Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts


"Allah bersamaku
Allah melihatku."
Katakan sebelum tidur.


Pesan penceramah itu dipeluk erat. Menjadi baik adalah satu perjuangan, menjadi kuat lebih lagi. Semua orang mempunyai kenangan dan ujian yang tersendiri. Kata-kata positif dan baik satu-satu diletak di hadapan diri, cuba dimasukkan ke hati.
  • Jangan beri peluang media sosial ni kawal kita. Biar kita kawal. Dengan sederhana. Sebab yang keterlaluan tak pernah beri kesan yang baik.
  • Pujuk hati. Beri semangat ke diri. Cuba solat. Ambil wuduk dulu ke at least. Atau dengar bacaan Al-Quran atau ceramah, paling tidak lagu ketuhanan.
  • Atau awak ambil masa rehat. Cuti dan bawa diri kejap. Cari sesuatu. Mungkin akan jumpa apa awak nak.
  • Tuhan tak duga kalau kita tak kuat. Dan saya yakin awak kuat. Dalam awak rasa tak boleh pun, dah jauh awak melangkah. Awak bergerak juga.
  • Awak kena kuat bukan untu sesiapa, tapi untuk masa depan awak.
  • Insya-Allah awak boleh. Jika kita usaha, pasti Tuhan bantu. Yakinlah itu.
  • Doa. Cepat lambat ke, Tuhan tetap makbul. Asalkan redha, usaha dan terus. Perlahan tak apa, jangan terus jatuh. Doa saya selalu dengan awak. You can do it! InsyaAllah. Amin. 

 Satu yang harus awak percaya kawan, ada sebab awak dijadikan di dunia, sebabnya tiada orang pun macam awak, awak adalah awak, awak bukan orang lain. Kita tidakkan mampu puaskan hati semua orang, tapi kita boleh buat yang terbaik. Kita tidak mampu buat semua benda, tapi kita boleh menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain.

Yakinlah, awak boleh, dan semua orang ada kelebihan. Sabarlah, setiap ujian akan disertai dengan kesenangan, akan ada perkara baik Tuhan nak bagi. Ujian itu untuk menguatkan. Jika tidak boleh hari ini, insya-Allah lain kali.

Moga dipermudahkan. Teruskan berdoa, sabar dan berusaha. Jangan putus asa. Stay strong, awak!


- Sumber gambar: Apabila Merasa Kesempitan Hidup, Ingatlah 9 Ayat Ini



Saya mula tertarik dengan lagu baru Aris Ariwatan "Jangan Menangis Habibah" ini ketika dia menceritakan ilham dia menulis liriknya. Lagu ini dicipta khas untuk kakak beliau yang sedang berlawan dengan penyakit kanser. Dengan segala pengorbanan dan kepayahan akaknya untuk bangkit, dia mendendangkan lagu ini dan hati kakaknya tersentuh. Jadi kini dia mahu pula berkongsi lagu tersebut kepada wanita lain, untuk terus bersemangat (kakaknya kini semakin sihat, untuk semuanya kita doakan agar beliau terus kuat.)

*Aris Ariwatan merupakan seorang penyanyi lelaki popular tahun 90-an yang terkenal dengan lagu-lagu yang memiliki kekuatan syair dan mesej seperti Lamunan Terhenti, 1 2 3 4, Cinta Tak Kenal Siapa, dan Permaidani.


Lirik Lagu Jangan Menangis Habibah.

Kemari sini Habibah
Lepaskan gundah gulana
Izinkanku mendengar
Resah jangan terus dibiar

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnyahebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah





Download Lagu http://smarturl.it/JgnMenangisHabibah
Maxis : Type *131*523638# and press call/send
DiGi: Type*233*1514093# press CALL
Celcom: Type *888*262759# and press call/send
u-mobile: Type CRM 5450409 to 28383

iTunes:http://smarturl.it/JgnMenangisHabibah
Spotify: https://play.spotify.com/album/2qxIRyuOFDpG3tV6LDdiMm
Deezer: http://www.deezer.com/album/12944822
KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/r1y--0jTBq.89D0Fts6X0091-index.html

*****

Facebook Aris Ariwatan: Facebook Aris Ariwatan

SAYA TUJUKAN LAGU INI UNTUK SEMUA JUGA.
SELAMAT MENDENGAR! TERIMA KASIH. :)



Gambar: Muzir.wordpress

Masa adalah untuk dimanfaatkan. Dan sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain. Ini sedikit nota melalui beberapa topik dalam rancangan agama (antaranya adalah tanyalah ustaz / ustazah, al-hidayah, al-kuliyyah serta halaqah) yang ditonton dan didengar sepanjang bulan februari lalu. Jika ada sebarang penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.

