๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Pejabat Buruh ini banyak nama. Ada orang panggil Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pejabat Tenaga Kerja. Ada juga nak guna Mahkamah Buruh.
Semua ini sebenarnya sama.
Jangan pening-pening.
Kalau nak tahu, selepas pindaan Akta Kerja 1955 yang terbaru, semua pekerja sudah boleh buat aduan ke Pejabat Buruh!
Ya, semua.
Sebelum ini hanya pekerja bergaji bawah RM2,000 sahaja boleh dan untuk sesetengah kes, bergaji bawah RM4,000.
Ramai juga tidak tahu bahawa sebenarnya bukan pekerja sahaja yang boleh buat aduan tapi ๐ฆ๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก.
Contoh aduan yang boleh dibuat oleh PEKERJA:
a. Gaji tertunggak
b. Komisyen tertunggak
c. Elaun cuti bersalin
d. Upah kerja lebih masa
e. Bayaran ganti notis
f. Faedah penamatan kerja
Aduan yang boleh dibuat oleh MAJIKAN:
a. Bayaran ganti notis
Walaupun semua pekerja sudah dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan dibenarkan buat aduan ke Pejabat Buruh tapi untuk mereka yang bergaji lebih RM4,000, ada tuntutan tak boleh dibuat di Pejabat Buruh.
Yang bergaji lebih RM4,000 tidak dibenarkan untuk buat tuntutan seperti di bawah:
a. Bayaran kerja lebih masa
b. Bayaran kerja hari rehat
c. Bayaran kerja pada cuti am
d. Elaun kerja syif
e. Faedah penamatan kerja
Ini langkah-langkah untuk korang buat aduan ke Pejabat Buruh.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sebelum pergi ke Pejabat Buruh, sebaiknya kita sediakan terus dokumen-dokumen asas bagi memudahkan urusan pegawai untuk mendengar kes kita.
Antara dokumen asas yang perlu ada:
a. Kad Pengenalan
b. Kontrak Kerja/Surat Lantikan
c. Slip gaji
d. Notis penamatan (jika ada)
Dokumen-dokumen ini akan membantu kita untuk membuat aduan secara bertulis di Pejabat Buruh nanti.
๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Mana-mana individu sama ada pekerja atau majikan yang mempunyai pertikaian mengenai kontrak kerja, perlu membuat aduan secara bertulis ke Pejabat Buruh.
[Seksyen 70 Akta Kerja 1955]
Aduan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Buruh yang terdekat dengan tempat kerja.
Semasa di kaunter, individu yang membuat aduan perlu membuat kenyataan bertulis kepada pegawai yang bertugas.
Dalam kenyataan bertulis tersebut, perlu mengandungi maklumat โ maklumat berikut:
a. Nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini;
b. Jawatan dan gaji bulanan
c. Nama dan alamat majikan (sebaiknya buat carian SSM)
d. Tarikh mula bekerja dan tempoh bekerja
e. Fakta dan kronologi lengkap aduan yang dikemukakan
f. Tuntutan yang ingin dibuat
Individu yang membuat aduan akan membuat kenyataan bersumpah di hadapan pegawai di mana kenyataan tersebut akan direkodkan dalam Buku Kes.
Sebaiknya, sebelum buat aduan, dapatkan nasihat dan/atau khidmat peguam terlebih dahulu untuk mendraf kenyataan bertulis yang terperinci dan lengkap bagi memudahkan urusan.
Selepas kenyataan direkodkan di hadapan pegawai, Pengadu akan diberikan salinan Kenyataan Tuntutan
Kenyataan Tuntutan ini sama seperti laporan polis.
Kena simpan Kenyataan Tuntutan ini dan bawa bersama setiap kali perjumpaan di Pejabat Buruh.
Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan untuk buat aduan ke Pejabat Buruh.
