Kita semua sedia maklum, kata-kata juga boleh menjadi doa-doa, dan kita tidak tahu bila pula doa kita akan dimakbulkan. Berkait hal ini, saya sertakan melalui sedikit perkongsian dan pengalaman daripada sahabat kita, Ash, tentang kata-kata dan hubungkaitnya dengan rezeki kita seharian. Moga bermanfaat.
Salah satu cara untuk rezeki sentiasa murah, jangan pernah cakap "tak ada duit". Ya. Ada masa kita kurang duit atau memang tak ada, kita akan merungut. Kita kena yakin rezeki Allah itu luas (seperti yang dinyatakan dalam Doa Dhuha), dari mana pun ia datang. Kalau kita cakap tiada, maka tiadalah untuk kita.
Aku bukan anak orang kaya pun, tapi kawan aku selalu tengok aku hidup mewah macam duit tak pernah putus. Ada masanya aku tak cukup duit pun nak makan, tapi dalam hati, "tak apalah tak ada, rezeki aku, akan ada juga nanti", dan tiba-tiba ada yang belanja makan.
Aku pesan ini, untuk semua, kadangkala bila ada orang sekeliling aku yang merungut tak ada duit pun, aku tegur,
"Tak baik cakap tak ada duit. Bersangka baik dengan Allah selalu rezeki tu ada untuk kita cuma belum masa".
Kadangkala cukup dah rezeki cuma kita mahu lebih lagi.
Duit, pangkat, harta, kuasa tu tak kekal sama macam tak kekalnya kita dekat muka bumi ini. Jadi jangan bongkak, jangan angkuh, jangan rasa diri besar sangat bila mampu hidup senang dan berkuasa.
Jadi tipsnya, haruslah sentiasa bersangka baik dengan Allah, cakap yang baik baik yang baik-baiklah kita dapat. Ini yang aku amalkan, aku ni bukanlah baik mana tapi aku selalu bersangka baik dengan DIA apatah lagi hamba DIA sampai kawan tikam belakang pun aku boleh senyum lagi.
Adik aku tahu siapa aku berkawan, ada masa siapa buat aku sakit hati or buat hidup aku tunggang terbalik aku still maafkan dan tetap berkawan, adik aku bising. Pada aku maybe kawan pun ada masalah dia masa tu, hakikatnya kita lagi kenal kawan kita. Maafkan/berdendam itu pilihan.
Kawan-kawan mostly akan cakap, "aku tengok bahagia hidup kau, tak ada masalah" dan dorang sendiri tengok macam mana aku spend duit tak putus. Hakikatnya aku sendiri yang tahu, a few yang aku bercerita yang tahu tahap mana aku diuji dengan duit dan dugaan hidup yang bersilih ganti.
Ada masa aku rasa dah tak nak hidup, Aku nak quit semua yang aku tengah usahakan. Thought ni datang berulang kali, sampai ada fasa tertentu aku lebih suka diam dan bersendiri cuma depan orang I'm good at faking, sebab aku malas nak explain dan jawab kalau ditanya.
Jadi aku keep pretending like nothing happen, ada orang yang aku betul percaya dan senang untuk meluah itu je yang aku akan cari dan cerita. Tapi this year, aku dah jarang jugak bercerita lebih banyak diam. Maybe orang yang selalu dengar pun ingat aku dah tak ada masalah.
The truth is double triple lagi masalah tu datang depan muka aku sampai aku dah tak ada daya nak cerita or explain dekat sesiapa pun selain diam, dan berfikir apa aku patut buat untuk terus hidup.
Alhamdulillah. I'm getting better now, dekat rumah pun aku dah jarang bercakap sebab aku tak ada energy untuk engage dengan manusia. Ws dan socmed lain terus aku tak bukak terus. Ini explaination aku untuk yang rasa hidup aku tak ada masalah.
Aku malas nak cerita in detail, tapi berbalik pada topik tadi "bersangka baik" kalau ada dugaan, ada masalah, ada sesuatu yang merunsingkan jangan rasa kau tak ada sesiapa. Kau ada DIA, dan tak ada satu hal pun yang jadi pada kau dijadikan secara sia-sia, tiada.
Chuli pernah bagi satu tips, "Kalau nak bersedekah bagi duit paling besar dalam wallet kita" bunyi macam "Eh nanti aku nak makan apa" tapi itulah kuasa bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah aku tengok rezeki dia tak putus-putus sampai sekarang.
Itu bermula dari satu peristiwa dalam hidup dia, Dia nak naik train, then nampak ada Pak Cik mintak sedekah, Dia ada RM6 dalam wallet sekeping RM 5 dia tergerak hati nak bagi yang RM 5 jadi dia percaya berkat dia tolong pak cik tu lah yang hidup dia senang sampai sekarang.
Ini kisah benar bukan rekaan, tapi cuba cakap dekat aku siapa yang boleh keluarkan duit paling besar dalam wallet dia untuk bersedekah masa dia tak ada duit? Ya. Tak semua orang dapat nikmat kerelaan itu sebab semua bergantung pada niat dan hati bukan pada nilai.
MEMBERILAH UNTUK MENERIMA
Satu yang aku puji dengan TSMY dia tak pernah cakap "negara tak ada duit" walau COVID perlu guna banyak duit, Dia tetap cakap duit cukup untuk semua. Rakyat makin hari makin pelik mana datang duit? Sedangkan duit banyak lagi keluar dari yang masuk.
Itu sebab dia percaya rezeki itu ada dan sentiasa cukup untuk semua. Dia pemimpin, jika yang baik keluar dari mulutnya maka yang baik untuk semua rakyatnya. Lebih banyak yang dikeluarkan untuk bantu yang memerlukan berganda Allah gantikan, keberkatan dari rezeki yang dikongsi.
BERSANGKA BAIK.
Bukan hanya pada Manusia, tetapi pada Pencipta-Nya yang lebih utama.
Bila kita bersangka baik, kita lebih mudah memberi dan tidak merasa rugi kerana kita yakin akan ada rezeki lain buat kita nanti. Kalau bukan dengan duit segedebuk mungkin dengan cabang pintu rezeki dibuka untuk kita.
Untuk aku sendiri, aku tak setiap masa ada duit yang banyak tapi sentiasa ada rezeki yang kekadang aku mampu pula berkongsi dengan keluarga dan kekawan yang aku sayang. Aku anggap Allah bagi rezeki lebih pada aku sebab dia mahu aku berkongsi bukan untuk aku semua.
