Ya! Anem ingat nama dia, tiba-tiba mengaitkan status Anem di facebook dalam soal agama. Niat dia, insyaallah baik. Yelah, kita manusia biasa, masakan dapat menelah niat orang. Lagipun, Anem tahu, dalam islam yang penting apa yang diperkatakan , bukan siapa yang memperkatakan. Dalam erti kata lain -yang baik, jadikan pegangan, yang buruk, jadikan sempadan. Lagipun dia cakap benda yang betul. Yang nampak Anem ego dan tiba-tiba emo, kenapa dia tegur di status yang dah di 'like' orang,yang dah di komen orang, kenapa perlu di khalayak ramai. Kenapa tak mesej, jika tak, di wall pun, Anem sudi berbincang cara baik. Yelah , benda baik, kan. PERSOALANNYA- Kenapa di situ?.Hurm...

Allah berfirman,yang bermaksud, "Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu." [Surah Ali 'Imran 3:159]

Niat dakwah, itu sangat bagus, cuma dalam menasihati orang pun ada adabnya.Maaflah mungkin cara Anem menerimanya, salah. Anem pun belum cukup matang menilai orang.Masih banyak Anem perlu belajar. Itu yang jadi lain hujung ceritanya. Tapi jika boleh tidak mahu lah bergaduh atau wujud salah faham, mahupun bermasam muka di laman sosial tersebut,kan. Pendek kata, yang memberi kena tahu caranya, yang menerima pula kena tahu tempatnya.

Imam Al-Baihaqi dalam sanadnya hingga kepada tokoh tasawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri ,katanya - "Sesungguhnya ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara . ALLAH menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan , menyimpan keredhaan dalam ketaatan dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia. Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat murka ALLAH. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH. Janganlah engkau menghina hamba ALLAH, walau seorang pun, sebab siapa tahu, entah-entah dia wali ALLAH ."

Maaflah, kadang-kadang orang bagi kita tak hargai,kan? Tapi kalau bagi tu biarlah dengan cara yang betul, insyaallah semuanya akan okkay punya!:-)

p/s:  Terima kasih, tolong, minta maaf - tiga perkara kecil yang ramai orang lupa.

Ini Artikel lama . [ Repost ]

Ustazah Pilihan Akhir : Tahniah Buat Firuz Akhtar pemenang pertama, atau juara pertama ustazah pilihan 2011.  Walau ramai mempersoalkan dari segi tabarruj dan sengaja menonjolkan wanita yang terkenal sebagai seorang yang pemalu , tapi bagi Anem mereka bukan sahaja pelapis malah menginspirasi orang di luar sana untuk jadi baik, bersemangat dan paling tidak, berfikir macam mereka. Apapun perkara ada buruk baiknya. Sebagai manusia kita bukan hanya perlu terima malah perlu fikir akan natijah sesuatu yang kita buat .



Download semua episod ustazah pilihan yang tertinggal di sini :


Biodata ustazah pilihan Firuz


Nama: Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan
- MA Pengajian Islam dan Timur Tengah (Perbandingan Sastera Islami)
- BA Bahasa dan Kesusateraan Parsi
- SPM
Pekerjaan: Graduan Sarjana
Facebook : https://www.facebook.com/UPFiruzAkhtarFC


Biodata ustazah pilihan Hidaya


Nama: Nurul Hidayah Binti Kamarudin
Tarikh Lahir: 6 Jun 1985
Asal: Johor

Status: Bujang
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
- STAM, KISAS
- SPM, KISAS
Pekerjaan: Guru

Biodata ustazah pilihan Fira


Nama: Masfira Binti Hilman
Tarikh Lahir: 5 Disember 1984
Asal: Johor
Status: Berkahwin
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraati
Pekerjaan: Pensyarah

Biodata ustazah pilihan Siti 


Nama: Siti Fatimah Binti Mohd Sharif
Tarikh Lahir: 16 November 1985
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Pendidikan
- Ijazah Pengajian Quran & Sunnah
- Diploma Pendidikan Pengajian Islam
- STAM
Pekerjaan: Guru



Mudirah (pengetua) – Dr Robiah K Hamzah

Mursyidah (tenaga pengajar) - Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.

Pengacara Ustazah pilihan :


Nama Penuh: Siti Rohani Surani

Umur: 27 Tahun (pada tahun 2011)

Asal: Temerloh , Pahang

Kerjaya: Enam tahun sebagai DJ Radio IKiM FM. Penyampai radio bagi slot Warna Pagi Ikim FM dari pukul 6 hingga 10 pagi.


