Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Perkahwinan: Jalan Menuju Keluarga Bahagia dan Diredhai Allah SWT




Moga doa ini menjadi penguat bagi kita dalam membina keluarga yang penuh dengan keimanan dan kasih sayang.



Di bawah ini saudara Rafi ada berkongsikan tentang wali nikah ikut turutan dan wali enggan (mewalikan). Moga bermanfaat.

Bila pihak-pihak nak berkahwin perkara utama yang perlu di lihat sebelum berkahwin adalah RUKUN NIKAH iaitu: 

1. Lelaki
2. Perempuan
3. WALI 
4. Saksi 
5. Ijab & Qabul

Yang biasa menjadi permasalahan bagi pasangan yang nak berkahwin adalah syarat No 3 tu iaitu WALI. 

Rasullah SAW, bersabda yg b'maksud: 

"tidak sah suatu pernikahan tanpa seorang wali dan dua orang saksi yang adil. Dan pernikahan yang mana pun yang tidak demikian adalah batal."

Adapun wali ni kita bahagikan kepada EMPAT: 

1. Wali Mujbir 
(Ayah & Datuk dan ke atas)

Wali ni adalah bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya DENGAN persetujuannya ATAU tidak.

Menurut Mazhab Syafi'e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa kandung, datuk sebelah bapa dan seterusnya sampai ke atas.

Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya BUKAN wali mujbir iaitu TIDAK ADA kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Ini berdasarkan kepada maksud Hadis:

“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya”. 
(Riwayat Darul-Qutni).

Bagaimanapun, Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi dalam bukunya (Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women) menyatakan beberapa syarat:

1. Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.

2. Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.

3. Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.

4. Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.

 5. Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut :

1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah;
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
8  Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara bapa seibu sebapa;
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
15. Bapa saudara datuk seibu sebapa;
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Wali Hakim/Wali Sultan

2. Wali Aqrab 
(Adik Beradik dan sepupu sepapat yang berkaitan)

Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali. Biasanya wali aqrab ni akan digunakan bila wali mujbir tadi DAH TIADA atau TIDAK BERKEMAMPUAN untuk menikahkan anak perempuan tu tadi.

3. Wali Ab'ad

Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, JIKA KETIADAAN wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

4. Wali Sultan/Hakim (Tok qadhi)

Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini DENGAN SEBAB-SEBAB TERTENTU.

Untuk situasi wali yang ENGGAN menikahkan anaknya atas alasan TIDAK MUNASABAH, Sultan akan jadi wali bagi mereka. Dalam situasi di Malaysia, Wali Hakim yang diberi kuasa utk nikahkan mereka yang hadap situasi bapa enggan nikahkan ni.

Situasi untuk bernikah gunakan wali hakim cuma dalam keadaan:

1. Wali mujbirnya ghaib/hilang
2. Walinya enggan
3. Anak tak sah taraf
4. Muallaf

Ada pun parents yg tak sahkan nikah disebabkan kekurangan dokumen pernikahan tidaklah termasuk dalam keadaan di atas. Jika ini berlaku rujuk : https://twitter.com/RafiCounsel/status/1504783606245650435?s=20&t=X3Wk23IpKjblgTejyzLyWw

-

Syarat-syarat Wali mujbir: 

1. Wali dan anaknya atau cucunya tidak bermusuhan,
2. Bakal isteri dan bakal suami tidak bermusuhan,
3. Bakal isteri dan bakal suaminya adalah sekufu (setaraf)
4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin secara tunai
 5. Bukan dalam ihram haji mahupun umrah

Syarat yang menyebabkan perpindahan kepada wali ab’ad dan seterusnya: 

1. Wali aqrab belum baligh
2. Wali aqrab gila
3. Wali aqrab fasik
4. Wali aqrab cacat akal fikirannya
5. Wali aqrab berlainan agama dengan bakal isteri tersebut
6. Wali aqrab meninggal dunia

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Maka hakimlah yang bertindak menjadi wali bagi seseorang yang tidak ada walinya.”

Dalam Undang-undang kita sendiri ada peruntukkan berkaitan permohonan kebenaran untuk pasangan yang enggan dinikahkan oleh Wali sedia ada melalui "Permohonan Berkahwinan Menggunakan Wali Hakim" atau "Permohonan Berkahwin disebabkan Wali Enggan".

Dalam Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005 menjelaskan tentang Persetujuan dikehendaki;

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau

(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Hakim mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak,

atau jika wali tidak dapat ditemui ATAU JIKA WALI ENGGAN memberikan persetujuannya TANPA SEBAB yang mencukupi.

Permohonan boleh dibuat di Mahkamah Syariah tempat pemohon tinggal dengan cara mengisi borang permohonan "mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan Wali Hakim" atas alasan Wali Enggan, Dalam borang tersebut nyatakan butir-butir pemohon dengan lengkap dan lampirkan salinan-salinan berkaitan permohonan berkahwin yang telah dibuat di pejabat agama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan dibuat ke Mahkamah.

Pastikan borang permohonan tu diisi lengkap dan buat salinan sebanyak 4 salinan sebelum diserahkan kepada pihak Mahkamah Syariah untuk pendaftaran.

