Doa Neelofa (rezeki seluas langit) | Semuanya bermula apabila video doa Neelofa yang dikongsikan oleh saudari Mai Adnan yang baik hati menjadi tular di twitter. Perkongsian Neelofa, termasuklah doa rezeki seluas langit itu akan disiarkan dalam rancangan Naura Shares pada 9 Ogos 2019, jam 9 malam, di NAURA, channel 125.
Doa Neelofa:
"Ya Allah yang Maha Pemurah, Maha Perancang, berikanlah aku rezeki seluas langit-Mu, rezeki yang berkat, rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam-Mu, rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam-Mu, rezeki yang membawa kebaikan, yang membawa aku ke syurga-Mu, rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal-fikiran, rezeki yang membantu aku untuk berdakwah, rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga,"
Kemudian, doa yang telah dikongsikan berpuluh ribu pengguna media sosial itu mendapat sentuhan kreatif pula oleh ramai orang. Berikut saya kongsikan beberapa siri wallpaper yang oleh digunakan untuk telefon mahu pun di Instagram (ig story).

1. Perkongsian wallpaper / template doa oleh saudari Kamalia Maisarah.

 

 

 
Pautan asal: - (1), (2), (3)

Twitter: https://twitter.com/pearlsintea/ @pearlsintea
Instagraminstagram.com/kamaliamaisarah  / @kamaliamaisarah 

2.  Perkongsian wallpaper / template doa oleh saudari Iffah Razak

 
Pautan asal: - (1), (2), (3)

Twitter: https://twitter.com/ifaxrazak/ @ifaxrazak
Instagram: https://www.instagram.com/ifarazak.x/ @ifarazak.x

3. Perkongsian wallpaper / template doa oleh saudari Dinah Ahmad.


Pautan asal: (1)

Twitter: https://twitter.com/Dinah_Ahmad / @dinah_ahmad 
Instagram: https://www.instagram.com/dinah_ahmad/  @dinah_ahmad

4. Perkongsian wallpaper / template doa oleh saudara Saiful.

Pautan asal: (1)

Twitter: https://twitter.com/ABMSaiful

-----

Sekian perkongsian, moga bermanfaat. Beri baik, dapat baik-baik. Insya-Allah.

Instagram Neelofa: https://www.instagram.com/neelofa
Twitter Neelofa: https://twitter.com/Neelofa


 

Kelebihan membaca al-Quran | Melalui sisipan Hadiah Dakwah Solusi Siri 05, Majalah Solusi berkongsikan kelebihan serta uniknya kitab al-Quran. Berikut saya kongsikan penulisan tersebut:
  •  Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran
Mengajarkan al-Quran menuntut kesabaran, langkah demi langkah dan kebijaksanaan. Itu belum lagi berdepan pelbagai teknik dan karenah pelajar. Sebab itu Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran. Nabi s.a.w pernah bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah golongan yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
  • Penawar; pengubat hati fizikal dan rohani
Kalimah yang bergetar dalam jiwa daripada kitab yang paling mulia ini juga mampu mengubat pelbagai penyakit fizikal dan rohani.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."- (Al-Israa' 17:82)
  • Al-Quran sebagai syafaat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat kelak sebagai syafaat bagi orang yang membacanya." (Riwayat Muslim).

Bertuahnya bagi mereka yang sentiasa membaca al-Quran.
  • 10 kali ganda
Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” - Riwayat al-Tirmizi (2910). *Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. Wallahu’alam.

Masya-Allah. Betapa pemurahnya Allah.

