Rasa berat jiwa saya apabila mengingatkan kebaikan sahabat seorang ini. Kawan blog saya sejak 2009 (zaman aktif YM dan blogspot lagi, cuma di facebook sahaja mungkin lewat sedikit). 

Apabila ada artikel saya di laman web ILuvIslam keluar atau saya terlibat dengan buku antologi tertentu, beliau ini paling awal tampil memberi sokongan dan menyatakan kepada kawan lain tentang artikel saya. Ya, tulisan saya yang biasa-biasa itu, beliau yang berbakat dalam bidang penulisan ini tidak keberatan untuk menyatakan kepada semua 'ini tulisan sahabat saya, jemput baca'.

Beliau yang juga mahir dalam bidang design dan editing, tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dan mempercayai saya dalam tugasan grafik apabila sudi membawa saya untuk bekerjasama dalam hal melibatkan web, photo editing mahupun edit cover photo untuk client beliau.

Beliau yang juga merupakan pemenang saguhati Sayembara Menjejak Cinta 2014 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yadim dan juga mantan Exco penerangan ABIM Melaka ini begitu tenang dan berhikmah orangnya. Terlibat dalam beberapa buku antologi. Malahan tahun 2018 ini menyaksikan puisi beliau ada tersiar di Majalah Tunas Cipta - Edisi Julai 2018. Belum lagi beberapa kali saya lihat puisi beliau tersiar di Majalah Solusi.

Namun, dengan rendah hati beliau pernah beli zine (buku handmade) saya dan kawan-kawan. Saya pernah bertanya bagaimana tulisannya selalu muncul di majalah, dia berkata dia tulis sahaja, ikut kesesuaian terbitan, sudah rezeki! Allah! Kagum hati kecil saya. Malahan dia ada memberi nasihat dan pendapat tentang penulisan saya yang membuatkan saya lebih mahu berusaha untuk terus memperbaiki diri. 

Memetik sedikit biodata beliau (Facebook Adli Abdullah):

Adli yang bersemangat 
"Adli Abdullah atau Khairul Adli Abdullah adalah seorang penulis OKU novel audio TLiNGE, buku dan majalah. Turut bergelar penyair, blogger dan vlogger. Seorang yang dilahirkan normal dan cukup sifat, berasal dari Jasin, Melaka. Merupakan anak kepada sepasang guru dalam subjek Sejarah (ayahnya) dan Matematik (ibunya). Seorang yang tabah dengan penyakit ‘Muscle Dystrophy’ dan ‘Saraf’ yang dialaminya semenjak berumur 10 tahun. Namun, Adli terus bangkit dengan berani dan tanpa putus asa."

Dia ini, dia yang kini telah tiada.

Dia; Adli Abdullah, penulis muda yang perginya terlalu tiba-tiba.


Beliau,
Seorang sahabat yang tidak pernah mengalah dan lelah untuk selalu setia.
Seorang anak yang menyenangkan dan membanggakan ibu dan ayahnya,
Seorang adik yang selalu menggembirakan
Seorang pak cik yang begitu penyayang
dan seorang hamba-Nya yang sangat istimewa.

Saya terkejut menerima berita pemergiannya tempoh hari. Kini, terasa kosong dan lenggang susur masa facebook kerana ketiadaan kata-kata nasihat, semangat mahupun gambar kasih sayang beliau terhadap ahli keluarganya. Namun hanya sebatas doa saya mampu beri. Moga doa saya dan kita semua sampai dan diredhai.

Antara penulisan adli abdullah:

Projek lainnnya adalah:
Sumber; https://play.tlinge.com
TLiNGE adalah kandungan buku audio (audiobook) tempatan. Penerbit yang terlibat termasuk ITBM, DBP, Dubook, Legacy dan banyak lagi yang akan datang. Salah satu cerita yang terkandung dalam aplikasi ini adalah penulisan Adli; Elektro, Kisah adiwira yang bernama Elektro.

Vlogger (dan berbakat juga sebagai editor, pelakon dan pengarah!)

Youtube ChannelAdli Abdullah & Adli Studio



Penyair & pendeklamasi puisi:



Buku Antologi Adli Abdullah:
Antologi Kapsul Nurani, Antologi Kapur Kasut dan Kapur Tulis, Antologi Biru Langit Itu.