**********
Tidak menyangka rant beliau ini mendapat respon positif ramai pengguna twitter, Ash berharap perkongsian yang dikongsi ini memberi manfaat untuk semua. Malahan Ash juga menambah, jika kita bersedekah akan membuatkan hidup kita lebih terurus dan dengan izin-Nya, membolehkan hajat kita lebih mudah dimakbulkan. Asalkan kita ikhlas. Insya-Allah.
Perkongsian mengenai Tips murah rezeki: Jangan pernah cakap tak ada duit - ini adalah pendapat penulis sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak serta berdasarkan tweet asal: https://twitter.com/AshAvril/status/1270210555060477953. Selain sedang bergelar penuntut di salah sebuah universiti tempatan, Ash juga mempunyai perniagaannya sendiri dengan menjual Choco Jar di instagram beliau: https://www.instagram.com/bakersbros.ash/.
Salah satu cara untuk rezeki sentiasa murah, Jangan pernah cakap "Tak ada duit" Ya. Ada masa kita kurang duit atau memang tak ada kita merungut. Kita kena yakin rezeki Allah itu luas, dari mana pun ia datang dan seperti Doa Dhuha. Kalau kita cakap tiada, maka tiadalah untuk kita.
Terima kasih untuk Ash atas kebenaran untuk menyiarkan semula thread ini di blog saya. Moga perkongsian di atas bermanfaat untuk kita semua dan diberkati Allah, insya-Allah.
Berikut adalah catatan perkongsian tentang buat sesuatu ikhlas kerana Allah (Oleh Ustaz Elyas Ismail) dan beberapa catatan daripada nota lain. Moga bermanfaat buat semua, insya-Allah. Jika ada pembetulan atau penambahan boleh tambah di ruangan komen.
Buat sesuatu kerana Allah. Taqwa adalah rasa takut dan tak perlu diingatkan kerap. Amanah dan taat perlu ada rasa dalam diri.
Memberi harta, akan dapat syurga.
Taqwa; bakti dan tunduk. Bersihkan diri daripada dosa
Beramal, berilmu dan sampaikan pada yang lain.
Jiwa kena besar jika amal kerana Allah.
Kena ikhlas diri sebagai kawan, sebagai anak, sebagai suami atau isteri.
Orang ikhlas jiwa bebas.
Orang terpaksa dia tersiksa.
Sedekah yang afdhal:
- Disembunyikan
- Barang kita sayang
- Di waktu sihat
- Pada ahli keluarga
- Kepada kaum kerabat
- Kepada anak yatim
- Kaum kerabat memendam rasa bermusuh
Jika kita terlalu berharap rasa terima kasih orang, boleh buat kita jadi gila. Biarlah Tuhan menilai.
4 Prinsip pujuk hati. Supaya tak putus asa.
- Kebanyakan manusia tak tau hargai.
- Paling rugi kalau kita tak pandai nak hargai.
- Malu pada Allah. (Tuhan bukan saja maafkan dan sayang orang yang buat salah.)
- Balas cara baik.
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Maksud surah Fussilat ayat 34)
Jangan niat menunjuk masa buat amalan
Aku berjuang kerana Allah. Bukan orang.
Orang ikhlas Itu di mana pun dia buat perangai baik.
"Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup." (Maksud surah Ibrahim ayat 26)
Sebab diuji:
- Nak lihat tahap keimanan.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Maksud surah Al-'Ankabuut ayat 2)
- Melihat amalan paling baik waktu diuji. Sebab tak diuji, tak tau.
"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Maksud surah al-Mulk; ayat 1-2)
- Tuhan nak tarik kita kembali pada Dia balik.
Buat sesuatu ibadah;
- Kerana Allah
- Laksana ikut syariat
- Dilakukan secara maksimum
(itqan)
- Tidak tinggalkan ibadah asas
- Siapa yang betul jaga solat Subuh, Tuhan akan bimbing hati dia. Jika sukar jaga solat subuh, ada potensi untuk cepat marah.
- Dunia memang tempat untuk diuji.
- Dan ujian orang juga, juga ujian kita. Tuhan nak lihat reaksi kita.
- Allah cinta kepada hamba-Nya yang buat kerja secara itqan (bersungguh).
- Maksudnya; buat yang Dia suruh. Tinggalkan perkara yang dia larang. Insya-Allah Dia pelihara dan beri kita kebaikan.
- Sedekah dapat 1 pahala (kebaikan), dan beri pada keluarga / saudara mara dapat lagi 1 pahala. Sebab eratkan hubungan.
- Siapa yang tutup keaiban orang, Tuhan akan tutup keaiban dia di akhirat.
- Kita perlu betulkan akidah kita kepada Tuhan. Dengan melihat semuanya datang daripada kurnian daripada Allah.
- Jika tidak ikhlas, rugi amalan.
- Ikhlas beramal ni, maksudnya orang tak nampak pun dia masih buat baik.
- Banyakkan ibadah kepada Allah. Tingkatkan ketaatan.
- Orang bersungguh kepada Tuhan, akan dapat menemui kebenaran.
Buat semua, moga semua urusan dipermudahkan dan baik-baik saja dalam jagaan Tuhan.
Semua kita kreatif dengan cara masing-masing. Namun apa pula yang dikatakan menderma secara kreatif? Di sini saya kongsikan (yang saya dapat melalui perkongsian orang lain juga) cara menderma mudah, dengan hanya serendah RM1 melalui bank kita pun, kita masih boleh berkongsi rezeki. Moga apa sahaja kita buat ini diberkati. Insya-Allah.
Maybank
- Log in ke Maybank2u
- Pilih bill payment
- Pilih make one off payment
- Pilih zakat dan charity
- Pilihlah mana-mana badan kebajikan yang kita mahu menderma.
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.
CIMBClicks
- Log in ke CIMBclicks
- Pilih Pay --> Bills
- From pilih akaun kita
- Di ruangan "to": taip kebajikan
- Di situ akan ada banyak pilihan badan kebajikan yang kita mahu menderma
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.
*Bank-bank lain pun boleh, ada caranya, boleh cari dan rujuk semula. Terima kasih.
Selamat menderma. Jika kita memberi, insya-Allah kita akan lebih banyak menerima. Bersyukurlah, Tuhan akan tambah lagi rezeki. :)
Setelah menonton MHI di suatu pagi, saya terus ke facebook Projek Beg Sekolah (PBS). Di sana saya membaca tentang usaha murni pihak PBS untuk membantu pelajar-pelajar daripada golongan keluarga kurang mampu / miskin bandar untuk mendapatkan beg sekolah bagi musim persekolahan yang akan datang.
Kaedah perlaksanaan:
Beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih.
Bagaimana ingin menjadi Focal person?
Hubungi nama yang tertera di poster atau PM kami untuk maklumat maklumat lanjut.
