Suatu bulan bernama Ramadan 

Dipenuhi rahmat juga kemuliaan 

Padanya Al-Quran telah diturunkan 

Wahyu pertama telah disampaikan 


Lailatul Qadar di bulan Ramadan 

Para malaikat sebarkan ganjaran 

Lebih baik daripada seribu bulan 

Tingkatkan ibadah lebihkan amalan 


Madrasah Ramadan mendidik hati 

Menyuluh jiwa yang gelap sunyi 

Awalnya rahmat menyapa nurani 

Tunduk berserah kepada Ilahi 


Pertengahannya bak embun pagi 

Menyuci dosa yang lama berdaki 

Gerbang maghfirah luas terbentang 

Menanti insan kembali pulang 


Lailatul Qadar di bulan Ramadan 

Para malaikat sebarkan ganjaran 

Lebih baik daripada seribu bulan 

Tingkatkan ibadah lebihkan amalan 


Di penghujungnya haruman syurga 

Menyambut insan yang telah berjaya 

Terlepas dari azab neraka 

Kerana taqwa mekar di jiwa 


Ramadan medan tarbiah diri 

Melentur nafsu menyemai budi 

Usah biarkan Ramadan pergi 

Tanpa mendapat ampunan Ilahi

 ISYFA’LANA





Keluh-kesah manusia

Secebis ihsan didamba

Merintihlah pada 

Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa


Namun mereka tak berupaya

Melepas derita

Pergilah semua rayu kepada

Sayyidul Anbiya’


Isyfa'lana wahai pembelaku

Di bawah Arasy-Nya

Kau bersujud

Seruanmu

"Ummati ummati"

Bukti cintamu merentas waktu


اشفع لنا

اشفع لنا


Mungkin aku bukan masyhur

Saat hidupku di dunia 

Tapi biarlah wajahku

Dalam pedulimu di sana


Kerana pasti semua merintih

“Ya Rasulallah!”

Walau tak pernah menyeru di dunia

Pastinya mendamba


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ 

يَوْمَ الْقِيِامَةِ




 



Lirik - Kau Yang Mencukupi


Ya tuhanku

Kasih Sayang MU

AKu pohonkan selalu

Kau kurniakan kasih sayang MU

Sepertimana kepada kekasih-MU


Pre chorus 

Tiada hakikat kasih sayangMu

Ku tadah kan kedua tanganku

Ku pohon rahmat dari MU


Chorus


Cukuplah KAU Yang mencukupi diriku, 

Tuhan yang maha Agong lagi maha besar

Kaulah tempat Sandaranku

Tempat ku berteduh

Hakikat cintaku yang terulung.


Rap - Man Kinabalu 


Allahuakbar, kau la tuhan yg maha besar

Tika ku lalai kau tegur buat hati bergetar

saat ku kurang kau mencukupi segala gala

mengenang dosa sampai ku jatuh kan air mata


Kau maha memberi lagi yg maha penyayang

Dosa ku besar tapi kau masih beri peluang

Bersujud tunduk memohon ampun maaf dari mu

agar ku dapat tempat bila tiba di syurga mu



Zikir 

Hasbunallahuwanikmal wakil.. wanikmal maula wanikmalnasir


Solo


Pre chorus 

Tiada hakikat kasih sayangMu

Ku tadah kedua tanganku

Ku pohon rahmat dari MU


Chorus


Cukuplah kau mencukupi diriku, 

Tuhan yang maha Agong lagi maha besar

Kaulah tempat Sandaranku

Tempat ku berteduh

Hakikat cintaku yang terulung.


Man Kinabalu - Rap


Allhamdulillah segala puji bagi kau ya rabbi

izinkan ku bertaubat dosa ku engkau ampuni

terlalu banyak salah ku Tak terhitung oleh jari

Ku tak layak syurgah mu mohon dosa di ampuni


Kau tempat ku mengaduh sampai jatuh air mata

kisah duka dan suka hidup ku telah kau jaga

engkau la maha suci Allah yg mengasihani

terima kasih Pada mu kau yg maha mencukupii


2 kali

 



Goyangkan kaki mari menari

Hiburkan hati di aidilfitri

Laguku ini jadi temanmu

Turut sama raikannya


Syawal menjelma kini hari raya

Kunjung-mengunjung sanak dan saudara

Yang tinggal di kota

Yang duduk di desa

Sama sambut hari raya


Mama mama mama mama papa

Indah sungguh di hari raya

Berpakaian cantik 

Oh indah berseri warna-warni


Mama mama mama mama papa

Raya kita sambut bersama

Tua dan muda, miskin dan kaya

Jom happy bersama hari yang mulia


Selamat, selamat hari raya 

Aidilfitri, fitri mulia ahah

Ampun maaf, maaf kupinta

Mensuci hening hening dosa ahah


Lupakan kisah dulukala

Bersalaman sesama kita

Di hari yang bahagia

Sucikan hati tenangkan jiwa


Mari menjamu selera

Pilihlah yang mana suka

Jangan sedih, jangan berduka

Selamat hari raya


(Rap)

Tak sabar rasanya nak kumpul duit raya

Mama papa abang adik famili semua ada

Kuih muih ketupat rendang makan telah terhidang

Luangkan masa, lupa sengketa, jom happy sama-sama


Mama mama mama mama papa

Indah sungguh di hari raya

Berpakaian cantik 

Oh indah berseri warna-warni


Mama mama mama mama papa

Raya kita sambut bersama

Tua dan muda, miskin dan kaya

Jom happy bersama hari yang mulia


Selamat, selamat hari raya 

Aidilfitri, fitri mulia ahah

Ampun maaf, maaf kupinta

Mensuci hening hening dosa ahah


Lupakan kisah dulukala

Bersalaman sesama kita

Di hari yang bahagia

Sucikan hati tenangkan jiwa


Mari menjamu selera

Pilihlah yang mana suka

Jangan sedih, jangan berduka

Selamat hari raya










 




Lirik:

Semua menanti kehadiranmu ,

Kau muncul untuk menerangi bumi ,

Ramadhan ini amat bererti ,

Rindunya hati teramat rindu


Ya ramadhan kau tiba ,

Ya ramadhan ku hiba ,

Bulan yg ku tunggu tunggu ,

Untuk ku rasakan rahmat mu


Tepuk dada tanya diri sendiri

Pilihan ada di kanan dan kiri

Ramadhan ini amat bererti

Bulan untukku mensucikan diri


Ya ramadhan kau tiba

Ya ramadhan ku hiba

Bulan yg ku tunggu tunggu

Untuk ku rasakan rahmatmu


Ya ramadhan kau tiba

Ya ramadhan ku hiba

Bulan yg ku tunggu tunggu

Untuk kurasakan rahmatmu 


Aku mohon padamu

Kau terimalah taubatku

 



Di ruang sepi jiwaku bergema

Langkahku hilang arah tanpa makna

Bayang malam panjang

Menelan suara aku mencari

Tapi entah di mana


Rasa yang kian menjerat

Sunyi semakin mengikat

Namun hati masih berbisik


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih


Andai benar cintaku pada dia

Mengapa jarang ku baca suratnya

Sedangkan setiap helaian suci itu

Penenang hati yang mengubati kalbu


Rasa yang kian menjerat

Sunyi semakin mengikat

Namun hati masih berbisik


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih


Dalam tiap kalimah

Ku temui arah

Membawa jiwa kembali berserah


Al-quran cahaya abadi

Menyuluh lorong yang sepi

Hikmahnya bagai embun suci


Al-quran penawar gelisah

Cahaya yang menerangi

Setiap huruf bagai

Pelukan kasih




https://www.lyrics.my/artists/furqan-fawwaz/lyrics/pelukan-kasih-with-ammar-mukhlis




 



Verse

Diberi ujian,

Sampaikan…

Ratusan cinta-Mu,

Padanya…

Menemankan sakit yang ada…


verse 2

Temui…jalan yang dinanti,

Sampaikan,

KasihMu padanya,

Aku merayu, sembahku PadaMu.


