Assalamualaikum. Kematian dan Kepergian adalah sesuatu yang pasti. Sesuatu yang datang akan pergi.Namun masa kita, kita belum pasti. Ajal tidak mengenal usia. Belum tentu yang tua akan pergi dulu.  Selagi hidup bermuhasabahlah selalu.

Agak tidak terlambat untuk Anem menitipkan salam takziah kepada keluarga adik Kamalia Kamaruzzaman yang berusia 16 tahun (pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Razak, Selekoh ) yang baru meninggal dunia pada 20 Mac lalu kerana penyakit LEUKIMIA. Serta seorang lagi insan, Qaseh Nuur Xerra bt Adam Kher, yang meninggal dunia beberapa hari kemudian, berusia 24 tahun,student master in Forensic psychology, Australia dan beliau juga adalah peminat setia Khir Rahman.


Kamalia- kisah beliau pernah keluar dalam surat khabar. [utusan : sini dan sini ]


Xerra- Kisah anak yatim piatu yang gagah melawan penyakit seorang diri di Australia mampu menjadi motivasi ramai insan . [Baca ceritanya : klik sini]

Amalan untuk dihadiahkan kepada mereka yang telah pergi [arwah / almarhum ]

-Doakan mereka agar mendapat rahmat dan keampunan
-melaksanakan janji,wasiat dan amanah
-hormati sahabat mereka
-menyambung hubungan persaudaraan
-tunaikan umrah dan haji yang belum terlaksana
-bersedekah dan beramal bagi pihak
-gunakan harta untuk kebajikan
-bayar hutang-hutang mereka.

Etika berkaitan Jenazah dan Takziah :

- Segera menguruskan jenazah dan mengebumikannya
- Tidak menangis dengan suara kuat dan tidak meratapinya
- Disunatkan menghantar jenazah hingga ke kubur
- Memuji si mati dengan menyebut kebaikan-kebaikannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Janganlah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka perbuat ." (Riwayat al-Bukhari)

- Memohon ampun untuk si mati
- Sunat menghiburkan keluarga yang beduka dan memberikan makanan kepada mereka


Nota : Al-fatihah. Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut ! Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Inalillah wainailaihi Rajiun. Sesungguhnya kita semua adalah milikNya dan kita pasti akan kembali kepadaNya.


Baiklah, post ini Anem hadiahkan untuk sahabat-sahabat Anem yang sedang berbadan dua, tiga mahupun empat. (InsyaALLAH kot-kot ada rezeki dapat anak kembar yang comel, ye dak ?Anem doakan ). Walaupun Anem belum berkahwin , namun hasil pembacaan yang tak seberapa ini, diharap dapat dikongsikan buat kalian , sahabat yang Anem sayangi. Sudikan membaca. Semoga dipermudahkan segalanya, doa yang baik-baik dan kuatkan semangat, semoga sihat selalu ya. Insyaallah .

Cara didik anak ketika bayi dalam kandungan [amalan ketika mengandung]

-Jaga solat wajib, banyakkan solat sunat
-Banyak mengamalkan zikir
-Banyak baca al-quran
-Mendengr muzik yang menenangkan
-Baca buku ilmiah
-Jaga adab
-Jaga emosi, elak stress
-Lakukan kerja ringan sebagai senaman
-Makanan yang berkhasiat dan halal
-Elak sifat mazmuah
-Senyum dan sabar

Doa dan Amalan :Surah bacaan ketika mengandung:
Surah al-fatihah: untuk terang hati dan kuat daya ingatan.
Surah maryam- untuk mudah ibu bersalin, dapat anak yang taat
Surah luqman- bagi anak cerdik
Surah yusuf- bagi anak cantik rupa
Surah al-hujurat – untuk banyak susu ibu, dan anak bsifat hati2
Surah yasin- untuk ketenangan hati dan anak2 jauh dar igangguan syaitan
Surah al-tawbah : untuk bersih jiwa terpengaruh dari maksiat
Surah al-nahl : untuk lahirkan anak berdisplin.

Nota : Tips ini perkongsian dari Ustazah Siti Nur Bahyah


11 Sifat ibu bapa yang cemerlang /  menjadi ibu bapa mithali

- Membersihkan hati dan perasaan
- Membina kebahagiaan secara proaktif
- mendidik diri sendiri
- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasihsayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)
- mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga
- mengamalkan sikapdan pegangan yang betul
- mengamalkan suasana yang harmoni dan membina
- menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga
- Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai
- Muhasabah diri sebelum tidur malam
- Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

Nota :Ini pula Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Apapun, kita hanya boleh berdoa, berusaha dan berikhtiar, selainnya serah pada ALLAH, yang penting ikhlas, insyaallah. Sekian entri dari orang bujang..Hihi :)




Assalamualaikum. Harap sihat-sihat semuanya ea. Untuk sesuatu yang indah, post yang ke 200 ini Anem dedikasikan buat semua yang sudi baca , komen, ikut dan jenguk-jenguk blog Anem selama ni. Semenjak blog ni wujud tahun 2007 (Anem mula menulis di platform lain pada 2006), pelbagai warna-warni Anem dah lalui dan lihat dalam dunia menulis blog kegilaan masa kini hari ini.

