Showing posts with label hormat. Show all posts
Showing posts with label hormat. Show all posts



Berikut adalah catatan perkongsian tentang buat sesuatu ikhlas kerana Allah (Oleh Ustaz Elyas Ismail) dan beberapa catatan daripada nota lain. Moga bermanfaat buat semua, insya-Allah. Jika ada pembetulan atau penambahan boleh tambah di ruangan komen.

Buat sesuatu kerana Allah. Taqwa adalah rasa takut dan tak perlu diingatkan kerap. Amanah dan taat perlu ada rasa dalam diri.
  • Memberi harta, akan dapat syurga.
  • Taqwa; bakti dan tunduk. Bersihkan diri daripada dosa
  • Beramal, berilmu dan sampaikan pada yang lain.
  • Jiwa kena besar jika amal kerana Allah.
  • Kena ikhlas diri sebagai kawan, sebagai anak, sebagai suami atau isteri.
  • Orang ikhlas jiwa bebas.
  • Orang terpaksa dia tersiksa.
Sedekah yang afdhal:
- Disembunyikan
- Barang kita sayang
- Di waktu sihat
- Pada ahli keluarga
- Kepada kaum kerabat
- Kepada anak yatim
- Kaum kerabat memendam rasa bermusuh

Jika kita terlalu berharap rasa terima kasih orang, boleh buat kita jadi gila. Biarlah Tuhan menilai.

4 Prinsip pujuk hati. Supaya tak putus asa.
- Kebanyakan manusia tak tau hargai.
- Paling rugi kalau kita tak pandai nak hargai.
- Malu pada Allah. (Tuhan bukan saja maafkan dan sayang orang yang buat salah.)
- Balas cara baik.
    "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Maksud surah Fussilat  ayat 34) 
  • Jangan niat menunjuk masa buat amalan
  • Aku berjuang kerana Allah. Bukan orang.
  • Orang ikhlas Itu di mana pun dia buat perangai baik.
Doa tengok cermin.


Jiwa nak besar:
- Persekitaran, mak ayah jangan patahkan semangat.
"Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup." (Maksud surah Ibrahim ayat 26)

Sebab diuji:
- Nak lihat tahap keimanan.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Maksud surah Al-'Ankabuut ayat 2)
- Melihat amalan paling baik waktu diuji. Sebab tak diuji, tak tau.
"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Maksud surah al-Mulk; ayat 1-2)
- Tuhan nak tarik kita kembali pada Dia balik.

Buat sesuatu ibadah;
- Kerana Allah
- Laksana ikut syariat
- Dilakukan secara maksimum
(itqan)

- Tidak tinggalkan ibadah asas
- Siapa yang betul jaga solat Subuh, Tuhan akan bimbing hati dia. Jika sukar jaga solat subuh, ada potensi untuk cepat marah.
- Dunia memang tempat untuk diuji.
- Dan ujian orang juga, juga ujian kita. Tuhan nak lihat reaksi kita.
- Allah cinta kepada hamba-Nya yang buat kerja secara itqan (bersungguh).
- Maksudnya; buat yang Dia suruh. Tinggalkan perkara yang dia larang. Insya-Allah Dia pelihara dan beri kita kebaikan.
- Sedekah dapat 1 pahala (kebaikan), dan beri pada keluarga / saudara mara dapat lagi 1 pahala. Sebab eratkan hubungan.
- Siapa yang tutup keaiban orang, Tuhan akan tutup keaiban dia di akhirat.
- Kita perlu betulkan akidah kita kepada Tuhan. Dengan melihat semuanya datang daripada kurnian daripada Allah.
- Jika tidak ikhlas, rugi amalan.
- Ikhlas beramal ni, maksudnya orang tak nampak pun dia masih buat baik.
- Banyakkan ibadah kepada Allah. Tingkatkan ketaatan.
- Orang bersungguh kepada Tuhan, akan dapat menemui kebenaran.

Buat semua, moga semua urusan dipermudahkan dan baik-baik saja dalam jagaan Tuhan.

Sumber maksud: http://www.surah.my



Dari awal tahun kita didengarkan dengan beberapa cerita menggembirakan. Tentang antara saintis kita yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti, Hafizah Noor Isa. Tentang wanita yang mengembara solo ke 6 Negara, Siti Noridah atau ET. Tentang Cikgu Palestin; Hanan Al Hroub; guru wanita Palestin yang berjaya merangkul Anugerah Guru Global 2016. Itu belum termasuk mereka yang memang sedia mahir dalam bidangnya. Mungkin yang sedang membaca ini juga, adalah wanita yang ‘seseorang’. Tahniah!

Dan pada 8 Mac setiap tahun, kita bukan sahaja menyambut hari wanita di seluruh dunia malah selain itu, di Indonesia sendiri ada satu hari dinamakan hari Kartini. Kartini; adalah seorang tokoh Jawa dan Pahlawan Nasional Indonesia. Presiden Soekarno mengeluarkan Keputusan Presiden Republik Indonesia No.108 Tahun 1964, tanggal 2 Mei 1964, yang menetapkan Kartini sebagai Pahlawan Kemerdekaan Nasional sekaligus menetapkan hari lahir Kartini, tanggal 21 April, untuk diperingati setiap tahun sebagai hari besar yang kemudian dikenal sebagai Hari Kartini. (Sumber)
Namun kebelakangan ini, kita sedikit tersentak dengan beberapa kejadian viral yang sebenarnya menyedihkan (mungkin menggusarkan) di kalangan wanita. Viral tentang wanita diganggu di stesen minyak. Dan terkini di Indonesia, tentang Enno Fariah. Yang kejadiannya mengingatkan kita pada kejadian Junko Furuta. (Sumber). Seakannya mereka yang melakukan ini tidak mengenal perempuan di sekeliling mereka yang bernama ibu, nenek, akak, adik atau pun makcik. Sedih.

Walaupun jenayah tidak mengenal jantina dan mampu berterusan, namun kita masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang sedang berlaku di kalangan manusia hari ini dan apa seharusnya kita lakukan?

Kita selalu dibentangkan dengan hal-hal perlu menjaga keselamatan diri. Dan hati-hati. Ya, menjaga diri, tahu hak diri dan ada ilmu mempertahankan diri selain menjaga keselamatan selagi boleh, perlu diajar sejak kecil di rumah, tempat belajar dan sehingga dewasa. Namun lebih daripada itu kita perlu belajar bagaimana menjaga hubungan dengan orang. Sesama kita. Lebih lagi ia dipanggil menghormati. Perlu saling. Tahu tanggungjawab, amanah dan hak masing-masing.

Dalam semua agama ada diajar untuk saling mengasihi. Jadi jika kita tak mulakan hari ini di kalangan kita untuk saling mengetahui hak dan saling menjaga masing-masing, bila lagi? Mulakan sekarang. Jika suka tak semestinya kita akan dapat. Hidup ini tak semua kita dapat genggam. Namun jika tak mahu, cara menolaknya perlu berhikmah, biar masing-masing saling menerima. Perlu belajar jaga budi dan bicaranya sekali.

Kita semua ada harganya. Dan kita semua adalah pejuang untuk diri sendiri. Moga kita semua sentiasa dilindungi Tuhan.

Selamat saling menghormati!


*Teringat lagu Dehearty Wanita;



Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung 
Tapi dekat dibahu untuk dilindung 
Dekat jua di hati untuk dikasihi 

Engkaulah wanita hiasan duniawi 











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top