Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts


 
Kita selalu dengar orang cakap lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Namun sebenarnya ada yang salah faham dengan maksud pernyataan tersebut.  Ini yang dikongsikan oleh saudara Addien melalui tweet beliau.

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..." (An-Nur:26) antara ayat al-Quran yang selalu disalah fahami. Ayat ini diturunkan sebagai pembelaan terhadap isteri Nabi, Aisyah yang difitnah curang kepada Nabi. Bukan tentang takdir bahawa jodoh orang baik mesti dengan yang baik.

Sebaliknya ayat ini termasuk saranan dan kelaziman orang yang baik tertarik untuk bersama dengan orang baik sama ada ketika berkawan atau berkahwin. Ayat ini bukan janji Allah bahawa orang yang baik pasti akan dapat jodoh yang baik, tidak semestinya...

Kerana banyak dicatatkan dalam sejarah, orang baik dan soleh kadang kala mendapat pasangan yang keji atau tidak baik. Bukan sekadar Asiah dan Firaun, bahkan Nabi semisal Nuh & Lut juga ditakdirkan punya isteri yang akhirnya khianat & kafir terhadap dakwah mereka [al-Tahrim:10]

Akhirnya mereka berlepas diri daripada terus bersama pasangan yang buruk dan tetap menjaga iman mereka. Tidak boleh guna ayat itu sebagai dalil orang baik jodoh dengan yang baik saja. Nabi pun ada diuji dengan pasangan yang buruk. [Al-Tahrir wa al-Tanwir li ibn Asyur 18/195]

Nota tambahan:

Sebahagian ada yang komen seolah-olah rasa tertipu atau rugi usaha jadi baik sebab pasangan nanti tak tentu baik. Saya sudah jelaskan di poin kedua, kebiasaannya orang baik memang cenderung bersama yang baik begitu juga sebaliknya.

Jangan keliru dan cuba mengelirukan maksud ayat tersebut. Kenapa pula rugi usaha jadi baik supaya dapat pasangan yang baik, itu kan ikhtiar sama seperti ikhtiarnya cari kerja yang halal untuk dapat gaji yang halal. Anggapan "Baik jadi jahat je" itu sangat keliru. Wallahua'lam.


Saudara Addien boleh dijejaki di:

Youtube: Addien90

Twitter @AdDien90 

Podcast: Addien90



"Imamku" adalah lagu pertama Dayah Bakar (atau nama sebenarnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar). Dayah Bakar juga merupakan pengacara & personaliti televisyen. Malah mempunyai jenama tudung sendiri @modestybydayahbakar. Berbakat juga dalam menulis lagu, baru-baru ini Dayah Bakar telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang anggota tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi. Alhamdulillah. Tahniah!



Berikut adalah lirik lagu Imamku - Dayah Bakar

Wanita seperti aku ini
tak semudah nya mencinta dan dicinta
namun terbukanya rasa 
tuk jadi miliknya
tanpa batas masa

Berjalan terus berganti masa
Kumelangkah bersyukur apa adanya
Tidakku pernah mengalah
Kerna yang terindah terbaik dari-Nya

Ya Allah kucintakan dia
Tetapkan hatiku kedalam hatinya
Teguhkan jiwaku tuk mengasihinya
Kuharapkan dia jadi imamku selamanya

Andaiku terjatuh
Kuharapkan dia
Mengangkatkan diriku
Setinggi angkasa
Dan aku harapkan rasa ini 
Hanya untuk dia

Tuhan
Kau tabahkan hati ini tuk bertahan
Kerna sesungguhnya aku
Akur dengan ketentuan-Mu

Ya Allah kucintakan dia
Tetapkan hatiku kedalam hatinya
Teguhkan jiwaku tuk mengasihinya
Kuharapkan dia jadi imamku selamanya

Andaiku terjatuh
Kuharapkan dia
Mengangkatkan diriku
Setinggi angkasa
Dan aku harapkan rasa ini 
Hanya untuk dia

Dan aku harapkan rasa ini
Dan aku harapkan rasa ini 
Hanya untuk dia


Lagu: Dayah Bakar (DBE)
Lirik: Dayah Bakar & Rafiq Bakar (DBE)

Gambar-gambar cantik perkahwinan #DayaHanif diambil oleh Saiful Chin (@SaifulChin) dan baju cantik di bawah ini rekaan Azura Couture (AzuraCouture). [- Instagram Dayah Bakar@dayahbakar]
Cincin tanda penyatuan
Hanif dan Dayah Bakar
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma. Wa jamaah baina kuma fii khair. Moga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat buat Dayah dan Hanif! Ameen.



