Kadangkala move on (berpindah / meneruskan perjalanan dari satu tempat / perasaan) sebenarnya tidak memerlukan tips tertentu. Kerana kita semua mempunyai kelebihan, kelemahan dan kekuatan berbeza-beza. Cepat atau tidak bergantung pada semangat untuk terus dan mencuba. Untuk diri kita. Namun apa yang diperlukan adalah sejauh mana kita mahu bergerak, melupakan yang lalu dan berjalan terus ke depan. Nak tak nak, hati kena kuat! Insya-Allah. Mulakan dengan niat yang baik dan maafkan diri terlebih dahulu.
  • Perubahan itu kekal. Tahap perubahan bagaimana itu adalah pilihan.
  • Kita hanya boleh berubah bila kita sedar kita di mana.
  • Tulis berapa orang kita sayang. Kita dengki / marah dan tak suka sangat.
  • Pejam mata dan bayangkan orang yang kita sedang marah tu jadi umur 5 tahun. Kita akan tak jadi marah.
  • Bayangkan salah kita. Pada siapa kita pernah buat salah. Dan maafkan dia. Jika tak sempat sedekahkan untuk dia.
Cara (usaha) nak move on
  • Jurnal (tulis untuk diri)
  • Sibukkan diri (cari hobi, dan halakan perhatian kita ke arah lain)
  • Perbaiki diri, ibadah
  • Elakkan banyak fikir, jaga kesihatan baik-baik.
  • Bentuk displin diri
  • Tambah ilmu
  • Cermin bersyukur dan cakap ke diri. Syukur dengan apa yang ada. Kelebihan diri.
  • Maafkan semua sebelum tidur
  • Sentiasa niat beri manfaat
  • Sebelum tidur replay balik apa yang kita boleh ubah esok
  • Solat pada waktu.
  • Lihat diri jangan lihat orang (jangan banding, rezeki berbeza)
  • Rhb - redha , hidayah ,barakah
  • Bawa ilmu bawa Allah selalu..
  • Jangan lari daripada masalah.
  • Orang tak ada masalah, dia bermasalah. (Masalah akan tetap ada, perlahan-lahan selesaikan)
  • Elak cepat marah.
  • Tenang. Hidup perlu tenang.
Sakinah ni tenang / relaks ada masanya belum tentu mutmainah. Mutmainah ni, dia jadi apa pun dia tenang. Ada jiwa sakinah. Ada sifat tawaduk. Dalam hati pun tenang tak soal jawab. Redha. Ada sifat sabar. Misalnya nafsu makan. Dia relaks.

Mutmainah:
- Ahli ibadah / sufi
- Jiwa tenang terhasil daripada iman dan tauhid.
- Takwa mesti ada amalan-amalan.
- Istighfar
- Pernah rasa dia bersalah.
- Moga diberkati.

Jika nak tenang perlu selalu positif. Usaha kita nak positif tu pun Tuhan nilai tau.

Kaya hati:
  • Lemparkan kasih sayang.
  • Apa kita beri itu kita dapat.
  • Cari ilmu bukan cerita
  • Lihat diri bukan orang lain
  • Fokus akhirat dan dunia, namun jangan lebihkan dunia.
  • Rebut rahmat Allah.
  • Ma'rifatullah (kenal Allah)
  • Pabila kita tidur dengan roh bersih insya-Allah kita akan jadi positif.
  • Buat tanpa tapi lakukan tanpa nanti.
  • Kaya hati ni dia tak marah, dia kasihan pada orang yang tak OK tu.
  • Allah Maha Kaya. Dia tak lihat pada luaran kita pun.
  • Kaya hati - suka beri perhatian bukan mencari perhatian.
  • Kaya hati - bebas dari perhatian manusia cuma mencari keredhaan tuhanNya.
  • Audit diri, tak sibuk perhati orang.
Dalam islam, mufarakah itu adalah menjauhi kawan. bukan memutus siraturrahim tapi lebih kepada menjaga hubungan.
Manusia ni ada dua, mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebab tak mampu pengaruh diwajarkan menjauh untuk menjaga hati..

***

Rahmat Tuhan adalah sejauh mana sangkaan kita. Kalau kita nak baik, sangkalah baik-baik dengan ketentuan & takdir Dia. Senyumlah. Tuhan takdirkan semua kita ada bahagian masing-masing.

Tenang-tenang saja. Kalau Tuhan kata jadi, jadi juga. Kalau betul ada, ada juga, insya-Allah. Kita buat saja bahagian kita, terus doa dan usaha. Jika nak tenang, tak boleh hanya fokus satu amalan baik saja. Dia kena buat amalan dan ibadah lain secara menyeluruh. Latih diri. Konsisten. Insya-Allah, tenang.

Jika tak ada, adalah itu Tuhan nak gantikan dengan keadaan yang lebih baik. Mungkin yang sebelum ini memberi kesan yang lain yang kita tidak tahu. Yang pasti ada hikmahnya. Ini kita kena percaya.