Lagu tema ustazah pilihan : Warisan hawa 


Lirik / Download lagu warisan hawa:



Lirik Lagu Tema Ustazah Pilihan: Warisan Hawa

Kelembutan bukan nya tanda kelemahan
Di sebalik wajah tersirat hati tabah
Akur bukan bererti tiada pendirian
Wajarnya berfikir sebelum membimbing

Dengan harapan murni

Warisan hawa
Berdiri di samping dengan setia
Membimbingmu dengan ketulusan
Hati berpedoman

Didik wanita
Terdidik generasi yang mulia
Menimba amalan penuh taqwa
Memegang amanah warisan hawa

Titis air mata bukan tanda kecewa
Sebaliknya bangga dilimpah pengalaman
Ikhlas berbakti menuntut kehendak agama
Semoga diredha melangkah ke depan

Dengan harapan murni

-----


p/s :Ustazah Hidaya adalah pilihan Anem , tahniah juga buat beliau dan ustazah pilihan yang lain :)

p/s : sumber : trigyy.com.


Mata sudah naik kering . Begitu juga dengan isi diri yang sudah makin berisi. Pada hari kelmarin, insan bernama anem telah mula mengeluh - rasa mula culas.

Berkecai - rasa ikhlas, dulu ditabur dan dihampar , kini makin kurang , macam nak hilang . Anem bukan pemilih, bukan penyoal ini boleh itu tak boleh, bukan peminta harga sembelih, tapi hanya seorang insan yang ada sedikit yang dia boleh, mahu mendapat sesuatu yang dia boleh tolong pulih.
 
Mahu bantu diri dan agama.

Mahu bantu keluarga dan seisinya.

Tapi , setelah diduga , dilayan begitu saja, rasa mula gila, mahu lari sahaja, dari suatu yang dinamakan sebagai kerja.
 
___________

Hijrah by Mu'adz


Lirik lagu Hijrah dari Muadz & DakMie :

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ،
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ،
وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Amalan mulakan dengan niatmu
Dengan hatimu kau berhijrah kepada Nya

Whatever you do
Begins with your intention
Let your heart
Paves the way for the migration

And if the whole world let you down
Left you crying all alone
Change your intention
And surrender your heart to him

Say and believe (Say and believe)
He’s the One (He’s the One)
The only One for you (The only One for me)
He’s always there for you (He’s always there for you)

Tajuk Nasyid : Hijrah
Artis : Mu’adz


___________
Tadi. Baru berjam tadi . Anem mula memperkata tentang miskin kaya pada dia. Bukan apa, Anem memang cemburu pada rasa semangat dan kuat dari jiwanya. Dan Anem sampai lelah ,tidak juga berubah.


Bukan tak mahu ! Bukan ! Silap kalau sekali di fikir begitu. Semua mahu berjaya, sedikit senang dan mahu bahagia, bukan ?

Anem Arnamee , bangkitlah ! Kan ni tahun baru, hari baru , bangunlah ! Cari diri tu . keep on searching  .:(

Salam maal hijrah semua, semoga kita semua jumpa apa yang kita cari , insyaallah , sama-sama. Kullu am waantum bilkhair .

*Lagu 1 Muharram dan lirik lagu 1 Muharram detik permulaan ada di laman web ni : [ lagu hijrah 1 muharram ]

 ____

"Rezeki tu ALLAH yang bagi Buatlah macam mana pun, selagi ALLAH tak beri rezeki kita takkan berjaya , apa yang penting usaha , berdoalah, selebihnya serah pada DIA" -AN

P/S : Orang pendiam , sekali bercakap memang mampu buat kita terdiam .



Dan 2, 3 hari kerat selepas aku parah
kamu KUTIP aku di tepi lembah
kamu hadir sebelah pegang payung menadah
kamu beri lagu JANJI AKIM sebagai hadiah
Katamu yang lalu biar dilepas pasrah
jangan dikenang pada keadaan yang lemah

Kamu kini dalam peluk erat aku
walau sesekali naik lain nada kamu
rimas dengan rajuk manja itu
namun kamu tetap bertahan cuba terus kaku
menerima aku
aku yang jelas terang kamu tahu comot -compang- celaru

Setiap hari ku cuba lari dari kenangan merah
yang buat kita hilang arah
selepas setiap hari juga , kamu cuba beri aku indah
walau aku terkadang mahu lebih-lebihnya

kamu beri cinta dengan jiwa , walau aku selalu mahu kau bebas luah ,
katamu itu diri kamu seadanya , tak perlu diberitahu dunia ,
walau berbeza, ia tetap rasa kuat yang sama ,
tentang cinta , tentang kita .

walau aku rasa aku teruk buat kamu rasa diri tak berguna - ketahuilah yang aku takut .
takut terhilang kamu yang setiap hari hati aku sebut - sebut .
Buat Kamu - terima kasih dari dalam diri ku yang kalut.
Kerana - sudi kutip jiwa ini ,pada hari semalam. - yang serabut .
p/s : PJku  IA, saya tulis puisi ni , 5 hari sebelum kita-kita jadi 20 .
____
- Saya tak mampu jadi hebat macam dia yang kamu suka, tapi cukuplah saya jadi manusia yang kamu tak rasa tertekan dengannya. Maafkan semua silap salah saya -yang sering buat kamu luka  -


Cerita ini disiarkan tahun 2011. Bagi saya ia satu telemovie yang agak comel, segar dan sangat mesra. Dengan shot, warna, plot , skrip dan persekitarannya. Dari segi lakonan jangan cerita. Nampak sangat selamba. Semua pelakon tak nampak berlakon. Walaupun jalan ceritanya agak ringkas dan bersahaja, tak berat, takdelah terlalu jenaka, tapi ceritanya benar-benar dekat dengan remaja.

