Nah, resepi daripada Masterchef Izyan yang Anem share kali ni adalah dua makanan paling popular tahun 2012. Kira memang makanan fenomena lah . Sana sini sebut dan jadi trending. Ramai jadi usahawan dah . Ok, jom layan resepi durian crepe dan resepi burger bakar simple daripada Masterchef Izyan Hani,si cantik manis , juara masterchef musim kedua kita . Jom cuba , tak cuba tak tahu :)


RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.
Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

 

BURGER BAKAR SIMPLE

Bahan- Bahan :


Daging Kisar (Kalau minat ayam, boleh pakai ayam)
Bawang sebanyak yang korang suka
Telur ayam
Sos BBQ
Oregano
Blackpaper (Tak kisah yang nak kena tumbuk ataupun yang macam ajinomoto)
Whitepaper(Sama seperti di atas)
Garam
Seasoning(atas pilihan masing-masing hendak atau tidak)
Lobak merah (potong hlus atau hancur)
Salad halus atau hancur

Cara-cara

Gaul rata ke semua bhn di atas.
Simpan di dlm peti lebih kurang 30 minit atau lebih.
Bentukkan burger mengikut kesukaan saiz.
Bakar burger hingga masak.
Sediakan roti. sapu sedikit butter pd roti.
Dgn kreativiti masing2, topping burger mengikut citarasa.

 Sumber & lain lain resepi boleh dapat di sini :
 


Izyan atau nama penuh beliau Izyan Hani seorang wanita berkerjaya yang lahir pada November 1987 dan kini berkerja sebagai Pegawai Geologi Selangor. Izyan Hani merupakan seorang graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada. Beliau seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu dan juga pernah bekerja di pelantar minyak. Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken. 

Paling penting Izyan seorang yang peramah, dan jika dia ada masa, dia akan share resepi yang kita tanya di facebooknya, menarik bukan ? Apapun terima kasih pada beliau kerana tidak lokek ilmu. Semoga terus berjaya , insyaallah :)
 


Membahan. Benda ni popular. Usik usik nakal dari orang keliling . Persoalannya berdosa ke membaham dan dibaham jika sekadar gurauan ? Atau saja mengisi masa lapang ?

BERGURAU DALAM ISLAM , boleh ke ? Hukum bergurau , cara terbaik ?

-------Eh. Bergurau sikit takkan tak boleh ? Hemohemo.-----


ADAB BERGURAU 

*Niat yang benar (untuk hilangkan penat dan gembirakan orang dengan ikhlas)
* Tidak berlebih-lebih ( Jangan jatuhkan aib sendiri atau aib orang lain)
*Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau (kerana mereka akan anggap kita serius)
* Tidak bergurau dalam perkara serius seperti talak,  rujuk, kahwin dan mati .
*Tidak menakut-nakut seorang muslim dalam gurauan tersebut .Dalam islam menakut-nakutkan muslim lain adalah tidak halal. (Alhadis)
* Berkata benar dalam gurauan .
* Jangan memperlekehkan individu samaada terhadap individu atau di kelompok yang ramai .
*Menjauhi bergurau dengan tangan atau kata-kata yang buruk kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan .
* Tidak banyak ketawa untuk mengelakkan hati mati.
* Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak.

---
Bergurau boleh, ketawa boleh , cuma jangan berlebih .

Soalan untuk awak yang suka membahan - awak ok kalau kena bahan hari hari ? Awak ok kalau orang lain membahan ahli keluarga awak, atau orang yang awak sayang ?  awak betul tak kisah kalau ada kat tempat dia yang awak bahan , betul-betul tak kisah ? Kalau dia dah tiada nanti, awak rasa menyesal tak membahan dia ?

Fikirkan . Fikirkan .  *BERGURAU , bukan tak boleh , cuma jangan over*

Lagi sekali - Eh. Bergurau sikit takkan tak boleh ? Hemohemo.

