Peristiwa Asyura' & Pembunuhan Sayyiduna Al-Husain r.a Menurut Riwayat Sahih di Di Sisi Ahli Sunnah. 


Setiap kali tiba Hari Asyura kita akan mengenang peristiwa pembunuhan cucu baginda Rasulullah SAW, Al-Husain bin Ali r.a. Ini adalah peristiwa yang mewarnai sejarah Umat Islam.
Al-Husain r.a telah dibunuh pada 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Sebelum dilanjutkan dengan kisah pembunuhan beliau kita kena kembali ke peristiwa baiah Yazid bin Muawiyah sebagai khalifah menggantikan ayah beliau, Muawiyyah r.a yang mengandungi konteks yang penting.

Selepas kesyahidan Ali bin Abi Talib r.a penduduk Kufah telah memberikan baiah kepada Al-Hasan. Kemudian berlaku peristiwa pendamaian antara Al-Hasan & Muawiyah yang mana beliau telah melepaskan baiah tersebut & menyerahkannya kepada Muawiyah. Berlaku keamanan dan kesatuan.

Al-Hasan wafat pada tahun 49h ketika pemerintahan Muawiyah. Pada tahun 56h Muawiyah telah mengubah corak pemilihan khalifah daripada sistem syura kepada pewarisan keluarga dengan mengarahkan agar anak beliau Yazid dibaiah. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Al-Husain.

Al-Husain & Abdullah bin Zubair tidak bersetuju dengan cara ini maka mereka keluar meninggalkan Madinah & pergi ke Mekah & enggan berbaiah kepada Yazid. Manakala para sahabat yang lain memberikan baiah kepada Yazid untuk menjaga kestabilan & keamanan negara Islam.

Pandangan Ahli Sunnah tentang baiah terhadap Yazid: Baiah kepada Yazid bin Muawyiah adalah sah menurut syariah tetapi ia dikritik pada dua sudut : Pertama : baiah ini adalah bid'ah (perkara baru) yang bercanggah dengan amalan sedia ada iaitu dengan menjadikan khilafah pewarisan terhadap anak - menjadi sistem beraja. Sebelum itu pada zaman Nabi SAW & Abu Bakar mereka mencadangkan nama khalifah & kemudian majlis syura menentukannya. Pada zaman Uthman beliau mencadangkan 6 nama & majlis syura menentukannya. Pada zaman Ali beliau tidak cadangkan apa apa nama. Al-Hasan dibaiah & kemudian beliau menyerahkannya kepada Muawiyah. Tetapi Muawiyah telah menukar sistem syura ini menjadi sistem beraja yang diwariskan kepada anaknya.

Kedua : Ada ramai lagi orang yang lebih layak berbanding Yazid. Masih ada lagi sahabat Nabi seperti Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Abbas, Al-Husain dan lain lain yang lebih layak. Maka Muawiyah telah meninggalkan pemilihan terhadap mereka yang lebih afdal. Adapun baiah tersebut adalah sah di sisi syarak. Ahli Sunnah mengiktiraf keabsahan baiah kepada Yazid.

Pandangan Syiah tentang baiah kepada Yazid : Syiah hanya menerima khilafah dan kepemimpinan daripada keturunan Ali bin Abi Talib sahaja. Mereka bukan sahaja tidak menerima baiah terhadap Yazid sahaja tetapi tidak menerima baiah terhadap Abu Bakar, Umar, Uthman & Muawiyah.

Ahli Sunnah menerima keabsahan pemerintahan Yazid bin Muawiyah tetapi mengkritik sistem pewarisan yang telah dimulakan oleh Muawiyah. Yazid ialah khalifah yang sah dilantik mengikut hukum syarak. Para sahabat memberikan baiah kepada beliau melainkan Al-Husain & Ibn Zubair.

Berita bahawa Al-Husain tidak berbaiah kepada Yazid sampai kepada penduduk Kufah, Iraq. Mereka tidak mahukan Yazid mahupun Muawiyah. Mereka menghantar surat surat kepada Al-Husain dengan mengatakan bahawa mereka berbaiah kepada beliau & tidak inginkan sesiapa selain beliau.

Surat surat yang dihantar amatlah banyak. Diriwayatkan lebih 500 surat dihantar oleh penduduk Kufah kepada Al-Husain. Kesemuanya meminta agar beliau datang ke Kufah untuk dibaiah menjadi khalifah. Maka beliau mengutuskan sepupu beliau Muslim bin Aqil untuk meninjau perkara itu.

