Okay, jujur cakap – ramai graphic designer yang power buat design lawa-lawa, tapi bila sampai bab preparing Final Artwork (FA) untuk printing, ramai yang kantoi! Serius, benda simple macam bleed pun ramai yang tak tau. So, jom kita sembang sikit pasal apa itu FA, kenapa penting gila korang tak boleh skip step ni untuk printing, dan apa beza FA bila korang nak publish to screen. 😎
⛑ Apa Itu FA (Final Artwork)?
FA ni basically file akhir yang korang hantar untuk printing. Sebelum hantar, korang kena pastikan semua benda perfect – dari resolution, color mode (CMYK), sampai lah ke setting bleed. Kalau silap hantar, hasil print nanti boleh lari jauh dari expectation. Yang ni lah ramai designer terlepas pandang.
⛑ Bleed – Benda Simple, Tapi Ramai Miss!
Bleed ialah extra margin di luar design yang bagi ruang printer potong tanpa ada "white edge" kat hasil akhir. Standard bleed biasa 3mm, tapi boleh adjust ikut keperluan (atau consult dengan printing company). Kalau tak letak bleed, design korang mungkin nampak tak centered atau ada border putih yang tak diingini. Simple, tapi penting untuk proses cutting paper semasa printing!
⛑ Kenapa FA Ni Penting Untuk Printing?
🟨 Elak Masalah Printing – Printer tak boleh baca minda korang! FA yang tak betul boleh buat result akhir print lari jauh dari apa yang korang nampak kat skrin.
🟨 Professionalism – Kalau korang nak kerja dengan client besar atau buat projek corporate, korang kena tau prepare FA dengan betul. Salah FA, boleh terus nampak korang tak pro.
🟨 Jimat Masa & Kos – Silap FA = reprint = duit & masa terbuang. Lagi-lagi kalau print dalam kuantiti besar. Naya client dan diri sendiri.
⛑ Elak Kantoi – Ini Tip FA Cepat:
🟨 Set Bleed dari Awal – Jangan tunggu last minute baru nak add bleed. Masa start design, terus set bleed siap-siap. 3mm tu kira standard.
🟨 Check Resolution & Color Mode – Pastikan file korang 300dpi dan CMYK, bukan RGB. Ini basic untuk print.
🟨 Flatten Font & Images – Convert text jadi outline atau raster supaya tak ada masalah font missing bila sampai ke printer.
🟨 Preflight Check – Sebelum hantar, selalu buat preflight check untuk confirm semua setting betul.
⛑ Tapi... Perlu Ke FA Untuk Publish to Screen? 🖥️
Kalau korang design untuk web atau digital display, FA untuk printing macam yang disebut tadi tak diperlukan dengan cara yang sama. Proses dan keperluan untuk screen jauh berbeza dengan print.
⛑ Untuk Publish to Screen:
🟨 Bleed – Tak perlu bleed. Bleed hanya penting untuk print sebab ada proses potong kertas. Untuk screen, tak ada proses tu, jadi tak perlu margin lebih.
🟨 Resolution & DPI – Tak perlu 300dpi untuk screen. DPI (dots per inch) hanya relevan untuk print. Untuk screen, resolution 72dpi dah cukup, sebab ini standard untuk paparan digital.
🟨 Color Mode – Guna RGB color mode, bukan CMYK. Screen guna cahaya untuk paparan warna (RGB), sementara CMYK digunakan untuk hasil warna dalam cetakan.
⛑ Kenapa Masih Perlu Siapkan FA yang Betul Untuk Screen?
Walaupun tak perlu setting FA macam print, korang masih kena pastikan:
🟨 Check resolution & size – Pastikan gambar tak pecah atau blur bila dipaparkan atas skrin.
🟨 Optimize file size – Untuk digital, file tak boleh terlalu besar supaya cepat load di web atau apps.
🟨 Use RGB mode – Kalau korang guna CMYK, warna mungkin lari bila dilihat atas skrin.
⛑ Kesimpulan?
Untuk printing, korang kena strict dengan setting FA, termasuk bleed, 300dpi, dan CMYK. Tapi untuk publish to screen, benda-benda macam bleed tak relevan, dan korang hanya perlu fokus pada resolution, RGB color mode, dan optimize file. Jadi, FA untuk screen dan print ada perbezaan besar, jadi pastikan korang set betul-betul ikut keperluan projek! 🙌
“Setiap nyawa itu bernilai dan kebajikan haiwan mencerminkan kematangan serta keprihatinan sesebuah masyarakat,” - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin
KEUTAMAAN BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.
⚡Jom marathon BoBoiBoy Galaxy Windara episod 1 - episod 6 di Saluran Monsta Network!