Gambar : webdesignledger




Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .



Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .



Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )



*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :



*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh





Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab


Dalam bab  ni, apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya  (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha :)

- Selamat mencari jodoh, semoga bertemu pilihan hati, insyaallah :)

*antara sumber: majalah solusi



Selain lagu SELAMANYA oleh ultras malaya ft altimet, joe flizzow &carledd khaza untuk harimau-malaya , lagu bangun harimau bangun ini juga cepat mencuri tumpuan dan sering kedengaran . Nah, anem kongsikan di sini liriknya . Jom layan :)


Lirik lagu Bangun Harimau Bangun ( Malique )

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya teramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat

Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat
Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(bangun harimau bangun)

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padang kami tiada siapa boleh ambik
Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(bangun harimau bangun)

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Download mp3 bangun harimau bangun (malique ) : sini

Kongsikan semangat dan sokongan untuk Pasukan Harimau Malaya (Malaysia ) :
 AFF Suzuki Cup facebook , AFF Suzuki Cup Twitter , AFF suzuki Cup Official website :-)

Malaysia Boleh ! #HarimauMalaya

sumber gambar : bharian


huhu! Biadap! Kafir Laknatullah. Israel pengganas sebenar! Merintih.Menangis.Menjerit.Merayu.Ia akan berterusan di bumi Gaza.... Mungkin tiada lagi yang hidup di sana baru peluru itu berhenti.

Nauzubillahiminzalik.
“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memperhatikannya?”(Ad-Dzariyat:21)
Kita di sini saling berkongsi rasa.Hendak menjerit, peluh dah penuh membasahi tubuh berdemonstrasi, melaung nilai aspirasi agama islam nan suci.Menangis, naik kering air mata yang tertumpah melihat gambar anak kecil tak berdosa, serta mereka yang tiada daya upaya melawan kuasa raksasa yang menggila.




Cara bantu rakyat Palestin & cara derma :

Aqsa Syarif(AGEN BANTUAN RASMI DAN DIAKUI) menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYARIF BERHAD seperti berikut:

• Maybank Islamic: 5515 7500 4299
• Bank Islam: 12 092 01 003490 4


Antara bantuan segera yang diperlukan adalah:

a) Makanan asas
b) Ubat
c) Pakaian sejuk dan selimut
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang cedera parah
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah

Sememangnya hingga akhirnya pun, Israel tetap berdendam dengan islam.Namun dalam kekalutan saudara kita di sana, Anem paling tersentuh melihat penyatuan hati insan-insan seagama kita di sini, walau berbeza sisi ideologi politiknya, masih duduk bersebelahan mengalun suara rintihan serta jeritan bagi membolehkan rakyat Palestin mendapat keamanan.Syabas!

save.palestin!Kita bersatu kerana kita perlu bersatu.Wajib. Bercerai nanti, roboh pula..=)

Alhamdulillah, untuk penyatuan itu. Demi Agama.ALLAHUAKBAR!


Anem juga hendak membuat standing ovation.( tepuk tangan sambil berdiri), untuk semua pejuang-pejuang (para bloggers) yang menggunakan mata pena serta jari-jemari yang tidak pernah lelah untuk menaip bagi meluah rasa terbuku =), mengajak untuk memboikot produk Yahudi dan Amerika, melampirkan gambar yang membuahkan keinsafan serta kepada yang tidak pernah putus asa menyatakan kekcewaan terhadap apa yang berlaku. Sahabat semua, teruskan perjuangan kalian!Keep on istiqamah.

You are the best blogger in the world. Keep writing.
=)

Walaupun mereka yang zalim itu mungkin tak faham penulisan Anem.
Dengan kerjaya mereka sebagai musuh dunia, pastinya tiada kesempatan menterjemah blog ini, cukuplah Anem katakan,

“Israel, please give Palestine a life today, as well as you wants to get you life tomorrow”
.


