Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

 Ada manuskrip best dan pernah terfikir … alangkah indahnya kalau orang lain pun boleh rasa dan hayati cerita yang kita tulis?


📩 Hantarkan manuskrip (sinopsis dan 3 bab pertama) termasuk biodata anda ke: buku@jtpublishing.my


📌 Idea besar tak perlu dibiar terperam.




Manés Wordworks kini membuka peluang untuk merealisasikan impian untuk menjadi penulis. Tak kiralah anda penulis baharu atau sudah berpengalaman, kami mengalu-alukan karya anda untuk diterbitkan di Manés Wordworks! ✨





📅 Tarikh tutup penghantaran manuskrip: 14 September 2025

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Pastikan anda baca dengan teliti semua maklumat penting yang tertera pada poster. Kalau tak Cik Manes tak nak kawan! 😉







Rasa nak jadi penulis? Penulis novel, buku motivasi, healing atau islamik dan seumpamanya? Jom: Boleh cuba hantar ke emel dalam gambar berikut:






Link di website lain mungkin bermanfaat:

- Tips buat & hantar manuskrip

- Cara nak jadi penulis 

- Top 12 Writings Tips




Berikut adalah senarai pertandingan puisi, cerpen dan novel sepanjang tahun 2020 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-Allah). Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih buat rakan twitter saya: Khadijah Hamdi dan RinnRamianz yang banyak berkongsi tentang pertandingan berkaitan di laman twitter serta buat sahabat-sahabat penulis lain juga. Moga diberkati semuanya, insya-Allah.
  •  Sayembara Penulisan MASTERA (tarikh tutup 28 Februari 2020)
 
Pertandingan puisi dan cerpen.
Laman web rasmi untuk lebih jelas:


  •  Pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN (sebelum 15 Mei 2020)



Para penyair di seluruh negara ASEAN dialu-alukan menyertai pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN yang dianjurkan sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-9, 2020, di Membakut, Sabah, di mana majlis kemuncaknya dijangka diadakan pada 2-4 April 2020 ini. Bagaimana pun puisi boleh dihantar kepada saya di alamat email jasnimatlani@yahoo.com atau kepada hidayahjuri226@gmail.com sebelum 15 Mei 2020 dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada awal Jun 2020.

  • Sayembara Penulisan KLWBC 2020 (Tarikh tutup penyertaan: 31 JULAI 2020. (Jumaat) )



1. Kategori Puisi — 40 sajak (dalam 1 manuskrip) | tema bebas

2. Kategori Novel — tiada had mukasurat | tema bebas

Muat turun info & borang penyertaan:- http://bit.do/borangKLWBC2020


Selamat menulis dan maju jaya semua! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.

*****

Boleh rujuk laman web berikut untuk sebarang pertandingan atau aktivti berkaitan penulisan: 

"Buku pertama Fixi saya baca ialah Kelabu!" Banyak kali saya bertembung ayat serupa begini dengan pembaca atau pengumpul Buku terbitan Fixi. Dan kemudian kami akan berbual tentang koleksi buku Fixi yang lain. Buat anda yang belum pernah baca buku terbitan Fixi, sebenarnya ayat-ayat yang digunakan dalam buku terbitan mereka adalah sangat santai, isinya sederhana walaupun mungkin kadangkala sedikit moden dan berani (tetap ada tapisan walaupun untuk pembaca matang), namun kebanyakan jalan cerita mereka agak dekat dengan khalayak (realiti) dan mudah difahami. Sedap pun sedap! Baik, kita sambung review...


Kali ini (2019), saya membaca novel baru Nadia Khan berjudul Nikina. Nikina kelihatan asasnya novel cinta dan kahwin tapi bukan klise. Sangat realisik dan dekat dengan kita (penuh jiwa dan sedikit urban). Mengenali gaya Nadia Khan, kita tahu kita tidak akan berdepan dengan cerita biasa. Plot twist, ilmu baru dan debaran tetap ada (apatah lagi endingnya), walaupun kelihatan bersahaja jalan ceritanya. Ya, tipulah cerita Nadia Khan tak ada elemen kejutan!

Watak seorang wanita bijak, berani dan kuat semangat bernama Kina mengenalkan kita dengan sikap tidak putus asa dan penyayangnya. Begitu juga dengan jejaka baik yang realistik juga sedikit lucu, Dini dan lelaki penulis kegemaran ramai namun sangat pemikir; Nik. Ini kita belum bertembung lagi dengan watak Huda yang tegas dan ramai lagi manusia yang turut menyumbang kepada jalan cerita hidup kedua-dua watak utama.
“It’s Nik and Kina. Time and space are irrelevant - diorang akan selalu rapat.” - Huda
Kita akan lihat bagaimana cinta monyet menjadi cinta manusia dan bagaimana penerimaan orang sekeliling serta perjalanan keduanya dalam menghadapi hakikat hidup yang tak mudah seperti disangka dan diangankan ya adik-adik! Cakap memang sedap, tapi tak semudah yang perlu dihadap.

