Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sebagai peminat drama melayu, saya suka tengok orang ramai beri ulasan terhadap drama-drama melayu. 

Kalau dalam #LelakiItu banyak disentuh dan dibincangkan bab munahakat, tanggungjawab dan keturunan (sebelum ada scenes yang sensasi, yang tak perlu ada pun sebenarnya).

Dalam #Khunsa diperbincangkan bab biologi dan jantina serta kewujudan jantina ketiga yang memang wujud.

Terbaru, orang bincang bab rujuk pula melalui drama Andai Tiada Dia. Walaupun ramai emosi dengan watak Intan dan Haikal, namun tetap ada ilmu baik yang boleh diambil.

Jika di app Tonton, drama Salju Rindu di Bumi Auckland pun mendapat perhatian dan pujian ramai.

Lara Kasih yang membawa tema dua darjat hidup di kampung pun, sangat menarik jalan ceritanya. 

Begitu juga melalui drama Senyawa melalui Iqiyi yang menampilkan lakonan hebat Trisha Ooi, Shah Jaszle, dan Siti Hariesa - membawakan isu ibu tumpang. Itu pun isu yang jarang ditampilkan.

Kalau nak lagi moden, fresh, drama di Viu pun tak kurang menariknya seperti From Saga With Love yang sangat chill dan colorful vibes-nya.

Ramai cakap drama kita makin bagus. Sebenarnya dah lama bagus, terutama kalau selalu tengok drama #PanggungRTM (termasuk yang adaptasi novel, puisi dan cerpen). Itu belum lagi slot drama di TV AlHijrah dan Astro Originals (terutamanya drama slot Project). Itu juga sangat bagus kualitinya. 

Sekarang dah makin meluas dan ramai tengok drama Malaysia (termasuk orang dari luar negara, negara jiran - mereka pun suka), alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk sokong karya tempatan.

Sentiasa ada ruang untuk memperbaiki. Selalu ada hal yang baik untuk permulaan hal indah yang panjang. 


Perkongsian dan luahan peribadi

Anem Arnamee. 


Photo by Huỳnh Đạt: https://www.pexels.com/photo/black-crt-tv-2251206/





Penulis ini (Asif A.Khushaini) ada kritikan peribadi terhadap sistem yang menentukan cara hidup manusia. Baginya kita semua manusia bukan robot. Bukan hanya perlu menerima saja sesuatu ilmu itu namun lebih kepada cari sebab di sebalik ilmu itu. Penulis ini juga jenis banyak bertanya, ingin tahu dan rajin mencari jawapan (Mungkin itu memang ciri ahli sains). Juga meminati seni dan Radiohead. Keinginannya juga tinggi, dulu misalnya beliau mahu tahu tentang expressionism dan impressionism, dia benar-benar cari perbezaannya.

Mari saya kongsikan sedikit petikan atau quotes buku ini-

▪️ Sains bukannya kehebatan kau mengingati segala fakta-fakta, teori-teori dan nama-nama. Sains ialah satu bidang yang membolehkan mata hati kau terbuka. Sains mengajar aku melihat dari satu perspektif yang berlainan.

▪️Memahami akan membuatkan aku boleh menghargai.

▪️Manusia sentiasa tidak faham. Ketidakfahaman kita membuatkan kita bertanya. Ketidakfahaman kita ini membuatkan kita terasa kerdil. Ketidakfahaman kita ini membuatkan kita tergamam, terkedu akan cantiknya susunan Maha Pencipta.

▪️Kita sentiasa akan menghormati seseorang jika individu itu lebih hebat daripada kita.

▪️Tanpa kefalsafahan, sains umpama robot yang mempunyai step tetapi tidak mempunyai soul.

▪️ Greek etomologinya:
Philo - love
Sophy - knowledge / wisdom

▪️ Tidak sukar untuk kita simpulkan bahawa kefalsafahan itu wujud akibat manusia yang sentiasa curious.

▪️Bila mengelilingi sesuatu kita akan menukar arah. Menukar arah perlukan daya. Perlunya daya bermaksud ada pecutan.

Mengelilingi bumi: (daya) F=ma (jisimxpecutan) .

▪️Kerana kefahaman, kau akan menghargai. Tanpa kefahaman, kau senang ditipu dan membuatkan kau membenci. Seperti pepatah melayu tak kenal, maka tak cinta.

▪️Bahasa ilmu yang luas. Matematik adalah bahasa sains.