Rujukan: *IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-276 : HADIS SEBAIK-BAIK UMATKU ADALAH YANG MEMBACA AL-QURAN
  • Kandungan al- Quran tidak akan berubah
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."- (Al-Hijr 15:9)

Janji Allah yang akan memelihara kitab-Nya itu pasti. Al-Quran tetap terpelihara sampai bila-bila. 
  • Bayangkan. Dua ganjaran jika gagap / tidak mahir membacanya
Dalam sebuah hadis daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. - (Riwayat Muslim (798) & Ibn Majah (3779))

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan yang keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran.[1]**

Rujukan: **AL-KAFI #562: TAKUT HENDAK MEMBACA AL-QURAN
 [1]Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, (6/85)
Dengan ini, jom kita bermotivasi dengan membaca al-Quran tanpa henti, tanpa alasan. Banyak ganjarannya.
Rujukan lain:
*Gambar utama (pixabay)
*Terjemahan ayat-ayat al-Quran




(Review) Signature Jalanan & Empayar 2 oleh Teme Abdullah | Teme Abdullah (Teme), nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca (muda terutamanya). Bukunya pernah memenangi anugerah buku dan pernah tersenarai di antara buku-buku yang mencapai tahap jualan best seller di kedai-kedai buku terkemuka. Baginya itu adalah hadiah dan pencapaian untuk semua pembacanya yang setia. Teme memang sangat menghargai para peminat tulisan-tulisan beliau.

Baiklah, jika sebelum ini saya ada menulis review tentang buku siri Jalanan Teme yang lain seperti  Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan dan Impian Jalanan serta Empayar (Hikayat Putera Tanpa Nama) di sini: Buku Empayar Teme Abdullah dan siri 'Jalanan' | Siapa Teme?

Jika adik-adik rasa nak mula berkenalan dengan penulisan Teme, sesuai beli Signature Jalanan. Setakat ini, latar cerita dia paling 'muda' dalam banyak-banyak siri Jalanan Teme. Cerita zaman sekolah 'Ben' , kawan-kawan, hobi dan sokongan orang di sekeliling.

"Dalam masa yang sama.... Aku tetap percaya yang ada orang memang dikurniakan kelebihan daripada Allah out of newhere. Boleh jadi itu kelebihan yang mendekatkan dia dengan Allah...Boleh jadi itu kelebihan yang jauhkan dia dengan Allah." - Curahan Hati, ms 173.
"Tadi kau kata ada satu benda yang kita boleh kawalkan? Apa?" Joe ingin tahu.
"Mentaliti.. kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Adakah kita nak terus merungut, fikir negatif, dan meratap..., atau terima hakikat yang perkara tu ketentuan dan fikir cara nak hidup dengan benda tu. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain." jawab Ben. - Curahan hari, muka surat 181.
Harapnya dengan keputusan ini, Joe tidak lagi merasakan dirinya dilahirkan bodoh berbanding orang lain. Semua orang boleh berjaya dengan usaha. Tiada manusia yang lahir-lahir terus menguasai segala ilmu. - Curang, muka surat 222
Ben berkata lagi, "Tak semestinya rezeki Allah tu datang dalam bentuk result saja. Allah Maha Melihat. Allah Maha Adil. Boleh jadi Allah balas usaha dan pengorbanan dengan kesihatan, keluarga yang bahagia, maybe isteri yang solehah juga one day... anak-anak yang soleh dan solehah ... or even better, Allah rezekikan kau dengan syurga,

Faman ya'mal mitsqaala dzaratin khairay yarah*... Allah dah kata, 'Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya."- Keputusan, muka surat 293
*(Surah al-Zalzalah, surah ke-99, ayat ketujuh).


Manakala Empayar 2 (Hikayat mukjizat daripada iblis) pula memaparkan sisi kematangan Teme dalam penulisan novel berlatarkan sejarah. Masih menyelitkan kritikan sosial, jalan ceritanya makin baik dan padat berbanding yang pertama. Bab yang menarik perhatian saya adalah Kubu dan bab Nikah. Ada disentuh juga tentang ajaran sesat, pembelotan dan penunggang agama.

Melalui novel Empayar 2 ini juga kita diajar untuk tidak terlalu taksub dalam menyokong atau mempercayai seseorang. Perlu bersederhana dan sentiasa meminta pertolongan-Nya. Malahan jangan pula terlalu cepat menilai dan berprasangka, namun tetap perlu hati-hati. Ini mampu menyelamatkan kita dalam banyak hal. Watak Bachok Andika serta yang lain-lain digambarkan dengan begitu baik oeh Teme. Hujung jalan ceritanya novel ini sangat menarik dan kita ternanti juga sambungannya!