Muslim bin Aqil ketika berada di Kufah telah bertanya orang ramai tentang sokongan terhadap Al-Husain. Orang ramai datang berbaiah kepada beliau mewakili Al-Husain di rumah Hani' bin Urwah. Pemerintah Kufah ialah Nu'man bin Bashir dan beliau tidak menghalang baiah tersebut.

Berita tentang baiah Al-Husain di Kufah & tindakan Nu'man bin Bashir yang tidak menghalang baiah tersebut telah sampai kepada Yazid di Sham. Maka beliau mengarahkan agar Nu'man dipecat & tempatnya digantikan oleh Ubaidullah bin Ziyad yang merupakan pemerintah Basrah.

Ubaidullah bin Ziyad pergi ke Kufah untuk menyiasat perkara tersebut. Beliau mendapati perkara tersebut adalah serius & penduduk Kufah sedang menanti kedatangan Al-Husain. Beliau menangkap Hani' & bertanyakan lokasi Muslim bin Aqil tetapi Hani' enggan memberitahunya.

Berita penangkapan Hani' telah sampai kepada Muslim bin Aqil. Beliau keluar bersama 4000 penduduk Kufah dan mengepung istana Ubaidullah bin Ziyad. Ubaidullah telah menjanjikan pelbagai ganjaran kepada mereka yang bersama dengan Muslim jika mereka meninggalkan beliau.

Ubaidullah juga memberikan ugutan tentang kedatangan tentera dari Sham jika mereka ingin terus menentang. 4000 jumlah tentera telah berkurang menjadi 30 orang. Tidak terbenam matahari melainkan Muslim telah keseorangan. Penduduk Kufah telah mengkhianati beliau.

Ketika berlindung di sebuah rumah, Muslim bin Aqil telah ditangkap & dibawa ke istana Ubaidullah bin Ziyad. Ubaidullah ingin menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Muslim & beliau telah diberi peluang untuk meninggalkan wasiat. Muslim memanggil Umar bin Saad dan meminta agar disampaikan pesanan kepada Al-Husain bahawa semuanya telah berakhir & penduduk Kufah telah mengkhianati beliau. Muslim menulis kepada Al-Husain : 

"Kembalilah kepada keluargamu dan jangan sampai tertipu dengan penduduk Kufah. Sesungguhnya penduduk Kufah telah berbohong kepadamu & kepadaku. Tidak ada kepercayaan terhadap orang yang berbohong."

Muslim bin Aqil dibunuh pada 8 Zulhijjah & Al-Husain telah bertolak pergi ke Kufah sehari sebelum itu. Surat yang diutuskan masih lagi dalam perjalanan untuk sampai kepada beliau.

Ramai dalam kalangan sahabat nabi telah menghalang Al-Husain daripada pergi ke Kufah. Mereka ialah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin Al-As, Abu Said Al-Khudri, Abdullah bin Al-Zubair & saudara sebapa beliau Muhammad bin Hanafiah.

Mereka semua cuba menghalang beliau & memperingatkan tentang tipu daya penduduk Kufah. Abu Said Al-Khudri memberitahu bahawa Ali bin Talib pernah berkata yang penduduk Kufah tidak setia, tidak ada keazaman, kesabaran & kekuatan. Al-Husain tetap pergi kerana yakin dengan sokongan.

Dalam perjalanan menuju Kufah surat dari Muslim bin Aqil telah sampai kepada Al-Husain. Beliau ingin kembali berpatah balik ke Mekah selepas mengetahui apa yang telah berlaku tetapi anak anak Muslim berkeras untuk pergi membalas dendam maka beliau meneruskan perjalanan.

Ubaidullah bin Ziyad mengetahui kedatangan Al-Husain maka beliau mengutuskan Al-Hurr bin Yazid bersama 1000 tentera untuk menghalang Al-Husain. Mereka bertemu di sebuah tempat bernama Al-Qadisiyyah dan kemudian beliau meneruskan perjalanan ke Iraq.

Al-Husain sampai ke sebuah tempat. Beliau bertanya nama tempat tersebut. Mereka berkata tempat tersebut dinamakan Karbala. Beliau berkata, karb (kesusahan) & bala' (ujian). Baki tentera Ubaidullah yang dipimpin oleh Umar bin Saad seramai 4000 tentera juga sampai di sini.

Ketika melihat jumlah tentera yang ramai Al-Husain memberikan pilihan kepada Umar sama ada membiarkan beliau pulang ke Mekah atau pergi ke mana mana bandar atau pergi ke Sham untuk bertemu dengan Yazid. Umar bersetuju dengan cadangan tersebut & beliau mengutuskan orang kepada Ubaidullah bin Ziyad. Pada mulanya Ubaidullah bersetuju dengan mana mana pilihan Al-Husain tetapi salah seorang yang rapat dengan beliau iaitu Shamr bin Zi Al-Jaushan mencadangkan agar Al-Husain menyerah diri kepada Ubaidullah. Beliau mengubah pandangan kepada cadangan Shamr.

