Saban hari semakin banyak drama melayu yang menarik untuk ditonton. Mungkin ada yang semakin berani, atau ada yang memilih untuk mencuba di luar kotak. Dua drama yang ingin saya sentuh di sini adalah drama Nur 2 dan Leftenan Zana.


Nur 2

Awal-awal lagi watak perempuannya, Ecah dan Nur membuatkan penonton geram. Iya, Ecah bagus dalam ketaatan dan Nur baik dalam sangkaan, namun di sini menunjukkan keterlaluan boleh mengundang kepada perkara tidak baik. Perlu taat, pada tempatnya. Perlu husnudzon pada tempatnya. Walaupun kita seakan tidak sangka kewujudan perempuan seperti mereka, namun yakinlah masih ada lagi, ramai.

Watak lelaki pula, yang menonjol sebagai protagonis: Hamadi yang masih tak insaf selepas tertangkap semakin menjengkelkan, serta Adam dan Mirul yang menunjukkan iman tetap diuji walau siapapun kita. Namun asas dan amalan agama memainkan peranan di sini.

Kekuatan ayah, Datuk Ayah Haji Mukhsin dan emak Adam; Datin Ibu Hajah Musalmah antara tunjang drama. Mereka wujud dalam real life. Seorang ayah yang tegas dan emak yang masih bersungguh memberi peluang.

Kemunculan Juita, yang bertindak mahu merampas begitu nyata sekali. Dia begitu tenang, licik dan teratur. Di hadapan baik, di belakang berniat sebalik.

Kemunculan Jojo; kawan baik Nur dan  Jiran yang prihatin ; Mak cik Wongshu juga menangka perhatian dalam Nur 2 kali ini.

Pengarah dan penulis skrip Nur 1 dan nur 2; Shahrulezad Mohameddin benar-benar mahu "mencabar" perasaan dan minda penonton kali ini nampaknya.
Gambar: Twitter @ainazkh_
Oh ya, siapa pernah berada dalam kem (tentera, polis, kadet pakaian seragam apa pun, sekalipun PLKN) akan mengimbau kenangan. Betapa seronoknya setiakawan, betapa indahnya berjuang dan berlawan dalam suasana mahu lepas dan berjaya, dalam erti kata lain, semua mahu berusaha keras menjadi seorang yang terbaik. Allah.. Rindunya kawad dan kawan-kawan.

Melihatkan Zana yang tegas dalam mahu mencapai cita-cita, kuat berusaha dan tabah melawan perasaan kecewa serta tidak berputus asa membuatkan ramai remaja (juga dewasa) meminati drama Leftenan Zana ini. Erti setiakawan juga dipamerkan. Cerita terbitan JS Pictures ini harus dipuji.

Bacaan lain: Leftenan Zana raih 10 juta tontonan

Kenangan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

Jika saya, selain rindu solat berjemaah, beraktiviti lasak dan menunggu waktu mula ambil hidangan dan kembali memegang telefon (setelah disimpan), saya teringat ditegur seorang Puan di kem tentang pelembab bibir saya, dia ingat saya pakai lipstick, katanya itu bukan masa berlawa, walaupun saya menegaskan ia hanya pelembab bibir yang jenis ikut darah, saya tetap disuruh hilangkan. Kelam-kabutlah juga. Hehe. Pengalaman ini menjadikan saya lebih peka dengan peraturan dan bersedia dalam banyak hal.

*Saya ada cerita tentang PLKN di artikel ini.

Belum lagi saya diberi tanggungjawab menjadi ketua 'rumah' saya (Bravo waktu itu), sekaligus menjaga adik-adik dan memberi arahan kawad, teruja dan seronok walaupun penat sedikit, kadangkala. Itu belum lagi wujudnya kejadian-kejadian kecil yang terpahat menjadi kenangan. Alhamdulillah, masih ramai sahabat-sahabat saya yang baik di sana yang masih berhubungan dengan saya. Kini, PLKN juga hanya tinggal kenangan.

