Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts



[Kemaskini: Pada 15 Februari 2018 Aizat telah berkongsi video rasmi lagu Sampai Ke Hari Tua di youtube.]

Tahniah buat Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang telah selamat diijab kabul pada malam 27 November 2017 dengan sekali lafaz (sebelum itu telah bertunang pada 13 November). Pernikahan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana dijalankan dengan begitu privacy. Walaupun telah mula kenal lebih awal, namun mereka dikatakan semakin rapat di set penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Mereka kemudiannya bergandingan dalam telefilem Wanita Terindah. 

Alhamdulillah. Aizat yang merupakan salah seorang yang rapat dan pernah bekerja dengan Fattah telah berkongsi lagu yang khas dibuat untuk merpati dua sejoli ini.



Lirik Lagu Sampai Ke Hari Tua  –  Aizat Amdan 

Jika kuradio dan engkau lagunya
Kan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu
Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang
Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua
Mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
Yang sering dimainkan menjadi kegilaan

Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang

Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Mencintaimu
Menarilah sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Hingga ke akhirnya
Engkaulah satunya menjadi milikku

Sampai ke hari tua
Mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

*****

*Menarik juga lagu inikan? Manakala lagu dalam video nikah Fattah dan Fazura pula dinyanyikan Harissa Adlynn Halim tajuknya Aku Sayang Kamu juga menjadi lagu (OST Wanita Terindah), juga ciptaan Aizat Amdan.



Gambar pengantin@rizmanruzaini
Sumber lagu: @aizatamdan



Cinta adalah tentang melepaskan.


Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa kita perlu jumpa, jika sudahnya kita tahu hala tujunya. Saya tahu jika sesuatu itu kita sudah mulakan, ia boleh jadi kebiasaan. Jika dah biasa ada, bagaimanalah nanti jika benda itu tiba-tiba tak ada.

Tapi saya tak nak fikir jauh. Nanti apa pun tak jalan. Saya yakin, setiap satu itu bersebabkan. Dan kita ditakdirkan saling kenal, untuk saling belajar banyak hal. Jadi adalah lebih baik saya hargai saja apa yang sedang ada di depan mata.

Namun perkara yang saya takuti itu, tetap terjadi. Awak tetap hanya salah satu pinjaman daripada Tuhan. Dan akhirnya, awak terpaksa pergi juga.

Kenangan dengan awak memang saya dan mak tak boleh lupa. Suara awak memanggil yang kadangkala manja, dan kadangkala garang itu terdengar-dengar di telinga saya. Ingatan terhadap awak yang golek-golek, baring dan sangat bijak seakan memahami perkataan kami itu masih mencuit hati.

Awak sakit di hadapan mata kami, seksakan awak nak menelan? Bukan sahaja ubat, makanan kegemaran awak pun awak tak lalu makan. Tidur pun tak lena kami lihat, kasihan awak. Tak apalah awak pergilah. Dah tiba masa awak berehat.

Tiada lagi ikan yang perlu direbus setiap pagi. Saya nak pandang periuk yang selalu diguna tu pun sebak sebenarnya. Tak apalah, awak jumpa Tuhan kitakan? Jadi saya redha.

Hmm. Rindunya nak peluk, cium-cium dan menyakat awak lagi. Dan moga awak damai di sana, meow.

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

(HR Muslim)
Oken dalam kenangan.
April 2013- April 2016.

(Mati akibat demam kuning yang teruk.) :(


Gambar : truthofislam2529


Tak tahu di mana silapnya. Sebab pada dasarnya, jika kesilapan kita benar telah dimaafkan, rasanya nak berkawan balik bukanlah satu perkara yang mustahil. Tiada sebab untuk terus berdendam. Mungkin sedikit berkecil hati, mungkin ,akan kata amarah terluah dari kekasih yang ditinggalkan, mungkin malu , mungkin mahu lupakan terus. Mungkin. Persoalan yang sering berlegar apa nak buat bila putus cinta .Ump, putus cinta , bukan putus kawan kan ? [ cc : Artikel siapa yang patut disalahkan sebelum ni ]