Masukkan elemen laman sosial, remaja suka bergaya dan popular, sedikit tentang cinta , tudung, tentang kehidupan di universiti, hubungan persahabatan Semananjung - Sabah Sarawak (Sabah yang dihighlight) , eleman fotografi dan teknologi telefon, drama ini saya mahu puji sikit. Walaupun twitter jadi twitjer dan facebook jadi facebag , sekurang-kurang Emak dekat rumah faham apa anak mereka sedang gilakan sekarang. Dan bagaimana perkara itu sedikit merangsang , mengganggu atau membantu remaja macam kita pada hari ini.


Liyana Jasmay nampak comel bertudung (memegang watak sebagai Zubaidah). Terutama bila bergaya fesyen tudung ala Hana Tajima dan ber turban ala Yuna . Serius cute. Ini adalah drama pertama terbitan pertama Liyana dan akaknya Adriana Jasmay . Dan idea juga datang dari mereka. Tidak terasa diperkecilkan, Saya yang bertudung ini akan menantikan idea dan perkembangan drama seterusnya dari si cilik ini.

Sinopsis Drama si Tudung Tweet :


Kisahnya mengenai gadis kampung yang obses dengan twitter dan lupa diri sekejap. Namun akhirnya dia insaf semula.

Si Tudung Tweet berkisar kehidupan pelajar kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah (Liyana Jasmay) seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Dia berasa iri hati terhadap Marissa (Juliana Evans) yang dianggap saingannya.

Pelbagai perubahan dilakukan Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai.
______


All the best untuk the next next project, Liyana.
"Sembahyang jangan tinggal, tudung jangan tanggal" - petikan ayat ayah Zubaidah dalam drama ni. Simpan . 

Gara-gara #SiTudungTweet @LiyanaJasmay : Zubaidah & Juliana Evans - jadi trending kat twitter ! <3


Entri ini agak panjang . Ulasan sendiri tentang kemenangan Yuna di AIM 18 baru ni, tentang di awal kemunculan (sejarah bermulanya) KSMY [ Kipas Susah Mati Yuna - Yuna's die hard fan : superyunnies] & hari lahir cik Alis kita ni.

*Update : Lagu apa yang Yuna bawa semasa persembahan di AIM 18 tu ? lagu yuna Nyanyi masa AIM adalah MEMO (video nya ada bawah ni, urm : yang sweet ada qi tu ] dan gelora jiwa .


Anugerah Kembara : Yuna memang layak


Memperjuangkan muzik Malaysia ke antarabangsa, membawa nama Malaysia ke seluruh dunia. Dengan penat lelah dan kesanggupannya berjuang demi minat , cita-cita dan kerjaya , Yuna mampu menggapai impian, yang hanya cuma impian bagi sesetengah insan. Malahan dia membuktikan pada semua remaja dan masyarakat umumnya , semua orang boleh menjadi sesuatu jika terus berusaha dengan tidak mengenal erti putus asa. Dengan berdikari , tinggal jauh di negara asing yang berbeza budaya berbanding di tanah air sendiri, Yuna sememangnya sudah berjaya membuktikan dia bersungguh dalam berjuang dengan apa yang dia percaya . Tahniah.


*Lepas AIM 18 - Dua lagu yuna akan terlibat dalam separuh akhir muzik-muzik 26 pula. [ Penakut dan Gadis Semasa ] . Insyaallah ada rezeki, akan ke AJL 26 pula . :)

Penakut - Lagu terbaik AIM 18 cetus kontroversi ?






Juri AIM 18 ada banyak pilihan tatkala mahu memilih lagu terbaik.Samada pemenang lagu Pop terbaik [ Sedetik lebih ], Lagu Nasyid Terbaik [Pedoman] , Lagu Inggeris Terbaik [Got To Go] , lagu Pop Etnik terbaik [Joget Tak Senang Hati], atau Lagu Rock Terbaik [Pelita] , mahupun memilihnya melalui pemenang vokal terbaik. Iaitu bagi kategori lelaki [ Sedetik Lebih ] Anuar Zain. Atau lagu pemenang vokal wanita [ Penakut ] oleh Yuna. Dan ramai menjangkakan Sedetik Lebih bagi kategori pemenang lagu pop terbaik bakal mengunggulinya [kerana telah menewaskan lagu penakut dalam kategori tersebut ]. Pelbagai andaian yang wujud, namun juri pula memilih yang terbaik mengikut kriteria tertentu secara KESELURUHANNYA dan tak semestinya ia popular. Apapun itu semua keputusan pihak AIM. Sememangnya rezeki berpihak kepada Yuna. Rezeki datangnya dari tuhan. Untuk Yuna, sekalung tahniah.