Sumber Lirik- Amirah Azam



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Disember 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
"Tak sempat buat benda baik, ulama kata sebab hilang keberkatan masa. Dekatkanlah diri dengan al-Quran." - Ustaz Zul Ramli.
- Tawaduk.
- Bayangkan jika Rasul SAW ada dengan kita.

Alkulliyyah (Ustaz Elyas).

- Jangan biarkan diri dalam kejahilan.
- Jangan sombong.
- Ajarkan ilmu
- Mudahkan jalan ke syurga siapa yang mencari ilmu.
- Mana ada orang keluar daripada perut ibu terus alim. Semua lahir dalam keadaan tak tahu apa-apa.
Kita dapat ilmu pun orang ajar.
- Jangan ikut hawa nafsu.
- Jangan takjub dengan pendapat sendiri.
- Ilmu ini kita dapat buat kita sedar. Maklumat cuma tahu.
- Doalah pada Allah. Agar kita sedar kesalahan kita.
- Zuhur dan asar suara kena perlahan.

Qada' (Bismillah Ad-Dhuha).

- Utamakan wajib dalam waktu. Tunaikan hak solat. Lepas tu qada'.
- Cepat qada' lagi bagus. Boleh qada' waktu lain di waktu lain. Lafaz qadaan tu sunat sebab niat kita dah ada.

Selawat -Ustaz Nizam (Tanyalah Ustaz).

- Selawat dan istighfar sama keutamaan.
- Tak tutup aurat nak selawat pun tak apa. Tak ada tempat tak boleh selawat. Dalam tandas tu, biarlah selawat dalam hati.
- Kita selawat, malaikat selawat dekat kita. Tuhan akan beri rahmat kepada kita.
- Selawat selain syafaat di akhirat, beri rahmat di dunia. Selamatkan daripada kegelapan. Hati, iman, tak sihat. Perkara yang gelap.

Zakat (Tanyalah Ustaz).

- Niat itu penting.
- Bagusnya taubat seseorang apabila dia ada kesedaran nak berubah dan perbaiki.

Duo syamsul

Jangan peduli apa orang kata. Kita dapat kebaikan di setiap kutukan orang.
3 Nabi kata Allah janji jika kita umpat atau kutuk orang:
- Doa tak dimakbulkan
- Ada benda tak settle
- Pahala kebaikan kita diambil orang itu.

- Risaulah jika iman kita dicuri.

Bila Rasa Betul - Ustaz Elyas & Dai Fuad (Tanyalah Ustaz)

Beza ada maklumat dengan ilmu. Ada maklumat sekadar tahu. Ada ilmu kita akan sedar.

- Elak rasa diri lebih bagus
- Jangan menolak kebenaran

- Clearkan jika difitnah. Lepas dah jelaskan, orang nak fitnah itu antara dia dengan Tuhan. Namun kita kena jelaskan dahulu.
- Jangan riak. Menampakkan amal kebaikan. Depan orang cergas, belakang malas. Jangan.

7 amalan kita buat jadi pencen di alam kubur:
- Membina masjid. Orang mengimarahkannya.
- Membina sungai orang dapat manfaat. mengalir untuk orang.
- Gali perigi. Beri air.
- Menulis mushaf. Quran.
- Menanam pokok
- Meninggalkan anak yang soleh.
- Ilmu yang dimanfaatkan

- Ada syurga disediakan untuk mereka yang tinggalkan perbalahan.

Duit kopi - Ustaz Jafri (Alkulliyyah)

Penamat rasuah / hal haram perlu:
- Takwa
- Taubat
- Qanaah
- Warak
- Yakin

- Mungkin kita sukar beribadah & buat amalan baik, puncanya daripada (sumber) apa yang kita makan.
- Makan daripada perkara yang syubhah (meragukan) / haram boleh menyebabkan doa kita susah nak dimakbulkan.
- Orang yang menjaga rezekinya, akan dijamin rezekinya oleh Allah.

Dakwah itu sunnah - Dai Farhan (Tanyalah Ustaz)

- Dalam dakwah Allah tak tengok keputusan. Dia lihat buatkah tidak. Perbaiki diri kita, dan ajak orang buat kebaikan.
- Dakwah bukan semata-mata ceramah. Banyak juga medium lain.
- Dakwah dengan lemah-lembut. Untuk menarik orang dengan islam.
- Banyak baca sirah nabi.
- Nabi Muhammad sabar saja orang buat dia.
- al-Quran jangan tinggalkan. Tiap-tiap hari baca
- Tolong jaga akhlak kita betul-betul
- Nak keluar berdakwah perlu tinggalkan nafkah cukup untuk yang tinggal.
- Gunakan teknologi.
- Sebaik manusia yang beri manfaat

Taqarrub (Tanyalah Ustaz).