Bagi kes-kes melibatkan Permohonan Berkahwin menggunakan Wali Hakim ni, Mahkamah akan melihat tarikh cadangan pihak pemohon nak berkahwin tu bila, kalau kata short notice (kurang sebulan dari tarikh permohonan) Mahkamah akan beri kelonggaran untuk kes disebut dalam masa terdekat, Selepas permohonan dihantar ke Mahkamah, pihak pendaftar akan memberi 1 tarikh untuk sebutan dan pemohon perlu hadir bersama saksi atau ibu pemohon bagi memberikan keterangan di dalam kamar Hakim Syarie bagi tujuan penyiasatan, 

Perihal ni bersesuaian dengan Seksyen 18 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005;

Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie; 

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8;

(b) jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh subseksyen 14(3); atau

(c) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak,
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin

(2) Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8,

atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Hakim bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Selepas selesai siasatan dibuat oleh Hakim Syarie dan Hakim berpuashati dengan keterangan diberikan, Mahkamah akan keluarkan satu perintah kebenaran berkahwin menggunakan Wali Hakim.

Dalam isu ni, bila saja Wali sedia ada Enggan menikahkan pihak-pihak turutan Wali tu tadi dari Wali Mujbir akan terus melangkau pergi kepada Wali Hakim atas alasan Wali sedia ada ENGGAN menikahkan pengantin perempuan tu tadi.

Kes Wali Hakim ni ada sedikit kelonggaran dari sudut masa untuk didengar kes dengan melihat kepada tarikh cadangan pihak-pihak nak bernikah tu dulu. Perintah Mahkamah untuk kes begini boleh dikeluarkan pada hari yang sama selepas kes selesai bergantung kepada arahan Hakim.


Boleh rujuk:



[Kemaskini: Pada 15 Februari 2018 Aizat telah berkongsi video rasmi lagu Sampai Ke Hari Tua di youtube.]

Tahniah buat Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang telah selamat diijab kabul pada malam 27 November 2017 dengan sekali lafaz (sebelum itu telah bertunang pada 13 November). Pernikahan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana dijalankan dengan begitu privacy. Walaupun telah mula kenal lebih awal, namun mereka dikatakan semakin rapat di set penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Mereka kemudiannya bergandingan dalam telefilem Wanita Terindah. 

Alhamdulillah. Aizat yang merupakan salah seorang yang rapat dan pernah bekerja dengan Fattah telah berkongsi lagu yang khas dibuat untuk merpati dua sejoli ini.



Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua  –  Aizat Amdan 

Jika kuradio dan engkau lagunya
Kan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu
Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang
Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua
Mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
Yang sering dimainkan menjadi kegilaan

Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang

Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Mencintaimu
Menarilah sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Hingga ke akhirnya
Engkaulah satunya menjadi milikku

Sampai ke hari tua
Mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

*****

*Menarik juga lagu inikan? Manakala lagu dalam video nikah Fattah dan Fazura pula dinyanyikan Harissa Adlynn Halim tajuknya Aku Sayang Kamu juga menjadi lagu (OST Wanita Terindah), juga ciptaan Aizat Amdan.



Gambar pengantin@rizmanruzaini
Sumber lagu: @aizatamdan



Ini penulisan khas untuk dua sahabat akrab Anem. Namun jika mahu baca tentang nota pertunangan, pernikahan dan perkahwinan ada ditulis: sini.

Selamat bertemu pemilik rusuk kamu . Bisik hati dari kejauhan sementelah mengetahui perkhabaran penukaran status single kepada double tidak lama dulu . Barakallah  . Alhamdulillah , gembira untuk awak semua , sayang .

Lagu untuk pengantin baru : Barakallah Maher Zain.

Azianty & Muhaymin , KL [ 4 Mac 2012 ]


* Pada awalnya memang terkejut menerima panggilan Yan ni . Suara comel yang lama tidak mengusik itu menerjah ruang telefon . Tahniah yan .Maaf datang lewat . Maaf tak belikan apa-apa . Maaf juga kerana tidak bertahan lama menunggu di sana . Datang dalam kelam kabut dan tanpa rancangan , hanya sempat singgah sebentar - berminit je rasa . Apapun ,semoga berbahagia ke akhirnya, yan comel  :)

- yan roomate kolej matrikulasi melaka 2004-2005 .

---

Noorhafizah Musa &Mohd Zulriduwan [ 10 Mac 2012 ]
Fizah & Ewan , Kg. Tok Jiring , Terengganu .

* Selamat pengantin baru akak sayang . Maaf sebab sahabat dan adik akak yang mengaku sayangkan akaknya teramat ini tidak dapat hadir ke majlis penuh bahagia akak :(. Rasa sedih dan kesal juga tidak dapat hadir di hari indah akak . Yang Anem mampu layangkan doa dan doa yang tidak putus semoga akak dan suami dilimpahi keberkatan buat selamanya dunia, dan akhirat sana. Tabahlah hadapi dugaan . Insyaallah , Tuhan akan permudahkan :)



- Kak iza yang cantik, sahabat Usm semenjak hujung 2006 - kini . Ilysm sis  :)


*ini serius jealous:p
---


HIKMAH PERKAHWINAN 

-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya ,
 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada anak-anak.

Rujuk panjang lebar di sini : Mengapa perlu berkahwin ? –
---

Nota : Sebenarnya ramai kawan Anem yang nikah tahun 2012 ni , tak termasuk tahun lepas . Kesimpulannya ramai - kawan sekolah terutamanya . Jadi Anem nak menulis nama, takut juga terlepas "kenapa tak tulis nama kita pun , Nem "- Jadi Anem ucapkan SELAMAT untuk semua yang telah , terutama yang baru nikah . Semoga korang bahagia selalu, insyaallah , amin. Terima kasih sudi jemput RSVP di Facebook event dan yang sudi juga menghantar kad dan sms . Maaf jika tidak berkesempatan pergi . Maaf sangat2 , kawan-kawan sayang :( . Semoga terus melakar indah ke syurga . :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top