Setiap kebaikan wajar dihargai, dan tiada ucapan yang lebih baik selain doa. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk mendoakan orang yang berbuat baik kepada kita dengan ucapan:
جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا
🌿 Semoga Allah SWT membalasnya dengan segala kebaikan🌿
Orang islam (khususnya) digalakkab mengucapkan terima kasih dalam bahasa arab ini sekaligus mendoakan orang lain.
(Puisi:- Malis) "Mengikhlaskanmu bagai memaksa kematian sebelum ajal, seperti hujan yang tiba-tiba berhenti - padahal telah mencurahkan segala-galanya, seperti siang yang terpaksa berundur memberi ruang kepada malam - padahal ia sudah menerangi seterang-terangnya, seperti daun yang rela gugur - padahal pohon telah menjulang setinggi-tingginya, seperti kita yang pernah berbagi bahagia - kini tinggal aku yang separa gila."
Kau suka bila kau dapat luahkan hati tanpa dinilai hanya ruang untuk bercakap
Kau suka bilaku pilih untuk mendengar walaupun kau tahu aku mempunyai pendapat Kau tak perlukan nasihat sesiapa yang akan bagi tau kau apa yang kau sudah tahu
Kau cuma perlu kan semangat untuk
melakukan apa yang kau tahu seharusnya berlaku
[Chorus: Ziana Zain]
Apa yang memenuhkan?
Apa yang memuaskan dirimu? Siapa ada jawapan?
Siapa yang memahami dirimu?
[Post-Chorus: Alyph]
Sayang, mungkin aku begitu juga
Mungkin itu sebab kenapa
Aku faham apa kau rasa
Mungkin aku juga yang mencari yang sama
[Verse 2: Ziana Zain & Alyph]
Dan jika aku tak akan mula, mungkin masanya
takkan tiba
Dan kita akan dibiar tertunggu-tunggu selamanya, selamanya (selamanya)
Sebab itu lah ku di sini memahami bila kau luahkan hati
Kau perlu kan aku macam aku perlukanmu untuk bangun dari mimpi
Rasuah adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kepada kemudaratan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Al-Quran dan Hadis dengan jelas menegaskan larangan ini.
Jangan biarkan rasuah merosakkan integriti kita sebagai umat Islam dan masyarakat yang berwibawa.
Perkataan adalah senjata yang paling berbahaya jika tidak digunakan dengan bijak. Dalam bab ini, Imam al-Nawawi mengingatkan kita tentang larangan menggunakan lafaz celaan ketika berbicara dengan sesama manusia.
Dalam sistem tanah di negara kita, pendaftaran pemilikan adalah segala-galanya. Sebab itu sebagai pemilik sesebuah hartanah, kita kena sentiasa ada geran asal dalam milikan.
Kalau nak jual rumah tapi Geran asal hilang, proses jual beli tak boleh nak diteruskan.
Jadi, apa perlu kita buat jika Geran asal hilang?
𝟏. 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚
Maklumat yang perlu ada dalam laporan polis:
– Nama penuh pemilik
– Nombor Kad Pengenalan
– Maklumat Geran
– Alamat Hartanah
– Bila hilang
𝟐. 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡
Akuan sumpah perlu dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh pemilik. Kalau pemilik ramai, semua pemili kena buat akuan sumpah bersama.
Akuan Sumpah dibuat bagi tujuan untuk dapatkan semula Geran baru di Pejabat Tanah.
Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi Borang Permohonan untuk dapatkan Geran baru. Semua dokumen di atas akan dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan.
Carian persendirian hartanah boleh dibuat pada masa yang sama ketika isi dan hantar Borang Permohonan sebab Carian Persendirian boleh dapat segera. Jadi, tak perlulah berulang alik ke Pejabat Tanah. Harga Carian Persendirian RM 30 kalau di Selangor.
Ada sesetengah Pejabat Tanah mungkin minta Carian Rasmi dan bukannya Carian Persendirian. Jadi, dalam situasi macam ni, kena buat Carian Rasmi. Carian Rasmi biasanya takkan dapat pada hari yang sama sebab pegawai kena tandatangan dan harga mahal sedikit dari Carian Persendirian iaitu RM 50 (Selangor).
Bayaran permohonan juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Kalau di Selangor, bayaran seperti berikut:
Geran hilang: RM 430 – RM 440
Geran rosak: RM 120 – RM 130
Geran hancur: RM 10
𝟒. 𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Selepas Borang Permohonan diserahkan bersama-sama dokumen yang lengkap, dalam masa beberapa minggu (atau bulan) kemudian, pemilik akan dipanggil oleh Pejabat Tanah untuk menghadiri siasatan berkenaan permohonan tersebut.
Pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Jadi, pastikan alamat surat menyurat yang diletakkan adalah alamat terkini.
Semasa siasatan, pemilik perlu menjawab beberapa soalan yang akan ditanya oleh pegawai.
𝟓. 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Selepas selesai siasatan di Pejabat Tanah, langkah terakhir hanyalah untuk Pejabat Tanah memproses dan membuat Geran baru bagi hartanah tersebut.
Proses ini biasanya mengambil masa berbulan juga. Boleh dapatkan kepastian dari pegawai ketika siasatan dijalankan.
Jika Geran baru sudah siap, pemilik sekali lagi akan dihubungi oleh Pejabat Tanah, biasanya melalui surat, untuk datang dan ambil Geran baru tersebut sendiri.
Geran tersebut mestilah diambil sendiri oleh pemilik. Jika nak hantar wakil, kena buat surat wakil kuasa untuk orang lain ambilkan.
Lepas dapat Geran baru, sebaiknya buat terus salinan photostat manakala Geran asal simpanlah di tempat yang selamat.
Semoga bermanfaat.
P/S:
Sekiranya kita beli hartanah guna pinjaman bank, Geran asal akan dipegang oleh pihak bank sehinggalah kita habis bayar hutang. Salinan sahaja yang akan ada dengan kita. Jadi, dalam situasi ini, jangan pula kita buat permohonan Geran hilang. Tak pasal-pasal kena maki dengan Pejabat Tanah satgi.
Semoga kejadian pukul OKU di Terengganu tidak lagi berulang. 😢
Sabar itu indah, jangan tergesa-gesa untuk bertindak. Jangan biarkan amarah menguasai diri hingga kita terlupa untuk berbincang dengan tenang. Ingatlah, tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan boleh membawa padah yang tidak diingini.