Tanyalah Ustazah
  • Dunia ini medan ujian. Jika kita salah beri jawapan (respon) pada sesuatu keadaan, itu kita gagal. Tak apa, usaha lagi; baik-baik. Berakhlak dengan akhlak ahli syurga.
  • Orang baik-baik ni, seorang diri pun dia tetap buat baik.
  • Orang yang berkerja dengan memikirkan itu ladang pahala dia, dia akan bersungguh.
  • Jangan harap pujian dan manusia.
  • Stress nak buat sesuatu sebab harapkan orang senang (suka).
  • Kualiti hidup bergantung pada kualiti diri kita mengingat Allah.
  • Tahu tapi tak sedar. Tahu salah. Tapi belum ada kesedaran.
  • Cuba buat tiap hari. Salinkan beberapa perkara 'apa kita syukurkan pada hari ini.' Buat selalu akan buat kita lebih gembira.
  • Bersihkan hati. Kita maafkan dan minta maaf.
  • Cakap dan lihat yang baik-baik. Tambah energi.
  • Menangis kesyukuran.
  • Beri yang terbaik dari diri kita dan emosi perlu sihat untuk jadi juara.
  • Kenal pasti nilai diri kita, yang baik. Dan terima. Ada benda kita memang tak boleh ubah. Tingkat nilai diri kita dengan ilmu. Percaya diri kita. Jangan ragui. Tiada kuasa yang menyebabkan diri gagal. Melainkan Tuhan dan diri kita.
  • Jangan jadi pemusnah pada impian diri sendiri.

Formula.
Peristiwa (yang berlaku) +
Respon cara melihat sebab boleh kawal = hasil kehidupan dunia akhirat.
  • Suami adalah cermin isteri dan isteri cermin suami. Perbaiki diri. Lihat hati.
  • Syaitan tak pernah ambil MC. Dia tak suruh buat, dia bisik ja.
  • Dengki tak dapat redha Allah. Dua sikap perempuan yang buat masuk neraka. Kufur dengan suami. Mengumpat.
  • Bersihkan muka, bersihkan hati.
  • Sabar sebenar adalah pada waktu hentakan pertama ujian.
  • Redha pula memerlukan ilmu ikhlas dan ilmu yakin. Memang ambil masa. Tak apa. Terus.
  • Fikir pasal kita. Kalau kita hadapi macamana.
"Kalau kita dengki pada orang kaya, kita susah nak kaya. Kalau kita dengki orang yang berjaya, kita susah nak berjaya. Moga Tuhan jauhkan kita daripada sifat dengki."

"Syaitan suka manusia putus asa dan membisikkan was-was. Jadi kalau rasa 'down', 'up'kan Allah dalam hati kita."

Ciri orang baik dan redha
- Rendah diri. (Terima teguran.)
- Rasa orang lain baik. (Orang hebat buat orang rasa hebat.)
- Lemah lembut
- Sangat mudah berurusan
- Sangat disenangi. Tidak ditakuti.

Nak jadi lebih baik:
- Semakin memperbaiki diri.
- Ingat beri pada orang.
- Kualiti ilmu ditingkat.
- Banyakkan kemahiran.
- Jaga siraturrahim. Kalau boleh jangan sampai orang tak suka kita.
  • Orang pemalu direct saja cakap, tak gedik.
  • Kawan baik tegur bila kita buat jahat. Itu baru betul kawan baik.
  • Banyak doa. Ikut Nabi.
  • Jika sedih, baca Hasbunallah wani'mal wakeel. Ni'mal maula wa ni'man nasir.

