Badan kita adalah amanah daripada Allah. Jika kita sihat, dapat memudahkan aktiviti harian dan ibadah seharian. Hidup adalah tempat ujian dan pilihan adalah di tangan kita. Kita yang perlu berusaha untuk kebaikan kita di masa kini dan akan datang. Selebihnya kita berserah.

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, tiga kunci yang menjadi teras dalam mengamalkan pemakanan sihat ialah - B (Balance), M (Moderation) dan V (Variety). Paramid Makanan Malaysia boleh dijadikan rujukan dalam memilih makanan seimbang dalam kuantiti yang sederhana. 

Balance - Keseimbangan. Gabungkan makanan daripada setiap aras piramid dalam diet harian.

Moderation - Kesederhanaan. Kuantiti makanan adalah berdasarkan saranan yang tertentu bagi kumpulan makanan. Penting untuk nutrien harian dan mengekalkan fungsi tubuh badan yang normal.

Variety - Kepelbagaian dalam pemilihan makanan merupakan kunci yang pentin dalam membentuk tabiat makan yang baik.

Berikut merupakan perkongsian Puan Hanis Mastura Yahya (Pensyarah Program Sains Pemakanan UKM) dalam JOM EDISI 33.

Tabiat makan untuk sihat
- Kenal pasti tabiat makan dan fikirkan adakah akan menyumbang pada berat badan.
- Fikir sebelum makan. Berbaloi atau tidak. Keperluan atau kehendak.
- Kekalkan masa makan yang tetap. Jika berubah kadangkala kita cenderung terlebih makan.
- Rancang hidangan utama dan snek anda.
- Lakukan pembelian makanan semasa perut anda penuh / kenyang untuk elak beli berlebihan.
- Mulakan langkah dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli
- Masak makanan sendiri. Langkah ini mampu mengawal kalori yang diambil.
- Makan dengan perlahan dan hayati rasa makanan yang dikunyah (ini juga sunnah). Menurut kajian, perut ambil masa 20 minit untuk beri signal pada otak bahawa kita sudah kenyang. Jadi makan dengan perlahan wajar untuk otak dapat signal tepat pada masanya.
- Pastikan anda duduk ketika makan. Supaya fokus dan anda sedar anda sedang makan.
- Kenal diri sendiri. Pastikan tak pengaruh nak makan makanan yang tinggi kalori hanya kerana orang lain memakannya. Kita sendiri tahu risiko dan kesan sesuatu pada diri kita.
- Elakkan diri daripada mengambil snek yang tidak sihat. Kurang beli, kurang godaannya!

MAJALAH SOLUSI EDISI 95



Mulakan hari dengan sarapan. Manusia perlu sarapan untuk kekal sihat dan bertenaga. 

Kepentingan sarapan:
- Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pada waktu pagi.
- Mengeratkan hubungan seisi keluaga dengan sarapan bersama-sama. 
- Meningkatkan mood di pagi hari.
- Meningkatkan konsentrasi otak
- Mengawal berat badan dan diet

Tips sarapan sihat:
- Untuk tubuh badan kita berfungsi dengan lebih cekap, amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari.
- Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan, dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas.
- Kurangan kekerapan mengambil makanan berlemak dan berminyak seperti lontong, nasi lemak dan lain-lain.
- Pilih makanan yang tinggi serat.
- Untuk mempelbagaikan sarapan, ambil buah sebagai keperluan vitamin untuk tubuh.

Sekian perkongsian. Belajar sayangi diri sendiri. Moga pilihan tidak tersasar. Pilihlah makanan sihat dengan BMV! Belum cuba belum tahu! Moga dipermudahkan buat semuanya.



