Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

 


Selepas berehat 15 tahun, pada Ahad, 9 Februari -  Marygrace (24 tahun berasal dari Keningau, Sabah) telah dinobatkan sebagai Juara pada Finale Calpis Soda One In A Million (OIAM) 2025. Pertandingan ini telah diadakah selama 8 minggu.


Finalis lain yang bertanding adalah:-

2 - Kai Deva , 23 (Ipoh, Perak)

3 - Jimi, 22 (Nibong Tebal, Pulau Pinang)

4 - Zazleen, 38 (Kuala Lumpur)

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000, dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia. 



Selain peserta yang bertanding, malam akhir (finale) juga menyaksikan persembahan penuh magis daripada Dato Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Ella Aminuddin & juri undangan Nicholas Saputra dari Indonesia.

Rancangan ini di-hostkan oleh 2 orang pengacara yang sedang meningkat naik; Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, manakala juri tetapnya adalah Dato Yusry, Ziana Zain dan Cakra Khan dari Indonesia.

Semoga maju jaya dengan single (lagu baru) dan kerjaya masing-masing dan semoga - bak kata Yusry - 15 tahun lagi orang masih sebut nama kalian dalam industri. Tahniah semua!




Sumber maklumat

Laman web rasmi:

https://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3/index.html

Instagram rasmi:

https://www.instagram.com/calpissodamalaysia

https://x.com/tv3malaysia

Lain-lain:

https://ecentral.my/one-in-a-million-2024/

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1359078/ditonton-lebih-8-juta-orang-pentas-akhir-csoiam-malam-ini-janjikan


Instagram peserta bertanding:

https://www.instagram.com/kaideva_

https://www.instagram.com/jimikamal_

https://www.instagram.com/zazzleenzulkafli

https://www.instagram.com/mxrygraceee_







ALAM IG Challenge 2024 is back! With the theme “Celebrating Sustainability Through an Eco-Friendly Lifestyle”, join ALAM’s third contest of the year in conjunction with even more Global ESG Days! Stand a chance to win amazing prizes, in just 5 simple steps! Enter now and show off vie photo(s) or video on how you are celebrating these Global ESG days through sustainable or eco-friendly lifestyle! ALAM IG Challenge 2024 kini kembali!

 Dengan tema “Celebrating Sustainability Through an Eco-Friendly Lifestyle”, sertai peraduan ALAM yang ketiga untuk tahun ini sempena hari-hari ESG Global. Rebut peluang ini untuk menangi hadiah yang menarik, hanya dengan 5 langkah mudah! Sertai sekarang dan kongsikan melalui gambar atau video cara anda menyambut hari-hari ESG Global ini melalui gaya hidup mampan atau mesra alam!  





https://www.instagram.com/p/DBL5g_JJtY1/?igsh=MXU3d2gxc3puYjZoaw==








✨๐Ÿ“ธ Pertandingan Videografi Perak Trip 2024 ๐Ÿ“ธ

✨ Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Tahun Melawat Perak 2024! ๐ŸŒ๐Ÿž Tourism Perak bersama Canon Malaysia mengundang anda untuk menyertai Pertandingan Videografi Perak Trip 2024 yang bertemakan “Perak Trip”! ๐ŸŒ„

๐Ÿงญ Terokai Perak, rakam dan kongsi keindahan alam, keunikan budaya, serta kepelbagaian makanan di negeri Perak, sama ada menggunakan telefon bimbit atau kamera DSLR anda. 

๐Ÿ† Serlahkan kreativiti anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai serta cenderamata eksklusif daripada Canon dan Tourism Perak. Moh kome, kita bawa Perak ke mata dunia! 






Sumber:

https://www.instagram.com/p/DBvFuJ9oGfS/?igsh=Z2s1djBhdTh3aWJm





๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ “๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜—๐˜›๐˜—๐˜›๐˜•..๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜บ ๐˜œ๐˜•๐˜๐˜”๐˜ˆ๐˜š ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ, ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜—๐˜›๐˜—๐˜›๐˜• ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ - ๐˜š๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜จ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ..๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ถ..๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ข, ๐˜ด๐˜ฌ๐˜ณ๐˜จ ๐˜ต๐˜จ๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜—๐˜›๐˜—๐˜›๐˜• ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช” - Suhaimi Baharun Min tahu, kisah peminjam PTPTN setiap orang berbeza. Penuh dengan cabaran, namun tetap disulami dengan kejayaan hingga akhirnya berjaya menyelesaikan pinjaman. Korang sebagai peminjam PTPTN mesti ada cerita tersendiri kan? Min nak ajak semua peminjam kongsikan pengalaman sebagai peminjam PTPTN melalui Peraduan Kongsi Kisah Anda dan berpeluang menang hadiah keseluruhan sebanyak RM10,000. 

