Showing posts with label mahu bangkit. Show all posts
Showing posts with label mahu bangkit. Show all posts


Kadangkala move on (berpindah / meneruskan perjalanan dari satu tempat / perasaan) sebenarnya tidak memerlukan tips tertentu. Kerana kita semua mempunyai kelebihan, kelemahan dan kekuatan berbeza-beza. Cepat atau tidak bergantung pada semangat untuk terus dan mencuba. Untuk diri kita. Namun apa yang diperlukan adalah sejauh mana kita mahu bergerak, melupakan yang lalu dan berjalan terus ke depan. Nak tak nak, hati kena kuat! Insya-Allah. Mulakan dengan niat yang baik dan maafkan diri terlebih dahulu.
  • Perubahan itu kekal. Tahap perubahan bagaimana itu adalah pilihan.
  • Kita hanya boleh berubah bila kita sedar kita di mana.
  • Tulis berapa orang kita sayang. Kita dengki / marah dan tak suka sangat.
  • Pejam mata dan bayangkan orang yang kita sedang marah tu jadi umur 5 tahun. Kita akan tak jadi marah.
  • Bayangkan salah kita. Pada siapa kita pernah buat salah. Dan maafkan dia. Jika tak sempat sedekahkan untuk dia.
Cara (usaha) nak move on
  • Jurnal (tulis untuk diri)
  • Sibukkan diri (cari hobi, dan halakan perhatian kita ke arah lain)
  • Perbaiki diri, ibadah
  • Elakkan banyak fikir, jaga kesihatan baik-baik.
  • Bentuk displin diri
  • Tambah ilmu
  • Cermin bersyukur dan cakap ke diri. Syukur dengan apa yang ada. Kelebihan diri.
  • Maafkan semua sebelum tidur
  • Sentiasa niat beri manfaat
  • Sebelum tidur replay balik apa yang kita boleh ubah esok
  • Solat pada waktu.
  • Lihat diri jangan lihat orang (jangan banding, rezeki berbeza)
  • Rhb - redha , hidayah ,barakah
  • Bawa ilmu bawa Allah selalu..
  • Jangan lari daripada masalah.
  • Orang tak ada masalah, dia bermasalah. (Masalah akan tetap ada, perlahan-lahan selesaikan)
  • Elak cepat marah.
  • Tenang. Hidup perlu tenang.
Sakinah ni tenang / relaks ada masanya belum tentu mutmainah. Mutmainah ni, dia jadi apa pun dia tenang. Ada jiwa sakinah. Ada sifat tawaduk. Dalam hati pun tenang tak soal jawab. Redha. Ada sifat sabar. Misalnya nafsu makan. Dia relaks.

Mutmainah:
- Ahli ibadah / sufi
- Jiwa tenang terhasil daripada iman dan tauhid.
- Takwa mesti ada amalan-amalan.
- Istighfar
- Pernah rasa dia bersalah.
- Moga diberkati.

Jika nak tenang perlu selalu positif. Usaha kita nak positif tu pun Tuhan nilai tau.

Kaya hati:
  • Lemparkan kasih sayang.
  • Apa kita beri itu kita dapat.
  • Cari ilmu bukan cerita
  • Lihat diri bukan orang lain
  • Fokus akhirat dan dunia, namun jangan lebihkan dunia.
  • Rebut rahmat Allah.
  • Ma'rifatullah (kenal Allah)
  • Pabila kita tidur dengan roh bersih insya-Allah kita akan jadi positif.
  • Buat tanpa tapi lakukan tanpa nanti.
  • Kaya hati ni dia tak marah, dia kasihan pada orang yang tak OK tu.
  • Allah Maha Kaya. Dia tak lihat pada luaran kita pun.
  • Kaya hati - suka beri perhatian bukan mencari perhatian.
  • Kaya hati - bebas dari perhatian manusia cuma mencari keredhaan tuhanNya.
  • Audit diri, tak sibuk perhati orang.
Dalam islam, mufarakah itu adalah menjauhi kawan. bukan memutus siraturrahim tapi lebih kepada menjaga hubungan.
Manusia ni ada dua, mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebab tak mampu pengaruh diwajarkan menjauh untuk menjaga hati..

***

Rahmat Tuhan adalah sejauh mana sangkaan kita. Kalau kita nak baik, sangkalah baik-baik dengan ketentuan & takdir Dia. Senyumlah. Tuhan takdirkan semua kita ada bahagian masing-masing.