Menjadi fitrah bagi setiap wanita didatangi keuzuran / haid setiap bulan. Ia adalah hadas yang menyebabkan kewajipan mendirikan solat atau puasa digugurkan daripada wanita. Menurut istilah, haid ialah darah yang keluar daripada kemaluan wanita secara semula jadi pada waktu tertentu. Oleh itu, ia adalah darah normal dan bukannya darah penyakit atau disebabkan luka, keguguran atau kelahiran (melainkan lebih 15 hari).  Kitaran haid boleh berubah aturannya berdasarkan banyak faktor dan berbeza pula untuk setiap wanita.
“Sesungguhnya haid adalah perkara yang Allah tetapkan ke atas wanita keturunan Adam.” - Riwayat Bukhari & Muslim
Beza PMS dengan senggugut 

Sengugut / Dismenorea ini adalah merujuk kepada rasa sakit yang dialami semasa period. Premenstrual Syndrome atau lebih dikenali ramai wanita sebagai PMS pula terjadi sebelum period.

Apa itu PMS?
PMS adalah sindrom sebelum datang bulan. Melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang sebelum datangnya haid. Biasanya PMS akan berlaku sekitar tujuh hingga 14 hari sebelum kedatangan haid dan akan hilang apabila haid bermula. Penyebab sindrom ini adalah ketidakstabilan hormon estrogen dalam badan.

Boleh juga baca:

Apa itu senggugut?
**Senggugut (period pain) atau 'dysmenorrhoea' pula bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan rungutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis. - (**Rujuk: onesweetdayryana.blogspot)

Boleh juga baca:

Hikmah haid / datang bulan:
- Membantu pertumbuhan anak di dalam kandungan.
- Membentuk wanita lebih rajin dan pembersih
- Untuk berehat 
- Tanda akil baligh
- Jangka masa untuk tempoh iddah
- *Allah Ta’ala telah menjadikan pada diri kaum wanita proses pengeluaran darah yang berguna sebagai zat makanan bagi janin dalam kandungan ibu tanpa perlu dimakan dan dicerna, yang sampai kepada tubuh janin melalui tali pusat, di mana darah tersebut masuk melalui urat dan menjadi zat makanannya. Maha Mulia Allah, Dialah sebaik-baik Pencipta. (*Rujuk: almanhaj.or.id)
Firman Allah ta'ala, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, 'Haid itu adalah kotoran.' Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid ('bersama; suami isteri'); dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (al-Baqarah: 222)
Walaupun ia adalah kotor, namun Islam tidaklah menyuruh supaya menyisihkan isteri ketika haid sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Nabi SAW sendiri pernah makan dan tidur bersama dengan isterinya ketika isterinya dalam haid. Ini menzahirkan bagaimana Islam memuliakan wanita walaupun dalam keadaan haid.

Gejala-gejala PMS
  • Kemurungan
  • Sakit kepala
  • Selera makan bertambah dan mengakibatkan berta badan bertambah
  • Payudara akan sensitif pada sentuhan kerana mengalami pembengkakan (pembesaran)
  • Rasa tidak selesa pada perut
  • Kerap buang air kecil
  • Jerawat tumbuh sekitar muka, kepala dan badan
  • Lesu, tidak bermaya dan loya
  • Mudah marah
  • Hilang fokus akibat ketidakselesaan badan
Gejala-gejala PMS dan cara merawatnya dalam artikel ini dikongsikan oleh Ustazah Shadiya Abbas menerusi Gen-Q, bilangan 22.
Cara untuk merawat Senggugut / PMS
  • Bersenam 
Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya. Lakukan tiga kali seminggu dalam 20 minit bagi setiap sesi. Pilih senaman mudah namun bantu mengendurkan otot.
  • Banyakkan rehat 
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.
  • Relaks. 
Kerapkan mandi untuk merawat kelesuan badan. Sapukan minyak atau menuam pada perut bagi melegakan kesakitan. Boleh cuba juga Tai chi dan lain-lain.
  • Cukup tidur
PMS akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang, bahu dan leher. Tentukan masa tidur yang betul untuk memberi kesegaran terbaik.
  • Pilih pakaian 
Gunakan pakaian jika boleh yang diperbuat daripada kapas bagi mengelakkan ketidakselesaan atau kesakitan tubuh yang sensitif.
  • Jaga pemakanan 
Banyakkan minum air suam. Jangan lupa kurangkan makanan yang pedas, bergaram, makanan ringan dan berais. Lebihkan pengambilan buah-buah dan syaur-sayuran kerana ia membekalkan vitamin yang diperlukan. Ambil susu kambing yang dicampukan dengan madu sebagai minuman tambahan.
  • Zikrullah
Perbanyakkan istighfar dan zikrullah kerana ia akan menenangkan jiwa dan mengawal perasaan yang gundah-gulana. Sentiasa ucapkan alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita sebagai gadis normal.
Dengan Ubat: 
- Sekira gagal usaha-usaha di atas, sila dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat. Mungkin akan diberi ubat tahan sakit. Ubat ini untuk menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku. Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Juga boleh dengarkan nasihat dan pendapat doktor juga.