Macam doa juga. Kita berdoa bukan sekali, tapi berkali-kali. Kena yakin. Jangan putus asa. Dan paling hampir kita dengan-Nya adalah pada waktu sujud. Doa dan haraplah hanya pada-Nya.

Tuhan Maha Baik. Walau sejauh mana pun kita kurang baik, dia tetap memberi banyak nikmat-Nya yang baik-baik.
"......dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [Surah Yusuf ayat 12].

SELAMAT JADI BERANI DAN TERUSKAN USAHA! MASIH ADA BANYAK NIKMAT DAN KEJAYAAN KITA DI MASA AKAN DATANG. HARGAILAH DIRI SENDIRI YANG MERUPAKAN AMANAH TUHAN INI. SESUNGGUHNYA KITA SEMUA ADA HARGA DIRI! ANDA BOLEH, YAKIN! INSYA-ALLAH. :)

-- Anem Arnamee



Siapa tahu mungkin jalan yang kita redah setiap hari itu boleh menjadi penyebab kita dimasukkan ke dalam syurga? Ya, memperoleh syurga semudah itu. Selain menjaga ibadah, hubungan dengan Allah. Kita juga dituntut menjaga hubungan dengan manusia dan mahkluk lain. Jadi, jom!

MASUK SYURGA MUDAH MUDAHPUN TAK NAK? (EZY DAKWAH SOLUSI EDISI 19)

1- MENGALIHKAN SESUATU YANG MEIRNTANGI LALUAN
Pada satu hari ada seorang hamba Allah mendapati terdapat sebatang dahan pokok merentangi laluan orang ramai. Dia bertekad: "Demi Allah, aku akan mengalihkan supaya tidak menyakiti (mengganggu) orang Islam." Hasilnya, dia dimasukkan ke dalam syurga kerana perbuatannya. (Riwayat Muslim).

- AMAL BAIK TERINDAH
Sabdanya lagi yang bermaksud: "Diperlihatkan kepadaku perihal umatku berserta amalan mereka, sama ada yang baik mahupun buruk. Aku dapati amalan baik yang terindah mereka adalah perbuatan membuang sesuatu yang menyakitkan dari laluan orang ramai. Dan aku dapati amalan terburuk mereka ialah ludahan di masjid yang tidak dikambus!" (Riwayat Ahmad)

- DULU-DULU
Kalimah Arab dengan sebutan "aza" bermaksud perkara yang menyakitkan hati. Sebagaimana tubuh kita boleh dicederakan dan disakiti, begitu juga hati.

Pada zaman Nabi, pelepah-pelepah kering yang gugur atau ranting-ranting berduri kerap merintangi laluan orang ramai. Walaupun ia tidak mencederakan orang lain kerana dapat dielakkan, namun ia tetap menyusahkan orang yang lalu-lalang.

- SEKARANG
Pada hari ini, terdapat pelbagai bentuk "aza" di jalanan. jarang sekali kita tidak sakit hati semasa memandu di jalan raya. Ada sahaja insiden yang mengundang kemarahan kita. Sama ada di kota atau kampung, masing-masing ada kerenah tersendiri dan terhitung banyaknya.

Di kampung, lembu berkeliaran hingga di atas jalan raya. Mahluk Allah itu bukannya bayar cukai jalan pun. Namun, jalan raya itulah "port" lepak mereka pada waktu malam. Sungguh menyakitkan hati apabila berhadapan situasi begini dan bukannya satu atau dua kes kemalangan maut akibat terlanggar lembu.

- JANGAN PULA JADI PENYUMBANG
Abu Barzah pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku satu amalan yang aku akan mendapat faedah dengannya." Baginda menjawab, maksudnya: "Alihkanlah perkara yang menyakitkan dari laluan orang Islam." (Riwayat Ibn Hibban dan Ibn Majah).

- BUAT MUDAH DAPAT MEWAH
Hakikatnya, kita tidak tahu amalan mana yang menyebabkan kita masuk syurga. Mungkin amalan tersebut kecil bagi kita, tetapi tidak kepada Allah. Rasulullah S.A.W. pernah mengkhabarkan dengan maksudnya: "Ada seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebaikan sedikit pun, kemudian dia mengalihkan duri dari satu laluan. Allah berterima kasih kepadanya lalu menempatkan di dalam syurga." (Riwayat Abu Daud)
Benarlah pesanan Baginda S.A.W. yang bermaksud:
"Jangan sekali-kali menganggap remeh perbuatan baik biar sekecil mana pun ia." (Riwayat Muslim).

2. 4 DALAM 1
Pada Tahun ke 13 kenabian, Rasulullah Shalallohu’alaihi wasallam hijrah ke Madinah. Tiba di Madinah, Beliau kumpulkan kaum muhajirin dan ansar, lantas beliau bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ. (رواه ابن ماجة : قال الشيخ الألباني : صحيح)
Wahai sekalian manusia, sebarkan salam di antara kalian, saling memberi makan, sambung silaturahim dan solat tahajud di malam hari ketika manusia tidur, kalian semua akan masuk surga dengan selamat. (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah bin Salam Radhiyallohu’anhu dan Syekh Al Bani menshohihkannya).