Baik, jom saya memetik sedikit kata-kata (quotes) melalui buku ini:
 KINA
  • "Whatever problems we have, we'll say it out to each other. Kita cuba selesaikan sama-sama. Jangan simpan-simpan, pendam-pendam ni semua takmoh. Okay?"
  • "I feel that as long as we don't give up on each other, we can do this."
  • "Just because you handle things your own way, doesn't mean you're not doing anything, sayang."
  • "... Sometimes I don't get why you care so much about what people say --- but that doesn't mean you need to stop being who you are."
NIK
  • "I've learned long ago to never pick a fight with a woman... Because even if you win, you won't like how it feels."
NADIA KHAN
  • Dalam dunia yang ideal, anak perempuan sepatutnya terjaga; bukannya kena sentiasa berjaga-jaga.
  • Kehidupan mengajar Kina yang setiap hari punya kejutan tersendiri dan Kina tak lagi melihatnya sebagai kejutan baik mahupun buruk - hanya kejutan yang perlu ditangani dan cara kia menanganinya yang akan menentukan kebahagiaan. 
Jika nak baca review lain tentang Nikina: https://www.goodreads.com/book/show/44172934-nikina




Review Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Pertama sekali saya memohon maaf untuk yang belum membaca buku mahupun menonton filemnya, kerana ada spoiler melalui ulasan di bawah. Teruja dan rasa saya begitu banyak yang diperolehi melalui karya yang satu ini. Terima kasih untuk kesudian kalian membaca catatan saya ini. Buku yang saya baca adalah terbitan Gema Insani, cetakan 2017, saya beli melalui Jejak Tarbiah.

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW); sebuah novel fenomena karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) yang mendahului zaman. Buya Hamka begitu berani melawan arus terbitan pada ketika itu. Menghasilkan karya romantis walaupun beliau dikenali sebagai ulama. Bahasa buku ini sangat mudah difahami dan begitu bersahaja. Novel ini bukan sahaja mengkritik adat (sistem matrilineal) yang terlalu dilebihkan serta manusia dibezakan akibat jurang ekonomi namun Buya Hamka juga penentang kahwin paksa. Baginya cinta itu terlalu murni. Seperti itulah watak Zainuddin, beliau tidak setuju jika manusia membelenggu sesama manusia. 

Sesi membalas surat dalam TKVDW adalah perkara yang paling memikat bagi saya. Buku ini bukan tentang menyalahkan sesiapa, namun lebih kepada tentang jiwa dan rasa orang muda yang bercinta di zaman adat sangat ditekankan. Hamka melalui buku ini percaya, cinta orang yang ingin menempuh perkahwinan tidak perlu dipaksa, kerana ia akan mematahkan kemekaran bunga kenang-kenangan buat zaman yang akan datang. Namun agama tetap perlu didahulukan. 

Buku ini juga ada memetik karya Alexander Dumas melalui buku Graaf de Monte Cristo, bagaimana jika cinta itu tidak berhasil menjadi perkahwinan, maka akan jadi persaudaraan yang kekal sampai tua menjunjung uban.

TKVDW mengisahkan Zainuddin, pemuda yang berdarah Minang dari ayah dan berdarah Bugis dari ibu ini sering dianggap asing walau di mana sahaja beliau berada.  Namun susah hati dan kepayahan dalam hidupnya diganti kenyamanan semenjak kehadiran cinta hati bernama Hayati. Mereka begitu saling berkasih dengan cara sendiri.

Watak Zainuddin sangat dekat dengan pembaca kerana kesederhanaannya mewakili orang biasa. Wujud rasa cinta dalam hati, melalui detik jatuh bangun dalam hidup malah pernah berada di luar kawalan diri. Namun kelebihan beliau menyelamatkan diri sendiri selain mempunyai sahabat yang luar biasa bernama Muluk.

Menariknya, dalam buku ini menunjukkan betapa sokongan / support system begitu memainkan penting dan peranan penting dalam watak-watak utama (di kalangan ahli keluarga / kawan) dan kita dapat lihat bagaimana Mamak dan Muluk yang sentiasa di sisi. 

