Showing posts with label Autotune Band. Show all posts
Showing posts with label Autotune Band. Show all posts

 

AUTOTUNE BAND ft. SAIFUL APEK - KISAH ORANG KITA





Mari sini ku cerita

Tentang kisah perangai busuk manusia

Dia menangis hanya kerana

lihat orang lain bahgia


Mulut kata saudara

tapi hati penuh luka

Di depan senyum

di belakang pula

sibuk tabur dusta


Inilah kisah sesetengah orang- orang kita,

Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia

Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah

Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah


Bila orang jatuh, dia orang paling suka

Bila orang naik, hati dia paling luka

Tak boleh tengok orang lain lebih bahagia

Mulalah mengata, mula reka cerita


Kawan berjaya dia tuduh sihir

Kawan yang gagal pula, dia kata tak mahir

Di mata dia semua tak kena

Hanya dia yang benar


Inilah kisah sesetengah orang- orang kita,

Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia

Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah

Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah


Boleh jadi yang kau dengki itu

menangis setiap malam menahan pilu

Boleh jadi yang kau pandang sempurna

Hatinya hancur tak siapa tahu


Apasal dengki dengan nikmat orang lain?

Apasal susah sangat nak sebut Alhamdulillah,

Nikmat sendiri kau merungut setiap hari

Tapi nikmat orang, kau pandang macam sorgaaa


Inilah kisah sesetengah orang- orang kita,

Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia

Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah

Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah


Kau dah innalillah

Kau dah innalillah

Kau dah innalillah

Kau dah innalillah




AUTOTUNE BAND - SAHABAT


Kita bermula tanpa sengaja

dalam tawa sederhana

Tak pernah ku sangka

kau yang paling bermakna


Kau anugerah terindah

Susah senang pun bersama

Kau bagai cahaya saat ku lelah


Sahabat kau lah ruang teduh,

yang terima segalanya

Engkau selalu ada 

tika aku lelah, lemah, 

resah, hilang arah

Tak pernah kau pergi dariku


Dalam diam kau hadir untuk mengubat luka

Saat dunia gelap, kau hadir jadi cahaya

Aku rapuh, hampir hilang arah

Kau peluk jiwa, tenangkan jiwaku yang resah


Kadang aku lupa untuk menghargai

Tapi engkau masih sabar menanti

segala kelemahanku

Segala salah silapku

engkau menerima aku


Sahabat kau lah ruang teduh,

yang terima segalanya

Engkau selalu ada 

tika aku lelah, lemah, 

resah, hilang arah

Tak pernah kau pergi dariku


Jika suatu hari nanti

Kau dan aku diuji 

ku harap kita masih sama

Walau dunia berubah

Hati kita tetap menuju Yang Satu







AUTOTUNE BAND - ABADI


Apa khabar hatimu?

Apa imanmu kian layu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Apa yang engkau cari di dunia

Apa cerita amalmu?

Apa dosa penemanmu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Sedang Dia setia menungguMu untuk kembali


Kau bangun pagi, dunia dalam kepala,

Impian tinggi, tapi Tuhan engkau lupa

Nikmat bertimbun tapi syukurmu ke mana

Hati makin kosong walau hidup ada segalaNya!


Kau hidup macam dunia ini kau yang punya

Kau lupa satu hari semua kan binasa

Kau tunda taubat, konon masih ada masa

Sedang maut depan mata


Apa khabar hatimu?

Apa imanmu kian layu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Apa yang engkau cari di dunia

Apa cerita amalmu?

Apa dosa penemanmu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Sedang Dia setia menungguMu untuk kembali


Berapa lama lagi 

jauh dari tuhan

berapa lama lagi

pilih kesesatan

berapa lama lagi

kau hilang pegangan

berapa lama lagi


Janganlah leka 

menipu diri

pahadal ajal makin dekat

kan menghampiri

dunia tak abadi

akhirat itu pasti

jangan kau tunggu sakit

baru kau nak tersedar


Apalah guna kau genggam dunia

Tapi kau lepaskan syurga 

yang yang 

abadi abadi abadi 

abadi abadi abadi


Apa khabar hatimu?

