Memandangkan Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di sini , bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang , beliau mahu menghadiahkan 'single' pertamanya dalam bahsa Melayu kepada semua yang akan ke konsertnya kelak. Mari kita dengar  sama-sama , jom (tekan play) !



Lirik Insya ALLAH Maher Zain versi Bahasa Melayu 


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

Kredit Lirik : [MZMfc]

Tentang Konsert Maher Zain : [klik sini]

BIODATA MAHER ZAIN :
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
_______________________

P/S: Indah kan? Dengan kesungguhan , insyaallah akan dapat hasilkan sesuatu yang baik :)


Hari menunjukkan kesiangan dalam pekat awan hitam. Jam berdetak menandakan wajar kulelap segera. Tapi diri melarang, kerana memikirkan masa depan keseorangan.Rasa mahu ikut serta, tapi tak mahu tipu, ku tak terdaya. Tak terdaya menjadi manusia seperti dia. Dia yang ada rasa. Rasa mahu menjadi insan  yang mengenal cinta Tuhan.Dia yang bersedia kembali ke landasan. Landasan lurus yang penuh dengan keindahan.

"Kita perlu ada tujuan !" Lontarnya ikhlas.
Aku bungkam.Sendu . 
Rindu pula makin memekik.
Kuluah pada alam, kulihat makin kelam.
Kuluah pada mereka, kulihat mereka mengata.
Kuluah pada yang benar berjiwa, dia suruh aku merasa.
Merasa dengan aqal, rasa dengan iman.
Sayu.
Dia, insan baik yang berjaya mencuri hati dan rasa.
Kini, dia minta kuubah cara.
'Jangan terus demikian, nanti dilaknat tuhan!'
Aku diam. Aku bukan wanita berjiwa kental.
Harap sekeping dua pujukan dari khayalan,
namun dia nekad mahu lari pergi.

Ku perlu kamu ! : Sayu, dia tak mendengar.
Katanya : kita kena kejar syurga, bukan terus jadi lemah dan gila.

Nah, lagu sedih ni, untuk awak, dengar tau :
Lirik Teman Terima Kasih: Zawazi
bertemu dan berpisah
adat dunia
kita hanya merancang
tuhan yg menentukan
begitu beratnya nak ku relakan
perpisahanmu ini
hanya tuhan yg tahu
aku mendoakanmu
agar bahagia selalu
disepanjang hayatmu
meski hanya untuk seketika
kehadiranmu menyentuh rasa
kau terlalu bermakna
pada hati dan jiwa
kau insan istimewa yg berjasa
terima kasih teman
harapan yg kau berikan
terima kasih teman
doa yang dikau kirimkan

ciptaan: Rosli ahmad
nyanyian : zawazi
__________________

 "Janganlah mengalah sebelum berusaha."

" Serahlah diri kepada ALLAH lebih bermakna daripada menyerahkan diri kepada manusia."

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Setiap manusia diduga dengan pelbagai cara dan ujian. Lain-lain. Ada yang diduga dengan musibah kehidupan, ada yang di duga dengan kerinduan. Ada yang diduga dengan perpisahan .Ada yang diduga dengan persekitaran. Dan ada juga yang diduga dari aspek sikap: contohnya: bila korang baik, korang akan diduga dengan angin-angin keburukan, jika korang kuat, sikit pun korang tak tumbang atau terpengaruh , jika iman korang lemah,  korang akan goyah. Asalnya korang lurus , kemungkinan boleh menjadi senget dan bengkang bengkong.

Bagaimana mahu menghadapi perpisahahan ketika hidup. 

-Tetapkan dari hati yang ia datang dari ALLAH
-Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar
-Banyakkan doa dan zikir
-Tetap berusaha untuk mengatasi kelemahan itu
-Segera bertaubat lantas bertawakal kepada ALLAH

-Alihkan perhatian dari mengingati sesuatu yang menyedihkan, kenangkan 1001 keindahan, insyaallah kelak akan muncul senyuman ! Belajar sibukkan hati :)
___________________

"Allah tahu apa yang kita tak tahu, Allah mengerti tika kita buntu, dan Allah lebih menyayangi kita lebih dari yang kita tahu"- ini pesan awak !"
Kita saling mendoakan, ya? Jaga diri selalu tau.Jangan lupakan saya ya. Sahabat, saya sayang awak sangat .