# Best sangat ke blog ni dan kenapa perlunya Anem menulis Blog ?
Sebab asalan semangat menulis berputik daripada sahabat-sahabat di satu laman web yang bernama iluvislam dan  jawapan selebihnya Anem ada tulis dan jawab di blog Munzir Shafie [ Klik untuk baca ] . Cara buat blog memang agak senang, tutorial mudah didapati ,namun nak kekalkan itu yang susah. Peramahlah selalu dan amalkan buat backup, sebab blog Anem pernah hilang tiba-tiba dulu tanpa sebab .

Baru ni, Anem terharu bila baca komen kak Ummu ni :
assalamualaikum dik alahai rindunya nak menjjejak ke sini. dulu masa kak pregnant kan anak, sekitar 2007 dulu selalu lah ke sini jadi silent reader je sebab masa tu akak takde blog. 
How sweet ,kan? Sangat indah membaca ayat tu. Ia mengingatkan Anem pada enam blogger sepanjang zaman, kalau korang rasa bukan hanya nak kenal blog ke blog, tapi kekal berkawan bertahun-tahun, Anem rasa elok korang berkenalan dengan klik pada nama diorang bawah ni :
Mereka sangat cool , dialukan berkawan dengan diorang, tak rugi tau.


# Jangan tangguh nak komen atau follow blog orang 
Sampai sekarang Anem rindu dengan komen saudara Hisham  yang dah meninggal dunia tahun lepas. Dia dah takde pun nak komen-komen lagi. Setiap kali Anem update, ada je komen dia, tapi dia sangat ikhlas, bila dia komen, dia tulis panjang-panjang, kena dengan topik, dan walaupun Anem tak kunjung balik blog dia, dia tetap sudi komen lagi entri Anem yang seterusnya. Apa yang Anem kesal ,bila one day nak pergi blog dia konon nak balas kunjungan dia , komen sekali , semua komen cakap 'al-fatihah bro sham', serta merta mengalir airmata Anem. Sedih.Menyesal jangan cakap beb.

Ni seorang lagi, Asiddiq namanya, beliau pemberi komen paling tegar ,malah siap tegur-tegur kalau kalau Anem silap tulis. Dia sekarang dah tak menulis, tak update blog dah, ada hal lain lebih penting katanya, tapi kalau rasa nak baca blog dia boleh pergi sini [baca]. Bila agaknya dia nak update lagi . Wallahualam.

# Zaman berblog era sekarang susah nak jumpa macam diorang ni tau
Anem rindu pada mereka yang berblog era zaman dulu, mana kami nak tau kewujudan iklan melan ni, tak kejar apa. Malah siap datang tanya khabar , risau kalau-kalau orang tak datang blog kita tu atau tak update tu sakit ke, ade prob ke. Indah bila dikenang-kenang.

Tapi zaman sekarang ni, Anem sangat bersyukur , masih wujud mereka yang demikian, kalau korang rasa nak  pengunjung blog yang komen , berkawan dan datang blog korang dengan ikhlas, sewajarnya korang berkenalanlah dengan mereka ni, Anem jamin, sangat bertuah dapat kenal diorang yo [meh klik] :
Untuk pembaca lain, follower semua, terima kasih untuk semuanya, ya .

# Sedikit kata-kata

Nak beri nasihat rasanya Anem yang lebih perlu dinasihati, jadi untuk semua yang baru berblog, ikhlaskan hati menulis, ada rezeki, ia akan tetap datang, xperlu dikejar sangat nama, dan kekayaan , ia akan datang sendiri, rezeki masing-masing ALLAH dah tetapkan. Yang penting bertanggungjawab menulis, dengan identiti sendiri, tak perlu jadi orang lain, dengan idea sendiri yang lebih cool dan dari jiwa sendiri. Insyaallah , kita akan lebih diingati dan disenangi. Kuatkan semangat selalu walau apa jua rintangan dan belajar terima pendapat manusia yang pelbagai , okeh ?

