank dan perlu pindahan secara tunai, pastikan anda menyediakan surat akuan terima wang yang ringkas dan minta rakan anda menandatangani surat tersebut. Surat itu menjadi bukti penerimaan wang oleh rakan anda dan akan menjadi bukti penting dalam mahkamah kelak.

8) Pastikan tempoh pembayaran balik dipersetujui terlebih dahulu sebelum wang diberikan. Masa bayaran dan cara bayaran dilakukan juga perlu ditetapkan terlebih dahulu. Semua terma perlu jelas supaya tidak menjadi pertikaian kelak di mahkamah. Selamat mencuba!
 
 


Touch Your Heart (진심이 닿다) is a 2019 South Korean television series starring Yoo In-na and Lee Dong-wook. Based on web novel "Jinsimi Dadda” by Yegeo (published from December 23, 2016 to October 11, 2017 via web novel.kakao.com/). 

 

Oh Yoon-Seo is a popular actress. She is famous for her beautiful appearance, but her acting is bad. She gets involved in a scandal with the son from a chaebol family. Her acting career declines precipitously. 

Oh Yoon-Seo hears that a famous screenwriter wants her to play the lead female role for a drama series. The character works as a secretary for a lawyer. To gain experience for the role, Oh Yoon-Seo is required to work as a lawyer's secretary for a few months. Meanwhile, Kwon Jung-Rok is an attorney for a law firm. He is arrogant and cold-hearted. One day, his boss asks Kwon Jung-Rok to let actress Oh Yoon-Seo work as his secretary for 3 months. He is not happy about the situation, but he has to accept.


  • "As long as we trust each other, the past doesn't matter. Let's not waste time, and stay true our current emotions."
  • "It's hard control your emotions when you like someone."
  • "There are things that one precious to you, although the might not seem that way to other people." - Mr. Lee
  • "It was hard at first, but once I got used to it, it's nothing." - Kim Se-Won.
  • "Let’s overcome it together!"
  • "I had to go through a lot of things, but you were the reason I managed to overcome everything. In the process, I become stronger."
  • "I'll always stay by your side to support and protect you."


References

- Asianwiki

 - Wikipedia

- Tonton Netflix

7 Times The Finale Of “Touch Your Heart” Touched Our Hearts


KERACUNAN MAKANAN
 

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada:
  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Sumber: Facebook KKM

Pesakit itu mungkin akan mengalami:
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun
  • Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
 
Akhir kata , jaga diri dan jaga pemakanan kita sebaiknya. Moga cepat sihat, insya-Allah.

 

Bacaan lain:



Ini pembunuh senyap covid!
Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?
Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. 

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini. 

tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia. Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia? Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.



*****

Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi. Saya jemput semua untuk join channel telegram saya. Dalam ini, saya banyak kongsikan ilmu kesihatan dan kecemasan secara PERCUMA.

Lebih 80,000 yang dah join. Mereka semua dah banyak belajar. Rugi tak join!

Klik t.me/drsamhan Jom singgah juga di tiktok saya untuk dapatkan tips tips yang bermanfaat! Klik




-----


Wahai netizen dan tentera bawang semua,
Teruskan menyerang page utama Bangsa Laknatullah seperti IDF.

Tapi kali ini kita tukar strategi.

Kita guna peluru yang jauh lebih baik.

KEBENARAN.

1) Boleh save gambar-gambar ini. Dan guna sebanyak mungkin di page mereka.

2) Biar gambar berbicara.

3) Kita bagi awareness apa yang sedang berlaku (keadaan semasa yang betul, yang kita tahu). 

4) Laknatullah play victim? Kita kasi expose story sebenar. Kita cerita, ada video lagi okay. 

Peluru- peluru ni boleh guna di Twitter dan Facebook sebab boleh komen gambar.

Kalau di Instagram, tulis sahaja

" Watch @(org yg korang tahu share pasal Palestine) for the truth."

Ramai sebenarnya tidak tahu tentang Palestin dan kita perlu kasi tahu.

*****

Sumber: Twitter @cintasyria
 

 


Masa mula baru bercinta
Mulut manis macam gula
Gunung tinggi sanggu didaki
Lautan api sanggup renangi

Tapi bila dah kenal lama
Baru terlihat perangai sebenar
Habis madu sepah dibuang
Janji manis tinggal kenangan

Benar kata orang dahulu
Kasih jangan keterlaluan
Sayang biarlah sederhana
Takut nanti engkau merana

Benar kata orang dahulu
Kasih jangan keterlaluan
Sayang biarlah sederhana
Takut nanti engkau merana

Benar kata orang dahulu
Kasih jangan keterlaluan
Sayang biarlah sederhana
Takut nanti engkau merana

Benar kata orang dahulu
Kasih jangan keterlaluan
Sayang biarlah sederhana
Takut nanti engkau merana

Engkau merana
Janji manisnya










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top