Chorus

Yang Maha Besar, Kau berikan sembuh padanya,

Yang Maha Pengasih, 

ampunkanlah dosa darinya,

Yang Maha Kaya, 

Kau berikan cinta terang di dunia,

Yang Maha Mencipta, Kau tenangkan dirinya.


Dia hambaMu… 


Bridge

Ya Tuhan Ku Bantulah..

hambaMu… haa…


ulang Chorus




 




Verse 1: 

Sudah tibanya kian lama, hari bahgia, hari mulia 

Setahun sekali berjumpa, saling ziarah, diramah mesra 

Senang hati terasa, bila dekati sama tersayang,

 Aidilfitri menjelma, dari paginya dibakar lemang. 


Pre-chorus: 

Ini masanya Haji Nabil bersuara, 

Sila terima Dendangan istimewa 


Chorus: 

Tak sabar nak Raya 

Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja! 

Tak sabar nak Raya

Duit-duit raya, jangan dilupa! 

Tak sabar nak Raya 

Beli-beli baju, matching semua!

Tak sabar nak Raya 

Kosong-kosong, tak sabar nak raya! 


Verse 2: 

Sudah tibanya pagi raya, 

Terhias sudah, indah suasana, 

Anak-anak bergelak tawa, 

berseri wajah, segak belaka~ 

Bertaut salaman, mohon maaf, silap dan salah, 

Usah segan-segan, ayuh kita bersama menjamah.


Pre-chorus: 

Ini masanya Haji Nabil bersuara, 

Sila terima 

Dendangan istimewa 


Chorus: 

Tak sabar nak Raya

Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja! 

Tak sabar nak Raya 

Duit-duit raya, jangan dilupa! 

Tak sabar nak Raya 

Beli-beli baju, matching semua! 

Tak sabar nak Raya 

Kosong-kosong, tak sabar nak raya!


//Breakdown 

Chorus: 

Tak sabar nak Raya 

Cepat-cepat balik, tinggalkan kerja!

Tak sabar nak Raya 

Duit-duit raya, jangan dilupa! 

Tak sabar nak Raya 

Beli-beli baju, matching semua! 

Tak sabar nak Raya 

Kosong-kosong, tak sabar nak raya!

 



LIRIK : HAPPY HAPPY AIDILFITRI


GEMA TAKBIR BERGEMA

DIKOTA DAN DESA

RAMADHAN TINGGAL KAN KITA

KINI SYAWAL TIBA


BUANG SENGKETA LAMA

YUK BERGEMBIRA

SAMBUT SYAWAL MULIA

BERSAMA KELUARGA


RIUH RENDAH DI DAPUR

MENYIAP JUADAH

ANAK ANAK BERSORAK ESOK HARI RAYA


SERBA BARU SERBA INDAH

HATIKU GEMBIRA

SAMBUT SYAWAL MULIA

BERSAMA KELUARGA


AIDILFITRI HEY HEY

SETAHUN SEKALI

HAPPY HAPPY HEY HEY

BUANG HASAD DENGKI


MINTA AMPUN EMAK

MINTA AMPUN BAPAK

SALAH KAMI MOHON DI AMPUNKAN


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA

SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN


IKHLAS DARI KAMI 

SUSUN SPULOH JARI

MARI KITA SAMBUT AIDILFITRI

 




HAVOCNYA RAYA 


Hari raya pada tahun ini

Baju raya sudah kamu beli

Kalau belum jangan susah hati

Baju lama kan elok lagi


Jangan kamu semua bimbang

Dapat balik kampung hati senang

Dapat bermaaf dengan ibu bapa

Hari raya cukup bermakna


Mari kita bersama

Jom kita balik raya

Anak-anak tentu gembira

Macam mana nak balik


Kita tak ada kereta

Kita tumpang apa yang ada

Kawan semua ikut kataku

Ibu bapa semua dah tunggu


Kita buat muka tak malu

Asal balik kampung

Ya hooo…


Kau tahu

Kau tahu

Kau tahu

Kau tahu

Aku pun tak tahu


Sampai dikampung hati senang

Dengan orang pencen pun kita sembang

Baru mereka semua sayang

Sebab kita hormati orang


Yang duduk bandar jangan bimbang

Lagi empat hari kami akan pulang

Kita makan dan duduk bersama

Sambil makan maaf dipinta


Mari kita bersama

Jom kita balik raya

Anak-anak tentu gembira

Macam mana nak balik


Kita tak ada kereta

Kita tumpang apa yang ada

Kawan semua ikut kataku

Bapa korang semua dah tunggu


Kita buat muka tak malu

Asal balik kampung

Ya hooo…

Nak naik apa


Tak tahu

Tak tahu

Tak tahu

Tak tahu…..


Hari raya pada tahun ini

Baju raya sudah kamu beli

Kalau belum jangan susah hati

Baju lama kan elok lagi


Jangan kamu semua bimbang

Dapat balik kampung hati senang

Dapat bermaaf dengan ibu bapa

Hari raya cukup bermakna


Mari kita bersama

Riang dan gembira

Lupakan rasa duka nestapa


Mari kita bersama

Riang dan gembira

Sama HAVOC di hari raya

( Ulang rangkap akhir 1 dan 2 ) 2x

HAVOC…nya…raya

 


LIRIK


Dimula dengan bismillah

Terfikir ketika mengunyah

Ai masih bulan puasa

Tapi otak angan tak sudah


Bukannya hati tak sabar

Tapi hanya mahu bersedia


Baju raya check ✅

Kasut raya check ✅

Duit raya dah dalam kocek

Kuih raya check ✅

Service kereta check✅

Sudah ready aku nak balik

Setahun sekali Raya AidilFitri

Pakat jumpa family

Nak story mori

(Story apa tu?)

Check, check, check

Raya check!