Sekian. Terima kasih sudi membaca. :)

(Banyak lagi drama Melayu yang menarik terutama jika di RTM; slot Panggung RTM manakala di Citra adalah slot Citra Eksklusif).

Pendapat anda tentang drama-drama ini? Puas hati tak dengan ending drama Nur 2? Apa pula drama kegemaran anda?

Gambar: utusan.com.my
Alhamdulillah. Tahniah! Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61. Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Gambar kemenangan di peringkat kebangsaan (Sumber: Kosmo)
 Abdul Khair Jalil 
Gambar: Kosmo
Abdul Khair Jalil, pensyarah Ilmu Wahyu dan al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 40 tahun. pernah bergelar johan Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kuwait Kali Ke-7 pada 2016 dan johan qari Majlis Tilawah al-Quran 2019.



Sumber:
- Pensyarah UIAM Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
- Qari Malaysia hampir tarik diri kerana gugup

Nur Farhatul Fairuzah 

Gambar: @farhatulfairuzah
Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik, merupakan pelajar tingkatan 6 (lahir tahun 2000) di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan (SMAPL) ini mula belajar taranum sejak berumur lima tahun lagi. Mak beliau (Hajah Jaliah Haji Simin) dan ayah (Allahyarham Haji Panut bin Haji Markum) juga adalah bekas Qari dan Qariah. Ayahnya pernah menjadi Qari sekitar tahun 1990an dan maknya pula pernah bergelar Qariah pada 2004. Selain Farihatul, adik-beradik beliau yang lain juga pandai bertilawah. Malahan kakak beliau, Nor Faizah menyertai majlis tilawah tujuh kali iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011 dengan meraih naib johan buat kali ketiga pada 2014, 2016 dan tahun ini.

Gambar: Kosmo
Bersama arwah ayahnya dan emak: @farhatulfairuzah
Farihatul bersama kakaknya Faizah (Gambar: Metro).
“Arwah ada berpesan teringin melihat seorang anaknya bergelar johan tilawah. Malam ini (tadi) adik (Nor Farhatul) memenuhi impian itu,” kata Nor Faizah (kakak) ketika majlis Tilawah Kebangsaan tempoh hari.

Nur Farhatul Fairuzah yang merupakan pelajar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi sebelum menyambung pelajar di SMAPL, juga suka mendengar lagu-lagu arab dan tilawah berkata, beliau memasuki pertandingan untuk menilai kualiti bacaan. Ini adalah pertandingan besar pertama kali disertainya, sebelum ini cuma di peringkat sekolah dan negeri (peringkat kebangsaan dan antarabangsa).



Laman media sosial Nur Farhatul Fairuzah:

Instagram Nur Farhatul Fairuzah: https://www.instagram.com/farhatulfairuzah
Facebook Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul Fairuzah
Youtube Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul fairuzah

”Ampunkanlah” merupakan sebuah lagu genre “positive rap” hasil kolaborasi penyanyi dari tiga negara iaitu Ibnu the Jenggot (Indonesia), B-Heart (Malaysia) dan Adeep Nahar (Singapura). “Ampunkanlah” dicipta oleh Malique dan Tripdisz manakala lirik pula ditulis oleh Malique, Ibnu the Jenggot dan B-Heart. Mesej yang ingin dibawa ialah hidup manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi janganlah kita sesekali berhenti daripada meminta ampun dan maaf bukan setakat sesama manusia tetapi dengan-Nya juga. (Sumber: https://www.maliqueibrahim.com/).


Lirik lagu Ampunkanlah - Adeep Nahar, B-Heart, Ibnu The Jenggot

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

Pintu telah terbuka
Tepat di depan muka
Namun kaki masih ragu
Kembali ke semula
Hidup penuh tawa dan tangis
Suka dan duka

Rindu akan senyuman
Rindu akan pelukan
Pada Tuhan ku memohon
Pada Tuhan ku bersujud
Namun jiwa penuh futur
Kesalahan tak luput
Sering kali tergoda
Hati pun penuh noda
Menangis dalam doa
Tiap kali buat dosa