Ya ALLAH , selamatkan saudara-saudara kami di sana, berikanlah mereka kekuatan dan kemenangan..Amin..
 
Doakan, terkini 15/11- 2012  : Ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza. . Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang. Dan Ramai lagi terbunuh :(
 



DOAkan UNTUK mereka :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
  3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;
  4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;
  5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Boleh baca juga :


anem: 21 Ogos adalah penting berhubung apa yang berlaku ini, kita wajar menperingatinya saban tahun.. =) 

sedikit sumber : bharian &
 gambar dari deviantART ,

Salam semua .Dalam Muharram ada dari hari Asyura. Jika di Malaysia ni, selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura.
Oh ya, jika keliru, ada perbezaan atau sebarang pertanyaan mengenai resepi-resepi di bawah, boleh rujuk link atau pautan asal setiap resepi ya! Jika nak kongsi link atau resepi anda sendiri di ruangan komen pun boleh. Sangat dialu-alukan. Terima kasih berkunjung dan selamat memasak. 
Sebenarnya artikel resepi-resepi ini Anem telah kumpul-kumpul dari blog-blog kawan-kawan lain. Jadi untuk memudahkan Anem sendiri dan kawan-kawan yang tercari-cari resepi bubur asyura ni, Anem pun kumpulkan semuanya menjadi satu entri sahaja. Kepada penulis asal resepi berkenaan, jika rasa perkongsian ini buat anda kurang berkenan, boleh terus ajukan ketidakpuasan (untuk tindakan sewajarnya).

Kepada yang ingin bertanya soalan, sila rujuk penulis asal resepi berkenaan. OK, jom kita mula satu satu. Kita mulakan dengan negeri Johor, dikuti Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak dan Penang.

RESEPI BUBUR ASYURA JOHOR/ BUBUR LAMBUK
[ Resepi dari Ida : http://idaddapur.blogspot.com ]



Bahan-bahan:
-2 cawan beras
-2-3 senduk santan ( ida letak 1 cawan jer )
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-1 inci* bahan * dikisar
-2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( ida letak ayam je, boleh juga letak dua2 sekali )
-1 sk serbuk lada putih
-1 sk / lebih serbuk lada hitam 
sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman).....ida tak letak pon sbb tak der stok kt dapur & tak plan nk buat ari tu )
-sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
-Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
-Garam+gula secukup rasa
-Bawang goreng
-4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
-1 pkt sup bunjut
-Rempah 4 sekawan
-Air secukupnya
-Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam 
-1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )


Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

Cara membuat :
-Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar.....tumis hingga sedikit garing & naik bau. 
-bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika 
-masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih 
-Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot 
-slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu ) 
-perasakan dgn garam secukupnya 
-bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi.... (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur ) 
-Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan ) 


RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH
[ Resepi dari haidzir84 : http://medanselera84.blogspot.com ]

BAHAN-BAHAN  

-1 cawan tepung beras  
-2 1/2 cawan santan campur garam  
-gula pasir ikut manis  
-gula merah utk mewarnakanya  
-1 btg jagung  
-1 biji pisang dadukan  
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak  
-1/2 cawan kacang hijau rebus  
-dan lain2 bahan yg anda suka
    CARA MEMBUATNYA
    1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
    2. panaskan dengan api yg perlahan
    3. setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
    4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
    5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.

    RESEPI BUBUR ASYURA TERENGGANU
    [ Resepi dari : hanieliza :http://hanieliza.blogspot.com/ ]



    RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN (SURO)
    [ Resepi dari asiyah hasan : http://asiyahhasan04.blogspot.com ]



    1. Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
    2. Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
    3. Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
    4. rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
    5. Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
    6. halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
    7. Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
    8. Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
    9. Kerisek-setengah cawan
    Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.

    Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.

