Showing posts with label mahram. Show all posts
Showing posts with label mahram. Show all posts

 

Maksud dan perbezaan mahram dan muhrim 

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/14fVFrogV7/

Dari sudut bahasa mahram membawa makna larangan. Ibn Manzur dalam kitabnya menyebut bahawa mahram itu adalah individu-individu yang tidak boleh dinikahi. Inilah maksud mahram yang dikemukakan oleh para fuqaha.

Dari sudut istilah para fuqaha’, mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.”


Hukum bersalam bukan mahram

Pandangan Mazhab Syafie agak tegas berbanding mazhab lain. Mereka berpendapat sentuhan yang berlaku antara lelaki dan wanita (bukan mahram) akan menyebabkan wuduk terbatal. Hukum itu bersifat umum untuk semua keadaan dan lapisan masyarakat sama ada tua atau muda, hidup atau mati, sengaja atau kebetulan, bernafsu atau sebalik.

Sumber:- https://www.bharian.com.my/


Senarai BUKAN MAHRAM YANG TIDAK BOLEH BERSALAM


(Klik gambar untuk lebih jelas)








Manakala yang boleh disalam

Ringkasan Senarai Mahram Muabbad

Berdasarkan kenyataan di atas, kami ringkaskan di sini senarai mahram bagi lelaki dan perempuan.

Bagi lelaki, mahramnya adalah seperti berikut

  • Ibu dan ke atas. Termasuklah nenek sama ada sebelah ayah atau ibu
  • Anak perempuan dan ke bawah. Termasuklah cucu perempuan
  • Saudara perempuan iaitu kakak atau adik perempuan
  • Ibu saudara sebelah ayah dan ibu
  • Anak perempuan kepada anak saudara lelaki dan perempuan.
  • Ibu tiri
  • Menantu perempuan
  • Bapa mertua
  • Anak tiri perempuan
  • Mahram disebabkan susuan termasuklah ibu susuan, adik beradik susuan dan lain-lain.

Bagi perempuan pula, mahramnya adalah seperti berikut :

  • Ayah dan ke atas termasuklah datuk sama ada sebelah ayah atau ibu
  • Anak lelaki dan ke bawah termasuklah cucu cicit lelaki dan seterusnya.
  • Saudara lelaki iaitu abang atau adik lelaki
  • Bapa saudara sebelah ayah dan ibu
  • Ana lelaki kepada adik-beradik lelaki atau perempuan iaitu anak saudara
  • Bapa tiri
  • Menantu lelaki
  • Ibu mertua
  • Anak tiri lelaki
  • Mahram disebabkan susuan termasuklah suami kepada ibu susuan, adik beradik lelaki se-susuan dan lain-lain.
  • Mahram-mahram ini disebut sebagai mahram muabbad iaitu haram untuk dinikahi selama-lamanya. Selain daripada senarai ini maka mereka dianggap sebagai ajnabi iaitu orang asing yang bukan mahram yang halal untuk dinikahi. Ada juga yang disebut sebagai mahram muaqqat.

Implikasi daripada mahram muabbad ialah:

  • Tidak boleh dinikahi
  • Boleh bersalaman dengannya
  • Boleh bersendirian dengannya


Sumber:









Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang September dan Oktober 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz
Orang sengaja tak bayar hutang dia bakhil dan jahil. Sedangkan hutang di bawah ke akhirat kelak. Bayarlah sebab itu bukan hak kita. - Ustaz.

Anda Musykil (Tuntuan atau ikut-ikutan).
  • ·         Ibadah kita itu bergantung pada ilmu kita. Bukan sekadar ikut-ikutan.
  • ·         Mungkin pada mata kita tak OK. Tapi di sisi Tuhan baik. Wallahualam.
  • ·         Al-Quran mengajar kita memaafkan sebelum orang meminta maaf.
"Insan yang luar biasa; dia akan sentiasa memaafkan sebelum orang lain sempat meminta maaf." -
Ustazah Isfadiah.

Hadith Open Mic Ep 10 S2
(Art Fazil)
·         Kita masing-masing melalui jalan berbeza.
·         Tanam cahaya dalam hati orang melalui seni.