Gemilang adalah cerita benar seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua Kabir Bhatia sendiri (ayah Mira Mustapha : penulis skrip cerita ini ). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Shahz Jasle Jasmin diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.

Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

[Video : antara part paling sedih dalam drama Gemilang]


Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.



Matlamat Saifullah sangat mudah iaitu untuk mengubah nasib remaja yang gagal dalam pelajaran tetapi perjalanannya belum pasti. Institut Gemilang dibuka untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu. Watak mereka akan digambarkan juga setelah tua nanti. Elemen cinta juga akan diselitkan menerusi drama ini..

____________________________

Lirik OST Gemilang (Lagu tema Gemilang) : Adi Mentor

Suatu ketika... 
Kita pernah tertawa...
Suatu ketika...
Kita pernah berduka....
Memori lalu...
Tersemat di hatiku....
Buat azimat perjalananmu....

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita....
Jadi pedoman untuk semua....
Takkan mengalah sebelum melangkah...

Impian.... menjadi haluan cita...
Rintangaannn..... membakar azam di jiwa......
Dan cinta.... bukan hanya kata-kata....
Harapan....semua anak merdeka....
ooohhhhh......

____________________________

Adik Naim Daniel Baharin yang memegang
watak Saifullah (Lah) semasa kecil .


Saksikan Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd ini - Gemilang menerusi slot Aksi, setiap Isnin, jam 9 malam hanya di TV3.
Jika terlepas , jangan lupa saksikan secara online di tonton.com.my [klik sini] :
daftar dulu tau dan kemudian, sudah boleh menonton.
__________________________ 
Cerita ini memang sangat indah untuk membuatkan kita lebih menghargai jasa seorang ayah, cikgu, guru atau pendidik. Setiap kejayaan itu sebenarnya bermula dari bawah.
______________________
Sumber Sinopsis Drama Gemilang itu dari : [sini] 


Penyakit pening kepala sering dialami oleh setiap daripada kita. Sekarang ni, yang muda pun ramai dah mengalami sakit pening yang serius. Melainkan yang memang jenis menjaga pemakanan, jenis cool bila berfikir dan mempunyai persekitaran yang sangat menenangkan, bak kata orang 'kau ni macam tak ada masalah!' - seumur hidup (ada ke?). Wallahua'lam. Tapi demam, hampir semua pernah mengalaminya, dan jika makin demam, tak boleh elak, memang akan pening sedikit. Jadi melalui Majalah Solusi yang pernah saya baca, saya titipkan sedikit perkongsian untuk kalian.

Yang selalu pening tu, elok baca tau!

Saya ada juga menulis tentang migrain di: entri ini.

Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Sumber.

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

Nota:
Pitam berlaku sebab darah kurang pada otak.
Jika ada kelainan pada tubuh, buat pemeriksaan. Jantung kerap berdegup pantas tanpa sebab misalnya.
Paling tidak, mungkin power cermin mata atau silau meningkat, kena periksa. Apapun jaga kesihatan fikiran, elakkan terlalu banyak berfikir yang tidak-tidak.
Jaga diri baik-baik. Ingat, awak tu masih ramai yang sayang. 
__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________

(+) Diambil dari Brightside.me, cukup tekan dengan perlahan-lahan satu titik dibahagian tengah diantara dua alis mata anda. Gerakkan jari anda lurus naik serta turun selama tiga sentimeter. Lantas tekan sepanjang 45 - 60 saat. Tidak perlu masa lama untuk lalu anda rasakan akhirnya. (Sumber)


Boleh juga baca di laman web ini: Cara Menghilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Mini

Ini petikan daripada Twitter:

Doktor @Drwaque cakap tentang jenis pening: 

Doktor @AmiraRaup cakap tentang jenis migrain:  







Perkongsian lain:

Jenis migrain oleh Yu

Sila ikut nasihat daripada doktor jika sudah mendapatkan ubat dan rawatan. Jangan sesekali 'skip' makan ubat dan jangan terlalu mendedahkan diri dengan tekanan persekitaran (belajar, kerja, keluarga) dan keadaan yang terlalu panas. Bersederhanalah. Kita sendiri tahu potensi dan kekuatan badan kita. Cuba berfikiran positif (cuba tau!), bersangka baik dengan orang lain dan menjaga waktu tidur, insya-Allah, kesihatan kita akan bertambah baik. Ini nasihat umum daripada seorang yang selalu pening macam saya. Sekian, sila jaga diri baik-baik, jika kita tak jaga diri kita, siapa lagi, bukan? Mari kita sama-sama sihat, yeah! Insya-Allah.