    RESEPI BUBUR ASYURA PERAK
    [ Resepi dari: drzeze ;http://drzeze.wordpress.com ]

    Bahan-Bahannya:
    1kg tepung beras
    1kg gula pasir
    ½kg gula merah (masak dan ditapis)
    ½kg kacang kuda (direbus)
    1kg kacang hijau (direbus)
    ½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
    2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
    2kg pisang
    3 tongkol jagung segar
    1kg pati santan
    Garam secukup rasa
    2 helai daun pandan

    Cara-Cara
    1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
    air,kacau di atas api.
    2.Masukkan pati santan dan daun
    pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
    3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
    garam.
    4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
    jagung dan keledek.
    5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
    kacau sehingga masak.
    6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
    dan sejukkan sebelum dipotong.


    p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap

    RESEPI BUBUR ASYURA PENANG (PULAU PINANG)
    [ Resepi dari Tok Wan : http://blogtokwan.blogspot.com ]



    Mula2 bahan2nya:

    300 gm. kacang tanah
    300 gm. kacang merah
    300 gm. biji sagu
    300 gm. kacang hijau
    3 ketul ubi keledek merah atau kuning
    6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
    1 ikat pisang raja yang masak
    4 helai daun pandan
    300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur)
    100 gm gula melaka / gula kabung
    200 gm. gula putih
    500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
    Garam secukup rasa

    CARA CARA MEMBUATNYA:
    1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk.
    2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.
    3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.
    4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan.
    5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.
    6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

    So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

    Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.

    -------------------------
    Sekian

    Banyakkan ? Ini pun mungkin berbeza mengikut citarasa peribadi mereka yang memasak dan pengaruh setempat , apa yang lagi menarik, anda boleh berkunjung melihat komen yang pelbagai dari Blog Kaytieze ni, pelbagai komen tentang bubur asyura di tempat masing-masing. Malah di Sarawak juga , cara penyediaannya dikata berbeza. Ada link lain atau penambahan dan ingin berkongsi untuk resepi ni?  Silakan. Terima kasih dan harap maaf  untuk sebarang kekurangan.



     

    Dengar lagu ini sangat meruntun hati dan terpanggil dekat. Rindu .Mahu juga ke rumah ALLAH. Insyaallah semoga dipermudahkan umat islam seisinya, insyaallah , amin.

    Lyrics: Irfan Makki & Bara Kherigi
    Melody: Irfan Makki & Maher Zain
    Arrangement: Maher Zain
    © 2012 Awakening Records

    Lirik lagu Waiting for the call - Lyrics:
    Irfan Makki featuring maher Zain

    Miles away, oceans apart
    Never in my sight, but always in my heart
    The love is always there, it will never die
    Only growing stronger, a tear rolls down my eye
    I'm thinking of the time
    When the day will come
    Standing there before You
    Accept this Hajj of mine
    Standing in Ihram
    Making my Tawaf
    Drinking blessings from Your well
    The challenge of Safa and Marwa rekindles my Iman

    Chorus:
    O Allah I am waiting for the call
    I'm praying for the day when I can be near the Ka'ba walls

    I feel alive and I feel strong
    I can feel Islam running through my veins
    To see my Muslim brothers their purpose all the same
    Greeting one another, exalting one true Name, Oh
    I truly hope one day, everyone will get the chance
    To be blessed with the greatest honour
    Of being called to Your Noble House
    Standing in Ihram
    Making my Tawaf
    Drinking blessings from Your well
    The challenge of Safa and Marwa rekindles my Iman, Oh

    Chorus

    Labbayka Allahumma labbayk
    Labbayka la sharika laka labbayk
    Innal hamda wanni'mata laka wal mulk
    La sharika laka labbayk
    (Here I am, O Allah, here I am
    Here I am, You have no partner. Here I am
    Surely all praise, grace and dominion is Yours
    No partner have You, here I am)

    Chorus

    Labbayka Allahumma labbayk
    Labbayka la sharika laka labbayk
    Innal hamda wanni'mata laka wal mulk
    La sharika laka labbayk,
    Labbayk, labbayk


     

    Irfan Makki & Maher Zain.