(Ustaz) Penguasa hadis.
  • ·         Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Dawud, Tirmidzi, Abu Hanifah
  • ·         Imam Syafie guru untuk beberapa hafal hadis
  • ·         Tuntul ilmu sampai mati
  •  
  • ·         Ikhlas menyayangi.
  • ·         Its all up to you.
  • ·         Buat sebab Allah.
  • ·         Tak mengumpat.
  • ·         If you choose that, go for it.

(Ustaz Hidayat).
Kepayahan kita hari ini jauh berbanding susah payah ulama terdahulu.

(Ustaz Perak FM)- Ustaz Ahmad Dusuki.
  • ·         Al-Quran petunjuk.
  • ·         Jika boleh sebelum meninggal baca Quran.
  • ·         Bukan kita dengar orang meninggal tiba-tiba ja terkejut. Orang meninggal lagi terkejut.
  • ·         Ambil kesempatan baca Quran selagi kita hidup.
  • ·         Dalam dada kita ini biar ada ayat suci al-Quran.
  • ·         Paling tidak, hafal surah al-Mulk.
  • ·         Kemudian Surah al-Kahfi.
  • ·         Surah al-Baqarah: 286.
  • ·         Al-Quran dapat bantu kita di sana.
  • ·         Tempat paling sesak padang mahsyar.
  • ·         Rahmat ini belas kasihan Allah.

"Kena selalu bersedekah, bukan berapa banyak jumlah. Ibarat beri sebutir tamar, ganjarannya sebesar gunung." - Ustaz Zaidi (📺 #Hadis40)

Tanyalah Ustaz: Meniti Musibah
Musibah adalah balasan
Musibah adalah tarbiah

Bismillah ad-Dhuha- Ustaz Ebit.
  • Orang hina kita, kita tak terhina pun. Jangan letak pengharapan dekat orang. Melainkan terhina kerana Allah yang hina. Itu patut rasa terhina.
  • "Jangan terkesan dengan pujian dan hinaan orang. Jangan letak gembira kita pada orang. Rasa terhina ni patut ada bila kita dengan Tuhan ja."

Ustaz Badli. WHI.
Bagi sesetengah orang perpisahan juga adalah penghijrahan.
Biar kita berpimpin hati ke syurga.

Norkhiriah- Mohon agar Allah pegang hati kita.
Support system penting.

Tanyalah Ustaz. Perbetulkan Solat. Dr Mohd Sukki dan Dai Azzam.
  • ·         Jamak ta'khir ikut mazhab Syafie buat yang mana dulu. Buat satu lagi boleh. Tapi ikut mazhab elok mula yang mula.
  • ·         Jangan bagi keraguan kita menang.
  • ·         Yakinlah dengan ilmu kita.

Tanyalah Ustaz. (Ustaz Sukki. Dai Azam)
Solat dalam kesusahan.
- Kucing atau bayi depan kita, kita boleh elak dengan gerak ke kanan. Atau bayi boleh diangkat letak ditepi.
- Jika sakit terlantar jika boleh diuruskan solatnya. Jika tidak, jamak. Solat tetap kena buat.
- Jika ada kucing di belakang badan boleh kuis. Tak batal. Dibolehkan.
- Jika mengandung, susah nak bangun sampai kena pegang bucu katil dalam solat. Dibolehkan.
- Orang stroke boleh tak wuduk dengan spray?  Boleh. Kita pun boleh. Asalkan kena tempat wuduk. Boleh rata.
- Solat wajib walau bagaimanapun. Jangan mudah niat nak qada'. Jika boleh solat waktu tu juga. Jika tiada sebab. Dalam perang / dikejar binatang buas pun buat ikut mampu. Qasarkan jika boleh.
- Dalam kapal terbang, solat duduk dibolehkan. Takbir tu adab kiblat. Then sambung solat.
- Jika sakit saraf, mampu baca rukun qauli dalam hati, itu ja paling termampu. Boleh. Begitu juga jika bisu.
- Takbiraturrahim ini bukan angkat tangan. Tapi qauli. Sebut. Sunat angkat tangan. Jika tak buat boleh. Cuma kurang pahala.