*Lagu ni memang COOL. Tentang cinta masa kini. MERDU . Best bila dapat Sing along lagu ni dengan Yuna dalam sesuatu persembahan .


Vokal terbaik wanita ?

Ada dua lagu Yuna dalam kategori ni. Merdu, gemersik dan bersahaja suaranya. Namun siapa sangka, tuah dan rezeki sangat menyebelahi beliau malam itu. Lagu gelora jiwa nyanyiannya tewas kepada lagu penakut menerusi kategori pemenang vokal wanita .

KSMY Yuna sebut tu , siapa ya ?

Tak perlu jauh, cukup kalau secara peribadi Anem flashback balik bermulanya KSMY [ Kipas Susah Mati Yuna ]. [ Boleh baca coretan lama di blog anem lagi satu tentang ksmy ni: arnamee dot com ].


Sejarah KSMY dimulakan dengan perkenalan di Facebook YUNA yang pada waktu itu lagu DAN SEBENARNYA , BELUM pun masuk juara lagu. Kami suka lepak-lepak di wall Yuna, yang sangat rajin memberi feedback ketika itu. Aliem [founder/ super admin] dengan Fika si kecil yang sememangnya rapat macam adik beradik, mereka berkenalan pula dengan Teyra [pencipta lagu tema untuk KSMY yang best itu] , kemudian wujudnya tegur-menegur antara Shahnas yang kacak, Kira yang comel dan Hafiz yang baik , lantas di sibukkan dengan kehadiran Anem Arnamee, LAHIRNYA lah kipas susah mati yuna - komuniti peminat kecil yang punya nama versi bahasa melayu yang agak comel [ ini Aliem punya idea ]. kemudian , ramai sahabat kesayangan kami muncul , iaitu seperti Adi Putri yang putih menawan , Nadia Zamri , Iya (Dari Singapura), Zee, Amel, Saiful , Zaiti, Hafiza dan Jia si cantik.

Diserikan lagi dengan kehadiran Emy yang manis , Iron dan kini diperkuatkan lagi dengan gadis comel yang juga mempunyai bakat tersendiri iaitu eera [ azeera rais ] .

*Mungkin akan berlaku penambahan dalam senarai ini. :)
[Lagu tema KSMY : Jom nyanyi sama-sama, semua peminat Yuna! ]






Selain lagu tema untuk Yuna yang dinyanyi oleh Teyra mula mendapat perhatian Yuna dan ibunya tatkala itu , kemunculan kami juga lebih disedari tatkala Aliem sendiri turun padang bertemu mata dengan Yuna di persembahan malam nada biru. Menyampaikan hadiah dan surat kiriman dari ahli KSMY lain kepada Yuna yang mana selesai saja persembahan pada malam itu akan berangkat ke luar negara.


Dan kini kalau ada lagi tambahan penyokong kuat, semuanya dimeriahkan lagi oleh para peminat Yuna yang like page KSMY (OFFICIAL) di Facebook atau yang Follow twitter ksmy [ @ksmyofficial ] - yang akan update semua tentang cik Yunalis Zarai kesayangan kita ni <3. Teruskan menyokong ! :)

SEKIAN .


Nota : Umur baru 25 tahun. Namun pelbagai perkara telah dicapai, membanggakan mak ayah, pemegang ijazah, bekerjaya sendiri, dapat sampai ke luar negara, mempunyai teman sejiwa , ada sahabat yang setia di sisi, mempunyai saudara mara yang menyokong minat sendiri. Satu nikmat yang sangat hebat. Semoga terus kuat dengan rasa rendah diri - yang tak pernah berubah sejak awal kemunculan lagi. Selamat hari jadi ! [ 14. 11.86 ] <3

p/s: Gambar Yuna masa kecil : Tak perlu nak claim kata blog sendiri punya [ buat watermark blog bagai ]. Sebab semua hakikatnya koleksi peribadi Yuna sendiri dari blog thenutgraph.com 


Salam aidiladha untuk kita semua dan sahabat Anem semua. Semoga yang menunaikan haji dan umrah tahun ini akan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur. Pada yang menunaikan ibadah korban pula, semoga niat ikhlas kita akan diberkati oeh ALLAH hendaknya. Semoga kita semua akan menjadi lagi baik. Dan mampu memberi sesuatu yang lebih baik kepada agama dan sahabat di sekeliling kita serta keluarga. Hati-hati ketika pulang ke kampung . Insyaallah semoga semua kita dipermudahkanNYA . Amin.


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


(Video lagu Raihan : Haji Menuju ALLAH  )


"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)




Hari lalu mak ada kata , "Along, mak ada mimpi kenduri ". Mimpi itu hanya alat dan perantara, dan dari ALLAH turun dan jadinya semua perkara.