    Hah ! Sudah . Ada lagi yang tak kena, ada lagi yang dia tak puas hati dengan aku. Berulang kali meluahkan frasa aku yang terbaik, aku lah yang dia cinta, tapi ada saja tegurannya. Masih belum puas hati . Sikit punya hal dia julang sampai jadi isu kat depan harian metroll . Apa kes ?

    Dia pernah cakap, aku layak pilih yang lagi baik . Memang, aku tahu tu . Dia kata aku ada rupa, aku romantis, okeh , puji-pujian tu tak penting bagi aku. Bukan aku tak suka, ish, gila tak suka kalau si dia puja puji kita, tapi bagi aku yang penting RASA. Kalau dia selesa dan aku berjaya buat dia bahagia, itu baru aku benar gembira .

    Tapi yang aku pelik, dia selalu kurang percaya dengan aku. Bak kata satu quotes dalam buku terfaktab - "aku bukan nak awek macam maria sharapova tapi cukuplah dapat awek yang yakin aku bukan kasanova" . Gitu. Memang hakikat aku pernah buat salah . Aku harap dia terima hakikat aku pernah jahat - pencuri hati yang akhirnya pergi menginap kat hati orang lain. Tak ke jahat tu ? Tak kot,sebab bagi aku time tu aku tak matang . Setiap manusia lakukan kesalahan, aku cuma harap dia beri aku peluang dan sedikit keyakinan . Tolonglah .

    Ni tak , bila gaduh , dia kata aku suka orang lain. Bila gaduh, dia salahkan diri kata dia teruk . Aku rasa aku yang teruk tak boleh ikut dia punya protokol, jadi kekasih idaman dia . Yang ikut semua citarasa telunjuk dia . Dia tak mengongkong, tapi aku jenis manusia tak sempurna, akan  ada saja buat salah, sekali sekala apa salahnya buat-buat tak nampak, kawal sikit merajuk tu . Jangan merajuk over, boleh ? Aku suka bila dia manja gila , perlu aku, tapi kalau kerap sangat, dan bila time aku busy, maaflah, memang susah aku nak beri 100% perhatian. Aku sangat harap dia faham itu .


    Baiklah, aku mengaku aku ni bab pujuk orang , memang tak boleh blah . Bagi aku, aku cuba nanti keadaan akan makin worse . Sebab aku pernah cuba . Jadi aku diam, bagi keadaan reda. Ye, aku pun ada ego aku, ambil masa juga nak mengaku salah aku. Ya, kekadang dia mengamuk sebab terasa dengan sikap degil aku, maaflah . Tapi aku cuma harap dia faham aku. Dan aku  faham dia . Kita kenal dari kawan sampai jadi lover, takkan tak tahu sikap lebih kurang masing-masing, kan ?

    Then, sekarang , kalau aku minta putus, bukan sebab tak tahan, bukan sebab tak sayang, tapi aku rasa, aku bukan the best untuk dia, aku tak sempurna, tak boleh jadi ikut mahu dia, dia layak untuk jumpa yang lagi baik. Lagipun dia memang ada rupa . Sekarang kesimpulannya , wajarke aku undur diri dari hubungan ni ? Ke nak cuba lagi, lepas tu gaduh lagi ? Alangkah bagus kalau dia tahu betapa aku cinta dia sorang je. Sebab aku janji dialah satunya sampai mati. Sayang , pleaselah trust me ...

    Dan...Aku memang tak mampu kehilangan dia, aku cinta gila, tapi kalau sesuatu yang aku sedihkan itu lagi baik untuk dia  , perasaan peribadi aku - aku mampu korbankan.