IG: @adliabdullah.official
"Dakwah itu ada banyak cabang bukan? Insya-Allah boleh berdakwah dengan menyampaikan nilai-nilai murni Islam melalui novel dan apa jua karya sastera." - Adli
Artikel lain yang pernah menceritakan tentang beliau:- Sinar harian

Antara puisi Adli Abdullah:
Adli Abdullah ™
Novelis OKU @TLiNGE

'Bangkit terbang menuju bintang'

Twitter: @adliabdullah85

*****
Whatsapp terakhir
Akhir kata terima kasih untuk semua sokongan, Adli. Moga awak sentiasa dirahmati.
"Tak semua kita suka boleh terus digenggaman. Sampai masa, harus dilepaskan." - Adli Abdullah, 3 April 2018.
Moga terus menjadi bintang si syurga! Selamat berteman dengan penghuni langit dan bidadari, sahabat. Karya Adli akan terus hidup dalam hati kami. 

*****

Takziah buat keluarga Adli Abdullah. Moga terus kuat mendepani apa sahaja ujian dan dipermudahkan. Juga salam takziah buat keluarga penulis yang meninggalkan kita tahun 2018 ini:
  • Asmar Shah (penulis buku Sekolah Bernama Kehidupan pada 6 April 2018). 
  • Melur Jelita (penulis novel Awak Suka Saya Tak & I Love You, Stupid pada 1 Jun 2018), 
  • Imaen yang juga suami penulis Noor Suraya Adnan (Antara novel Imaen adalah Labyrinth dan Bohemian, meninggal dunia pada 3 Jun 2018)
  • Serta buat keluarga sahabat blogger Zulkarnain Bin Shaari (Carnine9 yang meninggal dunia pada 15 Jun 2018), moga ahli keluarga mereka semua tabah dan sentiasa dipermudah.
Buat semua sahabat yang telah pergi, moga kalian ditempatkan di Jannah Firdausi dan sentiasa dirahmati Ilahi. Al-fatihah.
"Membacalah, maka anda akan mengenal dunia. Menulislah, maka dunia akan mengenal anda." - Jusuf Kalla


Dr. Abdul Basit Abd Rahman melalui majalah al-Ustaz 54 terbitan Telaga Biru berkongsi tentang sunnah pada waktu Subuh. Jom kita baca dan amalkan bersama, insya-Allah.

Sunnah pada waktu Subuh

- Pergi awal ke masjid
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya mereka tahu apa yang ada dengan bersegera (ke masjid untuk menunaikan solat) nescaya mereka akan berlumba-lumba kepadanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Keluar dalam keadaan suci agar dihapuskan dosa

- Tentang dan tidak tergesa-gesa

- Memasuki masjid dengan kaki kanan, keluar dengan kaki kiri

Anas berkata: "Antara sunnah Nabi adalah memasuki masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri." (Riwayat al-Hakim)

Aisyah memberitahu: "Rasulullah suka mendahulukan anggota kanan pada setiap urusannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Membaca zikir yang warid ketika masuk dan keluar masjid

Sumber: doa-siang-malam.blogspot.com

- Solat sunat tahiyyatul masjid
- Sunat bagi lelaki untuk merebut saf pertama, bagi perempuan pula saf terakhir
- Sunat bagi makmum berada dekat dengan imam

Moga bermanfaat, insya-Allah! 

Seronok! Seperti sedang menjelajah menggunakan mesin masa atau mungkin perasaannya seperti sudah membaca beberapa ringkasan bab dalam naskah ensiklopedia. Banyak ilmu menarik selain menjadi eye opener untuk beberapa isu semasa (yang sebelum ini kita terbaca namun dari sisi berbeza). Hakikatnya buku ini padat, berbaloi dan tidak rumit untuk dibaca.

Tidak berat. Santai dan mudah difahami bahasanya. Sesiapa pun yang walaupun kurang berminat tentang isu semasa, hubungan antarabangsa dan hal-hal geopolitik dunia akan mudah menerima naskah ini.

Antara perkara yang menarik dalam buku ini adalah bagaimana kita perlu belajar daripada negara lain dan alasan kenapa kita perlu mengambil tahu hal di sekeliling kita. Juga pendirian Malaysia dalam beberapa isu.