Sampai kampung Alhamdullilah

Dapat jumpa ibu dan ayah

Belum habis penat lelah

Baru duduk dah kena sergah

Muka ibu dah tak manis

Semua punca ku lupa beli ais


Bukannya hati tak sabar

Tapi hanya mahu bersedia


Baju raya check ✅

Kasut raya check ✅

Duit raya dah dalam kocek

Kuih raya check ✅

Service kereta check✅

Sudah ready aku nak balik

Setahun sekali Raya AidilFitri

Pakat jumpa family

Nak story mori

(Story apa tu?)

Check, check, check

Raya check!


Baju raya kasut raya

Duit raya kuih raya

Baju raya kasut raya

Duit raya kuih raya

Baju raya kasut raya

Duit raya kuih raya

Bukannya tak sabar

Tapi hanya bersedia


Baju raya check ✅

Kasut raya check ✅

Duit raya dah dalam kocek

Kuih raya check ✅

Service kereta check✅

Sudah ready aku nak balik

Setahun sekali Raya AidilFitri

Pakat jumpa family

Nak story mori

(Story apa tu?)

Check, check, check

Raya check!


Eh, mana part aku?!

 




Lyrics:


Pok pek pok pek


Al kisah hari pertama

Sampailah hari kelima

Semua nak bercerita

Pok pek pok pek


Hari raya semua bla bla bla

Dari pagi hingga pelita menyala

Adik adik lari sini sana

Adoi peningnya


Pok pek pok pek

Sembang apa lagi

Lama gila tak henti henti

Pok pek pok pek

Pandang sana sini

Raya ini tak habis habis


Pok pek pok pek

Pok pek pok pek

Pok pek pok pek


Kepala jadi gila

Acik bawang guerilla

Ada saja berita

Golek golek

Pecah perut ketawa

Kuih tak sempat rasa

Cerita dah panjang berjela

"Eh bila nak kahwin ni?"


"Makcik"

"Takde anak lagi?"

"Makcik boleh tak pergi"

"Ish ish ish"

Al kisah Pok Pek Raya !

Pok pek

Pok pek lagi

Pok pek

Pok pek raya

Tiba aidilfitri

Sembang tak berhenti

Semua orang bergembira


Pok pek

Pok pek lagi

Pok pek

Pok pek raya

Cak cak cak cok

Cak cak cok

Sembang tak habis lagi

Pok pek pok pek raya

 



Lirik : Raya Kira Jadi


(verse 1)

syawal telah tiba

tahun ini sama 

anak bulan dah menjelma 

tapi jodoh tak kunjung tiba 


(verse 2)

masak rendang sudah 

kemas rumah sudah 

yang datang semua berpunya 

makcik bawang mula bertanya !!!


(pre chorus - dialog ) 

haa ! ni anak2 makcik semua dah menikah , ate kome bila lagi ? dah tua bangka tak reti2 kejap2 makcik up dalam pesbuk ! upload ah meledak 



(chorus) 

baju raya ! 

kita ! sama ! 

eh jum lah beraya .. 


daripada raya kita kosong 

alangkah elok kita sekampung 


kampung awak jadi kampung saya 

ibu ayah awak mertua saya 


alang - alang semua disini 

mana kadi ? 

raya ini kira jadi ! 



solo


(pre chorus - dialog ) 

Dengan ini , saya 

selaku pemegang jawatan tertinggi presidence single sedunia 

ingin mengumukan 


TAHUN NI RAYA TAK KOSONG !!! 


(chorus) 

baju raya ! 

kita ! sama ! 

eh jum lah beraya .. 


daripada raya kita kosong 

alangkah elok kita sekampung 


kampung awak jadi kampung saya 

ibu ayah awak mertua saya 


alang - alang semua disini 

mana kadi ? 

raya ini kira jadi ! 


kampung awak jadi kampung saya 

ibu ayah awak mertua saya 


alang - alang semua disini 

mana kadi ? 

raya ini kira jadi ! 


(ending)

kampung awak jadi kampung saya 

ibu ayah awak mertua saya 


alang - alang semua disini 

mana kadi ? 

raya ini kira jadi ! 


raya ini kira jadi …

raya ini kira jadi

 



Lirik Nak Balik Raya:


raya raya...raya raya..

Asal lain.. raya raya

lalalala hari raya... hey

lalalala hari raya.


lalalala hari raya...

lalalala baju raya

lalalala kueh raya... lalala banyak lalat


eh ini cerita bila tiba hari raya

kecoh suasana huru hara berbelanja

beli baju raya kueh raya semua benda

sampai dia lupa eh kereta kecik saja


bila nak balik kampung

baru dia tau nak mintak tolong

barang dah penuh semua dia sumbat

kereta dah padat , apa nak buat


balik balik raya

nak balik 3x ..nak balik raya yayaya


balik balik raya

nak balik 3x ..nak balik raya yayayaya


ei nak balik raya.. balik kampung kita

balik lah beraya 


lalala nak balik raya

balik kampung kita

balikkkk ..hari raya


Rap Tiara:

jalan raya sesaklah 

Ayah bawak lambat lah

Dalam kereta bosan lah

Mama bebel kuat lah

perut pun dah lapar lah

saya tak tahan sudah

kalau esok dah raya

bagi banyak duit raya


bila nak balik kampung

baru dia tau nak mintak tolong

barang dah penuh semua dia sumbat

kereta dah padat , apa nak buat

(Tolonglah!!)


balik balik raya

nak balik 3x ..nak balik raya yayaya


balik balik raya

nak balik 3x ..nak balik raya yayayaya


ei nak balik raya.. balik kampung kita

balik lah beraya 


lalala nak balik raya

balik kampung kita

balikkkk ..hari raya


ei nak balik raya.. balik kampung kita

balik lah beraya 


lalala nak balik raya

balik kampung kita

balikkkk ..hari raya


(dialog ending)




Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

Mukmin berjasa diawal zaman


Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu

Kami gembira dengan pemergian mu


Malam mereka meriah disimbah nur al quran

Tapi malam kami muram bertemukan mu

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu


Hati mereka bercahaya digilap takwa

Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan


Takbir kami lesu tak bermaya

Tanda kalah lemah tak berdaya


Puasa sekadar lapar dan dahaga




sumber:  https://pemudattbc.blogspot.com/2022/04/the-zikr-ramadhan-2-zaman.html






 LIRIK:






(Hael)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh kita sambut raya

Raya buat macam raya (All & Hael)


(Hael & Alpha)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh sayang kita raya

Raya buat macam raya


Verse1:

(Ray-D)

Ring Ring

Mak dah call now nervous

Ring Ring

Tanya bila nak balik

Jangan pulak tak balik 


(Araff)

Now kaching ching ching ching ching 

Now ayah kau pulak

Ching ching ching ching ching 

Kata maknya dah bising 

Balik nak yah dah pening


Pre-Chorus:

(Izat)

Pulang marilah pulang

Bersama-sama

(Izat & Rizal)

Ingat ada yang sedang menunggu 

Kepulangan mu



Chorus:

(Hael)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh kita sambut raya

Raya buat macam raya (All Hael)


(Hael & Alpha)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh sayang kita raya

Raya buat macam raya


Verse 2: 

(Ariel)

Lemang check

(Ray-D)

Rendang check 

(Araff)

Kuih check 

(Sky)

Baju check

(Sky)

Ubat pening jangan lupa kut kut perlu 

Duit raya check


(Ariel)

Langkah pertama di pagi raya 

Bersalam-salam dahulu

(Daniel)

Langkah kedua lepas je salam

Get ready soalan panas


Chorus:

(Hael)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh kita sambut raya

Raya buat macam raya (All Hael)


(Hael & Alpha)

Hari Raya

Selamat berhari raya

Ayuh sayang kita raya

Raya buat macam raya



Post Chorus:

(All)

Selamat hari raya

Semua sanak saudara saudari

Selamat hari raya 

Setahun raya hanyalah sekali 


(All)

Outro:

Selamat Hari Raya




 




Selamat Hari Raya walau di mana kita berada

Tahun ini semua raya di mana?

