(Meski di hati) meski kau ada di hati (kau yang pertama, ya)
Oh, maafkan bila kamu terluka (bila kau terluka)
(Meski di hati, kau yang pertama, ya)
Sebab masing-masing duk request haritu. Nah, Niscaya. Second song sebelum saya tinggalkan semula gitar ni. Okay goodnight! 🌹 pic.twitter.com/e9WX8dShO4
Bismillah. Dengan ini saya bermula dengan topic Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak! Sembelihlah lembu Wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai! Murah atau mahal bahagian korban kalian taklah terbazir cuma tak sesuai di masak & makan seperti steak.
Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis (RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras. Kalau biasa pancing, ikan dlm icebox itu bukan mengeras senget sebab beku. Itu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih.
Sekarang berbalik kepada Lembu dan Kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan agihkan. Untuk organ dalaman, fresh is best. Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sebab tak sesuai dimakan macam Steak.
Di barat, praktis selepas sembelih & siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan utk membenarkan otot-otot rileks secara semula jdi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi untuk mencegah pencemaran bakteria.
"Kita ialah apa yang kita sibukkan. Setiap pilihan; pekerjaan, pelajaran, perkahwinan, pemakaian, pemakanan, pengumpulan harta termasuk hutang ialah pertanggungjawaban yang akan ditanya oleh Tuhan." - Nik Nur Madihah.
Nik Nur Madihah, nama yang dikenali kerana kepandaian dan kesederhanaannya. Masya-Allah.
Membaca setiap penulisan beliau di facebook sahaja sudah seronok dan merasa dekat - apalagi sebuah buku refleksi peribadi daripadanya.
Buku Noktah Terjahit terbitan Jejak Tarbiah yang disusun dengan bahasa puitis ini membuatkan kita merasa terfikir, tersedar dan terpujuk. Terfikir hal-hal hidup yang saling berkaitan dan tentang diri kita sendiri. Buku ini sesungguhnya sarat dengan nasihat-nasihat jujur yang baik daripada seorang perempuan kepada perempuan lain - bersandarkan al-Quran, hadis dan panduan.
Memetik kata-kata beliau di facebook baru-baru ini:-
"Pencarian kita kepada sebuah kebenaran tidak pernah bersifat peribadi, sebab apa yang kita temukan adalah sebahagian dari kefahaman yang membentuk semesta.
Oleh yang demikian, jangan ingat kejahilan kita adalah milik peribadi. Sebab kejahilan kita adalah beban kepada masyarakat secara keseluruhan."
Semoga terus maju jaya buat saudari di dunia dan juga di akhirat. Jaga diri, moga diberkati. Insya-Allah.
[Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan) adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A, iaitu 19 A1 dan satu A2. Beliau juga telah mendapat 10A1 di dalam Sijil Menengah Ugama. Kini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ilmu Wahyu, Al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) apabila bergraduasi pada tahun 2018.]
📚 Buku beliau boleh juga didapati dan dibeli di sini:
Selain Facebook peribadi, Nik Nur Madihah juga mempunyai facebook page (halaman perniagaan) bernama DukkanMaya. Juga laman web rasmi yang berkongsikan tulisan dan berkaitan perniagaan beliau - https://dukkanmaya.com/
7 TIPS BOLEH DIGUNAKAN JIKA KUCING ANDA HILANG, yang dikongsikan Cik Sharah di X (twitter) baru-baru ini.
(Diambil terus ikut penulisan asal)
1. Join group Facebook kucing & haiwan hilang sebab komuniti dekat sana sangat membantu bagi banyak tips tips lain jugak and the facts tips nombor 7 itu saya dapat dari sana.
Cara elak kucing hilang 1: pakaikan rantai
2. Dalam masa 3 hari, cari dekat radius berhampiran, kucing tak lari jauh lagi.
(i) Bawa kibbles & wetfood kegemaran kucing, goncang-goncang sambil cari. Kalau strays (kucing jiran atau terbiar lain datang), bagi pada mereka upah untuk minta tolong carikan.
—————
Elak kucing hilang 2: custom cat pendant (bau kucing).