*Senggugut seseorang boleh bertambah teruk jika ada diantaranya faktor lain termasuk anemia (kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah. 

Ibadah ketika haid (uzur)

Antara ibadah yang boleh dilakukan mereka yang datang bulan ini (haid):
  • Berdoa (dengan apa saja doa)
  • Membuat amal kebaikan banyak-banyak dengan orang sekeliling
  • Bersedekah (kata-kata atau duit)
  • Berselawat
  • Berzikir (bertahlil, tahmid, tasbih dan sebagainya)
  • Beristighfar (termasuk yang dalam Al-Quran)
  • Memberi makan atau masak (untuk orang berbuka puasa)
  • Berkumpul bersama-sama berkongsi cerita mengingatkan pada Allah
  • Banyakkan membaca buku agama dan kitab hadis
  • Menghadirkan diri ke majlis ilmu
  • Mendengar bacaan-bacan Al-Quran
  • Mengulang hafalan Al-Quran
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (Hadis riwayat Ahmad; shahih)
 Bacaan lain untuk bab ibadah ketika haid atau keuzuran ini:
35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas
15 Amalan Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas, Mampu Hilangkan Rasa ‘Kosong’ Di Hati
Beribadah ketika uzur (haid)
Ayuh Para Wanita Kita Meraih Pahala Ketika Haid
JANGAN DITANGISI HAID ITU

Rujukan yang mungkin bermanfaat untuk anda:
- Darah Wanita (Majalah Solusi)
Ini 8 Manfaat dan Hikmah Mengapa Wanita Menstruasi Setiap Bulan
- Haid Bukan Penutup Pintu Ibadah
Di sebalik datang bulan...ada hikmah yang tersembunyi
HIKMAH ALLAH MELARANG WANITA HAID BERSOLAT DAN BERPUASA
- HIKMAH LARANGAN PERSETUBUHAN KETIKA HAID - MUFTI WP


- Moga bermanfaat. Jaga diri baik-baik, semua.

UNIC ditubuhkan pada tahun 2002 (asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah), terdiri daripada 4 orang namun kini anggota yang masih kekal cuma Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli), dan ditambah dua anggota baru mereka adalah Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin (juga dulu merupakan bekas peserta rancangan realiti Akademi Al-Quran) serta Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi).

Pada 2017, UNIC telah menjadi juara untuk rancangan realiti Gema Gegar Vaganza musim pertama. Kini (2018) UNIC telah menyanyikan semula lagu Zinnirah 2018 dan buat cover lagu Deen Assalam bersama Syeikh Abdul Karim al-Makki. Manakala lagu menuju wawasan ini pula terhasil pada tahun 2010, dan kini merupakan lagu tema rancangan Tanyalah Ustaz. 



Lirik Lagu Menuju Wawasan - UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang hari
Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat islam harus cemerlang hari ini
Umat islam sentiasa boleh

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Menuju Wawasan
Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Lirik Zinnirah 2018 - UNIC

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi



Instagram UNIC - @unicofficials
Facebook UNIC - UNIC


- Boleh juga baca: Kisah Zinnirah, Wanita Buta yang Celik Hatinya


Antara sumber berita:
notes/munsyeed-corner
- https://ms.wikipedia.org/wiki/UNIC



Faizal Tahir (FT) yang telah memenangi banyak anugerah dan terkenal dengan lagu-lagunya yang penuh kelainan dan keunikan tersendiri ini kembali tampil dengan lagu baru beliau berjudul Ragaman. Perkataan Ragaman ini bermaksud pelbagai ragam / perihal yang berubah-ubah. Dalam lagu ini juga ada suara anak-anak beliau! Comel betul. Jom kita dengarkan!
Pautan untuk mendengar lagu Ragaman di semua platform atas talian:  https://lnk.to/RAGAMAN



Lirik Lagu Ragaman - Faizal Tahir

Hari Isnin kau berkata nak makan lasagna
Dah sampai kedai nak tomyam pula
Oh My God

Petang Rabu nak cendol pula
Biar betik
Nasib kau baik mood aku baik

Bulan puasa baru nak mula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh (Oh sayang!)

Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Makan malam sudah dihidang
Kau masih melaram
Time tengok bola, kau ajak keluar
Ya Allah...
Masuk kereta, baru gear dua
Kau nak balik
Nasiblah baik muka kau cantik

Bulan puasa baru nak mula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh

Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Hanya kita berdua kekal bahagia sampai hari tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh ohh

Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Walau gila dibuatnya......
Aku sayang padanya.......

*****
 https://store.iamfaithmen.com


Akaun media sosial Faizal Tahir:
Instagram Faizal Tahir: @faizal_tahir
Twitter Faizal Tahir: @faizal_tahir
Facebook Faizal Tahir: Faizal Tahir


Acara pembukaan Sukan Asia - AFP
Picture: AFP
Lagu Meraih Bintang nyanyian penyanyi dangdut Indonesia bersuara merdu; Via Vallen (ciptaan lagu dan lirik oleh Pay/Rastamanis) ini begitu menarik dan indah sekali serta berjaya membuatkan ramai selebriti menyanyikan semula lagu ini (cover) dalam bahasa mereka. Meraikan kepelbagaian dan semangat kesukanan, lagu ini telah diterjemah dan dinyanyikan dalam beberapa bahasa; antaranya Korea, Jepun, Thailand, Hindi, Arab, Mandarin dan Bahasa Inggeris.

Untuk mengikuti rapat perkembangan Sukan Asia kali ini, anda boleh ke pautan berikut:  http://youtube.com/asiangames2018.  Jom bersama hayati lirik lagu berikut! 

Lirik lagu Meraih Bintang - Via Vallen:

Setiap saat setiap waktu
Keringat basahi tubuh
Ini saat yang kutunggu
Hari ini ku buktikan

Ku yakin aku kan menang
Hari ini kan dikenang
Semua doa kupanjatkan
Sejarah kupersembahkan

Terus fokus satu titik, hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar lampaui batas
Terus fokus satu titik, Hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar dan raih bintang

Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo.. ooo…ooo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo.. kita datang kita raih kita menang

Kalau menang berprestasi
Kalau kalah jangan frustasi
Kalah menang solidaritas
Kita galang sportifitas

Terus fokus satu titik, hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar dan raih bintang

*****

Jannine Weigel - Reach for The Stars (“Meraih Bintang” English Version)

English version made by Right Now Music

*Lyrics*

Everything that I have dreamed of
All the gold that I have longed for
Every goal that I've inclined to
This is the moment of truth

So much more than just the glory
We are writing our own history
Heavens army right on our side
This next path looking so bright

Now the game is tight
Get my focus right
One thing in mind yea
I'm a winner
I cant quit now
I reach for the stars

Now the game is tight
Get my focus right
One thing in mind yea
I'm a winner
I cant quit now
I reach for the stars
(I reach for the stars)

Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo.. ooo…ooo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo.. kita datang kita raih kita menang

มาจับมือฉันทำสิ่งยิ่งใหญ่
จะจารึกไว้ทุกวันเวลา
จะชนะหรือไม่สำเร็จ
แค่เกมส์แข่งขันให้เราเจอกัน

มาจับมือฉันทำสิ่งยิ่งใหญ่
จะจารึกไว้ทุกวันเวลา
จะชนะหรือไม่สำเร็จ
แค่เกมส์แข่งขันให้เราเจอกัน

เก็บความตั้งใจเก็บความพากเพียร
อดทนสู้ไปไม่เคยหวั่นไหว
เอื้อมมือขึ้นฟ้าถึงแม้แสนไกล
ไขว่คว้าให้ถึงดาว

Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo.. ooo…ooo
Yo yo ayo… yo ayo Yo yo ayo… yo ayo
Yo yo ayo.. kita datang kita raih kita menang

Now the game is tight
Get my focus right
One thing in mind yea
I'm a winner
I cant quit now
I reach for the stars

เก็บความตั้งใจเก็บความพากเพียร
อดทนสู้ไปไม่เคยหวั่นไหว
เอื้อมมือขึ้นฟ้าถึงแม้แสนไกล
ไขว่คว้าให้ถึงดาว



Pautan lain:
msn.com (gambar-gambar menarik upacara perasmian Sukan Asia 2018)
Laman web rasmi Sukan Asia 2018
Facebook rasmi Sukan Asia 2018
Semoga berjaya untuk semua negara yang bertanding!



Lagu Kekasih ini asalnya dinyanyikan kumpulan nasyid yang turut dianggotai Halim Ahmad juga; Devotees. Lagu yang dinyanyikan pada 2009 ini kembali diperkatakan setelah dinyanyikan kembali Halim Ahmad dan muzik videonya pula menampilkan Ardell Aryana. Lagu ini mengisahkan seorang suami yang sangat merindukan isterinya yang telah tiada di dunia ini lagi. Untuk semua yang diuji, moga dipermudahkan semua urusan. Jom kita dengarkan!



Lirik Kekasih - Halim Ahmad

Kasih... telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih... telah kubinakan sebuah istana
Sebagai bukti cinta sejati

Mekar menghiasai taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdaus
Dikaulah permaisuri di hati suami
Menyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena jua jagaku

Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena jua jagaku

Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

Kasih... telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih... telah kubinakan sebuah istana
Sebagai bukti cinta sejati

Menjadi tanda cinta...
Sejati

*****

Gambar-gambar lain dalam MV:





KEKASIH
Halim Ahmad (Featuring Ardell Aryana)
Song written by Hakim Majid (Neurotic Studio)
© 2018 Neurotic Studio

- Instagram Halim Ahmad: @halimofficial
- Facebook : Halim Ahmad

- Instagram Ardell Aryana: @ardellaryana

*Nyanyian / MV asal: Devotees - Kekasih (Kumpulan Devotees ini masih wujud, dan baru-baru ini ada bertanding di pertandingan realiti televisyen; Gema Gegar Vaganza. Namun Halim Ahmad yang kreatif ini turut terlibat dengan projek lagu-lagu solo beliau. Instagram kumpulan Devotees: @devotees.official)

Sumber gambar: gempak.com




Di Muhammad Devirzha (lahir di Banda Aceh, 12 Mei 1990) atau yang lebih dikenali dengan nama panggilannya Virzha adalah seorang penyanyi asal Indonesia. Beliau merupakan juara ketiga bakat menyanyi Indonesian Idol musim kelapan pada tahun 2014. Setelah menghasilkan album pertama pada tahun 2015 (berjudul "Satu), kini pada 2018, beliau tampil pula dengan album kedua berjudul "Kedua.". Tentang Rindu adalah lagu yang ditujukan untuk ayah beliau.

"Single 'Tentang Rindu' adalah cerita tentang kerinduan anak kepada orang tuanya. Lebih dalam lagi, kepada ayahnya, di mana mungkin jauh dari orang tua di luar kota mungkin karena sibuk kerja atau kuliah. Dan kadang kita lumayan menyia-nyiakan waktu di saat bisa ke dua orang tua masih ada, jadi menurutku lagu ini dibikin pesannya jangan sia-siakan kedua orang tuamu gitu," ujar Virzha di Alfarecord, Tebet, Jakarta Selatan, Kamis (15/3/2018). - (Sumber: hot.detik.com)



Lirik lagu Tentang Rindu

Pagi telah pergi
Mentari tak bersinar lagi
Ntah sampai kapan kumengingat
Tentang dirimu

Reff:
Kuhanya diam
menggenggam menahan
Sgala kerinduan
Memanggil namamu
di setiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Di mimpiku rindu