Yang baru kenal Anem, hai, salam ukhwahfillah ...
Nota : Alhamdulillah untuk semuanya.:-)


Tahniah untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan RTM dengan kejayaan musim pertama adik-adikku setelah kejayaan musim pertama dahulu . Rais pada musim kedua ini adalah Farihin Abdul Fattah manakala murabbi adalah Ustaz Zamri Zainoldin, Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Ahmad Badrul Sani Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor .

Tujuh orang peserta yang bertanding di peringkat akhir tersebut ialah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11, dan juga Iffah Ahmad Hilmi, 11.

Pada malam 21 Mac 2011 di Putrajaya, kemenangan adalah berpihak kepada adik Muhammad Amirul Munir Azlin yang berasal dari Kedah. Manakala yang kedua adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, juga berasal dari Kedah dan ketiga adalah Zaid Najmuddin Zul Akmal yang berasal dari Kuala Lumpur. Tahniah !

Juara : Muhammad Amirul Munir Azlin

BIODATA

NAMA PENUH :MUHAMMAD AMIRUL MUNIR AZLIN
TARIKH LAHIR : 14/07/2001
ALAMAT : NO 10, LORONG JATI 67C, TAMAN BANDAR BARU,
SUNGAI LALANG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

Kedua: Syafiqah Fasiha Ahmad Safri
Ketiga: Zaid Najmuddin Zul Akmal

Pemenang saguhati lain :


Kiri: Muhammad ’Ammar Mukhlis Abd Mohsin [Kedah]
Kanan : Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin [Selangor]

Kiri : Siti Nur Alia Safri [Melaka]
Kanan : Iffah Ahmad Hilmi [Kedah]

Biodata dan alamat surat menyurat peserta adik-adikku yang lain , klik sini : [tekan]

Untuk lihat video persembahan dan diari episod adik-adikku yang terlepas klik sini > [video online]





Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

Kredit : FACEBOOK ADIK-ADIKKU
Laman web JAKIM

 Muda-muda dah berjiwa agama, insyaallah terus menjadi daei di masa hadapan  :)



Salam jumaat. Memandangkan artikel dari majalah solusi ni Anem dah simpan dalam draft beberapa lama , jadi Anem terus post saja untuk hari ni, semoga bermanfaat untuk semua. Jaga diri, hiasi peribadi yoo.

Jumaat antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan. Semoga semua sihat-sihat hendaknya ,sebab macam-macam penyakit sekarang. Untuk semua, kuatkan hati,insyaallah boleh ! Hehe. Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amal pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi cool .

1. Perbanyakkan selawat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.

Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Sekian.  Take care !  Renung-renungkan,selamat beramalWassalam.


Dushh ! Melihat air laut menuju daratan menolak kenderaan dan rumah-rumah dalam video di youtube yang tersiar di tv itu hampir meragut hati sebahagian kita. Ada yang menggelengkan kepala, ada berishtighfar semerta, ada yang bertakung air mata dan ada juga yang memanjat syukur tak terkira dengan keselamatan kita di sini. Tapi ada juga sebahagian daripada kita lihat ia sesuatu yang biasa saja. Gempa bumi  8.9 skala ritcher , pada 11 Mac 2011 paling teruk dalam tempoh 40 tahun di Jepun itu, di lihat biasa ? dan kemudian diikuti sekurang-kurangnya 20 gempa susulan bermagnitud 6.0 skala ritcher atau lebih tinggi selepas itu.

Bagi yang mempunyai kawan , keluarga dan rasa cinta dengan sebahagian di sana, pastinya terkesan di jiwa. Namun bagi sebahagian yang kosong jiwa, tiada kaitan katanya, paling kurang, cubalah belajar rasa manusia. Hulurkan doa dan sokongan kita.  Tunjukkan simpati walau secubit dua. Sesungguhnya memang ia satu pengajaran, untuk muhasabah diri kita di bumi indah Malaysia yang masih selamat. Alhamdulillah, kan ?


Terkini dimaklumkan kemungkinan yang terkorban adalah dalam 10000 orang, dan kini ramai yang membicarakan tentang keadaan kebocoran radiator nuklearnya. Malahan ramai yang terputus bekalan air dan elektrik.Semoga semuanya selamat untuk rakyat di Jepun dan rakyat kita serta semua di sana, insyaAllah. Mereka di duga untuk menjadi lebih kuat, semoga mereka kuat .

