Showing posts with label sabah sarawak. Show all posts
Showing posts with label sabah sarawak. Show all posts




Terlalu banyak yang kita dengar dan lihat tentang kecantikan pulau-pulau di Sabah, keramahan orangnya, penyatuan mereka serta orang-orangnya yang cantik dan tampan. Belum lagi keunikan budaya dan kemeriahan makanannya. Dalam erti kata lain, negeri Sabah ini sangat mewah! Sebut tentang budaya, negeri Sabah yang mempunyai banyak suku kaum ini juga menyerlah dengan para karyawan yang berbakat dalam bidang muzik. Siapa saja yang tidak tahu lirik lagu Sayang Kinabalu nyanyian Kimin Mudin, "Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu". Antara artis lain yang popular juga ialah Abu Bakar Ellah, Stacy, Marsha, Nazrey (Raihan) serta ramai lagi.

Terkini ada beberapa artis dari Sabah yang menampilkan lagu dalam bahasa tempatan dengan muzik yang begitu catchy dan sangat dekat dengan kita semua. Jadi jom kita dengarkan!

Oiginal Sabahan

Lirik Lagu Original Sabahan Oeh Atmosfera Band ft Floor 88

Saya ini original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin-apin

Jangan koti
Kau tidak percaya saya
Menyesal nanti bila kau dengar ini

Odai sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original

Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau

Saya ini original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin-apin

Odai sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original

Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau

Odoi sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original

Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau

Muzik video rasmi Sabah Original: https://www.youtube.com/watch?v=eVxNksC88_U
---
Atmosfera ft. Floor 88
Composer : Hezron Rayner
Lyricist : Hezron Rayner

Instagram Atmosfera Band: @atmosfera_official
Instagram Floor88: @floor88band

Terjemahan: 
Oku = saya
Mantad = berasal / dari
Koti = pula
Odoi = aduh
Sikut = pikul
Andeh kotoh = padan muka
Mimboros oku Dusun = saya cakap Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku = Faham tak apa yang saya cakapkan
Nokuro tu kongingis = kenapa kau tersengih
Ko do nokorongou = bila kau terdengar


Sumandak Sabah

Sumber lirik: https://www.youtube.com/watch?v=A-tX5wZDvTc&t=185s
Video rasmi Sumandak Sabah : https://www.youtube.com/watch?v=ZtaNoTMRt4A

Lirik Sumandak Sabah - Marsha Milan vs Velvet Aduk

*nyanyi ramai-ramai nananana* 

Jalan-jalan di Tamu Tuaran
Silik-silik baju tradisi unduk ngadau
Tidak sabar mau tunggu tadau kaamatan
Ramai Sumandak sumandak sibuk menunggu

Omingi-gingoh zi baka unduk ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis

*nyanyi ramai-ramai nananana* 

Omingi-gingoh zi baka unduk ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki

Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis

---

Sumandak Sabah
Marsha Milan & Velvet Aduk
Composer: Richael L. Gimbang
Lyricist: Marsha Milan & Velvet Aduk

Marsha Milan: @marshamilans
Velvet Aduk: @velvetaduk

Terjemahan: 
Silik-silik = intai-intai / jenguk
linangkit dan lilimbo = nama corak pada pakaian tradisional 
Aragang = kemerahan
Munung = bibir
- Unduk ngadau ini pertandingan ratu cantik semasa pesta keamaatan.



Nota: Jika tanya saya, artis Sabah yang pernah dan masih saya minat sejak dahulu ialah Norlinda Nanuwil (AF 2). Beliau bukan sahaja mempunyai suara yang sedap didengar, manis orangnya malah sangat pandai bermain gitar.

Gambar: Fahrul Azmi on Unsplash (Pulau Sapi, Kota Kinabalu)

-- Antara rujukan lain: 
https://mforum.cari.com.my







Biarlah nampak ralat, malah ada dihujani pelbagai kata kesat pada orang tak berminat. Namun satu yang tersirat, buat orang yang tak berapa nak larat, tak mampu keluarkan duit berkerat-kerat, nak menaiki kapal terbang yang ringan tapi nampak sebenarnya berat, Rancangan realiti tv bagi Anem, tak kisahlah apa pun, membuatkan Anem semakin terasa bahawa negeri Sabah, negeri Sarawak itu macam dekat.