Semoga terus kongsi yang baik-baik, saudara Teme.

- Ini pautan (link) untuk dapatkan buku-buku tulisan Teme Abdullah: https://www.imanshoppe.com/collections/teme-abdullah 


*** Sumber gambar utama: Instagram @itsteme (Teme Abdullah)


Lirik lagu Tiada Akhir - Yuna | Yuna Zarai, artis Malaysia yang berjaya menempatkan diri di Amerika Syarikat ini kini muncul dengan album baru berjudul Rogue. Lagu Tiada Akhir ciptaan Yuna ini adalah satu-satunya lagu berbahasa Malaysia dalam album tersebut. Antara lirik lain yang ada saya kongsikan dalam blog ini adalah Forevermore dan Blank Marquee.

Lirik lagu Tiada Akhir - Yuna

Tersebutlah kisah
secebis hatiku hilang
Bersama air hujan
Rintis dari bumbung
jatuh ke daun

kau lahir cahaya terang
penghujung hari redup
kau matikan sakitku

kau hadir engkaulah ular
sangkaku penyelamat
racu matikan hatiku

Oooo
Itu yang kau tinggalkan
Hanya sebuah kisah
Cerita cinta
Tiada awal, tiada akhir
Tiada awal, tiada akhir

kau lahir cahaya terang
penghujung hari redup
kau matikan sakitku

kau hadir engkaulah ular
sangkaku penyelamat
racun matikan hatiku



Lagu-lagu dalam album Rouge

Instagram Yuna: https://www.instagram.com/yuna
Twitter Yuna: https://twitter.com/yunamusic

Sumber lirik: Coco Skin Twenty8 
Sumber lain: https://en.wikipedia.org/wiki/Rouge_(Yuna_album)



Lirik lagu Lima Aksara - Ezad Lazim ft Zamani | LIMA AKSARA kini boleh didengari dihampir semua aplikasi muzik. Idea yang telah lama dibualkan, diimpikan dan dipendam oleh dua sahabat akrab ini akhirnya tercapai. Lima Aksara adalah kisah pengharapan dan pergantungan diri kepada suatu kuasa yang lebih tinggi sebagai tempat pegangan, rujukan atau tunjang disaat kita berusaha untuk merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan ianya membawa pengertian yang berbeza bagi setiap individu. Lima Aksara merupakan sebuah lagu dengan melodi yang indah ciptaan seorang komposer wanita baru bernama Mulah, dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya.

Lirik lagu Lima Aksara - Ezad Lazim & Zamani
Terhenti lagi dengan air mata
Segala rasa musnah dalam resah
Mencari apa mencari apa yang terkurang
Mungkinkah kesilapan mengejarku tanpa jemu

Malam dan siang pantas bergantian
Aku di sini masih kehampaan
Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung

Dialah... Dia bait yang terindah
sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
dalam hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan
Lima aksara yang menggetar kalbuku

Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung

Cinta agung...
Cinta agung...

Dialah... Dia bait yang terindah
sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
dalam hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan
Lima aksara yang menggetar kalbuku

Lima aksara yang menggetar kalbuku...


Komposer : MULAH (Chantek Lemari Publishing)
Penulis Lirik : FEDTRI YAHYA (Broadway Entertainment (M) Sdn Bhd.) 

Instagram Ezad Lazim: https://www.instagram.com/ezadlazim
Instagram Zamani Slam: https://www.instagram.com/zamanislam_official



Lirik lagu Kau Sakiti - Amir Masdi | Amir Syazwan atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Beliau merupakan juara dalam pertandingan realiti televisyen, AF 2016. Setelah dikenali dengan beberapa lagu termasuk Puas, kini Amir Masdi muncul dengan lagu Kau Sakiti. Beliau juga kini bernaung di bawah label Faithful Music (milik Faizal Tahir).