Kalau ditanya, saya di desa

Kampung halaman, menjadi teman

Sudikah singgah, beramah mesra 


Tahun ini semua raya di mana?

Ada rezeki kita bersua

Salam-salaman, maaf-maafan

Mencipta suasana bahagia


Adik, abang, kakak turut serta

Mari pulang bersama


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya


Tahun ini pulang raya naik apa?

Kereta api, bas atau kereta?

Kapal terbang, pasti tersedia

Dekat dan jauh ada jalannya


Adik, abang, kakak turut serta

Mari pulang bersama


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Baju dah gosok ke? (Sudah)

Kuih dah susun kan? (Sudah)

Langsir dah gantung? Semuanya lengkap

Ibu berbedak

Ayah dah segak

Menunggu pulangnya anak-anak


Mari beraya, kita beraya

Semuanya jom pulang beraya


Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Selamat hari raya!!

Selamat hari raya walau di mana kita berada

Selamat hari raya tak kira di mana merantau tetap sambut hari raya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya


Lekas sayang, lekas pulang

Mari menyambut raya

Kalau senang, jemput datang

Beraya dengan saya

















[Verse 1]

حَبّيتَك ما خَبّى

وجودك تعلِّّقنا

والله تْقرب كملي عيد

حبي عليكِّ بِّيِّزِّيد


[PreChorus]

قَلبي نادى تعال

خليك ويَّايَا ليلة

خُذِّي قلبي وتنال

وحُبِّّنا مُوَلَّعَة


[Chorus]

Bila, bila, bila, habibi renungku, dunia rasa terhenti

Suaramu bak bayu menyapa

Cukup lembut senyummu

Cukup indah pandang matamu


[Chorus]

Malam, malam, malam habibi, bintang yang menjadi saksi

Cinta ini bukan sekadar janji

Nyala hidup di dada

Makin kuat bila kau ada


[Verse 2]

حَبّيتَك ما خَبّى

وجودك تعلِّّقنا

والله تْقرب كملي عيد

حبي عليكِّ بِّيِّزِّيد


[PreChorus]

قَلبي نادى تعال

خليك ويَّايَا لـ ليلة


[Chorus]

Bila, bila, bila, habibi renungku, dunia rasa terhenti

Suaramu bak bayu menyapa

Cukup lembut senyummu

Cukup indah pandang matamu


[Chorus]

Malam, malam, malam habibi, bintang yang menjadi saksi

Cinta ini bukan sekadar janji

Nyala hidup di dada

Makin kuat bila kau ada


[Bridge]

قَلبي نادى تعال

خليك ويَّايَا ليلة

خُذِّي قلبي وتْنَال

وحُبِّّنا مُوَلَّعَة


[Chorus]

Bila, bila

Bila, bila

Bila, bila, bila, habibi renungku, dunia rasa terhenti

Suaramu bak bayu menyapa

Cukup lembut senyummu

Cukup indah pandang matamu


[Chorus]

Malam, malam, malam habibi, bintang yang menjadi saksi

Cinta ini bukan sekadar janji

Nyala hidup di dada

Makin kuat bila kau ada



 




Intro 

Selamat hari mulia

Bunga api

Berdentam dentum meletop (pap)

Tak sabar Ku Nak Raya


Oh Selamat Hari Bahgia

Jantung Aku berdetak degup

Tak sabar aku nak beraya!!!


Verse

Eh kita puasa hampir sebulan (Alhamdulillah Sebulan dah)

tak sabar aku nak beraya

aku tak tahan

Terus Cuti sebulan (Ha ambik kau)

Balik kampung Jumpa MAMA


Waktu Raya

Bermaafan

Atas segala Kekhilafan

mungkin ku terlupa

Atas kesalahan

semoga bahgia

doa ku panjatkan


Chorus

selamat hari mulia

Bunga api

Berdentam dentum meletop (pap)

Tak sabar Ku Nak Raya

Oh Selamat Hari Bahgia

Jantung Aku berdetak degup

Tak sabar aku nak beraya!!



Post Chorus

Aku tak tak tak tak tak

sabar sabar nak beraya!

Aku tak tak tak tak tak

sabar sabar nak beraya!


Duit raya pun jangan Buat Lupa!!!!


Verse 2

Kelip mata, tiba Syawal,

Lupa ‘lak tahun ni awal,

Baju Melayu set sampin,

Ada kasut, ada capal,

Mahal ke murah, asalkan kemas

Siap-siap sebelum berangkat,

Biar lambat, tak perlu melekas,

Doa agar semua selamat sampai,


Takyah laju der, bawak santai,

Dari kereta sampai kapcai,

Jangan lupa singgah ATM, anak buah ramai,


Rendang nampak melazatkan,

Perut sudah kelaparan,

Sebelum meraikan,

Harus kita bermaafan.


Rendahkan hati ke depan lagi

Tunggu syawal tiba

Lemang dan nasi

Rendang dan sugi

Ehh tak sabar aku nak raya


**Ulang Chorus

** Ulang Post Chorus




Lyrics:


Ternyata ku' menomorsatukan dunia

Tanpa sadar ku telah jauh dari Mu Ya Allah

Ku terlena oleh asiknya dunia

Tanpa risau nasib di akhirat nanti bagaimana


*Bridge 

Aku manusia biasa

Yang sering terperangkap dosa

Aku sungguh tak berdaya 


*Reff

Aku menangis  memohon ampun kepada Mu

Ya Allah ku berlindung dari siksa api neraka Mu

Aku memohon hanya kepada Mu wahai Tuhan ku

Karena hanya Engkau yang Maha pengasih 

Dan Maha penyayang


*interlude


*Back to reff

Aku menangis memohon ampun kepada Mu

Ya Allah ku berlindung dari siksa api neraka Mu

Aku memohon hanya kepada Mu wahai Tuhan ku

Karena hanya Engkau hoo... 

Sesungguhnya Engkau hoo.. 

Karena hanya Engkau... 