Antara persoalan dan luahan Muluk yang mungkit terkesan:
"Hai Guru Muda! Mana pertahanan kehormatan yang ada pada tiap-tiap laki-laki?"
"Mana kegagahanmu Guru, rasa tangungjawab atas dirimu?"
"Mengapa dalam hal yang sepasal ini, Guru mundur dan kalah?"
Jika mahu baca ulasan lain novel Kapal Van Der Wijck, boleh baca di Goodreads
MENEMUKAN CINTA
Kisah manis mereka ini dimulakan dengan Zainuddin yang sanggup berbasah demi melindung seorang gadis daripada kehujanan. Namun beliau merendah hati merasakan itu cuma hal kecil. Bagi Hayati dan keluarganya, hal budi itu hal yang besar ertinya. Kemudian bermulalah rasa kasihan dan kekerapan Hayati bercerita tentang Zainuddin kepada sahabatnya Khadijah. Apabila Zainuddin bermula membalas surat Hayati dan dibalas kembali serta melalui beberapa pertemuan, hati mereka telah saling mengikat. Namun isi surat tetap sopan dan penuh beradat.

Zainuddin tetap rendah hati. Bagaimana dia yang sentiasa diuji sedih merasa hidupnya bercahaya setelah bertemu seorang sahabat. Dia jujur untuk berterus-terang siapa dirinya dan mula percayakan Hayati. 

"Tapi, saya tidak akan mengganggu adatmu, tak akan menyentuh kebesaran dan susunan rasam basi orang Minangkabau. Saya tahu dan insaf siapa saya. Saya kirimkan surat ini tidaklah minta dibalas, hanyalah semata-mata mengadukan hal."
"Cinta adalah iradah Tuhan, dikirimkannya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan, dan ketaaan kepada Ilahi." - Zainuddin.
ZAINUDDIN

Junot. Gambar: kapanlagi.com
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.”

Ya, saya tahu benar quotes popular Zainuddin yang muncul kerana kecewa dengan keputusan Hayati selain daripada tidak menepati janji. Memang Hayati salah kerana memungkiri. Namun sebagai wanita pada zamannya (juga wanita zaman kini), Hayati berhak buat pilihan untuk dirinya dan masa depan. Malahan adat dan keluarga juga adalah keutamaan.  Cuma pilihan yang dibuat ketika itu diuji dengan keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Siapalah kita hendak menolak takdir (cuma wataknya ketika itu masih boleh buat pilihan, namun yang dipilihnya bukanlah Zainuddin, jadi fahamlah kita kenapa Zainuddin begitu kecewa).  Bagi Zainuddin pula, dia perlu sabar dan tawakal jika permintaan tidak dikabulkan.

Kehilangan demi kehilangan
Beliau kehilangan ibu ayah semenjak kecil. Ayah Zainuddin begitu menyayanginya, "Hanya ada dua mengubati hati, Base. Pertama membaca Al-Quran di tengah malam. Kedua, membuaikan si Udin dengan nyanyian negeri sendiri, negeri Padang, Base."

Kemudian Mak angkatnya, Mak Base pula pergi.  Setelah itu, pinangan pula ditolak melalui surat Datuk Garang.

HAYATI
Beliau sebenarnya begitu pemalu dan awalnya penuh rasa ragu untuk menerima cinta Zainuddin (kerana adat). Walaupun kesungguhan, kejernihan hati dan perilaku Zainuddin begitu menambatnya (lihat sahaja isi surat  pertamanya kepada Zainuddin, beliau begitu terhutang budi kerana sebuah payung dan pengorbanan).

"Bukan begitu, Tuan Zainuddin. Bukan saya benci kepada Tuan kerana saya kenal budi baik Tuan. Saya merasa kasihan di atas segala penanggungan yang menimpa Pundak Tuan.  Tapi Tuan, sebuah yang saya takutkan, yaitu saya takut akan bercinta-cintaan." 

"... Saya ingat kekerasan adat di sini, saya ingat kecenderungan mata orang banyak, akan banyak halangannya jika kita bercinta-cintaan. Saya takut bahaya dan kesukaran yang akan kita temui jika jalan ini kita tempuh." - Hayati.

Mereka kemudiannya hanya memilih bersahabat. Namun melihatkan kesusahan hati yang ditanggung Zainuddin dan perasaan yang dialami Hayati sendiri, mereka kembali berhubungan walaupun terpaksa berjauhan.
"Cinta bukan melemahkan, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan bagi kita."- Hayati
Cinta membuatkan mereka bertambah berani serta saling menyokong dan menguatkan. Dalam bab 9, jelas nampak kerinduan dan bertambah eratnya kasih sayang antara mereka berdua melalui surat yang dikirim walaupun jarak tinggal semakin menjauh. Lihat bagaimana dia berusaha bertemu muka dan mempertahankan Zainuddin ketika berbual / berjumpa dengan Khatijah.

"Pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada uang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman pikirannya, itulah uang, itulah dia kekayaan, lebih dari gelang mas, dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang dek panas, tak lapuk di hujan." - Hayati.

