Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Perkongsian ini dikongsikan dengan kebenaran, daripada Al Irfan Jani - "JALAN YANG SPECIAL- UNTUK ORANG YANG SPECIAL". Bagaimana nak dapat peluang potong Que menuju Akhirat, terutama kepada kita yang berkerja atau berniaga? Bagaimana nak dapat jalan pintas dan istimewa di sisi Allah ini? Ini catatan dan pengalaman beliau.


Saya suka dengar Ibu saya bercerita kisahnya ini berulang-kali. Pengalaman beliau membeli roti Nan di Mekah. Masa tu, sewaktu beliau beratur di belakang barisan (yang ramai lelaki), penjual itu perasan dan panggil ibu saya.

"HAJAH! HAJAH!"

Sambil dia lambaikan tangan supaya ibu saya BERGEGAS datang kepadanya. Penjual itu lantas ambil duit dari tangan ibu saya, dan dia berikan roti kepada ibu. Rupanya di Tanah Haram, mereka amat menjaga hubungan lelaki dan wanita, kalau boleh, Muslimah cepat-cepatlah 'settle' urusannya.

Kisah ibu saya tadi, walaupun kita kemain seronok sebab dapat potong barisan, ada satu lagi ibrah yang paling mahal untuk kita sama-sama renungkan.

NAK TAK,
KALAU KITA DAPAT PELUANG
"POTONG QUE" MENUJU AKHIRAT?

Tempohari dalam #KuliahLiveStori, ada saya ceritakan hal ini. Sebenarnya, dalam banyak-banyak jalan dunia menuju akhirat, SUDAH PUN Allah sediakan satu highway yang paling istimewa.

Hari-hari kita baca doa ini. Hari-hari kita minta Allah berikan kita laluan ini.

1) Surah Al-Fatihah yang telah kita baca beribu kali ini,
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang yang ENGKAU BERI NIKMAT (7)"

2) Dan maksud doa dari Sunat Dhuha,
"....Limpahkanlah kepada kami segala yang TELAH ENGKAU LIMPAHKAN kepada hamba-hambamu yang soleh."

Nampak tak benda ni?

Perasan tak, rupa-rupanya, Allah kalau sayangkan hamba-Nya, mereka akan dapat layanan 1st Class daripada Allah. Nak tak, kalau kita DIPILIH oleh Allah untuk dapat semua Layanan 1st Class ini? Jadi, kita kena DOA, kena MINTA supaya Allah PILIH kita. Selain kita MINTA, kita juga kena buat sesuatu. Yalah, kata nak jadi hamba PILIHAN Allah, kan?

Kalau di dunia ni, ada macam-macam sebab yang bolehkan kita POTONG QUE. Sebab Membership Card, kita boleh potong que. Sebab cantik, kenyit mata senyum dapat layanan dulu. Sebab kabel, tak payah ambil nombor pun untuk ke kaunter.

Tapi, untuk menuju kepada Allah Yang Maha Pengasih, terdapat dua pintu untuk meraih LALUAN ISTIMEWA ini...

Pintu ZUHUD, dan Pintu WARA'

Menurut Ibnu Taymiah Rahimahullah:

- ZUHUD, bermaksud TINGGALKAN apa yang tidak bermanfaat, atau lebih banyak keburukan.
- WARA' bermaksud MENAHAN DIRI daripada apa-apa yang ada potensi mudarat, haram ataupun samar-samar.

Nak jalan yang special di sisi Allah? MINTA pada Allah supaya PILIH kita (<<< Solat)

Dan lalui 2 pintu tadi, ZUHUD, dan WARA'

Apa yang boleh kita buat untuk lalui 2 Pintu ini?

1) Kepada yang buat Dropship/ Affiliate, cuba selidik, adakah betul testimonial produk yang kita jual tu sahih dan genuine? Dapatkan nombor telefon dari HQ, dan hubungi orang yang beri testimonial.

2) Kalau ada rasa sangsi, biarlah kita sendiri yang dapatkan Testimonial ataupun Feedback daripada pelanggan kita sendiri. Daripada orang 'stranger', bukan daripada pak sedara, abang ipar duai ke apa.

3) Pernahkah kita SIASAT betul-betul kandungan produk yang tertulis di kotak produk kita jual? Benarkah tiada bahan kandungan seperti yang kita claim di iklan?

4) Cuba tanya atau 'blast' pada pelanggan yang lepas, adakah mereka berpuas hati dengan service kita? Ada ke yang berniat taknak 'halal'kan urusniaga. Kalau ada, buat refund, atau minta maaf dan dihalalkan. Sampaikan salam penghargaan paling tinggi pada mereka.

