Berpuasa di bulan ramadhan adalah salah satu daripada rukun islam. Diwajibkan kepada semua umat islam (yang memenuhi syarat). Namun bagaimana pula jika wujud golongan yang dikatakan tidak boleh atau tidak wajib berpuasa itu? Jom kita semak (ulangkaji semula).

Syarat sah puasa:
- Beragama islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas, wiladah (darah ketika melahirkan anak bagi kaum wanita)
- Hari yang sah berpuasa

Syarat wajib puasa:
- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya
- Sihat
- Tidak Musafir


Mereka yang dibolehkan tidak berpuasa:

1. Golongan yang wajib qada' tanpa perlu bayar fidyah
- Haid, nifas, sakit, bermusafir, pengsan (tidak sedarkan diri)

2. Orang yang tidak perlu qada' tetapi wajib bayar fidyah
- Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa

3. Orang yang tidak perlu qada' mahupun fidyah
- Orang gila

4. Orang yang wajib qada' dan fidyah
- Wanita mengandung yang berbuka kerana bimbang keadaan anak
- Wanita yang menyusukan anak yang berbuka bimbang keadaan anak
- Orang yang ada puasa qada' tetapi tidak menggantikan sehingga memasuki ramadhan yang akan datang

Qada: gantikan puasa itu, niat saya ada kongsikan di artikel ini.
Fidyah bermaksud: Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

- Maksud fidyah dan cara kiraan: http://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Jika ada soal-jawab keadaan tertentu batal puasa / tak boleh lihat sini: http://ummuzar.blogspot.my


Rujukan: Majalah Solusi 97, 
Pintar Fiqah, ms: 71.



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Mei 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Boleh rujuk youtube TV9Malaysia untuk menonton program Tanyalah Ustaz & Tanyalah Ustazah episod lalu.


*****

"Urusan kita untuk Dia." (Tanyalah Ustaz)

"Itulah yang terbaik. Itu yang terbagus. Sediakan (siap-siap) lebih mengingatkan kita kepada kematian." - Jawapan ada yang bertanya persedian itu boleh tak dibuat orang hidup untuk dirinya atau orang lain yang perlu buat.

- Perdengarkan bacaan Quran. Jangan tinggalkan jenazah bersendirian. Risau lalat dan semut tinggal.

- Jin dan syaitan tak takut gunting (jangan percaya perkara tahyul). Gunting letak di perut elok kembung. Gunting ringan sekarang, jadi balut dekat kain pelekat / batik balut perut ke bahagian belakang.

- Sewajarnya sejantina yang mandikan jenazah. Namun adalah bertuah jika pasangan (suami/isteri) yang mandikan.

- Letak pokok atau bunga bukan untuk sedapkan si mati atau wangikan ke apa; itu satu kesalahan. Tapi buat sebab Rasul buat untuk elak dia terseksa. Biar berzikir ke jenazah, itu tak apa.

- Bukan tengok saja. Belajar sesuatu.

- Jadilah anak yang soleh. Doakan untuk mereka.

- Rawatan untuk diri sendiri (badi)
* Sebelum tu ruqyah sikit' Al-fatihah. Qursi. Kemudian siapkan set lesung batu. Lima ulas bawang putih. Air. Tuangkan air separuh. Ulang pertama ketuk atas bibir lesung. Agak-agak pecah. Ketuk lima-lima. Letak tepi. Ulas pertama gosok atas semua kuku kanan. Ulas kedua gosok atas kuku kiri. Satu lagi kaki kanan. Kaki kiri. Satu lebih ja untuk bagi ganjil (tak guna tu). Ambil air tadi tuang masuk dalan lesung. Minum airnya.

(Tanda: Murung. Dalam perut benda bergegar. Jadi perlu bertindak segera.)

Urusan Kita Untuk Dia (Bahagian seterusnya) 

- "Harta si mati 1/3 ja boleh simpan."

- "Baca Quran. Bayar untuk itu boleh. Cuma jangan sandarkan pada Nabi."

- Baca Quran dekat kubur boleh.

- Boleh simpan kelengkapan sendiri tapi kain kapan tu lepas setahun dah tak boleh pakai jadi elok kita derma pada orang perlu. Ingat mati dan dapat pahala.

- Mengumpat tak boleh. Sebut kebaikan boleh.

Betul Ke Ustaz (Alhijrah)

- Orang yang hasad adalah musuh kepada nikmat.

- Hasad yang tinggi antaranya sebabkan hasad dia tak nak ikut kebenaran. Moga kita dijauhkan.

- Lebih patut jaga ukhwah (keluarga terutamanya) berbanding untuk business kita.

Meremehkan dosa (Tanyalah Ustazah) - Norhafizah Musa.

- Lencongkan bab lain kalau nak elak orang mengumpat seseorang. Itu juga membantu. Bantu orang untuk orang tak mengumpat. Dan bantu mangsa yang nak diumpat.

- Kita yang pilih nak sakit atau nak tenang.

- Banyak dosa akan buat resah.

Betulke Ustaz (Ustaz Badli)

- Apabila dah di atas, elaklah balas dendam pada mereka yang pernah tindas ketika kita pernah di bawah. Harusnya kita lebih baik daripada itu.

- Diam macam bersubahat. Jika benda tak betul kena bersuara.