Memang agak menarik bila nama kita nak hampir sama dengan nama orang lain. Namun tatkala ada yang keliru, mulalah kita nak buat statement atau cepat-cepat mencari kelainan. Tapi untuk tiga nama di atas, ia tidak susah mana pun. Tak kenal, maka tak cinta, ye dak? Kadangkala tak susah pun nak cipta perbezaan, namun biarlah ia tak keterlaluan. Tapi memang setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri- itu adalah fakta.

Pertama : Anarm.net


Beliau seorang grafik designer dan juga seorang blogger yang aktif bernama Khairul Anam, berusia 25 tahun dan lahir pada 13 Mei di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan. Sila baca blog beliau yang best disini : Anarm.net .


Kedua : AnNamir

Seorang photographer popular Malaysia yang sangat islamik. Hasil Fotografinya pernah beberapa kali masuk majalah tempatan, dan mempunyai client yang terdiri dari pusat pengajian atau penganjur program keislaman. Beliau juga peramah dan tak lokek ilmu orangnya. Kepada new photographer (beginner) tanyalah Encik AnNamir ni, beliau boleh sahaja membantu- juga pandai dalam teknik hdr. Ini akaun flickr AnNamir: Klik sini . Ini pula akaun (boleh klik) : facebook AnNamir .


Ketiga : Arnamee 



Seorang perempuan, ya , itu perbezaan ketara dari dua insan di atas, namun mempunyai blog (seperti Anarm) ,juga meminati photography (seperti AnNamir) dan sambilan dalam bab designing ni. Bercita-cita mahu berjaya dalam bidang yang diminatinya. Dan Anem juga memiliki tiga blog: arnamee blospot, arnamee dot com dan tumblr !




Okke, sekarang, korang confuse lagi tak?

p/s: Anem yang keliru antara saudara Anarm dengan saudara amanz sekarang ! Hihi.


Senang tak masuk matrik? Bestkah masuk Matrik sampai Budak Matrik dicop berlagak? Nah! Kalau start masuk Universiti, benda pertama orang tanya, 'dulu belajar mana? 'Pastu adalah wujud perbandingan antara awak lepasan matrik, diploma mahupun STPM. Eh! Tahu tak yang penting - Bukan 'awak dulu belajar mana, tapi awak dapat kerja ke tak lepas belajar ni'. Cuma, buktikan nanti. OK, taknak membebel dah.

Apa yang paling best, kadangkala dekat matriklah, tahun paling singkat, sebab ada yang first time berdikari, atau kali pertama berjauhan dari family. Malahan yang first time cintan cintun pun kekadang inilah tempatnya weh! Dan ini juga kekadang jadi tempat pertama belajar untuk bergaya dan kenal dunia luar (ada kelas dinamika kemahiran gitu), cayolah! Yang penting, bukan senang dapat masuk matrik, jadi yang berpeluang, belajar rajin-rajin tau!

Senang tak masuk matrik? Tak susah, jika dah study betul-betul. Lagi banyak A, lulus semua = kredit semua, dan menyerlah dalam aspek samaada sains  [kimia, biologi,fizik] mahupun akaun + ekonomi. Apapun bergantung pada rezeki juga. Dan minat!

Baiklah, ini kenangan Anem masa belajar di Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2004-2005. KMM ni terletak di Londang, Melaka. Matrik tua. Biarlah dak dak lain kutuk macam-macam, tapi ini tempat menimba ilmu yang tetap cun bagi Anem.

Roomates:

Mujur dua roomates Anem ni sangat cool (Idi dan Yan ). Kenangan tak boleh lupa, bila
jam loceng bilik kami bunyi sampai bilik hujung, tapi kami bertiga tidur mati tak sedo-sedo. Dak bilik lain yang ketuk pintu, kejutkan. Haish. Pun tak boleh lupa, bila malam-malam giliran bilik kami baca Al-Mulk, haha, masing-masing kelu bila part baca doa penutup. Nakal weh! Jangan tiru begini ya adik-adik.