Cantik
C - Cantik wajah. Cantik hati. Selalu berwuduk. Hati baik.
A- Akhlak mahmudah. Lembut
N- Nama baik-baik. Nama tu doa atau nasihat
T- Taqwa. Buat apa Allah suruh. Tinggal yang Dia larang.
I- Ilmu. Kena belajar.untuk dunia akhirat.
K- Keredhaan. Keredhaan Allah. Ibu bapa. Suami.
Barulah dapat kebahagian dunia akhirat.

"Yang paling Allah sayang ialah yang terbaik akhlaknya."

Al-Hidayah
  • Tawadhuk lawannya takkabur.
  • Rendah diri. Tinggi nilai.

Sifat takkabur (takbur)
- Menolak kebenaran
- sukar beri dan terima maaf
- Mudah melukakan dan mudah terluka *sakitkan hati tersayang
- Tak suka berdoa
- Dia potong cakap
- Harapkan pujian

Halaqah

"Kiamat itu pasti tapi mungkin lambat lagi. Kiamat kecil lebih pasti dan mungkin lebih cepat lagi. Iaitu mati." - Ustaz Daniel.

*Rahsia ngaji. Hayati makna. - Ustaz Tarmizi.

Al-Kuliyyah
  • Tiada kebetulan yang ada ketentuan.
  • Orang ahli isi. Berilmu dengan tak berilmu lain.
  • Orang yang cari peluang ke majlis ilmu akan mudah jalan ke syurga.
  • Orang beriman jiwanya aman.
  • Ayat 6; Al-Maidah. Cara tayamum dan wuduk.
  • Kita ucap salam ke orang. Doakan saudara mara. Hindarikan dari sakit. Azab neraka. Doakan sejahtera.

Penghuni syurga sebut:
Subhanallah.
Salam.
Alhamdulillah.
Sejahtera. Aman. Penghormatan.

Orang tamak buat baik dia takkan sambil lewa.

Tanyalah Ustaz
  • Inalillah ucap bila diduga..
  • Anggota tayammum muka dan tangan.
  • Daun bidara boleh buat halau jin. Airnya boleh buat lawas perut. Ramas jadi syampu mudahkan haid.
  • Air sembilan sunnah. Elok guna sabun cecair elak khurafat. Elok yang mahram mandikan.
  • Teknik hafaz berbeza setiap orang. Perlu baca dulu. Halal dan haram sumber makan kena jaga.
  • Memberi ketika kita ada itu biasa. Tapi memberi ketika tiada itu sangat luar biasa.

Rukun usrah. (Ikhwanul muslim)
- Taaruf. Berkenalan semua orang.
- Taffahum. Fahami mereka. Apa suka, tak dan sensitif. Apa yang buat mereka disanjung.
- Takaful. Supaya dapat tolong. Kenal pasti nilai dan upgrade diri.

"Jangan cari puas hati dulu. Cari ubat hati dulu." - Ustaz.
  • Kita bina suasana baik tu. Kita cipta.
  • Masing-masing ada cerita masing-masing.
  • Mulakan yang kanan.
  • Nazar yang kita mampu.
- Belajar ilmu agama. Kita kena ubah sendiri. Membina akidah.
- Kekeluargaan. Anak-anak dan ibubapa. Letakkan mereka cintakan Allah lebih daripada ibubapa.
- Persekolahan. Guru-guru. Semua izin Allah.
- Negara penting tekankan. Akidah kena tekankan. Jelaskan tentang perkara khurafat.
  • Lewatkan solat akan buat kita lalai dan leka dengan solat.
  • Jatuh, bangunlah. Kalah, bangkitlah.
  • Ali Imran; ayat 173. Untuk hilang rasa sedih.
  • Surah Qasas: ayat 24 untuk ditunaikan hajat
Boleh lewatkan solat jika:
- Program ilmu berkumandang
- Berada dalam keadaan zohor bersangatan panas
- Ketika makanan terhidang

Tak ada yang manis selain dapat solat.

2 perkara kita kena tamak;
- Ilmu
- Keampunan Allah.