Tanyalah Ustaz (Mudah terpedaya): Ustaz Ilyas 

- Jika resah mungkin dosa. Atau jika benda betul mungkin tak dapat restu.
- Orang yang susah dinasihati: mengantuk, lapar atau sedang bercinta.
- Orang yang mudah terpedaya dengan syaitan. 

- Bimbing anak secara beriman. Seperti ashabul kahfi. Konsisten solat. Sedekah.

- Orang yang hebat adalah orang yang paksa diri untuk berubah. Orang yang lemah akan berubah apabila terpaksa.

3 perkara punca:
- Kejahilan ilmu
- Mengikut-ikut.
- Banyak melakukan dosa.

Mintalah ampun. Cara kena betul.

4M.
-Mualim (didik aqal)
-Muadib (kita tengok rasa nak ikut)
-Mursyid (Bimbing rohani)
-Murabbi (Seorang yang uruskan ilmu. Doa bimbing).

- Jenis jenis syaitan banyak. Ada menimbulkan ragu. Ada buat kita down. Kita semua diuji.
- Doalah untuk tetapkan iman. Jauhi syaitan.
- Cukup-cukuplah kamu dianggap memberontak dengan Tuhan.
- Tuhan suluh hati kita. Dengan Quran dan hadis. Tingkatkan ilmu. Banyakkan siraturrahim.

Tanyalah Ustaz: Hukum Hakam Urutan (Ustaz Shamsuddin Moner & Dai Hilman).

- Usaha penyembuhan penyakit dalaman.
- Kena cari juga tukang urut perempuan untuk perempuan. Fardu kifayah adakan kalau tak dak.
- Doktor pun benarkan suami masuk. Jadi dayus kalau benarkan isteri diurut tanpa pengawasan.
- Letak harga boleh. Diharuskan. Cuma jangan bebankan pesakit.

Ehwal Islam (Ustaz Don + Ustaz Bad) - Ustaz Zakaria; panel (Cinta Rasul).

- Kita sewajarnya sunat tu buat lebih. Makruh cuba elak. Bukan sunat tu tinggal tak apa. Makruh buat tak apa. Tak. Jangan hukum ilmu. Tapi amalkan ilmu. - Ustaz Don.

- "Kita semua memang berbeza dalam menguasai & memahami ilmu. Khilaf ilmu tak apa. Jangan khilaf hati. Kelahi jangan sampai ke hati." - Ustaz Bad.

- Cela sahabat Nabi dosanya besar. Bukan macam cela orang biasa. Kerana Sahabat Nabilah yang bantu sebarkan islam. Bawa Quran.

- Didik anak mencintai Nabi sejak kecil. Sirah bukan sekadar fakta. Bukan sejarah.

- Nak baca peribadi seseorang, bacalah kitab sirah Nabi. Kita baca kita akan dapat rasa. Kitab syamail Almuhammadiyah misalnya.

Hadis TV9: Ustaz ZulRamli (Salam)

- Beri salam sunat dan lebih manis. Jawab wajib lafaz dengan lafaz.

- Adab berjiran ni, kita tak bezakan agama mahupun bangsa, tetap kena buat baik dan menjaga hati.

- Beri salam dengan jiwa.

Al-kuliyyah. (Sang Gembala)
- Rasul semua sifat sama:tampan. Suara sedap dan kuat tubuh badan.
- Nabi Musa sifatnya penuh rahmat sebelum kenabian. Sabar.

- Tanyalah Ustaz (Umrah Ramadhan)

Umrah ramadhan dengan haji lain. Haji kena usahakan. Jika tak dapat, kena badal haji.

Bismillah (Ustaz Elyas)

- Kesan zikir: beriman beramal soleh. Ada Allah dalam hatinya.
- Kesannya mudah memaafkan orang
- Rasa selamat (Hasbunallah wa nikmal wakil). Merasakan sebaik pelindung adalah Allah.
- Nabi Muhammad kata zikir paling mudah tapi disukai Allah. Ringan pada lidah tapi berat pada timbangan. Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azim.

Jodoh di sebalik Doa. (Ustazah Asni & Fedtri Yahya).

- Jangan buat kerja Tuhan. Semua ada takdir sendiri.
- Stigma masyarakat penceraian ni. Sedangkan ada orang penceraian tu takdir yang baik untuk dia.
- Ada hikmah kenapa jodoh lambat. Ada orang mak ayah tu syurga dia.
- Doa Nabi Zakaria. Ayat 89 amalkan nak elak rasa bersendirian atau sunyi.
- Perkahwinan melengkapkan apa yang kurang.
- Orang tengah perlu menyimpan amanah.
- Niat kita.
- Allah tak zalim. Agama kita tak zalim.
- Pada perempuan pun ada cerai. Cuma kena rujuk mahkamah. Perempuan kena tahu dia dizalimi atau tak.
- Jodoh rahsia Allah. Tapi usaha tidak salah. Jodoh bukan saja penantian. Namun juga doa dan harapan. Kena minta dekat Allah. Nak macam mana beritahu.
- Muhasabah untuk cinta sejati.

*Baca sirah al-Kafiruun 17 kali sama seperti 1/4 Al-Quran. Terhindar syirik, maksiat dan perkara dibenci Allah. (Segmen Fedtri).

Dah jawab exam, rasa risau, doa lailahaillah anta tu.
Zikir hasbi allah lailaha illah tawakaltu - hindar masalah kesihatan.