Yang Maha Pengasih dan Maha penyayang

 

 




SEJADAH - Yabang Khalifah


يا رَبَّ إِنِّي تَائِبٌ فِي لَيْلِ أَسْحَارِي

أَطْلُبُ عَفْوَكَ رَبِّي وَأَنْتَ الغَفَّارُ

 فِي كُلِّ نَبْضٍ دُعَائِي يَرْتَفِعُ

يَا رَبَّ أَخْلِصْ قَلْبِي وَاغْفِرْ لَنَا الأَوْزَ


Ku ingin pulang, pulang padaMu,

Ampuni segala dosaku.

Sejadah ini menjadi saksi,

Linangan air mataku.


Jika ku jatuh, salah langkahku

tariklah dekatkan aku,

Dalam munajat, di malam sunyi,

Tenang­kanlah hati ku ini.


MAKSUD LIRIK ARAB:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini hamba yang bertaubat pada malam-malam sahurku.

Aku memohon keampunan-Mu, Tuhanku, dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun.

Pada setiap degupan jantungku, doaku naik menjulang kepada-Mu.

Wahai Tuhanku, sucikanlah hatiku dan ampunilah dosa-dosa kami

 




Lyric:


Dari Kota Ke Desa

Kita Pulang Beraya

Setelah Sekian Lama

Tidak Ku Bersua

Dengan Yang Tercinta.


Sebulan Berpuasa,

Dah Rindu Masakkan Bonda.

Kelap Kelip Menyala,

Lampu Dan Pelita,

Dihias Ayah


Takbir Bergema.

Ku Terasa

Ingin Kau Ada

Sentiasa

Sepuluh Jari Ku Hulurkan

Ampun Maaf Di Hari Rayaaa


Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Bersama Sama Di Hari Mulia

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Aidilfitri Kita Gembira.

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Dari Kota Hingga Ke Desa

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Masih Sepasang Kekal Bahagia


Yang Muda Mudi,

Bergaya Warna Warni.

Tidak Kurang Yang Tua

Berhias Juga,

Bersama Mesra,


Takbir Bergema.

Ku Terasa

Ingin Kau Ada

Sentiasa

Sepuluh Jari Ku Hulurkan

Ampun Maaf Di Hari Rayaaa


Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Bersama Sama Di Hari Mulia

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Aidilfitri Kita Gembira.

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Dari Kota Hingga Ke Desa

Ra Ya Ya Ya Ya, Ra Ya Ya Ya Ya

Masih Sepasang Kekal Bahagia

 



Di hari pertama 

Kita pergi

Tiga tempat yang berbeza


Ada masa itu 

Kita cuba 

Papan kekunci yang mahal 


Gelak tawamu 

Yang lain padaku

Yang selalu membuatku 

Oh terjatuh 


Kaulah sahabat 

Dalam hidupku 

Yang aku cinta 

Separuh hatiku 


Bersentuhan Tuhan 

Tuk senja 

Namun tak pernah bersatu 


Walau jiwa ini

Mahu kan bersama 

Di hari hari yang panjang 


Setahun yang itu 

Kau perlahan-lahan 

Pudarkan gelapku 


Begitulah kamu 

Ku tertanya 

Bagaimananya lelahmu


Gelak tawamu 

Yang lain padaku 

Yang selalu membuatku 

Oh terjatuh 


Kaulah sahabat 

Dalam hidupku 

Yang aku cinta 

Separuh hatiku 


Bersentuhan tuhan 

Tuk senja 

Namun tak pernah bersatu 

Walau jiwa ini


Mahu kan bersama   

Di hari hari yang panjang 


Bersentuhan Tuhan 

Tuk senja 


Namun tak pernah bersatu 

Walau jiwa ini

Mahu kan bersama   

Di hari hari yang panjang

 




LIRIK:


Kirimkan kasih sayang ku pada yang jauh

Rindu berlagu di jalan pulang ke kampung

Degup bergetar jiwa

Tak sabar nak jumpa semua


Hari raya indah bila bersama

Bergema lagi hari yang mulia

Suasana meriah gembira

Selamat

Selamat hari raya


Ah

Raya !

Ah

Selamat,

Selamat Hari Raya


Bertukar seribu cerita pun takkan jemu,

(Cerita dulu lepas kau aku)

Juadah pun dah memanggil

(Juadah dah panggil)

Marilah jamah sekali,


Hari raya indah bila bersama

Bergema lagi hari yang mulia

Suasana meriah gembira

Selamat

Selamat hari raya


Ah

Raya !

Ah

Selamat,

Selamat Hari Raya


Di mana pun tak kira

Di kota ataupun desa

Bersama kita raya lebih bermakna,

Serikan lagi Aidilfitri

La la la


Suasana meriah gembira

Selamat

Selamat hari raya

Selamat

Selamat hari Raya




 




RABITHAH - BUMANTARAYA


Sepurnama sudah

Esa hilang dua terbilang

Telah ruyung dibelah

Sagunya dibawa pulang


Luar biasa

Sebulan berhari raya

Peluang rupanya

Berjasa bakti sesama

Indah bukan budaya kita?


Biru warna bumantara

Seusai hujan mereda

Nafi tiada siramannya

Rahmat sejagat buana


Tidakkah dianjur kita

Bergembira di hari raya?

Sebagai buktinya takwa

Hari raya syiar kita


Ziarah kunjungan

semai rukun bermaafan

saling berkasihan 

Berdendam sengketa jangan

kuat lilit dek simpulnya


فَرَحُ يَوْمٍ سَنًا

كَسَمَاءٍ مُلَوَّنَةٍ سَنَا

صِلَةُ الرَّحِمِ نُورًا

تُحْيِي الوِدَّ جَفَاءً


Hulurkanlah kasih mesra

Tanda daulat syiar kita

Seumpama bumantara

Benderang patuh titah-Nya


Biru warna bumantara

Seusai hujan mereda

Nafi tiada siramannya

Rahmat sejagat buana


Tidakkah dianjur kita

Bergembira di hari ray

a?

Sebagai buktinya takwa

Hari raya syiar kita

 


Dengan menyebut nama-Mu yang maha suci

Seluruh hambamu memuji


Yang mendengar semua doa

Maha pencinta, diantara yang mencinta


Kau tempat tuk mencurahkan semua

Paling mengerti apa yang tersembunyi

Yang merajai, segala yang terjadi

Semua karena kasihmu.


Ya ALLAH, tuntunlah kami di jalan yang lurus

Jalan yang sungguh engkau ridoi

Ketika perintahmu selalu terlaksana

Disitulah janjimu menunggu

Ketika benci luruh oleh kasih sayang

Hubungan baik dan juga saling peduli

Disitulah hidup terasa sungguh berarti

Karena janji ALLAH itu pasti.


Kau tempat tuk mencurahkan semua

Paling mengerti apa yang tersembunyi

Yang merajai, segala yang terjadi

Semua karena kasihmu.


Ya ALLAH, tuntunlah kami di jalan yang lurus

Jalan yang sungguh engkau ridoi

Ketika perintahmu selalu terlaksana

Disitulah janjimu menunggu

Ketika benci luruh oleh kasih sayang

Hubungan baik dan juga saling peduli

Disitulah hidup terasa sungguh berarti

Karena janji ALLAH itu pasti.