Tenang-tenang saja. Kalau Tuhan kata jadi, jadi juga. Kalau betul ada, ada juga, insya-Allah. Kita buat saja bahagian kita, terus doa dan usaha. Jika nak tenang, tak boleh hanya fokus satu amalan baik saja. Dia kena buat amalan dan ibadah lain secara menyeluruh. Latih diri. Konsisten. Insya-Allah, tenang.

Jika tak ada, adalah itu Tuhan nak gantikan dengan keadaan yang lebih baik. Mungkin yang sebelum ini memberi kesan yang lain yang kita tidak tahu. Yang pasti ada hikmahnya. Ini kita kena percaya.

Macam doa juga. Kita berdoa bukan sekali, tapi berkali-kali. Kena yakin. Jangan putus asa. Dan paling hampir kita dengan-Nya adalah pada waktu sujud. Doa dan haraplah hanya pada-Nya.

Tuhan Maha Baik. Walau sejauh mana pun kita kurang baik, dia tetap memberi banyak nikmat-Nya yang baik-baik.
"......dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [Surah Yusuf ayat 12].

SELAMAT JADI BERANI DAN TERUSKAN USAHA! MASIH ADA BANYAK NIKMAT DAN KEJAYAAN KITA DI MASA AKAN DATANG. HARGAILAH DIRI SENDIRI YANG MERUPAKAN AMANAH TUHAN INI. SESUNGGUHNYA KITA SEMUA ADA HARGA DIRI! ANDA BOLEH, YAKIN! INSYA-ALLAH. :)

-- Anem Arnamee




Setakat ini sedikit karya saya dan kawan-kawan (kawan-kawan saya semua power power menulis woah!) ada dalam buku himpunan puisi:  Pelacur Kata keluaran Press Aku dan buku Seratus Mulut dan Halusinasi , terbitan Bukstor. Terdahulu ada kolaborasi puisi & cerpen dengan beberapa orang sahabat twitter untuk zine #Rabak .

Untuk yang hilang dan mencari diri, Nah!

Ke hadapan hati jatuh

Menemui sekeping hati yang sudah lama sakit,
kamu ingat aku lagi ?
Jiwa indah semalam yang pernah bermalam 
dan duduk sehari dua di teratak dada kamu?

Kamu pernah kata pada aku dulu,
biar satu dunia tidak memaknakan kamu ,
biar satu dunia memuntah kata keras pada dinding laman kamu,
kamu terbias kan,
kamu kata kamu ada baju kalis rasa ,
semua mereka beri, akan dipercik semula pada wajah gelap mereka.

Tapi kini aku lihat, kamu hilang .
Kamu diam dalam keramaian orang sedang melihat kamu.
Kamu sudah mula jatuh , duduk dalam sendu
yang aku sendiri tidak mampu untuk meramalnya.

Dan kamu kenapa?
Kamu sudah tidak kenal aku.
Mata kamu sudah mula kelabu.
Ingatan kamu seakan sudah kelam .
Yang kamu nampak hanya bebayang.

Sunyi kini tempat kamu.
Tak semeriah dulu.
Dulu, tempat ini , penuh rasa suka, banyak suara membangkit rasa,
kini yang tinggal hati perit yang seakan tidak mahu bangkit.

Hei, betulkah kau dah tak ingat aku?
Ini akulah , aku ! Jiwa indah kamu semalam,
Yang sama-sama ketawa walau dalam duka lara,

Hei, kamu!
Marilah mari , bangun! Peluk aku semula.


Terima kasih pada semua yang selesa dengan apa yang pernah dibaca tentang sesuatu yang saya tulis. Moga kalian semua sentiasa diberkati dunia akhirat, insyaallah :)


*Klik pada link dalam penulisan di atas , untuk sebarang pertanyaan.


Nak bersangka baik ni satu je kena mula dulu - PERCAYA pada kuasa tuhan dulu.

Kalau kita yakin tuhan buat bersebab - yang kita duk pertikai gak kenapa ?
Kalau kita yakin tuhan akan balas lagi baik - yang duk kalut tak sabaq pasaipa ?
Kalau kita yakin tuhan memang sengaja mahu kita sedaq - yang kita duk bantah lagi kenapa ?
Kalau kita yakin sesuatu dengan IZIN DIA , maka jadi - kenapa kita nak sibuk duk ungkit sana, mengamuk sini.

Yah, susah nak terima. REDHA - lima huruf saja, tapi nak rasa redha tu, nak betui betui terima semua qada' , qadar Tuhan - amatlah payah ibaratnya macam konon tak rasa apa, sabaq , tuhan ganti balik punya - nak tunggu sat ja mengamuk kemain, ni nak redha sepanjang usia ?

Memang tak . Ketegaq baq ang.