"Mengurus sedih duka orang lain lebih mudah jika benar cara memujuk. Namun mengurus sedih duka sendiri adalah payah walaupun hakikatnya hati kita bukannya merajuk ".

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
_________________


Dia dulu - pernah jaga Anem di kampung . Anem dah kata hari kelmarin "esok, balik lewat, ada kelas tambahan".Dan dia lupa. Hari ini, sepanjang 1km , kaki tua itu berjalan kaki menuju ke sekolah dan bertanya pelajar lain, "Anem mana, kenapa dia lambat balik?".Kasihan dia, penat penggemar baju kurung kedah itu mengatur langkah.

Dia dulu - sangat menjaga keselamatan. Pukul 2.30 masuk kelas, secepatnya dia dan sepupu lain bersiap. Pukul 2 , kami sudah berada di seberang jalan sekolah rendah kain hijau itu. Namun menunggu dia mengusir rasa takut semua kenderaan yang menghalang kami melintas, loceng berbunyi setengah jam, baru kami melintas selamat.Ya, dia sangat menjaga kami.

Dia dulu - mata tua tak terlihat jam pukul berapa. Segera mengejut Anem , "lekas, bangkit siap ke sekolah" - namun agak melucukan, kerana baru pukul 2 pagi. "maaflah, wan tak nampak" - katanya perlahan.

Dia dulu - sangat dipengaruhi cucunya untuk meminati Achik dan Nana. Katanya dia suka melihat pasangan serasi itu bernyanyi . Malahan sampai ke sudah, dia tidak mengetahui yang Achik telah pun tiada lagi. Selain Achik, dia juga mengenali Tomok dan Mawi selain Siti.

Dia dulu- gemar bercerita. Di lontarkan ayat bersahaja, namun ada saja yang mencuit rasa. Malahan dia juga pandai sedikit , diizin, dikurnia tuhan tahu sedikit mengubat orang bisul di sini-sana.

Dia dulu - sangat baik bila berniaga . Yang penting biar orang rasa kuih dia benar sedap dan puas. Tak mengapa harga murah. Bahulu yang dia bakar di dapur luar tu mengeluarkan asap. Habis berair mata satu rumah menahan pedih mata. Dia memang pandai membuat pelbagai kuih. Sangat sedap.

Dia dulu - gemar memasak. Paling lazat, adalah sambal nasi lemak. Pernah sekali dia memasak nasi lemak selama seminggu, pagi petang malam kerana menjaga perbelanjaan dapur. Dan sesungguhnya makanan yang sedikit tapi sedap itu tetap mengenyangkan. Alhamdulilah.

Dari dulu- dia sangat memanjakan cucu-cucunya. Walau dia tu tak berapa ada, namun untuk cucu tersayang, katakan apa saja, dibeli, di suanya mana kadar mampunya.

Dia penggemar wajik durian, sampai mak terjangkit sama. Kebanyakkan apa wan suka, itu juga mak suka. Mak anak paling rapat dengan wan. dari Kuala Lumpur ke Jeram, mereka banyak habiskan masa bersama. Bila mak sakit, wan yang menjaga. Bila wan sakit, emak dan adik-beradik lain bergilir pula menjaga. Bila begini sudah ceritanya, pastinya mak paling rasa terkesan.


Tiba waktu klimak hidupnya, dia diduga pula sakit tua, tak dapat berjalan tiba-tiba. Dan waktu itu dia diduga tuhan dengan hilang sedikit demi sedikit nikmat dan rasa. Dari boleh berjalan lajunya, kepada yang terduduk terbaring sahaja. Dari dulu yang sedap masaknya kepada yang dah lupa bagaimana mahu merasa. Tuhan maha penyayang, mahu dia kuat dan itu juga kafarah penebus dosa. Dan wan nampak kuat melalui semuanya.

_________________



Dan hari dingin itu, pada 23 Oktober 2011. Kisah yang tak mahu didengar , jika boleh mahu dilambatkan, tiba juga saatnya. Tak terawal sesaat, tak terlewat sesaat pun. Itu janji tuhan . Kullu nafsin Dzaiqatul maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dan dia pergi meninggalkan kami. Dengan wajah bersih dan tenang sekali.

Inalillahwainailaihirojiuun.

Sesungguhnya kita Milik Dia dan padaNYA jugalah kita kembali.

Al-fatihah untuk nenda, Raja Jamilah Binti Raja Rastam . Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Semoga selamat dan dipermudahkan di alam sana, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Insyaallah, Amin Amin ya rabbal a'lamin...


Kami sangat merindu. Rindu pada kehadiran wan yang menghibur dan membahagiakan kami. Terima kasih untuk semuanya dan semoga wan sudah memaafkan salah silap kami. Kami sayang wan, sayang sangat-sangat. :'(

1938 - 2011 .