Ingat mati. Ingat akhirat

Ta'dib. -Ustaz Abu Hassan. (Untuk bayi) [Tanyalah Ustaz]

  • Nama, penyusuan ibu, Azan iqamah, 7 hari aqiqah (tak semestinya kenduri, namun sembelih kambing) dan cukur rambut bukan jambul ---Masa bayi ta'dib. Jaga pemakanan.
  • Orang tasawuf cakap pasal fadilat. Cukur rambut untuk buang kuman. Cukur bagi habis. Timbang dan derma.

    Dari Fatimah binti Muhammad ketika melahirkan Hasan, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya.” [Sanadnya Hasan, HR Ahmad (6/390), Thabrani dalam Mu’jamul Kabir 1/121/2, dan al-Baihaqi (9/304) dari Syuraiq dari Abdillah bin Muhammad bin Uqoil] (sumber)
  • Azan dan iqamah (rukun sunat) masa bayi antara hikmahnya jauh daripada jin yang bisik untuk lakukan penzinaan.
  • Perjalanan anak yang dijalankan ikut penjanaan islam.
  • Beri nama anak yang baik sejak kecil lagi. Berdoalah jika tak dapat patah balik.
  • Tidak salah panggil pada nama panggilan along etc. Cuma ia jadi doa kalau panggil nama betul.
  • Ada saja anak remaja yang baik. Tidak semua nakal. Ibu bapa kena didik baik-baik semenjak bayi.
  • Dari dalam perut anak ikut sikap / mood ibu. Lepas lahir ikut sikap ayah.
  • Mantapkan akar.
  • Tak sebut tentang tukar nama. Namun dalam islam kena perelokkan nama. Dibolehkan.
  • Ta'dib masa bayi. Tarbiyyah pada kanak-kanak, ajar. Ta'lim masa remaja bagi ilmu agama.
  • Tempat pengasuh biar tempat yang baik.
  • Semua dah bagus kalau anak buat hal juga, mungkin hasil pemakanan dia. Cari berkat dalam hasil rezeki kita.
  • Dalam mendidik anak jangan manjakan sangat. Biar hari ini dia menangis, jangan esok kita menangis.
Ustazah Isfadiah (Anda Musykil).

5 tahap hubungan dalam perhubungan:
- Rindu-rinduan
- Sentuhan Fizikal
- Topeng terbuka. Kelemahan terbuka
- Mula menerima keburukan dan kebaikan sebagai pakej.
- Mula mampu mengubah dunia.
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," - Surah al-Mulk ayat 2.
- Dalam ayat lelaki keji untuk perempuan keji, lebih kepada bahasa percakapan. Dia tertarik.
- Doakan untuk dapat jodoh yang baik. Doa dapat keturunan yang baik.
- Baik atau tak baik seseorang itu subjektif.
- Kebaikan dirujuk daripada definisi Allah. Orang yang lebih takut Allah dan sayang Allah lebih daripada pasangannya itu baik.
- Allah tahu kamu layak menerima pasangan itu.
"Jangan sebab Allah jelmakan ujian yang sedikit sahaja, kita pecahkan azam kita yang asal." - Ustazah Isfadiah.
- Kita cari redha Allah bukan redha ahli keluarga, anak atau kawan kita.
- Ustaz Mufti kata sabar, tabayyun, perlu keduanya saling muhasabah.

Dunia hampir senja (Tanyalah Ustaz)

- Amalkan al-kahfi paling pun 10 ayat awal.
- Baca doa agar terpelihara daripada fitnah dajjal.

Kuasa Doa  Ustaz Ashraff & Dai Anas (Tanyalah Ustaz).