- Jodoh itu sunnah. Cinta dan kasih sayang itu anugerah.

- Mohon keredhaan daripada Allah.

Bila Anak Berbohong (Tanyalah Ustazah)

"Bukan tugas kita mengubah orang." Ustazah Fatimah.

- Jangan terus menyerang karakter. Jangan mudah label. Oh dah pandai bohong ya. Jangan.
- Puji yang bahagian kebaikannya.
- Dan jika berbohong juga beri dia akibat. Bukan marah atau pukul. Beri dia tak dapat apa dia nak misalnya.
- Jangan biasa cakap no. Itu nanti mereka berbohong. Jangan tipu acah.
- Kita takkan boleh buat orang jadi baik dengan ayat / cara yang buruk.
- Kita yang mampu mengubah anak. Muhasabah. Kelembutan. Penyayang.
- Berakhlak yang baik.
- Cakaplah selalu tentang kebaikan Allah sejak anak kecil.
- Jangan doa buruk-buruk untuk untuk anak, pekerja kamu, harta kamu. Jangan. Ditakuti doa kamu itu pada waktu makbulnya doa.

Al-Kuliyyah (Aku 2.0) - Ustaz Zul Ramli.

Para solehin 6 bulan sebelum dah rasa nak sambut dan nantikan ramadhan. Hujung ramadhan menangis. Selepas tu 6 bulan kemudian tak move on lagi fikir tentang ramadhan.

- Kita nak ramadhan berniatlah nak jaga mata. Jaga hati. Jaga mulut.
- Sebab kita kadangkala baca Quran. Tapi mulut tak jaga. Mengata orang sikit. Apa akan jadi? Muflis.
- Cawan kalau ada kesan makanan atau kotor, letak air mineral tak rasa air mineral. Rasa yang tinggal tadi. Begitulah hati. Hati tak bersih dan sedia nak sambut ramadhan. Bagaimana nak rasa ramadhan yang manis.

- Berdoalah untuk kita semua sampai ke bulan ramadhan. Insya-Allah. Allahuma A'meen.

Tanyalah Ustaz: TANYA TENTANG PUASA (Ustaz Amran Yusoff & Dai Luqman)

- Terawih lelaki elok di masjid. Perempuan di rumah. Selawat tu tak ada tak apa jika di rumah. Namun jika siap kerja tak apa di masjid.
- Bayar fidyah sehari ada kiraannya.

Puasa orang awam.
Puasa khusus.
Puasa khusus al-khusus. (Boleh rujuk: http://zikrihusaini.com)

- Hari tengok mana hujung syaaban dalam kalendar tu hari syak. Kalau saja puasa sunat haram. Kalau ganti wajib. Sebab dah suntuk.
- Sesiapa pun tak nak sakit. Bukan sebab sakit buasir tu batal puasa. Tak dak kena mengena sebab tak masuk dalam mulut pun apa. Jadi, boleh puasa.
- Tujuan puasa memang nak rasa lapar dan dahaga seperti orang miskin. Jadi jangan asyik tidur.
- Niat ikut kita.
- Cakap baik jika tak diam. Bukan tidur. Banyakkan amal.
- Imam jangan baca surah panjang sangat. Hilang makmum.
- Boleh buka puasa namun kena qada jika risau anak dan dia lapar.
- Namun kena keluarkan fidyah jika risaukan anak.

Betulke Ustaz (114) - Ustaz Harryanto

- "Jangan cakap tak payahlah puasa pada orang berpuasa tapi tak solat. Cara tu salah. Tak patut. Cuma jika dia jaga solat dia, puasa dia lebih baik."
- Orang akan lebih hebat jika kurang makan.
- Dahulukan wajib berbanding sunat.
- Orang puasa lebih sihat.
- Orang gastrik minta nasihat ustaz muslim.

Memang niat buka salah waktu pada beberapa minit sebelum azan batal puasa..masa buka tahan 2 minit baru makan. Tapi kalau tak dak niat buka tak sengaja maka tidak batal. Jika terlupa dia puasa, tak apa. 

Ikim FM (Sedekah di bulan ramadhan)

-Sedekah kita memberi pada orang untuk menyimpan untuk diri kita di akhirat.
-Pada keluarga terdekat misalnya.
-Belanja orang berbuka pun satu cara sedekah.

Betulke Ustaz (Hadapi masalah cara islam) - Tuan Syed Hisyam.

"Apabila kita lulus dalam menghadapi sesuatu ujian atau masalah, Tuhan akan bagi ganjaran lebih baik daripada apa yang kita pernah dapat."

- Wajib dan mesti optimis.
- Tuhan uji ikut mampu kita.
- Semua ada masalah. Lihat orang lebih banyak masalah daripada kita.

Tanyalah Ustaz (Hikmah Berbuka, Nikmat bersahur).

- Dalam islam tak tetapkan berbuka di mana. Lihat situasi kita. Apapun raikan semua perkara.Orang lain. Keluarga.

- Apabila ramadhan, kita rasa lebih sabar. Tenang. Itu namanya berkat.

- Begitu juga sahur. Rasa kenyang. Dan banyak hikmah lain.

- Doa berbuka ada banyak. Cari hadis sahihnya. Segala puji bagi Allah yang beri bantuan dan rezeki untuk mudahkan kita berpuasa dan berbuka (antaranya).