[Perhatian : Penulisan ini lebih mudah dihadam jika kamu BUKAN kawan baik sebelum menjadi kekasih . ]

video :  suatu pernah- fynn jamal.

suatu pernah
verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
-
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
(repeat chorus)
bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah
suatu—
pernah.
"Maafkan saya, boleh?' . Mungkin salahnya dari kita. Kita saja rasa dia seolah membenci kita, dan merasakan kita tak wujud. Ye, itu bagi kita. Namun bagi dia, bila dia berdiam , buat tak tahu , bukan bermakna tidak ambil tahu, bukan bermakna dia tak sayang kita, apatah lagi lupakan kita. Mungkin dia mahu ambil masa menenangkan jiwa. Menerima hakikat kekhilafan kita yang lama, menerima hakikat dia dan kita tiada apa. Dan mungkin tidak mahu mengganggu kita ada yang punya. Atau hakikatnya dia sendiri sudah berpunya. Hidup masing-masing sendiri ada untuk dijaga.

"Saya dah maafkan awak. Dah lama saya maafkan ". Yelah, jika fikirkan rasa bahagia dan kebaikan dia yang terhulur untuk kita, pastinya ia lebih banyak dan indah berbanding sedikit rasa tak suka yang wujud dalam raga kita. Sedikit. Melainkan kalau alasan tak munasabah atau ditinggalkan tanpa alasan, itu sedikit sakit. Tapi mampu dirawat dengan masa, insyaALLAH. Perlahan-lahan.

Jadi apa kata, kita terima hakikat, dengan move on. Betul , bukan senang nak move on. Kita akan tercari-cari bagaimana cara nak move on. Cara nak lupakan bekas kekasih kita , bukan senang nak lupakan Ex kita bukan ? Tapi kalau dia boleh lupakan kita , kenapa tidak kita, walaupun cakap memang senang , tapi jika dulu kita boleh sendiri , kenapa sekarang susah sangat, perlahan-lahan, dengan izin Tuhan , kawan :)

Hiduplah dengan menghargai keadaan yang baru ,menghargai keadaan sekarang , masa single kita - sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti (kalau kita single) atau menghargai orang yang bersama kita - sebelum kita pula kehilangan apa yang kita ada (jika kita sedang menyulam cinta) . Biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja. Doakan bekas kekasih kita. Semoga dia bahagia dunia akhirat dia. 

Jika berpeluang melupakan rasa yang tidak enak, dan menjadi kawan semula. Hargailah beliau sebagai kawan baik kita. Hormati kehidupan peribadinya dan jangan diungkit perkara yang lama. 

Belajarlah menerima hakikat. Belajar . Dengan senyuman.

Untuk bekas bekas kekasih di dunia, terima kasih kerana pernah memberi rasa cinta , rasa bahagia dan pernah menjaga . Harap semuanya saling memaafkan dan menerima . Bersyukurlah pernah menyulam rasa, dan ingatilah dia sebagai kawan paling indah yang pernah anda ada . :)

*Tak perlu bersusah-payah penyibuk jadi stalker, hadiahkan senyuman jika tahu dia bahagia, doakan dia jika kita terdengar hidup dia resah dan gulana .Semoga keduanya gembira menjalani hidup yang baru - apa adanya -  :)

- melainkan jika telah berbaik dan benar pasrah - telah sudah menerima keadaan baru- bertanya khabar tiada salahnya . Tapi jangan ada niat menjadi pemusnah jiwa lainnya, itu elakkanlah ya ?  . Apapun , hargailah apa yang di sisi kita, sementara ia masih ada :)


Terinspirasi dari artikel ini : Terima Kasih Ex . - http://terfaktab.blogspot.com/2011/11/terima-kasih-ex.html



Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .



Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .



Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )



*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :



*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh





Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab


Dalam bab  ni, apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya  (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha :)

- Selamat mencari jodoh, semoga bertemu pilihan hati, insyaallah :)

*antara sumber: majalah solusi



CINTA - ada yang bahagia , ada yang kecewa. Bagi pihak yang minta untuk memutuskan hubungan percintaan tu, ada macam-macam sebab yang boleh dilist kan :mahu sendiri dan fokus, rasa tidak sesuai atau tidak mampu bersama lagi, sebab ada masalah taknak dia tahu,  sebab ingin memperbaiki sesuatu perhubungan, atau sebab dia dah jumpa yang baru. Apa sajalah- Dan semua itu Anem, secara peribadi senaraikan kesan dari alasan-alasan itu .

Apa perlu buat bila putus cinta? (Ini bukan tips bila putus cinta sangat sebenarnya) . Ia hanya sedikit nasihat : TOLONG jangan salahkan diri sendiri atau orang lain. Tolong lah babes and bro-bro sejagat sekalian. Boleh ? Sangat tak macho okeh.


# Trend :Salahkan diri

Mungkin sangat betul, orang tu tak tahan dengan kita lagi , atau dia dah jumpa orang lagi baik atau sangat kena dengan taste dia sekalipun, kita tetap tak mampu nak tukar hati dia balik. (Kalau boleh cuba- buatlah sedaya upaya) .TAPI , kalau gagal, nak buat macam mana? Cepat-cepat nak buat macam apa yang dia suka ? Cederakan diri bagi ibubapa dan kawan-kawan kita risau? Bunuh diri biar roh terapung2?

TAK ok! Jawapannya, ' takpe kau pergilah, ada orang lagi layak untuk hati aku yang murni ni" - Sedapkan hati sendiri, nama nak sidia pujuk kita, jangan nak harap sangatlah.Fikir positif sedikit. Dan cuba memperbaiki diri, mungkin betul, dulu kita ni asyik kawal dia (dia nak masa dengan kawan-kawan mungkin), mungkin kita ni terlalu suka beri arahan (sedangkan dia berdikari orangnya), sangat suka tetapkan syarat dan membebel (dia mungkin rimas dan lemas), mungkin dia tak suka kita ubah penampilan atau cara kita yang tertentu tapi kita buat juga, JIKA itu sebenarnya satu nasihat yang baik, awat lah hang ketegaq sangat, kan bila dah ego, degil sangat, hambik ! Kan dia dah beralih arah tu. Yang penting nak buat itu ini tanda sayang, menjaga, cemburu, risau, adalah sangat baik, tapi jangan 'over' - bila lebih-lebih tu yang buat orang tak suka taw.

Jangan bunuh diri kerana cinta ya!:




# Saya dah buat semua dia suruh, sayang dia sangat, Tapi dia pergi juga . Dia tinggalkan saya macam tu je.

See ! Dia tak nampak , atau tak jelas erti cinta yang kita hulurkan, nasihat saya : TOLONG jangan terlalu memberi. mahalkan sedikit. Bila bagi sikit, dia tak hargai,kita pun tak sakit sangat, sayang. Takpe, lain kali belajar untuk beri apa yang dia beri kita,sedikit lebih takpe, tapi bukan SEMUA .CINTA harganya sangat mahal ,kawan.

Mahal : Love is expensive . Benda berlalu tak dapat nak ulangi atau patah balik, jadi apa nak buat sekarang ? Merayu? Terhegeh-hegeh tunjuk muka tak tahu malu,? Menangis sampai mata jadi burung hantu? No way! Serius tak cool ok ! Come on! Manusia macam dia ramai, ok, tapi pasangan yang layak untuk kita,sorang je, ADA, jangan terlalu mencari, cuma jadi diri sendiri, jadi orang baik yang selesa dengan diri dia- itulah kita. Pastinya akan ada aura indah yang orang tertentu je boleh nampak dari diri kita- itulah cinta baru kita.