Tanyalah Ustazah. Shadiya Abbas
  • "Pakcik & makcik 'mendatang'; (kahwin dengan adik-beradik mak ayah) berlainan jantina dengan kita, hukumnya tak boleh bersalam."
  • "Dengan sepupu (berlainan jantina) pun sama. Walaupun rapat daripada kecil. Tetap kena jaga batas. Jaga aurat. Tak boleh bersalam. Bukan mahram."
  • "Kena jaga hubungan dengan ipar duai. Aurat. Dan mereka tak boleh masuk rumah tanpa kebenaran suami."
  • "Kena jaga sungguh bab mahram ni sebab ia melibatkan perwalian, harta pusaka dan keturunan kita."

Ustazah Asni (NLKO)

Jika kita beri kebaikan dan orang membalas dengan keburukan, mungkin Tuhan ingin mengajar kita erti keikhlasan.

Al-kulliyyah Husnudzon - Ustaz Elyas
  • "Bukan apa yang kita lihat. Tapi apa yang kita fikir itu yang penting. Fikiran menentukan perasaan. Perasaan menentukan tindakan."
  • "Apabila jumpa orang lebih pandai anggaplah dia guru kamu. Jika bertemu dengan orang lebih jahil, anggaplah dia lebih baik."
  • "Sangka baik dapat mengelakkan kita daripada mengumpat. Sebab sangka buruk ini akan melahirkan fitnah."
  • "Elaklah buka "buku lama" seseorang. Sampai bila kita nak hukum orang? Sedangkan kita mahu Allah melihat kita dengan baik."
  • "Sangka baik ini mampu memberi ketenangan. Fikir baik-baik, kita akan dapat yang baik-baik."
Opick:
  • "Jika kita tidak menulis tentang lagu agama hari ini, dan memikirkan laku atau tidak, penulisan begitu akan mati.
  • Anggaplah setiap tulisan itu, yang terakhir. "
  • "Ibadah kita. Solat kita merasakan tidak layak dipersembahkan.
  • "Tentang rapuh ini; lagu rindu kepada Allah. Kita mahu mencintai Allah. Namun kita tak sempurna. Ibadah kita. Solat kita merasakan tidak layak dipersembahkan. Bagaimana ini?"

Urus Musibah. Ustazah Asni. Tanyalah Ustazah.
·         Kita diuji ikut mampu kita. Budak UPSR takkan diberi soalan ijazah misalnya.
·         Banyakkan istighfar.
·         Doa Ummu Salamah amalkan apabila diuji.


·         Allah sayang kita.
·         Ujian adalah takdir. Uruskanlah takdir dengan baik-baik.
·         Ujian bersifat sementara.

 Dengar ustazah Zai. (Ikim fm)
  • ·         Moga-moga yang munafik bukan kita.
  • ·         Malas beribadah antaranya.
  • ·         Solat awal waktu.

Ustaz Elyas - Husnuzon 2
  • ·         Senang ditipu syaitan.
  • ·         Ahli ibadah yang jahil.
  • ·         "Sangka baik bukan menafikan realiti. Kita bersangka baik, akan mendatangkan perkara yang baik-baik dalam hidup."
  • ·         "Rasa diri kita baik menunjukkan kita tak berapa baik. Jika sibuk hal diri, kita tak akan sempat lihat keburukan orang lain."
  • ·         "Orang yang sibuk menghukum orang lain, dia tak sempat beri kasih sayang. Nak lihat kita bagaimana, lihat apa kita sangka."
  • ·         "Sangka baik dengan lima; Allah, ibu ayah, pasangan, pembantu dan kelima bersangka baik dengan jiran atau kawan sepejabat."
  • ·         Sangka baik dengan Allah.
  • ·         "Dalam hidup kita selalu minta apa kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu"
  • ·         Sangka baik dengan mak ayah. Berkat doa. Raikan bersama dengan mereka. Kerana mereka begitu baik dengan kita.
  • ·         Sangka baik dengan pasangan. Letakkan mungkin dalam banyak hal.
  • ·         Orang bekerja dengan Kita macam-macam.
  • ·         Nabi suruh maafkan seseorang 70 kali dalam sehari. (Rujuk cerita khadam).
  • ·         Jangan menghukum letak kita dalam tempat orang tu.
  • ·         Orang marah ni memang suka wakilkan semua orang. 😅
  • ·         Bersangka baik dapat menyelamatkan banyak keadaan dalam hidup. Sikap terburu-buru akan menampakkan keburukan kita.