Antaranya yang diperolehi melalui buku ini:

ASAL USUL NAMA MALAYSIA
Malaysia dalam konsep geografi satu ketika dahulu sama seperti "Asia, "Eurasia" dan "Australasia" merujuk kepada kepulauan Melayu dan tidak merujuk kepada mana-mana entiti politik. Asal usul nama Malaysia diciptakan oleh penjelajah Perancis, Jules Dumont d'Urville (1790-1842) pada tahun 1832 dalam rencana berjudul "Sur les iles du Grand Ocean" (On the Island of The Great Ocean) yang diterbitkan oleh Bulletin de la Societe de Geographie). Beliau mencadangkan supaya Lautan Pasifik Selatan dinamakan sebahagi 'Ocenia" dan dibahagikan kepada 4 bahagian: Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Kecuali istilah Polynesia dan Melanesia, istilah "Oceania", "Micronesia" dan "Malaisie" ialah ciptaan D'Urville. "Malaisie" kemudian diingeriskan menjadi "Malaysia" oleh seorang ahli geografi US, Thomas G. Bradford ada tahun 1835.

Apa-apa pun, Tunku juga yang berjaya merealisasikn projek Malaysia ini. Micronesia, Polynesia dan Melanesia masih digunakan dalam peta dunia hari ini, manakala Malaysia telah dieksklusifkan kepada negara kita.

SUMBER: https://kids.britannica.com
SEJARAH PENCIPTAAN JALUR GEMILANG (BENDERA MALAYSIA)
Asal ciptaan bendera Malaysia; Jalur Gemilang menampakkan pengaruh negeri asal pereka (Mohamed Bin Hamzah) iaitu Johor (serta diperakui Majlis Raja-Raja pada 23 Feruari 1950) dan (jika diteliti) mempunyai unsur Islam (bulan dan bintang Uthmaniyyah). Jalur Gemilang tidak meniru bendera US, namun bendera US yang menyerap warisan Alam Melayu. Bendera US diilhamkan oeh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company - EIC), EIC pula diambil daripada umbul-umbul kerajaan Majapahit iaitu "Getih-Getah Samudera" yang mempunyai 9 jalur merah putih.

ISU NEGARA LUAR DAN PENDIRIAN MALAYSIA

SUMBER: https://www.nbcnews.com

HUBUNGAN KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN

Orang Korea jarang memanggil nama negara mereka sebagai Korea (berasal daripada cara orang Eropah menyebutya iaitu "Goryeo/Koryo"). Orang Republic of Korea (ROK) menamakan negara mereka sebagai Hanguk / Hankuk (Ringkasan perkataan Daehan Minguk yang bermaksud Republik Korea). Manakala Democratic People's Republic of Korea (DPRK) masih menggunakan nama "Joseon/ Choson" (nama penuh DPRK dalam bahasa Korea; Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk). Jika nak tahu betapa peritnya perang saudara kedua negara ini, boleh menonton filem Taegukgi (2004).

Korea Utara - DPRK (Komunis) | Korea Selatan - ROK (Kapitalis)

Orang Korea sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, jadi tanggapan 'jiran jahat' ini membentuk psikologi bangsa Korea yang unik. Iaitu uri (kekitaan) dan han (dendam).

Uri -- adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Sejarah pengalaman pahit membuatkan orang Korea tidak sesekali percaya orang asing. Namun orang Korea boleh menerima orang Korea tidak kira betapa jahatnya; sebab itu betapa agresifnya DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati denga DPRK dan melihat US sebagai pihak yang bersalah.

Han -- Dendam yang terpendam. Mereka merasa telah dizalimi kuasa besar (terutama Jepun) sebab itu mereka menyalurkan perasan dendam kepada perkara berkaitan ekonomi, pendidikan, teknologoi seni dan sukan. Mereka selalu mensasarkan Jepun, sebagai negara untuk diatasi atau untuk dikalahkan.

PERASAAN MALU DAN SEMANGAT JUANG JEPUN
Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ketakutan terhadap malu ini membentuk displin orang Jepun yang takut untuk buat salah atau melanggar peraturan. Ia juga membakar semangat agar buat yang terbaik supaya tidak menjadi malu.

"Sabar menanggung malu serta berusaha untuk mengembalikan kehormatan Jepun." - Maharaja Jepun ketika itu; Hirohito.

NASIONALISME CHINA
Melalui filem-filem IP Man misalnya (Jepun dan British diberi watak jahat kerana mereka mempunyai tempat khas dalam memori orang China). Melalui dialog-dialog ditonjolkan hal tersebut; monolog Ip Man sebelum naik ke pentas misalnya, "Beza antara orang China dan orang Jepun ialah orang China tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menindas orang lain." Dia membiarkan watak Miura dalam cerita tersebut malu kekalahan (humiliation in defeat). Untuk menunjukkan ketinggian moral orang China. (Hampir menyamai konsep Konfusianisme bernama yide baoyuan; iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan).

