Kadangkala keinginan nak rasa makanan viral atau benda baru itu agak sukar ditahan-tahan. Mujur ada mak dan adik yang memahami. Alhamdulillah. Terima kasih.

Jadi terimalah review KFC ringkas kali ini:

Satay burger KFC ✅

Kuah kacangnya sedap! Ada bawang, timun dan ayam dalam burger ini.


Spicy Cheesy Potato Balls! ✅

Memang pedas! Bolehlah buat kunyah-kunyah. Tapi tak dapeklah banyak. 🔥


*Pemurah naw cheese+nya pun (terima kasih KFC) 

Cheesy Wedges (kegemaran adik saya). Alhamdulillah. Terima kasih. 






Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Merdeka, merdeka

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

31, bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Merdeka, merdeka

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

31, bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka


Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka!

31, bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka


Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!




FESTIVAL BUKU MERDEKA (FBM2023) akan berlangsung bermula 31 Ogos ini di Sunway Putra Mall.



🗓️Tandakan kalendar anda!

Sempena sambutan kemerdekaan ke-66 ini, Jejak Tarbiah Official dan Fixi membawakan Festival Buku Merdeka kepada pencinta buku di sekitar Kuala Lumpur. 

Seramai 30 pempamer akan turut serta dalam Festival Buku ini. 




Maklumat penuh:


FESTIVAL BUKU MERDEKA. 


🗓️ 31 Ogos - 3 September 2023. 

⏰ 10 Pagi - 10 Malam. 

📍Tingkat 4, Sunway Putra Mall.




Susun cantik-cantik TBR di tepi dulu. Jom tambahkan koleksi buku-buku terbaru di perpustakaan peribadi anda. 


Kita jumpa di sana!🤩



Sumber: Facebook Jejak Tarbiah





Gambar FB Zoo Negara Malaysia

Setelah 4 tahun, anak panda Yi Yi dan Sheng Yi akan dikembalikan ke China pada 29 Ogos selaras dengan perjanjian pemuliharaan panda gergasi antarabangsa, kata NRECC.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebelum ini cadangan penghantaran Yi Yi tertangguh disebabkan penutupan pintu masuk ke China akibat penularan pandemik COVID-19.

Menurutnya Liang Liang dan pasangannya Xing Xing dipinjamkan oleh China kepada Malaysia pada 21 Mei 2014 sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan republik itu.

"Tempoh pinjaman adalah selama 10 tahun bermula daripada tarikh ketibaan pasangan panda gergasi berkenaan di Malaysia dan melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

“ Yi Yi yang kini berumur 5 tahun sepatutnya dihantar pulang pada tahun 2020 namun terpaksa ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19."

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata penghantaran pulang kedua dua anak panda betina itu adalah untuk tujuan konservasi yang membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda gergasi lain. 

“ Yi Yi yang bermaksud persahabatan, dan Sheng Yi yang bermaksud keamanan dan persahabatan menjadi nama pilihan bagi kedua-dua anak Giant Panda Liang Liang (Feng Yi)  dan Xing Xing (Fu Wa) itu." 

Anak panda gergasi pertama, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini (Selasa)," menurut kenyataan itu.

Yiyi lahir pada 14 Januari 2018, manakala Sheng Yi lahir pada 30 May 2021. 

Setem 2015 (The Star

Terima kasih untuk memori yang menghiburkan. Moga sentiasa sihat dan jumpa lagi daripada kami di Malaysia. 🐼


Sumber berita:

- Facebook Zoo Negara Malaysia 

- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penghantaran-pulang-anak-panda-gergasi-dilaksanakan-mengikut-perjanjian-chinamalaysia-nrecc-434456

- https://www.buletintv3.my/nasional/dua-anak-panda-gergasi-yi-yi-dan-sheng-yi-balik-kampung/

Tahun ini Sambutan Hari Kemerdekaan dibuat di Dataran Putrajaya. Persoalannya bagaimana cara nak pergi Dataran Putrajaya itu? Jadi jom kita tunjuk cara yang mungkin boleh membantu. 



Naik MRT, Turun Putrajaya Sentral dan naik shuttle bas (bas ulang-alik) disediakan.

