Showing posts with label kuat. Show all posts
Showing posts with label kuat. Show all posts


Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah adalah rancangan penuh islamik, pengisian dan refleksi berepisod ditayangkan di channel 125; Astro Naura. Setiap episod menampilkan topik, perkongsian dan tetamu undangan yang berbeza. Quran Tag dalam rancangan ini bermaksud ada ayat al-Quran yang dibaca serta ditandakan pada episod tersebut yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.

Ustazah Liyana Musfirah Anwar sangat dikenali di Singapura; sering berkongsi ilmu al-Quran dengan ramai pengikutnya di media sosial. Ayesha Syahira yang juga pengacara pula adalah seorang yang selalu ingin berdakwah dan berkongsi kebaikan kepada orang ramai.

Kali ini saya ingin kongsikan video Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah ketika Siti Nordiana menjadi tetamu jemputannya.


- "Nak kebaikan pada anak Nana, Nana kena mulakan dari diri Nana dulu."

- Nana ada baca buku La Tahzan kawan bagi. Help me a lot.

Quran tagging pada episod kali ini: 

1. Surah at-Taubah ayat 40 - Allah sentiasa bersama kita
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - (Maksud At-Taubah 9:40)
2. Surah Yusuf ayat 87 - Jangan putus asa. Susah sekali macam mana pun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Nikmat ujian itu menjadikan kita pada hari ini.
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"."- (Maksud Yusuf 12:87)
3. Surah al-Balad ayat 4 - kesenangan juga ujian
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);" - (Maksud Al-Balad 90:4)
(+) Ayat 155-157, surah al-Baqarah:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."- (Maksud Ayat 155-157 surah al-Baqarah)
- Kita akan ditakutkan / uji atau kekurangan dengan kelaparan, rezeki, nyawa, harta. Bagi siapa yang sabar ada berita gembira.

- Kesulitan ini benda biasa. Ujian akan Allah bagi pelbagai bentuk. Akan ada berita gembira.
- Siapa terkena musibah: Sebut Inalillah wa inna ilaihi rojiun.
- Allah sentiasa bersama kita.
- Ujian kita besar, ada ujian orang lagi besar.

Bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW.  Dan Nabi-Nabi lain. Jika mereka doa saja Tuhan boleh tarik balik ujian, tapi mereka sabar. Sebab tahu jika sabar, dapat berita gembira.

Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah
Siti Nordiana Alias
Moga perkongsian melalui rancangan ini, bermanfaat. Insya-Allah.

Instagram Ayesha Syahira: https://www.instagram.com/ayeshasyahira/
Instagram Ustazah Liyana Musfirah: https://www.instagram.com/liyanamusfira/
Instagram Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana/

Pautan lain yang berkenaan:
- Instagram Naurashares
- http://www.surah.my
- https://www.beritaharian.sg


Kita semua tidak dapat mengelak daripada stress atau tekanan. Namun cara menanganinya perlu bijak supaya tidak memberi kesan buruk pada aktiviti harian dan  kesihatan kita. Menurut Saudara Ahmad Fadzli Yusof (dalam Majalah Solusi Isu 74), jika kita hadapi ujian hidup, kita perlu mahir mengendalikan stress atau tekanan itu. Antara tip praktikal yang beliau kongsikan:

Tips ketika berhadapan / menghadapi tekanan:

- Bertenang. Beri peluang otak berfikir. Ada perkara yang memang tak boleh diubah. Namun masa akan datang boleh diusahakan. 
- Cari pendengar yang baik. Elakkan mencari yang suka menyalahkan dan terusan menghukum.
- Larikan 'diri' daripada masalah buat seketika. Bukan lari terus! Cuma ambil masa untuk keluar daripada zon 'buntu" dan 'hilang punca'.
- Berdoa dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah ampunkan dosa kita dan memudahkan urusan kita.
- Belajar untuk lena.Tidur sebentar dapat menyegarkan kembali tubuh dan minda. Belajar untuk berehat.
- Kawal perasaan marah. Jika sedang berdiri, duduk. Tenangkan perasaan. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marahnya. Sabar dulu. Istighfar.
- Maafkan semua orang. Bersihkan hati. Insya-Allah akan lebih tenang.
- Beriadah dan sukan. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang membuatkan kita berasa riang dan seronok.
- Urutan ringan. Cuma perlu hati-hati. 

