Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.



Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental - Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.


"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"

"HENTIKAN STIGMA"


Sumber:

https://x.com/KKMPutrajaya/status/1837758178182025422?s=19


Kita semua tidak dapat mengelak daripada stress atau tekanan. Namun cara menanganinya perlu bijak supaya tidak memberi kesan buruk pada aktiviti harian dan  kesihatan kita. Menurut Saudara Ahmad Fadzli Yusof (dalam Majalah Solusi Isu 74), jika kita hadapi ujian hidup, kita perlu mahir mengendalikan stress atau tekanan itu. Antara tip praktikal yang beliau kongsikan:

Tips ketika berhadapan / menghadapi tekanan:

- Bertenang. Beri peluang otak berfikir. Ada perkara yang memang tak boleh diubah. Namun masa akan datang boleh diusahakan. 
- Cari pendengar yang baik. Elakkan mencari yang suka menyalahkan dan terusan menghukum.
- Larikan 'diri' daripada masalah buat seketika. Bukan lari terus! Cuma ambil masa untuk keluar daripada zon 'buntu" dan 'hilang punca'.
- Berdoa dan istighfar. Dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah ampunkan dosa kita dan memudahkan urusan kita.
- Belajar untuk lena.Tidur sebentar dapat menyegarkan kembali tubuh dan minda. Belajar untuk berehat.
- Kawal perasaan marah. Jika sedang berdiri, duduk. Tenangkan perasaan. Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan marahnya. Sabar dulu. Istighfar.
- Maafkan semua orang. Bersihkan hati. Insya-Allah akan lebih tenang.
- Beriadah dan sukan. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang membuatkan kita berasa riang dan seronok.
- Urutan ringan. Cuma perlu hati-hati. 

Tips tenang (Majalah Jom)
- Baca dan hayati al-Quran
- Bangun malam (Qiamulail)
- Selalu beristighfar
- Ingat akan hidup yang sementara
- Mendampingi orang soleh
- Tidak lupa berdoa

Tips jom cerdik emosi (Majalah Jom)
- Rehat yang cukup dan kualiti. (Berwuduk, tutup lampu, baca surah al-Mulk misalnya)
- Nutrisi dan gizi seimbang. Lebihkan protein dan serat berbanding karbohidrat dan makanan manis. Minum air masak ikut kesesuaian badan kita, secukupnya.
- Riadah. Amalkan senaman ringkas.
- Jangan lupa bernafas. Dapatkan cahaya matahari dan udara segar. Lepaskan tekanan anda!
- Ada aktiviti masa lapang. Jangan sampai tiadA masa untuk diri dan minat sendiri.

Sekian perkongsian, buatlah apa saja, asalkan Allah reda dengan kita. Sayang orang sayang juga, tapi sayang juga diri sendiri. hidup sementara sahaja, jadi manfaatkan dan bersederhanalah sebaiknya! Moga kita semua dipermudahkan. Insya-Allah. Tenang selalu...


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Februari 2018. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Al-Kulliyyah: Hijrahmu menuju Apa? - Ustaz Ebit Lew

  • "Bila kita balik pada Allah. Hati kita akan tenang dan bahagia."
  • "Bagaimanapun kita, Allah terima kita, soalnya kita nak kembali ke tak kepada Allah?"
  • "Dekat dengan Allah, Allah beri keampunan. Akan dimudahkan rezeki dia."
  • "Kita kena gembira jika orang nak berubah. Sikit-sikit, tak apa. Maksudnya dakwah sedang berjalan."
  • "Nak istiqamah jadi baik:

- Kena sentiasa bertaubat (setiap kali buat salah, cepat-cepat bertaubat). Minta ampun.
- Jangan tinggalkan dakwah. Jangan takut kongsi kebaikan.
- Apa amal dapat buat syukur, apa amal tak dapat buat amal istighfar.