PERPISAHAN
Bab yang paling mengecewakan, pastinya Bab 14 - Pengharapan Yang Putus. Bagaimana alasan Hayati yang menyatakan dia miskin, Zainuddin pula melarat (pastinya mereka berdua belum bersedia berumah tangga katanya - dan harus insaf bahawa perkahwinan mereka mustahil), maka dia telah membuat keputusan dan meminta agar Zainuddin segera melupakan dirinya dan mencari gadis lain.

Namun 'kekejaman' Hayati itu dijawab tenang melalui surat dan kita akan rasa kasihan dan bertambah hormat pada Zainuddin, "cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.." Tapi sepertimana kata Buya Hamka, itulah perempuan, dia kerap kali sampai membunuh orang dengan perbuatannya yang tiada tersengaja.


KHADIJAH
Khadijah adalah watak yang paling antagonis bagi saya. Beliau tidaklah jahat, seorang yang realistik, berniat baik dan berfikiran jauh sebenarnya. Namun apabila melibatkan cinta sahabatnya, beliau telah menjadi watak lawan kepada hubungan manis Zainuddin dan Hayati. 

"Engkau puji-puji kebaikan Zainuddin, saya memuji pula kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehidupan zaman sekarang berkehendak kepada uang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya maju, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaupun bagaimana sucinya, semua bergantung kepada uang."

Di bab 11, jelas nampak penonjolan pengaruh watak ini. Terutama suratnya di muka surat 108. Kata-katanya untuk seorang wanita keliru dan mudah ragu sepert Hayati, begitu memainkan peranan. Mungkin kerana latar belakangnya  serta  melibatkan perkara yang terkait saudaranya sendiri, kita akan dapati beliau agak mementingkan diri.

ADAT
Hal ini masih wujud sebenarnya pada zaman sekarang, namun bagaimana sebenarnya menghormati dan mengawal rasa diri juga mampu memperbaiki sesuatu. Antara kesilapan Zainuddin pada awalnya adalah tidak menghantar pinangan mengikut adat selain mungkin sedikit lambat bertindak. Namun berbanding ini, sikap egonya yang tidak memaafkan Hayati di kemuncak cerita lebih memakan diri.

Bacaan lain: Kenapa Zainuddin, Hayati dan Aziz Dipilih Sebagai Watak Oleh HAMKA?

MULUK

Randy Danistha / Randy Nidji sebagai Muluk
Dikelilingi manusia baik juga adalah rezeki. Walaupun sering diuji, Tuhan tidak pernah membiarkan Zainuddin sendiri. Dihantarnya Muluk dan Mamak sebagai ganti. Bayangkan kesetiaan dan kebaikan diri Muluk yang begitu membantu Zainuddin bangkit dan begitu berjaya.
"Di sini Guru menangis tersedu-sedu, meratap terisak-isak mengatakan Guru kehilangan nikmat, kehilangan permata; padahal di pihak lain perempuan itu dengan senyum gembira menyandarkan kepalanya ke atas pangkuan suaminya; tidak teringat lagi olehnya diri kita, dilupakan, dibuangkan, setelah dibuang diinjakkannya pula." - Muluk
Bacaan lainBang Muluk – Hero Yang Tidak Didendang

QUOTES / PETIKAN /KATA-KATA DALAM Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Gambar: https://pts.com.my
"Cinta yang demikian namanya kekejaman, dia menganiaya bukan mengasihi mementingkan kesenangan seseorang. Dan itu bukan budi dan cinta, tetapi nafsu yang serendah-rendahnya. Bukan begitu jalan yang ditempuh budiman. Jika hatinya dikecewakan, dia selalu mencari usaha menunjukkan di hadapan perempuan itu, bahwa dia tidak mati lantaran dibunuhnya. Dia masih idup dan masih sanggup tegak." - Muluk
Muluk juga berkongsi:
Orang yang bercela dalam dunia ini ada tiga:
- Orang dengki yang selalu merasa sakit hati melihat orang diberi Allah nikmat.
- Orang yang tamak dan haloba, yang sentiasa merasa tidak cukup.
- Orang berdosa yang terlepas dari tangan hakim kerana mencuri atau pembunuhan kerana perkosaan anak bini orang.

Mereka begini, walaupun terlepas hukuman dunia, tidak akan merasa nikmat di hatinya.
"Engkau seorang laki-laki, Zainuddin. Sakitmu ini hari, bolehlah engkau obat besok dan lusa. Tetapi seorang perempuan... seorang perempuan mau binasa kalau menahan hati." - Engku.
"Sekarang kau menangis dan nanti kau akan insaf sendiri." - Mamak.
"Ketahuilah, bahwasanya orang yang akan menyukai kecantikanmu dalam dunia ini akan banyak bertemu. Orang yang menambah kemulianmu dengan harta bendanya bukan sedikit. Tetapi yang akan cinta kepadamu sebagai cintaku, sungguh engkau tak akan bertemu, percayalah perkataanku, percyaalah!" - Zainuddin

ZAINUDDIN BANGKIT
Lihat saja bagaimana kata-kata Muluk (dengan izin Tuhan) memberi sedar pada Zainuddin. Beliau yang memiliki jiwa pengarang, bangkit mengangkat potensi diri dan kemudian namanya mengharum sebagai orang berjaya dan disenangi. 