3- MENGGEMBIRAKAN SUAMI
Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan.

4- BERI MINUM ANJING KEHAUSAN
Dari Abu Hurairah ra. lagi bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Pada suatu ketika ada seorang laki-laki berjalan di suatu jalan, ia sangat kehausan, lalu ia menemukan sebuah sumur, kemudian turun di dalamnya lalu minum. Setelah itu iapun keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing mengulur-ulurkan lidahnya sambil makan tanah kerana hausnya, Orang itu berkata dalam hati; sungguh anjing ini telah kehausan sebagaimana yang saya alami tadi. ia pun turun lagi ke dalam sumur lalu memenuhi sepatu khufnya dengan air, kemudian memegang sepatu itu pada mulutnya, sehingga ia keluar dari sumur tadi, terus memberi minum pada anjing tersebut. Allah berterima kasih pada orang tadi dan memberikan pengampunan padanya.

Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah sebenarnya kita juga memperoleh pahala dengan sebab memberi makan minum pada binatang?Beliau saw. menjawab:
Dalam setiap makhluk yang memiliki hati yang basah ada pahalanya.
(Muttafaq 'alaih)

5-.. 4 DALAM 1 (2)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah , ia berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Siapa di antara kalian yang berpuasa di pagi ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya, "Siapa di antara kalian yang sudah menjenguk orang sakit hari ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang telah menhantarkan jenazah hari ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang telah memberi makan orang miskin hari ini?
Abu Bakar menjawab, "aku".

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidaklah semua ini terkumpul dalam diri seseorang melainkan ia pasti masuk surga." (H.R; Muslim, no: 1028).

6- MARILAH KITA TIDAK PUTUS-PUTUS BERBUAT BAIK SEHINGGA DILIHAT SEBAGAI ORANG BAIK-BAIK.

Dari Umar Bin Al- Khatab R.a, bahawa Nabi Muhammad Sa.w: "Mana- mana orang Islam (yang mati, lelaki atau perempuan) yang diakui kebaikannya oleh empat orang (dari kalangan masyarakatnya), nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga.."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan lain- lainnya)

Hadis ini ada sambungan dihujungnya iaitu: mendengarkan sabda yang tersebut, salah seorang daripada sahabat- sahabat baginda bertanya:
"Bagaimana pula kalau orang- orang (yang menjadi saksi mengakui kebaikan si mati) itu hanya tiga orang?"

Baginda menjawab: " Tiga orang pun mencukupi (untuk diterima pengakuannya)."

Sahabat Baginda bertanya lagi: "Kalau mereka dua orang sahaja, bagaimana pula?"

Baginda menjawab: "Dua orang juga mencukupi."

Antara sumber lain:

JIKA YANG MUDAH INI BOLEH MEMASUKKAN KITA KE SYURGA. APA LAGI AMALAN PENTING LAIN. JADI,  JOM TERUS AMALKAN YANG BAIK-BAIK. 




Lirik lagu Wangikan Hatimu - Noraniza Idris feat Tyka

(Noraniza Idris)
Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri

(Tyka)
Menyakiti ungkit-ungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian

(Noraniza Idris)
Wangikanlah hati

(Tyka)
Wangikanlah hati

(Noraniza Idris)
Andainya diberikan budi
Seharumnya kasturi
Wangikanlah hati

(Noraniza Idris)
Cipta ketenangan hati
Bukan menambahkan benci
Wangikanlah hati

(Noraniza Idris)
Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri
Mengungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian
Wangikanlah hati

(Tyka)
Segala yang kita miliki
Pinjaman duniawi
Insafi diri
Wangikanlah hati

(Tyka)
Setiap detik hidup ini
Biar mengindahkan hari
Harum harum syurgawi
Wangikanlah hati

(Tyka)
Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri
Menyakiti ungkit-ungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian

(Noraniza Idris)
Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri
Mengungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian
Wangikanlah hati
Wangikanlah hati

aaahhh... aaahhh... wangikanlah hati
wangi wangi wangikanlah hati


*****

Boleh nantikan video rasminya kelak di Noraniza Idris Production Ventures (Youtube)






Rezeki tidak pernah salah alamat. Alhamdulillah untuk semua yang Tuhan izinkan. Jika mahu rezeki diberkati, bersyukur selalu dan kita juga digalakkan bersedekah dalam kadar yang kita mampu. Terutama kepada keluarga terdekat. Tuhan akan tambah lagi nikmat.  Ada berkat dan rahmatnya di sisi Tuhan, insya-Allah.

Di sini saya sertakan tarikh bila dapat BR1M, bila gaji masuk dan bila dapat pencen untuk tahun 2017.

Tarikh pembayaran BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

Bila dapat BR1M 2017 ni? Pembayaran br1m akan dilakukan secara berperingkat. Bermula 18 Februari ini.