Karena Rahmat ALLAH itu dekat.

Lirik Tunaikan Saja Hari Raya





verse1

(perempuan)

assalammualikum kekanda

tahun ini ke rumah keluarga saya


(lelaki)

haa haa bila turn saya?

saya pon nak raya

bersama keluarga


pre

(all)

tak mengapalah

ikut kan saja


chorus

(lelaki)

tak kisah tak kisah tak kisah rumah siapa

ku ikut kan ku ikut kan ku ikut saja

ai ya ya ya janji beraya

asalkan dinda bahgia


(perempuan)

kanda ikut kanda ikut tunaikan saja

ini permintaan permintaan adinda

ai ya ya ya dinda tak kira

tahun ni di rumah dinda 


post

(all)

selamat hari raya

pada semua

ai ya ya ya

kita bahgia

selamat berhari raya


verse 2

(lelaki)

dan bila tiba di rumah bonda

tolong bonda jangan asyik main handphone


(perempuan)

ye ye la saya tahu lah

jangan ulang ulang

dah cakap semalam



 LIRIK SYUKUR RAHMATMU





Hiasi hidup dengan kesyukuran

Sebagai tanda terima kasih pada tuhan

Ku mohon doa hanya padaNya

Tunduk hidup sebagai Hamba


Syukur itu satu pujian

Menzahir rasa nikmat yang dikurniakan

Sebagai tanda patuh suruhan

Mengharap rahmat pahala berpanjangan


Syukur…syukur selalu

Indah nikmat kurniaanMu

Syukur lisan syukur perbuatan

Hikmah syukur menuju keredhaan


Ya Rasulullah kesyukuranmu

Tertinggi yang dicontohi

Bersolat mengabdi diri

Sehingga kakinya tersakiti

Maka baginda pun bersabda

 ‎ﺷﻛورا ‎ﻋﺑدا ‎اﻛون ‎اﻓﻼ

“Salahkah ku menjadi hamba yang bersyukur ?”


Syukur yakin dengan nikmatNya

Berbaik sangka tingkat ketaqwaan

Syukur lisan puji Ilahi

Lazimi bibir lafaz hamdallillah


Istiqamah dengan amalan

Tunai suruhan tinggalkan larangan

walau diuji nikmat dan ujian

Tetap bersujud bukti kehambaan




Soutul Fauzan merupakan pasukan nasyid Sekolah Menengah Agama Nilai dan telah mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid saban tahun. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pasukan ini sejak 2018.

Pasukan ini telah merangkul Johan dalam Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringkat Negeri Sembilan 2025 dan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan di putrajaya pada tahun 2025.



 



LYRICS:


(Verse 1)


Suasana di hari yang mulia

Pasti tak sama di hari biasa

Perjalanan ditemani senyuman

Gembira tidak terkira


Kenangan lalu membuat ku rasa rindu

Girang dan riuh di pagi Aidilfitri


(Chorus)


Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Gelak ketawa dan bersalaman

Bersama sanak saudara


Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Tiada kata untuk ku gambarkan

Indahnya hari raya


(Verse 2)

Tak sabar rasa untuk Syawal tiba

Kampung yang sunyi bertambah meriah

Hari mulia tiada bandingnya

Sekali setahun sahaja


Kenangan lalu membuat ku rasa rindu

Girang dan riuh di pagi Aidilfitri


(Chorus)

Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Gelak ketawa dan bersalaman

Bersama sanak saudara


Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Tiada kata untuk ku gambarkan

Indahnya hari raya(Instrumental bridge)

Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Gelak ketawa dan bersalaman

Bersama sanak saudara

Selamat Hari Raya

Ku ucapkan pada semua

Tiada kata untuk ku gambarkan

Indahnya hari raya

Tiada kata untuk ku gambarkan

Indahnya hari raya

 



INTRO

اسجد لربك خالقنا 

اسجد لربك خالقنا

فالله ربنا 

فالله ربنا


VERSE 1

Ku sedih ku nangis

Mesti aku ingat Dia

Gembira ketawa

Aku takkan lupa Dia

Dia yang satu

Tiada dibanding-nya

Yang maha Esa

Kuserahkan segala padaNya


Umpama lentera 

Dalam gelap

Dalam semua 

Yang ku hadap

Ku harap perjalanan aku takkan silap

Bukan kata tak salah

Lumrahnya ku manusia

Di dunia penuh ujian

Kan semua datang dari Nya


Gelombang merambang 

Datang seimbang

Di pintu gerbang

Si sumbang sembang

Rambang satu masa nanti tumbang

Langkah mesti disusun

Takut tak cukup rukun

Tiada dukun yang boleh tolong tanya karkun sebelum sukun

Enam belas baris ini

Untuk kita lihat semula

Siapa kamu siapa aku

Siapa dia sang pencipta

Sujud jangan lupa

Amal jangan kurang

Nanti karang hayat dicabut

Sebelum kau sempat mengarang


CHORUS

Kata mulanya Kun jadi Faya Kun

Tercipta semua, semua sudah pun dia atur

Kisahnya bermula semua tersusun teratur

Di kitab majestik semua sudah pun dikatur


Perjalanan Sang Tanah penuh dengan onak duri

Bila sang api marah tak mau tunduk tapi diri

Dihumban terjatuh angakara semua satu janji

Jaminan semula hilang negara abadi


VERSE 2

Fenomena sah ini jauh kemana

Nafsu maju dah terlanjur nak kemana

Jatuh jatuh bangkit jatuh sampai bila

Janji tetap janji ku tahu dimana


Dan bukan aku meminta dipinta 

Ku menadah sekerat tinta

Tak mampu aku berdoa kepada

Selain yang maha Esa

Tak perlu pura-pura

Hanyut jiwa yang tiada

Rebah ku harini tak bermaksud tuk selamanya

Daya sedaya padanya ku cuba berencana

Apa yang menanti tiba sedia ku terima

Yang menang tinggalkan fana

Yang hanyut mengejar dusta

Siapa yang berani

Ku berani

Takkan kalah


CHORUS

Kata mulanya Kun jadi Faya Kun

Tercipta semua, semua sudah pun dia atur

Kisahnya bermula semua tersusun teratur

Di kitab majestik semua sudah pun dikatur


Perjalanan Sang Tanah penuh dengan onak duri

Bila sang api marah tak mau tunduk tapi diri

Dihumban terjatuh angakara semua satu janji

Jaminan semula hilang negara abadi

 




Cemburu hati 

Sering kali Nabi memuji 

Khadijah yang telah pergi 


Aisyah bertanya 

Bukankah aku penggantinya 

Yang lebih utama 


Sungguh tiada setanding dia 

Insan pertama beriman taqwa 

Ketika semua mencerca nista 

Pesuruh Allah 


Dia korbankan harta dan nyawa 

Dan membenarkan sabda Baginda 

Putera puteri zuriat Nabi 

Lahir dari Khadijah wanita syurgawi 




 



ONE PATH - YA RAMADAN


Ya Ramadan,

Kami datang membawa dosa,

Memikul luka di dalam dada,

Kau hadir membawa harapan


Ya ramadan,

kami datang dalam tangisan,

Dulu kami pernah tersesat,

Kau hadir membawa cahaya


Jadilah saksi

ku telah kembali


يا رمضان

يَا شَهْرَ الْخَيْرِ

نَرْجُو الْقَبُولَ

يَا ربنا


جِئْنَا نَعُودُ

بِقَلْبٍ كَسِيرٍ

نَبْكِي دُعَاءً

فَاغْفِرْ لَنَا


Wahai Ramadan

Wahai bulan kebaikan

Kami mengharapkan penerimaan

Wahai Tuhan kami


Kami kembali

Dengan hati yang hancur

Kami menangis dalam doa

Maka ampunkanlah kami


Aku malu untuk mengangkat tangan,

Kerna banyaknya dosa yang ku lakukan.