Ubaidullah telah menghantar Shamr untuk menggantikan tempat Umar bin Saad memimpin pasukan tentera. Ketika berita tentang perintah agar menyerah kepada Ubaidullah sampai kepada Al-Husain beliau menolak perkara tersebut. Peperangan sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Pada 10 Muharram tahun 61 hijrah berlaku pertempuran di antara Al-Husain yang bersama beliau 73 orang tentera & Shamr bin Zi Al-Jaushan yang bersama beliau 5000 tentera. Jumlah yang tidak setara. Tetapi mereka yang bersama Al-Husain adalah seperti singa dalam melindungi cucu Rasulullah SAW ini. Satu persatu mereka yang bersama Al-Husain dibunuh sehinggalah tinggal beliau sahaja berseorangan. Tidak ada seorang pun yang berani untuk membunuh beliau kerana bimbang tangan mereka bergelumang dengan darah cucu Rasulullah SAW.

Sehinggalah datang Shamr bin Zi Al-Jaushan mengarahkan mereka membunuh Al-Husain maka terkorbanlah Al-Husain sebagai syahid. Diriwayatkan bahawa orang yang membunuh Al-Husain lelaki bernama Sinan bin Anas Al-Nakhaie & memancung kepala beliau. Diriwayatkan Shamr yang membunuhnya.

Kepala Al-Husain dibawa ke Kufah kepada Ubaidullah bin Ziyad & beliau menguis tanah ke mulut Al-Husain dengan kayu & memasukkannya ke dalam mulut Al-Husain. Anas bin Malik r.a melihat kejadian tersebut & berkata, "sungguh buruk perbuatanmu. Aku melihat mulut yang engkau masukkan tanah itu pernah dikucup oleh Rasulullah SAW." Pada peristiwa perang tersebut 18 orang daripada ahli bait Rasulullah SAW telah terkorban dalam jumlah tentera yang tidak setanding itu. Sesungguhnya peristiwa ini amatlah menyedihkan Umat Islam.

Ubaidullah bin Ziyad yang mengarahkan pembunuhan Al-Husain menerima balasan yang dasyat di dunia. Beliau telah dipenggal oleh Al-Mukhtar bin Ubaid sebagai balas dendam terhadap Al-Husain. Ketika kepala beliau disusun di luar masjid tiba tiba datang seekor ular dan masuk melalui lubang hidungnya dan berada lama di dalamnya. Kemudian ular tersebut keluar dan menghilang. Kemudian datang lagi ular yang lain dan perkara yang sama berulang 3 kali. Ini balasan dunia buat beliau terima kerana telah membunuh cucu baginda SAW.

Perbuatan Al-Husain pergi ke Kufah pada hakikatnya tidak membawa apa apa kebaikan. Jika beliau tetap kekal di Mekah pasti mudarat besar akan dapat dielak. Tetapi ketentuan Allah SWT menetapkan beliau akan pergi ke Kufah & berlaku peristiwa ini. Semua berlaku dengan izinNya.

Adakah Yazid bin Muawiyah mengarahkan pembunuhan Al-Husain? Kata Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah : "Sepakat ahli riwayat mengatakan bahawa Yazid bin Muawiyah tidak mengarahkan pembunuhan Al-Husain. Beliau hanya mengutuskan surat kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk menghalang

Al-Husain daripada kekuasaan di Iraq. Ketika sampai berita pembunuhan Al-Husain beliau menzahirkan rasa sedih dan menangis. Bahkan beliau memuliakan ahli keluarga Al-Husain dan membenarkan mereka pulang ke tempat mereka." 

 Wallahua'alam.

Ringkasan daripada kitab :

Hiqbah min Al-Tarikh karya Sheikh Dr Uthman Al-Khamis. 


Juga daripada artikel :



Tweet asal: Dengan keizinan


Sabda Nabi SAW : “Bukan dari kalangan kami orang yang menampar pipi & mengoyakkan baju (kerana ratapan).” - HR Bukhari. 


Doktor,betul ke wap air bunga cengkih boleh merawat covid?

Salah seorang follower Dr. Ahmad Samhan bertanya memandangkan ramai berkongsi info bunga cengkih boleh merawat covid.


Ada juga yang sebarkan video dimana dikatakan kes covid di India semakin menurun setelah rakyatnya mengamalkan khasiat bunga cengkih.

Bunga cengkih, atau cloves adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.