๐Ÿ“… Tempoh peraduan: 1 - 30 November 2024. 

Jom kongsikan pengalaman anda bersama PTPTN dan mungkin anda akan jadi pemenang yang kami cari! ๐ŸŽ‰ Info lanjut: https://bit.ly/JomKongsiKisahAnda *Tertakluk kepada terma & syarat. 


Sumber:

https://www.instagram.com/p/DB1KGwwTaW_/?igsh=MXQwODhjMXZyOGNtdQ==











Sempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan kolaborasi bersama Kumpulan MyCreative Ventures membawakan Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari yang akan bermula pada 16 September 2024. 

Layari batiklestari.my (pautan di bio) untuk maklumat lanjut. Hadiah wang tunai menarik untuk dimenangi! Penyertaan dibuka sehingga 18 Oktober 2024. 

In conjunction with the celebration of Hari Malaysia this year, Securities Commission Malaysia in collaboration with the MyCreative Ventures Group is organising the Batik Lestari Design Competition starting 16th September 2024. 

Log on to batiklestari.my (link in bio) for more information. Big cash prizes to be won so don’t miss out! Submission for entries are open until 18 October 2024 



Sumber:

https://www.instagram.com/p/C_7RabNsF-f/?igsh=MTRoczliYjV5NmhyMQ==









HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB 2025

========

SYARAT-SYARAT HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB

1) Terbuka kepada semua peringkat umur, bangsa, dan kerakyatan (Malaysia atau di luar Malaysia)

2) SETIAP PENYERTAAN mestilah terdiri daripada manuskrip dengan MINIMA 50 buah puisi dengan syarat berikut::

2.1--> Panjang, bilangan baris, tema, dan bentuk puisi adalah BEBAS

2.2--> Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan atau campuran bahasa asing dibenarkan secara berpada-pada, rasional, dan terkawal, selagi masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai teras utamanya.

2.3--> Dibenarkan MAKSIMUM 25 buah puisi yang pernah tersiar di media cetak/majalah elektronik untuk dimuatkan di dalam manuskrip (tidak wajib / tiada had minima).

2.4--> Puisi-puisi yang tersiar di internet/media sosial dibenarkan untuk dimuatkan dalam manuskrip dengan syarat ia diprivasi atau digugurkan siaran selepas penghantaran penyertaan. Jika karya tersebut disiarkan di laman / platform yang tak dapat digugurkan (seperti majalah digital dsb), syarat 2.3 terpakai.

3) Setiap manuskrip / penyertaan WAJIB diberikan judul

4) Seorang peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap puisi HANYA layak dimuatkan dalam SATU MANUSKRIP sahaja. 

5) Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan file MICROSOFT WORD sahaja. Penggunaan file lain (PDF, JPEG, Notepad dan sebagainya) automatik akan ditolak

6) Kesemua puisi perlu dikumpulkan (kompilasikan) dalam SATU file Microsoft word sahaja.

7) Hanya SATU penyertaan atau manuskrip

boleh dihantar dengan mengguna SATU

kiriman emel. Jika peserta ingin menghantar

lebih daripada satu manuskrip/penyertaan,

jangan hantar sekaligus di bawah satu tajuk 

kiriman emel, sebaliknya emelkan satu per

satu. Ini untuk memudahkan pengasingan

(sorting) oleh urusetia

8) Sertakan dalam emel anda butiran berikut:

**Nama

**Nama pena (jika ada)

**No kad pengenalan

**No telefon dan whatsapp

**Alamat surat-menyurat

(Pastikan maklumat ini sahih) 


i. Kegagalan untuk dihubungi boleh

menyebabkan penyertaan dibatalkan -

walaupun terpilih sebagai pemenang)

9) Emelkan manuskrip puisi anda ke :

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

hadiahpuisi2025@gmail.com

10) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1

NOVEMBER 2024

11) Tiada tolak ansur terhadap karya plagiat

12) Sebarang keputusan adalah hak mutlak

penganjur. Penganjur berhak mengubah,

membatal, atau menarik balik sebarang

penyertaan / kemenangan yang tidak menepati

syarat atau keperluan penganjur. Penganjur

juga berhak mengubah sebarang syarat Hadiah

Puisi T. Alias Taib mengikut kesesuaian dan

keperluan.