  • Orang beriman, cepat-cepat ganti solat jika tertinggal. Cepat-cepat minta maaf.
  • Saya sedang nasihat diri saya.
  • Orang islam pun kena berhijrah, jadi lebih baik.
  • Kemuncak sedih dalam hidup kita apabila kita sangka buruk pada sekeliling kita. Kita rasa semua nak bergaduh dengan kita.
  • Kemuncak bahagia apabila kita sangka baik dengan sekeliling. Sangka baik dengan Allah.
  • Moga kita meninggal dalam keadaan Allah redha dengan kita.
Doa berlindung daripada syirik. 3 kali pagi dan 3 kali petang.

Sumber: @bingkaidakwah

  • Lagi cepat betulkan niat, lagi cepat kita bahagia.
  • Kenapa dalam berhijrah kita kecewa, sebab kita buat untuk orang.
  • Paling nikmat dapat mengenal Allah.
  • Yang beri kebaikan, pahala untuk kita adalah Allah. Buatlah untuk Allah sayang.
  • Syarat doa diterima rasa rendah hati. Minta, dalam keadaan kita rasa kita tak ada apa-apa.
  • Jaga solat, solat di awal waktu.
  • Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.
  • Akhlak adalah perkara yang sangat besar. Nak berhijrah, tinggalkan perkataan yang kasar dan menyakitkan hati orang.
  • Jadi lebih baik untuk Allah sayang.
  • Berusaha untuk perbaiki diri. Buat baik dengan mak ayah. Doa untuk kita semua dekat dengan Allah.
**
"Tiada yang lebih indah melainkan kembali kepada Allah." - Ustazah Fatimah Syarha.

**
"Lepaskan orang daripada kesusahan untuk dilepaskan daripada kesusahan. Kalau orang susah jangan dilihat saja." - Ustaz Zaidi (Hadis 40).

**

"Tak apalah jika sakit sedikit untuk Allah sayang." - Ustaz Ebit.

**

Azam al-Kankari (Tanyalah Ustaz) - Memberi dengan gembira.

5s untuk hidup mewah
- Solat
- Sedekah
- Sabar (Apapun ujian)
- Sentiasa ingat mati (Apa kita infak, itulah kita bawa)
- Senyum (magnet rezeki)

**Moga Allah berkati kita semua.

Tanyalah Ustaz - Ustaz Ravi (Syurga di wajahmu)

  • Tetaplah buat baik pada ibu ayah walaupun berbeza agama. Selagi tidak buat perkara salah di sisi syarak.
  • Bermaafan-maafan. Maafkan ibu ayah kita.
  • Ibu bapa pun perlu istighfar. Muhasabah.
  • Jika hari ini kita baik pada ibu ayah kita, Tuhan akan murahkan rezeki kita dan berikan kita anak yang taat kelak. Insya-Allah.
  • Tiada perkara yang paling baik melainkan buat baik pada ibu bapa."


**

"Kenapa kita dah buat ibadah tetap rasa tak tenang? Itu tanda / signal kita kena check sandaran kita. Rezeki misalnya, buat apa nak takut hilang rezeki jika kita bergantung pada Yang Maha Kaya. Kita akan tenang jika Allah yang jadi sandaran kita. Tempat kita bergantung dan berharap."

- Norhafizah Musa, (Rahsia Terindah, Astro Oasis)

**

“Bila ada iman dan taqwa, Allah akan aturkan rezeki, keselamatan untuk kita. Jangan risaulah..” - Allahyarham Haji Azmil Mustapha.

**

Jangan mengata: (Oasis, Tazkirah Malam Jumaat)

 - Boleh tonton video rancangan Tazkirah Malam Jumaat episod ini di: Salam Muslim

  • Doakan kebaikan orang.
  • Hati-hati.
  • Bersederhana
  • Jangan mudah berkata pada orang lain. Merenung diri.

/

"Kita ini tak kuat, Tuan Puan. Kita ada ilmu bagaimanapun kita ini tak kuat. Semua berlaku dengan izin Allah. Kita ini tak berdaya. Selalulah doa, Tuan Puan. Minta pertolongan Dia."

