Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)




Gambar: Floris Kloet
Ada beza di antara cinemagraphs dengan animated gif. Terutamanya dari segi kualiti gambar. Kita juga boleh perasan melalui pergerakan pengulangannya (looping). Pernah lihat tak gambar yang orang depan diam / kaku, air sungai mengalir di tepi. Atau ada sebarang pergerakan kecil pada latarnya namun manusia dalam gambar itu pegun? Atau Bahasa Inggerisnya disebut;

"Still photos with subtle motion" dan bahasa mudahnya digelar cinemagraphs (Cinematic GIFs)
Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement occurs, forming a video clip. They are published as an animated GIF or in other video formats, and can give the illusion that the viewer is watching an animation. - Wikipedia
Sudah lama saya memerhatikan gambar bergerak begini. Cukup menarik! Terma atau perkataan "cinemagraph" mula diperkenalkan oleh jurugambar U.S. Kevin Burg dan Jamie Beck, yang menggunakan teknik itu untuk memperlihatkan animasi dalam gambar-gambar fesyen dan berita mereka sekitar awal tahun 2011 (bertujuan promosi).

Memang dahulu mungkin perlu mengambil gambar dengan baik atau disunting menggunakan perisian komputer  tertentu seperti Adobe Photoshop. Namun dengan adanya teknologi telefon yang semakin canggih, banyak aplikasi "memanggil" untuk memudahkan impian ini.


  Kembali kepada atutorial menggunakan aplikasi gambar bergerak: cinemagraphs di telefon.

Jika android anda boleh menggunakan aplikasi ini:
Jika IOS pula boleh menggunakan aplikasi ini:
Cinemagraph Pro (ada juga versi percuma)


Antara salah satu aplikasi dipilih kali ini adalah Zoetropic.

Berikut perkongsian Ida Latif (The Vocket) buat bila edit gambar pakai aplikasi ni:

- Elakkan dari pilih gambar yang susah dan terlalu rumit. Senang nak sunting.
- Gambar yang menarik ialah gambar yang ada air dan awan. Baru nampak benda tu bergerak jelas.
- Cari gambar yang terang. Kalau dah banyak sangat filter, pening sikit nak sunting.
- Pilihlah gambar yang cantik.
- Sebaiknya gambar bersaiz besar sebab dalam apps ni boleh zoom untuk edit sampai ke celah-celah batu. Tapi tak lah boleh zoom macam photoshop tu. Aplikasi ini pun percuma sahaja.
- Jadi anda boleh pilih nak bergerak bagaimana, dan ke arah mana.
- Mungkin akan menjejaskan sedikit kualiti asal gambar. Apapun tetap boleh menghasilkan gambar cinemagraphs yang cun!

Artikel asal dan jika mahu lihat contoh: https://www.thevocket.com/apps-gerakkan-gambar-kaku/

Antara rujukan:
Gambar-gambar: https://www.buzzfeed.com/danieldalton/
Beza antara cinemagraphs dengan animated gif - https://www.gallereplay.com/blog/question-corner
Antara koleksi gambar cinemgraphs yang menarik - https://www.hongkiat.com/

*****
Jika mahu sunting dan guna teknik sama dalam perisian Photoshop / After Effects:

Sumber: http://lesterbanks.com/

*****

Tidak kiralah menggunakan apapun perisian atau aplikasi, untuk teknik apa sahaja, perlu tetap cuba dan selalu explore, baru akan lebih faham dan mahir. Semoga berjaya!




Zëyad merupakan kumpulan nasyid berkonsepkan nasyid patriotik. Mereka terdiri daripada 6 orang anak muda. Nama Zëyad diinspirasikan daripada kisah seorang general dan juga gabenor Muslim di zaman Umayyah, iaitu Zëyad ibn Sufyan. Beliau berjaya menghalang pemberontakan Parsi semasa pemerintahan Mu'awiyah. Zëyad juga bermaksud tinggi, melambangkan semangat yang tinggi dalam lagu-lagu yang dinyanyikan.

ANGGOTA ZEYAD
~ Hussaini
~ Ubay
~ Kay
~ Hafif
~ Nu'man
~ Taufik
~ Dr. Hanif
~ Fahim

Instagram: @zeyadoriginal
Facebook: Zeyadoriginal

Berkenaan lagu Srikandi Besi

Pada September 2016, Dr. Fauziah Hassan dan Puan Norsyam Abu Bakar telah menyertai misi Women's Boat to Gaza (WBG) bersama 12 aktivis antarabangsa yang lain (wanita). Lagu "Srikandi Besi" adalah TRIBUTE kepada Dr. Fauziah Hassan dan Puan Norsyam Abu Bakar juga buat aktivis-aktivis wanita di seluruh dunia.

