Showing posts with label berdoa. Show all posts
Showing posts with label berdoa. Show all posts

Diuji bertubi-tubi setelah berdoa untuk dipermudahkan urusan, adakah tanda salah berdoa? 



[Photo by Renato]


Baru-baru ini saya terbaca tulisan di Thread tentang keadaan saudara kita yang diuji bertubi-tubi setelah berdoa kepada Allah.


Kemudian diberi komentar oleh saudara yang lain dengan “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”. 


Jadi isu ada 2 di sini. 


Sama-sama kita bincang insya Allah. 


1- Pertama, isu ujian setelah berdoa. Perlu kita fahami dahulu bahawa dunia memang tempat ujian. Silap jika kita menganggap kita akan aman tanpa ujian. 


Al-Quran menyatakan beberapa dalil terhadap perkara ini: 


ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [al-Mulk: 2]


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [al-Baqarah: 155]


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [al-Ankabut: 2] 


Semua dalil ini menunjukkan kepada ujian sememangnya sinonim dengan kehidupan kita di dunia. 


2- Ujian itu antara tanda Allah kasih kepada hambaNya, maka jangan kita bersangka buruk kepada Allah bahawa diuji itu tanda Allah ingin menyukarkan kita semata-mata. Tidak begitu. Nabi ‎ﷺ bersabda: 


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ


“Jika Allah menyukai suatu kaum, nescaya Allah akan menguji mereka” [HR Tirmizi]


3- Justeru, ujian bukan bererti keburukan secara mutlak. Bahkan sebenarnya kebaikan boleh hadir setelah itu. Hanya sahaja, kita perlu sentiasa kuat untuk bersabar, berusaha untuk bersangka baik terhadap ujian tersebut. Hikmahnya bakal terpancar jua. 


Allah berfirman: 


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥ إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا ٦


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [al-Sharh: 5 - 6]


Jika kita perhatikan, kalimah kesukaran (العسر) itu dalam bentuk kata nama khas iaitu Ism Ma’rifah. Kalimah kemudahan (يسر) pula dalam bentuk kata nama am iaitu Ism Nakirah. 


Kata nama khas biasanya membawa erti sedikit, sebab semakin khusus, semakin sikit. Jika am, maka ertinya banyak. 


Sebagai contoh, hospital. Kalimah umum, banyak. Boleh jadi hospital mana-mana pun di dunia ini. 


Adapun, kalau kita khususkan, terus jadi sedikit. Contohnya, Hospital Kuala Lumpur. Ada satu sahaja. 


Ertinya, kata nama khas membawa kepada erti sedikit, kata nama am pula membawa erti banyak. Ini kaedah secara umum. 


Maka, kesukaran yang ada itu sedikit, kemudahan yang Allah sediakan itu lebih banyak. 


Saya ada huraikan lagi tentang ayat ini dengan lebih panjang dalam buku saya, jemput baca di gambar di bawah. 


4- Apabila kita berdoa, lalu diuji oleh Allah, maka ini mungkin tanda bahawa Allah ingin menjawab doa kita dengan cara memberikan ujian. 


Kerana doa tidak semestinya dijawab dengan 100% cara yang kita kehendaki. Tetapi dijawab dengan cara yang paling baik buat kita. Allah Maha Mengetahui, sementara kita pula serba tidak tahu. 


Nabi ‎ﷺ bersabda: 


‎مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا


‏Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya Kekurangan.” [HR Ahmad]


Maka, jika kita diuji setelah meminta dari Allah, mungkin itulah cara Allah menjawab doa kita. 


“kalau macam tu taknak lah berdoa, takut diuji” 


Berbalik semua kepada konsep ujian pada noktah 1 di atas. Kita tidak akan mampu lari dari ujian. Bahkan mungkin kita tidak tersedar bahawa kenikmatan juga boleh jadi ujian buat kita tanpa kita sedari. 


Jangan disangka bahawa ujian itu kesusahan sahaja, tetapi juga kesenangan. Al-Quran menyatakan sedemikian juga.


5- Berkenaan isu kedua pula iaitu “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”, ini perlu diluruskan. Kerana tiada istilah salah bahasa dalam berdoa. Gunalah bahasa apa sahaja, asalkan doa itu doa yang baik, insya Allah, akan dikabulkan oleh Allah. 