5) Adakah kita ni jadi stokis atau Ejen, kerana kita terpengaruh dengan simbol-simbol kemewahan (peribadi) daripada Owner produk? Kita yakin boleh berjaya sebab tengok Owner pakai rumah mewah, barulah kita rasa percaya nak jual produknya? Hati-hati, Rasulullah (selawat jom) ada sebut, ini adalah Al-WAHN, iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian.

6) Adakah kita pernah TERTINGGAL perkataan Insya-Allah (atau "Dengan Izin Allah") dalam banyak kempen marketing kita? Hati-hati. Pergi semak, dan tambahkan disclaimer.
Sungguh siapa yang menghindari perkara samar telah menyelamatkan kehormatan dan agamanya.
p/s: Sampaikan walau satu ayat. Rugi tau, nak kejar dunia, tapi tak dapat pun, akhirat pulak ke laut. Rugi... rugi...

*****

Siapa Al Irfan Jani ini?

Gambar: facebook @storimarketing

Al Irfan Jani – Pengasas *Storytelling Marketing di Malaysia – 10 tahun dalam dunia penulisan dan iklan. Irfan pernah muncul di SPM-RTM, MHI-TV3, dan Astro Awani.

*Membimbing supaya menulis ayat-ayat iklan yang BUKAN iklan, dengan teknik pemasaran tertua di dunia, iaitu Storytelling.  Lanjut boleh membacanya di: https://storimarketing.com/


Nota: Kita jaga (ibadah) dengan Allah, Allah akan jaga kita.

TERIMA KASIH.




Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Jun 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


NIAT

Amalan tak lepas dari:
- Riak.
- Ikhlas.
- Ibadah campur riak. (Kerja tapi pengharapan).

Syarat:
- Pastikan tak langgar syariat
- Jangan menidakkan hak orang
- Niat
- Qanaah (rendah hati). Orang paling berguna pada manusia. Banyak beri daripada meminta.
Nabi sentiasa memuaskan hati orang.

Kita tak boleh paksa orang untuk selesa dengan kita / sayang kita. Tapi kita boleh berusaha dan berdoa untuk itu.

Kalau kita ikhlas buat kerana Allah. Allah akan buka hati manusia. :)

MAHRAM

Kalau seseorang anak sedara itu jadi anak sedara sebab wujudnya suami / isteri maka mereka bukan mahram. Boleh kahwin lepas pasangan takdak. Anak adik-beradik boleh salam. Tapi anak kepada ex-ipar tak boleh.

Kalau lama tak jumpa ayah berpisah. Cari di internet, polis dan media tak jumpa hari nak dekat nikah, tu baru boleh jatuh kepada adik beradik walinya dan baru kepada hakim.

USAHA, DAKWAH & AKHIRAT

Kita perlu usaha. Teruskan tanggungjawab kita ajar dan sebagai penyampai. Yang tentukan terima dan berjaya, buka hati ni bukan kita, tapi Tuhan.

* Tiada lagi pusingan U
  • Ingat Allah
  • Baca Quran
  • Ingat Mati
**
  • Dunia ini persinggahan, bukan tujuan..
  • Kita warga akhirat.
  • Mati dan hidup wujud sebab nak tunjuk semua ada permulaan dan akhir.
  • Hidup dua kali. Satu lagi di akhirat. Mati tu pemisah dunia dan akhirat.
  • Dunia tempat bercucuk tanam. Tuai hasil di akhirat.
  • Allah nak tengok siapa yang taat dengan Dia. Tuhan tak tengok siapa yang berceramah paling banyak. Bukan yang paling banyak ajar orang. Tak. Tuhan tengok siapa paling banyak beramal.
  • Yang buat, jangan hina orang tak buat maulid.
  • Kalau orang ikhlas, dia akan buat sesuatu kerana Allah. Kalau dia tak buat sesuatu pun kerana Allah.
  • Buat amal kerana orang, salah. Itu syirik. Tinggalkan amalan kerana orang salah, itu riak.

Mati mulia.
- Mati mengucap kalimah syahadah.
- Dahinya berpeluh. Pertama kerana dia malu kepada Allah. Kerana menanggung kepayahan nak mati.
- Sedang beramal soleh.
  • Elak menjerit jerit meratap bila orang meninggal.
  • Berkawan dengan orang baik-baik. Orang yang benar.
  • Rupa malaikat maut mencabut nyawa orang baik boleh lihat dia dalam keadaan baik. Jangan bimbang malaikat kata.
  • Doa- Minta berlindung daripada fitnah dajjal.
  • Amalkan zikir pagi dan petang (ada dalam maksurat).
  • Hadiah orang beriman adalah beriman. Sebab kekasih dia orang beriman.