# Saya tak boleh hidup seorang, saya tak mampu!

Perghh! Lahir kita seorang,mati pun kita akan sorang. Pergi tandas pun, masuk dalam tu, kita sorang-sorang. Sebelum kita kenal dia, kita ok je sorang-sorang. Kenapa tiba-tiba kita kena ada dia sebagai remote control kita. Kita bukan mesin yang hanya berfungsi bila tekan suis,kan? Kita masih ada ibubapa yang sayang kita, at least if parents tak faham, tak rapat dengan kita pun, kita masih ada kawan-kawan dan hobi lain yang boleh diisi untuk sibukkan diri. HEY! Dia siapa, hebat sangatke dia, sampai kita tak boleh hidup tanpa dia ?Ingat ! Dia dah tinggalkan kita ! Jika kita letak dia segala-galanya, aduh 'BIJAK' nya kita kannnn.. Hurmm. InsyaALLAH kita boleh, yang penting , mencuba melangkah. Jangan mengalah !

# Salahkan orang lain : Maki-maki EX (bekas kita) atau kutuk pasangan baru dia

Haiya! Apa saja niat kita bertujuan untuk tunjuk marah sebenarnya menunjukkan rasa kecewa kita ditinggalkan, kita seakan buktikan kita sangat perlukan sidia selamanya, hidup kita sepi bila dia pergi. Aiyak, mahalkan maruah kita.Maruah nilainya sangat tinggi dan istimewalah, sayangku. Hanya orang tertentu akan faham cinta kata. Matang sedikit. Bila kita relaks and cool, tak pasal Ex kita tu pula yang rasa bersalah dan pelik : tenangnya dia lepas aku tinggalkan, aku tak cukup bagus ke untuk dia, dia tak sedih sangat pun! - Yah! Ini yang kita nak dia fikir. Bukan maki marah dia atau pasangan baru dia. Dah hakikatnya kita ni baik kan. Orang baik untuk orang baikkan ?  Orang baik macam kita ni perlukan orang yang lebih baik dan layak. So, jangan ada benci , yaaw!

# Saya yang minta nak berpisah dengan dia, dan kami berpisah cara baik.

U ask for it- u got it! Bila kita dah berfikir itu adalah jalan terbaik untuk dia, diri kita dan kedua-duanya, kita tak boleh sesekali menyesal. Yah! Mungkin kita rasa rindu, atau fikir 'timing' - 'terlalu awalkah? Adakah betul keputusan aku ni?' bagai. Apa yang penting, kita sangat berharap agar keadaan dia kuat tatkala menerimanya, sidia sangat stabil dalam menangani hidup sendirian selepas ini. Cara baik memang mudah nak buat, nak dia faham situasi kita pun tak susah, cuma, nak dia TERIMA keputusan kita, itu yang susah. Mungkin dia pura-pura tak faham atau sebelum ni terlalu rapat atau bergantung pada kita, jadi itu jadi sangat hard pada dia. Kita pula, bila buat keputusan, kena hilangkan rasa bersalah, namun jangan bertindak kejam dan terangkan melalui hati ke hati. Jika sidia sayang kita,pastinya dia mahukan juga yang terbaik untuk kita juga,kan? Pastinya dia akan sayang diri kita lebih dari diri dia sendiri, tanpa pentingkan diri dia dan perasaan dia je. Perlahan-lahan, masing-masing akan kuat, dengan izinNya juga !:)

# SAYA BAHAGIA BILA DIA BAHAGIA. 

Caranya : doakan dia, bila kita teringat dia. Dan Fikirkan tentang masa depan diri kita dalam bidang lain. Cinta -mungkin bukan buat masa ni. Hidup ni bukan untuk berkasih mesra dengan sidia je. Tanpa cinta dia, kita juga boleh berjaya dan gembira. Insyaallah. Ok korang, kuatkan hati, ya ! Chaiyok2!  Ingat,kita ada ALLAH bersama  , yang teman kita walaupun kita seringkali lupa padaNYA.

Salam..




Nota : Baca tips ubati rasa kecewa dan tekanan tatkla down : [klik sini ]







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top