Namun sungguhku tak mengenal pintu lain,

Selain pintu rahmat ampunanMu Tuhan.


Ku tahu air mata aku sedikit,

Namun rahmatMu seluas tiada bandingnya.

Jika Kau usir ku, pada siapa ku kan pergi?

Maka ampunilah aku wahai Tuhanku

Terimalah aku!


يا رمضان

يَا شَهْرَ الْخَيْرِ

نَرْجُو الْقَبُولَ

يَا ربنا


جِئْنَا نَعُودُ

بِقَلْبٍ كَسِيرٍ

نَبْكِي دُعَاءً

فَاغْفِرْ لَنَ




Salam Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.

Jangan lupa berniat sebulan pada malam ini mengikut mazhab Maliki dan berniat setiap hari mengikut mazhab kita Syafie, insya-Allah.










Ramadan 

Bulan Rahmat, kini menjelma 

Cahaya iman menerangi jiwa 

Puasa mendidik hati yang leka 

Kembali suci, kembali percaya 


Ramadan Kareem bulan yang mulia 

Ampunan Tuhan seluas samudera 

Ramadan Kareem hiasi jiwa 

Dengan zikir, doa dan cinta 


Waktu sahur diselimuti tenang 

Terdengar zikir memuji Tuhan 

Bila azan Maghrib berkumandang 

Sama berbuka tanda kesyukuran 


Marilah kita sucikan hati 

Tinggalkan dosa, jauhi dengki 

Kembalilah kepada Ilahi 

Ramadan ini terus dirai 


Ramadan Kareem bulan cahaya 

Mengukir damai di setiap jiwa 

Ramadan Kareem rahmatNya 

Bersyukur kita, Alhamdulillah 


Ramadan Kareem

 



Lirik Waqtu Sahar


وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لاَهْلِ الصَّفَا


Waqtu Sahar Bih Yatim Al Ah 'Ala Lishofa


وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لاَهْلِ الصَّفَا


Waqtu Sahar Bih Yatim Al Ah 'Ala Lishofa


وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا


Wabiyajudil A'lil Fil Fadhilah Lil Wafa


وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا


Wabiyajudil A'lil Fil Fadhilah Lil Wafa



Telah lahir cahaya penerang jiwa


Manusia mulia penyejuk jiwa


Telah lahir cahaya penerang jiwa


Manusia mulia penyejuk jiwa


Burung-burung bernyanyi matahari berseri


Datang pujaan hati sebagai obat diri



وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لاَهْلِ الصَّفَا


Waqtu Sahar Bih Yatim Al Ah 'Ala Lishofa


وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا


Wabiyajudil A'lil Fil Fadhilah Lil Wafa



Malaikat memuji bidadari berseri


Menyambut sang Nabi dari Allohu Robbi


Malaikat memuji bidadari berseri


Menyambut sang Nabi dari Allohu Robbi


Hancurlah berhala terkunci neraka


Sambutan yang Esa untuk umat manusia



وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لاَهْلِ الصَّفَا


Waqtu Sahar Bih Yatim Al Ah 'Ala Lishofa


وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا


Wabiyajudil A'lil Fil Fadhilah Lil Wafa

 



LIRIK


Open up your eyes

Tell me that you know what i mean

Tell me that you wanna believe

I’ll be waiting for you there


Ive been holding on

So long it feels like a dream

And its not the same as far as it seems

But ill be waiting for you

Always ill be waiting


C/o

Im going back

To a place called home

Im not alone so please don't cry for me

Dont wake me up

Im already gone

But you stay strong and always pray for me


The truth is rearranged

Going back to being the strange

And the world is turning over the page

Ill be waiting for you there


The sky will soon confess

The sun is gonna rise from the west

Understand life is a gift and a test

I’ll be waiting for you 

Always ill be waiting


C/o

Im going back

To a place called home

Im not alone so please don't cry for me

Dont wake me up

Im already gone

But you stay strong and always pray for me

 



Terasa sepinya malam

Bertemankan terang bulan

Tetamu segala tetamu

Sekian lama ku menunggu


Ku dambakan satu malam

Kan ku serahkan segala

Ku berdoa Kau terima semua

Tiada lain ku pinta


Walau selalu ku terlupa

Tetap Kau ingatkan

Walau selalu ku terleka

Tetap Kau maafkan


Tiada lebih ku rindu

Selain kehadiran mu

Hanya kepada Mu diriku mengadu

Walau Kau tak perlukan ku


Tiada lebih ku mahu

Selain keampunan Mu

Ku pohon redha Mu

Semoga ada tempat

Untuk ku dalam syurga Mu


Ku pohon redha Mu

Semoga ada tempat

Untuk ku dalam syurga Mu




 



这是新年的歌 (zhè shì xīn nián de gē)

欢乐满街到处红火 (huān lè mǎn jiē dào chù hóng huǒ)

一年一次的相聚 (yī nián yī cì de xiāng jù)


吃吃喝喝真热闹 亲朋好友都来到 (chī chī hē hē zhēn rè nào ,qīn péng hǎo yǒu dōu lái dào)

面上光彩来祝福 从早到晚笑声绕 (miàn shàng guāng cǎi lái zhù fú ,cóng zǎo dào wǎn xiào shēng rào)



团圆喜气满人间 长辈孩子都开颜 (tuán yuán xǐ qì mǎn rén jiān ,zhǎng bèi hái zi dōu kāi yán)

人生难得几回见 今天我们庆团圆 (rén shēng nán dé jǐ huí jiàn ,jīn tiān wǒ men qìng tuán yuán)


荣光焕发到夜晚 (róng guāng huàn fā dào yè wǎn)


新年快乐 新年快乐 (xīn nián kuài lè ,xīn nián kuài lè)

大家一起热闹 新年快乐 (dà jiā yì qǐ rè nào ,xīn nián kuài lè)

笑声漫天飘 红包快来啦 (xiào shēng màn tiān piāo ,hóng bāo kuài lái la)


新年快乐 新年快乐 (xīn nián kuài lè ,xīn nián kuài lè)