▪️Psikologinya, jika kita gembira memang kita akan rasa masa cepat. Jika bosan atau susah kita akan rasa masa lambat. Psikologi berkenaan behaviour manusia yang tak boleh ditipu /dikawal. Subjektif.

▪️Kau perlukan qiblat. Agama hanya boleh dihargai orang yang ingin melihat.

▪️Laju cahaya dalam air dan udara lain.

▪️Penting budak Fizik tahu Maxwell's Equation. Ada 8 persamaan.




▪️Phase matching?

'Jarak untuk cahaya sampai dari matahari kepada mata kita adalah lebih jauh di pagi dan senja daripada time tengah hari.'

▪️Rayleighs scattering.?

Masa tidak tetap. Time dilation.

▪️Black hole?

Filem Hollywood selalu ada subliminal message. Sihir sigil?

▪️Pecutan atau graviti? Tridal Force?
Einstein field equation.

Singularity?
Quantum tunnelling (Fizik kuantum) (fenomena fizik jalan lepsi dinding konkrit) - contoh matahari ada quantum tunneling.

Psychophysic of price?

▪️Zarah itu gelombang. Gelombang itu zarah.

▪️Sesuatu itu tidak boleh dipandang hanya secetek sesuatu tindakan.

▪️"Kebenaran yang hakiki bukan milik kita. Itu adalah hak milik Maha Pengatur. "

▪️Manusia tak pernah merasa puas.

▪️Hati umpama kaca. Keras tetapi rapuh.

▪️Kehidupan adalag sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.

▪️Alam ini dicipta Pencipta. Sebab itu ia tak semudah disangka.

▪️Gauge boson itu makanan/lauk yang saling hantar masa ramadan. Hanya alasan dan penarik. Dalam interaksi elektromagnatik ini adalah photon iaitu kuanta untuk cahaya. QED.

Elektromagnatik force:

Cas sama - menolak
Cas lain - menarik
Cas sama di antara nucleus - boleh dilekatkan bersama, tapi nucleus tak stabil - pereputab radioaktif. Menolak dan menarik memerlukan daya.

Daya kuat (strong force)
Daya lemah (weak force)

Istilah lain:

Lepton
quarks
Nama-nama ini ahli fizik bagi sebba tak tahu nak letak nama apa.

Hadron.

Engtanglement bermaksud jika satu macam ni. Satu lagi mesti berlawanan.

Supernova. Letupan besar.

▪️Kita amat memerlukan bumi untuk meneruskan kehidupan. Bumi bukan sekadar alat, tapi untuk dihargai. Jika dibandingkan umur, kita patut menghormati bumi seperti mana budak yang naif menghormati tua yang bijaksana.

*Contoh dekat tak perlu pandu kereta,untuk tak hasilkan gas CO yang terkumpul di atmosfera.

▪️ "Balinglah sebatang jarum peniti ke laut. Angkat jarum tersebut dan lihatlah titisan air laut yang jatuh dari jarum tersebut. Titisan air itulah ilmu kita, ilmu manusia yang terlalu sedikit bila dibandingkan dengan kebijaksanaan Maha Pencipta yangs seluas lautan." - kata ayah.

Kenapa lebih tenang di desa? Di desa gelombang relatifnya sedikit. Mungkin gelombang elektromagnetik ini yang ganggu suprachiasmatic nucleus'. 
Pada saat aku ingin berhenti, kematian akan membuatkan aku terus berjalan. Aku tak mati lagi! Aku masih ada peluang untuk lawan. Jika aku mati dengan berputus asa, aku akan menyesal mensia-siakan peluang merasai bagaimana sakit dan sukarnya usaha untuk melawan cabaran tersebut.
"Manusia tak akan mati walaupun fizikalnya mereput dan tidak lagi berfungsi tetapi manusia akan mati jika dia hilang dari memori dan pergi tanpa meninggalkan legasi."

Facebook rasmi:

- Sumber gambar:


Adventurous! Novel interaktif ini bukanlah sebuah novel seram / hantu yang begitu menakutkan, namun kisah misteri yang dikaitkan dengan mimpi seorang gadis bernama Yana sebenarnya lebih kepada mendatangkan rasa seronok dan teruja.

Sangat mengingatkan saya pada projek akhir tahun semasa saya menuntut dulu, saya buat filem interaktif (Adrenalin judulnya). Konsep interaktif ini adalah interaksi khalayak dengan karya kita. Mereka boleh memilih. Pemilihan watak berbeza akan membawa keputusan kesudahan / jalan cerita berbeza.