Bagaimana ingin menyumbang?
Anda boleh berikan beg baru atau preloved kepada focal person terdekat dengan kawasan anda. Senarai Focal akan dikemaskini di Facebook PBS.
Anda juga boleh memberi sumbangan sebanyak RM25/beg dan di masukkan ke akaun Maybank atau CIMB Pengasas Projek Beg Sekolah Salwa Mohd Saleh, dengan merujuk di sini : facebook
Nota: PBS adalah projek NGI (non government individuals). Kami tidak dapat menyediakan resit untuk pengecualian cukai atau zakat. Berikan sumbangan hanya jika anda percaya kepada kami. :)
Jadi semua, mari menderma. Setiap rezeki untuk dikongsi bersama. Moga Allah redha.
Mohon sebarkan untuk kebaikan bersama. Terima kasih.
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
HUTANG
Hutang akan sangkut kalau mati syahid pun.
Hutang sengaja tak bayar:
- Zalim
- Dosa tak diampunkan
- putus hubungan
Meminjam kena ada niat nak bayar. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting jangan zalim tak tunaikan hak orang.
Yang meminjamkan wang jangan pula ambil kesempatan. Begitu.
CINTA DALAM REDHA ILAHI
Malu sebahagian daripada cabang iman.
Ujian ini kepahitan di dunia tapi kemanisan di akhirat.
Hormat menghormati. Itu membentuk malu.
Keinginan manusiawi dikasihi.
Bergaduh jangan angkat suara atau mengungkit. Jangan mencela kaum keluarga.
Jangan leka.
Jaga aurat.
Bergurau boleh jangan menghina.
Berniaga kena jujur.
Jangan dayus. Suami yang membiar isteri buka aurat.
Sabarlah dulu.
Hormat mertua.
Sunat warna kuku dan rambut.
Makruh warnakan rambut tua dengan warna hitam.
Isteri harus warnakan rambut untuk suami dia. Wajib bila suami suruh.
Jangan makeup sangat nanti mungkin terlindung cantik oleh syaitan di depan suami.
Cantik ori cantik di hati.
CARA DOA
Puji Allah
Selawat
Doakan kita
Selawat
Puji Allah
Doa tidak memaksa Allah
Jangan paksa Tuhan. Minta dengan pengharapan. Tenang.
"Aku tahu saat itu Allah pilih kehendak itu."
Allah Maha Bijaksana dalam ketentuan.
Sebagai peringatan.
Allah nak tunjuk cara kita memperbaiki diri kita.
Selalu doa Nabi pendek ja.
Doa dijawab misalnya dia doa selamat. Allah selamatkan daripada bencana.
Minta doa dibolehkan. Dengan syarat orang soleh. Jangan harap doa orang saja. Jangan sampai orang tu timbul ujub tu sebab doa dia.
Jangan rasa putus asa dengan Allah.
Betul-betul meminta dengan Allah.
Doa supaya kita tak takbur dengan tak nak berdoa dah.
PSIKOLOGI
Jangan biar budak-budak sukahati baling barang bila marah. Elakkan mereka terbiasa.
Ubah persepsi berkaitan psikologi.
SEDEKAH
Sedekah bukan tentang berapa banyak jumlah. Tapi berapa yang kita bagi daripada jumlah kita ada.
Uruskan harta dengan baik.
AL-KULLIYYAH (VISIT MY IG)
Ahli sunal jamaah signnya sebut nama nabi dia selawat.
Muruah depa panggil kita panggil maruah.
Maqasid tujuan.
Al-Quran akan jadi syafaat kita. Bukan IG.
DAKWAH
Umat Nabi Muhammad berdakwah.
Banyak pintu untuk masuk syurga.
Dakwah untuk perbaiki diri.
Dakwah adalah sunnah. Dapat syafaat.
Kita berdakwah bukan untuk ubah orang, tapi untuk gembirakan Tuhan.
Buat sebab manusia akan cepat putus asa.
Banyak hubungan untuk memulakan perhubungan.
Cara paling baik adalah berkasih sayang; salam.
"Saya tumpang pahala apabila tuan-puan buat apa saya pesan."
"Dakwah dengan rempit; dah lama tak solat dan bekas menagih jadi hafiz."
Kita bukan nak ubah tapi itu kemanisan dakwah.
Jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah.
Mungkin mereka tak beriman sekarang, akan datang mungkin anak cucu mereka yang beriman.
Keikhlasan dan kehebatan Rasul.
Ibarat pohon. Dibaling batu, dia keluar buah yang harum.
Berdakwah dengan perkataan yang baik.
Dapat syurga dekat dengan Rasul.
Dakwah melalui media massa. Lihat dengar dan rasa.
Saham dapat kalau berdakwah.
Anak (Ibnu Abbas) bermain boleh jadi dakwah.
Orang fakir dan miskin jatuh cinta sebab zakat. Zaman Umar abdul aziz.
Mampu berdakwah mana yang mampu.
Real dakwah berdakwah pada yang bukan islam.
Sebagai pendakwah mesti kita ada sifat benar. Sampaikan kisah benar. Jujur (amanah = bertanggungjawab).
Dakwah Nabi rahmat.
Buat dakwah sekadar kita mampu.
ANAK
Anak ini amanah
Biar kita jadi bekas orang jahat tapi kita jadi baik. Bukan kita bekas orang baik yang jadi jahat.
Kalau perlu cakap. Kalau tak rahsiakan.
Bawa kita ke syurga. Bawa kita ke neraka.
Kita hormat ibu selagi dia tak buat yang langgar syariah.
"Ibu saya ibu yang baik."
Kita tak tahu apa yang berlaku esok apa dia.
Yang penting sembahyang tu. Kalau buat tak okay boleh jadi solat tu tidak sempurna.
Hargai umur dan ruang.
Watak kita dengan mak ayah kita gambaran watak anak-anak kita.
Hak anak yang wajib dipenuhi ibubapa:
- Sediakan ibu yang baik.
- Beri nama yang baik.
- Didikan yang baik. Kenal Allah dan Rasul.
- Ajar dia hormat ibubapa
- Beri didikan Al-Quran.
- Beri masa.
Banyak muhasabah kalau anak degil.
Dah besarkan?
Serah pada Allah.
Lakonan terbaik adalah menjadi hamba-Nya.
Jadi tanggungjawab kita jadilah anak yang baik. Kesusahan tak terbalas. Apa yang dibuat urusan dengan Allah.
Setiap perbuatan kita ada balasannya.
Istighfar banyak-banyak.
Kesilapan dia kesilapan dia. Kena maafkan.
Sebagai ujian untuk angkat darjat.