Hati kita ni memang Tuhan pegang, kalau hari ni kita sayang orang, esok lusa terus tak rasa apa. Boleh ja, sat ja Tuhan buat, no hal. Tapi kenapa tuhan duga kita satu satu, sebab nya dia nak dengaq suara kita ni pi doa, minta tolong dia. Dia nak kita ni sedaq sikit asai usui kita.Dia taknak tengok kita tinggi sangat, jatuh sakit susah .

Ya, dia nak dengaq. Dia sayang kita, dia rindu kita. Dia nak ajaq kita.

Tapi kita ada ego - ketegaq memang duk usah kata kat sapa-sapa.
Saya juga ada.

Tapi nak tanya lah sampai bila nak usung rasa TAK PERCAYA TUHAN yang tentukan sesuatu, duk membebel  lagi macamlah keadaan boleh jadi asai balik, padahai kadangkala memang salah kita.

CUKUPLAH. BERHENTI PERSOAL BALIK DEKAT SIAPA -SIAPA. Ni, yang duq baca ni selam diri dulu dan kaji . Sampai bila hang mau lagu ni ? NAK sedih, marah , kecewa, murung, pasaipa , habaq mai sini .Ada ubah apa-apa kah ? Takdaq, jadi bangkitlah. Duk sesendu seseorang, habis nanti masa muda persia begitu saja,rugi .

CUBALAH . BELAJAR terima kenyataan . Perlahan-lahan kayuh . Sama-sama ya ? Insyaallah boleh punya, sebelum boleh, memang tak boleh, tapi kalau cuba, insyaallah lebih dari boleh. Amin.


P/S : Kak Fynn, pinjam gambaq sat .


- Bukan oghang utara, belajaq ja kat sana dulu - sat ja pun . Maaf naa andai ada silap kata bicara mengguris rasa percaya .

Artikel ini mungkin ada sedikit tempiasnya pada artikel Salahke kalau kita nak berubah, bertaubat, jadi lagi baik ?  sebelum ni . Apa yang terluah semua dari hati untuk ingatan diri sendiri.   Sudikan melayan . Terima kasih :)


Artikel berkaitan: 

...

Bila sedih sedih, jangan lama lama, sebab penghujungnya pasti ada gembira.
Bila takut takut, jangan lama lama, sebab hakikatnya kita lebih berani dari dijangka,
bila risau risau, jangan lama lama, sebab sebenarnya benda tu taklah sesukar mana,
Bila marah marah, jangan lama lama, sebab menjadi pemarah memang tak bahagia .

Hidup sekali saja. Nak rasa menyesal sangat pun takkan bawa ke mana.
Apa yang penting berani lah hadapi hari muka, dengan pemikiran yang sederhana .

Semua orang nak jadi lagi baik dekat dunia ni . Eh , siapa kata nak jadi lagi baik tu susah ? Senang sangat. Cuba jadi baik sekarang, cer try. Rendahkan suara pada orang keliling , cakap jangan kasar sangat,  bersangka baik dengan orang yang berkenaan , terus pergi sembahyang kalau rasa ada solat yang belum lagi tertunai, terus memaafkan sesiapa yang memang kita angin je bila dengar nama dia - SEKARANG, boleh je,

TAPI ..
nak terus terusan kekal dengan kebaikan tu yang sangat sukar . Susah , bukan senang nak terus kekal jadi baik, hari ni bolehlah buat , cuba kan , esok ? Eh eh kembali kepada asalan balik. Ya benda tu tak pelik. cuma ,kan da cakap, ia agak sukar. Tak sesenang difikir, digambar, atau dimahu . Berterusan (Istiqamah) tu satu perjuangan. Macam kita kena pilih nak berfacebook ke ,atau  nak study. Nak fokus buat kerja ke , atau nak bergosip . Nak habiskan drama dulu ke, pergi sembahyang  maghrib dulu , atau nak puasa ke atau nak try ponteng sesekali.

Ya, hidup ni adalah satu perjuangan. Perjuangan berpanjangan . Melibatkan beberapa pengorbanan dan sedikit kesabaran . Not easy to say.

Tapi, kita WAJIB  mencuba. Yang penting,kena kuatlah. Kekuatan tu sikit je datang dari orang keliling, selebihnya dari dalam kita sendiri. Cari dan terus mencari...
*jangan cakap 'saya tak kuat' - bila belum mencuba walau sedikit pun. itu mengalah namanya.*

Kita sebenarnya kuat, awak kuat, saya kuat, sama-sama cuba kuat tau ? kita boleh, saling mendoa, insyaallah kan?

Semoga selamat . Dengan izinNYA.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top