Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

 



Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari

Setahun hanya sekali

Merayakan hari yang mulia ini


Di masa bulan Ramdan

Kita berpuasa hingga sebulan

Pabila Syawal menjelma

Hari raya disambut dengan gembira


Miskin kaya memakai baju baru warna-warni

Mengunjungi sanak kaum famili

Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini

Tua muda wajah berseri-seri


Marilah bergembira

Bersama menikmati hari raya

Mintak mak kuih sepotong

Saya mahu makan kerna perut kosong


Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari

Setahun hanya sekali

Merayakan hari yang mulia ini


Di masa bulan Ramdan

Kita berpuasa hingga sebulan

Pabila Syawal menjelma

Hari raya disambut dengan gembira


Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan

Diharap supaya jangan disimpan

Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki

Semoga Tuhan akan memberkati


Selamat hari raya

Hari untuk kita bersuka ria

Selamat kami ucapkan

Untuk kita hingga sampai tahun depan


Selamat hari raya

 Beberapa Sunnah Di Hari Raya




=========

Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:


1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:


وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ


“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)


1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:


إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ


“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)


2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:


أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ


“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)


3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ


“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”


4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى


Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.


5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا


Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.


6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://40hadithsanusi.wordpress.com/2025/03/29/beberapa-sunnah-di-hari-raya/


Artikel: Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

https://t.me/drahmadsanusiazmi


Gambar: https://x.com/bernamadotcom/status/1905959597028114655?t=mc3zfx2BmMS3wrFD7lJOiQ&s=19









Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.

** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.

Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.

Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".

** Pakaian wanita

Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. Lebih malang lagi apabila mereka memakai pakaian yang memperlihatkan susuk tubuh dengan sempit dan nipis ketika bertandang.

Tidak hairan, hari raya bukan saja hari untuk kita menikmati santapan pelbagai juadah makanan, malah menjadi santapan mata yang mengundang dosa.

Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa )

** Meninggalkan solat

Meninggalkan solat pada hari raya kerana terlalu sibuk berhari raya adalah sesuatu yang sangat malang.Ada juga yang bersolat sunat hari raya, namun sengaja meninggalkan solat wajib. Solat, ketika sakit pun wajib, jadi jangan jadikan raya sebagai alasan untuk sengaja mengabaikan kewajipan. kerana ia tetap menjadi soalan utama di alam barzakh kelak.

** Tidak memuliakan tetamu / kurang mengunjungi

Ini menyedihkan, jika dahulu, rancangan televisyen yang banyak menjadi penyebab untuk kurang keluar rumah mengunjungi sahabat handai, namun kini dengan wujudnya banyaknya laman sosial facebook dan twitter, ramai yang endah tak endah tentang kehadiran tetamu yang datang . Teknologi hanya alat, sebagai manusia, kita kena bijak memanfaatkannya dalam keadaan besederhana.

Sabda Rasulullah :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ رِزْقُهُ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
"Barangsiapa mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umur-nya maka hendaklah dia bersilaturahim." (HR. al-Bukhari dan Mus-lim dari Anas, Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 940, dan Mukh-tashar Shahih Muslim, no. 1762).

** Makan berlebihan

Jangan makan berlebihan di hari raya . Dari segi pembaziran satu hal lain. Namun dari segi kesihatan juga tetap membimbangkan . Bersederhanalah :)

** Aurat antara ipar

Perkara ini juga sering dipandang ringan kebanyakan umat Islam. Perkahwinan abang, adik atau kakak ipar dengan adik beradik kita tidak menyebabkan aurat kita, terutama wanita, 'halal' untuk dipandang ipar duai kita. Misalan adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah, sedangkan abang iparnya berada di situ.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Apatah lagi pada musim perayaan, semestinya ramai berhimpun di rumah dan kita hendaklah konsisten dalam menjaga amanah yang diberikan Allah ini.

 ** Bermegah dan pembaziran

Raya bukan medan menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik , namun lebih kepada merayakan satu kejayaan sebagai umat islam yang berjaya melalui bulan puasa dengan penuh keredhaan dan keikhlasan .

** Wangian wanita

Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.

** Dosa bertempoh

Hari raya juga umpama hari membalas dendam terhadap dosa yang ditahan dan ditinggalkan pada Ramadan. Malah, memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan.

Contoh : bermaafan hanya di hari raya
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka Syawal bolehlah bergaduh kembali. Minta maaf bukan pada hari raya sahaja, kerana kita tidak tahu umur dan ajal kita bila masanya . Jadi, jangan bertangguh dan bertempoh-tempoh.

Selain itu, Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat seperti bersyahwat melalui telefon atau 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, malangnya dibuangnya jauh-jauh.

Itu antara dosa yang sering kita terlepas pandang atau memang sengaja diperkecilkan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.


Petikan artikel oleh Mohd Hassan Adli Yahaya 


Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i) 

sedikit sumber : cicinta.com



Pemergian ramadhan sangat ditangisi diri. Sendiri sebak memikirkan tak pasti akan jumpa lagi. Genggaman erat amalan dan roh ramadhan yang diraih masih terpahat , diharap masih dapat mengekalkan kebaikan serta amalan. Selamat hari raya ,semua.


Mengekalkan syariat Ibadah

Hari raya adalah hari kemenangan untuk semua umat islam yang telah berjaya berjuang mengekang hawa nafsu yang getir sepanjang bulan Ramadhan .