Tips tak lewatkan solat:
-Ingat Allah hampir dengan kita, jadi hampirilah dia.
- Reminder
- Berkawan dengan orang soleh
"Pasrah adalah menerima dalam keadaan perit dan luka. Redha pula menerima dengan ikhlas hati." - Tanyalah Ustaz, 11 Februari.
  • Sabar dalam sesuatu pekerjaan untuk dapat natijah baik selepas itu.
  • Makan tenang. Sunnah makan perlahan. Baik untuk kesihatan.
  • Perkara sunnah ini tak buat semua. Jangan tinggal semua.
  • Sunnah makanan manis. Kurma dan tembikai.
  • Makanlah. Asalkan halal dan tidak membazir.
  • Jangan buat sifat syaitan. Gelojoh. Allah suka sifat tenang. Tenang perbuatan. Tenang jiwanya.
  • Sebelum solat istikharah. Puasa sunat dulu.
  • Kesabaran buat dakwah berjaya.
  • Tenang akan hadapi kejayaan.
Prosedur istikharah:
- Bertaubat (bersih)
- Gerak hati, mimpi
- Ulang proses 1 & 2
  • Jangan dilayan penyakit waswas.
  • Sabar bila susah. Syukur bila senang.
  • Sangka baik. Cakap yang baik-baik. Doalah baik-baik.'
  • Baik dengan insan.
  • Baik dengan Tuhan.
"Robohkan tembok dengan jiran. Mulakan dengan diri baru kita akan dapat bawa ke ummah." - Tanyalah ustaz, 12 Februari
  • Solat awal waktu tak sengaja tinggal atau lambatkan.
  • Menunggu waktu solat seperti seorang yang menunggu kekasihnya.
  • Khusyuk solat bukan masa solat dah tinggalkan terus dunia ni. Tapi di antaranya. Namun hati fokus dengan pemahaman bacaan dan niatnya.
-Sempurna wuduk-
Solat di awal waktu. Sakit pun solat. Dan mengharapkan solat diterima.
Minta syurga minta jannah firdaus.
Nak nasihat komen diri. Seolah-olah.
"Dua golongan yang buat baik tapi muflis. Apabila dia riak atau ungkit. Redha." - 20 Februari.
  • Jika buat baik dengan duit haram; dosa.
  • Kebersihan menutup keaiban.
  • Suami kena ada akhlak, agama dan kepimpinan nak bimbing isteri. Tak boleh lurus, tulang bengkok.
  • Bersenda dengan anak yatim. Bagi hadiah. Makanan sesuai. Pengasuh sekali. Pegang kepala. Ajak lumba lari.
"Kalau kecil jangan paksa sangat anak tutup aurat. Aurat belum dikira lagi waktu tu."

Ajar anak perempuan awal.
  • Apabila dah ada bentuk badan rupa, jaga jarak dengan keluarga dan kawan-kawan. Sebab keinginan kepada lelaki dah ada. Mak bapa kena jaga.
  • Mak ayah mana pernah pencen menjaga anak. Mak ayah power!
  • Jubah arab dia tebal. Malaysia nipis; ikut cuaca. Tudung labuh. Mak ayah tunjuk contoh dulu.
  • Jangan takut tegur anak. Jangan dayus.
Tegur anak perempuan dulu:
  • Jelaskan dulu kesalahan (ajar dulu benda betul. Sama-sama)
  • Ajar dengan lemah lembut
  • Tunjuk kesalahan
  • Jangan buat salah sama
  • Sampai satu tahap kena ancam
  • Rotan pilihan terakhir
  • Dah besar sikir ajar percakapan dan ilmu rumah tangga
  • Bagaimana kamu melayan ibu bapa kamu. Begitulah kamu dilayan anak-anak kamu.
  • Dah besar berubah. Asal saja kita pernah ajar.
  • Apa kita ajar anak. Kita dah tak ada. Anak buat ada pahala untuk kita.
"Tak apa jika permulaan buat baik tu sebab ikutan atau kerana orang, ada nilainya di sisi Tuhan kebaikan itu. Lama-lama ikhlas kerana tu Tuhan akan datang." - 24 Februari



Sumber gambar: Muzir




Banyak perkara yang baik dalam bulan ramadhan yang boleh kita bawa ke bulan bulan lain Jom kita amalkan seterusnya. Mari kita ambil dan menghayati tarbiyah dari langit ini ! :)

1 - Pembentukan spiritual

Menghayati makna ramadhan. Benar mahu berubah.

Dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda : “Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan kusunatkan shalat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan shalat malam pada bulan itu karena iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.” (HR. An-Nasa’i)

2 - Pemeliharaan spiritual

Memelihara semngat dan perubahan yang dibentul pada awal.

(HR. Muslim)Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”

Jangan jadi hamba ramadhani, tapi jadilah hamba Rabbani.

“Pahala amal kebaikan , adalah kebaikan yang ada sesudahnya “- maksudnya pabila mengerjakan kebaikan kembudian melanjutkan kebaikan lain. Amal sebelumnya terkabul.

Pengembangan

Jangan merasa sudah cukup amal. Kena terus istiqamah.

Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun."
.
Tarbiyah Intensif

Ramadhan adalah medan berjuang untuk mencapai tahap menjulang kemenangan hakiki. Sasaran kita adalah taqwa. Moga apa yang ada pada ramadhan akan terus merubah kita, menjadi lebih baik di sisiNya. InsyaAllah. Qowiy ! Kuatlah semangat untuk istiqamah dan buat terus-terus, Allah kan ada.

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha, beliau mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
    Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.

Sumber : majalah jom & iproduksi [ gambar ]




Setakat ini sedikit karya saya dan kawan-kawan (kawan-kawan saya semua power power menulis woah!) ada dalam buku himpunan puisi:  Pelacur Kata keluaran Press Aku dan buku Seratus Mulut dan Halusinasi , terbitan Bukstor. Terdahulu ada kolaborasi puisi & cerpen dengan beberapa orang sahabat twitter untuk zine #Rabak .

Untuk yang hilang dan mencari diri, Nah!

Ke hadapan hati jatuh

Menemui sekeping hati yang sudah lama sakit,
kamu ingat aku lagi ?
Jiwa indah semalam yang pernah bermalam 
dan duduk sehari dua di teratak dada kamu?

Kamu pernah kata pada aku dulu,
biar satu dunia tidak memaknakan kamu ,
biar satu dunia memuntah kata keras pada dinding laman kamu,
kamu terbias kan,
kamu kata kamu ada baju kalis rasa ,
semua mereka beri, akan dipercik semula pada wajah gelap mereka.

Tapi kini aku lihat, kamu hilang .
Kamu diam dalam keramaian orang sedang melihat kamu.
Kamu sudah mula jatuh , duduk dalam sendu
yang aku sendiri tidak mampu untuk meramalnya.

Dan kamu kenapa?
Kamu sudah tidak kenal aku.
Mata kamu sudah mula kelabu.
Ingatan kamu seakan sudah kelam .
Yang kamu nampak hanya bebayang.

Sunyi kini tempat kamu.
Tak semeriah dulu.
Dulu, tempat ini , penuh rasa suka, banyak suara membangkit rasa,
kini yang tinggal hati perit yang seakan tidak mahu bangkit.

Hei, betulkah kau dah tak ingat aku?
Ini akulah , aku ! Jiwa indah kamu semalam,
Yang sama-sama ketawa walau dalam duka lara,

Hei, kamu!
Marilah mari , bangun! Peluk aku semula.


Terima kasih pada semua yang selesa dengan apa yang pernah dibaca tentang sesuatu yang saya tulis. Moga kalian semua sentiasa diberkati dunia akhirat, insyaallah :)


*Klik pada link dalam penulisan di atas , untuk sebarang pertanyaan.


Malam tu, gelanggang badminton jadi tempat Anem dan kawan sebelah Anem lepaking - lagi . Dia antara salah seorang sahabat perempuan Anem yang sangat comel. Anem ingat lagi pandangan mata dia yang redup tu, dia suka beri puji insan dhaif macam Anem ni.

"Suka tengok Anem . Bukan apa, macam bersemangat je tengok , macam takde masalah ". Dush! rasa macam M16 terus tertembak menembusi halaman rusuk kanan dah.  Jika benar bagai dikata, wah muka sardin Anem ni berjayalah buat orang tak mampu menelah.