Boleh bayang tak anda dapat kelebihan tahu tentang kisah lalu orang lain berdasarkan mimpi? Dan orang itu dah tak ada. Haa. Itu yang menariknya watak Yana dalam novel Misteri Mimi Yana tulisan Salleh Kausari ini.



Kisah persahabatan, kekeluargaan, dendam, paranormal dan tanggungjawab, ya! Begitu banyak elemen ditekankan dalam kisah ini. Malahan apabila membaca buku tentang kekaraban dan perjalanan Yana dan sahabat-sahabatnya, saya rasa seperti tak mahu berhenti membaca dan terbayang banyak adegan mendebarkan dalam kepala. Seperti filem. Penulisan Salleh Kausari begitu mudah difahami namun unsur suspend tetap menonjol. Paling penting pengajaran tetap ada melalui novel ini.

Saya suka cara penulis letak kelebihan Yana, tetap ada kekurangan kerana Tuhanlah Yang Maha Sempurna.

Antara petikan menarik melalui novel ini:

"Sebenarnya apa yang berlaku ni buat aku sedar. Bahawa hidup ini adalah satu perjalanan yang unik bagi setiap orang. Apa yang berlaku kepada kita ada hikmah yang tersembunyi. Semua adalah ujian untuk menguji kesabaran dan ketabahan kita." - Qila.

"Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Setiap apa kita lakukan pasti ada yang payah. Fokus pada apa inginkan dalam hidup. Anggap halangan sebagai cabaran dan gunakan kelebihan yang kita ada sebaik-baiknya." - Angela, polis perempuan Interpol.

"Tak ada istilah gagal sebenarnya. Walaupun kita tidak berjaya seperti apa yang kita inginkan, usaha kita sudah jadi pengalaman yang berharga. Mesti ada natijah di sebalik apa yang kita lalui." - Inspektor Zulfadhli.

"Di hadapan Yana sekarang, ada tiga pintu yang membawa Yana kepada tiga hasil yang berbeza. Satu pintu kegagalan. Satu pintu tidak merubah apa-apa. Satu pintu lagi adalah kejayaan. Tetapi hanya dua keputusan saja, iaitu betul dan salah. Kesilapan adalah apabila Yana berdiri tak bergerak-gerak kerana takut buat pilihan yang salah. Kerana dalam kegagalan pun, sebenarnya ada kejayaan yang mematangkan hidup kita." - nasihat Dato' Mustaffa kepada anaknya.
"Dendam adalah ombak gila yang akan memusnahkan apa yang kau ada. Dendam juga racun yang akan membunuh naluri kau dan menghitamkan jiwa kau. Lepaskan dendam yang tersimpan. Jangan biar ia memakan diri kau. Biarlah memori hitam ini mendorong kau untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, demi masa depan kau. Kau mesti buktikan kau mampu lalui semua ini dengan tabah dan cekal. Aku tahu kau seorang yang kuat semangat." Yana pesan ke Qila.
"Di dunia ini, setiap kesusahan dan kepayahan akan mematangkan diri kita sendiri. Kutukan dan ejekan akan menjadikan kita kuat dan lebih bersemangat memghadapi hidup." - kata Yana kepada Enigma.

"Jodoh ini macam burung tercedera yang kita bela. Selepas kita ubati luka dan kita beri makan sekenyang-kenyangnya, kita lepaskan. Sekiranya memang ditakdirkan untuk kita, lambat-laun kalau betul jodoh kita, dia akan kembali untuk menemani kita." - kata Zalifah kepada abangnya.

Kesempurnaan bukan dalam menjalani kehidupan yang serba sempurna, tetapi dalam kesabaran kita menerima ketidaksempurnaan yang dikurniakan Tuhan.

Walau apapun keputusan yang kita buat, ada takdir yang tersurat dan tersirat. Di dalam kesilapan yang kita buat melalui pilihan yang salah, ada pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kita. Di sebalik kejayaan yang kita tempa melalui pilihan yang kita sangkakan betul, ada tanggungjawab dan tuntutan yang harus kita tunaikan.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pilihan-pilihan yang misteri, sebagaimana misterinya mimpi-mimpi Yana.

Ya, sugguh tak rugi apabila membacanya. Banyak  perkara yang boleh kita belajar. Insya-Allah.