Amalkan:
Sumber: @amsharoptometri

- Dengan mak ayah ni minta maaf terus. Mereka tetap pandang macam kita budak-budak.
- Kena bersabar dan jangan putus asa dengan doa kita. Yakin Allah makbulkan. Dan jangan fikir nak cepat (doa Nabi pun mengambil masa). Allah suka kita datang pada-Nya meminta-minta.
- Doa paling makbul adalah doa yang tidak diketahui orang tersebut. Namun dalam doa itu elok disebut namanya.
- Adab berdoa, angkat tangan. Rasul juga buat begitu. Isyarat kita ni nak tunjuk kita memang tak ada apa-apa.
- Jangan berdoa dalam keadaan sombong atau memaksa.
- Doakan untuk ibu bapa. Sedekahkan atas nama dia. Amalkan surah al-Mulk. Biar pahala berkat sampai kepadanya.
- Doa sebagai komunikasi dengan Allah. Doa bersyukur ni ramai orang tak buat.
- Doa istighfar. Doa mengaku salah.
- Selawat dalam doa.

Sambung:---

Duit tersekat mungkin sebab sumber makan haram.

Allah taala balas doa:
- Dengan ganjaran di akhirat.
- Balas di dunia
- Elak daripada perkara buruk
///
- Ikut sangkaan hamba-Nya
- Bahasa kita faham baik tapi faham doa arab pun lagi baik

Syamsul Debat.

- Jangan merungut. Syukurlah masih ada apa yang masih ada. Qanaah.
- Taqwa. Sandarkan Semua pada Allah. Apa Allah bagi itu yang terbaik.

Dakwah bukan dalam surau saja.
"Selamat tinggal munafik. Sangka baik dengan takdir Allah. Doakan rakan-rakan kita yang belum ke majlis ilmu, akan ke majlis ilmu. Doakan." - Ustazah Muzayyanah, IKIM.

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.



Cinta tak salah. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah fitrah yang dicipta Allah. Kalau kita bermasalah dengan jodoh : cuba lihat hubungan dengan Allah dan hubungan dengan ibubapa. Betulkan balik jika rasa ada masalah.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Cinta ada tiga :
  • Cinta Agung
  • Cinta Pertengahan
  • Cinta Hina

Ciri-ciri cinta sejati : - Kerana Allah. Tengok dia ingat Allah. - Terjaga batas pergaulan berdua. - Dapat restu ibubapa.

  Ciri-ciri cinta nafsu : - Buat lupa pada Allah, lupa solat. - Tak jaga batas pergaulan - Restu tak dapat. - Terjebak buat yang tidak tidak
  • Allah cipta semua berpasangan. Semua ada jodoh. Jika lihat ada insan yang tiada yang berjodoh di dunia. Insyaallah ada jodoh dia di syurga. Allah simpan.
  • Jodoh memang ada di syurga. Tapi janganlah sampai tak nak kahwin. Dan jangan putus asa, berusahalah terus sehingga hembusan nafas terakhir .
  • Bukan nak buat pilihan saja, nak buat apa-apa pun Nabi galakkan kita solat istikharah untuk dipermudah. Dan keputusannya bukanlah cepat.
  • Bab jodoh ni memang kena pilih. Niat baik , insyaallah akan dapat jodoh yang baik. Teruskan berdoa dan berusaha.

Tanda jawapan istikharah adalah berbeza bagi semua orang. 
Ada 4 tanda - Ketenangan hati - Kecenderungan - Ilham dari Allah - Dapat mimpi


Cara untuk menarik magnet jodoh ni ; 
- Jaga hubungan dengan Allah
- Jaga hubungan dengan ibubapa
- Jaga hubungan dengan manusia
- Perlu baiki diri kita juga
- Suka menolong orang
- Selalu bersihkan hati
- Buat Solat hajat
- Buat Puasa hajat (untuk hari lahir terutamanya)
- Suruh alim doa.
- Suruh saudara-mara doa.
- Sambung hubungan siraturrahim
- Dan usah putus asa.

 Tanda jodoh serasi
- Rasa bahagia
- Boleh bertolak ansur walau berbeza sikap
- Dengannya kita merasa tenang
- Dia selalu ada disisi terutama waktu susah
- Buat kita rasa selamat
- Dan perkahwinan dengannya akan menyebabkan makin dekat dengan Allah
 - Ketawa menangis bersama-sama
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Tadi Ustazah minta amalkan ayat 39 Surah Taha & ayat 4 Surah Yusuf . Bagi orang sayang dengan kita. Tapi sikap kita pun kena perbaiki juga :)

 - rujuk ni untuk doa lain : aishahjoe.blogspot

 Nota : Buat adik-adik yang sekolah lagi , fokus. Jodoh tu kerja Allah. Kerja sekarang belajar. Sambil-sambil tu  tak jamin tapi ingatlah selalu harapan mak ayah. Mana kita perlu utamakan, utamakan. Ada jodoh tu, ada. Tak ke mana. Untuk semua, usaha dan doakanlah yang baik-baik. Terus.