Seterusnya dalam Ip Man 2 pula, kata-kata Master Hung berbunyi; "Jangan biarkan 'hantu" (merujuk kepada Mat Saleh) memandang rendah terhadap kami!" Sekali lagi Ip Man tidak membunuh lawannya, Twister walaupun beliau telah membunuh Master Hung. Timur telah mengatasi Barat juga pada akhir perlawanan.

PERANG SAUDARA ASIA BARAT

SUMBER; https://al-bab.com
Syria, Iraq dan Lubnan mengalami perang saudara tidak berkesudahan. Umat Islam harus mencari penyelesaian, utamakan kedamaian, ketepikan ketamakan, bijak mengawal ego, beradab serta berbatas dalam berpolitik. Kita perlu berusaha untuk mengubah nasib umat. Moga kita juga tidak mudah menjadi mangsa kuasa besar dunia.

LAIN-LAIN PENGISIAN DALAM BUKU INI

- Tentang cara fikir Trump dan banyak pemimpin negara lain di dunia sebelumnya.
- Hal hubungan Malaysia dengan China, Rohingya dan Korea Utara. Juga ada diceritakan sedikit tentang Syria, Jepun, Palestin dan Turki. Serta banyak lagi.

Antara quotes menarik dalam buku ini:
"Kalau mahu mengubah keadaan China, kita harus "taoguang yanghui". Bertenang, bertenang dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai." - Deng Xiaoping, pemimpin tertinggi China ketika itu (pada 28 April 1992). Barat menterjemahkan "taoguang yanghui" antaranya bermaksud "Hide our capabilities and bide our time."

KENAPA PENTINGNYA DASAR LUAR (HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN), PERLU KITA AMBIL TAHU?

Tanpa dasar luar yang mantap, keselamatan negara tidak akan terjamin. Tanpa hubungan baik dengan rakan dagang, ekonomi Malaysia tidak akan makmur. Keharmonian ini yang perlu kita jaga dan pertahankan. Belia perlu faham isu ini supaya kita terus melakar kemajuan dan halatuju dalam sistem antarabangsa, kerana itu hubungan dengan pihak lain harus terpelihara.

KEKUATAN MALAYSIA


Diplomasi adalah kekuatan Malaysia. Kita menekankan taktik-taktik diplomasi seperti perundingan, pembinaan pakatan dan imbangan kuasa. Melalui segala aspek, inilah kekuatan kita. Jati diri ini yang membezakan kita dengan kebanyakan negara lain. Moga generasi kini dan masa depan meneruskan legasi ini.
"Malaysia ia a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it."
Ilmu adalah kuasa. Bahasa adalah simbolik. Geografi adalah takdir.

Perkongsian penulisan Saudara Ayman Rashdan Wong ini buat kita berfikir betapa pentingnya ilmu dalam diri, kuasa dalam memimpin dan belajar daripada sejarah.

[Ayman Rashdan Wong yang banyak menulis isu antarabangsa dan berkaitan isu semasa ini kini bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Tadbir Dilomatik dan merupakan siswazah International Relations (IR) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Malahan beliau telah habis membaca beratus buah buku berkaitan IR. Di akhir buku ini beliau berpesan supaya jangan berhenti belajar dan jangan merasa angkuh dengan ilmu yang dimiliki]

Facebook Ayman Rashdan Wong: Ayman Rashdan Wong
Beli buku Ayman Rashdan Wong di The Patriots - thepatriots.store




Lirik lagu Perasaan - Sheryl Shazwanie | Sheryl Shazwanie binti ShamsulBahri berasal dari Selangor dan lahir pada 30 September 1997 ini popular dengan beberapa buah lagu cover dan mempunyai beberapa lagu sendiri sebelum lagu Perasaan ini. Lagu Perasaan ini telah mendapat tontonan yang agak tinggi juga di youtube. Jom kita dengarkan!