Hadith Nabi SAW:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya



Selalukan dalam hidup kita , kita buat benda pelik. Kiranya apa kita buat tak selari dengan percakapan atau apa kita rasa. Kadangkala kita tak perasan pun, tak percaya cuba tengok situasi biasa (common situation ) macam ni :

Kita cakap "saya faham" atau "aku faham"
tapi hakikatnya tindakan atau reaksi kita menunjukkan sebenarnya kita ni tak berapa nak faham

Kita cakap, takpe, takpe lah sangat kan,
tapi sebenarnya bagi kita benda tu sangat apa-apa .

Kita cakap TAK kisah, sangat tak kisah,
tapi kita punya ambil KISAH sebenarnya, tuhan je lah yang tahu , kan?

Kita cakap, "IM OK " - "SAYA OK ",
tapi dalam jiwa raga ni, punya TAK OK nya , susah nak digambarkan

Kita cakap kita "terima" - terima hakikat, terima alasan orang tu,
tapi disebaliknya kita sebenarnya tak berapa nak terima, menyalahkan lainnnya lagi ada.

Kadang-kadang kita cakap, "Alah, xde apelah, benda kecil je", "Tak terasa pun",
tapi hakikatnya perkara tersebut nak dilupakan sampai makan bertahun-tahun..

Kita selalu menerima alasan orang dengan positifkan ayat,
tapi hakikatnya dalam hati kita sangatlah terasa dan selalu memikirkannya.



Selalu nasihat diri sendiri, "terima hakikat dengan ikhlas" - cakap memang mudahkan ?

Mungkin ada yang mempersoalkan tentang kejujuran. Tapi bagi Anem, dalam semua situasi tersebut , kita bukannya hipokrit , menipu , bukan . Hakikatnya dalam menjaga hati manusia lainnya, kita perlu berkata ikut mana yang terbaik bagi semua. Mungkin orang kata, hati kita siapa nak jaga ? Tapi kalau kita ikhlas, kebahagian dan rasa selesa orang lain adalah keutamaan kita . Bagi diri kita masa, tak salah untuk bergembira dan berkata apa yang di rasa.

Bagi Anem - bahagialah untuk membahagiakan. Datang dugaan , kuatkan pegangan . Apa berlaku, ingat, Tuhan kan ada .

WALLAHUALAM.


P/S : Saya akan cuba memberi yang terbaik - ini ayat janji keramat sampai mati .


Lama Anem cuba untuk mencuri masa untuk menurun tinta di dasar papan muka blogger ini . Cuba mencari detik untuk menghayun jemari, idea hanya demikiannya , Alhamduillah, cuma, mahu menekan 'terbit' atau publish itu yang mempunyai kekangan. Yah..hanya alasan. Nak seribu daya Nem, jangan salahkan keadaan .

Baiklah, kali ini adalah entri mengenai sahabat Anem yang menyambut hari lahir pada 28 September.

Selamat hari lahir ke 19 untuk cik adik Efy. Si comel pemilik nama penuh Izza Syafinaz binti Saidi. Anem mula kenal dia masa terlibat di Kem PLKN (Anem penangguhan) . Pendiam sangat , manja , mudah merajuk namun agak berdikari.
Sekali pandang persis cina,
Orangnya comel suka bertanya,
Hari lahir disambut dengan gembira,
semoga bahagia di akhirat & dunia,

Mengenali beliau membuatkan Anem rasa Anem macam tua sangat sebenarnya. Kelakar pun ada, sebab Anem selalu rasa Anem muda (perasan betul) . Pepun , sia sayang kamu always. Jaga diri ya.:D

Tadaa : Video Comel menyentuh hati  - Bukan Cinta Biasa , hadiah untuk kalian berdua :



Moga dapat naik kapal terbang juga suatu hari nanti. Entah bila. Ada rezeki, ke Sabah lah nanti. Jalan-jalan. Makan Angin ke. Wallahualam . Tapi semua InsyaALLAH. 

p/s: patak-patak



Dia pandang terus ke arah jalan nombor satu . Aku mula atur langkah kaku. Diam membisu.Dia pula , arah terus jalan aku. Kini dia pula kaku. Dasar Perempuan ! Berhenti tempat beg-kilau-kasut-baju-menawan . Ku alihkan sekilas di sisi deringan , sebentar sajaku rasakan.

Tiba-tiba, ku terhilang dia. Nah! Ini ku leceh teman perempuan, suka menghilang dalam kesamaran ! Entah warna jenama apa yang memukau dia untuk tersihir dan meninggalkan aku di situ.Sampai hati si perempuan ayu. Nampak yang cantik baru terus di biar aku.

Dia- perempuan tercinta yang selalu buat kurasa bahagia.
Dia- perempuan yang terus menulenkan aku menjadi bukan lain rasa.
Dia- yang selalu ada dan rasa aku ini kuat boleh orangnya.
Dia- yang mengembirakan aku bila ku mula terluka

Oh ! Dia sudah berpunya. Lelaki itu kukenal juga. Selalu menjaga - hantar dan berjasa sama.