IDAH
Idah itu ibadah buat dapat pahala. Bukan adat.
Tak boleh tonjolkan diri. Boleh keluar atau merantau atau beli barang keperluan.
Ke kubur suami takdak masalah. Boleh solatkan untuk suami. Penghormatan. Jangan meratap.
Islam kata tak boleh berhias. Bukan kena pakai baju hitam. Elak menonjol.
Berhias untuk orang. Untuk diri tu kebersihan uruskan diri.
Idah mati kelahiran anak atau 4 bulan 10 hari. *mati
Idah hidup kalau haid tak konsisten. Merujuk kembali kepada yang biasa bagi wanita.
Tempat paling sesuai idah rumah sendiri dengan suaminya.
Dilarang bernikah dalam idah.
Idah ni ibadah. Clearkan nafkah anak-anak. Balik kepada atok atau pakciknya.
Kena siapkan diri untuk kehidupan seterusnya. Nostalgia memang ada memori. Tapi kena betulkan balik dan islam beri ruang untuk hidup dalam keadaan bahagia.
Idah ni perlindungan.
TAJWID
Tajwid perhati huruf tebal dan huruf nipis. Serta huruf lantunan.
Jaga betul-betul bacaan.
Tajwid adalah ilmu khas untuk baca Al Quran sahaja.
Azan itu zikir. Seruan. Jadi tak wajib tajwid.
Baca Al-Quran banyak-banyak dan berdamping dengan Al-Quran, masa kiamat dia datang dan beri syafaat. Rakan karib.
Penuhilah hidup dengan bacaan Al-Quran. Dan mencari redha Allah.
JODOH
"Orang yang bercerai selalu dipandang rendah masyarakat. Sedangkan pada zaman Nabi, zaman dahulu perkara itu sudah ada. Banyak. Dan diterima ramai sebagai tiada jodoh." - Ustaz.
Hak perempuan dijaga.
Dah cerai hubungan kasih sayang suami isteri tu dah tak ada. Tapi sebelum cerai fikirlah. Fikir hak jika mahu kahwin lain.
Doakan agar anak dan ibu cekal.
Kita tak mampu beri hidayah pada orang.
Jangan perangai jahilliyah. Jangan jadikan tempat pemuas nafsu.
DOA
Cari roh benda baik.
Jangan doa laknat dekat orang. Nabi tak begitu. Nabi berdoa kebaikan untuk orang yang buat dia.
Doakan hidayah untuk orang kafir.
Doa itu maksudnya mengharapkan.
Orang yang betul berdoa, dia khusyuk.
Doa dan mintalah selalu agar kita tidak menzalimi diri kita sendiri.
Doa makbul seorang ibu. Tapi kita tak mengharap.
Di antara tempat mustajab waktu sahur atau sepertiga malam. Antara maghrib dan isyak. Asar hari jumaat. Lepas asar khamis. Duduk antara khatib. Antara dia khutbah. Doa makbul insya-Allah.
Ustaz dalam #TanyalahUstaz ni cakap kalau kita nak sesuatu kita cakap "dapat dapatlah, tak pun tak apa," memang susah nak dapat. Sebab kita tak penuh mengharap ke Allah.
- Jadi buat apapun biar bersungguh. Dengan hati. AURAT
Negara majmuk. Maka ikut mazhab Syafie, perempuan islam dengan bukan pakai sesuai tahap kerja.
Aurat lelaki bersukan. Yang kuat disukai. Tapi jangan ketat.
Jangan terangkan (cerita) aurat walaupun tak tunjuk gambar. Haram.
Banyak ruang dakwah yang kena jaga. Jangan kongsi saham tak best (photographer misalnya.)
Pre wedding boleh. Tapi kita ambil gambar jadi pendakwah. Jagakan aurat dan hubungan.
Ambil peluang berdakwah.
Aurat melibatkan keaiban yang perlu ditutup. Suara wanita bukan aurat. Tetapi suara wanita tak boleh sengaja dilenggokkan. Itu menjadikan haram. Sebab menarik orang.
Solat tutup aurat. Bukan wajib pakai telekong.
Solat bukan boleh ganti ganti gitu.
Yang designer boleh buat baju seksi sebab kita tak tau orang tu pakai untuk apa. Kita tak salah. Bagi pandangan bolehlah.
Slimming suit ketat haram pakai depan bukan mahram. Kena asing.
Spa. Jaga aurat wanita dengan wanita. Tidak halang. Beza dengan sakit. Sakit darurat.
Darurat mengharuskan yang haram. Ditemani mahram. Diambik sekadar perlu.
QURAN
Kalau tak perlu, tak perlu catat ayat Al-Quran. Dalam kad kahwin misalnya. Kalau ada kerat. Bakar. letak terjemahan ja.
Orang lain hina kita kena tegur.
Sensitiviti lahir daripada keimanan. Lahir daripada kebiasaan.
Larangan ayat Quran sebagai nada dering. Jangan dibuat.
Azan pun. Elak. Banyak cara lain kita jaga agama..
Quran itu dibaca. Dituntut.
Kurang adab baca Al-Quran baring lagi bagus daripada tak mengaji.
Kurang adab, kurang pahala.
Baca Al-Quran dalam solat paling tinggi pahala.
Baca Al-Quran boleh terjemah jika tak berwuduk.
Kalau tak suci dengar bacaannya.
Pasangan tak solat. Doa dan beri cara. Biar dia dengan ustaz yang boleh in dengan dia.
Orang alim pun ada masa silam. Orang berdosa ada masa depan.
Jangan malu atau takut untuk buat baik. Tapi malu dan takutlah pada Allah sebelum dimalukan di depan semua makhluk (di mahsyar kelak).
HAK
Adab bersosial taaruf, tafahum, takaful.
Jaga ikhtilat. Ada batas.
Suami isteri cakap terus.
3 perkara syarat hak bebas suara:
- Jika ia menggugat keadilan dan mendatangkan kezaliman
- Tujuannya menolak kejahatan
- Menghormati hak individu lain
- Menjaga elemen daripada masyarakat hancur
Bukan menjatuhkan. Untuk hati-hati.
Nampak tu ubah. Tegur. Dengan hati selemah lemah iman.
Jangan tegur dahsyat nanti memantul.
Biar dapat redha Allah.
Perbincangan ulama nak tunjuk ilmu Allah itu luas.
Faham kepakaran.
Ada bangsa jin pindah randah.
Manusia sebaik kejadian.
Orang hilang jangan buat andaian.
KEMATIAN
Ziarah kematian, balik mandi. Tengok cerita menakutkan, elak sebab takut terlibat dengan penyakit ain.
