Ada tiga golongan insan sama ada yang berpenyakit, mereka telah berusia mahupun mereka yang sememangnya tergolong dalam insan yang selalu memikirkan tentang masa depan akhiratnya - inilah insan yang selalu menyebut tentang kematian. Sewajarnya perlu, kerana zikr-almaut bukan sahaja membuat kita menjadi insan lebih baik, malah menjaga hubungan kita dengan semua orang dan dengan Allah pastinya.
"Setiap yang berada di atasnya adalah binasa," [Surah Ar-Rahman 55:26]
Tapi tak pula kata jika dah tahu sakit atau rasa tak sedap, dah putus asa. Maksudnya yang sakit perlu berubat, yang gagal, perlu bangkit. Bangkit dalam gagalnya mencari kerja, bangun daripada terus jatuh dihina manusia, bangun daripada terus tersungkur dalam hubungan cinta, kuatkan hati untuk terus mendaki setelah jatuh dan cedera disambar duka. Kenapa perlu kita terlalu lemah, sedangkan ada lagi lemah?

Janganlah sampai terus berhenti, kawan. Dan jangan sesekali terfikir nak bunuh diri. Tolong,jangan. Ramai sayang kamu. Ramai - yang kamu tak pernah lihat depan mata. Sila bangkit sekarang, sebelum terlambat dan ditertawakan.

Baiklah ini dia, Tip-tip panjang umur.


1. Amal jariah.

Rasullullah bersabda bermaksud, "Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang didirikan, air sungai [irigasi] yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak." [Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi].

2.Jihad.

Sesiapa yang mati syahid yakni berjihad di jalan ALLAH, sesungguhnya pelbagai kenikmatan yang telah dijanjikan untuk mereka yang hidup di alam lain itu.

3.Lailatulqadar.

Sesungguhnya indahnya jika dapat memperolehi amalan berganda jika berhasil menemui lailatulqadar yang beribadah pada malam tersebut beerti beribadah seribu tahun.

4. Elak Maksiat dan Perbanyakkan ketaatan.

Jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu. Mengabaikan ALLAH, ALLAH akan mengabaikanmu. Maksudnya, kiranya jika kita ikhlas, dan taat melakukan ibadah kepada ALLAH, Yakni menjaga hak-hak ALLAH, ikut suruhan-suruhannya serta meninggalkan larangan-NyA, PASTINYA Allah akan menjaga hambanya semula, insya-Allah dengan diberi kesihatan yang baik serta menjaga aqidahnya.

5.Siraturrahim.

Orang yang suka menyambung siraturrahim, insya-Allah panjang umurnya.

6.Doa.

Doalah supaya hidup dapat dimanfaatkan dengan kualiti, bukan kuantiti. Ibarat lagu, jika hidup seribu tahun, tidak solat, tiada maknanya.

7.Berbuat Kebaikan.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Tidak ditolak qada' kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan ." (Riwayat al-Tirmizi no.2139)- Menurut al-Tirmizi hadis ini hasan gharib.

p/s: Bila tambahnya umur, kematian pun makin dekat.


p/s:Saya suka baca buku. Ini tips dari majalah solusi. :)




Kenapa suami isteri saja, kan cinta itu milik kita semua, insan sejati penuh pekerti? Wait! Bukan tu maksudnya, tapi dalam tips ni ada tentang banyak benda kena buat 'sama-sama', yelah yang tulis ni pun Ustazah Siti Nor Bahyah, jadi kepada yang nak belajar lebih menghargai pasangan, ambil mana yang ikut syarak ja ya, kome tu da beso panjang weh!

Tips atasi rasa jemu pada pasangan

*Apabila berbual, berguraulah sikit, senyum.. ohoi..senyumlah.
*Ubah penampilan atau persekitaran, apa salahnya kan.
*Berpisahlah sat, untuk membuahkan rasa rindu.
*Amalkan solat berjemaah.
*Jaga hubungan dengan ALLAH [hablumminallah] dan dengan manusia [hablumminannas].
*Melancong atau bermusafir untuk rapatkan yang mana renggang.
*Belajarlah sesekali resepi baru, baru cool!

Tips menyuburkan cinta:

*Bersalam selalu pasangan tu, bukan tunggu raya je
*Buat aktiviti kebajikan bersama-sama
*Lazimkan mengeluarkan ayat-ayat manis [jaga hati dan ambil hati, tak tahu, belajar tau !]
*Doakan pasangan di depan atau belakangnya, [tapi,bukan betul2 depan muka]
*Menggembirakan pasangan, tak tahu tanya apa yang buat dia happy
* Oho..jangan asyik nak marah-marah serta jangan terlalu serius, berguraulah sekali sekala

Langkah menzahirkan cinta pada pasangan

-Panggilan suami isteri gunakan sayang, honey darling, abang.
-Bantu membantu-suami tolong isteri buat kerja rumah
-Berkomunikasi dan berhubung-jika berjauhan, sms dan email seperti sebelum kahwin..yang oh yang..
-Hadiah-hadiahkan pada pasangan sempena tarikh istimewa atau sekadar penghargaan
-Mengubah suasana- pergi ke tempat romantikkah, baru cun!
-Menjaga lidah, supaya terbina bahagia dan tidak menyakiti
-Beri sokongan atau galakan minat pasangan, temankan ke,kan?
-Ucapan tanda penghargaan - terima kasih dan berkaitan , berilah selalu

p/s: Cinta ini memang ada sedih dan gembira, yang bahagianya bila ia dapat dikongsikan bersama. Apapun dahulukan sabar dalam sangkaan dan berbicara. Smeoga berbahagia!





Memandangkan nak raya, di kesempatan ini Anem kongsikan resepi popular atau wajib di hari raya oleh emak Anem- Rendang daging ! Jom try !

Bahan-bahan:

600 g daging 
2 keping asam keping
4 helai Daun kunyit dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula-sekadar memberi rasa
Kerisik 1 Paket [Jika mahu buat sendiri kerisik, sediakan 1/2 biji kelapa]
2 cawan santan pekat

Bahan untuk dikisar/ digiling [ blend ]

20 biji bawang merah
25 gram atau 5 sm. Halia 
25 gram atau 5 sm. Lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih

Cara-caranya:

-Bersihkan daging, potong lebar-lebar, dibasuh serta ditos airnya.
-Masukkan daging serta bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dengan api yang sederhana.
-Kacau selalu secara perlahan-lahan.
-Masukkan asam keping dikuti santan .
-Kemudian biarkan daging agak lembut dan kuahnya agak pekat sedikit.
-Bila mendidih, masukkan kerisik, garam, gula, serta daun kunyit.
-Masaklah sehingga kering , dagingnya empuk, dan warnanya pekat.
-Sedia untuk dihidang!

RESEPI oleh : Puan Raja Anita Binti Raja Ahmad, emak Anem :)
________________


Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas. (HR Muslim)

[Hari Arafah: 9 Zulhijjah, sehari sebelum Aidiladha]

________________

Salam aidiladha semua! 









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top