Lirik lagu Perasaan - Sheryl Shazwanie

Seringkali kupandang tenang raut wajahmu
Terasa seluruh raga larut alam getar
Nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

Entah berapa lama harus memendam rasa
Bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
Mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

Ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
Tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
Andai kau menolak cintaku
Biarlah aku simpan perasaan ini darimu
Kemas di dalam hatiku
Sendiri

Pedih cinta hadir tanpa diduga
Akanku harungi kesedihan ini

Ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
Tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
Andai kau menolak cintaku
Biarlah aku simpan perasaan ini darimu
Kemas di dalam hatiku

Ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
Tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
Andai kau menolak cintaku
Biarlah aku simpan perasaan ini darimu
Kemas di dalam hatiku

Kasihku


Laman sosial Sheryl Shazwanie:

Youtube Sheryl Shazwanie: Sheryl Shazwanie
Twitter Sheryl Shazwanie: @sherylshazwanie
Facebook Sheryl Shazwanie: Sheryl Shazwanie
Instagram Sheryl Shazwanie: @sherylshazwanie


Antara sumber: https://iluminasi.com




Lirik lagu Kau Pun Sama - Syamel | Syamel muncul dengan lagu yang lain sedikit daripada lagu-lagu sebelum ini, jika dulu beliau menyerlah dengan lagu balada, kini beliau tampil dnegan lagu berentak rancak. Malahan beliau juga menari dalam klip video lagu ini. Lagu yang catchy ini juga adalah ciptaan Syamel & Kidd Santhe.

Lirik lagu Kau Pun Sama - Syamel

VERSE 1
Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan
Abaikan sajaku kan disini
Melayanimu setiap hari

VERSE 2
Tapi tak kusangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana...
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama

PRE CHORUS

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta....
LALALA

Takku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

CHORUS
Kau kata
cintamu
Tulus dan setia

Kau kata
Kudusta
Tapi engkau pun sama

Repeat PRE CHORUS 2x

Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta...
LALALA

Takku paksa
Engkau setia
Aku kan terima

CHORUS
Kau kata
cintamu
Tulus dan setia

Kau kata
Kudusta
Tapi engkau pun sama




Komposer : Syamel & Kidd Santhe
Lirik : Syamel

Instagram Syamel: @syamel_official



Lirik lagu Bila Pergi - Fad & Raqib | Fad daripada kumpulan Bocey bukan sahaja tampil menyanyi lagu baru berjudul Bila Pergi berduet dengan Raqib Majid (bekas bintang Akademi Fantasia yang kini aktif sebagai Qari dan DJ) malahan mereka berdua juga terlibat dalam penciptaan lagu ini. Terkini, Fad menjadi juara Super Spontan Extravaganza dan menjadi DJ di Era.je, manakala Raqib yang juga DJ Zayan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Tasha Manshahar, juga bekas penyanyi yang kini bergelar cikgu. Tahniah!



Lirik lagu Bila Pergi - Fad & Raqib 

Fad:
Aku yang tak pernah bisa
Bila engkau tiada lagi
Jangan kau terus pergi
Kau tetap di hati

Raqib:
Bila ku pergi jauh
Jangan kau lupa aku
Aku akan bersamamu
Hingga akhir hayatku

Fad(rap):
Pabila ku datang
Kau jumpa di sini
Bila kutanya lagi
Kau katakan tiada erti
Aku bertanya sampai bila
Adakah kita akan bersama selamanya?
Bilaku tanya kau kata,ya
Bila kucinta kau kata, ya
Tolong jangan lupakan apa yang pernah kita lalui bersama selamanya sayangku

Raqib:
Bila kau pergi jauh
Jangan kau lupa aku
Aku akan bersamamu
Hingga akhir hayatku

Fad(rap):
Aku tak mampu kehilanganmu
Bila kau hilang, bila kau jauh
Dengarkan aku, jangan pergi dulu
Jika berlaku, biar aku dulu
Engkau bidadari, engkau penyeri
Kau terangi gelap hidupku ini
Tolong dengarkan bisikan hati
Itulah yang aku janji
Kuselalu mencintaimu sayang
Bila tiba kau hilang hati aku melayang
Bila kau kata, bila kau tanya
siapakah, sampai bila kita berdua
Aku berdoa, sentiasa berharap
cinta dan sayangku hanya padamu
di masa akan nanti kau akan tahu
pabila ku dijemput menghadap Penciptaku

Raqib:
Aku sayang...(Dengarkan aku sayang)
Kamu cinta...(Hanya kau yang aku cinta)
Aku rindu...(Belaianmu)

Fad (rap):
Bia kurindu kusebut namamu
Dalam doaku ada dirimu
Di suatu hari jikaku pergi
Jangan pernah kau tangisi lagi
Apa yang terlah terjadi
Kirimkan aku doa cintamu
Jangan pernah kau lupakan aku
Semoga kita bertemu di sana
Kerna kaulah bidadariku aku selamanya

Raqib:
Bila kau pergi jauh
Jangan kau lupa aku
Aku akan bersamamu
Hingga akhir hayatku (hingga ahir hayatku)