Hadis 40
  • ·         Allah bagi sesuatu yang boleh kita tanggung. Maka bersandarlah pada dia.
  • ·         Siapa kita nak tahu apa di depan. Kita boleh merancang sahaja.
  • ·         Kadangkala kita sendiri tak pasti dengan kehendak kita.
  • ·         Allah taala akan bagi terbaik untuk kita.

Tanyalah Ustaz. Dai Farhan
Sucikan hati

Mata yang jauh daripada api neraka:
- Mata yang menangis takut dengan Allah
- Mata yang berjaga malam buat ibadah
- Mata yang berpaling daripada perkara yang diharamkan

Cara nak bersihkan hati. Ingat mati. Dan banyakkan baca al-Quran.

Nota Ajal Seorang Mukmin - Ustaz Ahmad Dusuki
Tulislah yang baik-baik. Kerana tulisan akan kekal walaupun kita dah tak ada.

* IKIM FM
"Takdir itu sesuatu yang berlaku setelah kita berusaha dan bersungguh terhadap sesuatu."
"Allah yang beri kita rasa faham. Penyebab itu perlu. Usaha itu perlu. Namun semuanya berlaku dengan izin Dia." - Ustaz Hambali.
Kita tak buat maksiat bukan sebab kita kuat sangat.

Jangan letak (ingat) makhluk dalam solat kita.

Riak dengan ibadah (Tanyalah Ustaz)
Nak hamba:
Jangan rasa memiliki
Tidak rasa dia ada ilmu
Al-kuliyyah
Mengira-mengira berapa nak sedekah. Itu sedekah yang bakhil.

3 meminta-minta boleh:
1.       Sakit yang sampai tak boleh cari rezeki
2.       Hutang tak termampu bayar
3.       Miskin

Hanya yang kuat boleh bersedekah.

Kesimpulan santun Nabi:
  • ·         Berusahalah mencinta Nabi
  • ·         (belajar tentang sirah)
  • ·         Berakhlak seperti Nabi

NLKO
  • ·         Menjaga aib pasangan
  • ·         Jaga hati
  • ·         Jaga ibadah kita. Jangan solat kapal selam timbul tenggelam
  • ·         Elak perkara lagho

Ustaz Shahrizan. Bismillah ad-dhuha.- Zikir
- Lepas solat
- Istighfar selalu
- Jangan tinggal solat
- Elakkan maksiat

Tanyalah Ustaz
Jangan dilalaikan dengan harta zaman sekarang. Iaitu jumlah likes.

Norhafizah Musa - Meremehkan dosa.
  • ·         Jangan meremehkan dosa dengan memandang mudah dan menganggap itu biasa.
  • ·         Meremehkan sikap membazir contohnya.
  • ·         Jangan menipu.
  • ·         "Sesuatu yang dikatakan seseorang adalah sesuatu yang digambarkan dalam hatinya."
  • ·         "Pilihlah nak sakit atau nak sihat. Memikirkan sesuatu yang menyakitkan hati kita adalah sesuatu yang membuatkan kita bertambah sakit."
  • ·         "Banyakkan istighfar. Moga Tuhan ampunkan dosa-dosa kita."

NLKO
Amalkan selalu ayat Qursi. Pendinding diri.

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.





Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Jun 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


NIAT

Amalan tak lepas dari:
- Riak.
- Ikhlas.
- Ibadah campur riak. (Kerja tapi pengharapan).

Syarat:
- Pastikan tak langgar syariat
- Jangan menidakkan hak orang
- Niat
- Qanaah (rendah hati). Orang paling berguna pada manusia. Banyak beri daripada meminta.
Nabi sentiasa memuaskan hati orang.

Kita tak boleh paksa orang untuk selesa dengan kita / sayang kita. Tapi kita boleh berusaha dan berdoa untuk itu.

Kalau kita ikhlas buat kerana Allah. Allah akan buka hati manusia. :)

MAHRAM

Kalau seseorang anak sedara itu jadi anak sedara sebab wujudnya suami / isteri maka mereka bukan mahram. Boleh kahwin lepas pasangan takdak. Anak adik-beradik boleh salam. Tapi anak kepada ex-ipar tak boleh.

Kalau lama tak jumpa ayah berpisah. Cari di internet, polis dan media tak jumpa hari nak dekat nikah, tu baru boleh jatuh kepada adik beradik walinya dan baru kepada hakim.