IKIM FM

Masya-Allah. Temubual yang saya kongsikan ini sungguh menginspirasi. Sebelum sampai ke juara qariah antarabangsa, beliau pernah sakit dan masuk hospital sehingga hempedunya dibuang.
"Saya percaya tak ada kemanisan tanpa keperitan & tak ada kesenangan tanpa diduga Allah."
- Ustazah Normalina Alias (Johan Qariah Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2017).

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.



UNIC muncul dengan lagu baru berjudul Bertemu Semula dengan penampilan bekas anggota kumpulan mereka (asal ada Fakhrul, Najdi dan Bazli dan bekas anggota: Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzli Aziz) dan membentuk ReUNIC. Difahamkan sambutan begitu menggalakkan pada konsert gabungan mereka baru-baru ini di USIM. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana telah menjuarai pertandingan realiti televisyen Gema Gegar Vaganza! Jadi jom kita dengarkan lagu nasyid yang bertemakan pertemuan semula dan persahabatan yang indah ini.


Lirik UNIC - Bertemu Semula.

Suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya

Sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa

Haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada

Sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan

Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

Usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja

Ini detiknya
kasih dan sayang
ditaut semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja

Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja

*****

Mereka ada lagu baru: Sucikan Hati berkerjasama dengan RTM sempena ramadhan.

Semoga terus maju jaya dan terus kongsikan indahnya islam! :)


-- Sumber: Ohlirik.com
-- Gambar: @unicofficials



Gambar: wikipedia
Baru-baru ini ransomware bernama WannaCry tiba-tiba diperkatakan. Virus ini "ditakuti" kerana ia menyerang dengan cepat. Sebelum menceritakan lebih lanjut mari kita kenali dulu apa itu Ransomware.

Ransomware adalah istilah umum untuk semua **malware (yang sesuai dengan namanya; Ransom) dengan meminta wang tebusan kepada pengguna yang komputernya dijangkiti. Ia menyerang komputer berasaskan Windows yang lama. Pengguna sanggup membayar kerana ia meminta wang jika mahu membuka atau mengakses fail & dokumen yang dijangkiti. Dalam erti kata lain sangat mengganggu kelancaran kita dalam menyiapkan kerja.

Apa itu Ransomware WannaCry?

*WannaCry mula dikesan baru beberapa hari yang lepas, ia telah pun menyebabkan pelbagai masalah di serata dunia. Perkhidmatan kesihatan seperti National Health Service di UK, kilang pembuat kereta Renault di Perancis dan sebagainya tergendala. Malahan telah menyerang lebih 100 buah negara.

*Juga dikenali sebagai WannaCrypt

Bagaimana untuk elak daripada dijangkiti Ransomware?

Buat masa ini, pihak Microsoft telah mengeluarkan patch untuk mengatasinya di Windows XP dan terkini, selain menekankan yang mana pengguna perlu sering mengemaskini Windows Defender, dan menggunakan versi Windows terkini untuk mengelak perkara ini.

Menurut mereka, satu-satunya cara untuk menghalang serangan ini ialah dengan memuat-turun kemasan keselamatan oleh Microsoft sebelum anda diserang oleh perisian WannaCrypt ini. Selain itu kita perlu berjaga-jaga untuk tidak pergi laman web yang tak dikenali atau memuat turun sebarang fail melalui e-mel orang yang kita tak kenal.

Serangan ini juga dilihat kini telah dapat dikawal – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat variasi daripada ransomware ini hadir pada masa akan datang.

Boleh juga download Ransomfree untuk elak komputer kita daripada diserang ransomware.

Bagaimana mahu tahu jika komputer kita telah dijangkiti?

Boleh cuba lihat kemungkinan dijangkit malware dengan Muat-Turun Eset EternalBlue Vulnerability Checker. Ia akan memberitahu komputer kita berpotensi atau dalam erti kata lain dijangkiti. Tapi tidak semestinya WannaCry, cuma mungkin telah diserang malware lain. Selalunya ia mudah menjangkiti windows yang tidak dikemaskini (update). Jadi perlulah mengemaskini windows dan antivirus serta backup fail jika ini terjadi.

Ada cara tak untuk menghapuskan ransomware jika ia berlaku (telah dijangkiti)?

- Boleh cuba memuat turun dua fail ini untuk mendapatkan fail yang hilang setelah dijangkiti. Antaranya Wanakiwi atau Avast juga ada mengeluarkan Avast Ransomware Decryption Tools.. Ini mungkin sementara. Namun pasti akan ada perisian lebih baik akan dibuat oleh pengkaji untuk masa akan datang.

Untuk perkembangan di Malaysia, boleh lihat kemaskini maklumat oleh SKMM.

- Jika mahu tengok secara langsung setiap rangkaian yang telah dijangkiti cuba hubungi domain yang ditetapkan penggodam: di web ini.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan terselamat daripada dijangkiti ransomware ini. Insya-Allah.


**Malware adalah suatu program yang dirancang dengan tujuan untuk merosak dengan menyusup ke sistem komputer. Virus di komputer juga adalah salah satu malware; perosak.