13) Sebarang pertanyaan boleh hubungi emel,

messenger, atau WhatsApp ke 018-2882019

(Cik Kathy).



HADIAH DAN PENILAIAN


Terdapat 2 KATEGORI pemenang yang akan

diberikan hadiah

1) HADIAH UTAMA

Karya yang berjaya melepasi saringan akhir

serta terpilih sebagai terbaik di antara finalis.

Tiada had maksima jumlah pemenang.

Hadiah berupa awalan royalti sebanyak

RM1000 (minima), trofi, serta tawaran

penerbitan karya di bawah Penerbitan

KataPilar / Tukang Puisi

2) HADIAH FINALIS

Karya-karya yang berjaya melepasi saringan

akhir.

• Minima seorang pemenang. Tiada had

maksima jumlah pemenang.


Hadiah berupa awalan royalti sebanyak

RM500 (minima), trofi, serta tawaran

penerbitan karya di bawah Penerbitan

KataPilar / Tukang Puisi. 


PENERBITAN

1) Karya pemenang Finalis dan dan Hadiah

Utama akan dipertimbang untuk diterbitkan di

bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi

2) Pihak penganjur dan editorial KataPilar /

Tukang Puisi berhak menyunting, menyarankan

penyuntingan, atau sebarang pengubahsuaian

yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan

menyesuaikan konsep, konsistensi, serta

menjaga kualiti karya. Hal ini bermaksud buku

yang diterbitkan tidak semestinya tepat seperti

manuskrip penyertaan yang asal.

Selamat membaca dan mengarang.

Mohon war-warkan kepada semua.

Terima kasih.


Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/BaXtQKmXXonWeeP3/?mibextid=xfxF2i

Kejutan istimewa untuk seluruh pelajar sekolah Malaysia! 

Pertandingan Video Kreatif

Inilah peluang adik-adik untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat terpendam adik-adik dengan menyertai Pertandingan Video Kreatif bertemakan “Adik Baca Buku Apa Cuti Sekolah Ini?” anjuran PTS sempena cuti sekolah ini!


⏳Tempoh Penyertaan: 5 Februari - 10 Mac 2024⏳


Cara penyertaannya mudah sahaja! Anda boleh imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan. 


https://pts.com.my/cutisekolah?fbclid=IwAR30zOQMhr3Dr235IhjxWtLO9SUIkCmLocRq5HLlCggOBrPxzTFxrT3lTdw

Pertandingan tertakluk kepada Terma & Syarat. 


Selamat berkarya!



Pertandingan Adik Resensi Buku di Tiktok

Ayuh, mari sertai Pertandingan Adik Resensi Buku Secara Berpantun anjuran Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. Peserta perlu membuat resensi buku berdasarkan buku terbitan DBP dengan kaedah berpantun dan muat naik video melalui pelantar TikTok.




Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 1 April 2024. Selamat berjaya!

https://www.facebook.com/share/p/pGFNjNoqF9kr5tAn/?mibextid=2JQ9oc










 


Guys, aku nak share 1 benda best ⚡️

Buat 1 poster dan korang boleh dapat RM2,500-RM4,000 untuk 1,000 peserta.

Banyak tu. Sapa nak bagikan?


Ini program dgn kerjasama MDEC.

Memang rugilah kalau korang tak join.

Dateline mmg dah extend sampai 29 Januari 2024. Ada banyak masa lagi untuk korang join. 


Ini cara untuk korang join

Ini adalah program Digital Asset Onboarding Program yang MDEC sediakan dan bekerjasama dengan Pentas IO. 


PENTASxMDEC

MDEC ialah Malaysia Digital Economy Corporation, salah 1 agensi kerajaan.

Pentas adalah NFT marketplace buatan Malaysia. 

Korang boleh saja buat poster guna Canva, Photoshop dan lain-lain. 


AI mcm Midjourney, Dall-e boleh guna?

Ya boleh tapi bukan guna 100% AI lah. Mix lah sikit. Yang ini MDEC benarkan.


Next,

Pergi ke website ni https://app.pentas.io/digital_assets_onboarding & korang boleh register dulu.

Lepas register, korang boleh tekan dekat “Program details and guidelines.”

Dekat situ korang boleh baca semua dokumen yang MDEC minta dan dah ada guide untuk korang buat.

Semua benda yang korang kena buat mmg boleh refer saja directly dalam dokumen itu.

Korang boleh register as Organisation or Individual. 

