Artikel ini mungkin ada sedikit tempiasnya pada artikel Salahke kalau kita nak berubah, bertaubat, jadi lagi baik ?  sebelum ni . Apa yang terluah semua dari hati untuk ingatan diri sendiri.   Sudikan melayan . Terima kasih :)


Artikel berkaitan: 

...

Bila sedih sedih, jangan lama lama, sebab penghujungnya pasti ada gembira.
Bila takut takut, jangan lama lama, sebab hakikatnya kita lebih berani dari dijangka,
bila risau risau, jangan lama lama, sebab sebenarnya benda tu taklah sesukar mana,
Bila marah marah, jangan lama lama, sebab menjadi pemarah memang tak bahagia .

Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana.
Apa yang penting berani lah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana .

Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni . Eh , siapa kata nak jadi lagi baik tu susah ? Senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try. Rendahkan suara pada orang keliling , cakap jangan kasar sangat,  bersangka baik dengan orang yang berkenaan , terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita angin je bila dengar nama dia - SEKARANG, boleh je,

TAPI ..
nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah , bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat , cuba kan , esok ? Eh eh kembali kepada asalan balik. Ya benda tu tak pelik. cuma ,kan da cakap, ia agak sukar. Tak sesenang difikir, digambar, atau dimahu . Berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke ,atau  nak study. Nak fokus buat kerja ke , atau nak bergosip . Nak habiskan drama dulu ke, pergi sembahyang  maghrib dulu , atau nak puasa ke atau nak try ponteng sesekali.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting,kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari...
*jangan cakap 'saya tak kuat' - bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.*

Kita sebenarnya kuat, awak kuat, saya kuat, sama-sama cuba kuat tau ? kita boleh, saling mendoa, insyaallah kan?

Semoga selamat . Dengan izinNYA.


Tema yang dipilih untuk menjayakan TeenACE 2013 ialah:“Teen of Dignity Leading Society”. Menurut kata Hilal Asyraf (Langit Ilahi ):

"TeenACE tidak saya ingin jadikan seperti mana kebanyakan program lain, di mana peserta yang pulang tidak akan ada lagi attachment dengan penganjur program. Saya akan lancarkan LangitIlahi Community di Konvensyen Remaja TeenACE, mengajak agar para peserta TeenACE menjadi ahli Kelab LangitIlahi Community, agar 'follow-up' dapat kami lakukan. Kerana kami serius, hendak membina para pemuda, anak-anak, remaja belia, menjadi harapan agama masa hadapan."

Antara yang terlibat adalah Fatih Seferagic. Siapa Fatih Seferagic ?


Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore. Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.

Berbalik pada TeenACE 2013 anjuran Langit Ilahi ini :

FACEBOOK teenACE :

Teaser :



Acara ini akan digelar dalam bahasa Inggeris iaitu “Teen Award, Convention & Exhibition (TeenACE) 2013″.

Acara ini menyasarkan dua golongan utama, iaitu:-

Remaja
Remaja berumur 13-19 tahun merupakan sasaran utama memandangkan tema konvensyen membincangkan isu-isu yang berkaitan golongan ini.

Awam
Masyarakat awam termasuk belia, ibu bapa, guru, pendidik, ahli akademik, ilmuan, penggiat badan bukan kerajaan, wakil korporat, pihak industri, warga kementerian dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyoroti isu dan diskusi yang diwacanakan juga dijemput memeriahkan lagi konvensyen ini.

Bila #TeenACE ni?

Tarikh:
Sabtu-Ahad, 29-30 Jun 2013

Lokasi:
Dewan Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur

Daftar di web TeenACE:

LIKE!

(HARGA NORMAL: RM150.00/tiket)



Selain Fatih Seferagic , Antara yang terlibat :




Facebook Hilal Asyraf : Facebook hilal Asyraf
Blog Hilal Asyraf : http://langitilahi.com/


BIODATA Adibah Awang:

Nama : Adibah Bahiah bt. Awang
Youtube Adibah Awang : http://www.youtube.com/user/adibaaah
Blog Adibah Awang : http://adibah-awg.blogspot.com
Tarikh Lahir Adibah Awang : 17th February 1995

BIODATA Ini Anwar Hadi :

Nama : Noor Anwar Hadi Bin Noor Azman
Blog Ini Anwar Hadi : http://www.anakazman.blogspot.com/




Twitter imam muda Asyraf: http://twitter.com/imammudaasyraf
Facebook imam muda Asyraf:http://www.facebook.com/ImamMudaAsyraf


Menarik bukan ? Siapa tahu sebenanrnya ada kejutan lain mungkin yang menanti barisan penyertaan pada #TeenACE kali ni, jadi jika berpeluang, apa kata anda terlibat ? Selamat memartabatkan islam wahai sekalian anak muda ! Insyaallah dipermudahkan semua.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)."

nota : Kalau perasan, ramai vlogger terlibat, kebanyakan fasih berbahasa inggeris, sebab apa ? Dakwah jawapannya , inspirasi dari anak muda untuk anak muda.