    Jangan ubah cara paksa tapi tegurlah dengan rasa , kalau mengena sah sah bahagia .

    p/s: Memandang dari kacamata orang lain itu kadangkala lebih jelas :)


    [ Artikel ini Anem tulis dengan memandang dari perspektif orang lain , harap maklum ]



    Assalamualaikum. Sebagai manusia biasa kita mesti tak lari dari buat salah. Normallah kan. Tapi bila makin belajar mendengo dan memerhati sekeliling, tiba-tiba kita tersedo,rasa nak berubah jadi lagi baik tu tiba-tiba muncullah pulak. Dan lebih normal kalau tiba-tiba juga , ada orang pertikaikan atau nak perli kutuk kita . Yelah, memang betul, kalau stock nakal-nakal ni nak merubah diri ,kalau tak kuat, tak berterusan (istiqomah), memang susah sikit. Rintangan sah-sah banyak. Tapi pedulikanlah, ada rasa nak berusaha untuk cari diri, mengenal diri, itu dah cukup indah,kan? 

    Artikel berkaitan: 

    Saya pernah pegang, cium, peluk yang bukan mahram

    Ok, kes ringan-ringan atau kadang-kadang terberat-berat sampai terlebih muatan ni isu yang sangat tipikal. Pernah tanya kat kawan , 'Kalau ko tahu, ada kawan ko kena tangkap khalwat, apa ko rasa?" Dia jawab, "susah aku nak ngaku dia kawan aku lagi!" - Haiyo. Agak kejam juga hukuman dia bagi kat kawan dia tu. Tak suruh dia letak diri dalam kasut kawan dia, tapi bagi Anemlah, kawan tetap kawan. Paling kurang pun,bagilah dia jalan. Dosa dia tu, antara dia dengan tuhan. Sekurang-kurangnya dia nak u-turn tu, bagilah sokongan mana yang perlu.Tak layak kita ambil tugas tuhan, menjatuhkan hukuman pada manusia semerta. 

    Untuk girls and boys yang dah bercouple pakwe makwe semua ni, sewajarnya mahalkan harga diri korang. Mungkin ada yang terberi , terlanjur, tapi masih belum terlambat sebelum menutup mata. Pedulikanlah si dia atau kerja-kerja yang nak bawa kita ke neraka.Insyaallah,bila hati dah baik, ALLAH akan takdirkan kita jumpa dengan yang baik. Betul tau,yang penting ikhlas nak berubah...

    ♫ Boleh pandang-pandang ,Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan,Kerna malu itu, Perisai orang beriman.. 

    # Oh! Saya tak straight lah !

    Ni soal orientasi seks yang tak lurus . Der..susah tau bila kita dah berkecimpung dalam dunia sejenis atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) ni, then nak out. Haish, ia tak mudah macam orang cakap, diorang cakap senanglah.  Sebab ia satu tabiat (kebiasaan) yang sebati melibatkan perasaan yang dah lama wujud dalam diri. Apapun, sebagai yang makin dewasa ni, kita tetap sedo yang salah tetap salah. Nak seribu daya, dan pilihan di tangan kita. Macamana ALLAH takdirkan wujud rasa cinta tak normal tu, ALLAH juga ada kuasa untuk tarik balik rasa tu. Tak mustahil . Untuk isu ni, bagi Anem, kita kena realize (sedo) tahap rasa sayang kita pada tuhan yang esa, yang da bagi kita rasa macam-macam dah tu sebelum dia tiba-tiba tarik nyawa kita. Perlahan-lahan berusaha menjauhkan diri dari dugaan dan keadaan, insyaallah sayang.Kuatkan hati, cari kawan yang leh dengo kita,bukan yang condemn kita ,diorang gerenti takkan faham punya. Tapi untuk semuanya, ALLAH kan ada.

    "Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana".

    Berhenti merokok, dadah, shisha dan seangkatan dengannya 

    "Lah,berhenti semua-semua ni, kira guwa bertaubat ke beb?Haha , " Sinikal ayat tu. Bila kita rasa nak berubah jadi lagi baik, lagi sihat , kira baguslah tu. Ada niat nak jadi baik, dah berpahala dah tu. Tapi kalau niat je lebih, habuk pun tak jalan, tak cool jugak.