Dia - pemilik nama Raja Anita Binti Raja Ahmad . Dia - yang memasak sedap bertahun rasa.Dia perempuan yang pernah kusinggah dalam rahimnya. Dia, emak, ibu bonda yang sangat mulia.

Buat emak , seorang perempuan yang comel dan seksi jelita, selamat hari lahir yang ke . *Emak, along sebut ya * - yang ke 45 . Semoga terus diberkati ALLAH, di permudahkan dunia akhirat emak, dan dikuatkan hati emak dalam melalui dugaan kehidupan. Maafkan semua salah silap along ya, mak..

Insyaallah. Semoga ALLAH redha sentiasa :D
La Tahzan ,Jangan Bersedih sesungguhnya ALLAH bersama kita sekeluarga , emak.


Along sayang emak !  Cukup ! Along tahu mak sayang Along lebih ! <3


Emak & Adik
P/S: Selalu ditegur, Anem ni perempuan yang tak feminin sangat, tapi sekarang dalam proses lebih mengayukan diri . Doakan :)
1009.

Dua Kisah yang kebelakangan ini agak menarik perhatian kita dan hampir seisi dunia kiranya . Iaitu pemergian Almarhum (Allahyarham) Noramfaizul Mohd Nor , serta kisah pelajar Malaysia yang cedera dalam rusuhan di London, Asyraf Haziq Rosli .

Sebab Noramfaizul Mohd Nor ditembak , misi kemanusiaan & pengamal media





Wartawan Bernama Tv yang dikenali sebagai Ijoi di kalangan keluarga terdekat ini seorang yang mesra dengan semua orang. Mudah didekati dan banyak menginspirasi orang disekelilingnya. Dan ini bukanlah kali pertama beliau berhadapan risiko pergi ke tempat-tempat bergolak dan mengharungi tugas sebagai jurukamera dalam menjalani misi kemanusian. Malahan pada awal misi ke Somalia ini beliau tidaklah tersenarai dalam misi ini , memandangkan tahun lepas beliau ke Gaza dan tidak beraya bersama keluarga, nama beliau tidak disenaraikan, namun kerana semangat mahu membantu dan pengalaman yang ingin dikongsi, beliau tetap mahu pergi. Beliau sangat rapat dengan ibunya memandangkan beliau anak tunggal lelaki , malah dianggap sebagai abang oleh rakan sekerja , sememangnya kehilangan beliau sangat dirasai. Mempunyai seorang isteri cantik bernama Norazrina Jaafar dan dua anak yang comel.



Dan ini kali pertama pengamal media atau dunia kewartawanan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang kaum keluarga mereka dengan sebab ditembak dan terbunuh dalam menjalankan misi kemanusian di luar negara. Telah tertulis telah tiba masanya, tidak terlewat dan tidak tercepat sesaat pun. Apa yang diperkatakan ramai selain doa , alfatihah, sumbangan dan simpati masyarakat kepada Ijoi dan keluarga adalah sebab dan alasan. Cukuplah jika selepas ini, kita terus bersedia dengan semua langkah keselamatan untuk sesiapa yang mahu bergerak dalam misi sedemikian. Apa yang penting sekarang, sebagai manusia , jika boleh ikhtiar, kita buat semampu yang boleh, yang TERBAIK , IKHLASKAN hati dan selainnya urusan tuhan, kita redhakan. Semua perkara berlaku ada hikmah, sebab. Dan pastinya pemergian saudara kita seorang ini bukan sahaja membuatkan kita semua berfikir namun wallahualam, mampu merubah banyak perkara kepada yang lebih baik, insyaALLAH . Kan ?

Al-Fatihah , semoga ALLAH merahmati dan memudahkan urusan beliau di sana, insyaallah, amin.

Dan buat semua orang yang pergi ke sana tempoh hari , semoga akan pulih dari trauma dan teruskan perjuangan, buat jurukamera TV3, Aji Saregar, semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat semuanya, ya? :)

___________________


Hikmah cederanya Asyraf Haziq Rosli : merubah pandangan Barat terhadap Islam


Ramai memuji tatkala Asyraf berkata beliau memaafkan dan bersimpati [atas kebanyakan alasan yang merompak dan merusuh itu angkara tiada pekerjaan] terhadap perusuh / perompak yang merompak dan mencederakan beliau di rusuhan London tempoh hari. Malahan atas nilai moral negara berkenaan , dua orang suspek yang merompak beliau dan dikesan melalui rakaman yang diambil oleh Bystander Abdul Hamid dan disebarkan melalui Youtube itu telah ditahan dan sedang dibicarakan di Mahkamah Negara tersebut .


Dunia bukan sahaja tiba-tiba tercari peta Malaysia namun mula membicarakan mengenai tingkah anak muda ini yang bersemangat kuat dan tidak mahu mengalah dengan dugaan berkenaaan. Beliau terus mahu belajar di UK dan berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Britain [http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ ] dan Malaysia yang sudi membantu dan mengumpul dana untuk beliau. Malahan semua barangan yang hilang tempoh hari telah diganti. Bertuah. Alhamdulillah, hikmah dalam ujian .