Kurang tepat kita katakan “jangan berdoa murahkan rezeki, tetapi doa dengan lapangkan rezeki”. Tidak ada larangan untuk menggunakan kalimah apa sekali pun, selagi membawa makna yang baik, silakan.

Jika kita ingin melarang, maka perlu dibawakan dalil dan kalam ulama’. Setakat yang kita temui, yang melarang dengan alasan unsur positif begini adalah dari ajaran New Age Movement yang telah disebutkan sebagai menyimpang dari ajaran agama Islam. 


Maka, teruskan berdoa dengan doa yang baik, tidak kisahlah kalimah mana jua. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah dengan cara yang terbaik dari Allah.


6- Sahabat-sahabat yang ingin mengeluarkan pandangan terhadap isu-isu, sama-sama kita menahan diri dan berwaspada jika kita tidak mempunyai sandaran dari sumber agama dan kefahaman ulama’ muktabar. 


Moga bermanfaat. 

Wallahu a’lam. 


#FawaidJawab




 

DOA AGAR DIMUDAHKAN URUSAN





Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa:


اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا


Maksudnya: ““Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau mampu menjadikan perkara yang sukar itu mudah jika Engkau kehendaki.”


(Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn Sunni dalam Amal al-Yawm wa al-Lailah dan al-Baihaqi dalam al-Da'awat al-Kabir)


1) Doa adalah ibadah. Ia merupakan cara mendekatkan diri dan berkasih sayang dengan Allah SWT. Seorang mukmin yang sebenar akan sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam semua urusannya dan memohon segala perkara daripada-Nya.


2) Perkataan "hazn" (الحَزْنُ) merujuk kepada tanah yang keras dan kasar, manakala "sahl" (السَّهْلُ) ialah lawannya – iaitu tanah yang rata dan mudah dilalui.


3) Yang dimaksudkan dengan hazn dalam konteks doa ini adalah perkara yang susah dan berat. Maksudnya, segala sesuatu berada di bawah kehendak dan kekuasaan-Mu, wahai Allah, maka Engkau mampu mengatasi segala kesulitan dengan menundukkannya dan memudahkannya.


Semoga Allah kurniakan kemudahan dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.


=====


Jom subscribe YouTube @myhadithtime supaya dapat belajar hadis Nabi SAW, klik:

https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Kalau kita nampak apa sahaja kebahagiaan yang seseorang kongsikan di media sosial, ada baiknya kita budayakan dua sifat terpuji berikut:





Pertama : Bergembira dengan kegembiraan dirinya.


Kedua : Mendoakan kebaikan buatnya.


Contohnya, saat melihat seseorang kongsikan kebahagiaan mendapatkan sesuatu yang baharu seperti kereta, rumah, dll di media sosial, kita doakan :


“Ya Allah, berkatilah rezekinya”.


Melihat kegembiraan yang dizahirkan oleh pasangan suami isteri, kita doakan :


“Ya Allah, jaga dan peliharalah kedua pasangan ini”.


Antara faedah yang terhasil daripada sifat terpuji ini :


Pertama : Membuang dan menghilang perasaan hasad dalam diri kita. Nikmat tersebut hakikatnya merupakan ketetapan dan kurniaan Allah SWT buat dirinya.


Kedua : Kebahagiaan tersebut mudah-mudahan turut kita dapatkan. Mendoakan kebaikan seseorang tanpa pengetahuannya, menghasilkan kebaikan yang sama buat diri kita.

 

Rasulullah SAW bersabda :


‎مَن دَعَا لأَخِيهِ بظَهْرِ الغَيْبِ، قالَ المَلَكُ المُوَكَّلُ بهِ: آمِينَ، وَلَكَ بمِثْلٍ


Terjemahan : Sesiapa yang mendoakan kebaikan buat saudara muslimnya tanpa pengetahuan dirinya, malaikat yang diwakilkan membawanya akan berkata : “Āmīn, untuk kamu juga sama seperti yang kamu doakan”.