+ Gambar Lapangan terbang Sendai di Miyagi, Jepun [sebelum dan selepas tsunami ] #prayforjapan :

BEFORE:

AFTER:

                                                    
+ Pictures credits goes to : CBSNEWS & BUZZFEED
+Entri tentang hikmah musibah sini : [klik]
P/S : Suka baca entri ustaz hasrizal  Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri



Ini entri dah tersimpan seminggu. Tanpa edit pun,terus post. Jadi, ada benda yang dah settle (selesai) tapi tetap tertulis. Sila lihat konklusi (penutup) entri, untuk tahu apa yang dah settle itu . Sekian, dari budak yang baru sihat, alhamdulillah .
.................

Rasa nak hentak kepala sendiri bila pening memuncak. Ada kawan kata tu tanda nak migrain, ada yang kata mungkin awal penyakit darah tinggi mak nak diturunkan kat anak sulong dia. Itu mereka kata, kita kata ,kita punya suka. Dasar degil anak remaja. Dah makin paracetamol - nanti oklah. Lepas tu tidur awal, selalu pukul 5 pagi, kali ni pukul 2 pagi. Sekurangnya subuh taklah bergajah nanti. Kepeningan tu disebabkan spek rosak - orang gelarkan rosak parah  tu, sebagai patah .

Kalau kamu selesa bermata kucing biru hijau , atau sudah kaya berlaser RM3000, pasti kamu tidak terkesan dengan batang spek yang terkulai layu di tasik madu. Tapi memandang diri ni besederhana dengan duit cukup topap saja lepasnya, dan berkuasa sehingga 800 kedua belah mata, bayangkan , nak pergi bilik sendiri pun, terlepas ke tandas. (Oh ! Ini tipu ).  Tapi parah juga bila mahu baca buku sampai mahu tembus kertas satu persatu. Tidak, Anem tak mampu pura-pura dengan membulatkan mata. Spek harus dibetulkan segera - kelak. Sabar ya ainun . Lensa pula masih elok. Hari tu tercabut kejap, dah memang kita ni ganeh , ala-ala boyish Amber FX  tak berapa nak jadi . Jadi kalau lensa tu tiba-tiba tak mampu nak fokus, sila marah tangan sendiri ya.

Cakap bab ni pula, mahu ada yang sergah-marah bila Anem boleh kata Anem suka dua tiga cara si pemula tu. Dia sampaikan lain, namun cara dia yang extremist honest itu,yang buat ramai hati membungkam kelabu.  Mungkin, kerana ada sedikit katanya beri kesan pada pembaca yang tak faham isi dalam, bila membaca gunakan apa yang tak difahami pergi hentam cikchantek balik dengan niat balas dendam - itu saja refleks yang tak ok. Kasihan juga , bertabahlah ya. Sedia maklum, semua orang ada haters dan likers, jadi yang baik jadikan tauladan. Jika rasa perlu perubahan, mari usaha dan doa-doakan.

Anem tak nafikan kata-katanya bila Anem merujuk antara entri sepanjang zaman anem yang popular adalah : cara popularkan blog dan buat duit dengan blog :- tapi cerminan sakti balik pada diri kerana ia juga yang menyebabkan blog Anem sentiasa ada orang jenguk. Walaupun dua puluh orang satu hari. Anem suka. Berbaloi lah,dari takde.Hakikat pada isu orang kebanyakan. Cuma, bila kamu rasa ada ilmu mahu beri, nasihat mahu kasi, sila jangan segan, buat kerana Tuhan. Cuma jalan kita saja yang mungkin berlainan.


Cukup lah .Nak beritahu tu ja. Spek patah dan kamera semi-dslr KODAK DX6490 Anem ok lagi. Dan nak share jugak, Adik Anem yang sangat berseni ,yang merajuk dengan kakaknya ni, dah mula menawar senyum kembali, jujur Anem kata , Anem memang gembira tatkala ni. Alhamdulillah . Semoga hidup kamu lebih diberkati, dik, insyaallah.
.................
Yang dah settle, Anem dah betulkan spek, jadi pening ni berbaki mungkin sebab cuaca sekarang. Jazakallah untuk yang sudi mendoakan dan bertanya khabar. Dan lagi, kes tercatat dalam entri ni pun dah selesai dah antara dua pihak blogger tu. Cuma isu besarnya teguran bab agama .Untuk semua, walaupun lama tak update blog, just Anem nak cakap terima kasih sudi jenguk blog ni. 
September 2009, Anem pernah buat video ucapan raya : silap besar rakam depan tempat tak sepatutnya, esok lusa jugak Anem delete. Malu . *Diorang bukan takat tengok kita cakap apa,tapi lebih dari tu, detail beb. ( ini entri video yang dah terpadam ,lihat komen ja ya)
Nota : Anem dah muat turun foto-foto baru yang Anem snap di Flickr - [klik sini -jika mahu kutuk]. #Okbai, Wassalam.







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top