- Ustazah Norhafizah Musa.

Dr. muhaya. Ikim FM - Kenapa stress?

  • Kita ajar anak-anak tauhid. Bergantung pada Allah.
  • Kita kena sabar dan syukur.
  • Rezeki itu rahmat Allah.
  • Umur itu keberkatan. Durasi itu panjang.
  • Beri manfaat. Rugi masa.
  • Semua penyakit ubatnya taubat.
  • Orang tenang sentiasa menang.
  • Ibadah diterima. Lembut akhlak kita.
  • Indahnya ketenangan.

Abang Nak Tegur (Oasis, Tazkirah Malam Jumaat)

  • Lepas kahwin kita akan lihat banyak keburukan, tu syaitan.
  • Kita mesti sedih jika tak dapat bawa ahli keluarga masuk syurga.

IM Ashraf

  • Bertunang itu sunnah
  • Kena pandang muka bakal pasangan
  • Tapi lama mana nak pandang
  • Allah cukupkan rezeki kamu.
  • Nikah itu sunnah.
  • Simpan duit sikit. Usaha.

Ustaz Shah:

  • Nak kahwin cita-cita kena besar.
  • Kahwin ini kenal pasangan. Mendampingi pasangan
  • Kena belajar menangani mertua.
  • Serah hati bukan lidah saja (kata sayang tapi...)
  • Belajar melalui pengalaman.
  • Ilmu kena ada.
  • Mudahkan bukan murahkan.
  • Tak ada ketaatan kepada makhluk. Apatah lagi jika dia buat benda yang jauh daripada agama.

NLKO

Baca surah ar-Ra'du basuh pada anggota wuduk. Saka baka ni takut surah ni.

PerakFM

  • Ustaz kata goodies ni hadiah. Sebab sedekah ini untuk orang susah. Tak apa dalam bentuk apa, yang penting ikhlas. Jika boleh jangan dibezakan sehingga terasa hati.
  • Boleh buat solat qabliah dan sebelum subuh jika banyak masa. Buat dedua.
  • Boleh perempuan islam dan bukan bersentuh.
Alhidayah.

  • Kalau kita nak nasihat bukan sebab nak dakwah ke orang, tapi ke diri kita.
  • Ulama pula dia terlalu seronok cerita tentang Allah dan Rasul sampai tak boleh tutup mulut dia. Masya-Allah.
  • Kita tak ada apa. Kita cuma ada harapan. Harapan orang soleh tak sama. Humble.
  • Pelik jika orang islam tak buat baik dengan ibu.
  • Taufik ini mahal. Taufik ini kita rasa nak buat. Hidayah ini kesedaran.
  • "Wujudkah 'nanti', jika kita masih hidup dengan amalan sekarang?"
- Azan Addin (Ruffedge).
#Alhidayah

//

Ikhlas dan Redha (Tanyalah Ustaz)



*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.



Sebelum pergi terlalu jauh, kita sendiri / untuk kenal orang yang alami kena tahu perbezaan antara rasa bersedih (grief) atau rasa depresi (depression). Kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit. Clinical depression (major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama.

Kemurungan klinikal atau major depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat. Jangan memperlekehkan sakit orang dan untuk yang alami, jangan terlalu ambil mudah. Kena perlu sihat dan kuat untuk diri sendiri.

TANDA-TANDA PENYAKIT KEMURUNGAN (DEPRESI)

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.
3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
Moga kita berjumpa mereka yang boleh mendengar dan memberi cadangan yang sesuai dan betul. Insya-Allah. Apapun setiap sakit bergantung pada individu, dan cara mengubati adalah mengikut kesesuaian individu tersebut.


*****

MURUNG / DEPRESI, BUKAN GILA


Kemurungan bukan bermakna seseorang itu "gila." Kemurungan boleh dibantu dan dirawat. Marilah, dapatkan bantuan yang anda perlukan.