Air panas bawah sejuk. Mungkin santau.
Bismillahi Allahuakbar 3 kali.
Jangan makan di kedai selalu makan.
Berwuduk jadi benteng.
Jangan menipu dalam ibadah. Buat bukan kerana manusia.
Dunia dan akhirat kita cari yang betul-betul.
URUSAN
Apabila kita rasa mudah saja urusan kita hari itu, mungkin sebelum ini kita pernah mudahkan urusan orang. 😊
Moga Tuhan selamatkan kita daripada perkara-perkara buruk.
Bakhil ni rugi.
Peraturan mengawal kita (ikhtilat).
Jumpa di khalayak dan tak datang kecurigaan dibenarkan. Kalau boleh ada teman. Mahram.
Jaga batas dan elak curiga dan tertutup dan elak syubhah.
Moga kita ada kekuatan.
SOLAT
Hadis pukul kalau tak solat Nabi selalu relevan.
Usia kena manja masa kecil. Manjakan cara budak.
Bukan manjakan.
Bagi anak rasa tanggungjawab pada agama dan keluaga dia.
Silap manusiawi yang dilakukan para nabi dan para rasul adalah pengajaran pada umat bukan keaiban atau celaan.
TUNANG
Tunang tempoh pertunangan. Syaitan selalu ganggu waktu ni.
Syaitan buat kita jadi berangan.
Agama nombor satu dalam pasangan.
Jangan guna nama Tuhan nak berduaan.
Syaitan bagi mukadimah ja.
Jadilah ayah dan ibu selamanya. Bukan sebab lepas dia sekolah agama lepas. Kahwin pun. Kalau salah tetap kena tegur.
Hubungan yang bagus bahagia dan membahagiakan. Bukan bahagiaku deritamu.😅
Cara membahagiakan:
- Beri kasih sayang. Cara Nabi. Panggil manja.
- Pasangan umpama pakaian. TUTUP aurat (aib). Lindungi diri daripada panas dan sejuk (jaga hati). Pakaian lambang kebanggaan.
Yakinkan kalau nak nikah muda:
-Bantu ibu ayah buat kerja rumah.
-Mampu seimbangkan pelajaran dan tanggungjawabnya.
-Beritahu perancangan.
Jodoh, ajal dan rezeki adalah hal-hal misteri.
Jaga akhlak kita di alam maya pun.
Dosa itu adalah sesuatu yang meresahkan jiwa.
Agak-agak sikit dalam media sosial.
Ada baiknya kahwin muda atau kemudian. Dahulukan agama dan mak ayah. Ada berkahnya.
LABAIKALLAH.
Di Mekah Saf rapat.
"Berlabaik-labaik dulu, berhaji-haji kemudian. Biar kita nak berubah di sini baru di sana. Itu lebih baik."
Labaik tu "baki". Sedih. Tu tengok kaabah kita rasa emosi. Tak dapat pergi, tengok kaabah tu.
Orang tak sedia pun rindu. Ini pula yang betul bersedia.
"Dengan Allah Taala, hang cakap bahasa apa pun tak apa. Hang minta dan doalah apa saja dekat Dia."
"Allah. Kita ni bukan tak tau kita hina macam mana, tapi Allah sudi pilih doa kita untuk dimakbulkan." - Ustaz Don
TAJWID
Benda tu jadi wajib jika buat wajib. Contoh al-quran kena belajar tajwid. Belajar tak wajib. Baca Quran fardu ain. Jadi wajib sebab nak baca Quran.
Wuduk sunat. Tapi solat fardu. Nak solat jadi wajib wuduk.
Rumi boleh dibaca untuk faham tapi kadang tak sama sebenar. Tajwid tartil tertib, tebal atau tak. Wakaf. Panjangnya. Sebutannya.
HATI BERSIH
Ikut Nabi
Tawakal
Baik Sangka
Percaya qada qadar
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Jun 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
NIAT
Amalan tak lepas dari:
- Riak.
- Ikhlas.
- Ibadah campur riak. (Kerja tapi pengharapan).
Syarat:
- Pastikan tak langgar syariat
- Jangan menidakkan hak orang
- Niat
- Qanaah (rendah hati). Orang paling berguna pada manusia. Banyak beri daripada meminta.
Nabi sentiasa memuaskan hati orang.
Kita tak boleh paksa orang untuk selesa dengan kita / sayang kita. Tapi kita boleh berusaha dan berdoa untuk itu.
Kalau kita ikhlas buat kerana Allah. Allah akan buka hati manusia. :)
MAHRAM
Kalau seseorang anak sedara itu jadi anak sedara sebab wujudnya suami / isteri maka mereka bukan mahram. Boleh kahwin lepas pasangan takdak. Anak adik-beradik boleh salam. Tapi anak kepada ex-ipar tak boleh.
Kalau lama tak jumpa ayah berpisah. Cari di internet, polis dan media tak jumpa hari nak dekat nikah, tu baru boleh jatuh kepada adik beradik walinya dan baru kepada hakim.
USAHA, DAKWAH & AKHIRAT
Kita perlu usaha. Teruskan tanggungjawab kita ajar dan sebagai penyampai. Yang tentukan terima dan berjaya, buka hati ni bukan kita, tapi Tuhan.
* Tiada lagi pusingan U
Ingat Allah
Baca Quran
Ingat Mati
**
Dunia ini persinggahan, bukan tujuan..
Kita warga akhirat.
Mati dan hidup wujud sebab nak tunjuk semua ada permulaan dan akhir.
Hidup dua kali. Satu lagi di akhirat. Mati tu pemisah dunia dan akhirat.
Dunia tempat bercucuk tanam. Tuai hasil di akhirat.
Allah nak tengok siapa yang taat dengan Dia. Tuhan tak tengok siapa yang berceramah paling banyak. Bukan yang paling banyak ajar orang. Tak. Tuhan tengok siapa paling banyak beramal.
Yang buat, jangan hina orang tak buat maulid.
Kalau orang ikhlas, dia akan buat sesuatu kerana Allah. Kalau dia tak buat sesuatu pun kerana Allah.
Buat amal kerana orang, salah. Itu syirik. Tinggalkan amalan kerana orang salah, itu riak.
Mati mulia.
- Mati mengucap kalimah syahadah.
- Dahinya berpeluh. Pertama kerana dia malu kepada Allah. Kerana menanggung kepayahan nak mati.
- Sedang beramal soleh.
Elak menjerit jerit meratap bila orang meninggal.
Berkawan dengan orang baik-baik. Orang yang benar.
Rupa malaikat maut mencabut nyawa orang baik boleh lihat dia dalam keadaan baik. Jangan bimbang malaikat kata.