Semak (check) jika BR1M dah masuk ke belum di sini:

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai 18 Februari.

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716. (sumber)


Tarikh Dan Jumlah Bayaran

Berikut adalah tarikh dan jumlah pembayaran BRIM mengikut kategori untuk tahun 2017.

1. Tarikh pembayaran pertama pada February 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 - RM450

2. Tarikh pembayaran kedua pada Jun 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300

3. Tarikh pembayaran ketiga pada Ogos 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 dengan menghubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my


Jadual gaji kakitangan awam 2017


- Laman web rasmi: e-PenyataGaji Panduannya

Tarikh bayaran pencen 2017


Laman web rasmi pencen JPA:  Laman web rasmi      

*****

DOA MURAH REZEKI.
Gambar: sumber 

Sekian, semoga bermanfaat. Terima kasih.


Lain-lain: 


Majalah Solusi

Mengata atau mengumpat adalah sikap yang tidak seronok untuk kita ada apatah lagi untuk kita hadap (pernah menulis juga tentang ini: Cuba berhenti mengumpat). Seorang muslim sewajarnya menyayangi orang islam lain seperti dirinya sendiri. Bagaimana kita mahu dilayan dan dihargai begitu juga kita perlu buat terhadap orang lain. Hidup sementara adalah untuk saling menghormati. Bersangka baiklah. Kerana seseorang yang ada masa silam yang hitam sekalipun, tak mustahil untuk berubah. Jadi, jom saling menghormati.
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan daripada kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." - (Hadis Riwayat Muslim).
Dalam hidup, cemuhan tetap akan ada. Ujian nak buktikan kita ini hatinya tetap untuk terus berada di jalan kebaikan. Orang beriman memang akan diuji.

- Asal manusia sama. Jangan sombong.
- Nak dekat dengan Allah, mulakan dengan solat. Jaga solat.
- Prinsip islam tujuan tak halalkan cara.
- Kalau kita beruzlah, jangan kerana manusia. Buat kerana betul nak perbaiki diri.
- Jangan jadikan musuh sebagai guru kita.
- Sahabat akrab boleh tegur keburukan kita.
- Orang takkan tendang anjing yang mati. Maksudnya jika tiada apa-apa orang tak usik.

Marilah kita sibukkan dengan hal kita dan tutuplah aib orang lain. Insya-Allah di akhirat aib kita juga ditutup. Insya-Allah.

Petikan melalui rancangan Al- kulliyyah:

Kesan jika mengumpat / kutuk:
-Allah murka
-Doa tak diterima
-Tidak diterima amalan baiknya selagi tak minta maaf
-Makin mudah buat salah

" Orang yang mengutuk lagi stress sebab dia memerlukan banyak database nak mengutuk. "

Seseorang yang suka kutuk / mengumpat sebab dirinya ada sifat:

-Sangka buruk
-Gopoh
-Rasa diri baik (remehkan orang)
-Dengki

" Orang yang ada gelisah dalam jiwa, syaitan mudah pengaruh. Mudah gopoh. Sebab tu perkara tak logik pun boleh jadi logik."

"Belajar sangka baik dengan semut. Semut selalu sangka baik. Apabila orang terpijak, katanya takpa mungkin orang tak perasan."

"Siapa yang tak pernah buat silap. Sedih juga apabila seseorang dah bertaubat, insaf & berubah tapi masih dihukum lagi."

"Kalau hati seseorang kotor, hiburannya pun kotor juga. Seperti lalat yang hanya sukakan sampah."

"Sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Orang yang suka mengutuk sebab mereka suka bersangka buruk."
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - (surah al-Hujurat: ayat 12).
"Takutlah jika kita buat teruk dekat orang, orang tak balas. Sebab mungkin dia berserah pada-Nya. Sesungguhnya kekuatan Allah tiada batas." - Ustaz Abdullah Mahmud. 

-- Boleh juga baca di blog lain tentang ini: mygalaxyandme0000.blogspotfarhanahadzlan06.blogspot

Jadi, jom perbaiki diri perlahan-lahan. Setiap usaha kita dinilai Dia. Jadi usaha, doa dan yakinlah! Insya-Allah. Terus! Moga Allah redha.



Setelah menulis sekian lama dahulu berkaitan fotografi perkahwinan dan persiapan perkahwinan, izinkan saya berkongsi beberapa laman percuma template atau design kad kahwin. Banyak perisian (software) yang boleh digunakan untuk membuat kad ini sendiri. Saya sediakan pautan (link) untuk download di bawah.
Lebih menyenangkan, sudah ada laman web (nama sama untuk aplikasi telefon) dengan nama "Canva", menyediakan template siap untuk grafik atau kad: https://www.canva.com
Apa yang penting dalam membuat kad ini, kita kena tahu kita nak saiz apa dan jenis bagaimana (melintang, menegak, depan belakang, lipat atau tidak). Kemudian kita perlu sesuaikan jenis tulisan, gambar apa. Untuk print pula kemudian, kita kena pula memilih kertas yang sesuai mengikut apa yang kita perlu dan mahu.