Lirik lagu Kau Sakiti - Amir Masdi |

Hanya satu yang terpendam di hatiku
Rasa kecil hati tak pernah kau tahu
Tiap kali kau perlekehkan diriku
Sungguh itu yang terpendam di hatiku

Belum sempat kubuktikan kau hancurkan harapanku
Cukup sudah kumenahan dan takkan lagi berdiam

Kubukannya untuk kau sakiti
Kujuga punya perasaan dan hati
Bukannya dunia yang kupinta darimu
Hanya untuk kau menjaga hatiku

Hanya satu yang perlu dirimu tahu
Sungguh hati bagai dihiris sembilu
Jangan pernah kau disakiti begitu
Sungguh itu yang kuharapkan untukmu

Belum sempat kubuktikan kau hancurkan harapanku
Cukup sudah kumenahan dan takkan lagi berdiam

Kubukannya untuk kau sakiti
Kujuga punya perasaan dan hati
Bukannya dunia yang kupinta darimu
Hanya untuk kau menjaga hatiku

Kubukannya untuk kau sakiti
Kujuga punya perasaan dan hati
Bukannya dunia yang kupinta darimu
 Hanya untuk kau menjaga hatiku

Kubukannya untuk kau sakiti
Kujuga punya perasaan dan hati
Bukannya dunia yang kupinta darimu
 Hanya untuk kau menjaga hatiku

 Hanya untuk kau menjaga hatiku...


Twitter Amir Masdi: https://twitter.com/amir_masdi
Listen to Kau Sakiti: https://fmmy.lnk.to/KauSakitiAM

Sumber lain: https://ms.wikipedia.org/wiki/Amir_Syazwan_Masdi



Lirik lagu Ratu - Faizal Tahir  | Faizal Tahir, penyanyi dan pencipta lagu yang sangat berbakat ini muncul dengan lagu baru ciptaannya berjudul Ratu. Sewaktu saya berkongsikan lirik ini, beliau dikhabarkan akan mengeluarkan album terakhir (Rojak) tidak lama lagi.

Lirik lagu Ratu - Faizal Tahir

Mungkin tiba sudah masa
Untukku bicara
Mungkin tiba sudah waktu
Untuk kamu tahu

Lama sudah kusembunyi kusimpan sendiri
Kuharap kau memahami bila kau ketahui

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih yang aku mahu selainmu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu hanya kamu
Jadi ratu hidupku

What if I had never meet you
What if I had never meet you

Sungguh tak aku sedari waktu yang berlalu
Berlalu pergi denganmu tinggalkan diriku
Ku akui sesungguhnya aku telah jatuh
Dan tak pernah kurasai sakit yang begini

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih yang aku mahu selainmu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu hanya kamu
Jadi ratu hidupku

I am too hurt to fall in love again
I am too hurt to fall in love again

Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih yang aku mahu selainmu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu hanya kamu
Jadi ratu hidupku

I am too hurt to fall in love again
I am too hurt to fall in love again


Instagram Faizal Tahir: https://www.instagram.com/faizal_tahir
Listen to Ratu here: https://faizaltahir.lnk.to/Ratu

Untuk beli Rojak's merchandise: https://store.iamfaithmen.com/
 


Lirik lagu Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak) | 'Apak' Harry Khalifah yang dikenali di laman youtube dengan pelbagai cerita dan banyak lagu menarik ciptaannya yang diminati ramai, kini tampil dengan lagu sendiri nyanyiannya berserta muzik video terbaru berjudul Suaramu Syairku! Sebelum ini Harry Khalifah telah muncul dengan lagu Dia Milik Orang, Doa Kupohonkan, Abang Lori Tenonenonet dan juga lagu Padu Bossku (bersama UNIC).
(Untuk versi lucu dan lirik hentam boleh klik: (Aku Makan Cintamu) - Apak feat. Asif & Yoe Parey, manakala cover version Versi Bahasa Arab oleh Syed di sini: Syed - Suaramu Syairku (VERSI BAHASA ARAB)

Lirik Suaramu Syairku - Harry Khalifah (Apak)

Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku amat rindukanmu
Janganlah jangan kau jauh dariku
Tanpa wajahmu kelam duniaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku
Cinta berpadu

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku




Lagu: Harry Khalifah
Lirik: Yabang Khalifah

Instagram Harry Khalifah (Apak): https://www.instagram.com/harry_khalifah/


Lirik lagu Selamanya - Usop (OST Titian Takdir) | Usop yang merupakan naib juara Mentor Milenia ketika menjadi protege Hazama pada 2017 atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, tampil dengan lagu baru berjudul Selamanya setelah muncul dengan lagu Aku Yang Bersalah.