Ada 2 tempat bas ini disediakan:

1. (Rapid Rail) MRT laluan Putrajaya, ke destinasi Stesen Putrajaya Sentral

2. Turun di PICC, Putrajaya (juga shuttlebus disediakan) 

3. (ERL) KLIA Transit, ke destinasi Stesen Putrajaya & Cyberjaya 

3. Shuttle bus ke lokasi sambutan dari Pick Up Terminal Putrajaya Sentral disediakan. 


******

Lokasi Pick Up & Drop Off Dua Laluan disediakan seperti berikut:

1. Pick Up Point di Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7

Drop Off Point di Jalan Tun Abdul Razak. Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3

2. Pick Up Point di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Drop Off Point di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

MASA OPERASI | 4 PAGI HINGGA 2 PETANG

Kekerapan (10 minit) (Waktu Puncak) 4.00 hingga 8.00 pagi | 10.30 hingga 2 Petang

Kekerapan (30 minit) (Waktu Bukan Puncak) 8.01 hingga 10.29 pagi


*****


JUMLAH & LOKASI TEMPAT LETAK KERETA AWAM HARI KEBANGSAAN 2023

1) 27 lokasi tempat letak kereta awam di sepanjang core island di Presint 1, 2, 3 dan 4 - 4,000 petak

2) Pick Up Zon di Terminal Putrajaya Sentral (i) Bangunan Park & Ride Presint 7 - 1,300 petak (ii) TLK Terbuka Lot 7MD6, Presint 7 - 290 petak

3) Pick Up Zon di Putrajaya International Convention Centre (PICC) (i) Basement Bangunan PICC, Presint 5-1,100 petak (ii) TLK Terbuka di University Heriot Watt, Presint 5-300 petak (iii) TLK Terbuka Taman Empangan, Presint 5 - 50 petak

4) Tempat Letak Kereta Kompleks El dan E2 Presint 1 (berhadapan Kompleks F) - 662 petak




***** 

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 

 1. Tren: KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya 

 2. Bas: KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral


 


Sempena hari kebanggsaan yang bakal tiba, beberapa negeri juga membuat sambutan hari kebangsaan di negeri masing-masing. 


1. Jadi mari kita lihat penutupan jalan setiap negeri yang terlibat. 

Penutupan jalan di Kota Kinabalu, Sabah untuk sambutan hari kebangsaan.



2. Penutupan jalan di Melaka, sempena sambutan hari kebangsaan.

📍Lokasi terlibat : Jalan Kota / Jalan Bendahara (Little India) / Jalan Munsyi Abdullah / Jalan Hang Tuah


3. Penutupan jalan di Kuantan, Pahang sempena sambutan hari kebangsaan. 





4. Penutupan jalan di Mukah, Sarawak sempena sambutan hari kebangsaan. 


5. Penutupan jalan di Johor Bahru sempena sambutan hari kebangsaan. 

Antaranya adalah seperti berikut :-

1. Jln Gertak Merah

2. Jln Skudai Pantai Lido - Hadapan HSA

3. Jln Thompson 

4. Jln Sungai Chat 

5. Susur turun daripada Jalan Lingkaran Dalam ke Jalan Sg Chat

Orang Awam boleh menggunakan Altenatif lain untuk memudahkan perjalanan ke destinasi yang dituju sambil dipandu arah oleh anggota trafik yang berada di lokasi antaranya:-

1. Jalan Tun Abd Razak (Dari Arah Skudai)

2. Jalan Lingkaran Dalam (Dari Arah Skudai)


6. Penutupan Jalan di Ipoh, Perak sempena sambutan hari kebangsaan. 




7. Penutupan jalan di Kuala Terengganu sempena sambutan hari kebangsaan. 



8. Penutupan jalan di Negeri Sembilan

9.  Penutupan Jalan di Pulau Pinang (belum jumpa lagi) 


10. Penutupan jalan di Kedah





Pexels

Pada 31 Ogos 2023, Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 09:38. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2023 yang juga dikenali sebagai “Supermoon”.

Namun Bulan Penuh boleh mula kelihatan malam ini pada 30 Ogos. 

Namun memandangkan fenomena bulan purnama ini berlaku 2 kali dalam bulan yang sama, jadi ia digelar sebagai “Bulan Biru". Kejadian ini direkodkan terakhir terjadi pada 2009 (2 kali bulan penuh dalam sebulan - namun untuk Supermoon ia terakhir dicatatkan pada 2018). 

Dan fenomena (bulan purnama 2 kali sebulan) ini kita akan jumpa 9 tahun lagi.

🔸 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸

𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲

Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 357,181 km.

APA ITU BLUE SUPERMOON?

Bulan akan kelihatan berwarna biru dan sangat besar ke nanti?

Bulan Ogos akan berlaku 2 kali Bulan Penuh.

Gelaran yang diberi ialah ‘Blue Moon’. 

Tak ada kena mengena dengan warna bulan. Bulan warna seperti biasa. 

Bulan Penuh Perigee berlaku tiap-tiap tahun. Tolong jangan viral teori pelik-pelik.