TEMPLATE KAD KAHWIN PERCUMA (MS WORD) / MICROSOFT PUBLISHER

Cara buat kad menggunakan Microsoft Word

1.Pertama klik New pilih lalu invitation dengan Format dokumen blank document. Perhatikan yang terlihat pada imej di bawah ini.

Langkah-Langkah Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Microsoft Word

2. Seterusnya pilih template yang sesuai, pilih sub menunya mahu tema undangan perniagaan, mahu tema undangan kegiatan atau acara,. Jika sudah, tentukan pilihan seperti yang dimahukan.

3. Langkah ketiga adalah klik butang download, tunggu proses downloadnya selesai, setelah proses download berjaya selesai akan tampil dokumen dengan tema yang anda inginkan, setelah itu tinggal di edit sahaja tulisan nya.

*Kalau nak buat di microsoft Publisher dan pilih Greeting Cards banyak pilihan di sana.

Banyak lagi template untuk mickrosoft word / power point atau publisher di sini: https://templates.office.com

Boleh rujuk juga:  Tutorial buat pelan rumah guna word   

Video tutorial lukis map lokasi pelan rumah pengantin dalam kad
(Guna power point)



TIPS TEMPLATE KAD KAHWIN (POWER POINT)

Sumber: bachok.net

- Perkara pertama ialah membuka power point dengan memilih slide blank. Kerana dengan slide tersebut kita boleh melukis bentuk kad yang diinginkan.
- Pastikan pilihan kertas untuk jemputan sesuai semasa diprint. Untuk meletakkan gambar anda dan pasangan biarlah bersesuaian dengan tema kad anda.
- Warna juga memainkan peranan penting, pemilihan warna untuk kertas yang dipilih untuk latar belakang sesuai dipadankan dengan tulisan warna yang terang (putih, kuning, hijau terang dll). Dan sebaliknya jika anda memilih warna kertas yang cerah, sesuai dipadankan dengan tulisan gelap (hitam, merah, oren dan sebagainya).
- Font dan saiz tulisan untuk kad pastikan boleh dibaca. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini kerana memudahkan penerima kad senang dibaca.
- Nama bakal pengantin, nama orang tua anda, alamat rumah, tarikh, dan lain-lain ditulis dengan betul.
- Begitu juga dengan peta, iaitu pelan lokasi rumah anda dilukis dengan menggunakan shapes. Kerana mudah untuk edit. Pelan lokasi harus diletakkan di belakang kad.




TEMPLATE KAD KAHWIN PERCUMA (ADOBE ILLUSTRATOR)


Template yang boleh dimuat turun: 
Ada 8 design percuma kad kahwin yang boleh dibuka melalui perisian ini di vectorlogo4u.com

Namun saya sertakan 3 rekaan sahaja di sini:

         
(Download)
(Download)
(Download)











*Selepas download tadi, bukalah guna perisian percuma yang dah ditemui itu. 

Percuma kartun vector pengantin untuk kad kahwin

Percuma rekaan bighandesign

Download vector: format eps boleh diedit 

Tulisan jawi / kaligrafi khat: walimatulurus untuk kad kahwin


CARA MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP


Idea kad kahwin moden:



Cetak dan tempah kad kahwin online:



Doa-doa dalam kad kahwin

Antaranya:

Ya Allah Ya Tuhan Kami..

Satukanlah hati ke dua mempelai ini seperti
engkau satukan Adam & Hawa, Yusof & Zulaikha dan seperti
Engkau satukan hati Muhammad S.A.W dan Siti Khatijah

Ya Allah

Restuilah dan berkatilah Majlis Perkahwinan
nama pengantin___________________________________ ini
Semoga majlis ini berjalan dengan sempurna sepertimana
yang Engkau kehendaki
Semoga jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya
Kami bermohon dimurahkan rezeki serta kurniakanlah
Kami zuriat yang soleh dan solehah agar kami dapat
menjalani kehidupan baru ini
dengan penuh keimanan dan ketaqwaan

Amin Ya Rabbal Alamin

Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam
Bukan daripada kepala untuk dijadikan pemimpinya,
bukan daripada kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan disisinya untuk dijadikan teman hidupnya
dekat dengan lengan untuk dilindungi
dan dekat dihati untuk dicintainya


Terima kasih. Tahniah dan moga baik-baik dan dipermudahkan untuk semuanya. Insya-Allah.



Mendengarkan lagu-lagu nasyid terkini yang masih ada jiwa nasyidnya namun kedengaran sedikit moden membuatkan saya tertarik. Mesej dan tujuannya masih sama. Dan perjuangan mereka ini harus disokong dan dihargai. Jom kita dengarkan!