Artist : Usop
Song : Bulan Penuh , Ziin
Lyric : Bulan Penuh

Lirik lagu Selamanya - Usop

Verse 1
Puas aku utuskan surat cinta,
Namun kau balas dengan derita,
Mengapa tidak kesampaian,
Untuk aku milikimu,

Chorus
Mengapa kita,
Kasih yang terpisah,
Bersatu cumalah hati,
Menangis sedih biarlah,
Ku temui di taman fantasi,

Verse 2
Hasrat aku hanya memilikimu,
Bekejar di alam fana cinta,
Senyummu tiada ternilai,
Tapi semua hanya dusta,

Pre-Chorus
Tapi,
Malam-malam indah kian bercelaru,
Mendoakan agar kau temui cinta,
Sampai hujung nyawa,

Chorus
Mengapa kita, Kasih yang terpisah,
Bersatu cumalah hati,
Menangis sedih biarlah,
Ku temui di taman fantasi.



Instagram Usop: https://www.instagram.com/usopofficial/
Gambar: @rocketfuelent

Lirik lagu Saya Kamu - Zee Avi  | Lama rasanya kita telah mendengarkan lagu Kantoi. Akhirnya! Kini, Zee Avi, artis Malaysia yang menyerlah di peringkat antarabangsa ini muncul dengan lagu baru ciptaan sendiri sepenuhnya berbahasa Malaysia berjudul Saya, Kamu. 

Lirik lagu Saya, Kamu - Zee Avi 

Kau kata kau ingin menjadi teman hati ini
Tapi kasih
cinta aku penuh dengan simpangan dan lukian
tiada arah

Kuturut meneroka jalan yang hilang
Kuturut menerima apa yang datang dan pergi

Sekejap saya, sekejap aku
Hati runsing jadi pilu
Biar saja kisah kita berlalu

Sekejap engkau, sekejap kamu
Hati ini ingin tahu
Bila saja kisah kita terlalu

Teladan kita keduanya telah pun berubah
Hanya bertanya
Di manakah kita akan akhirnya pulang oh
Kembali ke diri

Semuanya telah ditakdirkan oleh Tuhan
Kupercaya jawapan ada tapi kucelaru

Sekejap saya, sekejap aku
Hati runsing jadi pilu
Biar saja kisah kita berlalu

Sekejap engkau, sekejap kamu
Hati ini ingin tahu
Bila saja kisah kita terlalu

Sekejap sayang sekejap rindu
Aku tunggu pilihanmu
Merenung kembali ke masa itu

Sekejap mahu, sekejap undur
Perasaanku telah luntur
Terhadap dirimu kepada kamu


Instagram Zee Avi: https://www.instagram.com/zee.avi/




Lirik lagu Pernah Bahagia - Sharifah Zarina | Penyanyi bersuara merdu, Sharifah Zarina kembali dengan lagu baru berjudul Pernah Bahagia. Lagu yang dicipta oleh Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya ini turut menjadi lagu tema (OST) di slot Drama Akasia berjudul Utusan Cinta Buat Adam lakonan mantap Kamal Adli, Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah.




Lirik lagu Pernah Bahagia - Sharifah Zarina

Kuhitung titis hujan satu persatu
mengisi kekosongan yang bertamu
Tak pernah kukesali kehilanganmu
Takdir menentukan semuanya

Aku pun bahagia andai kau bahagia
Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan seindah syurga

Harapan kau berikan
Kenangan kau lukiskan
Tiada lagi

Pinjamkan masa silam untuk bermimpi
Ulang detik indah yang berharga
Walau seketika pernah kubahagia

Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan seindah syurga

Harapan kau berikan
Kenangan kau lukiskan

Terkadang kutenggelam

Pedih.....