Doa- Minta berlindung daripada fitnah dajjal.
Amalkan zikir pagi dan petang (ada dalam maksurat).
Hadiah orang beriman adalah beriman. Sebab kekasih dia orang beriman.
KAYA HARTA, KAYA PAHALA.
Kita ni kadang sibuk sangat nak cakap bismillah pun kita lupa. Tak sempat.
Gunakan masa sebaik mungkin.
Kekayaan ni Tuhan bagi pinjam. Bila-bila dia boleh ambil.
Kejar akhirat, kejarlah. Tapi jangan sampai lupa nasib di dunia.
Tinggalkan dunia ni maksudnya tinggalkan mengejar benda yang menyesatkan dan melalaikan. Bukan tak fikir dunia langsung.
Pahala tak boleh kongsi. Tapi hasil perbuatan. Nak kongsi pahala, dengar ada orang susah; tolong sama-sama.
Jika mahu jadi jutawan pahala.:
- Melawat orang sakit.
- Buat orang gembira.
Sentiasa saling menegur. Agama itu nasihat. Menegur dengan kasih sayang.
Kaya juga ujian.
SOLAT
Gementar apabila menyebut nama Allah.Dia khusyuk.
Lalai. Masuk neraka jenis lalai. Sukahati nak solat tak solat.
Solat tapi mengata. Sewajarnya solat berjaya bentuk diri dia. Perkara lain mungkin dia ada buat. Solat itu ada masalah. Buat dia menjauh. Tidak menambah.
Baik macamana pun perangai, solat tetap perlu solat.
Dunia tempat menuai.
Sumber makanan.
Atau riak.
Solat diterima:
Sendirian pun buat.
Solat sebab rasa rendah diri.
Dia tak sombong.
Tak ulang. Jangan buka balik pekung. Biarlah. Mana ada manusia yang tidak berdosa. Biarlah antara kita dengan Allah. Manusia tak boleh beri apa. Allah yang Maha Pengampun. Yang mengata dia dapat dosa dia.
Orang munafik selalu tinggal solat subuh dan isyak.
Solat terawih bermaksud rehat. Buat laju-laju bukan bermaksud rehat.
Solat yang baik akan dapatkan ketenangan. Jika laju di mana tenangnya.
Tuhan beri yang terbaik.
Tuhan beri sebelum kita minta.
Tuhan beri kemaafan.
Niat solat perlu bersama-sama dengan takbir. Mukoronah. Namun kalau lafaz lain, niat betul ikut niat.
Kalau takut elak was was niat pendek pun okay.
Tangan di dada mazhab berbeza.
Ada kain di tangan tak apa perempuan.
Beradab dengan Tuhan. Kurang pahala kalau tak kusyuk solat.
Tengok tempat sujud.
RAMADHAN
Orang bersyukur ni, dia menghargai apa dia ada.
Nak mandi, mandilah sebelum ramadhan pada maghrib. Cuma jangan membazir dan minum waktu mandi.
Menjaga nikmat Tuhan. Syukur dan hargai. Serta guna untuk ke arah baik-baik.
Allah beri kita ruang beribadah.
Tenang solat. Jangan tergesa-gesa. Biar lama dalam solat bersama Allah tu.
Allah berselawat : Dia beri rahmat. Malaikat pula dia minta didoakan kebaikan.
Jangan sunnah menjadi punah.
Jangan buat benda yang mudarat banyak berbanding kelebihan.
Jangan banyak tidur waktu ramadhan.
Agama suruh tidur awal.
Makan beramai-ramai sunnah Nabi. Bukan dalam talam ja sunnah nabi.
Jangan tanya berapa kita nak dapat, cuma berapa kita beri.
2,4,6,8. Tak larat 2 pun boleh. (Terawih)
Dalam hadis Nabi baca apa yang Nabi nak baca.
Tv adalah pencuri waktu paling hebat.
Masa kita ada satu saat ja. Kejap lagi belum tentu.
Banyakkan istighfar.
Mukjizat pada Al-Quran.
Puasa membentuk kita ikhlas. Sebab orang tak tahu kita puasa ke dak.
Elak sum'ah. Jangan cerita benda baik kita buat.
Jangan cakap takdak masa untuk beribadah. Sebab masa Allah bagi sama rata.
Taqwa; Tuhan bagi rezeki dan rasa nak buat baik dalam diri dia.
"Jika rasa bersalah, mintalah maaf. Ni bulan ramadhan, minta ja maaf, tak perlu tunggu raya. Jangan dijamak dosa setahun." - Ustaz Syamsul Debat.
107-110 al-kahfi baca sebelum tidur.
Pada sahur ada sunnah Nabi.
BERSYUKUR & SEDEKAH (USTAZ IZHAR)
Niat kita syukur sebab orang islam berjaya.
Lafaz syukur
Doa
Menghargai dengan sedekah.
Sedekah Tuhan gandakan 10.
1-1 = 10. Ramadhan dilipat ganda jadi 70.
9 syarat untuk dapat rezeki Allah.
- Yakin. (8) Berusaha yang ke (9).
Ramai orang berdoa tak yakin.
Dia rasa yang daripada Allah semua baik saja.
Tuhan beri rezeki yang tak disangka-sangka.
Tuhan ganti dalam bentuk yang lain. Rezeki ni luas maknanya. Berbeza-beza.
Sedekah bukti keimanan.
Beri sedekah jangan ditanya apa yang akan dibalas. Allah janji akan balas. Ikhlaskanlah.
Beri terbaik, akan dapat baik-baik.
"Nasihatkan buat benda baik itu okay. Bagus. Tapi jangan duk sibuk amal orang. Orang buat / beri banyak mana ikutlah ikhlas dia." - Ustaz.
Sedekah yang terbaik:
*Sedekah besar dalam bulan ramadhan.
*Sedekah di kala sihat dan diwaktu sayang nak memberi.
*Sedekah dalam terang atau sembunyi. Digalakkan sembunyi.
Jangan tunggu kaya baru nak bagi.
Kau tak habis pun semua kalau nak kedekut sangat.
Sedekahlah sebelum Tuhan ambil nyawa kita.
Pahala sedekah boleh jadi rosak jika mengungkit dan sakitkan hati penerima.
Ikhlas. Jangan ungkit. Jangan hina dan herdik.
Sekian. Sampaikan walau satu ayat. Jika ada penambahan atau kesalahan, boleh komen di bawah. Terima kasih.
Ini adalah koleksi kata-kata ustaz, ustazah atau penceramah (saya ambil nota) daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang April 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Sedekah
Hajat jika ada orang lebih keperluan, utamakan.