Antara sumber maklumat:


Kadangkala kita keliru antara sujud (selain sujud dalam solat), di antara sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur. Namun menerusi ruangan Pintar Fiqah Majalah Solusi bilangan 88, satu jadual telah disiapkan untuk kita dapat melihat perbezaan kenapa perlu sujud demikian, bagaimana dan bila perlu dilakukan. Alhamdulillah. Jom kita sama-sama fahamkan! :)

Sumber: pixabay.com


SUJUD SAHWI

SUJUD TILAWAH / SAJADAH

SUJUD SYUKUR

Disebabkan leka atau lupa
dalam solat.

Contoh terlupa tahiyat
awal, terlupa ayat surah yang sedang dibaca atau terlupa bilangan rakaat
sebenar.

Sebaik membaca atau
mendengar ayat-ayat yang disunnahkan sujud.

Kerana mendapat apa
sahaja yang menggembirakannya sama ada berupa nikmat, atau terlepas suatu
musibah atau sebagainya.

Dua kali sujud.

Sekali sujud sahaja.

Sekali sujud sahaja.

Dilakukan pada akhir
solat.

Sebaik mendengar atau
membaca ayat-ayat sujud tilawah.



Tidak boleh dilakukan
berkali-kali. Hanya pada akhir solat yang berlaku kejadian lupa sahaja.

Boleh dilakukan
berkali-kali.

Boleh dilakukan
berkali-kali.

Tiada zikir khas yang
sabit.

Ada zikir khas.



Tiada zikir khas yang
sabit.

Boleh dilakukan
disebabkan imam terlupa walaupun imam sendiri tidak lakukan.

Tidak boleh lakukan jika
imam tidak melakukannya.

Tidak berkenaan.



Boleh dilakukan dalam
solat.

Tidak boleh dilakukan
dalam solat.



Jika mahu rujuk cara sujud boleh baca di:


Selamat beramal! Mudah-mudahan semua ibadah kita diterima-Nya. Insya-Allah.



Irfan Haris muncul dengan lagu barunya berjudul Pesan. Lagu ini ciptaan penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli. Dan lirik ditulis (sekali lagi selepas Redha) oleh Raja OST; Ippo Hafiz, Irfan sendiri dan Haqiem. Lagu ini juga menjadi lagu tema drama bersiri di slot Akasia berjudul Kukirim Cinta, lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli.



Lirik Pesan (OST Kukirim Cinta) - Irfan Haris

Di saat ku tiada nanti, tiada lagi di sisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang kusayang
Yang paling kukasih dirimu
amat beerti hidupku
Nanti di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakanlah aku
Di saat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Di saatku, bila tiada di sisimu
Semoga cinta kitakan bersama
di hatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti di hujung waktu
Saat kukirim cinta yang abadi...

Nanti di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakanlah aku
Di saat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Di saatku, bila tiada di sisimu
Semoga cinta kitakan bersama
di hatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti di hujung waktu
Saat kukirim cinta yang abadi...



***


Lagu: Haqiem Rusli
Lirik: Ippo Hafiz / Irfan Haris / Haqiem Rusli

Penerbit: Ippo Hafiz

Gambar: @@irfannharis

Lagu OST lain dalam drama Kukirim Cinta:

-- Akhirnya Cinta - Salma
-- Selamat tinggal - 6ixth Sense



Filem berdasarkan kisah benar memang cepat menangkap perhatian. Semasa saya menulis entri ini, di Malaysia sedang ditayangkan filem You Mean The World To Me (berdasarkah kisah hidup seorang pengarah menyelusuri semula kehidupan lalunya) serta baru-baru ini ada ditayangkan filem Adiwiraku (kisah benar susah-payah guru dan anak murid di kampung dalam mencapai impian).

Banyak sebenarnya filem kisah realiti yang menarik sama ada dari Amerika, Eropah, India mahupun negara asia lain dan negara timur tengah. Namun filem yang saya ingin perkatakan kali ini adalah filem yang agak tragis, sedih dan penuh emosi serta berjaya menggugah hati ramai penonton. Kerana apa?

Kerana kita seolah tidak dapat menerima alasan logik kenapa peristiwa berkenaan perlu berlaku. Sedangkan hakikatnya ia boleh dielak.

1. Filem Silenced (Korea) - Video @ youtube

Saya mendengar kehebatan cerita ini sudah lama. Namun baru dapat menontonnya di TV9. Dengan pelbagai adegan yang penuh tidak sangka saya dengarkan, rasa teruja untuk menontonnya pasti ada.



Sinopsis: Silence (The Crubicle): kisah benar pedophilia yang berlaku pada 2005 (dijadikan novel, kemudian diangkat sebagai sebuah filem pada 2011) di Sekolah OKU, daerah Gwang-Ju Korea Selatan. Anak-anak ini pekak dan bisu, jadi perkara salah yang dilakukan oleh pengetua mereka (yang kelihatan baik pada mata ramai), diambil mudah dan dilepas tangan. Tidak mendapat pembelaan sehinggalah cerita ini dikisahkan semula.

Aspek kemanusiaan: Kisah ini penuh dengan rasa geram penonton, marah dan tangis. Banyak perkara yang begitu mendukacitakan. Wajarkan seorang pembela menjadi pemusnah? Dan gagalnya suara kurang upaya dalam menentang kuasa besar dalam hidup. Apatah lagi dikaburi dengan perkara-perkara luar yang tidak jujur.