Apa imanmu kian layu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Apa yang engkau cari di dunia

Apa cerita amalmu?

Apa dosa penemanmu?

Mengapa lupa Dia Dia Dia

Sedang Dia setia menungguMu untuk kembali

-----------------------------------

 


AUTOTUNE BAND - PERCAYA


Saat mentari menyinar

rembulan pula memudar

hakikat terasa mencengkam jiwaku


Harus sampai bila ku menanggung 

beban berat yang terus menghukum

Harus sampai bila ku termenung

ku cuba keluar mencari-Mu


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

padamu, aku amat kesali


ar-Rahman

ar-Rahim

al-Ghaffuru wal wadud


pada-Mu ke kembali

pada-Mu ku bersujud

terbuai dengan mimpi

dunia indak bak fantasi

terlalai hanya diri

terfikirku akan erti hidup


hey yeah

kau kata ku tak pernah nak acuh

sendirian ku selalu rapuh

selalu ku menadah meminta dihindarkan segala derita


bukan sekali ku jatuh berapa banyak kali

ku tersungkur ku percaya 

ku bisa tempuhinya dengan rahmat yang esa

Yeay yeay yeah


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

pada-Mu, aku amat kesali


Ku ingin melihat,

ku ingin merasa,

segala-gala yang telah Kau janjikan,

ku ingin cinta-Mu, mengubah hatiku

maafkanlah kesilapanku yang lalu


pohonku pada-Mu, 

Bicara ku rindu.

Tatkala terjatuh,

Berilah harapan,

peluang padaku

ku ingin kembali semula


Hey yeah

Percaya ku mampu berubah 

tiada siapa tahu sakitnya

fahamilah ku mahu kembali

pada-Mu, aku amat kesali


Ku ingin melihat,

ku ingin merasa,

segala-gala yang telah kau janjikan,

ku ingin cinta-Mu, mengubah hatiku

maafkanlah kesilapanku yang lalu




 




AUTOTUNE BAND - TENAT


Suara gema dunia 

membisik naluri alpa

marcapada sengsara

sangkar dewala senja


Kini sudah masa kutenat 

suntuk melambai pintu sakarat

berarak sangkala azimat

kupohon ampun sebelum terlambat


Kini sudah masa kutenat 

suntuk melambai pintu sakarat

berarak sangkala azimat

kupohon ampun sebelum terlambat


Umat sudah lupa

Hidup adalah Persinggahan 

Fatamorgana adalah khayalan 

Alam penyaksian 

berbekalkan wahyu Tuhan

racun halus menangkap menghambat kesongsangan

Tika itu satu jasad

Bangsa adam manusia keramat

Makhluk hebat akal cermat

Dipertanggungkan amanah berat

Sebagai hamba kekal beribadat

Sebagai wakil tuk seluruh ummat

Tapi hari demi hari umat tetap lupa akan

Segala matlamat


Tuju hasil materialistik

Nafsu berbicara fantastik

Muda mudi hilang kawal

Lancang berentakan

Oh dunia sudah penat 

Untuk menanggung umat


Demi masa

Sesungguhnya manusia dalam kerugian

Keranamu

Kutinggalkan segala dosa yang lalu


Dunia tenat

Jangan terlambat

Terus bertaubat 

Tak akan penat

Dunia tamat

Sudah terlambat

Aku terseksa seksa seksa


Bicara wahyu yang nyata 

Tenangkan jiwa nan lara

Masih sempatkah berjeda ?

Jika nafas hujung usia

 



(VERSE) AFIQ

Ku tertanya apa tujuan ku dicipta?

Untuk apa ku hidup 

adakah sia-sia?