Waktu baik untuk sedekah; Nabi kata waktu kamu sihat.
Jika sedekah kamu diungkit-ungkit, jika perlu, bayar balik.
Jika memang kerelaan hati, lebih baik kita sembunyikan.
Elakkan sangkaan. Soal niat itu urusan Allah.
Solat:
Tengah rukuk kita letih zikir entah mana, sebab tu solat jika lambat buat cara lambat. Jnagan gesakan.
Solat tak boleh sandar.
Jangan pakai baju gambar bukan-bukan waktu solat. Haram.
Jangan berhenti sedekah.
Jauhkan was-was. Sellaukan baca surah 3 qul.
Lelaki kena suarakan suara amin masa berjemaah al-fatihah. Amin tu malaikat aminkan.
Faham maksud bacaan solat.
Tak boleh pergerakan lebih 3 kali.
Tak perlu samak atau was-was, jika tak nampak najis anjing atau tanda pada kereta kita beli daripada bukan islam.
Jangan was-was kalau tak nampak.
Jaga solat dan jaga hubungan dengan Tuhan nak elak sihir.
Musafir
Musafir bukan niat maksiat.
Dia musafir kalau nak buat solat sempurna boleh. Tapi ruksah dah ada buatlah ruksah.
Boleh musafir lebih 3 hari kena ada mahram. Perjalanan sekarang boleh dikata aman jadi ada pandang ulama kata selamat. Mahram ni untuk jaga wanita.
Kursus belajar atau kerja, kena ada mahram sejantina. Ikut zaman sekarang. Seeloknya tidak seorang diri.
Musafir lebih 3 hari tak boleh jamak kasar sejak hari pertama.
Hadis bekam dan buat bekam batal; shahih. Tapi Shafie terjumpa hadis lain membatalkan yang itu. Ada sebab musabab sebab dia belajar. Asal sohih mazhab shafie tak.
Bukan mudah buat hukum hakam. Kena belajar hadis, ijtimak.
Amalkan:
- Doa naik kenderaan.
- Doa abu darda. Baca 3 kali petang lepas subuh lepas asar. Jauh daripada azab besar. Rasulullah ajar.
Kita susah buat baik sebab dibantu syaitan dan nafsu. Tu jadi payah.
Surah An-Nisa: 101. Untuk Kafir harbi. Sebab mereka memang nak serang kita perlu jamak kasar. Tapi sebab jamak ni ruhsah boleh buat walaupun kita tak berdepan kafir begitu sebab ia ruhsah untuk musafir.
Ruhsah ni keringanan yang Allah sedekah kepada kamu.
Orang sakit yang boleh kena air kenakan. Yang berbalut tu tayamum.
Rukhsah nak kabo solat tu wajib. Islam itu mudah. Cacat pun boleh beramal dengan agama.
Dklinik hijrah
Adab berbicara.
Surah al hujurat 11.
- Wahai orang beriman jangan perli dan sindir. Mungkin dia lebih baik.
- Jangan menyatakan keaiban orang.
- Jangan panggil nama buruk ke orang.
Lihat gurauan ummu aiman dengan Nabi. Boleh kalau bergurau tapi dengan cara baik.
Bukan salah kita kalau orang terasa kita tulis bukan untuk dia. - Ustaz.
Jangan memperkatakan sesuatu yang bukan orang tu kata. Tidak bermoral. Penipuan akan bawa ke kerosakan hati. Niat baik tapi caranya tidak, tidak sampai.
Kalau orang emosi jangan tanyakan soalan berkaitan emosi dia. Tinggalkan sekejap.
Jika kemarahan reda semua akan reda.
--- Alam roh- alam rahim- dunia-kubur- mahsyar.
Ilmu itu cahaya. Hidayah. Dan cahaya itu pastinya tidak dapat kepada orang yang sebarangan.
Bagusnya media baru ia menarik golongan muda
Ramalan peperiksaan tak jejas akidah. Sekadar periksa.
Dalam menuntut ilmu, restu ibu penting. Namun ibubapa jangan paksa anak dalam bidang dia belajar. Sokong.
Air panas kemudian. Sejuk dulu untuk buka ruang roma.
Ada beza kepercayaan dengan kaedah. Macam Nabi bangun tidur basuh tangan. Tu tak libatkan kepercayaan tapi kaedah. Bersih.
Amalkan rukyah al-fatihah. Baca selalu surah 3 kul.
Orang mati berpisah dengan alam kita. Tak boleh balik.
**
Rumah tak ada kurma akan lapar.
3 biji. 1 tamar masa sahur / subuh. 3 jam kedua. Selepas zohor/ asar. Sebiji lagi masa petang.
Belajar di Malaysia dalam bidang ilmu agama mereka dapat memahami realiti negera tersebut.
Jangan putus berdoa.
Tiang seri tak mudarat apa.
Kita kena yakin kita kuat lebih daripada jin.
Lihat kemampuan anak.
Jin sama jalan makan hidup macam kita. Cuma ada yang boleh terbang.
Jaga ibadah wajib untuk jauhi gangguan.
Memandu dari hati.
Islam tak mementingkan diri.
Islam tak membahayakan.
Kalau boleh jangan susahkan orang. Fikirkan orang. Jika boleh tolong lagi bagus. Itu sikap Nabi.
Tidak bahaya dan tidak membahayakan.
Memandu ada konsep dosa pahala. Jangan bahayakan orang.
Rasa Allah melihat. Ada mahkamah akhirat.
Tanyalah ustaz 9/4
Nabi Muhammad lahir hari isnin rabiulawal sebab nak Nabi dilihat hebat bukan kerana hari atau tempat. Tapi sebab Nabi sendiri.
Masa dia lahir musim bunga dan berbuah. Menunjukkan Nabi ni akhlak baik dan bawa kebaikan pada rohani kita.
Syariah Nabi fleksibel. Tak tetapkan pakai apa asalkan tutup aurat.
Antara mukjizat Nabi, biawak cakap ke Nabi. Mengakui kerasulan depan arab badwi yang mempersoalkan. Sehingga beriman orang tu.
Tanyalah Ustaz 14/4
Kawan Sahabat Teman
Jauhkan munafik dan kawan yang tak bagi buat benda baik. Kawan yang suka melucah. Hanya berada di sisi ketika senang.
Bertemu dan berpisah kerana Allah akan dapat naungan.
Urusan dakwah lain dengan urusan berkawan. Mula kecil pilih kawan. Bukan sombong.
Tolong orang jangan biar dapat dosa.
Jangan kelaskan orang tapi duduklah dalam kelas sama-sama
Tiada hasad kecuali dua, yang bertaqwa.. Yang ada ilmu.