LIRIK YA RABBI YA - INTEAM FEAT ADIK VIRAL



Akan aku teguh
Tuk bisa menerima
Tak rela ku dikabur
Malah terima kesan sampingnya

Aku nyanyikan lagu
Cuba kau hayatinya
Agar ini membantuku
Sedar bahawa kebesaran-Nya

Yakinlah kan ada
Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran
Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Rasa sakit kamu
Sama dan serupa
Mungkin ada yang berbeza
Cuma menghadapinya

Cepat atau lambat
Apa nak dirisaukan
Maju seperti biasa
Kuatkan keimanan

Yakinlah kan ada
Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran
Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ah! Check
Sifat terburu-buru
No! Jangan terburu
Masa boleh atur
Berundur bukan maksud berputus asa
Cuma belajar berserah
Telaah agar jadi kuat dan tak beragah
Di pagi ku nanti ku pasti
Ku perlukan-Mu juga lagi
Bersujud selagi ku wujud

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah
Aku berserah


*****

LIRIK SUBHANALLAH - RAQIB MAJID FEAT W.A.R.I.S 



Indah semua ciptaan-Nya
Ini semua dari-Nya
Jangan pernah berat 'tuk bersyukur
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Ku tahu jalannya
Kamu tahu jalanmu
Kita semua setara
Tiada beza semua manusia

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Marilah kita terus-terus memuji
Tak kira walau satu tika diuji
Laluilah dan ucap Allah Maha Suci
Nikmat disyukuri di langit dan di bumi
Dan bersyukur dengan ikhlas selalu untuk memberi
Itulah kunci pada pintu rezeki
Bererti mensucikan budi pekerti
Berterima kasih aku mendapat rezeki

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah (Subhanallah)
Subhanallah (Subhanallah)
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

*****

Dan ini satu lagi lagu yang juga menarik perhatian saya. 

LIRIK HITAM PUTIH - USTAZ ELYAS ISMAIL FEAT UNIC 



Dosa itu meresahi jiwa
Mengundang murka Yang Maha Esa
Musnah semua yang diusaha
Sesat di dunia sementara

Sangat gelisah di hati ini
Jika tanpa reda-Mu Ilahi
Jiwa sunyi dan sepi
Kerana Dia pemilik hati

Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

Keanggunan-Mu yang dinanti
Penyubur jiwa yang telah mati
Membasuh nurani hidupku kembali
Lebih bererti

Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

Tubna Ya Allah
Wanadimna Ya Rahman
Waroja'na Ya Rahim
Irhamna Ya Robbana

*****

Sekian. Terima kasih.


Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar. Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu itu (terutama sesuatu yang kita suka / harap), adalah hikmahnya. Diganti dengan yang lebih baik di sini, atau di sana (akhirat). Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah.

"Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi." - A

3 sebab Allah bagi rezeki: 
1- Ujian (Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang) 
2- Keperluan kita (Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri) 
3- Tanggungjawab yang kita tunaikan (Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri). 

- Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm -- 
*Antara Sumber: Cikpuan Adibah Bakri & FB Nadiah Azaman 
"Kalau memang dah rezeki kita, seluruh isi bumi nak tahan pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Kalau memang bukan rezeki kita, seluruh isi bumi cuba nak beri pada kita pun takkan dapat, jika tanpa izin Allah. Tenanglah, sebab rezeki masing-masing sudah ditentukan. Orang lain tak dapat ambil. Jangan cakap tak ada rezeki kita, sebab rezeki kita akan habis bila nyawa kita di tarik sahaja. Waima seseorang ditakdirkan meninggal beberapa minit lagi tapi masih ada rezeki dia untuk makan Mee goreng, Mee goreng tu tetap akan masuk mulut dia sebelum nyawa nya ditarik. Kerana itu sudah tertulis rezekinya. Wallahua'lam." - Ustaz Zaharuddin
Tips berbaik dengan Pemilik Rezeki: (menjemput rezeki) 
-Bersyukur selalu, insya-Allah Allah akan tambah lagi nikmat.
- Nak duit banyak masuk, kena keluarkan duit (sedekah) 
- Maafkan orang, tidak mengata 
- Amalkan membaca Al-Quran, selalu berdoa 
-Menyempatkan diri beribadah 
-Berbakti &doakan ibubapa 
-Berpagi-pagi 
-Solat dhuha 
-Teruskan usaha, doa & tawakal 
- Jangan mengalah!

MAKANAN
" Makan banyak sebab tak nak membazir adalah alasan nafsu. Elok mencegah daripada awal; iaitu dengan sederhana membeli." - Ustaz
  • Nak beri atau belanja makan ni, kalau boleh mulakan ahli keluarga dan sanak saudara dulu. Dan diikuti dengan orang yang baik serta golongan memerlukan.
  • Elakkan menghina makanan. Nabi suka, dia makan. Tak suka, dia tinggalkan (tak makan).
Doa untuk orang yang ajak/beri/belanja makan :
"Ya Allah berilah makan pada yang beri makan pada kami. Berilah minum pada yang beri minum pada kami."
  • Sunnah ajak orang gaji sekali makan.
  • Doa selalu untuk murah rezeki dan terima kasih pada manusia dan syukur pada Allah.
  • Yang kita bagi makan sebolehnya orang tu baik. Dia akan hargai dan doakan.
  • Yang penting, beri ikhlas.
"Elakkan menipu dalam berniaga jika mahu rezeki berkat. Dan orang berniaga perlu banyakkan sedekah untuk bersihkan rezeki dia."
- Ustaz.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Akhir kata daripada saya,