"Orang yang mempunyai kemurungan, biasanya cawan mereka lebih besar berbanding orang yang tidak mengalami kemurungan. Maka hak mereka untuk didengari dan difahami lebih daripada orang lain. Mereka memerlukan lebih banyak sokongan. Mereka memerlukan telinga yang mendengar dengan penuh sabar. Mereka memerlukan orang yang bersikap empati dan cuba memahami. Mereka memerlukan bahu yang sanggup menahan tangisan mereka hari demi hari. Mereka perlukan orang yang menerima mereka "unconditionally."


Insya-Allah, apabila cawan mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih berfikiran rasional, emosi mereka lebih stabil dan mereka pula lebih bersedia mendengar pandangan orang lain - atau memberi hak untuk didengari kepada orang lain - atau memenuhi cawan orang lain. Ketika ini, barulah waktu yang sesuai untuk orang lain memberikan kata-kata nasihat atau tazkirah. Anda DILARANG memberi nasihat atau tazkirah SEBELUM HAK MEREKA UNTUK DIDENGARI TELAH DIPENUHI." - Akif Basri, Clinical Psychologist


Depresi Dari Sudut Islam Bersama Ustaz Don:

*****

ADA MASALAH? LUAHKAN...
Cakap tentang hak untuk didengari, siapa yang boleh mendengar? 

Kalau nak bercakap dengan seseorang melalui telefon:
(jangan risau mereka tak tanya tentang kita secara detail pun, mereka akan mendengar betul-betul.)

The Befrienders
Befriender 24 hours hotline: 03-7956 8145
Email: sam@befrienders.org.my

Kuala Lumpur: 03-7956 8145 (24 hours)
Penang: 04-2815161 (3pm -12am Mon-Thu, 5pm - 11pm Sat-Sun)
Ipoh: 05-5477 933 (4pm-midnight)
Muar: 06-9520 313 (8pm-11pm)
Seremban: 06-7653588/89 (7pm-10pm)
Melaka: 06-2842 500 (7pm-midnight)
Johor Bahru: 07-3312 300 (4pm-midnight)
Kota Kinabalu: 088-255 788 (7pm-10pm)

Laman web:  The Befrienders
The Befrienders: 03-7956 8144/03-79568145

Atau rasa nak bunuh diri ( putus asa) pun boleh juga telefon The Befrienders ini.


Kalau nak pergi jumpa pakar psikologi / ahli terapi (untuk khidmat kaunseling macam mana nak hadapi masalah): 

-The Mind Faculty: 03-6203 0359 / 03-6203 0733
Kin and Kids: 0193390902 / 0193800902

Kalau nak pergi ke pusat yang menyediakan aktiviti dan khidmat pemulihan, juga kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mental illness.

- MENTARI Malaysia (mentari.hsel@gmail.com)
- Malaysian Mental Health Association: 03-7782 5499 / Kumpulan sokongan 
- Psychiatric Day Care Centre: 03-7949 2068

Kalau nak pergi jumpa pakar psikatri (untuk mendapatkan diagnosis atau ubat-ubatan):

Hospital Universiti Malaya: 03-7949 2068
Hospital Selayang: 03-6126 3333
Hospital Bahagia Ulu Kinta: 05-5532 3337
- Hospital Permai: 07-237 3333
- Hospital Sentosa: 082-612321

*****

Melalui #MEDTweetMy Dr. Kamarul Ariffin menjelaskan ada beza di antara kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression).

"Biasanya Clinical depression (major depression) berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras. Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa (mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Tidak wajar kita label orang yang murung klinikal sebagai orang yang lemah iman, tak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun boleh diserang kemurungan klinikal. Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah (contoh: solat / puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat / puasa. Jika ia masih berakal,maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh di kategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU. Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.
Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.
Jika ada sebarang pertanyaan tentang 'clinical depression', boleh bertanya Pakar Perunding Kanan Psikiatris #MedTweetMY iaitu Dr Amer Siddiq (@DrAmerSiddiqPsy). MedTweetMY Sedia Membantu."