Harta lebih diberi pun
Tak balas memberi
Tak sanggup membayar tunai
Namun tetap membeli
Banyak minum air
Namun tetap haus jabatan
Halalkan segala cara
Tak menambah pendapatan

Takut akan azab
Hanya saat aku mendengar
Ayat dibunyikan
Jantung ini pun berdebar
Namun jalanku tak mudah
Sekejap ku terlupa
Lewat semak belukar
Penuh duri ku terluka

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

:
Setiap ungkapan
Setiap perkataan yang dipesan
Dengan rela hati tunduk
Mancari keampunan kempunan
Nilai maksud-maksud kedamaian
Sejurus rakus mula berselisih fahaman
Ingatan…barankali perlukan pertolongan
Menghulur tangan saat
Tenggelam berpimpin tangan
Dan usah diri ini beranggap selamanya muda
Esok lusa tentu tiada
Peluang kedua

Dan iya diuji hadap hipokrasi
Niat saksi
Sisi setia pada jati
Keegoan kian menambah
Jadi aura negatif di positifkan
Biar bercambah

Dan jika roh bangun
Sebelum jasadku bangkit
Ketika itu mengharap keampunanmu
Ku cekal dan redha
Terima luka dan sakit
Hidup di bawah naunganmu

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

Singkat kata kita semua
Makluk yang merugi
Hati mudah depresi
Lemah ketika diuji
Senang ketika dipuji
Lalai meski ditegur
Menangis menyesal bila
Sudah di dalam kubur

:
Dan enggan kembali tanpa amalan
Jadi tiap perbuatan merisik kemaafan
Menadah tangan ya ghaffar maha pengampun
Ampunkanlah sedetik
Sebelum seruan himpun

Ampunkan setiap langkah kakiku
Ampunkan setiap kata hatiku
Ampunkan setiap ucap lisanku
Ampunkan…
Ampunkan…

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah…



Video klip: https://www.youtube.com/watch?v=tPBCUAyFJO0
Sumber lirik: https://genius.com


Forevermore Lyrics Yuna | Yuna Zarai; singer songwriter, entrepreneur from Kuala Lumpur, Malaysia. Currently residing in Los Angeles. "Forevermore,” the new song from Yuna, available to stream or download on all platforms: https://Yuna.lnk.to/Forevermore //


Forevermore Lyrics - Yuna Zarai 

I feel the fire that burns inside,
I hear a choir sing through the night,
Don’t let it go, Don’t ever lose hope

I can feel the change this time,
(O uh) They’ll never take away what’s mine,
(O uh) I’m going to reach even higher,
I know

I found the strength I'm looking for,
I’ll take it to Forevermore,
Yeah I was scared but now I know,
That I can take it to,
That I can take it to Forevermore

I’ve been dreaming of this light,
Piercing through my darkest night,
I’ve been fighting all my life,
Reaching for the sky.

I can feel the change this time,
(O uh) They’ll never take away what’s mine
(O uh) I’m going to reach even higher, I know

I found the strength I'm looking for,
I’ll take it to Forevermore,
Yeah I was scared but now I know,
That I can take it to, That I can take it to Forevermore

Forevermore...
Forevermore...
Forevermore...
Forevermore...

I feel the fire that burns inside,
I hear a choir sing through the night,
Don’t let it go, Don’t ever lose hope..

I can feel the change this time,
(O uh) They’ll never take away what’s mine
(O uh) I’m going to reach even higher, I know

I found the strength I'm look
ing for,
I’ll take it to Forevermore,
Yeah I was scared but now I know,
That I can take it to,
That I can take it to Forevermore

Forevermore...
Forevermore...
Forevermore...
Forevermore...

Yuna (*picture from her facebook page)


// Follow Yuna on:

Apple Music: https://Yuna.lnk.to/AppleMusic
Facebook: https://Yuna.lnk.to/Facebook
Instagram: https://Yuna.lnk.to/Instagram
Tumblr: https://Yuna.lnk.to/Tumblr
Twitter: https://Yuna.lnk.to/Twitter
YouTube: https://Yuna.lnk.to/YouTube




Apa maksud Donde dalam lagu Andi Bernadee? Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana'. Selepas berjaya dengan lagu Satu Peluang, Andi muncul dengan lagu rancak dn catchcy berjudul Donde pula. Lagu dan lirik lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Alif (Magic Potions).