Dan waktu kan menjawab
Pertemuan ku dan dirimu
Hingga sampai kini
Aku masih ada di sini

Reff:
Kuhanya diam
menggenggam menahan
Sgala kerinduan
Memanggil namamu
di setiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Di mimpiku rindu

Bridge;
Dan bayangmu akan slalu besandar di hatiku
Janjiku pastikan pulang bersamamu

Interlude

Reff:
Kuhanya diam
menggenggam menahan
Sgala kerinduan
Memanggil namamu
di setiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Di mimpiku

Reff:
Kuhanya diam
menggenggam menahan
Sgala kerinduan
Memanggil namamu
di setiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Di mimpiku
Selalu di mimpiku
Rindu..

*****

Gambar-gambar Virzha di instagram:




Media sosial:
Instagram Virzha - @virzhaofficial
Twitter Virzha - @DiDevirzha
Facbook Virzha - Virzha

-- Info tentang Virzha - id.wikipedia.org


Lirik lagu Pedih Sarah Suhairi | Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu 'cover song' tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman yang mana cover lagu berjudul Shape Of You (duet bersama Asad Motawh dan Betty Afryna) mendapat tontonan tertinggi di saluran youtubenya. Jika di instagram pula, Sarah menggunakan hashtag #SarahSunday untuk setiap cover yang dihasikan.

*Seawal usia 9 tahun, Sarah Suhairi telah mengikuti kelas muzik untuk bermain piano (sehingga berusia 12 tahun). Daripada kelas muzik tersebut, pengetahuan Sarah Suhairi terhadap muzik terus meningkat apabila beliau telah meneroka secara sendiri bagaimana untuk bermain alat muzik ukulele dan gitar ketika berusia 14 tahun. Penyanyi yang berasal dari Rawang, Selangor ini juga mempunyai hobi yang menarik iaitu menunggang kuda (seawal tingkatan dua).

Sarah Suhairi yang juga peminat lagu-lagu K-pop ini, kini merupakan artis di bawah label MVM Production ini semakin dikenali menerusi rancangan realiti televisyen Big Stage di Astro Ria. Pedih merupakan lagu pertama beliau ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.



Lirik lagu Pedih - Sarah Suhairi

Tiadaku sangka engkau berubah
Lupakan janji kita
Katamu dulu engkau milikku
Hati menyatu sayang

Entah mengapa engkau berubah
Tiada lagi kasih
Mana silapnya cinta kuberi
Tiada lagi kau genggam kini

Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi

Mana silapnya cintaku beri
Tiada lagi kau genggam kini

Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biar kupujuk hati sepi

Mungkin kau tidak layak tuk diriku
Mungkin takdirku bukan untukmu
Kau khianati cinta suciku

Tiada lagi kita
Menahan rasa sakit

Pergilah engkau pergi
Jangan muncul kembali
Biar kupujuk hati

Tinggallahku sendiri
Menahan rasa sakit ini

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi pedih

@sarahsuhairi
Biodata Sarah Suhairi:
Nama penuh: Sarah binti Suhairi​
Tarikh lahir: 3 April 2000​
Umur: 18 tahun (2018)
Asal: Rawang, Selangor​
Syarikat rakaman : MVM Production

Media Sosial:
Instagram Sarah Suhairi: @sarahsuhairi
Youtube Sarah Suhairi: Sarah Suhairi
Tik Tok: sarahsuhairi_ 38
Twitter: @sarah_suhairi
Facebook: Sarah Suhairi



@sarahsuhairi
"Saya memang berharap dapat melakukan dua benda dalam masa yang sama iaitu menyanyi dan sambung belajar.  Tapi semua itu bergantung pada keadaan juga. Tidak dinafikan pelajaran itu sangat penting. Saya tengok mana rezeki sampai terlebih dahulu," ujarnya. (Baca lebih lanjut di mstar.com.my)


Semoga maju jaya buat Sarah Suhairi! 