    Kenapa benda-benda ni salah, salah ke hah? Sesuatu tu jatuh hukum tak boleh, salah, makruh, haram, sebab ia membawa mudarat. Dalam islam, benda mudarat ni akan menjadi kesukaran pada kita , bila kita nak beribadah atau nak bermasyarakat. Tu sebab jatuh hukum. Jika dah membazir duit melampau, dapat sakit yang diminta-minta, lupa solat segala, sesuatu yang kecil pun akan jadi besar dan bahaya.

    Lu bagus bila lu nak berubah, tapi lagi bagus bila lu ajak kawan-kawan lu pun turut berubah, baru heroo ! .Ops, Nah Link : Tips Berhenti tabiat merokok : [klik sini]

    Soal aurat : saya teringin nak bertudung labuh

    Kawan-kawan mesti ada yang larik bila budak tak center , gedik gila-gila, tiba-tiba nak jadi ustazah .  Bukan ya,tapi rasa nak berubah. Taknak seksi dah. Kalau try-try pakai tudung lagi cun. Tapi kalau dapat bertudung labuh, lagi ayu. Yang penting,jangan tengok orang, tengok diri kita dulu. Keindahan yang dimiliki orang yang memenuhi tuntutan agama ni, Masyaallah, sangat sukar digambarkan. Cantik luar,. cantik dalam. Boleh refer entri Mr.K yang cool tentang gadis free hair yang kini dah bertudung labuh di sini :[klik sini : Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung]. Menutup aurat dengan betul dan kelihatan cantik adalah satu bonus, muslimah semua, jom jadi mukminah ! Jom Nem ! 

    Derhaka kepada kedua ibubapa :lari dari rumah

    "Parents I? Diorang tak pernah cuba nak faham I!" - Tahu tak, seumur hidup kita pun , kita takkan jumpa orang yang betul-betul faham diri kita. Kadang-kadang kita pun tak faham diri kita. Just kita cuba kita bayang, ibu yang lahirkan kita atau ayah yang sara kita tu, mereka yang dah beso kan kita tu, nak belasah kita time kita nakal kecik-kecik dulu,boleh je,kan ? Tapi diorang pilih untuk tak buat sebab the power of love : kuasa rasa sayang ditambah rasa rasional dan ilmu yang diorang ada. Kita pun ada juga rasa sayang tu. Apa kata, jika baru berniat-niat nak lari, atau melawan, sila slow talk, alah guna lah surat selit-selit kat mana-mana atau sms ke, email ke, video luahan ke, cakap rasa sebenar. Kita rasa terkongkong ke, atau kita terlalu cinta someone ke, atau kita mahu lebih masa dengan kawan ke, tell them, dengan cara  tersendiri, yang rasa mereka nak taknak akan tahu, dan insyaallah faham.

    Bagi yang dah hilang atau libatkan diri dengan kes lari dari rumah ni, pesan Anem satu je, jika dah tersilap langkah , mulakan dengan kesedaran, penyesalan dan kemaafan. Insyaallah, dengan kuasa kasih sayang sebagai anak yang ALLAH bagi tu, dapat memulihkan semua. 

    :: Dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila::

    -Sengaja dibuat berulang kali
    -Menganggap dosa kecil itu remeh
    -Berbangga-bangga dengan dosa tersebut
    -Atau bila orang berpengaruh yang buat (akan beri kesan)

    Solat dan Puasa yang tertinggal wajib diganti semua. Buat sedikit-sedikit ikut kemampuan. Islam bukan agama yang membebankan. Jangan ulang dosa, setelah bertaubat. Jauhkan diri dari dugaan dan keadaan yang membawa ke alam dosa lama. Insyaallah, dengan doa dan usaha berterusan,taubat kita akan diterima.