Ahlan wasahlan ya ramadhan. Yeah! Alhamdulillah ramadan datang lagi .! Sambil membaca entri niat ramadhan atau melayan lagu nasyid rabbani [ ahlan wasahlan ya ramadhan tu] anem ingin berkongsi sedikit apa yang anem baca dalam majalah solusi tak lama dulu. 

Persediaan menghadapi ramadhan :


- Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap Isnin  - Khamis .

-Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadan yang bakal tiba, harapan, persiapan dan sebagainya

-Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.

- Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.

-Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambah jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.

-Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.

-Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadan dan beribadah semahunya.

-Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

-Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan Allah beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan.
-
-Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.

-Dekati orang-orang yang berilmu,
orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.

-Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.

-Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha dan Qiamullail.

- Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam Ramadan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w., umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadan sama seperti mengerjakan haji.



Sekian, jom kita kuatkan semangat sempena menjelang bulan ramadhan ni . Insyaallah , boleh, lillahitaala :)


gambar : isma mesir



Ada hukum ya? Itu pertanyaan pertama Anem bila terjumpa orang yang mengklafikasikan fahaman sendiri terhadap sambutan hari kesayangan-kesayangan kita ni . Ya, Anem tak tahu, jadi Anem pun bertanya, membaca dan mencari jawapannya. Di bawah artikel ini hanya menceritakan salah silah perayaan sahaja, sekadar perkongsian. Namun untuk sambutan, berbalik pada niat dan cara kta meraikan.
Kemaskini jawapan Mufti: 
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

· Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.

· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.



Sedangkan setiap hari WAJIB meraikan IBU dan AYAH kita . Bayangkan ibu rindu pun, boleh sampai tahap berdosa jika anak sengaja tidak mahu menghubungi dan melayani mereka. Bayangkan.

“Wahai Tuhan kami! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik kami semasa kecil.”

Di Malaysia, hari ibu disambut pada ahad kedua bulan mei, manakala hari bapa disambut pada ahad ketiga bulan jun .

Isu hukum , fatwa ni  timbul atas dasar pra-sejarah , mana asal, mana timbul, mana mula. Kiranya apabila orang tanya ,


Lagu untuk ibu , mama, umi, mummy, mother , emak :



"Bagaimana bermulanya sambutan hari ibu ?" "How did Mothers' Day Begin?"



Jadi memandangkan sejarah dulu, bertahun dulu, salasilah dipegang oleh sambutan golongan bukan islam terhadap sesuatu peringatan , jadi ia dipatenkan demikian demikian oleh sebahagian kita apabila masuk bab hukum apabila kita meraikan.

Ceritanya sejarah sambutan hari ibu itu :

Ada pelbagai versi .

- Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
-Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
-1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei/

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Lagu untuk ayah , bapa, abi , daddy, papa :


"Bagaimana bermulanya sambutan hari bapa ?" "How did Father's Day Begin?"

Ceritanya sejarah sambutan hari bapa itu :

Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

Jadi apa hukumnya sambut hari ibu ? Hukum sambut hari bapa pula?



Ulama’ berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

Jawapannya cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ni:

- Cara: apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda memperingati, bagaimana meraikan ?
- Niat: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap dan meraikannya , kenapa ?
- Siapa : Dari siapa untuk siapa kita melakukannya ?

Apapun bergantung pada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan ASAL kita meraikan sesuatu itu. Jangan terikut dan jangan hanya mengikut. Dan agama bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, jangan terlalu pula menentang apa yang betul.

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Jika sesuatu dibuat kerana Allah dan akan menambah pahala (menggembirakan hati ibu bapa misalnya), apa salahnya. Boleh. Yang penting niat dan cara kita, wallahua'alam. :)

Kemaskini- jawapan Mufti (sekali lagi): 
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

· Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.

· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Rujukan :
asal hari ibu : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/10/sejarah-asal-sambutan-hari-ibu/
asal hari bapa : http://isbiha.blogspot.com/2007/06/hari-bapa.html
fathers day vector : http://vector4free.com/vectors/id/711 
mother day :http://billax.deviantart.com/art/MOTHERS-DAYS-is-Every-Day-306573630
Sumber: IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA 









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top