Tips tenang (Majalah Jom)
- Baca dan hayati al-Quran
- Bangun malam (Qiamulail)
- Selalu beristighfar
- Ingat akan hidup yang sementara
- Mendampingi orang soleh
- Tidak lupa berdoa

Tips jom cerdik emosi (Majalah Jom)
- Rehat yang cukup dan kualiti. (Berwuduk, tutup lampu, baca surah al-Mulk misalnya)
- Nutrisi dan gizi seimbang. Lebihkan protein dan serat berbanding karbohidrat dan makanan manis. Minum air masak ikut kesesuaian badan kita, secukupnya.
- Riadah. Amalkan senaman ringkas.
- Jangan lupa bernafas. Dapatkan cahaya matahari dan udara segar. Lepaskan tekanan anda!
- Ada aktiviti masa lapang. Jangan sampai tiadA masa untuk diri dan minat sendiri.

Sekian perkongsian, buatlah apa saja, asalkan Allah reda dengan kita. Sayang orang sayang juga, tapi sayang juga diri sendiri. hidup sementara sahaja, jadi manfaatkan dan bersederhanalah sebaiknya! Moga kita semua dipermudahkan. Insya-Allah. Tenang selalu...


Sebelum pergi terlalu jauh, kita sendiri / untuk kenal orang yang alami kena tahu perbezaan antara rasa bersedih (grief) atau rasa depresi (depression). Kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit. Clinical depression (major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama.

Kemurungan klinikal atau major depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat. Jangan memperlekehkan sakit orang dan untuk yang alami, jangan terlalu ambil mudah. Kena perlu sihat dan kuat untuk diri sendiri.

TANDA-TANDA PENYAKIT KEMURUNGAN (DEPRESI)

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
Moga kita berjumpa mereka yang boleh mendengar dan memberi cadangan yang sesuai dan betul. Insya-Allah. Apapun setiap sakit bergantung pada individu, dan cara mengubati adalah mengikut kesesuaian individu tersebut.


*****

MURUNG / DEPRESI, BUKAN GILA


Kemurungan bukan bermakna seseorang itu "gila." Kemurungan boleh dibantu dan dirawat. Marilah, dapatkan bantuan yang anda perlukan.

"Orang yang mempunyai kemurungan, biasanya cawan mereka lebih besar berbanding orang yang tidak mengalami kemurungan. Maka hak mereka untuk didengari dan difahami lebih daripada orang lain. Mereka memerlukan lebih banyak sokongan. Mereka memerlukan telinga yang mendengar dengan penuh sabar. Mereka memerlukan orang yang bersikap empati dan cuba memahami. Mereka memerlukan bahu yang sanggup menahan tangisan mereka hari demi hari. Mereka perlukan orang yang menerima mereka "unconditionally."


Insya-Allah, apabila cawan mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih berfikiran rasional, emosi mereka lebih stabil dan mereka pula lebih bersedia mendengar pandangan orang lain - atau memberi hak untuk didengari kepada orang lain - atau memenuhi cawan orang lain. Ketika ini, barulah waktu yang sesuai untuk orang lain memberikan kata-kata nasihat atau tazkirah. Anda DILARANG memberi nasihat atau tazkirah SEBELUM HAK MEREKA UNTUK DIDENGARI TELAH DIPENUHI." - Akif Basri, Clinical Psychologist


Depresi Dari Sudut Islam Bersama Ustaz Don:

*****

ADA MASALAH? LUAHKAN...
Cakap tentang hak untuk didengari, siapa yang boleh mendengar? 

Kalau nak bercakap dengan seseorang melalui telefon:
(jangan risau mereka tak tanya tentang kita secara detail pun, mereka akan mendengar betul-betul.)