Pautan:
Facebook rasmi Mister Mimpi Yana - Misteri Mimpi Yana
Facebook penulis, Salleh Kausari - Novel dan Karya Salleh Kausari
Goodreads Misteri Mimpi Yana - Misteri Mimpi Yana
Blog penulis: https://skausari.blogspot.com


Dengan adanya media sosial, semakin banyak perkongsian, pendapat dan luahan yang dapat kita baca. Perkembangan semasa begitu cepat tersebar. Terpulang pada kita mahu percaya atau tidak. Mahu terima atau enggan. Kebelakangan ini tiga perkara ini begitu diperkatakan. Jadi saya memilih ruangan ini untuk memperkatakannya sedikit sahaja.

Drama Andainya Takdir di TV3

Saya rasa ramai menontontonnya. Sehingga menjadi bual mulut (percakapan) ramai dan trending di twitter. Adaptasi kisah benar, dan dilakonankan dengan penuh jiwa oleh para pelakonnya, cerita yang mengisahkan lelaki yang mempunyai cemburu melampau dan suka cari sendiri alasan pasangannya curang yang sebenarnya tiada (dinamakan: othello syndrome), dan isteri yang bertahan walaupun begitu teruk dibelasah kerana rasa sayang dan percaya masih ada harapan (dinamakan: stockholm syndrome). Lebih menarik emosi penonton adalah orang di sekitar watak itu. Sikap yang terlalu menyibuk hal orang sehingga tak perasan hal sendiri. Dan budaya menghasut (batu api) dan mengumpat yang mampu menggugat masyarakat sebenarnya. Kisah ini begitu realiti dan asli. Mungkin kerana itu ia berjaya menarik ramai mengikuti perkembangannya.

Antara pelakon dalam cerita ini adalah Syukri Yahaya, Nina Iskandar, Balqis, Sheila Mambo dan ramai lagi.

Klik untuk: Menonton andainya takdir online

- Antara pendapat yang menarik:


Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

Isu liberal: tudung dan wuduk 

Tiba-tiba sahaja isu tudung dibangkitkan. Hujah tentang aurat dan tudung boleh dibaca di facebook Firdaus Wong Wai Hung & Ulasan saudara Muhammad Yusof.

Wuduk pula memang banyak sangat air membazir, namun sunnah tiga kali untuk meratakan anggota badan yang berkenaan. Isunya kena atau tidak. Ya, sekali sudah bersih cukup, namun lebih menyakinkan dan tiga kali Nabi buat, kita ikut dapat pahala insya-Allah.


Liberal bermaksud menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Namun bagi fahaman liberal barat dan sesetengah pejuang liberalisme, ia mungkin berbeza. Malah liberalisme mempunyai aliran-aliran yang pelbagai. Manakala islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri ,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam. (Rujuk: https://fastnote.wordpress.com).
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(QS. Al-Maaidah (Al-Maidah) [5] : ayat 87).

Kes buli

Kes Zulfarhan dan T. Nhaveen begitu menyentuh emosi kita. Buli, begitu menjadi-jadi kebelakangan ini. Buli bermaksud: mengasari orang lemah dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.

Kes Zulfarhan Osman: Pada awal Jun lalu dilaporkan  jenazah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat didera (dipercayai dengan seterika), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. (Sumber)

Update Terkini: 
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu. Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. Kes ini akan disebut semula pada 14 Ogos 2017. (Sumber)

Kes T. Nhaveen: Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras. Sewaktu kejadian, beliau bersama rakannya, namun rakannya cedera dan sempat melarikan diri.

Update Terkini:
Empat lelaki termasuk dua daripadanya remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki, T. Nhaveen, 9 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. (Sumber)

*****

Moga dipermudahkan buat mereka yang diuji. Dan biar nanti jawapan terungkai. Insya-Allah.

Moga kita semua dipelihara jiwanya dan menjaga hati orang lain juga. Hidup adalah sementara, jadi tuntutlah ilmu baik-baik dan amalkan dengan cara yang Tuhan redha. Insya-Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan.”
- (Al-Maidah ayat 8)


Filem berdasarkan kisah benar memang cepat menangkap perhatian. Semasa saya menulis entri ini, di Malaysia sedang ditayangkan filem You Mean The World To Me (berdasarkah kisah hidup seorang pengarah menyelusuri semula kehidupan lalunya) serta baru-baru ini ada ditayangkan filem Adiwiraku (kisah benar susah-payah guru dan anak murid di kampung dalam mencapai impian).

