Showing posts with label tips istiqomah. Show all posts
Showing posts with label tips istiqomah. Show all posts



Semua kita boleh berubah dan berhijrah. Tapi nak kekal dengan perubahan tersebut (istiqamah atau konsisten) itu yang sukar. Namun dengan usaha dan doa-doa, insya-Allah kita boleh melaluinya. Tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah. Cuma perlu masa sedikit. Di sini saya kongsikan analogi saya sendiri berkaitan istiqamah.

------ Situasinya begini;

Suatu hari kita mahu berpindah ke tempat yang kita rasa lebih baik, kita pun bertukar dari bas lama ke bas baru.

Masuk-masuk saja, orang dalam bas pandang kita semacam; sebab tak pernah nampak. Ada yang tahu kita dari kawasan mana, dia berbisik-bisik sambil melihat-lihat kita. Ada juga yang baik sudi menghulurkan senyum tapi kita pula yang berasa malu hendak menegur. Dan sebahagian yang lain buat hal sendiri sahaja.

Tak kisahlah apa pun. Kita pun duduk; kembali buat kerja kita, sementara tiba di destinasi. Adalah beberapa dugaan, bas kena tukar tayar. Jalan tak rata. Terpaksa brek mengejut. Hujan lebat; perlu perlahankan kenderaan. Kita bertahan saja dengan doa-doa, sebab kita dalam bas dengan sebahagian manusia yang kita percaya.

Tapi sebahagian manusia lain dalam bas itu masih tidak reti diam, tidak jemu untuk terus kacau emosi kita melalui pandangan dan kata-kata.

Sampai satu keadaan, kita jadi terlalu emosi. Jika kita tidak mampu terus bertahan dalam bas tersebut, terpaksalah suruh bas itu berhenti dan turunkan kita di mana-mana; kemudian kenalah jalan kaki ke destinasi. Mungkin perlu ihsan orang yang entah siapa-siapa untuk menumpang atau silap cara, terpaksa patah balik ke belakang sebab tak larat nak terus berjalan. Mungkin ada bas yang tidak tiba pada hari itu, tapi perlu dimulakan semula. Demikianlah sebuah perjalanan.

Tapi kalau kita cuba bertahan sikit lagi; usahakan cara terbaik untuk diri kita, insyaAllah pasti tiba juga ke depan. 

Itulah ibaratnya istiqamah ni. Jarak destinasi kita dekat; cuma dugaan tu buat kita rasa jauh dan berat. InsyaAllah akhirnya 'bas' kita itu akan sampai juga. Apa-apa usaha dan sabar dulu ya? Terus!



Nabi s.a.w. bersabda:
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 SEMOGA BERJAYA, INSYA-ALLAH! :)



 Sumber gambar : pinterest & animatedimages


Nak berubah semua orang boleh. Nak jadi baik semua orang boleh. Tapi nak terus berubah dan kekal baik tu perlu semangat dan kesungguhan yang tinggi. Kalau tak kuat, boleh tergoyah. Antaranya apa yang boleh dibuat bagi mengekalkan momentum untuk terus istiqamah beribadah dengan semangat atau terus berada di landasan yang disukai Allah ? Jom kita baca, cuba.

Artikel berkaitan: 


brotherhoodsart


Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan  )

  • - Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. ( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan ? )
  • - Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah. ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )
  • - Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri. ( persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )
  • - Buat perubahan yang kecil dan termampu. ( sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) “Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim) 
  • - Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.
  • - Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. ( sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )
  • - Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah
  • -Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan mematuhi semua perintahNya. Biar orang lebih dari kita, asalkan apa kita ada lebih berkat di sisiNya.
  • - Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan
  • - Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa. 

Yakinlah Allah bersama kita. Biarlah pahit bagaimana pun sesuatu itu, jangan mengalah. Macam kopi, sebelum tu kita fikir pahit. Dah rasa kita ketagih pula dengan aromanya.

Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk mensabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran- [Syeikh Sya'rawi]

- Gambar Oleh Syaheed

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)


Sekian, perkongsian daripada majalah JOM.
Terima kasih.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top