Lirik lagu Donde - Andi Bernadee

Chorus
Ke mana kau pergi
Ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang
Ummmm baee um baee um

Donde donde donde
Ta da da !
Donde donde donde
Oh na na !
Donde donde donde
Ta da da !
Ummmm baee um baee um

VERSE 1
Susah atau senang
Janji selamanya
Apa yang harus ku lakukan
Apa pun ku rela
Ku masih mencari mu di sana dan sini
Aku tak akan membiar kamu sendiri
Mama tak pasti
Ayah tak pasti
NO !

PRE- CHORUS
Bermula tiap hari
Dari hari ke minggu
Dari minggu ke bulan
Donde

Chorus
Ke mana kau pergi
Ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang
Ummmm baee um baee um

Donde donde donde
Ta da da !
Donde donde donde
Oh na na !
Donde donde donde
Ta da da !
Ummmm baee um baee um

VERSE 2
Aku cuba mengingat kembali
Segala salah silap
Setiap kali kami bergaduh mulut
Siapa yang senyap
Tetap ku mencari tanya sana dan sini
Kemana kau pergi
Ku tak sabar menanti
Kawan tak pasti , bekas cinta tak pasti
NO !

PRE-CHORUS
Bermula tiap hari
Dari hari ke minggu
Dari minggu ke bulan
Donde

#CHORUS 4X

Donde donde donde
Ta da da !
Donde donde donde
Oh na na !

Gambar: Instagram @andibernadee
Listen to DONDE here: https://wmm.lnk.to/Donde

Lirik: https://www.youtube.com/watch?v=uGiG6bC6b4E
Berita: http://www.gempak.com

Gambar: https://pixabay.com
Menurut laman web malaysiatercinta.com, B40 (Bottom 40%) ialah golongan berpendapatan rendah. B20 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada pada kedudukan paling bawah dari aspek pendapatan isi rumah (berpendapatan terendah). Isi rumah yang tergolong dalam kumpulan B40 ialah yang berpendapatan purata kurang daripada RM3,860 sebulan.**

Kumpulan isi rumah* B40 juga merangkumi isi rumah Miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM950 dan Miskin Tegar yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM580.

* Isi Rumah ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara atau orang yang tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makan dan keperluan hidup yang lain.

** Statistik berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (PPPIR) 2014. Jumlah pendapatan bagi setiap gologan akan berubah setiap tahun bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan (insurans) kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40.

Siapa yang dapat mySalam ni? - Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam

Senarai 36 penyakit kritikal:  https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM

Soalan-zoalan lazim:  https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Sumber: https://www.gcarian.com/skim-perlindungan-nasional.jsp

Apakah PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Apakah manfaat PeKa B40?
  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Soalan-zoalan lazim: https://www.pekab40.com.my/soalan-lazim

Telefon: +603 2730 7575
Emel: info@pekab40.com.my

Bantuah Sara Hidup

- https://bsh.hasil.gov.my/

Rujukan lain: Soalan Lazim : Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)



Selepas popular dengan lagu Menahan Rindu, Rintihan Rindu, Ewah-ewah, Semaikan Cinta, Semarak Syawal dan beberapa lagi lagu dengan pasangan duetnya Tajul, artis berpendidikan dan cantik manis ini; Wany Hasrita muncul pula dengan lagu terbaru berjudul Terlalu Memuja (yang mana video muziknya dirakamkan di Korea), juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Curi-curi Cinta.