USAHA, DAKWAH & AKHIRAT

Kita perlu usaha. Teruskan tanggungjawab kita ajar dan sebagai penyampai. Yang tentukan terima dan berjaya, buka hati ni bukan kita, tapi Tuhan.

* Tiada lagi pusingan U
  • Ingat Allah
  • Baca Quran
  • Ingat Mati
**
  • Dunia ini persinggahan, bukan tujuan..
  • Kita warga akhirat.
  • Mati dan hidup wujud sebab nak tunjuk semua ada permulaan dan akhir.
  • Hidup dua kali. Satu lagi di akhirat. Mati tu pemisah dunia dan akhirat.
  • Dunia tempat bercucuk tanam. Tuai hasil di akhirat.
  • Allah nak tengok siapa yang taat dengan Dia. Tuhan tak tengok siapa yang berceramah paling banyak. Bukan yang paling banyak ajar orang. Tak. Tuhan tengok siapa paling banyak beramal.
  • Yang buat, jangan hina orang tak buat maulid.
  • Kalau orang ikhlas, dia akan buat sesuatu kerana Allah. Kalau dia tak buat sesuatu pun kerana Allah.
  • Buat amal kerana orang, salah. Itu syirik. Tinggalkan amalan kerana orang salah, itu riak.

Mati mulia.
- Mati mengucap kalimah syahadah.
- Dahinya berpeluh. Pertama kerana dia malu kepada Allah. Kerana menanggung kepayahan nak mati.
- Sedang beramal soleh.
  • Elak menjerit jerit meratap bila orang meninggal.
  • Berkawan dengan orang baik-baik. Orang yang benar.
  • Rupa malaikat maut mencabut nyawa orang baik boleh lihat dia dalam keadaan baik. Jangan bimbang malaikat kata.
  • Doa- Minta berlindung daripada fitnah dajjal.
  • Amalkan zikir pagi dan petang (ada dalam maksurat).
  • Hadiah orang beriman adalah beriman. Sebab kekasih dia orang beriman.

KAYA HARTA, KAYA PAHALA.
  • Kita ni kadang sibuk sangat nak cakap bismillah pun kita lupa. Tak sempat.
  • Gunakan masa sebaik mungkin.
  • Kekayaan ni Tuhan bagi pinjam. Bila-bila dia boleh ambil.
  • Kejar akhirat, kejarlah. Tapi jangan sampai lupa nasib di dunia.
  • Tinggalkan dunia ni maksudnya tinggalkan mengejar benda yang menyesatkan dan melalaikan. Bukan tak fikir dunia langsung.
  • Pahala tak boleh kongsi. Tapi hasil perbuatan. Nak kongsi pahala, dengar ada orang susah; tolong sama-sama.
Jika mahu jadi jutawan pahala.:
- Melawat orang sakit.
- Buat orang gembira.

Sentiasa saling menegur. Agama itu nasihat. Menegur dengan kasih sayang.

Kaya juga ujian.