Kalau ada adik yang berumur 12-18 tahun yang pandai melukis, suruh mereka join sekali.

Kalau buat kerja berkumpulan & takda company, register sebagai individual saja. Takda masalah.

Kalau company korang tak pernah buat IP filing/trademark dekat MyIPO, inilah masanya.

Daftar as company. Nanti boleh claim balik.


Ada perbezaan dokumen kalau register as individual ataupun organisation.

Contohnya mereka minta salinan SSM instead of IC untuk organisation.

Then,



Korang kena jadikan poster itu sebagai aset digital. 

Korang kena jadikan poster itu sebagai NFTlah untuk jadikan ianya aset digital. 


Untuk yang ini, korang kena gunakan @pentas_io untuk upload/mint poster tersebut. 

Ini sebab MDEC nak galakkan ramai orang buat aset digital.


Bila dah masuk dekat Pentas, korang boleh create wallet Metamask. 

Metamask ini adalah akaun crypto yang fungsinya lebih kurang digital wallet mcm Touch N Go itu saja. 

Cuma kena guna cryptocurrency. 

Jangan risau, korang boleh claim free ja crypto ni. Aku share caranya di bawah


Once dah siap buat Metamask, pergi ke website https://app.pentas.io/, pergi create akaun dekat situ dulu.

Create akaun Pentas ini mcm korang buat akaun media sosial biasa saja. 

Cuma kena ada akaun metamask dulu. Itu saja dan simpan seed phrase baik-baik.





Jangan risau kalau korang tak tau cara nak beli crypto. 

Korang just perlu DM @pentas_io & mereka akan bagi free saja dekat korang. 

Cukup untuk mint/upload 1-2 poster dekat situ.

Nanti waktu DM @pentas_io, bagi dekat Pentas 2 benda ni.


1. Wallet address, 

2. Link profile Pentas.




Wallet address itu mcm number akaun kita la. Takda number ini, tak boleh send duit/crypto.

Boleh refer artikel ini kalau tak reti guna https://www.pentas.io/

https://medium.com/pentas-io/how-to-get-started-on-pentas-7f5629921e09

Tengok video ini kalau tak reti cara nak buka akaun Metamask & Pentas


2. https://youtu.be/svIdy5oJkZ0?si=Se76ToXV82Fp7fWy


Lepast itu, 

Wajib buat poster ikut tema ni:

1. Animasi

2. Gaming


Make sure juga ada elemen & identiti Malaysia dalam poster korang.

Contoh gambar 1st, bola kampung yang memang ada elemen & identiti Malaysia.





Gambar ke-2, tema gaming berkenaan game perang di Malaysia. Ada KLCC & bendera.

Kalau dalam poster itu ada 1 elemen & identiti Malaysia pon boleh. Janji ada. 

Pastikan waktu korang nak mint/upload poster korang & make sure untuk letak hashtag #MDECxPENTAS dalam description. 

Royalty normally letak 5-10%.


Once dah mint/upload, boleh tekan “Add to marketplace”.

Then share la poster & link dekat Twitter & mention @pentas_io




Ada 3 jenis insentif yang ditawarkan.

1. Design & development of digital asset management incentives (Wajib)

Ini orang kena buat poster yang mengikut tema, jadikan NFT, siapkan dokumen & submit.

Lengkapkan yang ini, korang berpeluang untuk dapat RM 2,500. Tak perlu jual NFT pon.



2. Then, IP filing incentive (Optional)


Yang ini best kalau korang ada company. Let say company korang tak pernah buat IP filing dekat MyIPO, inilah masanya.  

Korang boleh pergi register & claim balik kos itu dekat MDEC. MDEC akan cover balik sebanyak RM 1,000. 

Normally kos IP filing bawah RM 1,000. Senang cerita, korang buat IP filing free je tau.

Make sure letak resit/bukti dalam Google Drive folder korang. 

3. Next, Marketing & commercialisation (Optional)

Yang ini MDEC akan cover cost auction fees up to RM 500 (jika ada).

Kalau korang buat step 1 saja, korang layak untuk dapat RM 2,500. Step 1 adalah wajib.

Kalau buat step 1, 2 & 3, korang layak untuk dapat RM 3,500+

Kalau buat step 1 saja & tak buat step 2 & 3, boleh saja takda masalah.

Then, korang kena buat 1 dokumen berkenaan poster korang. Guna Google Doc saja senang then export to PDF.


Korang kena cerita sikit pasal poster, model bisnes, character yang digunakan, etc.