    Nota : Rasa nak berubah, bertaubat, jadi baik, jangan tangguh dah. Memang akan ada kawan positif dan negatif. Tapi adatlah, kena pandai pilih kawan. Kuatkan iman. Relakslah, ALLAH kan ada tu. Selalulah Calling-calling Dia, insyaallah boleh punya :-)


    Tahniah buat penyanyi kebanggaan Malaysia, Yuna Zarai yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Ikon Seni Negara ( Ikon Anak Seni ) sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 di Himpunan Janji Ditepati yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos 2012 .

    "Saya ingin berpesan kepada remaja di luar sana kalau anda ada bakat, kemahiran dan cita-cita, teruskan dan fokus serta bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan kedua ibu bapa, agama dan Allah. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar," katanya. Yuna berkata erti kemerdekaan baginya ialah bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang dikecapi sejak 55 tahun lepas.

    Alhamdullilah.Tahniah Yuna.
    (Hidup KSMY #teamyuna )



    Selain Yuna, penerima anugerah lain bagi bidang sukan ialah, Ratu terjun negara Pandelela Rinong , 19,  pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David manakala penerima anugerah generasi muda kategori belia, Muhammad Zhariff Afandi, 29, turut menerima anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pandelela turut berharap supaya lebih ramai generasi muda menceburkan diri dalam bidang sukan kerana ia mempunyai kebaikan dan menyihatkan badan.



    Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhammad Zhariff Afandi, 29, yang lahir tanpa kedua-dua tangan, berkata pencapaiannya sebagai Ikon Generasi Muda ialah satu kebanggaan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

    Selain itu, tiga penerima anugerah pencapaian cemerlang sepanjang zaman yang disampaikan Perdana Menteri ialah bekas pemain bola sepak Wong Chye Fook@James Alan Wong (Sabah), Tan Sri Dr Wong Soon Kai (Sarawak) dan Datuk Profesor Dr Asmah Omar (Semenanjung).



    ==

    Nah lagu untuk semua : Live Your Life


    [ Nota: gambar milik asal  yuna zarai, twitter @zettyboyd , yunanews dan sedikit berita dari Bernama ]




    We Proud Of You,You deserve it.  Kami sayang miss yuna  :) 




    Agak sukar untuk aksara itu terluah . Mahu mencari senyum pun rasa tak larat . Lupa entah letak di mana. Suasana tegang dalam jiwa itu cuba didiamkan.

    "Anem ok?

    "Ayat Anem ke ni?"

    "Ada masalah, share tau"

    Dua tiga sahabat mahu meminjamkan bahu. Jeda kata seketika. Berhari baru bibir berani melontar kata.

    "Ini rasa hati, tentang perasaan,"

    Coretan-coretan amukan dan luahan kebudakan di facebook itu, Anem buang jauh jauh. Segan pula bila orang lihat kita jatuh . Lagi segan pada orang yang ditujukan, sedangkan dia dipihak baik yang tidak mahu mainkan perasaan . Hanya berbekal kejujuran, Anem melabel dia dengan pelbagai sangkaan . Diri sendiri memang selalu khilaf . Malu jika terkenangkan :(

    Belek-belek blog sendiri , tinta lama Anem, rindu pula pada diri sendiri yang optimis, positif itu.

    Ye Anem, awak boleh! Awak kuat !
    La tahzan !

    Kekhilafan peribadi akhirnya memakan diri. Ikhlasnya, jika diberi peluang sekali lagi, Anem mahu mengubah keadaan. Anem sedar Anem punyai banyak kelemahan , seringkali melakukan kesilapan. Anem mahu cuba perbetulkan, mahu menjadikan semuanya lebih baik. Apapun Anem sedar ,  kini cuma tinggal hanya doa dan harapan . Selain usaha berterusan. Maafkan silap salah Anem, ya?


    P/S: JANJI untuk tidak lagi emo emo di status facebook terbuka :(

    .







    Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



    click to te top