Lirik "Srikandi Besi" ini hasil nukilan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi MyCARE). Lagunya dicipta oleh komposer muda, Nu'man Jamal dan disusun oleh Pereka Muzik, Pak Ronny Rahmat dari Bandung, Indonesia.

Lagu yang bakal dinyanyikan oleh Zëyad ini diharapkan dapat memberikan semangat kepada ummah yang saban hari menantikan harapan yang masih belum tiba.



Lirik Srikandi Besi - Zeyad

Di saat umat tak terbela
Muncul wanita antara kita
Meredah samudera yang bergelora
Mengirim salam benua

Kelembutan mereka besi ditempa
Kesopanan mereka api menyala
Mematah iradah musuh durjana
Melambai damai saudara tercinta

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita
Aaaaaa...

Kelembutan mereka besi ditempa
Kesopanan mereka api menyala
Mematah iradah musuh durjana
Melambai damai saudara tercinta

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Amalmu dicatat tinta
Buat azimat sepanjang masa
Sehingga
Maruah ummah ditebus semula
Dengan darah
Keringat dan air mata...

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

*****

Sumber lirik: https://www.musixmatch.com/lyrics/Zeyad/Srikandi-Besi



BROTHERS merupakan sebuah kumpulan vokal nasyid yang telah bertapak semenjak tahun 1995. Sepanjang tempoh perjuangan mereka di dalam industri nasyid tanah air, sebanyak EMPAT buah album telah dilahirkan iaitu; WE ARE; SATU PERJUANGAN (1998); UNTUKMU TEMAN (2000) dan BROTHERS REUNITED (2005).

2 Malaikat (Dedikasi khas untuk Allahyarham Salleh Brothers) oleh @thebrothersofficial. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Instagram: @thebrothersofficial
Facebook: Brothers95official


Lirik 2 Malaikat - Brothers

Jika datang dua malaikat
kan bertanya
perkara pertama

Kau katakan padanya
Hanya dia Esa
Tiada selainNya
Yang kau tuju hanya Dia Satu

Damailah
Tenanglah
Jangan takut
Tuhan Maha Sayang

Kuyakin makna hidup ini
Telah kau temu
Pada cinta setiap
Kami yang rindukan mu

Dan tidaklah makna hidup ini
Sempurna tanpamu
Bagiku yang telah lama mengenalimu
Damailah teman di alam baru

Menanti masa kitakan bertemu
Jika datang dua malaikat
dan bertanya
perkara pertama
kau katakan padanya
hanya Dia Esa
tiada selainNya
yang kau tuju
hanya Dia Satu

Kuyakin makna hidup ini
Telah kau temu
Pada cinta setiap
Kami yang rindukan mu

Dan tidaklah makna hidup ini
Sempurna tanpamu
Bagiku yang telah lama mengenalimu
Damailah teman di alam baru

Menanti masa kitakan bertemu
Jika datang dua malaikat
dan bertanya
perkara pertama
kau katakan padanya
hanya Dia Esa
tiada selainNya
yang kau tuju
hanya Dia Satu


*****
Lagu lain yang menarik daripada Brothers; SABAR:


Pertanyaan dan tempahan persembahan sila hubungi 019-325 9983 & Brothers95official@gmail.com.

Sumber lirik: https://www.musixmatch.com
Gambar: IG @Shahrulhikmi



Xpose Band adalah sebuah band baru yang bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records Sdn. Bhd. Xpose Band ini terdiri dari 5 orang jejaka di mana Furhan (Vokalis), Eppy (Bass), Fakhrul (Gitar), Zaim (Keyboard) dan Taqim (Drummer). Ini adalah single pertama dari Xpose Band. Untuk mengenali lebih dekat Xpose Band, boleh follow instagram official_xpose dan juga suriarecords.


Lirik Lagu Xpose Band - Sandiwara

Verse 1
Andai aku diberikan waktu
Akan kuputarkan masa kembali
Biarpun mustahil diriku
Akan bersamamu

Verse 2
Di saat aku hanyut menjauh
Terkapai jatuh di lautan biru
Ku agungkan tentang diriku
Buat kau kecewa

Chorus
Biar apa terjadi
Biarku tanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara (2x)

Bridge
Kesilapan diriku
Kembalilah kasih semula
Hooo uuu ooo

Chorus
Biar apa terjadi
Biar kutanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara (2x)

Kembalilah kasih
Kembalilah kasih semula

*****

Facebook rasmi Xpose Band: @xposeband









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top