Untuk metaverse plan & bisnes model itu, boleh saja ikut mcm dalam guideline yang disediakan itu.



Next, bila semua itu dah siap, buat 1 folder dekat Google Drive and letak semua dokumen yang diperlukan dalam folder tersebut.

Make sure untuk tukar akses ke “Anyone with the link” supaya pihak mereka boleh akses. 

Link Google drive itu nanti submit dekat Submission form itu.





Antara dokumen yang korang perlu letak dalam Google Drive itu:

1. Copy of IC (Individual)

2. Copy of SSM (Org)

3. Dokumen pasal bisnes model, storyline & etc.

4. Resit MyIPO kalau ada buat IP filing

5. Parent consent form (kalau umur bawah 18 tahun)


Lastly,

pergi ke submission form dan isi semua maklumat dekat situ & submit.

Tarikh last submission adalah 8 Januari 2024.

Bagi aku, kalau betul-betul buat, kejap ja siap. 4-5 hari saja & worth it. 


Siapa nak bagikan?

Kalau korang buat cukup syaratnya, 95% korang boleh dapat ya.

Untuk yang tak tahu sangat pasal NFT atau confuse pasal program ni, boleh refer video yang aku bagi atau dm/reply saja dekat aku terus.


Perkongsian asal:

https://twitter.com/jancoca/


Berkaitan syarat:

https://twitter.com/pentas_io/




 


๐Ÿ“ธ ๐—๐—ผ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฑ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ!


Hai warga Kuala Lumpur! Anda seorang peminat fotografi? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah sebanyak RM15,000 dengan menyertai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ yang bermula dari 23 Oktober 2023 hingga 19 November 2023. 

Pertandingan ini mempunyai 2 tema iaitu "๐‘ฝ๐’Š๐’”๐’Š๐’• ๐‘ฒ๐‘ณ ๐‘ช๐’Š๐’•๐’š" dan "๐‘ญ๐’†๐’”๐’•๐’Š๐’—๐’‚๐’ ๐‘ช๐’Š๐’•๐’š" yang pastinya akan memikat hati anda untuk menangkap keindahan Kuala Lumpur dari sudut pandang yang berbeza.






Jangan risau jika anda bukan seorang pakar fotografi, kerana pertandingan ini terbuka untuk semua peringkat umur. Anda boleh mengambil gambar dengan kamera telefon anda atau kamera digital anda dan hantarkan gambar anda ke pautan atau kod QR yang telah disediakan di laman media sosial @visitklofficial dengan hashtag #๐—ฉ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ž๐—Ÿ #๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ฎ๐—ž๐—Ÿ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ. 


Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bagi pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan banyak lagi! Jadi, jom sertai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ sekarang dan tunjukkan bakat fotografi anda kepada dunia!


Sila klik pautan ini : https://forms.gle/5neFY938VWjxE6JMA










Berikut adalah senarai pertandingan puisi, cerpen dan novel sepanjang tahun 2020 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-Allah). Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih buat rakan twitter saya: Khadijah Hamdi dan RinnRamianz yang banyak berkongsi tentang pertandingan berkaitan di laman twitter serta buat sahabat-sahabat penulis lain juga. Moga diberkati semuanya, insya-Allah.
  •  Sayembara Penulisan MASTERA (tarikh tutup 28 Februari 2020)
 
Pertandingan puisi dan cerpen.
Laman web rasmi untuk lebih jelas:


  •  Pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN (sebelum 15 Mei 2020)



Para penyair di seluruh negara ASEAN dialu-alukan menyertai pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN yang dianjurkan sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-9, 2020, di Membakut, Sabah, di mana majlis kemuncaknya dijangka diadakan pada 2-4 April 2020 ini. Bagaimana pun puisi boleh dihantar kepada saya di alamat email jasnimatlani@yahoo.com atau kepada hidayahjuri226@gmail.com sebelum 15 Mei 2020 dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada awal Jun 2020.

  • Sayembara Penulisan KLWBC 2020 (Tarikh tutup penyertaan: 31 JULAI 2020. (Jumaat) )



1. Kategori Puisi — 40 sajak (dalam 1 manuskrip) | tema bebas

2. Kategori Novel — tiada had mukasurat | tema bebas

Muat turun info & borang penyertaan:- http://bit.do/borangKLWBC2020


Selamat menulis dan maju jaya semua! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.

*****

Boleh rujuk laman web berikut untuk sebarang pertandingan atau aktivti berkaitan penulisan: 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top