Ibadah yang boleh diteruskan dan dibawa dari Ramadhan ke Syawal :

- Puasa sunat
-Membaca Al-Quran
-Biasakan lidah berselawat dan berzikir
-Mengurangkan perbelanjaan
-Solat berjemaah di surau / masjid
-mendengar ceramah agama, kuliah , tazkirah dan pengajian
-Mengurangkan makan minum dan mudah berlapar
-Bersedekah atau beri orang miskin makan


Menimbulkan rasa simpati & tanggungjawab

Jika ada kesempatan singgah dan bantulah mereka dirumah-rumah anak yatim, kurang upaya, tua-tua dan memerlukan . Zakat pula akan menimbulkan rasa tanggungjawab kita terhadap masyarakat.


Roh Takbir Hari Raya

Takbir disunatkan dikuatkan suara bagi mengingatkan kita kemenangan Rasullullah s.a.w dan pada sahabat dalam peperangan Uhud melawan Quraisy.


Perhimpunan Di Hari Raya

Menggalakkan kasih sayang dan kesyukuran .


Amalan Bangun Pagi (sangat disunatkan)

Penampilan diri dijaga dan berwangian adalah disunatkan


Amalkan Pemakanan Seimbang


-Sunat makan sebelum ke masjid
Rasullullah s.a.w tidak keluar dari rumah pada hari raya Aldilfitri , melainkan baginda memakan beberapa biji tamar terlebih dahulu, Baginda makan beberapa tamar dalam bilangan ganjil " - sunah Rasulullah yang diriwayatkan Anas r.a

Pertemuan dan amalan ziarah-menziarahi

"Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kalian semua "


Adab ziarah :

-Ikut etika yang ditetapkan islam
-Hendaklah meminta izin dan memberi salam
-tidak menghadap sudut peribadi
-menjaga kesopanan
-memilih waktu sesuai berziarah

+ Digalakkan ada majlis kenduri kesyukuran


Amalan Wajib dan Ingat Mati

Jangan lupa solat fardhu dan jaga pergaulan, sesungguhnya dengan menziarahi pusara mereka yang pergi, akan membuatkan kita kurang rasa bongkak dan ego , kerana semuanya sementara.


Kelebihan Malam Raya

Malam raya yang digelar Lailah al-ja'izah (malam pengurniaan) ku sambut dengan secebis doa pengharapan. Dikatakan maqbul jika memohon dan meminta pengampunan.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam raya (dengan sibuk dalam keadaan beribadah ) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran Allah, hatinya akan hidup pada hari di mana hati-hati yang lain akan mati."


Masjid kembali sunyi

Masjid dan surau kembali lenggang , sunyi sepi dan hanya beberapa roh yang masih sudi menjadi setia hamba yang mentaati. Maghrib tidak lagi dinanti untuk didengar azan dengan penuh beerti. Terakwih terakhir hari itu, kulalui penuh syahdu , beberapa jemaah tersenyum sipu mencerita perkembangan hari meriah yang bakal bertamu.


Muhasabah : papa selepas raya ?

Seharusnya sebelum berbelanja untuk raya kita perlu membuat bajet raya , - Rumah , baju raya, jamuan raya, duit raya, balik kampung dan besederhana supaya tidak pula meninggalkan hutang. Raya bukan untuk menunjuk dan menyusahkan , namun untuk berada dalam kesederhanaan padanan dengan gaji bulanan / harian .



P/s : Rindu iklan raya petronas dari allayarhamah Yasmin Ahmad. Serius.


Untuk semua, raya ini - jaga diri, hati-hati.


Kali ni Anem nak berkongsi dua iklan raya 2012 yang sedang diperkatakan sekarang . Iklan raya Bernas , The Journey , kisah yang membuatkan ramai orang menangis dan iklan petronas yang bertajuk STRANGER ini .

1. Iklan raya BERNAS 2012 - The Journey .  Mengisahkan dua anak yatim yang serba kekurangan , ingin pulang ke kampung di Segamat , dalam perjalanan untuk sampai, pelbagai ragam manusia ditemui mereka. Jom layan dan fikirkan tentang semua di sekitar kita :)



Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Agency: Affinity Worldwide
Film Director: Hafiz Ibrahim


[ video gelagat adik Ahmad dan Fizi bersama am krew - konti hot fm - sini ]


2. Iklan raya PETRONAS 2012 : Stranger . Iklan ini pula menyentuh lebih global dan memahami erti budaya, dan tanggungjawab . Dan manusia boleh berubah menjadi lebih baik jika lebih memahami erti diri sendiri dan orang lain .

sumber vector raya : vectorise.net


Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun. While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life . While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.




Dan , selamat membuat persiapan raya ya, kawan-kawan ! :)

sumber doodle freebies ( kartun raya) : fizgraphic  & merah itu jambu

Ya ALLAH, kuatkan hati-hati kami.


Ramadhan bakal berlalu pergi. Bertakung air mata hati menatap malam-malam dingin yang masih terasa kini. Alhamdulillah.

Nak raya, tapi hati masih terasa. Mengapa ya? Mengapa perlu terasa pada mereka yang tak merasa apa-apa, Nem. Rugi. Jadi Redhalah. Maafkan semuanya. Sedangkan Rasullullah s.a.w ampunkan umatnya.

Ya, Udah (perkataan kegemaran adik angkatku yang berasal daripada Indonesia- Ritha). Sewajarnya Anem lebih matang kini. Hidup inikan hanya sementara. Untuk itu, pada semua yang terasa pula dengan Anem, izinkan Anem titipkan luahan rasa keampunan kepada kalian, maafkan Anem jika ada perkataan, perbuatan yang masih lagi berbekas di hati kalian, terutamanya yang Anem tak perasan. Maafkan Anem yea..

Salam 1001 kemaafan.
A.A.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top