Lirik Lagu Terlalu Memuja - Wany Hasrita

Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia

Kini sepi dalam memori semalam

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Kutempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
Hooo
Terlalu memuja

Di sini berakhir segala
Episod bersamanya

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Kutempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
Hooo
Terlalu memuja
Aku dipersia
Tibalah waktunya
Rintihan berlalu


Gambar: Instagram Wany Hasrita-  @wanyhasrita
Sumber lirik: https://www.musixmatch.com
Berita: https://www.bharian.com.my


Muhammad Raziq Rosli (Zynakal) yang muncul dengan lagu baru berjudul Terbang berusia 20 tahun (2018). Menariknya, hanya selepas sejam video muzik Terbang dimuat naik di laman Youtube telah pun mencecah 10,000 tontonan dan sehingga kini mengumpul lebih 330,00 tontonan iaitu dalam 3 hari sahaja.


Lirik Lagu Terbang - Zynakal

INTRO
TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
VERSE 1
Mengkaji sekeliling
Mereka kuat buat bising
Sahutan tak berpaling
Sedangkan yang paling penting
Cuba mentafsir niat yang tersirat
Ini sifir kubuat untuk kupunya peminat kuat

Hari demi hari
Mengkaji dan mencari
Hasil berkualiti dari setiap generasi
Bangun dari mimpi mohon jadi realiti
Demi sesuap nasi dan bawak balik bukti
Angan-angan cuma mahu satu senyuman
Tiada lain senyuman yang melahirkan
Ulang tayang kenangan
Hilang bayang kenangkan
Betulkan alasan sebelum buat rumusan

PRE CHORUS
TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

TERBANG TERBANG
VERSE 2
Niat hati cuma mahu cuba
Jika salah tegurlah
Kumengalah terima

Tak pernahkah
Kau rasa salah
Apa salahnya?
Itu masalah
Serba salah serah
Tumpah darah merah
Geli jadi gelisah
Benci pun jadi marah

Mengaku salah takpa, SEDAR!
Taknak mengalah Takpa, SABAR!
Yang salah tak nak kalah, BIAR!
Yang sudah tu sudahlah, DENGAR!

PRE CHORUS
TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

TERBANG TERBANG
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang

TERBANG TERBANG



Sumber lain: https://iluminasi.com




Rencana Berbahaya
Berikut adalah penerangan melalui video rasmi di youtube lagu mereka: selama beberapa pekan di awal 2018, Indra menghabiskan hampir setiap pagi di sebuah bangku taman di dekat rumahnya—menulis beberapa lagu baru untuk mengisi babak berikutnya. Salah satunya berjudul Rencana Berbahaya—sebuah lagu anthemic tentang seseorang yang nekat mewujudkan sebuah niat yang berpeluang nyaris nihil. Sepakat memilih lagu tersebut untuk dijadikan rilisan perdana di 2018, The Rain menghabiskan waktu sekitar dua bulan di studio—mencoba beberapa versi aransemen dengan tempo dan nada dasar yang berbeda—hingga akhirnya master Rencana Berbahaya berhasil dirampungkan pada pertengahan April. “Proses yang lama dan menguras energi, tapi sepadan dengan hasilnya,” ujar Iwan yang juga menjadi peramu rekam untuk single ini. “Tidak sabar untuk memainkannya di panggung.”


Lirik lagu Rencana Berbahaya - The Rain

Sejak kemarin hatiku tak karuan
membayangkan beberapa kemungkinan
Apa yang bisa terjadi
jika gagal kali ini

Sederetan petuah para sahabat
telah aku pelajari dengan cermat
tapi aku juga tahu
nyaris nihil peluangku

Untuknya aku beranikan diri

Rencana berbahaya ini
tak bisa aku tunda lagi
Meskipun kesempatanku satu banding seribu
biar aku hadapi

Dia bilang aku teman yang pengertian
slalu setia kapanpun dibutuhkan
Tak juga dia menyadari
isyaratku slama ini

Tuhan tolonglah, dia bodoh sekali

Rencana berbahaya ini
tak bisa aku tunda lagi
Meskipun kesempatanku satu banding seribu
biar aku hadapi

Wahai jari jemari, bekerjasamalah
Jangan gemetar nanti
menggenggam tangannya

Dari kiri: Iwan Tanda (gitar, vokal), Ipul Bahri (bass), Indra (vokal/ gitar) dan Aang Anggoro (pemain dram).
 ------------------------------------------
Gambar: @therainband

Lagu lain: Hingga Detik Ini


Setelah pernah muncul dengan lagu Sekali Lagi dan Sempurna, pelakon dan penyanyi; Naim Daniel muncul dengan lagu terbaru berjudul Sumpah. Sambutan terhadap muzik video lagu ini di youtube juga sangat menggalakkan. Dikatakan lagu ini bakal menjadi lagu tema drama sedih bersiri Pia yang turut menampilkan Naim sebagai pelakonnya.