Mungkin pada yang sudah tiada ibu / ayah, dia ada suami / isteri yang sedang erat memeluk.
Mungkin pada yang belum bersuami / isteri, dia masih ada ibu / ayah / adik-beradik yang menggembirakan hati.
Mungkin pada hati yang sedang amat kecewa, dia sudah banyak tempat mengembara.
Mungkin pada yang rasa kekurangan pada penampilan luaran, dia sedang mempunyai ramai kawan.
Mungkin pada yang kekurangan wang, dia punya anak yang ramai untuk membantunya kelak.
Mungkin pada yang belum ada anak, dia ada kediaman yang begitu selesa.
Mungkin pada yang masih kurang dalam kerjaya, dia masih punya badan yang sihat.
Mungkin pada yang kurang sihat masih ada yang meneman dan mendoakannya diam-diam.
Mungkin pada yang rasa diri dia belum cukup baik, masih ada yang sudi percayakannya.
Alhamdulillah. Semua itu adalah rezeki; daripada Yang Maha Pengasih.

Semua ada bahagian mereka. Jadi tenang-tenang sahaja.
Kita tak tahu apa kita tak tahu. Tapi Allah Maha Tahu. Kita buat kerja kita; usaha. Biar Allah tentukan sudahnya. Doalah yang baik-baik untuk semua. Insya-Allah. Moga dipermudah.
Dan yakinlah, takdir Tuhan itu baik-baik belaka.

SANGKA BAIK & DOA BAIK-BAIK. INSYA-ALLAH DAPAT BAIK-BAIK.
TERUSKAN USAHA DAN SEMOGA BERJAYA! :)


Takziah, Sarawak. Berita pemergian Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem pada 11 Januari 2017 lalu sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada rakyat Sarawak sendiri.


Dikenali sebagai Tok Nan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak, beliau seorang yang mudah didekati dan tidak menyukai protokol yang panjang di dalam menyebut namanya. Juga merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang menepati janji serta mendengar masalah rakyat, malah seorang yang rendah hati untuk mendengar nasihat dan pandangan rakan-rakan pemimpin lain selain seorang yang menyayangi keluarga & sering memuji isterinya.

JASA DAN SUMBANGAN TOK NAN KEPADA SARAWAK


1. Memastikan tiada lagi bangsa “lain-lain” di dalam borang rasmi untuk kaum yang bukan Melayu, Cina, India sebaliknya diletakkan “Dayak”.

2. Usaha yang lebih aktif untuk memastikan tanah adat yang menjadi hak kepada kaum pribumi Sarawak disukat dan mendapat dokumen yang sah.

3. Tarif elektrik industri dan awam diturunkan.

4. Mendaulatkan keutuhan integriti di kalangan ahli politik dan juga penjawat awam. Setiap ahli politik mempunyai pengistiharan integriti.

5. Memerangi habis-habisan kesemua pembalak-pembalak haram dan juga mana-mana kilang yang bersekongkol dengan mereka.

6. Memperjuangkan pembangunan luar Bandar agar mereka terus berdaya saing.

7. Tiada lagi pengeluaran lesen balak di Sarawak dan tiada lagi pembukaan ladang kelapa sawit kerana hutan di Sarawak harus dipelihara.

8. Memperjuangkan hak autonomi seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti dasar pendidikan dan sebagainya dikembalikan kepada Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

9. Tiada isu mana-mana kaum dikatakan sebagai “kaum pendatang” kerana bumi Sarawak ini luas untuk semua.

10. Memperjuangkan royalti minyak untuk Sarawak kepada 20% dan perundingan terus berlangsung sehingga sekarang.

Sebenarnya ada banyak lagi yang telah dilakukan oleh beliau. Ini sejajar dengan pantun yang sering beliau laungkan apabila mengakhiri ceramah-ceramahnya yang menunjukkan beliau tidak akan mudah berputus asa.

Read HERE: HE WALKS THE TALK -  10 reasons Adenan Satem winning hearts Sarawakians

BIODATA TAN SRI ADENAN SATEM
Gambar: Themalaymailonline
Beliau dilahirkan pada 27hb Januari 1944 di Kuching, Sarawak. Menyelusuri latar belakang beliau, beliau bukan berasal daripada keluarga berada. Cuma orang kampung biasa-biasa saja. Bersekolah di St Joseph School, Kuching. Pernah menyertai kugiran yang bernama Vagabond sekitar tahun 1960an yang sering mengadakan konsert selepas persembahan bangsawan di sekitar kampung-kampung di Kuching dahulu sebagai penyanyi utama dan pemuzik.