KAYA HARTA, KAYA PAHALA.
  • Kita ni kadang sibuk sangat nak cakap bismillah pun kita lupa. Tak sempat.
  • Gunakan masa sebaik mungkin.
  • Kekayaan ni Tuhan bagi pinjam. Bila-bila dia boleh ambil.
  • Kejar akhirat, kejarlah. Tapi jangan sampai lupa nasib di dunia.
  • Tinggalkan dunia ni maksudnya tinggalkan mengejar benda yang menyesatkan dan melalaikan. Bukan tak fikir dunia langsung.
  • Pahala tak boleh kongsi. Tapi hasil perbuatan. Nak kongsi pahala, dengar ada orang susah; tolong sama-sama.
Jika mahu jadi jutawan pahala.:
- Melawat orang sakit.
- Buat orang gembira.

Sentiasa saling menegur. Agama itu nasihat. Menegur dengan kasih sayang.

Kaya juga ujian.

SOLAT
  • Gementar apabila menyebut nama Allah.Dia khusyuk.
  • Lalai. Masuk neraka jenis lalai. Sukahati nak solat tak solat.
  • Solat tapi mengata. Sewajarnya solat berjaya bentuk diri dia. Perkara lain mungkin dia ada buat. Solat itu ada masalah. Buat dia menjauh. Tidak menambah.
  • Baik macamana pun perangai, solat tetap perlu solat.
  • Dunia tempat menuai.
  • Sumber makanan. 
  • Atau riak.
Solat diterima:
  • Sendirian pun buat.
  • Solat sebab rasa rendah diri.
  • Dia tak sombong.
  • Tak ulang. Jangan buka balik pekung. Biarlah. Mana ada manusia yang tidak berdosa. Biarlah antara kita dengan Allah. Manusia tak boleh beri apa. Allah yang Maha Pengampun. Yang mengata dia dapat dosa dia.
  • Orang munafik selalu tinggal solat subuh dan isyak.
  • Solat terawih bermaksud rehat. Buat laju-laju bukan bermaksud rehat.
  • Solat yang baik akan dapatkan ketenangan. Jika laju di mana tenangnya.
  • Tuhan beri yang terbaik.
  • Tuhan beri sebelum kita minta.
  • Tuhan beri kemaafan.
  • Niat solat perlu bersama-sama dengan takbir. Mukoronah. Namun kalau lafaz lain, niat betul ikut niat.
  • Kalau takut elak was was niat pendek pun okay.
  • Tangan di dada mazhab berbeza.
  • Ada kain di tangan tak apa perempuan.
  • Beradab dengan Tuhan. Kurang pahala kalau tak kusyuk solat.
  • Tengok tempat sujud.
RAMADHAN
  • Orang bersyukur ni, dia menghargai apa dia ada.
  • Nak mandi, mandilah sebelum ramadhan pada maghrib. Cuma jangan membazir dan minum waktu mandi.
  • Menjaga nikmat Tuhan. Syukur dan hargai. Serta guna untuk ke arah baik-baik.
  • Allah beri kita ruang beribadah.
  • Tenang solat. Jangan tergesa-gesa. Biar lama dalam solat bersama Allah tu.
  • Allah berselawat : Dia beri rahmat. Malaikat pula dia minta didoakan kebaikan.
  • Jangan sunnah menjadi punah.
  • Jangan buat benda yang mudarat banyak berbanding kelebihan.
  • Jangan banyak tidur waktu ramadhan.
  • Agama suruh tidur awal.
  • Makan beramai-ramai sunnah Nabi. Bukan dalam talam ja sunnah nabi.
  • Jangan tanya berapa kita nak dapat, cuma berapa kita beri.
  • 2,4,6,8. Tak larat 2 pun boleh. (Terawih)
  • Dalam hadis Nabi baca apa yang Nabi nak baca.
  • Tv adalah pencuri waktu paling hebat.
  • Masa kita ada satu saat ja. Kejap lagi belum tentu.
  • Banyakkan istighfar.
  • Mukjizat pada Al-Quran.
  • Puasa membentuk kita ikhlas. Sebab orang tak tahu kita puasa ke dak.
  • Elak sum'ah. Jangan cerita benda baik kita buat.
  • Jangan cakap takdak masa untuk beribadah. Sebab masa Allah bagi sama rata.
  • Taqwa; Tuhan bagi rezeki dan rasa nak buat baik dalam diri dia.
  • "Jika rasa bersalah, mintalah maaf. Ni bulan ramadhan, minta ja maaf, tak perlu tunggu raya. Jangan dijamak dosa setahun." - Ustaz Syamsul Debat.
  • 107-110 al-kahfi baca sebelum tidur.
  • Pada sahur ada sunnah Nabi.