The Befrienders
Befriender 24 hours hotline: 03-7956 8145
Email: sam@befrienders.org.my

Kuala Lumpur: 03-7956 8145 (24 hours)
Penang: 04-2815161 (3pm -12am Mon-Thu, 5pm - 11pm Sat-Sun)
Ipoh: 05-5477 933 (4pm-midnight)
Muar: 06-9520 313 (8pm-11pm)
Seremban: 06-7653588/89 (7pm-10pm)
Melaka: 06-2842 500 (7pm-midnight)
Johor Bahru: 07-3312 300 (4pm-midnight)
Kota Kinabalu: 088-255 788 (7pm-10pm)

Laman web:  The Befrienders
The Befrienders: 03-7956 8144/03-79568145

Atau rasa nak bunuh diri ( putus asa) pun boleh juga telefon The Befrienders ini.


Kalau nak pergi jumpa pakar psikologi / ahli terapi (untuk khidmat kaunseling macam mana nak hadapi masalah): 

-The Mind Faculty: 03-6203 0359 / 03-6203 0733
Kin and Kids: 0193390902 / 0193800902

Kalau nak pergi ke pusat yang menyediakan aktiviti dan khidmat pemulihan, juga kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mental illness.

- MENTARI Malaysia (mentari.hsel@gmail.com)
- Malaysian Mental Health Association: 03-7782 5499 / Kumpulan sokongan 
- Psychiatric Day Care Centre: 03-7949 2068

Kalau nak pergi jumpa pakar psikatri (untuk mendapatkan diagnosis atau ubat-ubatan):

Hospital Universiti Malaya: 03-7949 2068
Hospital Selayang: 03-6126 3333
Hospital Bahagia Ulu Kinta: 05-5532 3337
- Hospital Permai: 07-237 3333
- Hospital Sentosa: 082-612321

*****

Melalui #MEDTweetMy Dr. Kamarul Ariffin menjelaskan ada beza di antara kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression).

"Biasanya Clinical depression (major depression) berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras. Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa (mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Tidak wajar kita label orang yang murung klinikal sebagai orang yang lemah iman, tak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun boleh diserang kemurungan klinikal. Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah (contoh: solat / puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat / puasa. Jika ia masih berakal,maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh di kategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU. Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.
Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang 'clinical depression', boleh bertanya Pakar Perunding Kanan Psikiatris #MedTweetMY iaitu Dr Amer Siddiq (@DrAmerSiddiqPsy). MedTweetMY Sedia Membantu."

*****

CARA MEMBANTU INSAN TERSAYANG YANG DEPRESS:

Melalui perkongsian Bekas Pesakit (di: http://iiumc.com/). Terima kasih untuk beliau di atas perkongsian yang bagus ini.

1. Cari info tentang Depression
"Kalau betul-betul nak bantu, fahamkan diri tentang depression bukan setakat apa & mengapa, tapi fokus lebih sikit dekat BAGAIMANA NAK BANTU dengan betul. Yang nak membantu pun, kena set mindset kita untuk BERSEDIA UNTUK LEBIH MEMAHAMI."

2. Bantu dari sudut kehidupan harian.
"Apa jua aktiviti seharian yang kita nak minta dia buat, ajak dengan baik setiap hari, ambil aktiviti yang mudah-mudah dulu & jangan paksa".

3. Komunikasi yang berterusan
"Jangan cepat mengalah bila mereka tak nak jumpa / tak nak cerita. Jangan push untuk mereka bercerita. Bila berjumpa, cukup kalau kita bercerita hal-hal yang biasa. Cerita pasal weather, movie, apa-apa yang dia suka. Teruskan berkomunikasi macam biasa, tapi jangan la over pi gossip pasal jiran sebelah pula. Ini menambah negativity, sakit kepala dia dengar. Berpada-pada &; sekali sekala tanya juga kalau dia perlukan bantuan apa-apa."

4. Faham bahawa setiap orang adalah berbeza.
"Bila kita cari info tentang fighting depression, ada yang syorkan cara barat (exercise, makan makanan berkhasiat ), pengambilan supplement, perubatan islam, group therapy dan sebagainya.

Pengalaman sendiri (bekas pesakit yang menulis ini), saya menjalani kesemua yang di atas tetapi bukan semua mempunyai efek yang baik untuk saya. Ada yang berkesan tetapi sekejap, ada yang lagi tambah kekosongan jiwa saya. Saranan saya, kenal dahulu personaliti asal orang yang sedang depressed itu, supaya kita tahu cara mana yang lebih sesuai."