Memulakan alam pekerjaannya setelah tamat sekolah menengah sebagai seorang guru. Dan beliau juga pernah menjadi wartawan. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di dalam pengajian Undang-undang di University of Adelaide. Sekitar tahun 1969, beliau menjawat jawatan sebagai Peguam di Pejabat Pendakwaraya Adelaide Australia. Dan atas kegigihan beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Majistret di negara orang.

Sekitar tahun 1970an, Tok Nan kembali ke tanahair. Pada ketika itu beliau terus ditawarkan sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi Borneo iaitu sekitar tahun 1975. Siapa menyangka, pada masa yang sama beliau mula berjinak-jinak dengan dunia politik.

Baca di sini, jawatan-jawatan lain dalam bidang politik sebelum dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak: Siapakah Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak ke-5

Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.24 petang, 11 Januari 2017 di Pusat Jantung HUS akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Perkongsian:@datukhensem
KATA-KATA ADENAN SATEM
"To young Sarawakians, whatever you do, give it your all. I hope our young people get accustom to overcoming challenges. Life is not a bed of roses, thus if you have the capacity to overcome (challenges), you can build character & determination. You have the whole future ahead of you. Looking at you , I'm very confident that Sarawak has a great future ahead of us."
Gambar:@Dzulfiqkhar
Rujukan:
FACEBOOK: CM ADENAN SATEM
WIKI ADENAN SATEM

Didoakan agar kepimpinan beliau menjadi teladan kepada kita yang lain. Insya-Allah

Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Semoga roh allayarham Haji Adenan bin Haji Satem dirahmati Allah. Semoga beliau tenang dan dipermudahkan di sana. Ameen. Al-fatihah.


Pertama kali mendengar lagu ini di radio membuatkan saya mencarinya di youtube (namun waktu itu tiada atas sebab hakcipta). Malique tetap Malique, lagu terbarunya ini masih kekal dengan signature beliau. Lagu daripada album TKO ini mempunyai frasa dan prosa Bahasa Melayu yang sangat baik serta maksud yang juga mendalam.


UPDATE Ogos 2017: Muzik video rasmi Pejamkan Mata (Official Music Video)



Saya tertarik dengan salah satu komen (oleh Hazizi Azizan) di video muzik ini.
Klik untuk lebih jelas.
UPDATE Februari 2017: Warner Music Malaysia telah mengeluarkan video lirik untuk lagu ini.



Lirik Pejamkan Mata - Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir

[Chorus]



GLOSARI

Kencana/ken·ca·na/ - emas.
Gawai I /ga·wai/ - kerja; pekerjaan;
Kedana - papa, miskin:
Sawai III ; bersawai - tidak sedarkan diri .
Lembayung/lem·ba·yung/ - tumbuhan melilit, bunganya ungu; Basella rubra;
Hering/he·ring/ /héring/ - burung pemakan bangkai.
Canggung - kekok, kaku, janggal
Resiprokal/re·sip·ro·kal/ /résiprokal/ - bersifat saling berbalasan (tentang kata kerja).
Equivocal - memiliki nama/sebutan yang sama namun dengan makna/sifat yang berbeda | tidak pasti | tidak bersikap, tidak jelas.
Logharitma - ist angka ganda bagi sesuatu angka dasar yg digunakan utk mendapat angka tertentu.
Tafakur - Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan Cipta; bertafakur
Kantor - ibu pejabat
Diktator - orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab - dalam arab bermaksud "anak muda."
Kasur/ka·sur/ - alas tidur yang terbuat dari kain atau plastik, berisi kapuk, karet busa, dan sebagainya.
Masyghul - (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu
Runsing - hati susah hati kerana tidak sampai maksud
Solusi- penyelesaian masalah
Revolusi- perubahan
Lorazepam (ubat untuk anxiety disorder atau despresi), Ambien (Ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam), Risperdal (ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik )
Afdal/af·dal/ - lebih baik; lebih utama
Astral/as·tral/ a mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma - ajaran (kepercayaan) yg tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma - yang menjejaskan reputasi / aib
Pituitari -Kelenjar endokrin utama
Nirwana/nir·wa·na/ n 1 Hin keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga
Samsara - perkataan Sanskrit yang bermaksud "mengembara" atau "dunia", dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.
*Rastafari gunakan "Jah" sebagai God

--- PRPM DBP / Komen youtube.


*Boleh rujuk juga blog ini untuk tafsiran lain lagu ini

Malique
TKO: Pejamkan Mata adalah sebuah album kompilasi lagu-lagu yang terlebih dahulu telah dikeluar-edarkan dan hanya memuatkan (3) lagu baru. Album tko:pejamkan mata juga bukanlah sebuah album "comeback" malah lebih kepada album "selamat tinggal", babak terakhir kepada album trilogi bahasa melayu beliau. Album Malique yang berikutnya adalah di dalam bahasa Inggeris dan akan diedarkan pada 2017. Harap maklum. - QarmaMusiq









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top