Pernahku cuba bahagia...oooo...

Yang kurindu hanya manis semalam...

Yang kurindu hanya manis semalam
Yang kubayangkan...Syurga

Harapan kau berikan
Kenangan kau lukiskan
tiada lagi

Sumber lirik: https://www.youtube.com/watch?v=9bYWkSZ7-no
Instagram Sharifah Zarina: https://www.instagram.com/sharifahzarina_official/?hl=en 



Lirik lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng | Andmesh Kamaleng (lahir di Alor, 15 April 1997; umur 22 tahun) adalah seorang penyanyi Indonesia. Ini adalah lagu kedua beliau setelah Jangan Rubah Takdirku (2017). Setelah popular dengan lagu berjudul Cinta Luar Biasa (2018), beliau telah pun muncul dengan lagu Hanya Rindu (2019).

Lagu Cinta Luar Biasa ciptaan Andmesh Kamaleng sendiri ini, telah mendapat sambutan luar biasa di negaranya dan juga di Malaysia. Malah artis popular Malaysia, Siti Nurhaliza turut menyanyikan semula (cover) lagu ini.

Lirik lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng

Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu

Hari-hari berganti
Kini cintapun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini s'lalu untukmu

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamuu
O-o-o-oh

Terimalah lagu ini
Hmm...
Dari orang biasa

Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Tulus padamu



Instagram Andmesh Kamaleng: https://www.instagram.com/andmeshkamaleng_


Sumber lirik: Musixmatch 
Biodata: id.wikipedia


Kumpulan nasyid Nada muncul dengan lagu Sahabat Dunia Akhirat. Anggota kumpulannnya terdiri daripada Nik Muhammad Zaim (Nik), Ammar Mukhlis (Ammar), Solihin dan Ku Muhammad Firdaus (Firdaus).


Lirik lagu Sahabat Dunia Akhirat - NADA  

Sahabat 
Terkenangku masa lalu 
Kau slalu ada untukku 
Di kala suka tawa ku 
Dan bila tersungkurku kesedihan 
Tak pernah engkau tinggalkan 
Diriku bersendirian. 

(chorus) 
Terima kasih wahai sahabat 
Kau temanku dunia akhirat 
Kan ku doakanmu dan kenanglah daku dalam doa mu selalu.. 
Terkadang kita tak sehaluan 
Selalu buntu di persimpangan 
Namun perpisahan tak pernah menjadi suatu pilihan 
Kau Sahabatku.. 
Walau jauh terpisah 
Kau takkan pernah ku lupa 
Kerna kita bersaudara...


Lagu & Lirik : Imtiaz Ikrimal


Gambar: @nadaofficials

Gambar: @nadaofficials
  Instagram kumpulan nasyid Nada: https://www.instagram.com/nadaofficials/




Aman RA muncul dengan lagu yang berjudul Berada bersama dengan Altimet, Noh Salleh. Lagu ini mengajak kita untuk bersyukur dengan semua nikmat dan merasa qanaah. Jom dengarkan!

Lirik lagu Berada - Aman RA ft. Altimet, Noh Salleh

Aman:
Apa maksud hidup penuh makna?
Naik air terjun sampai jumpa takhta.
Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi
mintak apa saja dari Tuhan boleh bagi

Noh Salleh :
atap usang tempatku berteduh
kedinginan malamku berlabuh
 yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada

Altimet :
2 roti canai pagi, 2 lagi untuk petang
Cakap terang budak bawah tanah mimpi nak terbang,
Oh ragu dalam hati menyerang
Fokus mata pada piala jadi aku maintain tenang

Duit cukup cukup makan tapi kalau aku cukupkan makan
takde duit minyak kereta tak jalan
kereta tak jalan macam mana nak cari makan
Suara hati aku jadi waze jom cari jalan

cetak biru dalam otak lepas tu orak
Gerak luar kotak hustle ni sunyi takde orang sorak
Flat semarak 12 2 blok sepuluh
november reign biar musim tengkujuh aku menyeluruh