Dengki bahaya.
Im asyraf klinik dihijrah
7 syarat berpakaian:
Tutup aurat
Tak ketat
Tak terlalu nipis
Tak boleh pakaian silang jantina
Tak serupa agama lain
Merendahkan orang lain tak boleh
Sengaja berlebihan
Solat tahrim. Boleh kalau lupa hujung waktu atau waktu tak boleh. Tapi sunat biasa. Yang kita tentukan bila adalah tidak boleh.
Nota tentang histeria
Orang fobia ni sebab ada benda tak lepas dari hatinya.
Letak ais dekat saraf bahu untuk merawat.
Orang kena histeria ni mungkin tak lepas sesuatu dari hatinya. Ada tapak dan parut. Kena hafal ayat rukyah. Bukan baca. Mungkin ada gangguan.
Jangan pegang orang histeria. Tepuk belakang. Jangan pegang.
Syirik percaya benda lain. Bukan jumpa bomoh ja.
(Pemaaf) Dai Izhar. 20 April.
Tanda taubat diterima
Tak ulang
Tunaikan hak manusia
Istighfar selalu
*
Maafkan ketika hidup. Tak perlu tunggu 3 hari. Elakkan orang diazab kerana kita.
Pemaaf akan:
Sunnah Nabi
Dapat pahala
Selamat dunia selamat akhirat
Kalau tak pemaaf kita jadi penyebab orang masuk neraka.
Boleh jadi punca dilaknat. Dan mudah kena penyakit.
Berilah kemaafan selagi kita punya kemampuan. Supaya kita tak menjadi angkuh di muka bumi.
Kalau orang minta maaf, sunnah memaafkan. Tapi kalau orang tak memaafkan. Terang-terang minta maaf. Dia tak maafkan itu buat kita muhasabah dan fikir cara lain. Usaha.
Segala puji hanya bagi Allah.
***
Cenderung pada agama tidak akan saling menzalimi dan menyakiti. Akan cari solusi dalam keluarga.
Barang siapa tidak disibukkan dengan kebaikan, akan disibukkan dengan keburukan.
Harta yang banyak tetap saja perlu hemat. -Oki.
Ustaz Maulana kabo kalau mahu menegur lihat diri sebelum. Semasa dan selepas tegur.
***
(Ustaz Ilyas)
Jodoh, rezeki dan semua ni kita kena usaha. Tuhan tak lambatkan sesaat atau cepatkan sesaat.
Tiada kebetulan. Cuma yang ada hanya ketentuan.
Milik kita bukan kita punya.
Ada rezeki yang kita ambil manfaat. Ada juga haram.
Ilmu dan kemahiran boleh menarik rezeki.
Ada rezeki bukan bersifat nampak. Tidur nyenyak. Selera makan. Kesihatan.
Allah tak menciptakan manusia bodoh. Tapi Allah menciptakan manusia dengan kepandaian masing-masing.
Life is not to compete but to complete.
Hormat kerja orang. Hormat ilmu dan kemahiran masing-masing. Akan menjadi penyebab rezeki kita akan bertambah.
Kemahiran mendengar.
Kerja kerja juga. Jangan sampai lupakan Dia yang memberi kerja.
Allah sentiasa di hati.
Jangan sibuk mencari rezeki. Namun tak sempat menikmati rezeki.
Allah sangat cintakan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.
(Ustaz Badli)
Amalkan surah seribu dinar akan dapat rezeki tidak disangka-sangka.
- Syaratnya amalkan dengan bertakwa & bertawakal.
Perlu berserah.
"Ikatlah untamu. Kemudian bertawakal lah."
Duit hanya sebahagian daripada rezeki yang banyak. Sedekah bulan rejab berganda pahala. Syaaban lagi berganda. Ramadhan lagi banyak. Selalu belanja orang.
"Kalau kamu benar tawakal kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung."
Tarik duit tak dak kena mengena dengan tarik rezeki.
Ruzk daripada perkataan beras. Risk (riz).
Risiko terbesar tidak melakukan apa-apapun.
Semua anugerah adalah pemberian Allah. Tarik pada yang memegang rezeki. Minta pada dia yang pegang. Dia serba maha.
Janji Allah. Allah akan tepati. Kena sedekah untuk beranakkan duit. Tambah rezeki. Belanja orang.
Yang berjaya selalunya adalah morning person.
Nabi doakan siapa yang berpagi-pagi hari, akan diberkati rezeki.
*Lihat cicak. Tuhan tetapkan makanannya binatang yang boleh terbang. Dia boleh protes kalau dia nak. Tapi Tuhan adil beri dia lidah yang panjang. Itu menunjukkan keadilan Tuhan. Apatah lagi jika kita berusaha. Yakinlah. orang berusaha, pasti berjaya!
Rezeki dan peluang buat baik ni tak selalu ada. Jika dapat, elak bertangguh. Buatlah yang terbaik.
Jika kita memberi kita akan menerima. Bukan sahaja perkara baik di masa akan datang, tapi kita akan tenang dan berpahala, insyaAllah. Sedekahlah walaupun satu ringgit. Jika kekurangan daripada segi kewangan, ini antara alternatif yang ada.
• Sedekah dengan hati – Niat dengan ikhlas dalam hati jika ada rezeki mahu membantu orang , jika kaya dengan ilmu atau duit di masa akan datang seperti si polan , anda akan bersedekah demikian juga . – Dengan ini anda akan mendapat pahala juga.
• Sedekah dengan lisan – Berzikir , seperti tasbih , tahmid, tahlil dan takbir. Ucapan yang baik (alhadis) – memberi salam, mengajak kearah kebaikan , berlemah lembut . Itu juga sedekah.
• Sedekah dengan perbuatan - Senyuman . Solat (sedekah untuk diri sendiri ) . Puasa sunat . Solat Dhuha. Buang halangan yang ada di jalanan . Membersihkan masjid. Mendamaikan mereka yang bergaduh . Menunjukkan jalan orang buta . Memberi minuman kepada orang memerlukan. Mmeberi pinjam wang . Mengajarkan ilmu . Menanam pokok. Dan pelbagai lagi.
Cara mudah dapat pahala beterusan :
- Mewakafkan Al-Quran
- Menyumbang sesuatu yang beri manfaat
- Melibatkan diri dalam pembinaan islam
- Membina untuk kegunaan awam
- Tanam pokok
- Berkongsi ilmu
Sekian, itu antaranya jika mahu bersedekah. Sebenarnya sedekah ini jika memberi apa saja perkara baik kepada orang lain juga dikira sedekah. Semoga amalan kita semua diterima, insyaAllah.