5. Be supportive & tidak judgemental
Di sini, amatlah penting, utk caretaker bersikap LAPANG DADA, respect & support keputusan pesakit. Mungkin sekarang dia rasa tak selesa, tapi mungkin ok pada masa akan datang, siapa yang tahu?

Instead of cakap-cakap yang menyuruh begitu & begini, apa kata kita ubah sikit:

”Saya selalu doakan awak, diberi kekuatan sebab saya tahu Allah sayang awak, & saya tahu awak sebenarnya kuat.”
“Kalau awak nak try, jom kita join usrah sama-sama. Mana tau we will find something new.
“Jom kita sama-sama try something new. Jalan-jalan depan tu je. Hari ni 5 minit je. ”
“If u need help, nak luah perasaan, i’ll always be here.”

Bacaan lain: 5 rakyat Malaysia kongsi cerita pengalaman hadapi gangguan mental
*****





Moga kita semua menjumpai jalan terbaik untuk lebih sihat dan gembira. Semoga semuanya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Insya-Allah. Ameen.
Kita semua diciptakan bukan saja-saja, ada sebab dan kelebihan tersendiri, dan kita semua adalah pejuang (fighter)! Love yourself first and love everyone too. Take care and stay strong! ❤
SEKALI LAGI, KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN ADA TANDA ATAU MEMERLUKAN PENDENGAR / BANTUAN SILA HUBUNGI NOMBOR / PERGI KE TEMPAT YANG TERTULIS DALAM ARTIKEL INI, RUJUKLAH KEPADA MEREKA YANG PAKAR DAN BERSEDIA MEMBANTU. BANTU MEREKA DENGAN MEMBANTU DIRI ANDA.  MOGA DIPERMUDAHKAN.


Untuk bacaan:




Setelah berkongsikan lirik Pejamkan mata sebelum ini dan mendapatkan Album Malique: TKO: Pejamkan Mata, saya ingin berkongsi sebuah lagu sedih yang terkandung dalam album ini: - Bukan Mudah tajuknya. Malique ft dengan Nukilan. 

[Antara petikan Review album TKO: Pejamkan Mata: Ibnor Syafiq (melalui TheVocket.com)]

“Bukan Mudah” merupakan pertaruhan ketiga Malique berkolaborasi bersama Nukilan selepas kejayaan lagu “Rindu” dan “Aduh Neng” pada tahun 2015. Lagu ini secara rumusannya, mengisahkan turun naik perjalanan karier seni beliau sendiri setelah memilih untuk bergerak secara solo sejak 2007.
Perit jerihnya menghadapi dugaan industri seni yang beronak duri digambarkan dalam lirik ini dan bagaimana beliau menangkis semua itu dengan kecekalan, semangat dan usaha yang tidak henti. Melalui lagu ini beliau mendefinisikan untuk berjaya itu bukannya mudah dan walau apa pun yang menghalang, jangan sesekali lemah dan berputus asa walau pernah gagal beberapa kali.
Lirik yang dititipkan sangat sesuai dijadikan pesanan dan nasihat untuk mereka yang masih hijau didalam industri seni tanahair menerusi lagu “Bukan Mudah” ini. Bait lirik korus yang diulang-ulang dalam lagu ini jelas mengungkapkan keadaan Malique setelah tidak lagi bersama Joe Flizzow apabila memilih untuk tampil solo.

“Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.” 

Pendapat / review di atas ini adalah pandangan peribadi. Mungkin anda yang mendengar lagu ini ada definisi tersendiri. Seperti lagu Pejamkan mata juga, sukar untuk mencari video lagu ini kerana dilindungi hakcipta. Namun saya kongsikan cover oleh Alep Farhan. Jom kita dengarkan!



LIRIK BUKAN MUDAH: MALIQUE FT NUKILAN

[Chorus - Kelana]
Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.