Windara sudah tidak aman sejak pemerintahan Reramos. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menghentikan kekejaman Reramos ke atas penduduk Windara tetapi hanya Kuasa Elemental Beliung sahaja dapat menewaskan Reramos. Dapatkah BoBoiBoy menguasai Kuasa Elemental Beliung? 🌪️
Rimas betul bila alahan menyerang. Bersin tak henti-henti, hidung tersumbat, buat apa pun rasa tak best! 😩 Selalunya alahan ni disebabkan habuk dan debu, jadi kalau korang tak tahan asyik selsema, jom cuba tip-tip yang #akakadmin Sedapedia kongsi ni.🌿✨
Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Namun, pihak-pihak sama ada isteri mahupun suami perlu mengikuti prosedur mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai.
1. Pihak-pihak hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan bagi pengesahan lafaz cerai.
2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.
3. Kemudian, perlu dinyatakan fakta berkaitan kronologi lafaz cerai seperti bila dilafazkan, di mana dilafazkan, bila kali pertama dilafazkan (sekiranya lebih daripada sekali lafaz cerai), apakah lafaz yang diungkapkan oleh si suami, pernah rujuk atau tidak, apakah keadaan si suami ketika melafazkan cerai (waras atau tidak), ada saksi waktu kejadian atau tidak.
4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak, I/C saksi sekiranya ada, serta dokumen yang berkaitan seperti salinan screenshot lafaz cerai (sekiranya si suami lafazkan cerai melalui Whatsapp, FB Messanger, SMS, Telegram atau email).
5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai di kaunter mahkamah.
6. Mahkamah akan bagi notis perbicaran.
7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).
8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.
9. Pihak-pihak perlu hadir ke mahkamah.
10. Siasatan oleh Mahkamah.
11. Keputusan oleh Mahkamah.
Semoga bermanfaat.
Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin
Isnin lalu, "Atuk" Sheikh Khaled Nabhan yang dikenali kerana frasa popularnya di media sosial “ruh ar-ruh" (Soul Of My Soul) telah syahid. Beliau telah meruntun hati seluruh warga dunia ketika mengucapkan selamat tinggal kepada cucunya, Reem. Beliau juga seorang yang sangat mesra dan suka tersenyum.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Menurut Pusat Media Pal3stin, Khaled Nabhan terbunuh dalam serangan udara I5rael yang menyasarkan kem pelarian Nuseirat di Tengah G4za.
Ketabahannya menerima pemergian insan tersayang dan kebaikannya membantu masyarakat, memberi semangat pada yang lain walaupun diri serba kekurangan serta rapat dengan haiwan seperti kucing, akan diingati oleh seluruh masyarakat yang terkesan dengan sikap dan keimanan beliau.
Semoga Allah SWT menerima amalan beliau, mengampuni dosa-dosa beliau dan menerima beliau sebagai syahid di sisi-Nya.
Moga berbahagia bersama cucu-cucunya kelak dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, Ameen.
Guna ChatGPT di WHATSAPP. Di sini saya akan kongsikan cara kita nak ber-whatsapp atau bermesej dengan ChatGPT.
Baru-baru ini terbaca di Amanz yang kita dah boleh bermesej terus (menghantar whatsapp kepada Chat GPT secara percuma - sejenis AI) - menarik! Sebab kita sudah tak perlu ke website atau menggunakan aplikasinya. Cuma memandangkan ia masih dalam proses pembangunan, jadi masih terhad penggunaannya.
Sebelum itu, apa itu Chat GPT? - Seperti ruang sembang - perbualan atau chit chat.
ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer/Sembang Generatif Transformer Pra-latihan) ialah sebuah bot sembang yang dilancarkan OpenAI pada November 2022.
Jika di website chatgpt.com, kena daftar dulu, log in dengan email google pun memadai. Namun jika di whatsapp boleh mesej terus.
Kira macam google atau enjin carian. Bot yang auto respon soalan kita. Menjawab soalan kita berdasarkan pelbagai sumber. Jadi untuk setiap jawapan perlu ada tabayyun, semak dulu sewajarnya.
Mari sama-sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan.
“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”
Selalu lepas masak, sisa bahan masakan korang buat apa? 🧐 Mesti buang macam tu je kan? Haa... #akakadmin pun sama juga. So harini apa kata kita ingatkan diri sendiri yang sisa bahan tak semestinya perlu dibuang terus, ada yang masih boleh guna untuk buat banyak benda. Antaranya macam yang #akakadmin kongsikan ni. Kalau korang ada idea lain, boleh share juga, ya? 🤗
2. Pastikan karakter yang ditambah ada kena mengena dengan tema. Misalnya merdeka, boleh lukis wau bulan, jet pejuang, burung enggang, tugu negara, harimau dll
3. Gunakan warna yang kontra supaya lukisan lebih timbul.
4. Warna penuh satu kertas mewarna/lukisan.
5. Dan tiada ruang yang dibiarkan kosong tanpa warna hatta awan sekali pun.