Riwayat Muslim (2732)


Buat mereka yang suka kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan di media sosial pula, dua sifat tersebut hakikatnya berada di luar kawalan kita kerana ia anjuran kepada orang yang melihat. Adapun kita, jika kita khuatir perkongsian tersebut lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, maka yang berada di dalam kawalan kita adalah mengelakkan perkongsian kenikmatan dan kebahagiaan. Dalam sebuah riwayat ada menyebutkan :


‎فإنَّ كلَّ ذي نعمةٍ محسُود


Terjemahan : Sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat itu adalah orang yang didengki. 


✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli



Saya ingin cadangkan beberapa doa yang sangat hebat dari al-Quran & hadith Nabi ﷺ untuk kuatkan hati: 


Sumber: Pexels



1- Ayat 8 surah Ali-'Imran: 


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." 


2- HR Tirmidzi: 


يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


"Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas jalan agamaMu" 


Jemput baca dan amalkan doa-doa ini, sangat baik untuk mendamaikan hati. 


#FawaidHadith


Sumber: Telegram The Garden of Al-Quran


Penyakit AIN mudah menyerang, jadi marilah kita amalkan doa agar dijauhkan dari segala keburukan dan musibah. #artortoisemy 

@ZayanMy






Sumber:

https://x.com/Artortoise_full/status/1878361263862108423?t=FJYD-HKe5a16ITMOJrtOaw&s=19







Doa-doa Dalam Bulan Ramadan







========

1. Antara doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan ini ialah:


(1) Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah. Satu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, andai sekiranya beliau bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang harus beliau lakukan. Lalu Rasulullah mengajarkan kepada Saidatina Aisyah agar membacakan doa ini:


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku. (HR al-Tirmizi)


(2) Doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru. Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidna Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي


Ya Allah, aku memohon dgn rahmatMu yang meliputi segala perkara agar mengampunkan dosa-dosaku. (HR Ibn Majah)


(3) Doa Rasulullah ketika berbuka puasa. Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan:


ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ


Telah hilanglah dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetaplah pahala (diterima) dengan izin Allah. (HR Abu Daud)


(4) Amalkan juga doa yang digemari oleh Rasulullah ini. Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah. Oleh yang demikian, amalkan juga doa ini dalam bulan Ramadan ini:


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.” 


2. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di sini:

https://s.shopee.com.my/7KipTIgepN



Semoga Allah membimbing kita.



Dr. Ahmad Sanusi Azmi

FB:- https://www.facebook.com/share/p/19yLtMuf6K/

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi







 


Kebelakangan ini banyak yang bertanya tentang cara ruqyah diri sendiri. Saya cadangkan untuk membaca doa yang Nabi ﷺ ajarkan: 

Letak tangan di tempat yang rasa sakit sambil baca bismillah sebanyak 3 kali. 

Kemudian baca juga doa yang Nabi ﷺ ajarkan sebanyak 7 kali


أعُوذُ بِالله وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَر مَا أجِدُ وَ أحَاذِرُ

"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku jumpai & aku takuti" [HR Bukhari & Muslim] 


Juga boleh membaca doa: 

بِسْمِ اللَّهِ، أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ

"Dengan nama Allah, aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku jumpai" [HR Tirmizi] 


Doa ini juga dibaca 7 kali. 

Jika rasa ada gangguan dari makhluk halus juga boleh beramal dengan doa-doa ini dan zikir pagi dan petang.  seperti al-Ma'thurat.

Banyakkan baca al-Quran, syaitan tidak suka kalau kita baca al-Quran dan yakin dengan kuasa Allah. Lazimi membaca Ayat Kursi kerana itu akan menjauhkan kita dari gangguan syaitan. Ini berdasarkan kepada hadith sahih. 


Wallahu a'lam

#FawaidHadith


- X Ustaz Muzuza


Sumber Gambar




Setiap kebaikan wajar dihargai, dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan:


جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا


🌿 Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan🌿


Orang islam (khususnya) digalakkab mengucapkan terima kasih dalam bahasa arab ini sekaligus mendoakan orang lain.

*Ini juga ucapan terima kasih dalam bahasa arab. 

Ini antara doa yang diucapkan oleh Nabi Daud alaihisssalam:

Allāhumma innī as'aluka hubbak. 

Ya Allah, aku mohon cinta-Mu.


Wa hubba man yuhibbuk.

Juga cinta orang yang mencintai-Mu.