"Saya lihat Guru pandai mengarang. Banyak buku-buku terletak di atas meja Guru, banyak karangan-karangan dan hikaya-thikayat. Mengapa itu tidak Guru teruskan?" - Muluk
"...Kata orang ketika ditimpa hal-hal yang seperti inilah tebuk pikiran membuat karangan." - Muluk
Bagaimana Zainuddin menggunakan kelebihannya untuk merubah hidup. Kita mampu berjaya apabila melihat dan menghargai apa yang kita sedang ada dan elakkan terlalu mencari dan membanding dengan apa yang kita tiada. Zainuddin boleh, kita juga boleh.

KEMAAFAN / BERANI MENGAKU SALAH
Begitulah Hayati yang berani. Walaupun kesilapannya memakan diri, beliau sudah menerima ujian tersendiri. Namun membawa hati sekali dengan kapal TKVDW adalah lebih menyebalkan. Malahan Zainuddin juga sesal di penghujung cerita, tapi jika sesuatu itu ditakdirkan Tuhan demikian, siapalah kita dapat menolaknya.

Reza Rahadian sebagai Aziz dalam filem TKVDW
Aziz juga telah datang memohon maaf pada Zainuddin untuk hal-hal sudah (seperti dinyatakan pada bab 21). Malahan ketika Aziz dan Hayati susah, Zainuddin kembali membantu mereka tanpa berkira, dianggapnya sebagai saudara (kebetulan pula dirantau), wajib saling membela. Merasakan diri malang, telah menemukan kehancuran diri di akhir hayat Aziz. Malah Hayati dilepaskan melalui surat kepada Zainuddin. Walaupun Hayati telah insaf dan tahu peritnya Zainuddin ketika ditinggalkan serta rasa sayang Zainuddin yang tinggi tetap ingat padanya, namun Zainuddin tetap merajuk dan masih berdendam. 

TENGGELAM KAPAL 
Setelah Muluk menghantarkan Hayati pulang, kemudian tidak lama Zainuddin sedar kekhilafan dan amarahnya yang keterlaluan. Melalui surat terakhir Hayati, dia pun mahu berangkat. Namun apakan daya, cita-cita manusia tidak dapat melawan kehendak takdir. Kapal dinaiki Hayati tenggelam. Namun Hayati dan Zainuddin sempat berjumpa dan berbicara, cuma tidak mampu disatukan lagi. Begitulah takdir jodoh mereka berdua ini.

Kesimpulannya (pengajaran dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) ini:
Kita semua berbeza mengikut cara masing-masing dan boleh berubah mengikut keadaan. Walaupun kadangkala cinta tidak semestinya bersatu namun cinta mampu menemukan diri kita sendiri. Di akhirnya Tuhan yang sentiasa ada untuk kita. Bersederhanalah dan jadilah pemaaf (elakkan berdendam), serta melangkahlah dengan kudrat sendiri.


Tertarik saya dengan rancangan kembara buku terbitan Jejak Tarbiah bertajuk Menjejak Hamka di Astro Oasis lalu. Bukan saja 'membedah' buku, pengacaranya yang juga pelakon; Zahiril Adzim pergi ke lokasi yang ada dalam beberapa buku Hamka di Indonesia dan juga menemui orang yang kenal dan tahu siapa itu Hamka. Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi ilmu. 




Lain-lain pautan:
- https://www.imdb.com/title/tt3418604/


Dominan Itu Dia - Maya Iris | Sesuatu yang dekat dan memberi first impression yang baik sangat mudah diterima. Begitu juga Novel cinta (penyiasatan); Dominan Itu Dia (DID) ini. Bukan sahaja covernya memancing pembaca, namun bab-bab awalnya juga memikat. Watak polis lelaki yang tegas dan wanita kental disampaikan dengan begitu sederhana. Paling saya puji adalah cara penulisnya; Maya Iris memperkenalkan buku ini kepada khalayak. Itu wajar dipelajari ramai penulis baru.
"Allah menguji pada titik kelemahan seseorang." - Dr. Hazira
Kenapa saya cakap kisah dalam novel ini dekat (boleh related)? Novel terbitan Karya Seni ini membawa isu semasa dan kekinian. Bayangkan sebuah novel cinta yang membawa isu yang selalu kita nampak di facebook dan berita namun cara penyampaian santai dan sangat mudah difahami. Dalam erti kata lain, tak memeningkan. Bab demi bab disusun baik dan jelas jalan ceritanya. Ilmu baru juga berjaya diperolehi tanpa kita sedar. Selain ilmu tentang undang-undang, paling menarik, turut disertakan petikan ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan dan pemahaman.