Saya walau ada dirasa indahnya - tetap suatu pernah .
Saya walau bagus bagaimana pun  - itu hanya kisah lalu.
Tetap cerita dahulu.

Kenangan sudah namanya kenangan tetap hanya tinggal kenangan .
Jodoh tak berpanjangan pastinya ia di namakan dugaan .
Khilafnya biar kami sama-sama simpan.
Ditakdirkan bertemu muka,biar masih lagi sebagai kawan - doakan.

Namun walau bagaimana pun keadaan  - tetap hidup harus diteruskan .
Doakan kami sama-sama bahagia walau telah berbeza haluan .
Jangan kaitkan saya lagi dengan dia, biar dia - dia ada hidupnya.

Apapun saya sayang semua kawan-kawan saya .
Terima kasih semua kerana selalu ada .
Semoga ALLAH permudahkan kalian di akhirat dan juga di dunia.

Cukuplah keluarga, kalian dan ALLAH itu masih ada dengan saya.
CUKUP.

Alhamdulillah .



Coretan Gadis Lazuardi, 29 Julai, 2013 .




Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .



Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .



Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )



*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :



*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh





Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab


Dalam bab  ni, apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya  (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha :)

- Selamat mencari jodoh, semoga bertemu pilihan hati, insyaallah :)

*antara sumber: majalah solusi





Entri ni mula timbul apabila terbaca dua entri skeptikal sahabat wanita - dia takut dilukai kerana dikelilingi insan-insan terluka dan peristiwa melukakan. Seorang lagi pula berharap dapat mengetahui siapa jodohnya, dan kena usaha atau tidak.


Dan satu lagi , Adik kecil yang bertatih terbang namun telah luka sayap kanannya (dia rasa begitu).



“Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu kerana kecantikan, harta, nasab (keturunan) dan agama. Pilihlah yang agama kerana itu lebih memberi untung.” - Mafhum hadis.

__________________________

Takdir orang lain-lain Dan hasil bergantung pada usahanya.

Ketahuilah saat itu anda diduga. Dugaankan datang ikut
kemampuan kita, ALLAH tahu kita kuat, itu Dia bagi yang salah DULU.
Fikir daripada perspektif agama. Bercinta kerana-Nya.

Baru kenal hunny bunny, hubby baby, dah pegang -pegang, sedangkan belum halal lagi, bagaimana keberkatan akan muncul dalam hubungan kalian. Mesti asyik bergaduh, tak kena dan tak seimbang punya.

Biarlah saat "membatalkan air sembahyang" - ITULAH kali pertama
memang wudu' anda dibatalkan. Bayangkan kalau dah
biasa (lebih dari tu) - tiada maknanya dah upacara tu nanti, dik.

Semua orang nak yang baik, yang tak tinggal solat, yang ada kerja tetap, yang tak kisah perangai kita, terima kekurangan. Nak yang baik, kita kena jadi baik dulu. Jangan kongkong dia, dia jadi suami pun kita tak boleh kongkong, ni jadi pakwe nak buat pula.KELA..KAR.

Berusaha, berdoa , berikhtiar - nampak biasa kan ayat ni, belajarlah buat.

Pada yang lanjut usia, yang tak nikah lagi, anda pun nak kahwin, cuma belum sampai jodohkan? Asalkan anda berusaha, OK dah. Tuhan menilai semuanya. Teruskan bersangka baik. Insya-Allah.

Soal jodoh pula, ia memang dah ditentukan di luh mafuz, nak tahu? ALLAH bagi tanda, kita selalu terikat dengan dia, atau berdebar-debar. Contoh kadang-kadang asyik gaduh dengan bakal suami kan. Itu contoh, Contoh lain, yang kahwin selepas beremail-email. Kenapa sebelum ni, tak suka nak online, layan email , ni rajin pula - tu mungkin "jalan". ALLAH bagi jalan pada anda yang "cari", ANDA yang "MAHU".

Akhir kata, PADA LELAKI, perempuan kalau sayang, sayang sangat. Sangat! Melainkan jika terluka. Perempuan yang melukakan lelaki yang baik pula, lelaki itu diduga, kerana ada lagi baik untuk dia. 

Selagi boleh memilih, pilihlah elok-elok.
Ada masa lagi ni. Mari, doakan yang baik-baik untuk kita semua- insya-Allah ya ALLAH.


”Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu redhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad).










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top