BLUE = pepatah matsalleh, "Once in a blue moon" rare occasion lah begitu. Kenapa rare? sebab dalam bulan Ogos ini, terdapat dua kali bulan fasa penuh (yang oertama dah berlaku pada 2 Ogos lalu). Makanya Blue Moon.

SUPER = Bukan superman. Oleh kerana Bulan berada di titik dekat dengan bumi (perigee), logiknya saiz pun makin besar la kan. sebab dikatakan 'besar', dinamakan SUPER oleh orang bukan astronomer ya. tapi jangan kecewa apabila bulan berada atas kepala, katanya tak nampak besar. kalau di ufuk, ya akan nampak besar, kesan daripada pembiasan daripada atmosfera. kita perlu ada sekurang-kurangnya dua gambar bulan menggunakan alat yang sama untuk membuat perbandingan besar ni.


*Malam ambang merdeka, Facebook Dark Sky Malaysia akan membuka teleskop untuk orang awam bersama-sama mencerap Bulan.



Antara sumber:

- https://www.mysa.gov.my/kalendar-astronomi-ogos-2023-2/

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033Ks7gfNq6PSJQebDXH3hryWSVjNzA9YDWMZGYdVtLQEquRkzZGnhQ2nh9rMXCt4wl&id=100063812702748&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

- https://twitter.com/MySamudera/status/1686726298931228672?t=Q-BlqPyA_TR4gjSkJFiZ4g&s=19

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TgpuuzJBMxttay8hnqp79WVPSFfdHkj5KTApTRoFUVvAveSexDJRTh3uWDj7PK26l&id=1603315048&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6


Ta da ta da


Kemarilah

Singgah dulu sebentar

Perjalananmu jauh

Tak ada tempat berteduh


Menangislah

Kan kau juga manusia

Mana ada yang bisa

Berlarut-larut

Berpura-pura sempurna


Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar


Ho oh

Menangislah

Kan kau juga manusia

Mana ada yang bisa

Berlarut-larut

Berpura-pura sempurna


Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar


Uh uh

Oh oh


Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar ah

Tak didengar


Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar


Selama ini kau hebat

Kau pasti kan didengar



Alhamdulillah. 


Qari Malaysia, Muhammad Qayyim telah menjadi Johan kategori (Tilawah Lelaki) di Majlis Tilawah & Menghafaz AL-Quran Antarabangsa dengan markah 94.96%. 

Beliau merupakan seorang OKU Penglihatan.

Manakala untuk Qariah, telah dimenangi wakil Maghribi - Sara Belmamoun. 

Walaupun saudara Qayyim Nizar tidak dapat melihat dengan sempurna, namun hatinya tetap celik. Inilah satu contoh Allah SWT paparkan kepada kita kehebatan al-Quran yang dapat mencelikkan mata hati manusia. 

Terdahulu Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi telah dinobatkan sebagai Johan kategori Tilawah bagi tahun 2023 peringkat kebangsaan yang lalu.



Pada 27 Ogos 2023 lalu telah berlangsungnya Anugerah Tiktok Malaysia (Tiktok Awards MY) dengan gilang gemilang di TV3. Dihostkan oleh Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson. 

Berikut adalah pemenang untuk 13 anugerah dipertandingkan. 

🏆 TikTok Shop Creator of the Year

💫 Anas Zahrin💫


🏆 Best of Foodie

👩‍🍳 Syifa Jamill 👩‍🍳

Congratulations Kkhalish 💪

🏆 Best of Sports


🏆Best of Gaming 

🎮 Sultan Riq 🎮


🏆 Best of Education

📚 cikgu Sir Asai 📚


🏆  Best of Beauty and Fashion

💄 Shahira Azlan 💄


🎬 Eiqa Maleq 🎬
🏆 Best of Entertainment


🏆 Popular Animation Account of The Year


🐯Tiger Labu 🐯
🏆 Live Creator of The Year


🏆 Popular Creator of the Year 
🍞 Ryan Fahmi Bakery 🍞


🏆 Rising Star of The Year 🏆
💫 Ikhmal 💫


Celebrity of The Year of #TikTokAwardsMY 
Congratulations Aeril Zafrel ✨


🏆Creator Of The Year of #TikTokAwardsMY! 

Congratulations Khairul Aming 💫



"Saya nak ambil kesempatan untuk bagi satu ucapan untuk anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran. Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat jadi content creator bukan sekadar untuk viral okay? 

Untuk relevan lama dalam industri yang awak perlukan banyak pengetahuan - critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense, okay? Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus yang boleh majukan negara kita Malaysia, okay? Selamat hari merdeka semua. Terima kasih. Assalamualaikum."

 

- Khairul Aming





Tahniah semua pemenang! 








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top