[Agenda]
Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong,
Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong,
Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong,
Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong,
Kadang terkena pedang bermata dua kurebah,
Sedang terleka pandang permata disengat lebah,
Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah,
Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah,
Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu,
Resah harianku telan ubi berkipas bayu,
Bangkit hadap mentari biar terik ku tak layu,
Berlari kerah lagi selagi ku dirgahayu,

Tiada yang ringan dalam hal yang dititik-beratkan,
Tekanan, perjalanan jadi pengalaman beratkan,
Bermula dari angan bergiat sampai ke tua,
Masih terngiang suara ibu membisik petua.

[Chorus - Kelana]

[Zizi Kirana]
Berjaya melangkah pagar kawat berduri,
Percaya, adakah hidup ini berjuri?
Sentiasa dihakim, dihukum darah sendiri,
Berjasa pun dihakim, dihukum jasa dicuri,
Bersuara lantang ku tiada cara dipertengah,
Berdiri tegak aku nak diendah hingga megah,
Berdiam diri pula dibakar hati disergah,
Menyiram benih cita nak bercambah bukan mudah,
Ke langit tidak sampai ke bumi tidak terpijak,
Sesak nafas tergapai, maka tangkis dengan bijak,
Mana langit kujunjung di situ bumi kupijak,
Usaha yang kan usung pergerakan harus bijak,
Bersedia di zahir mahirkan dari dirantai
usah endah yang diraptai gusar hilang nak bersantai,
Rujuklah awal akhir sebelum merempuh badai,
Demi yang menanti jangan sekali maruah digadai.

[Chorus - Kelana]

[Malique]
Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan,
Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang,
Dari putih mata, biar putus tunjang, putih tulang,
Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram,
Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang,
Tukar orientasi, modifikasi modus operandi,
Digantikan cogan, gantikan slogan, hidup lataif nan mati,
Diasahkan taji, kibarkan panji-panji, ingati janji-janji,
Serikandi masih menanti-nanti di menara candi...

Ya, menara candi.
Masih menantikanmu di menara candi

(Chorus: Kelana)

(Outro: Malique)
Damba domba putih atau domba emas jati,
Hanya satu punya sakti tikam hati-hati
Patah-patah yang bercambah menambah risiko
Muncul kemenangan bila terhapusnya ego.

*****


Saya mula tertarik dengan lagu baru Aris Ariwatan "Jangan Menangis Habibah" ini ketika dia menceritakan ilham dia menulis liriknya. Lagu ini dicipta khas untuk kakak beliau yang sedang berlawan dengan penyakit kanser. Dengan segala pengorbanan dan kepayahan akaknya untuk bangkit, dia mendendangkan lagu ini dan hati kakaknya tersentuh. Jadi kini dia mahu pula berkongsi lagu tersebut kepada wanita lain, untuk terus bersemangat (kakaknya kini semakin sihat, untuk semuanya kita doakan agar beliau terus kuat.)

*Aris Ariwatan merupakan seorang penyanyi lelaki popular tahun 90-an yang terkenal dengan lagu-lagu yang memiliki kekuatan syair dan mesej seperti Lamunan Terhenti, 1 2 3 4, Cinta Tak Kenal Siapa, dan Permaidani.


Lirik Lagu Jangan Menangis Habibah.

Kemari sini Habibah
Lepaskan gundah gulana
Izinkanku mendengar
Resah jangan terus dibiar

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnyahebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah





Download Lagu http://smarturl.it/JgnMenangisHabibah
Maxis : Type *131*523638# and press call/send
DiGi: Type*233*1514093# press CALL
Celcom: Type *888*262759# and press call/send
u-mobile: Type CRM 5450409 to 28383

iTunes:http://smarturl.it/JgnMenangisHabibah
Spotify: https://play.spotify.com/album/2qxIRyuOFDpG3tV6LDdiMm
Deezer: http://www.deezer.com/album/12944822
KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/r1y--0jTBq.89D0Fts6X0091-index.html

*****

Facebook Aris Ariwatan: Facebook Aris Ariwatan

SAYA TUJUKAN LAGU INI UNTUK SEMUA JUGA.
SELAMAT MENDENGAR! TERIMA KASIH. :)






Apabila melihat orang terdekat kita jatuh, dengan segera kita ingin membalut lukanya. Biar segera sembuh. Jika dia sedih, tidak mengapa jika kita menjadi badutnya. Jika dia resah, kita ingin segera menjadi penenangnya. Biar dia tidak lagi risau. Jika dia kehilangan sesuatu, kita mahu sahaja menggantikan atau paling tidak mengisi kekosongan tersebut.