3. Bagi kucing-kucing lain kalian jumpa itu makan and minta dorang doakan — such a one step closer nak jumpa kucing anda. haritu i dekat shah alam, while oyen hilang dkt kelantan.. 1-2 hari sblm i balik i mcm nak redha sebab dkt rumah dah tak macam dulu (oyen takda dah).. so i cuba berbaik dgn strays.. and i balik tu, keesokan tu jugak oyen jumpa :((((
4. Letak litter box / trays dkt luar rumah utk bagi dia bau.. lagi bagus tray yg ada poop dia sendiriii
4.1 Cari waktu malam around 1-4 pagi sbb ni waktu kucing aktiffff
—————
Avoid kucing hilang 3: pakaikan harness bila keluar
5. Playyy sound kucing bergaduh. YEE AKAN ADA KUCING BUSY BODY DATANG NANTI sbb nature kucing ni dia curiousssss tinggi so dia akan datang menyaksikan pergaduhan tu 😭😭
6. Doa is the first thing to do ofc
I amalkan baca “ya Allahu ya syahid” beratus kali pastu baca doa kucing hilang
7. LAST USAHA I TERFIKIR NAK BUAT IS — POSTER
Ya allahu ya rabbi benda ini sangat membantu terutama nak edar dkt makcik pakcik yg takda fonn takda facebookkkk semua tu. Bcs orang yg jaga oyen masa dia hilang haritu ni, PAKCIKKKK. Dia dah jaga 2 weeks (oyen hilang 1 bulan).
Poster ni i edarkan dekat budak2 motor tau, and budak motor tu yg jumpa oyen depan rumah pakcik..
Pakcik tu tak caye ni kucing org sebab dah 2 weeks dia jaga n dah sayang.. then budak motor tu tunjukkkk poster i bagi tu baru pakcik tu caye
Sumber:
Link asal dan pengalaman dikongsi dengan kebenaran Cik Sharah (Srikandi Emas VIP Siti Khadijah). Terima kasih.
Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi Menggunakan ‘Multiple Fleetcard’ bagi permohonan baru, tambahan kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web berikut:
Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.
Dengan menggunakan kaedah Fleet Card Diesel, kerajaan mampu untuk mengesan individu yang layak untuk memakainya dan menghindari dari penjuaan diesel secara haram di kilang-kilang seperti yang berlaku hari ini.
Seterusnya cara memohon:
PENDAFTARAN BAHARU
Pemohon boleh membuat pendaftaran baharu sekiranya belum mempunyai akaun di dalam sistem MySubsidi Diesel.
a) Pendaftaran Individu
i) Klik butang Individu untuk mendaftar sebagai Individu
ii) Isi Maklumat Pemohon dan klik butang Hantar untuk mendaftar sebagai Individu
*****
Untuk Syarikat:
Klik butang Syarikat untuk mendaftar sebagai Syarikat
ii) Isi maklumat syarikat
iii)Isi maklumat wakit syarikat dan klik butang Hantar untuk pendaftaran sebagai Syarikat
Jika sudah, dan dapat emel, boleh log masuk
*****
Log In dan Mohon
Pemohon boleh log masuk ke dalam sistem menggunakan No. Kad Pengenalan (individu) atau No. Pendaftaran Syarikat (SSM/PBT) seperti yang telah di daftarkan di dalam sistem dan masukkan kata laluan yang telah di daftarkan.
i. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Syarikat (SSM/PBT)
ii. Masukkan Kata laluan yang telah didaftarkan
iii. Klik butang Log Masuk untuk log masuk dalam sistem
Kemudian isi borang yang disediakan klik Simpan & Seterusnya, buat semakan, kemudian tandakan pada perakuan dan Hantar jika selesai.
*****
Jika mahu menggunakan terus laman web Budi Madani:
INDIVIDU
Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmiB UDI Individu di https://budimadani.gov.my dengan kaedah berikut:
a. Mendaftar akaun pengguna
b. Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu
c. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
(1) No. Mykad
(2) No. Telefon Bimbit
(3) Nama Bank
(4) No. Akaun Bank
(5) Alamat e-mel
d. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
(1) Nombor Pendaftaran Kenderaan
(2) Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
(3) Jenama / Model Kenderaan
(4) Kelas Kegunaan Kenderaan
8. Berapa lamakah tempoh proses tersebut sebelum mendapat kelayakan?
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.