BERSYUKUR & SEDEKAH  (USTAZ IZHAR)

Niat kita syukur sebab orang islam berjaya.
  • Lafaz syukur
  • Doa
  • Menghargai dengan sedekah.
  • Sedekah Tuhan gandakan 10.
  • 1-1 = 10. Ramadhan dilipat ganda jadi 70.
  • 9 syarat untuk dapat rezeki Allah.
  • - Yakin. (8) Berusaha yang ke (9).
  • Ramai orang berdoa tak yakin.
  • Dia rasa yang daripada Allah semua baik saja.
  • Tuhan beri rezeki yang tak disangka-sangka.
  • Tuhan ganti dalam bentuk yang lain. Rezeki ni luas maknanya. Berbeza-beza.
  • Sedekah bukti keimanan.
  • Beri sedekah jangan ditanya apa yang akan dibalas. Allah janji akan balas. Ikhlaskanlah.
  • Beri terbaik, akan dapat baik-baik.
  • "Nasihatkan buat benda baik itu okay. Bagus. Tapi jangan duk sibuk amal orang. Orang buat / beri banyak mana ikutlah ikhlas dia." - Ustaz.
  • Sedekah yang terbaik:
*Sedekah besar dalam bulan ramadhan.

*Sedekah di kala sihat dan diwaktu sayang nak memberi.

*Sedekah dalam terang atau sembunyi. Digalakkan sembunyi.
  • Jangan tunggu kaya baru nak bagi.
  • Kau tak habis pun semua kalau nak kedekut sangat.
  • Sedekahlah sebelum Tuhan ambil nyawa kita.
  • Pahala sedekah boleh jadi rosak jika mengungkit dan sakitkan hati penerima.
  • Ikhlas. Jangan ungkit. Jangan hina dan herdik.

Sekian. Sampaikan walau satu ayat. Jika ada penambahan atau kesalahan, boleh komen di bawah. Terima kasih.




Hidup ni penat, mari berehat dengan ingat akhirat. Sayangkan akhirat, tak bermaksud pinggirkan dunia. Ingat akhirat buat kita yakin dunia ni sementara, jadi kita akan hadapi sesuatu dengan sederhana. Dengan keyakinan kita beramal, dengan beramal kita tambah keyakinan.

Dunia adalah alat
Akhirat adalah matlamat

Dunia adalah jalan
Akhirat adalah tujuan

Maksudnya perlu bersederhana. Dan tahu tanggungjawab kita.
Doa Abu Bakar ra: “Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.

Dan doa sahabat Umar bin Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami.”

“Zuhud itu adalah menjadikan dunia di tangan, bukan di hati.” (Ali bin Abi Thalib)

Tanda orang cinta dan percayakan akhirat:
  • Orang yang cintakan akhirat, dia tidak materialistik dan individualistik. Kerana dia nampak akhirat terlalu besar.
  • Orang yang cintakan akhirat, dia menganggap pujian dan kejian itu sama. Dipuji tidak teruja, dikeji tidak jatuh.
  • Orang yang ingat akhirat, dia tak pesimis. Dia sentiasa rasa ada harapan. Tak di sini, di sana.
  • Tanda cintakan akhirat, tak mudah buka aib orang. Sebab dia tidak mahu malu di akhirat.
  • Dia percaya dunia ni kecil, namun akhirat ni besar dan lapang.
  • Ingat Allah sebanyak-banyaknya.
Ada orang tak nak kaya, sebab risau diri jadi lupa diri. Cukup sekadarnya. Tapi ada orang nak kaya, sebab dia terlalu mahu memberi. Kita; terpulang nak jadi yang bagaimana. Ikut sesuai kita.
Biarlah yang menggembirakan kita bukan harta melimpah atau pujian yang banyak, tapi kerana kita masih mampu beribadat.
Allah menilai dan menghisab amalan kita sangat detail. Kita beli jarum pun akan ditanya, duit tu dari mana dan jarum tu diguna untuk apa. Moga Tuhan ampunkan dosa kita waktu kita terlalu ralit menulis dan berbuat apa saja yang kita suka.

Untuk semua yang sementara ini mari kita terus muhasabah, belajar menjadi lebih pemaaf dan lebih pemurah.
  • Orang yang mudah memaaf ni sebab dia mahu dan yakin keampunan Tuhan.
  • Orang yang mudah sedekah ni, dia nak pahala berganda di sana.
Moga kita semuakan selalu merindukan akhirat. Ikhlaskan hati. Selagi kita hidup, tidak terlambat untuk terus memperbaiki diri. Insya-Allah. Jom!

Sumber : Gambar | Quote









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top