大家一起热闹 新年快乐 (dà jiā yì qǐ rè nào ,xīn nián kuài lè)

光彩到永远 (guāng cǎi dào yǒng yuǎn)


新年快乐 新年快乐 (xīn nián kuài lè ,xīn nián kuài lè)

大家一起热闹 新年快乐 (dà jiā yì qǐ rè nào ,xīn nián kuài lè)

光彩到永远 (guāng cǎi dào yǒng yuǎn)


Sampai ke malam kita beraya

 




Intro 

Singgah-singgah rumah 20 simpang 

Kutip-kutip duit raya tiga kupang 

Mari dengar mari akak adik abang 

Lagu raya rumah 20 simpang


V1 

Berkali-kali ku cuba hubungi 

Eh, engkau di mana 

Yang mama pesan sudahkah kau beli 

Hoi, jangan terlupa


Pre-cho 

Nasi impit, lontong kuah kacang 

Semua dah dihidang 

Jemput makan adik abang 

Ada soto, bareng paru berlado 

Kaut sambal jawo 

Kabeh ayo (siji, loro, telu, papat)


Chorus 

Singgah-singgah rumah 20 simpang 

Kutip-kutip duit raya tiga kupang 

Balik kampung rindu sama papa mama 

Lama tak jumpa (hoi), nak balik raya (hey)


V2 

Semua cantik jalan tergedek beraya ke rumah nenek 

Riuh rendah sekampung, bunyi mercun pom pom pom 

Terbakar kain dah melopong 

Pre-cho 

Di pagi raya tetamu tiba 

Bermaafan lupakan sengketa, semua


Chorus 2 

Singgah-singgah rumah 20 simpang 

Kutip-kutip duit raya tiga kupang 

Balik kampung rindu sama papa mama 

Lama tak jumpa (hoi), nak balik raya (hey) 

Baju raya dalam bonet lima pasang 

Ambik-ambik hai pilih satu seorang 

Jangan lupa eh sekali kuih raya 

Kita tak sabar (hoi), nak balik raya (hey)


Bridge 

Hai Ojen, penat dah berpusing, 

Cari-cari rumah sampai pening, 

Angguk-angguk geleng-geleng 

Hai Ojen, penat dah berpusing, 

Dari Banting sampai Tanjung Keling 

Hai minyak pun dah kering


*Pre-cho


*Chorus 2 

Singgah-menyinggah pusing ke simpang-menyimpang 

Cari rumah tak nampak bayang 

Tipu-tertipu liku-berliku berlagu 

Lagu raya 20 simpang 

Pusing-pusing baru sampai pagi raya 

Kita tak sabar (hoi), Nak sambut raya (hey) 

Ada macam, makan-makan jawo 

Kabeh ayo ayo 

Slamat hari rayo

 CINTA RASUL (LYRICS)




Adam yang pertama, bapa manusia

Idris bijaksana, penuh ilmu di dada

Nuh bina bahtera, banjir ujiannya

Hud dan Saleh, utusan kaum-kaum yang murka


Ibrahim khalilullah, membina Kaabah

Lut berdepan kaum dan kota yang diuji

Ismail dan Ishak, anak yang diberkati

Yaakub yang buta, Yusuf yang tampan mentafsir mimpi


Dari zaman dahulu

Hingga Nabi akhir zaman

Mereka utusan Allah

Membimbing jalan iman


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Syu’ib petah bicara, Ayub parah kulitnya

Zulkifli yang setia, Musa, Harun dakwah bersama

Daud melunakkan besi, Sulaiman Raja berkuasa

Ilyas, Ilyasa', dan Yunus tak putus asa berdoa


Zakaria sabar menanti, Yahya zuriat dicintai

Isa lahir tanpa bapa

Muhammad rahmat seluruh alam

Bersama Al-Quran dan syafaat


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Mereka tak pernah lelah

Menyampaikan risalah

Mari teladani

Agar hidup diberkati


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan


Mari semua, kita cinta Rasul

Cahaya petunjuk sepanjang waktu

Dari Adam hingga Muhammad

Rahmat untuk seluruh umat

Rasul-Rasul pilihan

Pembawa harapan








Mengakhiri kata dengan senyuman

Dengarkan nada suaraku denganmu

Abaikan segala masalah

Hidupku tak tenteram tanpamu


Siang dan malam, ku lihat wajahmu padaku

Tinggalkan tanganmu di genggamanku

Cintamu padaku tak akan ku lupakan

Ku masih mencari tempatku di hidupmu


Bersinarlah cahayaku

Biarlah masa berlalu

Janji bahagia denganku

Selalu


Berikanku segalanya

Yang dipendam ku luahkan

Usah persoalkan hati

Layu


Mimpi cinta denganmu selamanya

Hingga matahari terbenam

Bulan malam merenung terang-terang

Dengarkan suaramu membuatku tenang


Siang dan malam ku lihat wajahmu padaku

Tinggalkan tanganmu di genggamanku

Tiba masa ku meraikan

Jika salah aku maafkan

Segalanya, oh segalanya


Bersinarlah cahayaku

Biarlah masa berlalu

Janji bahagia denganku

Selalu


Berikanku segalanya

Yang dipendam ku luahkan

Usah persoalkan hati

Layu

 



[Intro]

Lembayung menyapa

Menyambut tari nya


[Verse 1]

Lembayung menyapa

Menunggu jelmaan purnama

Di bawah cahayanya

Semua indah-indah belaka


[Pre chorus]

Andai waktu mahu berhenti seketika

Biar ku tenggelam dalam gerak asmara


[Chorus]

Langkah menyusur oh nian indah bernada

Gemalai jarinya melambai bersilang mata

Tarinya berseri di dalam lembayung cahaya

Pengubat jiwa


Langkah diatur oh ikut rentak irama

Yang mengalun tari selembut mengulung sukma

Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya

Pengubat jiwa


Lembayung!


[Break]

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa


[Verse 2]

Lembayung menjeda

Merunduk cahaya purnama

Di bawah sinarnya

Tersimpan seribu rasa


[Pre chorus]

Andai waktu mahu berhenti seketika

Biar ku tenggelam dalam gerak asmara


[Chorus]

Langkah menyusur oh nian indah bernada

Gemalai jarinya melambai bersilang mata

Tarinya berseri di dalam lembayung cahaya

Pengubat jiwa


Langkah diatur oh ikut rentak irama

Yang mengalun tari selembut mengulung sukma

Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya

Pengubat jiwa


[Bridge]

Saat cahaya

Memeluk malam

Lambaian tari berteman hati seirama

Gema suara

Terpukau jiwa


[Chorus]

Langkah menyusur (oh nian indah bernada)

Gemalai jarinya (melambai bersilang mata)

Tarinya berseri (di dalam lembayung cahaya)

Pengubat jiwa


Langkah diatur oh ikut rentak irama

Yang mengalun tari selembut mengulung sukma

Tak perlu bicara cukuplah sekadar hanya

Pengubat jiwa 


Lembayung!





(break)

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa

Gemalai jarinya melambai pengubat jiwa








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top