Buat Puspa Idyani atau Idi, dan Nur Azianty [Yan@ kenit], rindu betul dekat korang!

Dak wings: B3, Aras 2,
Bilik nombor enam. Wing satu lagi pun gempak dan cun tau! Jangan tak tahu antara aras pun boleh ada saingan. Saingan paling kuat dan memang antara aras yang havoc lagi kecoh pastinya aras 3 itu. Apapun satu blok tetap rock'in. Kes-kes kenangan di situ adalah kes terpencil dak dak nakal yang kelakar saja bila ingat balik. Normal gitu. Baru nak up! Ops.

Kelas A2P2 tersayang. Kelas ni memang giler ngam. Saingan tu,  normallah babe!

Plus+ Iza, Cda, Shida, Kenit, Ida, Su dan Anem: kami team outing, team solat jemaah, team tengok tv cop cop tempat (eh), team kutuk ngumpat (dosa ni!) dan  team lepak-lepak sambil makan.

Sekian, kenangan lalu. Yang baik kita jadikan sempadan.
Facebook Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) : [Kliksini]

P/s: Haish! Dak matrik sekarang ni dah ada mesin basuh. Tak aci weh!





Perkara ni lama tak lama juga. Bak kata pepatah barang yang lepas jangan dikenang, namun bila Anem koreksi diri sejenak, apa yang berlaku sepanjang tahun lalu, ini adalah isu peribadi yang Anem perlu ingat supaya bermanfaat di kemudian hari. Perkara ni benar-benar menunjukkan kelemahan Anem, sekali kena dalam berblog, pengajarannya adalah seumur hidup.Itulah, korang kena berdikari dalam dunia media baru ni sebenarnya, tau!

Ceritanya begini:

Anem akui Anem sangat noob tentang facebook developer sebelum ni [konon berblog dari 2006, benda tu pun tak tau Nem oi. Ish ish], kiranya, sangat kagum tak pasal lihat laman web gengblogger boleh sign in guna facebook semasa awal kemunculan Geng Blogger (GB) tu, almaklumlah tak tahu apa-apa time tu (ada hati buat website commercial yang log in macam tu juga sebenarnya). Jadi, Anem lihatlah di sebalik GB tu, tengok ada nama Ben, waktu tu, Ben taklah popular sangat macam hari ni. Ben baru nak naik time tu.

Tanpa google sendiri, Anem terus tanya Ben dekat mesej Facebook, bagaimana nak buat sesuatu web yang sign in / login by Facebook macam GB tu? Ben jawab nanti dia tanya Kong, kawan baik dia yang merupakan Founder GB. Then lepas tu, Ben pun minta maaf sebab Kong kata ini semua melibatkan business - faham sajalah memang susah sikit.

Anem faham maksudnya. Tapi  Anem try lagi (degil benar Anem time tu) "Ben tanyalah dia, dia rujuk web mana untuk buat macam tu, sikit pun jadi." Tapi tak adalah pula Ben kata Kong jawab dah lepas tu,  mungkin sebab Kong busy dan yelah, dia berniaga guna kemahiran dia kan, kenalah faham.

Hmm. Memandangkan Anem pun guna juga GB jugak sebagai a tool for promoting my blog. [GB tu tempat ping blog yang popular juga] Jadi, kiranya usaha Kong pun dah banyak menyumbang juga kat blogspot Anem yang merudum jatuh setelah hilang tiba-tiba sejenak beberapa tahun lalu ni.

Kini, Kong pun ada blog sendiri dah. Banyak juga tips untuk blogger dia bagi.

Apa pun, terima kasih atas alasan Kong tu, sebab buat Anem sedar :

Pengajarannya:
 Sebelum korang tanya orang experts ni,apa kata korang manfaatkan enjin carian sebaiknya! CUBA DULU SENDIRI. 

Kini, Ben Ashaari yang jenis peramah ,tak kedekut idea, dan memang banyak tolong blogger baru ini memang sangat popular sekarang. Layak pun dia capai tahap sekarang. Ohoo! sangat terkejut , google Ben Ashaari jumpa keyword 'Ben Ashaari tuhan trafik ",  Anem pun pernah baca dari blog DausPozi (tuan tanah blog hijau tu)- Kes Ben Nyah yang duplicate Blog Ben Ashaari" - apakah? Haha. Macam- macam hal. 