Dari kaca mata penonton filem: Kisah ini boleh ditonton oleh penonton yang bersikap natural atau memang jenis boleh tenang. Jika jenis terbayang (terbawa-bawa), atau mudah terganggu, elok elakkan saja. Namun saya merasakan filem ini begitu kuat dengan rasa semulajadi dan penghayatan para pelakonnya. Seolah-olah pelakonnya tidak berlakon. Sangat real

Kejayaan filem ini:  "Kisah nyata, selepas kisah ni diangkat menjadi filem ‘Silenced’, kes ni mula mendapat liputan antarabangsa dan perbicaraan yang tertangguh sekian lama diangkat ke mahkamah semula. Dulu, kes ni ditutup." - (Sumber: Thevocket)

2. Filem Sunk Into The Womb (Jepun) - Video @ youtube

Filem ini saya tonton di astro. Dalam sibuk orang perkatakan tentang Silenced, ada pula mencadangkan menonton filem ini. Katanya lebih sedih dan penuh ketidakjangkaan.


Sinopsis: Sebuah filem berdasarkan kisah benar yang berlaku di Osaka, Jepun. Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab dan penyayang diabai suami. Kemudian perlu mencari kerja, dan akhirnya menjalani kehidupan bebas. Ada dua anak kecil. Kemudian dia meninggalkan kedua anak itu. Agak lama, sehingga keduanya kelaparan. Dan ada yang mati. Namun tindakan ibunya setelah pulang, lebih mengejutkan.

Aspek kemanusiaan: Filem ini penuh tanda tanya dan rasa tidak senang. Ada hak manusia yang tidak terpenuhi. Dan dilepaskan dengan cara salah. Tekanan setiap manusia berbeza dan cara menyelesaikannya perlu betul dan paling penting, dicari. Jangan kerana rasa sendiri, kita berbuat sesuatu yang tidak wajar pada diri, mahupun orang di sekeliling. Apapun, sewajarnya perlu kembali kepada Tuhan.

Dari kaca mata penonton filem: Filem ini bagus naratifnya. Dan tidak ada ramai pelakon. Banyak diperlihatkan keletah anak, dan gambaran rumah yang ditinggalkan orang dewasa, filem ini begitu perlahan (banyak guna stationary camera shot). Buat yang jenis menghayati dan tak suka filem jenis laju, ia sesuai untuk ditonton.

*****

Apapun, realiti keadaan yang begitu mendesak dan didorong tuntutan nafsu yang begitu kuat hari ini kadangkala membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan, apa yang kita harus lakukan adalah sebolehnya berhati-hati, menjaga diri, mengawal serta mencegah. Moga baik-baik untuk semua kita. Insya-Allah.



Ciptaan Melly Goeslaw tidak pernah mengecewakan. Lagu-lagu yang dititipnya buat khalayak begitu indah sekali. Kali ini beliau tampil dengan lagu Memang Kenapa Bila Aku Perempuan bersama Gita Gutawa untuk soundtrack filem Kartini. Mari kita hayati lagu yang indah ini.



Lirik Lagu Memang Kenapa Bila Aku Perempuan

Artis: Melly Goeslaw Ft Gita Gutawa

Angin kemana kan mengarah
Membangun jiwa yang haus cerita
Keinginan mengetahui dunia
Mengabaikan rasa cinta dalam jiwa

Semua berawal dari mimpi
Hanya kita yang bisa mewujudkan
Sampai dimana batasnya pengorbanan
Sedang pengabdian tak pernah terhenti

Aksara yang menari di atas awan
Cukup jelas menuliskan harapan
Memang kenapa bila aku perempuan
Aku tak mau jadi budak kebodohan

Cinta bicara halusnya perasaan
Hadir tanpa diundang dan dipaksakan
Memang kenapa bila aku perempuan
Aku tak mau jadi budak kebodohan

Biduk ilalang pun berlagu
Memberi restu pada harapanmu
Pandanganmu jauh luas membentang
Meyakini habis gelap pasti terang

Aksara yang menari di atas awan
Cukup jelas menuliskan harapan
Memang kenapa bila aku perempuan
Aku tak mau jadi budak kebodohan

Cinta bicara halusnya perasaan
Hadir tanpa diundang dan dipaksakan
Memang kenapa bila aku perempuan
Aku tak mau jadi budak kebodohan



Sedikit sinopsis Filem Kartini:
Filem Kartini adalah perjuangan emosional daripada sosok Kartini (lakonan Dian Sastrowardoyo) yang harus melawan tradisi dan bahkan menentang keluarganya sendiri untuk memperjuangan kesetaraan hak untuk semua orang di Indonesia. Indowarta.com


Sumber gambar :instagram @melly_goeslaw  | Lirik: bukulirik.web.id



Solat Dhuha sering dikaitkan dengan rezeki. Namun sebagai hamba-Nya, kita beribadah adalah sebagai tanda kehambaan, cinta dan pengharapan kepada-Nya. Untuk rezeki, usaha kita perlulah seiring dengan doa dan ibadahnya. Moga perjalanan hidup kita semua diberkati dan dipermudahkan.

Cara Solat Dhuha:

2 rakaat dan 1 salam (seperti subuh. Cuma tiada doa qunut.). Boleh buat banyak rakaat. Namun tetap dua rakaat satu salam.

