Bersiaplah untuk malam penuh keindahan, di mana suara-suara emas nasyid tanah air bakal menggema di pentas megah.
๐ Konsert Lagenda Nada Murni – Kembara Kasih Ilahi mempertemukan RABBANI & HIJJAZ, dua kumpulan lagenda yang telah menemani perjalanan hati kita sejak dulu.
๐ถ Dari lagu mendidik jiwa, hingga irama penuh ketenangan… inilah malam untuk kita kembali menghayati erti cinta Ilahi melalui nasyid yang tak lapuk dek zaman.
๐ฅ Kenapa anda wajib hadir?
✅ Nostalgia lagu-lagu klasik Nada Murni yang membangkitkan kenangan manis.
✅ Persembahan eksklusif RABBANI & HIJJAZ dalam satu pentas.
✅ Pengalaman muzik spiritual yang penuh dengan aura kasih sayang dan kedamaian.
✅ Lokasi selesa & eksklusif di IDEA Live Arena, Damansara.
๐ Tarikh: 7 Disember 2025
๐ Masa: 8.00 malam
๐ Lokasi: IDEA Live Arena, Damansara
๐️ Tiket terhad! Tempah segera 26/9/25 ini mula dijual jom tempah sebelum kehabisan. untuk tempahan wasap 0163257563.
๐ Jangan lepaskan peluang menyaksikan sejarah nasyid hidup kembali di pentas megah.
๐ Konsert Lagenda Nada Murni – Kembara Kasih Ilahi bakal menjadi malam yang akan dikenang sepanjang hayat.
Lirik lagu Syair Khansa - Hijjaz & Terima Kasih Segalanya | Kumpulan lagenda nasyid tanah air; Hijjaz muncul dengan dua buah lagu baru, Syair Khansa (Khansa, seorang penyair dan ibu yang kehilangan empat orang anak lelakinya yang syahid dalam peperangan, namun tidak meratap malah bersyukur dan memohon ditemukan dengan anak-anak beliau kembali di syurga) dan lagu Terima kasih Segalanya (lagu penghargaan dan dedikasi untuk sahabat dan orang tersayang).
SYAIR KHANSA’
Artist: Hijjaz
Lagu : Munif Ahmad @ Munif Hijjaz
Lirik : Ito Lara
Lirik lagu Syair Khansa - Hijjaz
Alunan syair khansa
Bangkit jiwa sang satria
Terlafas dan terluah
Dari kalbu mujahidah
Dikurniakan empat putera
Semua kau asuh menjadi insan perkasa
Pembela agama demi Allah dan Rasulnya
Disuburi semangat wira
Dan di akhirnya syahid semua
Majulah ke medan perang
Demi kebenaran perjuangan
Pada kematian itu kau temui
kehidupan yang sebenar
Tangkas bertempur tak gentar musuh
Semangat wira gagah dan teguh
Syahid di rindu tersemat kukuh
Menanti waktu kan terlaksana
Kau akan di pimpin ke pintu syurga
Oleh bidadari
Ketiga puteramu
Gugur sebagai syuhada
Tiada kekesalan dan tiada kegusaran
Pada gugurnya putera ke empat
Kau meratapi pemergiannya yang mulia
Kesedihan terpancar
Di wajahnya mengalir airmata
Bila di tanya apakah sebabnya
Kau jawab dengan tangisan hiba
Tiada lagi putera sang satria
Menjadi wira pejuang agama
Berperang berjihad fisabilillah
Semuanya telah syahid
Tangkas bertempur tak gentar musuh
Semangat wira gagah dan teguh
Syahid di rindu tersemat kukuh
Menanti waktu kan terlaksana
Kau akan di pimpin ke pintu syurga
Oleh bidadari
TERIMA KASIH SEGALANYA
Artist: Hijjaz
Lagu : Putra Aiman (Munif Hijjaz Production)
Lirik : Atie (Legacy Publisher)
Peminat lagu-lagu nasyid pasti kenal kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic dan Mestica ini. Masing-masing ada lagu popular dan ada peminat tersendiri. Dan mengetahui mereka semua bergabung dalam satu lagu adalah berita yang sungguh menggembirakan. Masya-Allah! Mereka bersatu melalui qasidah selawat burdah. Sungguh indah. Jom kita dengar!
Lirik Burdah oleh Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic & Mestica