Untuk pergi ke sana, macam suatu yang agak mustahil untuk masa-masa sekarang, malah pendedahan melalui subjek sejarah, mujur juga ada televisyen, internet dan juga saluran satelit berbayar, untuk tahu tentang perkembangan dan kelebihan negeri di borneo itu membuatkan Anem rasa wujudnya rancangan macam ni, Anem dapat tengok malah lebih dari itu dengar dan belajar tentang bahasa dan budaya negeri sahabat-sahabat Anem .

Mungkin, jika kita masuk PLKN, selalu berpindah, atau berkemampuan, ia tidaklah menjadi satu kelainan, tapi bagi Anem semenjak mengenali Linda Nanuwil, Anem mula makin sayang dengan negeri Sabah. Malah Hafiz AF buat Anem rasa Sarawak berada di tidak jauh, hanya di sebelah. Daripada semua yang dikata tidak baiknya program realti tv, cukuplah Anem sebut satu sisi baiknya - mengenali negeri-negeri di Malaysia dari hati, adalah sangat indah.

Kita adalah satu - percayalah dengan setiap style fanatik dari peminat rancangan realiti tv itu, walau tersimpan 1001 rasa tidak puas hati bila pemenangnya bukan yang diundi, tapi percayalah wujud rasa sayang dalam hati bahawa marah tak puas hati bukanlah benci- namun hanya ayat luahan hati. Habis rasa sedih sementara, berganti rasa sayang tak terhingga. Kan dah cakap, benci jangan benci sangat. Sayang, jangan sayang sangat, kan?



Anem bersyukur, malah bangga menjadi rakyat Malaysia.Tak kiralah, bangsa apapun, kita tetap manusia yang ada berlainan citarasa. Hormatilah jiwa-jiwa semua.

Dan berkebetulan pula kini bukan ada rancangan hiburan saja, peminat pun sudah makin bijak menilai bakat, bukan terlalu memandang kenegerian, Anem cuma nak cakap, dunia teknologi dan kemodenan benar-benar merubah kita semua, insya-Allah kepada yang lebih baik.

Aish. Kamek rindu Akademi Fantasia pulak bha ni. ops


Lama Anem cuba untuk mencuri masa untuk menurun tinta di dasar papan muka blogger ini . Cuba mencari detik untuk menghayun jemari, idea hanya demikiannya , Alhamduillah, cuma, mahu menekan 'terbit' atau publish itu yang mempunyai kekangan. Yah..hanya alasan. Nak seribu daya Nem, jangan salahkan keadaan .

Baiklah, kali ini adalah entri mengenai sahabat Anem yang menyambut hari lahir pada 28 September.

Selamat hari lahir ke 19 untuk cik adik Efy. Si comel pemilik nama penuh Izza Syafinaz binti Saidi. Anem mula kenal dia masa terlibat di Kem PLKN (Anem penangguhan) . Pendiam sangat , manja , mudah merajuk namun agak berdikari.
Sekali pandang persis cina,
Orangnya comel suka bertanya,
Hari lahir disambut dengan gembira,
semoga bahagia di akhirat & dunia,

Mengenali beliau membuatkan Anem rasa Anem macam tua sangat sebenarnya. Kelakar pun ada, sebab Anem selalu rasa Anem muda (perasan betul) . Pepun , sia sayang kamu always. Jaga diri ya.:D

Tadaa : Video Comel menyentuh hati  - Bukan Cinta Biasa , hadiah untuk kalian berdua :



Moga dapat naik kapal terbang juga suatu hari nanti. Entah bila. Ada rezeki, ke Sabah lah nanti. Jalan-jalan. Makan Angin ke. Wallahualam . Tapi semua InsyaALLAH. 

p/s: patak-patak









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top