Lirik lagu Sumpah - Naim Daniel

Verse
Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima

Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela

Cinta
Akan ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu

Chorus
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
 Dengarkanlah aku
Jiwa ku tulus untuk mu

Bridge Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setia ku kan tetap ada di sini
 ____

Lagu: Naim Daniel & Omar K
Lirik: Naim Daniel



Instagram Naim Daniel: @naimdanielx


*****

Kemaskini: Tahniah Naim Daniel juara Anugerah Juara Lagu 34!


Ini persembahan Naim Daniel untuk lagu Sumpah masa AJL 34 baru-baru ini:



Makeup beliau hari itu oleh evashahrul, dan pakaian pula oleh Hatta Dolmat.

Gambar: @tv3malaysia


Gambar: wikipedia.org
Tahniah Yaashwin Sarawanan, Human Calculator dari Malaysia yang mendapat tempat kedua dalam Asia's Got Talent 2019. Juga buat Nama The Music, kumpulan acapella wanita yang berjaya ke grand final.

Yaashwin Sarawanan

Gambar: @asiasgottalent
Menggunakan gelaran 'Human Calculator' atau Manusia Kalkulator, Yaashwin Sarawanan dari Kuala Lumpur, yang baru berusia 15 tahun itu telah mengejutkan juri Asia's Got Talent 2019; David Foster, Anggun, dan Jay Park, dengan keupayaannya membuat pengiraan matematik secara congak.

Instagram Yaashwin Sarawanan: @yaashwinning (Yaashwin Sarawanan)
Antara persembahan Yaashwin Sarawanan: https://www.youtube.com/watch?v=kvymoFdjuHw&t=24s




Sumber: https://says.com

Nama The Music

Gambar: @faradolhadi

Nama The Music diangotai empat orang wanita iaitu: Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida.

Memetik artikel dalam hmetro.com.my, kumpulan itu bagaimanapun sangat terharu apabila penyertaan mereka dalam program berprestij itu mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Nur Fazrina berkata, sebaik episod uji bakat mereka ditayangkan, jumlah pengikut di Instagram naik mendadak daripada lebih 6,000 mulanya dan kini sudah mencecah lebih 30,000.

Instagram Nama The Music: @namathemusic (NAMA)
Antara persembahan Nama The Music: https://www.youtube.com/watch?v=meZZRca3yGg

Gambar: https://pixabay.com
Kali ini saya kongsikan sikit pautan berkaitan cara mahu kecilkan saiz fail pdf (resize pdf file), aplikasi untuk imbas (scan) dokumen dan cara tukar (convert) word ke pdf. Jika ada tips tambahan atau pembetulan, sila tinggalkan di ruangan komen. Semoga bermanfaat!
  • Kecilkan saiz fail pdf (resize pdf file)
- (Online) Kecilkan saiz fail pdf: https://smallpdf.com/compress-pdf
- (Software)  Perisian untuk komputer (download): PDF Compressor 2.0
- (Aplikasi untuk telefon) kecilkan saiz fail pdf: Compress PDF Files size
  • Mengimbas (scan) dokumen
- (Android) Scan dokumen; CamScanner - Phone PDF Creator
- (Iphone): Gunakan aplikasi notes, ada fungsi scan dokumen di situ. (Tutorial)
  • Cara tukar (convert) word ke pdf.
Tukar fail WORD KE PDF
- Guna Microsoft Word: Tutorial
- (Online) Tukar Word ke PDF: https://jinapdf.com/word-to-pdf-file.php

Tukar fail PDF KE WORD
- Guna laman web MauKerja: Maukerja Malaysia







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top