SOLAT
  • Gementar apabila menyebut nama Allah.Dia khusyuk.
  • Lalai. Masuk neraka jenis lalai. Sukahati nak solat tak solat.
  • Solat tapi mengata. Sewajarnya solat berjaya bentuk diri dia. Perkara lain mungkin dia ada buat. Solat itu ada masalah. Buat dia menjauh. Tidak menambah.
  • Baik macamana pun perangai, solat tetap perlu solat.
  • Dunia tempat menuai.
  • Sumber makanan. 
  • Atau riak.
Solat diterima:
  • Sendirian pun buat.
  • Solat sebab rasa rendah diri.
  • Dia tak sombong.
  • Tak ulang. Jangan buka balik pekung. Biarlah. Mana ada manusia yang tidak berdosa. Biarlah antara kita dengan Allah. Manusia tak boleh beri apa. Allah yang Maha Pengampun. Yang mengata dia dapat dosa dia.
  • Orang munafik selalu tinggal solat subuh dan isyak.
  • Solat terawih bermaksud rehat. Buat laju-laju bukan bermaksud rehat.
  • Solat yang baik akan dapatkan ketenangan. Jika laju di mana tenangnya.
  • Tuhan beri yang terbaik.
  • Tuhan beri sebelum kita minta.
  • Tuhan beri kemaafan.
  • Niat solat perlu bersama-sama dengan takbir. Mukoronah. Namun kalau lafaz lain, niat betul ikut niat.
  • Kalau takut elak was was niat pendek pun okay.
  • Tangan di dada mazhab berbeza.
  • Ada kain di tangan tak apa perempuan.
  • Beradab dengan Tuhan. Kurang pahala kalau tak kusyuk solat.
  • Tengok tempat sujud.
RAMADHAN
  • Orang bersyukur ni, dia menghargai apa dia ada.
  • Nak mandi, mandilah sebelum ramadhan pada maghrib. Cuma jangan membazir dan minum waktu mandi.
  • Menjaga nikmat Tuhan. Syukur dan hargai. Serta guna untuk ke arah baik-baik.
  • Allah beri kita ruang beribadah.
  • Tenang solat. Jangan tergesa-gesa. Biar lama dalam solat bersama Allah tu.
  • Allah berselawat : Dia beri rahmat. Malaikat pula dia minta didoakan kebaikan.
  • Jangan sunnah menjadi punah.
  • Jangan buat benda yang mudarat banyak berbanding kelebihan.
  • Jangan banyak tidur waktu ramadhan.
  • Agama suruh tidur awal.
  • Makan beramai-ramai sunnah Nabi. Bukan dalam talam ja sunnah nabi.
  • Jangan tanya berapa kita nak dapat, cuma berapa kita beri.
  • 2,4,6,8. Tak larat 2 pun boleh. (Terawih)
  • Dalam hadis Nabi baca apa yang Nabi nak baca.
  • Tv adalah pencuri waktu paling hebat.
  • Masa kita ada satu saat ja. Kejap lagi belum tentu.
  • Banyakkan istighfar.
  • Mukjizat pada Al-Quran.
  • Puasa membentuk kita ikhlas. Sebab orang tak tahu kita puasa ke dak.
  • Elak sum'ah. Jangan cerita benda baik kita buat.
  • Jangan cakap takdak masa untuk beribadah. Sebab masa Allah bagi sama rata.
  • Taqwa; Tuhan bagi rezeki dan rasa nak buat baik dalam diri dia.
  • "Jika rasa bersalah, mintalah maaf. Ni bulan ramadhan, minta ja maaf, tak perlu tunggu raya. Jangan dijamak dosa setahun." - Ustaz Syamsul Debat.
  • 107-110 al-kahfi baca sebelum tidur.
  • Pada sahur ada sunnah Nabi.

BERSYUKUR & SEDEKAH  (USTAZ IZHAR)

Niat kita syukur sebab orang islam berjaya.
  • Lafaz syukur
  • Doa
  • Menghargai dengan sedekah.
  • Sedekah Tuhan gandakan 10.
  • 1-1 = 10. Ramadhan dilipat ganda jadi 70.
  • 9 syarat untuk dapat rezeki Allah.
  • - Yakin. (8) Berusaha yang ke (9).
  • Ramai orang berdoa tak yakin.
  • Dia rasa yang daripada Allah semua baik saja.
  • Tuhan beri rezeki yang tak disangka-sangka.
  • Tuhan ganti dalam bentuk yang lain. Rezeki ni luas maknanya. Berbeza-beza.
  • Sedekah bukti keimanan.
  • Beri sedekah jangan ditanya apa yang akan dibalas. Allah janji akan balas. Ikhlaskanlah.
  • Beri terbaik, akan dapat baik-baik.
  • "Nasihatkan buat benda baik itu okay. Bagus. Tapi jangan duk sibuk amal orang. Orang buat / beri banyak mana ikutlah ikhlas dia." - Ustaz.
  • Sedekah yang terbaik:
*Sedekah besar dalam bulan ramadhan.

*Sedekah di kala sihat dan diwaktu sayang nak memberi.

*Sedekah dalam terang atau sembunyi. Digalakkan sembunyi.
  • Jangan tunggu kaya baru nak bagi.
  • Kau tak habis pun semua kalau nak kedekut sangat.
  • Sedekahlah sebelum Tuhan ambil nyawa kita.
  • Pahala sedekah boleh jadi rosak jika mengungkit dan sakitkan hati penerima.
  • Ikhlas. Jangan ungkit. Jangan hina dan herdik.

Sekian. Sampaikan walau satu ayat. Jika ada penambahan atau kesalahan, boleh komen di bawah. Terima kasih.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top