Keluar pelbagai kata-kata bangga di kalangan kebanyakan masyarakat islam dunia apabila sikap pemuda Malaysia ini dipuji rakyat Britain [rujuk sini] . Apapun semoga Ashraf cemerlang dalam pelajarannya di sana dan jaga diri selalu ya.
___________________


SOMALIA



Mahu menyumbang sesuatu ? Hulurkan sumbangan anda melalui islamic relief malaysia :


Penderma-penderma kini boleh menderma online.
KLIK DI SINI UNTUK MENDERMA.

Anda juga boleh bank-in sumbangan ke akaun Maybank (5621 4270 8704) atau akaun CIMB (1259 0000 804 058) kami. Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke donation@irmblog.org.Sila nyatakan program yang hendak didermakan pada resit yang difaxkan atau email. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami di 03 8948 6334.

Sumber : http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

___________________



MERCY & islamic relief malaysia



Juga terlibat dalam misi ke Somalia ini adalah Mercy - tulang belakang kepada kebanyakan sumbangan kemanusian Malaysia di serata Dunia. Alhamdulillah, badan bukan kerajaan yang tidak langsung memikirkan keuntungan ini sentiasa aktif memantau golongan yang memerlukan. Malah ramai remaja dan mereka di luar sana berminat ingin tahu bagaimana jika mahu menyertai Mercy . Mahu menjadi sukarelawan Mercy dalam erti kata lain. Mahu mencontohi ketokohan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood , yang dulu presiden Mercy kini merupakan ketua Bahagian Tindakan Kemanusian salah satu unit dalam Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA). Oh, Anem kagum dengan jiwa beliau.Malah pernah cedera ketika di mberkhidmat menjadi sukarelawan di Iraq. Semangat beliau kental. Kuat - insyaallah, teringin jadi macam beliau .


Mahu menyertai mercy atau menjadi sukarelawan misi kemanusian di seantero dunia?Ini caranya :

Pergi ke laman web ini : http://www.mercy.org.my/1002040658%C2%BBJoin_Our_Society.aspx

atau

Perkembangan di Facebook Mercy , atau terus contact Ain from Volunteer Management Department at 03-2273 3999 or ain@mercy.org.my.

“Hai orang2 yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa2mu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ( memasukkan mu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah keberuntungan yang besar.” (Al-Saff: 10-12)


Sesekali saya cuba untuk menafikan bila ada kata saya sendiri tak pandai bahasa Malaysia betul kerana selalu merojak papadomkan , saya sendiri tak khatam sejarah sebenar dari zaman asalnya nama tanah melayu bertukar setelah semenanjung bercantum hati dengan Sabah dan Sarawak dan diberi nama Malaysia dan dirai pada tanggal 16 september itu . Malah kadangkala adat budaya lain yang sangat dikagum suka , sehingga terlupa kita masih ada warisan bangsa yang boleh dibangga. Lagu dan cara jangan cerita , yang luar dipeluk bagai saudara, sendiri punya tak ingat di mana.


31 Ogos? Merdekakah saya ? Sedarkah saya akan perjuangan dulu kala? Jerih perih mereka? Darah ahli keluarga yang sanggup ditinggal biarkan ? Ingatkah saya tokoh yang semangat perjuangankan ? Benar kah saya hayati semua kisah , atau hanya mahu berjaya dalam mata pelajaran sejarah ? Sebut merdeka, semua boleh. Membaca sejarah , menonton drama , sebut saja. Namun , benar-benar menghayati , benar-benar memahami, belum tentu ada jiwa . Belum - jiwa remaja sangat termentah. Mudah saja diduga goda, dipengaruhi sesuatu yang diluar gaya. Mudah. Masih.






Filem arahan Shuhaimi Baba , teraju utama Maya dan Rusdi Ramli ini berjaya buat saya mengalir air mata - deras . Memang mereka pelakon pengarah berbakat . Saya tersentuh terkenang kisah pra merdeka dulu. perjuangan. Banyak yang saya faham dari tak faham. Sangat. Segar.

Filem Bukit Kepong


Baca buku semasa saya sekolah menengah sahaja buat hati kecil saya tersentuh , namun filem arahan Jins Shamsuddin lagi menyentuh. Bersahaja, penuh jiwa. Dan berbintang saya hadiahkan buat semua yang beri saya rasa.

[Mahu menonton semula filem bukit kepong ini? klik di sini : youtube ]

Sekian . Saya dedikasi video dari youtube video mat luthfi 90 : bertajuk Made by malaysian : 
(Sempena merdeka) *Happy independence day Malaysia ! Bangga menjadi anak Malaysia !



[ boleh jadi iklan merdeka 2011 ni :p].



+ Video merdeka DIGI  2011 [ www.dearmalaysians.com ]



Salam...







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top