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah daripada al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Waktu boleh mula: Lebih kurang 30 minit selepas subuh
Waktu solat ini tamat (tak boleh solat Dhuha dah): 10 minit sebelum zohor
Bilangan rakaat: 2 – 12 rakaat

Niat:

ﺃﺻَﻠِّﻲ ﺳُﻨَّﺔَ ﺍﻟﻀُﺤَﻰ ﺭَﻛَﻌَﺘَﻴْﻦِ ﻟِﻠﻪِ ﺗَﻌﺎﻟﻰَ

“Usholli sunnataantd-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa”.
“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala.”

Antara surah yang boleh dibaca selepas al-fatihah (surah lain pun boleh): Al-syams, al-dhuha, al-kafirun, al-ikhlas.



Dhuha mempunyai keberkatan tersendiri. Jika tidak, tentu Allah tidak bersumpah dengannya.
Malah Rasul bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat subuh berjemaah, kemudian sambung duduk berzikir mengingati Allah dan selepas itu dia mengerjakan solat dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah.” (Riwayat al-Tirmizi).
- Waktu dhuha mempunyai cahaya menerangi.
- Menerangi hati ketika gelisah

Doa Dhuha (Baca setelah habis solat)


Ada apa dalam dhuha?
- Nikmat (Dhuha itu sedekah melalui anggota sendi)
- Perlindungan Allah (membaca doa ini pagi dan petang 3 kali, akan jauh daripada perkara mudarat.)
- Dapat petunjuk
- Diberi kecukupan (Rujuk juga: hafizfirdaus.com):

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097).


Sumber gambar:  Nisaa Lim Nisaalim |  Pakcikli00
Kesempatan Dhuha
Hebatnya waktu dhuha sehinga Rasul mewasiatkan. Sibuk bukan alasan. Ambil masa zikir atau baca doa pada pagi jika tak sempat dhuha. Moga dhuha menjadi kekuatan dan pelindung kita. Insya-Allah.

Jika mahu lebih lengkap rujuk juga: shafiqolbu.wordpress



Ramai di antara kita ada haiwan peliharaan masing-masing. Apa saya mahu kongsikan di sini adalah gambar anak-anak (serta ibu) kucing jiran kesayangan (ada juga saya letakkan di instagram @arnamee). Kebahagian dan kebaikan datang melalui pelbagai cara. Mungkin kerana wujud dan baiknya kita dengan makhluk lain, dihantar kucing comel ini untuk kita bersahabat dan berteman. Maka, hargailah.

Kenalkan, yang oren itu kami panggil oren cantik. Suka lepak belakang rumah. Nampak peramah tapi penakut sebenarnya dengan orang. Sekarang dah semakin berani. Yang kelabu itu pula, kami panggil dia Abu (singkatan nama Abu). Baru melahirkan dua ekor anak berwarna putih (ada seidikit kelabu) (beranak buat kali pertama). Sangat bijak, pembersih dan manja.





Masya-Allah! Comel sungguhkan? Itulah keindahan dan kekuasaan Allah. 
Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
بينما رجلٌ يمشي بطريقٍ ، اشتدَّ عليه العطشُ . فوجد بئرًا فنزل فيها فشرب. ثم خرج . فإذا كلبٌ يلهثُ يأكلُ الثَّرى من العطشِ . فقال الرجلُ : لقد بلغ هذا الكلبُ من العطشِ مثلَ الذي كان بلغ مني . فنزل البئرَ فملأ خُفَّه ماءً ثم أمسكه بفيه حتى رقِيَ . فسقى الكلبَ فشكر اللهُ له . فغَفر له . قالوا يا رسولَ اللهِ ! وإنَّ لنا في هذه البهائمِ لَأجرًا ؟ فقال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ
“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.

Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

(HR Muslim)

-- Antara sumber: https://muzir.wordpress.com/


Terima kasih.



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang April 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz: Dai Hilman & Ustaz Muhidin Mokter (Harta & Kehidupan)

--Hutang perlu dulu dibayar berbanding sedekah. Sebab bayar hutang wajib. Sedekah itu sunat.
--Kita perlukan harta untuk beli keperluan beribadah.
--Makan harta anak yatim, balasannya api neraka. Santuni dengan cara terbaik
--Perlu bagi didikan baik pada anak dan isteri. Jika tidak, boleh jadi fitnah.
--Ikut cara yang disuruh Nabi Muhammad SAW.
--Lihat keutamaan.

Anak syurga (Alhidayah).

--Kita percaya Allah, kita akan kuat.
--Kita sedar sesuatu tu ada hikmah. Kita akan kuat.
--Kita ada aset ke syurga. Tinggal kita buat baik ja untuk ke syurga tu.
--Ujian untuk kita bertambah kuat.
--Dunia pentas ujian menuju Allah

Tanyalah Ustaz: Tawasul (Ustaz Nizam & Dai Izhar)

Tawasul (minta orang lain doakan).

--Tawasul ini seni dalam berdoa. Tetap direct dengan Tuhan.
--Orang jaga makan halal haram doanya makbul.
--Tawasul dengan kebaikan pada kucing. Bukan dengan kucing tu.
--Doa orang sakit makbul sebab pengharapan pada Tuhan itu tinggi.
--Sahabat juga suruh Nabi doakan.

Tanyalah Ustaz: Road Block Iblis (Ustaz dan Dai Hilman).

- Nak khusyuk baca An-Nas 3 kali.
- Orang puji kita block. Rendah diri. Biar syaitan tak ganggu kita. Jangan bagi iblis masuk tu. Tawaduk jangan bagi diri sum-ah ujub riak.