P/S: Ops. kepada Encik Ben Ashaari dan Kong , maaf silap salah ya?




Kali ini, dengan ketiadaan Yuna dalam senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), telah membuatkan peminat Yuna serta kipas susah matinya terkesima seketika, sedih mungkin tak dapat lihat joget victory Yuna yang comel pada malam itu. Namun semua ditentukan Tuhan, rezeki masuk bertanding, dan dapat perform well lebih harus disyukuri - bukan senang tau nak berpeluang naik pentas berprestij itu.


Cinta Sempurna - memang itu antara lagu terbaik yang Yuna cipta. Dengan alunan piano yang simple, dan bergantung pada vokal secara asasnya, Yuna berjaya membuatkan ia nampak besar (grand) dan awesome dengan kerjasama band Yuna (Adil, Efry, Pa'an), dan orkestra bimbingan Dato' Haji Ramli MS itu. Malah sedikit gimik dan penghayatan daripada anak encik Zarai ini, lagu itu tetap ada kelebihan dan keindahannya yang tersendiri. Ya! Seorang yang nampak dulu macam ' boyish, santai dan plain' dalam lagu Dan Sebenarnya, membuktikan pada kita, dia 'sudah pandai untuk main-main dengan feel dia dah', OK !Hihi.

Tahniah! Melodi yang berputik daripada jari-jemari kamu itu, sangat cantik. Tak nampak kurangnya pun, cuma melodi lagu lain, terutamanya melodi Tolong Ingatkan Aku yang dikarang gadis lulusan LAW itu , adalah lebih baik pada malam itu, Alis! Ini semua soal rezekikan. Apapun.

Kami tetap berbangga dengan kamu !

Oh ya, jika kita  berbicara tentang Yuna - pastinya kita tidak akan lari juga untuk berkata tentang fashionnya, lebih berani dan trendy sekarang, Yuna sekali lagi mengenakan feyen rekaan Syomir Izwa. Yerp! Yang reka baju ala watak assasin creed sempena Shout Awards 2010 itu! Yuna tetap Yuna, anggun seperti selalu. Thumbs up!

Sekali lagi, tahniah buat Yuna! Melangkah ke AJL 25 dengan bergaya, alunan piano yang kedengaran mesra, penghayatan yang lebih daripada biasa, sudah cukup memberikan 'kemenangan' dalam hati kami - peminat-peminat kamu. Cuba lagi lain kali, ya, kita cuba perbaiki apa yang kurang 

Baiklah semua, jika rezeki berpihak pada Yuna dan dia tercalon top5 ABPBH nanti, undilah Yuna nanti ya. Dan All the best untuk Yuna di UK nanti, untuk menyiapkan serta mempromosikan album penuh berbahasa Inggerisnya di sana. Sekian,  tahniah untuk lagu pemenang AJL 25: Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali : which is  kawan Yuna, yang mula dari bawah juga, serta pandai bermain gitar :)

p/s: Makin cun gaya tudung Yuna sekarang.

Kredit Gambar : Facebook Yuna




Waktu raya dan puasa akan datang, kita akan saksikan orang lain pula menggantikan 'Atok' atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah menjadi kesayangan dan penantian seisi keluarga dan masyarakat islam di Malaysia, untuk membuat pengumuman, yang akan memberitahu kita bila kita kan beraya atau puasa mengikut anak bulan, atau rukyah itu.

Jadi : jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan  akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.

Ingat lagi  :
"Cepat-cepat Atok tu dah keluar!" Kelam kabut kami seisi keluarga, masing-masing mahu duduk depan.
"Kuatkan lagi, kuatkan! " Along minta Adik kuatkan volume tv sikit.
Semua merenung sampai tembus tv. Habis pengumuman mulalah masing-masing nak mengaku,  
"kan dah kata tadi, raya lusa,!" Dan dan sambung kerja balik.
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof. Bersara secara rasmi pada 7 Januari 2011.

Terima kasih Atok Engku Tan Sri dari kami.

UPDATE;
BESUT . Disember 2012 - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. (Sumber)


-- BERNAMA

Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-fatihah.
______________________

Sumber
Manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.

___________________









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top