Mama kata tulis guna hati elok elok
Baba kata berniaga fahamkan selok belok
Brader tanya altimet dah kaya ke belum,
Brader aku berada meh aku sedekah satu senyum

Noh Salleh :
atap usang tempatku berteduh
'kedinginan malamku berlabuh
 yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh yang pasti kita semua berada

Kita semua berada x8

Aman RA :

Air bersih, makan bersih, dan udara bersih.
ada tempat tinggal untuk rehat bila letih
3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur
ada pinggan mangkuk, ada kipas, ada lampu
akhir bulan, lambat bayar bil, apa ada hal janji duit makan, duit minyak ada takda hal.

Jiran tetangga riuh rendah bukan huru hara
tak perlu iri hati, rezeki sama rata anak bini riang, sihat hati senang rasa syukur cukup makan minum pagi petang masa lapang, jumpa kengkawan & berketawa hujung minggu, jalan jalan bersama keluarga

Noh Salleh :
atap usang tempatku berteduh
kedinginan malamku berlabuh
yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada

Kita semua berada x8

Aman RA:
ada nama, tak tentu ada harta
ada harta, belum tentu senang
hancur badan bila dikandung tanah
budi baik tetap akan dikenang



Aman Ra - Official Social Media
Facebook: https://www.facebook.com/amanracom/
Twitter: https://twitter.com/amanracom
Instagram: https://www.instagram.com/amanracom/




Lirik lagu Satukan Rasa - Siti Nordiana ft Khai Bahar | Akhirnya berhasil juga penantian peminat untuk menyaksikan gandingan Siti Nordiana dan Khai Bahar yang bermula hanya melalui duet di Smule dengan lagu Memori Berkasih kini muncul dengan lagu duet sendiri berjudul, Satukan Rasa. Lagu yang dihasilkan oleh gandingan Nana (Dinda) dan Khai (Kanda) ini juga mendapat sentuhan lirik daripada Iman Imran. Hanya beberapa harisahaja dilancarkan, lagu ini telah menjadi trending nombor satu di youtube dan mencecah melebihi 1 juta tontonan.

Walaupun gandingan duo ini mendapat 'restu' ramai peminat melalui lagu dan di luar lagu, mereka berdua kini lebih selesa untuk berkawan sahaja dahulu dan selebihnya diserahkan kepada takdir. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik dan moga kerjaya mereka berdua terus berkembang.


Tajuk: Satukan Rasa
Artis: Siti Nordiana & Khai Bahar
Komposer: Dinda & Kanda
Lirik: Iman Imran



Lirik lagu Siti Nordiana ft Khai Bahar - Satukan Rasa

N:
Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir 
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya 'tuk menghalang rindu

K:
Aku pendam rasa dan angan menjadi teman
Kau ingin kumiliki 
Namun aku tidak mampu 
untuk memiliki cinta insan mulia sepertimu...

Dikaulah bidadari temani tiap mimpi diriku diselubung rindu ...

N:
Oh... Rasa penuh prasangka, Dia penguat jiwa
Kita pinta takdir-Nya pergilah sepi 

Ohh.....

N: Bulan bisik padanya
K: Benar kucinta dia
K&N: Kau hidupkanlah rasa ini

K:
Dikaulah bidadari temani tiap mimpi sungguh aku rindu

N:
Cinta penuh prasangka kuatkanlah...... hatiku
K&N:
 Agar ikatan ini terjalin

K&N:
Bulan bisik padanya
Benar kucinta dia

Oh.... satukanlah..
Satukan rasa

Gambar: @sitinordiana

Instagram:
Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana
Khai Bahar: https://www.instagram.com/khaibahar94

Fanclub (Kelab Peminat):
Siti Nordiana FC: https://www.instagram.com/sitinordianafc
Khai Bahar Empire: https://www.instagram.com/khaibaharempire













Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top