Menjauhi roadblock iblis dengan
- Jauhi prasangka. Jauhi was-was pada ibadah Tuhan terima ke dak. Iblis akan buat kita bermusuh dengan orang. Kena ada ilmu dan amal. Faham dan beramal.

*Taat kepada Allah. Buat kebajikan.
* Perkara tak baik itu roadblock iblis laknatullah. Iblis nak bawa kawan.
*Apa-apa berdasarkan ilmu.
*Kita faham ketaatan kita kepada Allah.
*Kita mengamalkannya.

-Semak Surah Al-Kaf; Tuhan tak nak dengan perbalahan.

Tanyalah Ustaz: Dai Izhar & Ustaz (Ujian Hidup)

-Allah perhati itu kita diuji.
-Jika tak, Dia biar.
-Sebut inalillah tanda penyerahan kepada Allah.

BALA ATAU HIKMAH (Tanyalah Ustaz)

"Kita tak boleh pandang hina pada cara hidup seseorang. Sebab kita tak tahu penghujung hidupnya dan kita nanti bagaimana." - Ustaz.

-Kahwin lambat ini ujian. Ada hikmah.
-Ujian ini Tuhan nak lihat sabar kita.
-Allah bersama orang yang sabar.
-Lagi sabar lagi naik tingkatan kita di sisi Allah.
-Zaman Nabi dulu ada sahabat kena balasan cash. Baru silap sikit cakap dah sakit. Muntah. Pening.
-Allah beri Dia tak perlu fikir. Dia buat sesuatu kita tak boleh nampak kadangkala.
-Tuhan tahan kadangkala rezeki dia. Sebab jika beri banyak takut dia rosak.
-Solat itu bukan modal perniagaan hidup senang.
-Kadangkala Tuhan beri seseorang nikmat walaupun dia tak jaga ibadah, sebab dia masih ada akidah. -Tidak mahu dia makin kufur.
-Fikir panjang. Jangan fikir pendek.
-Kita kena anggap kita ni berdosa. Kadangkala kita tak nampak dosa kita. Kita jeling orang misalnya. -Kita rasa tak. Orang yang terasa.
-Apabila musibah cari dosa kita. Kita akan jumpa.
-Iman kita rendah apabila kita rasa kita malaikat.

"Kita tak boleh pandang hina pada cara hidup seseorang. Sebab kita tak tahu penghujung hidupnya dan kita nanti bagaimana." - #TanyalahUstaz

Tanyalah Ustazah: Ustazah Hidayah. (Harta)

-Kalau asalnya milik orang tu terpulang orang tu.
-Ada sistem faraid dan software di komputer.
-Kalau perempuan meninggal ada mak ayah. Anak perempuan dapat. Kemungkinan pakcik seibu sebapa tak dapat.
-Kena ada hitam putih.
-Istihar harta
-Mak bagi harta adil pada benda nampak. (Dah meninggal ikut faraid). Hibah dia cakap masa hidup.

Betulkan Ustaz (Ustaz Izhar: Taubat sebelum terlambat)

-Redha mak ayah penting
-Taubat sebenar-benar taubat
- Bagi nasihat. Jangan hina. Dekati mereka. Ingatkan tentang Allah.
- Selalu baca doa Ya muqallibal qulub...
- Taubat takkira umur.

Tanyalah ustazah: (Mata maksiat) - Ustazah Hamidah

- Nak jaga mata & diri daripada maksiat banyakkan baca al-Quran.
- Tuhan suruh kita jaga pandangan. Maka, jaga! Doalah selalu agar kita kuat jaga pandangan. Jaga pancaindera kita.

Betulke Ustaz - Alhijrah (Ustaz)

-Nak hati tenang kena banyakkan berzikir; mengingati Allah. Dan selalu bahagiakan diri dan senangkan orang lain. 🌹
-Nak tenang dan ditambah rezeki perlu menjadi orang yang membahagiakan diri dan orang lain.
-Allah bagi ujian / tekanan untuk tinggikan darjat kita & ampunkan dosa. Serta buat kita muhasabah diri. Dan banyak lagi hikmah yang hanya Dia saja tahu.

Ubat penenang. Ustaz Elyas.

Tanda orang tak tenang.
- Mudah salahkan orang. Jangan melatah.
- Malas usaha namun risau orang berjaya.

"Allah jadikan semua orang hebat. Namun yang membunuh kehebatan kita adalah sifat malas." - Ustaz Elyas.

Istighfar dan baca istighfar berbeza. Beristighfar

Zikir ada 3 jenis:
- Zikir qauli (sebut)
- Qalbi (hayati maksud). Rasa menyesal.
- Fiqli. (Buat)

Secara tindakannya kita pulangkan semula semuanya kepada Allah.
Doa supaya tidak rasa sunyi / dibiar sendirian. (Surah al-Anbiya ayat 89).
Hidup beriman hidup tak pernah sunyi kerana dalam hatinya ada ilahi.

Tanyalah Ustaz: Kunci Untuk Tenang (Ustaz Ilyas)
Surah Toha ayat 39



Suroh Yusuf ayat 4



Sangka baik dan bersyukur untuk tenang.

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.

Antara rujukan: Facebook Tanyalah Ustaz TV9









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top