Raqib:
Bila kau pergi jauh (jangan pergi jauh)
Jangan kau lupa aku
Aku akan bersamamu
Hingga akhir hayatku

Fad:
Aku yang tak pernah bisa
Bila engkau tiada lagi
Jangan kau terus pergi
Kau tetap di hati


- Lagu & Lirik : Sang Kudus & Fad Bocey

Instagram:
Fad Bocey: @fadbocey
Fahrur Raqib Abdul Majid: @raqibmajid




Setelah lagu Sekali lagi, Naim Daniel muncul dengan lagu keduanya berjudul Sempurna. Lagu untuk memberi semangat dan menyebarkan positiviti. Jom kita dengarkan! 



Lirik lagu SEMPURNA - NAIM DANIEL

Verse
Pejamkan matamu (Close your eyes)
Dengarkan aku (Listen to me)
Tak usah kau bimbang (Don’t you worry)
Jangan ragu (No doubt)

Apa yang kau mahu (What do you desire?)
Tidak semestinya perlu (It’s not necessarily a need)
Buang semuanya (Push it away)
Yang di dada, di dada (In your chest, chest)

Pre Chorus
Kau sering saja menukar warna, warna (You always change colour, colour)
Tidakkah kau tahu kau sempurna (Don’t you know you’re perfect)

Chorus
Biar biar biar biar (Ignore ignore ignore ignore)
Biarkan saja (Just ignore it)
Tak bererti apa-apa (Doesn’t mean a thing)
Tiap satu kata mereka (Their every word)

Biar biar biar biar (Ignore ignore ignore ignore)
Biarkan saja (Just ignore it)
Dengar hatimu bicara (Listen to your heart)
Percayalah dikau menuju sempurna (Trust that you’re heading to perfection)

Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)
Sempurna (Perfect)

Verse 2
Don’t you ever worry babe (Jangan risau sayang)
Just have a little bit of faith (Cuma percayalah sedikit)
Heavens know that we will be okay, okay (Syurga tahu kita akan okay, okay)

Don’t you ever worry babe (Jangan risau sayang)
You don’t have to turn away cause (Tak perlu paling ke tepi)
I am walkin on the same way (Aku menuju jalan yang sama)

Kau sering saja menukar warna, warna (You always change colour, colour)
Tidakkah kau tahu kau sempurna (Don’t you know that you’re perfect)

Repeat Chorus

Bridge

Tidakkah kau tahu (Don’t you know)
Sempurnanya kamu (You’re perfect)
Engkaulah diri yang terbaik untuk dirimu (You are your best self)

Tidakkah kau tahu (Don’t you know)
Sempurnanya kamu (You’re perfect)
Engkaulah diri yang terbaik untuk dirimu (You are your best self)

Repeat Chorus x2

*****

Lyrics: Omar K, Adib Hamdi, Naim Daniel
Composer: Omar K, Adib Hamdi, Naim Daniel

Gambar: @naimdanielx



Maksud zakat dari segi bahasa adalah kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Hukum Zakat
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Dalil wajib zakat

1. “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

2. “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)

3. “Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)

SYARAT WAJIB ZAKAT

i. ISLAM
Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.

ii. MERDEKA
Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

iii. MILIK SEMPURNA
Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya. Syarat pemilikan sempurna diambil daripada dalil-dalil berkenaan zakat yang menyandarkan perkataan harta kepada pemiliknya sebagaimana firman Allah (yang bermaksud):
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)” [Surah al-Taubah (9): 103]

iv. CUKUP NISAB
Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

v. CUKUP HAUL
Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.

Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian dan Rikaz tidak disyaratkan haul.

vi. BERKEMBANG (AL-NAMA’)
Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini sebenarnya selari dengan makna asal perkataan ‘zakat’ dalam bahasa Arab yang memberi maksud bertambah dan berkembang. Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW (yang bermaksud):

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.” (HR Bukhari & Muslim)

Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.