Wal 'amalal ladzī yuballighuni hubbak. 

Serta amalan yang dapat menyampaikan aku kepada cinta-Mu.


Gambar




Perkongsian - Ustaz Yazid

https://x.com/yazid_hamka_






DOA cepat move on (Doa Ummu Salamah). Amalkan doa yang Rasulullah ﷺ ajarkan ini:


 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, berikanlah aku pahala atas musibah ini dan Kau gantikanlah dengan yang lebih baik daripada itu.”





Sumber: https://x.com/mnasrullah00/status/1831279502330327508?s=19








Cuaca sekarang sentiasa hujan dan seumpamanya, insya Allah kita boleh cuba amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ

Moga bermanfaat perkongsian daripada Ustaz Muzuza ini. 




Doa ketika hujan 



اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا


Allahumma soyyiban nafi'a 

"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat buat kami" [HR Bukhari] 


Juga turut dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam al-Adzkar.



2- اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ، وَالْآكَامِ، وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ


Allahumma hawalaina wa la 'alaina, Allahumma 'ala al-zhirob, wa al-akmam, wa buthunil audiyah wa manabit al-syajar


"Ya Allah turunkanlah hujan ini di sekeliling kami, bukan ke atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di atas kawasan tinggi, gunung-gunung, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pohon-pohon" [HR Bukhari]


3. Doa ketika angin kencang




اللهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيْهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ


Allahumma inni as'aluka khairaha wa khaira ma fiha, wa khaira ma ursilat bih, wa a'udhubika min syarriha wa syarri ma fiha, wa syarri ma ursilat bih


"Ya Allah, aku memohon dariMu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada dalam angin ini. Dan aku berlindung denganMu dari kejahatan angin ini, kejahatan yang ada dalam angin ini, serta kejahatan yang dikirimkan jua bersamanya" [HR Muslim] 


4- Doa ketika guruh 




سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ، والمَلائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ


Subhanalladzi yusabbihu al-ra'du bihamdih, wa al-malaikat min khifatih


"Maha suci Allah yang Dia juga yang disucikan oleh guruh. Dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya." [HR Malik] 


Ayuh kita sama-sama baca insya Allah. 

#FawaidHadith


Terima kasih Usta untuk perkongsian. 


Perkongsian:

Ustaz Muzuza

 https://x.com/Muzuzxck/status/1836243493456666897?s=19




Zaman penuh dengan fitnah dan cabaran sehingga sukar kita kenal pasti mana satu kebenaran dan kebatilan. Bacalah doa ini: 

“Ya Allah tunjukkan kami sebenar-benar kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkan kami sebenar-benar kebatilan dan rezekikan kami untuk menjauhinya”

Doa yang baik untuk menangkis syubhah yang ditimbulkan oleh mereka yang ingin mengelirukan agama. 

Allahul musta’an.




Sumber:

https://x.com/Muzuzxck/status/1423135263757242369?s=19






 Doa Agar Diperbaiki Diri


Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.”


Riwayat An-Nasaie (10405)


Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/6VpDKXfy9xyp1d6B/?mibextid=xfxF2i





Doa secara spesifik, adakah dibolehkan atau tidak? 

Apakah pula maksud "doa berlebihan"?


Jom kita baca perkongsian Ustaz Muzuza


Allah menyatakan : 

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ


"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (al-A'raf: 55)


Ulama' mentafsirkan "melampaui batas" di sini adalah dalam konteks berdoa. Melampaui batas dalam berdoa bererti melebihi batas seperti meminta kedudukan para nabi.

Begitu juga termasuk dalam melampaui batas adalah meminta dengan terlalu khusus atau mungkin kita boleh bahasakan sebagai "cerewet". Hal ini berdasarkan riwayat anak Abdullah ibn Mughaffal yang berdoa : 

"Ya Allah, aku memohon istana putih di sebelah kanan syurga jika aku masuk ke syurga"

Lalu Abdullah ibn Mughaffal menegur anaknya supaya meminta syurga dan dijauhkan dari neraka kerana beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda : 

يَكُونُ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الدُّعَاءِ والطَّهُور

"Ada suatu kaum yang melampaui batas dalam berdoa dan bersuci" (HR Abu Dawud)

Begitu juga melampaui batas dalam berdoa adalah mendoakan laknat dan keburukan kepada bukan tempatnya. 