Bunga cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.

Tetapi, bunga cengkih TAK BOLEH merawat covid mahupun asma.

Setelah menghidu wap air atau minum air rebusan bunga cengkih, simptom memang akan kurang dan hilang tetapi virus covid masih ada.

Bagi pesakit covid, kalian boleh minum air rebusan bunga cengkih untuk melegakan sakit tekak dan batuk tetapi tak boleh matikan virus covid tersebut.

Cara yang betul adalah pesakit covid perlu dikuarantin untuk elak penyebaran kepada orang sekeliling dan pantau simptom.

Jika keadaan semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital.

Tolong sebarkan info ini di group-group whatsapp agar ramai yang tak salah faham tentang info bunga cengkih.

Dr. Ahmad Samhan


Pautan asal: twitter: @DoktorSamhan


------

P/S: Selain bunga cengkih, lemon juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk hilangkan sakit tekak dn seumpamanya. Semoga cepat sihat buat semua. 

Kitaran haid normal bagi wanita adalah antara 21-40 hari. 

Perubahan corak haid ini boleh menjadi indikasi kepada masalah kesihatan. 

Dapatkan nasihat dan pemeriksaan jika kerap mengalami masalah haid tidak teratur ini.

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

Susah nak tidur? Jom baca perkongsian Dr Iskandar Mirza di twitter berkaitan sleep hygiene. 

Susah nak tidur? 

Anda ada “Poor Sleep Hygiene” seperti:
-Susah untuk tidur?
-Senang terjaga dari tidur?

Sila amalkan sleep hygiene ini untuk mendapat tidur yang berkualiti.

1) Set waktu tidur

-Bangun tidur pada waktu yang tetap/sama (regardless whether it is weekend or weekdays)
-Tidak skip waktu tidur

- Jika anda ingin mengubah waktu tidur, seharusnya dilakukan berperingkat (1-2 jam) supaya sleep rhythm tidak terjejas.

2) Tidak melakukan power nap pada waktu petang, kerana ia akan menggangu pattern tidur pada waktu malam. 

Seeloknya power nap dilakukan pada waktu tgh hari sahaja.

3) Mempunyai rutin tidur yang sama

-Perbuatan seperti memakai baju tidur, memberus gigi akan membuat minda anda bersedia untuk tidur

4) 30 minit sebelum tidur amalkan mendengar music ringan/ membaca atau light stretching

5) Malapkan lampu bilik

-Cahaya terang mengurangkan penghasilan hormone melatonin (hormone yang bertanggungjawab untuk membuat kita tidur)

6) Cabut semua peralatan electronic

-Hand phone/ tablet dan laptop boleh merangsang otak, jadi elok berhenti menggunakan peralatan elektronik 30-60 minit sebelum tidur.
-Blue light dari hanphone boleh mengurangkan penghasilan melatonin

Selamat mencuba! 

Tertarik dengan perkongsian grafik saudara Faris Hazman untuk resepi air minuman segar Khairul Aming untuk berbuka puasa ini. Jom kita cuba! 

Resepi Air Limau Asam Boi

Resepi Susu Pisang Gula Melaka

Resepi Teh Buahan Segar

Resepi Air Buah Naga Laici

Video asal resepi: Instagram @khairulaming



 

Jika nak beli produk sambal dan dendeng Khairul Aming - https://shope.ee/9A0Pd0VsFZ


















Teringat ketika aku bersendirian
Terpegun berdua berhadapan
Bertentang mata
Masih ingat saat itu

Terfikir, aku jua terfikir tentangmu
Tak pernah terlintas
'Tuk berduka hati kernamu
Ku masih pegang janji ini

Masa indah menyatukan engkau dan aku
Tiap kali waktu berdetik mendewasakan kita
Masa beranjak datang tak memisahkan
Ku berjanji setia denganmu
Kan bersama ke akhirnya

Mendambakan akhiran bahagia, oh
Relasi ini kita hargai agar teguh
Tuhan yang takdir jalan hidupku temukanku
Yang tak berakhir dalam mimpiku
Temukanmu

Masa indah menyatukan engkau dan aku
Tiap kali waktu berdetik mendewasakan kita
Masa beranjak datang tak memisahkan
Ku berjanji setia denganmu
Kan bersama ke akhirnya

Masa indah menyatukan engkau dan aku
Tiap kali waktu berdetik mendewasakan kita
Mendambakan akhiran bahagia
Relasi ini kita hargai agar teguh
Tuhan yang takdir jalan hidupku temukanku
Yang tak berakhir dalam mimpiku
Temukanmu

Masa indah menyatukan engkau dan aku











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top