Sinopsis Dominan Itu Dia:

Klik gambar untuk lebih jelas
Antara isu utama yang diketengahkan dalam novel DID ini:
- Pemerdagangan manusia serta penculikan (Agak emosi apabila sudah bermulanya babak ini terutama apabila melibatkan watak kanak-kanak). Turut dikaitkan mengenai kewujudan Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
- Tentang pedofilia (dalam novel ini ada dialog cara didik anak kecil juga)
- Dark web (Hal ini lebih mudah difahami apabila ditampilkan dengan dialog yang sangat jelas oleh Maya Iris)

Sedikit diselitkan:
- Pengalaman (hampir) kena scam
- Isu kahwin lambat (ternyata semua orang ada ujian masing-masing)
- Dialog menarik Hadid dan Aria berkenaan Zaman Nabi Luth, tentang Qarun dan Islam (pada bab 45 terutamanya)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. - (Maksud ayat 164 surah Al-An'aam)
Seperti sedang menonton sebuah episod drama SVU: Law and Order, kita seperti tidak puas (tertanya dan mahu kes cepat selesai). Ada sahaja perkara yang membawa kejutan dan kita geramkan. Sebab itu novel ini tidak mampu ditangguh baca apabila sudah mula diselak. Kita akan turut mahu menyiasat (berfikir) dan terasa ingin membantu.

KOPI ARIA DAN MIHUN HADID

"Sekeras-keras besi, lebur dek bara. Sekeras-keras hati, cair dek cinta."

Kisah cinta pula adalah hal tunjang dalam novel ini, pertemuan lelaki setia (ASP Hadid) yang sentiasa ada alasan dalam setiap perkara yang dibuat dengan seorang perempuan (Aria) yang kelihatan kuat di luar namun ada masanya juga, sangat memerlukan, begitu manis ditampilkan. Cukup rencahnya. Sedap sedap rasa begitu (jika boleh memanglah nak babak dua manusia ini dipanjangkan lagi, terutama di akhir cerita, tapi ini pun sudah baik-baik saja, bagi saya. Jika anda nak cari adegan pergi kursus kahwin, beli baju sama-sama atau dialog geli-geli memang tak akan jumpa dalam novel ini).
"Apabila seorang lelaki mengucapkan 'aku terima nikah' bermakna dia berjanji dengan Allah yang dia akan mencintai, menafkahi, melindungi satu lagi nyawa ciptaan Allah." - ASP Hadid.
Watak-watak dalam novel

Berbalik pada watak, jika Hadid dan Aria mempunyai personaliti yang mudah disukai kita, watak Izham pula adalah 'hantu' yang membuahkan rasa kasihan. Kita marah sangat pada beliau, tapi kita tahu dan cuba memahami beliau. Persekitaran dan pengalaman membuatkan dia bertindak di luar kawalan. Apa pun, dalam hidup ini kita tak dapat lari daripada watak pengambil kesempatan seperti Mr. Zed. Antara watak-watak lain yang wujud adalah sejumlah kanak-kanak bijak, Rudi dan beberapa watak lagi.

Jika ditanya saya, saya selesa dan tertarik dengan watak sahabat-sahabat Hadid dan Aria. Support system (selain ahli keluarga, sahabat yang menyokong) sememangnya sangat penting.

Hadid ada dua orang kawan yang memahami situasi beliau; Syafika dan Ikmal. Tidak mengalah dalam menasihati dan sentiasa mudah memberi pertolongan. Manakala Aria mempunyai dua orang kawan yang sentiasa ada dan menghiburkan. Farah dan Faiz. Dialog lucu pun datang daripada mereka berdua ini.

Melalui novel DID ini, kesudahannya kita tahu, pendidikan yang baik mampu menyelamatkan banyak perkara. Manakala dikelilingi manusia yang baik-baik mampu memberi kesan dan makna tersendiri dalam kehidupan kita seharian.
Dominan Itu Dia Goodreads (untuk baca review pembaca lain), di sini:-- /41392282-dominan-itu-dia
------------
Laman media sosial penulis:
Facebook Maya IrisMaya Iris
Instagram Maya Iris@mayairisnovelis
  • Untuk membeli buku ini boleh ke kedai-kedai buku berhampiran / ke facebook: Makcik Karyaseni

Antara karya Maya Iris (Gambar Facebook)
Nota: Buat penulis, Puan Maya Iris, tahniah dan terima kasih untuk sebuah novel cinta & penyiasatan yang mendidik namun agak bersahaja ini. Rasanya dengan 'signature' beliau begini untuk setiap isi novel (cerita tentang isu terkini dan tak klise), pasti novel-novel beliau yang lain juga menarik dan tersendiri. Akhir kata, semoga terus maju jaya!