Juga berdoa dengan suara yang terlampau nyaring dan kuat.


Sekadar pemahaman saya dari tafsiran ulama', doa secara terlalu cerewet atau terlalu spesifik itu termasuk dari doa yang melampaui batas.

Adapun dari sudut berdoa tentang perkara dunia pula, kita lihat dari petunjuk al-Quran dan hadith, sebaiknya diumumkan. 


Apabila tentang kebaikan di dunia, al-Quran ajarkan kita doa yang umum :

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

"ٌWahai Tuhan kamu, berikanlah kami kebaikan di dunia" (al-Baqarah : 201)

Ini juga merupakan doa yang paling banyak dibacakan oleh Nabi ﷺ menurut Anas bin Malik RA.


Begitu juga apabila Nabi ﷺ mendoakan kepada Anas RA perkara dunia seperti harta dan anak, Baginda mendoakan secara umum juga :

اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

"Ya Allah, perbanyakkan hartanya dan anak pinaknya, dan berkatilah baginya apa yang Engkau kurniakan padanya" (HR Bukhari) 


Maka sebaiknya, kita berdoa secara umum tetapi dalam masa yang sama tidak pula lewah atau tidak bersungguh. Insya Allah adab berdoa ini kita cuba untuk terapkan. 



Rujukan : 

- Tafsir al-Tabari

- Tafsir Ibn Kathir

- Tafsir al-Qurtubi

- Tafsir al-Razi

- Tafsir al-Alusi



Sumber perkongsian asal di:

https://twitter.com/Muzuzxck

Perkongsian lain Ustaz Muzuza boleh dibaca melalui telegram - https://t.me/TheGardenofAlQuran



Foto oleh Alena Darmel dari Pexels










Kita semua didekatkan dengan Tuhan dan insan melalui doa. Kita berdoa bukan hanya untuk meminta namun untuk juga bersyukur dan berterima kasih atas semua pemberian. Jadi ini dikongsikan sebahagian tentang doa.

Waktu mustajab doa:

  • Sepertiga malam
  • Waktu sahur
  • Bangun tidur
  • Ayam berkokok, antara waktu doa makbul waktu tu dia melihat malaikat
  • Antara azan dan iqamah
  • Sujud
  • Selepas selawat tahiyat akhir
  • Usai solat lima waktu
  • Ketika iman meningkat (semangat berhijrah)
  • Ketika diuji
  • Doa musafir
  • Ketika hujan turun


Kadangkala doa lambat makbul kerana maksiat-maksiat

6 Penghalang doa:
- Dosa diri
- Memakan makan yang haram
- Tidak ikhlas berdoa kepada Allah
- Berdoa dengan hati yang lalai
- Tidak melakukan amar makruf nahi mungkar
- Putus asa dalam berdoa

Tiga doa yang tak akan ditolak:
- Doa ibubapa terhadap anak
- doa orang berpuasa
- doa musafir

Taqwa bagi seorang muslim : landasan hidup, sebagai ukuran dan timbangan, bekalan kehidupan dan pakaian

8 Tips konsisten ibadah


  • - Ada 24 jam semua kita.
  • - Kena pandai curi masa. Baca Al-Quran sekejap ja.
  • - Jika nak qiamulail , tapi tak mampu bangun malam buat macam Saidina Abu Bakar, solat sunat sebelum tidur.
  • - Kena rasa berapa penting bangun malam, baca Al-Quran sebagai bekalan
  • - Dalam usrah , kena sama-sama menilai prestasi ibadah ( mutabaah ) , untuk tingkatkan semangat fastabiqul khairat (berlumba buat kebaikan)
  • - Bawa Al-Quran dan cuba baca
  • - Mujahadah , puasa.
  • - Suasana baik

Teruskan berdoa, meminta dan berharap pada Tuhan. Doa jika tak dimakbulkan sekarang, mungkin nanti, Atau jika tak diberi apa diminta, Dia akan beri lebih baik , yang kita perlu, yakinlah. Sangka baik dengan Allah, hati akan sentiasa tenang, asalkan jangan mengalah, insyaAllah.


Antara sumber : Solusi 78









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top