*****

CARA MEMBANTU INSAN TERSAYANG YANG DEPRESS:

Melalui perkongsian Bekas Pesakit (di: http://iiumc.com/). Terima kasih untuk beliau di atas perkongsian yang bagus ini.

1. Cari info tentang Depression
"Kalau betul-betul nak bantu, fahamkan diri tentang depression bukan setakat apa & mengapa, tapi fokus lebih sikit dekat BAGAIMANA NAK BANTU dengan betul. Yang nak membantu pun, kena set mindset kita untuk BERSEDIA UNTUK LEBIH MEMAHAMI."

2. Bantu dari sudut kehidupan harian.
"Apa jua aktiviti seharian yang kita nak minta dia buat, ajak dengan baik setiap hari, ambil aktiviti yang mudah-mudah dulu & jangan paksa".

3. Komunikasi yang berterusan
"Jangan cepat mengalah bila mereka tak nak jumpa / tak nak cerita. Jangan push untuk mereka bercerita. Bila berjumpa, cukup kalau kita bercerita hal-hal yang biasa. Cerita pasal weather, movie, apa-apa yang dia suka. Teruskan berkomunikasi macam biasa, tapi jangan la over pi gossip pasal jiran sebelah pula. Ini menambah negativity, sakit kepala dia dengar. Berpada-pada &; sekali sekala tanya juga kalau dia perlukan bantuan apa-apa."

4. Faham bahawa setiap orang adalah berbeza.
"Bila kita cari info tentang fighting depression, ada yang syorkan cara barat (exercise, makan makanan berkhasiat ), pengambilan supplement, perubatan islam, group therapy dan sebagainya.

Pengalaman sendiri (bekas pesakit yang menulis ini), saya menjalani kesemua yang di atas tetapi bukan semua mempunyai efek yang baik untuk saya. Ada yang berkesan tetapi sekejap, ada yang lagi tambah kekosongan jiwa saya. Saranan saya, kenal dahulu personaliti asal orang yang sedang depressed itu, supaya kita tahu cara mana yang lebih sesuai."

5. Be supportive & tidak judgemental
Di sini, amatlah penting, utk caretaker bersikap LAPANG DADA, respect & support keputusan pesakit. Mungkin sekarang dia rasa tak selesa, tapi mungkin ok pada masa akan datang, siapa yang tahu?

Instead of cakap-cakap yang menyuruh begitu & begini, apa kata kita ubah sikit:

”Saya selalu doakan awak, diberi kekuatan sebab saya tahu Allah sayang awak, & saya tahu awak sebenarnya kuat.”
“Kalau awak nak try, jom kita join usrah sama-sama. Mana tau we will find something new.
“Jom kita sama-sama try something new. Jalan-jalan depan tu je. Hari ni 5 minit je. ”
“If u need help, nak luah perasaan, i’ll always be here.”

Bacaan lain: 5 rakyat Malaysia kongsi cerita pengalaman hadapi gangguan mental
*****





Moga kita semua menjumpai jalan terbaik untuk lebih sihat dan gembira. Semoga semuanya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Insya-Allah. Ameen.
Kita semua diciptakan bukan saja-saja, ada sebab dan kelebihan tersendiri, dan kita semua adalah pejuang (fighter)! Love yourself first and love everyone too. Take care and stay strong! ❤
SEKALI LAGI, KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN ADA TANDA ATAU MEMERLUKAN PENDENGAR / BANTUAN SILA HUBUNGI NOMBOR / PERGI KE TEMPAT YANG TERTULIS DALAM ARTIKEL INI, RUJUKLAH KEPADA MEREKA YANG PAKAR DAN BERSEDIA MEMBANTU. BANTU MEREKA DENGAN MEMBANTU DIRI ANDA.  MOGA DIPERMUDAHKAN.


Untuk bacaan:










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top