Sebelum ini saya ada menulis tentang Buku Antologi (Kumpulan) Puisi Indonesia yang dibeli menerusi instagram @BukuIndonesiaku. Namun tahun ini saya ada membeli juga Novel; Dia Adalah Dilanku Tahun 1990 yang hangat diperkatakan menerusi Instagram Buku Indonesia yang dijual di Malaysia: @aqila.books. Baiklah, ini perkongsian saya, moga bermanfaat.

  • Perempuan Patah Hati yang Kembali Menemukan Cinta Melalui Mimpi oleh Eka Kurniawan

Sebuah buku kumpulan cerpen yang di luar kotak. Sederhana penyampaiannya, mudah difahami namun isinya luar biasa. Tidak klise.

- "Semoga sederhana urusannya"
- "Selamat menemui kekasih yang manis." - Eka Kurniawan,
Antara cerita pilihan:
Cerita batu, anjing, tidur panjang, kencing, perempuan patah hati. Hampir semua sebenarnya.


  • Lelaki Terakhir yang Menangis di Bumi oleh M. Aan Mansyur

Buku ini buat saya sedar kenangan mampu membangun dan kadangkala mampu membunuh. Sesederhana itu hal-hal hidup yang dicerita 'Jiwa' dan ada komentar 'Nanti' ini mendekat. Buat kita (pembaca) percaya yang rasa sayang selalu punya harapan walaupun di saat sesuatu peluang sedang menipis. Memetik kata M. Aan Mansyur, "Tidak ada novel yang betul-betul fiksi, sebagaimana tidak ada kisah di luar novel yang sepenuhnya nyata".

"Percaya diri tumbuh menjadi menara."
"Mencemburui masa lalu seseorang adalah salah satu hal paling mneyedihkan dan lucu di dunia ini."
"Jangan pernah menyakiti hati perempuan, terutamanya ibumu."
"Selalu ada jalan untuk melakukan hal-hal yang baik."
"Hidup selalu punya tetapi."
"Mantan kekasih seperti hutang. Kita tidak pernah betul-betul melupakannya. Kita hanya selalu pura-pura melupakannya."
"Untuk bisa kuat, sebatang pohon harus dihantam angin kencang berkali-kali." - Ibu Jiwa
"Semua orang akan mati, tetapi tidak semua orang betul-betul hidup."
"Jika kehidupan adalah buku, memaafkan diri sendiri adalah cara terbaik untuk menyuntingnya."

M. Aan Mansyur

  • Perahu Kertas oleh Dee Lestari

Jika cerita itu sudah dibawa ke filem jangkaannya pasti novelnya bagus. Begitulah saat awal fikir semasa melihat buku ini. Lantas setelah saya membacanya, saya lihat penuh dengan kisah tulus persahabatan dan harapan dalam mengejar impian. Bagaimana kita kadangkala terperangkap di antara rasa yang melebihi batas atau terlalu mengawal diri.

Antara petikan menarik:

"Mungkin harus dengan cara yang kamu kata dahulu. Berputar menjadi sesuatu yang bukan kita, supaya dapat menjadi diri kita yang sebenar." - Keenan
"Tidak lama lagi kamu akan berjaya. Jangan sampai rosak di tengah jalan gara-gara kita ikut rasa hati." - Kugy.
"Pelukis yang baik dapat mengungkapkan semuanya, termasuk kekosongan sekalipun."

"Pelukis-pelukis di sini biasanya mempunyai sumber inspirasi. Mereka melukis berdasarkan sumber yang sama. Dengan begitu mereka dapat mencapai tingkat penghayatan paing tinggi. Mungkin perkara seperti itu yang perlu kamu cari."

"Setiap pelukis pasti akan memilih 'jodoh' masing-masing. Oleh itu, jangan cepat berputus asa. Kadang-kadang kanvas kosong ada suaranya. Tanpa kekosongan, siapa pun tidak akan dapat memulakan sesuatu. " - Luhde berkata kepada Keenan.

"Kenangan cuma hantu di sudut fikiran. Selama kita hanya diam dan tidak berbuat apa-apa, selama itulah ia akan terus menghantui kita. Tidak akan menjadi kenyataan." - Luhde

"Apabila sedang berantakan, tidak semestinya mahu mencari pasangan baru, bukan? Sebaliknya rasa cinta kamu harus diperbaharui. Cinta dapat tumbuh sendiri, tetapi bukan jaminan dapat bertahan selamanya, apalagi apabila tidak dipelihara. Kamu faham?" - Pak Cik Wayan.

"Kita tidak akan tahu sekiranya tidak dicuba. Kamu jangan berhenti menulis." - Kata Kugy kepada Luhde.

"Mungkin juga kerana ada beberapa hal di dunia ini yang susah berubah. " - Noni berkata kepada Keenan.