Kenyataan Tuntutan ini juga berfungsi sebagai ringkasan kes sekiranya anda ingin melantik peguam bagi mewakili anda dalam prosiding di Pejabat Buruh.
Jadi, pastikan simpan elok-elok Kenyataan Tuntutan.
๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Apabila aduan sudah dibuat, Pejabat Buruh akan menetapkan satu tarikh bagi Sebutan Kes.
Kedua-dua pihak perlu hadir semasa Sebutan Kes tersebut.
Pengadu akan diberikan notis yang akan maklumkan bila dan di mana Sebutan Kes akan diadakan manakala Majikan akan menerima Borang A iaitu Saman Defendan di mana dalam Saman tersebut akan dinyatakan jenis tuntutan Pengadu.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Kebiasaannya pada Sebutan Kes yang pertama, pihak Pejabat Buruh akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan pertikaian secara baik-baik terlebih dahulu.
Pihak-pihak boleh ambil peluang ini untuk berbincang dan mencari jalan tengah bagi menyelesaikan pertikaian.
Sekiranya tiada kata putus dimuktamadkan, Pejabat Buruh akan menetapkan tarikh Perbicaraan bagi kes tersebut.
Penetapan tarikh Perbicaraan, sama ada cepat atau lambat, bergantung kepada jadual Pejabat Buruh.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Pada hari perbicaraan, sekira kedua-dua pihak tidak melantik peguam, maka pihak-pihak akan mewakili diri sendiri semasa perbicaraan.
Siapa yang buat aduan akan memulakan kes terlebih dahulu dengan memberikan keterangan.
Contohnya, pekerja buat aduan untuk tunggakan gaji.
Jadi, semasa perbicaraan, pekerja yang akan memberikan keterangan terlebih dahulu.
Pastikan bawa dokumen-dokumen yang relevan untuk dirujuk dan susun elok-elok.
Kemudian, majikan akan menyoal balas keterangan pekerja.
Selepas majikan selesai tanya soalan kepada pekerja, pegawai Pejabat Buruh pula yang akan tanya soalan.
Habis pegawai Pejabat Buruh tanya soalan, kalau pekerja tiada saksi lain, giliran majikan pula yang jadi saksi dan memberikan keterangan.
Pekerja pula yang akan soal balas majikan dan seterusnya pegawai Pejabat Buruh akan tanya soalan kepada majikan.
Sekiranya majikan pun tiada saksi lain, maka perbicaraan telah selesai.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Apabila perbicaraan sudah tamat, pegawai Pejabat Buruh akan memberikan arahan kepada pihak-pihak untuk menyediakan Hujahan Bertulis.
Biasanya tempoh masa yang akan diberikan adalah seminggu atau 2 minggu daripada tarikh perbicaraan.
Kalau pihak-pihak ada peguam, peguamlah yang akan sediakan Hujahan Bertulis.
๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
Selepas Hujahan Bertulis telah diserahkan kepada Pejabat Buruh, pihak-pihak akan menerima surat makluman tarikh Keputusan kes akan diberikan.
Pihak-pihak perlu hadir pada hari Keputusan dibacakan.
Sekiranya tidak hadir, Keputusan masih tetap akan dibacakan oleh pegawai Pejabat Buruh.
Tarikh Perintah akan ikut tarikh Keputusan dibacakan.
Salinan Perintah tetap akan diserahkan kepada pihak-pihak.
Sekiranya tuntutan Pengadu berjaya, Defendan perlulah membuat bayaran kepada Pengadu dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah.
-TAMAT-
Semoga bermanfaat.
Dikongsikan oleh Tuan Nas Rahman yang merupakan seorang peguam di Nas Rahman & Azri Abdullah. Penulis di jomtanyapeguam.com.
Sumber penulisan asal:
https://twitter.com/nas_rahmann/
Boleh rujuk juga di Tiktok:
https://www.tiktok.com/@nas.rahman/video/7258257323712318721?_t=8jtkorPsutF&_r=1