Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts

 




Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor. Perkongsian asal adalah oleh Public Health Malaysia. 


Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:


Migrain

Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.


Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.


Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)

Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.


Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)

Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.


Bila Harus Berjumpa Doktor?

Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:


Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.

Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.

Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.

Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.

Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.

Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.



Migrain ini yang alami sahaja tahu. Selain mengikuti nasihat doktor, kita perlu kenal potensi diri dan cara menjaga diri. Jom, berusaha dan doa yang baik-baik! Moga kuat dan sihat semuanya, insya-Allah.

Tanda-tanda migrain
- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Gambar: Yu

Cara elak migrain :HINDARKAN:

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Doktor @AmiraRaup cakap tentang jenis migrain:  





Boleh tanya doktor tersebut untuk perkara berkaitan.

Cara rawat migrain / mengubati migrain: Ikut tips seperti hindar sakit kepala:
KLIK :
 Ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. Semoga semua sihat ya, kawan-kawan . 

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]

Model gambar utama: *adik saya.



Penyakit pening kepala sering dialami oleh setiap daripada kita. Sekarang ni, yang muda pun ramai dah mengalami sakit pening yang serius. Melainkan yang memang jenis menjaga pemakanan, jenis cool bila berfikir dan mempunyai persekitaran yang sangat menenangkan, bak kata orang 'kau ni macam tak ada masalah!' - seumur hidup (ada ke?). Wallahua'lam. Tapi demam, hampir semua pernah mengalaminya, dan jika makin demam, tak boleh elak, memang akan pening sedikit. Jadi melalui Majalah Solusi yang pernah saya baca, saya titipkan sedikit perkongsian untuk kalian.

Yang selalu pening tu, elok baca tau!

Saya ada juga menulis tentang migrain di: entri ini.

Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Sumber.

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

Nota:
Pitam berlaku sebab darah kurang pada otak.
Jika ada kelainan pada tubuh, buat pemeriksaan. Jantung kerap berdegup pantas tanpa sebab misalnya.
Paling tidak, mungkin power cermin mata atau silau meningkat, kena periksa. Apapun jaga kesihatan fikiran, elakkan terlalu banyak berfikir yang tidak-tidak.
Jaga diri baik-baik. Ingat, awak tu masih ramai yang sayang. 
__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________

(+) Diambil dari Brightside.me, cukup tekan dengan perlahan-lahan satu titik dibahagian tengah diantara dua alis mata anda. Gerakkan jari anda lurus naik serta turun selama tiga sentimeter. Lantas tekan sepanjang 45 - 60 saat. Tidak perlu masa lama untuk lalu anda rasakan akhirnya. (Sumber)


Boleh juga baca di laman web ini: Cara Menghilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Mini

Ini petikan daripada Twitter:

Doktor @Drwaque cakap tentang jenis pening: 

Doktor @AmiraRaup cakap tentang jenis migrain:  







Perkongsian lain:

Jenis migrain oleh Yu

Sila ikut nasihat daripada doktor jika sudah mendapatkan ubat dan rawatan. Jangan sesekali 'skip' makan ubat dan jangan terlalu mendedahkan diri dengan tekanan persekitaran (belajar, kerja, keluarga) dan keadaan yang terlalu panas. Bersederhanalah. Kita sendiri tahu potensi dan kekuatan badan kita. Cuba berfikiran positif (cuba tau!), bersangka baik dengan orang lain dan menjaga waktu tidur, insya-Allah, kesihatan kita akan bertambah baik. Ini nasihat umum daripada seorang yang selalu pening macam saya. Sekian, sila jaga diri baik-baik, jika kita tak jaga diri kita, siapa lagi, bukan? Mari kita sama-sama sihat, yeah! Insya-Allah.











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top