Bukan mahu menjadi hero, cuma apabila dia sakit, kita seolah merasa sama. Tapi kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu untuk berdoa dan membantu satu dua perkara. Mungkin untuk membuat dia senyum pun kita masih tercari-cari cara.

Kita cuma mahu dia tahu dalam dunia ini, dia hidup bukan seorang.
Ini bukan tentang awak awak, saya-saya. Tapi ini tentang sama-sama.

Kuat selalu! Moga yang baik-baik untuk kita semua, insya-Allah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - [3:139]

*Percayalah, awak masih ramai lagi yang sayang dan ada perkara lebih baik yang akan datang! Have faith! :)



*Sumber: gambar




Setakat ini sedikit karya saya dan kawan-kawan (kawan-kawan saya semua power power menulis woah!) ada dalam buku himpunan puisi:  Pelacur Kata keluaran Press Aku dan buku Seratus Mulut dan Halusinasi , terbitan Bukstor. Terdahulu ada kolaborasi puisi & cerpen dengan beberapa orang sahabat twitter untuk zine #Rabak .

Untuk yang hilang dan mencari diri, Nah!

Ke hadapan hati jatuh

Menemui sekeping hati yang sudah lama sakit,
kamu ingat aku lagi ?
Jiwa indah semalam yang pernah bermalam 
dan duduk sehari dua di teratak dada kamu?

Kamu pernah kata pada aku dulu,
biar satu dunia tidak memaknakan kamu ,
biar satu dunia memuntah kata keras pada dinding laman kamu,
kamu terbias kan,
kamu kata kamu ada baju kalis rasa ,
semua mereka beri, akan dipercik semula pada wajah gelap mereka.

Tapi kini aku lihat, kamu hilang .
Kamu diam dalam keramaian orang sedang melihat kamu.
Kamu sudah mula jatuh , duduk dalam sendu
yang aku sendiri tidak mampu untuk meramalnya.

Dan kamu kenapa?
Kamu sudah tidak kenal aku.
Mata kamu sudah mula kelabu.
Ingatan kamu seakan sudah kelam .
Yang kamu nampak hanya bebayang.

Sunyi kini tempat kamu.
Tak semeriah dulu.
Dulu, tempat ini , penuh rasa suka, banyak suara membangkit rasa,
kini yang tinggal hati perit yang seakan tidak mahu bangkit.

Hei, betulkah kau dah tak ingat aku?
Ini akulah , aku ! Jiwa indah kamu semalam,
Yang sama-sama ketawa walau dalam duka lara,

Hei, kamu!
Marilah mari , bangun! Peluk aku semula.


Terima kasih pada semua yang selesa dengan apa yang pernah dibaca tentang sesuatu yang saya tulis. Moga kalian semua sentiasa diberkati dunia akhirat, insyaallah :)


*Klik pada link dalam penulisan di atas , untuk sebarang pertanyaan.


Saya walau ada dirasa indahnya - tetap suatu pernah .
Saya walau bagus bagaimana pun  - itu hanya kisah lalu.
Tetap cerita dahulu.

Kenangan sudah namanya kenangan tetap hanya tinggal kenangan .
Jodoh tak berpanjangan pastinya ia di namakan dugaan .
Khilafnya biar kami sama-sama simpan.
Ditakdirkan bertemu muka,biar masih lagi sebagai kawan - doakan.

Namun walau bagaimana pun keadaan  - tetap hidup harus diteruskan .
Doakan kami sama-sama bahagia walau telah berbeza haluan .
Jangan kaitkan saya lagi dengan dia, biar dia - dia ada hidupnya.

Apapun saya sayang semua kawan-kawan saya .
Terima kasih semua kerana selalu ada .
Semoga ALLAH permudahkan kalian di akhirat dan juga di dunia.

Cukuplah keluarga, kalian dan ALLAH itu masih ada dengan saya.
CUKUP.

Alhamdulillah .



Coretan Gadis Lazuardi, 29 Julai, 2013 .









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top