"Eh. tak juga. Anem cuma ego. Tak suka orang lihat Anem nangis, tak nak orang nampak Anem lemah. Anem cuma kalau boleh nak bagi semangat dengan semua orang di sekeliling Anem " - spontan betul Anem beri jawapan tak boleh blah tu . Padahal.

"Anem , apa pendapat Anem tentang orang ?" tanyanya bersahaja . Memohon seribu satu keikhlasan . Sudah! puas pula Anem nak buka halaman lalu, lihat secara seluruhnya bagaimana sahabat Anem seorang ini .

"Anem tengok awak ni jenis bercita-cita tinggi . Cuma awk jenis banyak fikir ". Jawab Anem selamba padahal takut amat nak luah kata benar. Kalaulah awak nak tahu, kawan, awak banyak persamaan dengan saya dari sudut ini.



"Maksud Anem ?" Tanya dia.
" Kita tak boleh takut-takut dengan kemungkinan yang ada . Jangan fikir nanti apa jadi kalau buat, macamana kalau,  , jangan terlalu fikir , kita kena cuba dulu "

Tiba-tiba kawan sebelah ni mengingatkan satu sms yang Anem tak ingat bila Anem hantar .
"Jangan biarkan diri duduk dalam sebuah kotak yang gelap, yang mana kita takut nak keluar dari kotak tu, fikir di luar ada ular lah, macam-macam lagi benda bahaya ada di luar kotak . Tapi sikit pun kita tak cuba berusaha untuk keluar ".
Anem senyum. Serius awak, ayat tu untuk diri Anem juga, wak. Anem lebih bawah dari aras laut sebenarnya tau  . Nampak macam macho je, tapi bab nak yakinkan diri , serius payah !

Malam tu , tiba-tiba muncul pula otak falsafah ajaib, ilham malam dari tuhan .

"Kita ni ibarat berada di hadapan sebuah tangga. Kita teringin sangat nak berada di puncak. Rasa nak sangat berada di atas. Tapi kita takut gayat, takut jatuh, tertanya-tanya 'bolehke aku naik tangga ni?' , sedangkan kita melangkah pun tidak , letak kan kaki dekat atas tangga tu pun tidak . Persoalannya bila masanya kita akan berada di atas kalau asyik fikir macam-macam sebelum kita naik tangga tu lagi ? Ya, betul , kemungkinan untuk turun balik dari tangga tu ada, jatuh dan gayat tu ada, tapi berjaga-jagalah. YANG PENTING naik tangga tu dulu, tak naik tak tahu hasilnya  ". 
Dia terdiam seketika. Kemudian kami ketawa dan saling bagi semangat sama-sama. Kongsi cerita sampai hampir lewat malam. Walaupun macam susah nak jumpa lagi lepas ni kerana dia sambung kerja di negeri orang dan akan sambung belajar juga nanti , Anem akan tetap terus mendoakan dia dari jauh.

Untuk kawan sebelah tersayang ,maafkan silap salah Anem selama ni.terima kasih kerana menjadi kawan yang baik , yang sudi menemani hari-hari Anem keseorangan . Selamat berjuang, selamat istiqamah Anem ucapkan, lillahitaala.  Dan semoga kuat!

Serius, orang paling susah nak terima nasihat- adalah diri sendiri. ya, Anem harap Anem juga kuat dan berani menghadapi dugaan hari hari mendatang, insyaallah ! Doakan untuk kebaikan kita semua.  Anem cuma nak semua tahu, Anem sayang kawan-kawan Anem. Dan betullah ,setiap orang  ada kisahnya, setiap kisah, ada hikmahnya :)



The Prophet (s.a.w) said : “You must speak the truth for the truth leads to virtue and virtue leads to Paradise. One who always speaks the truth and means the truth is recorded as truthful with Allah. Keep away from the lies, for the one who continually tells a lie leads to evil and evil leads to Hell-fire” [Al-Bukhari & Muslim] 

[gambar sumber dari owhsomuslim.com &; islamic-quotes.com]








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top