  • Dia Adalah Dilanku Tahun 1990 (Dilan #1) oleh Pidi Baiq

Fenomena romantis manis kisah benar, cinta remaja Dilan-Milea (dikatakan mengulang ingatan pada fenomena AADC: Rangga Cinta) dan hal-hal penulis ceritanya; Pidi Baiq yang terkait sama setelah begitu ramai menonton filem ini membuatkan saja juga teruja mahu membaca novelnya. Filem ini turut ditayangkan di Malaysia pada Mac 2018.

"Nanti kalau kamu mau tidur, percayalah aku sedang mengucapkan selamat tidur dari jauh, kamu gak akan denger. " - Dilan.

"Jangan pernah bilang akan ke aku ada yang menyakitimu." - Dilan
"Kenapa?"
"Nanti, besoknya, orang itu akan hilang! "

"Tidak mencintai, tidak berarti membencinya." - kata Dilan tentang Susi.

"Orang tua seharusnya bisa memahami anak-anak bukan sebaliknya. Jangan anak-anak yang dipaksa harus memahami orang tua. Anak-anak belum mengerti apa-apa, meskipun tentu saja harus kita berikan pemahaman." - Ibu Dilan.

"Ya. Kita tidak bisa mengkritik tanpa lebih dulu memahami apa yang kita kritik itu. Termasuk kita tidak bisa menghakimi anak remaja tanpa kita memahami kehidupannya."

Milea - "Aku tidak tahu kata-kata apa yang tepat untuk mengungkapkan rasa senangku. Mudah-mudahan kamu bisa merasakannya supaya aku tidak lagi menjelaskan."

"Kamu cemburu?"
"Cemburu itu hanya untuk orang yang enggak percaya diri." - Dilan.
"Jadi? "
"Dan sekarang, aku sedang tidak percaya diri."

"Angin, untuk meniup rambutmu. Aku, untuk mencintaimu." - Dilan.

Cinta sejati adalah kenyamanan, kepercayaan dan dukungan. Kalau kamu tidak setuju, aku tidak peduli.

Di dalam diriku adalah hutan rindu, adalah sungai yang terus ngalir, adalah laut yang terud berdebur. Tidak ada kekuatan yang dapat menolak, tidak asa keahlian untuk menahan. Begitu kuat seperti kehidupan, dan aktif!
"Nah, sekarang kamu tidur. Jangan bergadang. Dan, jangan rindu." - Dilan.
"Kenapa? "
"Berat," - "Kau gak akan kuat. Biar aku saja."

Banyak hal-hal unik dan romantis menunjukkan betapa Dilan, anak muda yang sedikit nakal dan kadangkala ikut rasa hati begitu menyayangi Milea. Sanggup berbuat apa saja kerana perasaannya. Hidup begituah. Indah jika dihayati dan dihargai.




Sekian untuk kali ini. Teruskan membaca ya.


Buku Bogel Menuju Tuhan itu Anem selak sehelai demi sehelai. Dari prakata, puisi, catatan hingga terbitan Anem selidiki -walau tidak tahu apa hendak dicari . Namun pelakon utama Drama dan Filem Juvana , serta Bunohan , Kami dan Karaoke ini mampu membuat Anem terfikirkan dan merasakan penulisan yang boleh juga ditatap selalu di blognya itu .Dalam beberapa lembar, Anem rasa mahu berkongsikan salah satu puisinya.

 JANGAN DITEKAN ANAK INI

Manusia...

Setiap dalaman manusia ada kemarahan yang boleh membahayakan.
Darwin kata, kita berasal dari binatang.
Ada sifat keganasan yang sangat buas.

Macam mana pun,
Sebab manusia ada id, ego dan super ego.
Sebab manusia ada kepercayaan agama,
atau kemanusiaan bagiyang tak pegang agama,
Kita dapat mengawal keganasan, kebuasan, kemarahan.

Tapi...
Manusia mana sekali pun,
Kalau dah ditindas berkali- kali,
Kalau dah ditekan berkali- kali,
Kalau dah ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan,
ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, ditekan, dan ditekan lagi..
Akhirnya akan MEMBERONTAK, MENGGANAS, MEMBUAS.
Tolong jangan ditekan anak ini kerana aku percaya satu hari dia akan
memberontak.


"Hanya satu kata, LAWAN!" - WijiThukul.

---

Salam penuh rasa doa dan pengharapan semoga mereka berdua
berbahagia hingga akhir hayat -
selamat pengantin baru  
pemilik blog zahiriladzim.blogspot.com ini dengan
pasangannya yang cantik shera ayob .

update : tahniah untuk kelahiran anak sulong kalian, comel ! 


Buku antologi puisi dan catatan ni memang indah . 
Rugi tak memiliki :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top