8 GOLONGAN ASNAF (LAYAK TERIMA ZAKAT)

1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabiillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Jenis-jenis Zakat:
  •  Zakat Fitrah
  •  Zakat Harta

* Boleh baca tentang perbezaan Zakat Fitrah dan Zakat Harta di: http://mathbeautifulmind.blogspot.com
  •  Zakat Pendapatan
  •  Zakat Perniagaan
  •  Zakat Wang Simpanan
  •  Zakat Emas/Perak
  •  Zakat Saham
  •  Zakat KWSP
  •  Zakat Pertanian
  •  Zakat Penternakan
  •  Zakat Ma’adin, Kunuz & Rikaz
Berikut merupakan  cara bayar yang disediakan oleh PPZ-MAIWP
  • Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP
  • Kaunter Van Bergerak
  • Skim Potongan Gaji (Skim Thohir)
  • Bank (Kaunter, Perbankan Internet, Mesin ATM)
  • Firma Mata & Firma Audit
  • MYEG
  • KIRIMAN POS
  • Kaunter Pejabat Pos di Seluruh Wilayah Persekutuan
  • Cek Post-Dated
  • Koperasi Angkasa
  • “Trustee” Terpilih
BAYAR ZAKAT ONLINE

- Melalui Zakat Selangor: https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Rujuk cara bayar zakat melalui bank, tapi kena ambil tahu rate di tempat kita dulu: cara-bayar-zakat-fitrah-online
Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi di talian zakat 1-300-88-5757
Antara rujukan:




Lirik Lagu Dia - Inteam | Inteam kembali lagi dengar lagu terbaru berjudul Dia. Lagu yang menampilkan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta anak mereka sebagai model klip video telah  menyentuh banyak hati dan menjadi trending di youtube. 



Lirik DIA - Inteam

Dialah kekasih penyeri hidupku
Dia yang kurindu setulus di kalbu
Dari belai jiwa titis air mata
Dia anugerah Tuhan Maha Esa

Mahligai cinta yang dibina
Harungi bersama
Penuh onak ranjau berduri
Disulam jernih kesabaran

Tika diriku kepayahan
Dia beri harapan
Kembali bersinar bahagia

Cinta dia lafaz tercipta
Akan ku pimpin tangannya
Hingga sampai ke syurga

Dia cinta demi setia
Biarpun dunia yang berbeza

Tuhan kurniakan...

Mahligai cinta yang dibina
Harungi bersama
Penuh onak ranjau berduri
Disulam jernih kesabaran

Tika diriku kepayahan
Dia beri harapan
Kembali bersinar bahagia

Cinta dia lafaz tercipta
Akan ku pimpin tangannya
Hingga sampai ke syurga

Dia cinta demi setia
Biarpun dunia yang berbeza

Tuhan kurniakanlah cinta
Dia yang mencintai-Mu
Kerana dia adalah
Pilihan-Mu untukku selamanya

***

PRODUCTION
Artist: Inteam
Composer: Harry Khalifah
Writer: Syah Inteam
Production Label: Inteam Records


Instagram Kumpulan Inteam - @official_inteam
Facebook Kumpulan Inteam - Inteam


Lirik lagu Satu Peluang - Andi Bernadee | Perjalanan karier Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Bin Andi Mapangile bermula sejak umur 8 tahun dengan menyertai banyak pertandingan nyanyian semasa di zaman persekolahan. Namun bakatnya dikesan melalui aplikasi Smule. Dilahirkan pada 30 November 1991, anak kelahiran Sabah yang bernaung di bawah syarikat Warner Music ini tampil dengan lagu single kedua, Satu Peluang yang menjadi lagu tema cerita Cik Reen dan Encik Ngokngek.  

Drama Cik Reen dan Encik Ngokngek (adaptasi novel karya Maya Adira) mengisahkan tentang perjalanan pasangan melucukan ini (lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim), dari KL ke Terengganu, dan terpaksa belajar untuk hidup bersama atau (mungkin) akan berpisah selepas misi memburu adik mereka selesai.

Apakah maksud "Dame solo una" dalam lagu ini? Ya maksudnya- "Berikan aku satu" (dalam bahasa Sepanyol).


Lirik lagu Satu Peluang - Andi Bernadee

Hatiku masih berdebar
Tiap kali bertemu
Aku cuba bersuara
Walaupun lidah ku kelu
Perasaan ku padamu
Seluas lautan biru
Beriku satu peluang
Untuk mengenali mu

Aku suka cara jalanan kamu
Aku suka hilang dalam manismu
Siapa lagi sini seperti kamu
Tindak balas kamu sangat terkawal
Itu tanda tanda kau jual mahal
Siapa lagi sini seperti kamu

Dame solo una
Dame solo una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang
Dame solo una
Dame solo una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang

Keindahan wajahmu
Sama sperti hatimu
Suara mu yang lembut
Dan juga merdu
Bagi ku seribu tahun
Pun tak ku jemu
Beri ku satu peluang
Untuk mengenali mu

Aku suka cara jalanan kamu
Aku suka hilang dalam manismu
Siapa lagi sini seperti kamu
Tindak balas kamu sangat terkawal
Itu tanda tanda kau jual mahal
Siapa lagi sini seperti kamu

Dame solo una
Dame solo una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang
Dame solo una
Dame solo una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang


Laman sosial:
Twitter: @andibernadee
Instagram: @andibernadee
Facebook: Andi Bernadee

Sumber Lain:



Melalui Majalah ISihat keluaran Mei 2017 terbitan Kumpulan Utusan, ada dikongsikan kelebihan membaca serta faedahnya kepada kanak-kanak. Jom kita lihat, dan moga bermanfaat!