Banyak sebenarnya filem kisah realiti yang menarik sama ada dari Amerika, Eropah, India mahupun negara asia lain dan negara timur tengah. Namun filem yang saya ingin perkatakan kali ini adalah filem yang agak tragis, sedih dan penuh emosi serta berjaya menggugah hati ramai penonton. Kerana apa?

Kerana kita seolah tidak dapat menerima alasan logik kenapa peristiwa berkenaan perlu berlaku. Sedangkan hakikatnya ia boleh dielak.

1. Filem Silenced (Korea) - Video @ youtube

Saya mendengar kehebatan cerita ini sudah lama. Namun baru dapat menontonnya di TV9. Dengan pelbagai adegan yang penuh tidak sangka saya dengarkan, rasa teruja untuk menontonnya pasti ada.



Sinopsis: Silence (The Crubicle): kisah benar pedophilia yang berlaku pada 2005 (dijadikan novel, kemudian diangkat sebagai sebuah filem pada 2011) di Sekolah OKU, daerah Gwang-Ju Korea Selatan. Anak-anak ini pekak dan bisu, jadi perkara salah yang dilakukan oleh pengetua mereka (yang kelihatan baik pada mata ramai), diambil mudah dan dilepas tangan. Tidak mendapat pembelaan sehinggalah cerita ini dikisahkan semula.

Aspek kemanusiaan: Kisah ini penuh dengan rasa geram penonton, marah dan tangis. Banyak perkara yang begitu mendukacitakan. Wajarkan seorang pembela menjadi pemusnah? Dan gagalnya suara kurang upaya dalam menentang kuasa besar dalam hidup. Apatah lagi dikaburi dengan perkara-perkara luar yang tidak jujur.

Dari kaca mata penonton filem: Kisah ini boleh ditonton oleh penonton yang bersikap natural atau memang jenis boleh tenang. Jika jenis terbayang (terbawa-bawa), atau mudah terganggu, elok elakkan saja. Namun saya merasakan filem ini begitu kuat dengan rasa semulajadi dan penghayatan para pelakonnya. Seolah-olah pelakonnya tidak berlakon. Sangat real

Kejayaan filem ini:  "Kisah nyata, selepas kisah ni diangkat menjadi filem ‘Silenced’, kes ni mula mendapat liputan antarabangsa dan perbicaraan yang tertangguh sekian lama diangkat ke mahkamah semula. Dulu, kes ni ditutup." - (Sumber: Thevocket)

2. Filem Sunk Into The Womb (Jepun) - Video @ youtube

Filem ini saya tonton di astro. Dalam sibuk orang perkatakan tentang Silenced, ada pula mencadangkan menonton filem ini. Katanya lebih sedih dan penuh ketidakjangkaan.


Sinopsis: Sebuah filem berdasarkan kisah benar yang berlaku di Osaka, Jepun. Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab dan penyayang diabai suami. Kemudian perlu mencari kerja, dan akhirnya menjalani kehidupan bebas. Ada dua anak kecil. Kemudian dia meninggalkan kedua anak itu. Agak lama, sehingga keduanya kelaparan. Dan ada yang mati. Namun tindakan ibunya setelah pulang, lebih mengejutkan.

Aspek kemanusiaan: Filem ini penuh tanda tanya dan rasa tidak senang. Ada hak manusia yang tidak terpenuhi. Dan dilepaskan dengan cara salah. Tekanan setiap manusia berbeza dan cara menyelesaikannya perlu betul dan paling penting, dicari. Jangan kerana rasa sendiri, kita berbuat sesuatu yang tidak wajar pada diri, mahupun orang di sekeliling. Apapun, sewajarnya perlu kembali kepada Tuhan.

Dari kaca mata penonton filem: Filem ini bagus naratifnya. Dan tidak ada ramai pelakon. Banyak diperlihatkan keletah anak, dan gambaran rumah yang ditinggalkan orang dewasa, filem ini begitu perlahan (banyak guna stationary camera shot). Buat yang jenis menghayati dan tak suka filem jenis laju, ia sesuai untuk ditonton.

*****

Apapun, realiti keadaan yang begitu mendesak dan didorong tuntutan nafsu yang begitu kuat hari ini kadangkala membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan, apa yang kita harus lakukan adalah sebolehnya berhati-hati, menjaga diri, mengawal serta mencegah. Moga baik-baik untuk semua kita. Insya-Allah.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top