Lama aku mencari

Makna hidupku ini

Akhirnya cahaya mula hadir dan menyapa


(AMMAR)

Hidup ini adalah untukNya

Menjadi terbaik di

pandanganNya


(SHAFIQ)

Walau ujianNya penuh warna  warni

Tuhan tahu kau boleh boleh boleh


(AMMAR)

Dia mengujimu kerna dia cinta cinta

Engkau mampu harungiNya


PRE KORUS

(AFIQ)

Mungkin tak semua yang akan faham

Apa ujian yang aku rasakan

(AMMAR)

Namun kala sedih dan luka 

ku percaya masih lagi 

(AFIQ)

adanya harapan


KORUS (SHAFIQ)

Hari ini indah 

walau tak sempurna

Engkau senyumlah

adanya harapan

Percayalah semua

baik baik sahaja

Engkau senyumlah

adanya harapan


RAP(AIMAN AFIF)

Hatiku perlu tetap 

Biarpun badai menghempap

hampir aku tersesat

tak kuat

Ku tak mahu terperangkap 

Ya Allah tetapkan hati ku didalam mentaatiMu

Hanya padaMu ku ratap

Jangan Kau azab

Ku harap


HAFIZ

Ku damba kasih sayangMu

Ku jatuh cinta denganMu

ku serahkan hari esok padaMu

segala susah senang aku sudah tenang

kerna hatiku adaMu Allah


KORUS (SHAFIQ)

Hari ini indah 

walau tak sempurna

Engkau senyumlah

adanya harapan

Percayalah semua

baik baik sahaja

Engkau senyumlah

adanya harapan




 




VERSE:

Kadang lelah kadang resah

namun cinta takkan rebah

aku tahu aku hina

namun cintaMu tidak akan pernah sirna


Pernah hatiku ingin mati

Letihku menanggung sepi

Tapi Kau masih beri peluang

Engkau tempatku kembali

Oh tuhanku


PRE KORUS:

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit 


KORUS

Ku berjalan menuju syurga

dengan luka yang masih terasa

mengenang dosa yang lama

aku percaya janjiMu nyata

air mata jadi saksi

ampuni aku ya rabbi

Oo

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


BRIDGE

Gelap malam menyesak dada

Namun doa penemanku

aku tahu ku tak sempurna

Terimalah diriku ya Allah


PRE KORUS 2:

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


KORUS 2:

Dan ku berjalan menuju syurga

dengan luka yang masih terasa

mengenang dosa yang lama

aku percaya janjiMu nyata

air mata jadi saksi

ampuni aku ya rabbi

Oo

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


OUTRO

Kan aku datang padaMu oh Tuhan,

Dengan cinta dan rindu

Ku pohon rahmat agungMu

ke syurga yang ku rindu

Andai aku tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi



Lagu asal: “Golden” - HUNTR/X | KPop Demon Hunters | Sony Animation






CHOIR

Siap sedia(ulang)


Kiamat hampir tiba

Sudahkah bersedia?

Terbuai dengan nafsu

Dunia ini 

Fatamorgana


VERSE (AFIQ)

Dunia ini hanyalah bayang

menggoda hatimu yang mudah goyah

Lalai tertawa di pesta fana

Sedang maut tak kira masa


(AMMAR)

Kiamat menghampirimu

Tanda-tanda tak lagi rahsia

Zina riba bencana

HukumNya dipijak-pijak tanpa resah


PRE KORUS (SHAFIQ)

Fitnah dajjal semakin hampir

Matahari bersiap berputar arah


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu menyembah dunia

Lalai dengan nikmat yang sementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana


(RAP)MANGGAS

Bila kuffar menjadi engkau punya idol

Sanggup gadai agama asalkan kau viral

oh ya

dajjal belum tiba

iman kau dah hilang

Apa sudah jadi wahai teman


(HAFIZ)

Kiamat telah meghampirimu

tanda tanda tak lagi rahsia

zina riba berleluasa

Hukumnya dipijak tanpa resah


PRE KORUS (AMMAR)

Sungguh fitnah dajjal semakin hampir

Matahari bersiap berputar arah


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu menyembah dunia

Lalai dengan nikmat yang sementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana


BRIDGE

Bebaskanlah diri

Dari dosa nosa

(AFIQ)

Kembalilah sebelum semua terlambat


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu sembah dunia

Lalai dengan nikmat yang s

ementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana




Lagu asal: “Your Idol” - Saja Boys | KPop Demon Hunters | Sony Animation







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top