Kelebihan membaca serta faedahnya:
  • Membaca dapat mengurangkan stres (membaca 6 minit dapat kurangkan stres sehingga 60%)
  • Membaca adalah peransang memori yang efektif
  • Menguragngkan risiko penyakit lupa
  • Meluaskan perbendaharaan kata
  • Membentuk kemahiran analitis
  • Risiko rendah demensia
  • Tingkatkan kemahiran komunikasi
  • Menigkatkan keupayaan fokus
  • Kebanyakan mereka yang suka membaca, mereka lebih berjaya
  • Menambah idea
"Buku yang hebat membantu anda faham, dan membantu anda berasa difahami." - John Green
Membaca dan kanak-kanak
- Kanak-kanak dapat ilmu perhubungan yang matang, nilai-nilai peribadi, budaya, keselamatan fizikal, pilihan estetik dan pelbagai lagi kemahiran dan ilmu.

Kelebihan membaca terhadap kanak-kanak;
  • Hubungan lebih rapat dengan ibu bapa
  • Membantu mereka berdepan dengan pergelutan sosial
  • Meningkatkan daya tumpuan dan displin
  • Menimba pengalaman baru
  • Kejayaan akademik awal
  • Asas kemahiran bertutur
  • Membaca dengan kuat ke anak dapat merangsang perkembangan otak
"Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap termasuk membaca buku." - Tun M
5 Tips kedudukan membaca (menurut sumber Times of India)

  • Duduk dengan selesa
  • Beri sokongan pada kaki
  • Sokongan pada belakang
  • Jarak mata
  • Rehat, jangan terus membaca

Trivia tentang buku

- Buku yang paling mahal di dunia adalah buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Bill Gates sanggup membayar $30.8 juta untuk buku itu. Buku itu adalah manuskrip tulisan tangan asal disusun antara 1506 higga 1510 oleh artis dan pakar pelbagai bidang di zaman Renaissance. Menariknya kodeks / manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat bersalut lilin ini, ia ditulis dari kanan ke kiri / tulisan cermin.

- Buku paling besar di dunia adalah bersaiz 700 tablet marmar (yang mana lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki lebar). Buku (batu bersurat yang dibina pada 1860 itu dipenuhi dakwat emas dan batu permata) itu telah dirompak dakwat dan permatanya akibat pencerobohan British pada 1880.

- Buku paling tebal di dunia adalah The Complete Miss Marple yang dikktiraf paling tebal dengan mempunya 4032 muka surat. Ia terhasil dengan gabungan 12 koleksi novel dan 20 cerpen oleh Agathe Christie. Buku ini seberat 8.02 kilogram hampir menyamai berat seekor anjng. 

- Buku paling panjang di dunia adalah Atarmene or Cyrus the Great, novel romantis abad 17 dihasilkan Madeleine de Scudery. Penjilidan 10 buku ini merangkumi 10000 muka surat dan 21 juta patah perkataan.

- Buku paling kecil di dunia adalah Teeny Ted from Turnip Town ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin.  Jika mahu membacanya perlu menggunakan mikroskop elekron. Ia dicetak menggunakan hablur silikon oleh abangnya, Robert. Mengandungi 30 muka surat berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer. Kecilnya menyamai sehelai rambut manusia. 

- Buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat adalah 'The Whole Books of Psalmes Faithfully Translated into English Metre" atau dikenali sebagai Psalm Book. Pada 2013 pula buku ini diiktiraf buku paling mahal yang pernah dijual lelong selepas berjaya dibeli dengan harga $14,165,000.
"Saya amat yakin sesuatu magis boleh terjadi apabila anda membaca buku yang baik." - JK Rowling
Jangan putus asa dan letih dalam berusaha untuk melakukan perkara yang betul. Moga dipermudahkan dan teruskan membaca! Membaca tangga kejayaan dan banyak kelebihan.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top