- *Sumber berita: buzzingmalaysia.com
- Laman web Big Stage: bigstage.com.my
- Biodata Sarah: iluminasi.com


Teme Abdullah, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca (muda terutamanya). Bukunya pernah memenangi anugerah buku negara, anugerah emas kulit buku cantik (2018) dan pelbagai anugerah lagi serta juga pernah tersenarai di antara buku-buku yang mencapai tahap jualan best seller di kedai-kedai buku terkemuka. Baginya itu adalah hadiah dan pencapaian untuk semua pembacanya yang setia. Teme memang sangat menghargai para peminat tulisan-tulisan beliau.

Sumber



SIAPA TEME ABDULLAH?


Sumber: @itsteme
Bermula dengan hanya menulis blog dengan nama Teme, melihatkan situasi tersebut sebagai 'kerja yang Allah bagi' untuk menyampaikan sesuatu, beliau pun terus menulis. Kemudian beliau aktif di facebook dan twitter seterusnya di instagram; yang telah memainkan peranan penting kepada sebahagian besar hidupnya kini. Bercita-cita sejak kecil mahu menjadi askar, namun ketentuan-Nya, menjadikan beliau kini sebagai seorang arkitek.

Pemuda pantai timur yang merupakan lulusan salah sebuah universiti di London dalam jurusan Art, Design and Architecture ini, telah berjaya memeluk impiannya kini untuk menjadi seorang arkitek, pelukis dan penulis. Kisah Teme Abdullah yang lahir pada 6 Mei ini, menjadi viral kerana dia bukan saja mahir melukis dengan sangat baik, namun latar belakangnya yang hanya datang daripada keluarga sederhana namun berusaha mahu belajar di luar negara dengan tekad yang tinggi. Pernah gagal dalam usaha awalnya untuk menyambung pelajaran, namun tidak langsung mematahkan semangat Teme. Malah semakin kuat! Belum lagi kita membaca kisah beliau sejak kecil yang dipandang rendah dan jauh daripada jangkauan untuk melangkah seperti sekarang. Namun kuasa Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir-Nya! Alhamdulillah.

Sumber: temetemerity.blogspot
[Teme Abdullah memilih untuk kekal misteri; tidak mahu wajah dan nama sebenarnya dikenali kerana mahu dirinya lebih dilihat kepada penyampaian dan bakat beliau bukan kerana siapa dirinya yang sebenar (selain mahu mengelakkan rasa riak). Sebagai pembaca, ruang dan pilihan beliau itu harus kita hormati].



Perjalanan Teme Abdullah yang berliku namun berjaya melangkah jauh menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ramai anak muda untuk terus belajar dengan gagah dan tidak mudah putus asa. Malahan Teme memikul amanah dan populariti beliau hari ini sebagai satu tanggungjawab untuk beliau berdakwah dan menyampaikan pesanan yang bermanfaat. Beliau memilih perkataan "jalanan" dalam kebanyakan karya-karya beliau kerana baginya dari jalananlah beliau belajar berjalan dan berlari semula.

Gambar: Instagram Teme Abdullah

Bak kata beberapa orang yang menggemari bukunya,"Teme jika bagi nasihat, beliau tahu memilih perkataan yang betul." Saya bersetuju dengan itu. Tidak nampak pun seperti beliau mahu bersyarah atau menyalah, langsung tidak. Sebaliknya, membaca penulisan Teme Abdullah adalah seperti sedang mendengar seorang sahabat yang sedang bersemangat bercerita namun mesejnya tetap ada dan dapat masuk dalam kepala.


Setakat penulisan artikel saya ini, Teme Abdullah sudah ada empat buku (tak termasuk satu buku melukis). Jadi marilah kita bercerita ringkas tentang buku ini satu persatu. Siapa yang sudah baca boleh juga memberi pendapat sekali di ruangan komen. 

Pelukis Jalanan
Buku ini pengenalan kepada seorang penulis yang asalnya minat melukis namun berjaya menjadi seorang arkitek. Seorang yang pandai bercerita dan menyusun ayat dengan begitu baik. Pengalaman benar-benar mengajar beliau. Tambahan pula, lukisannya yang menyerupai pemandangan asal dan terperinci sambil disertakan kata-kata menarik dan nasihat menjadi kelebihan kepada seorang Teme. Tidak hairanlan buku ini begitu berjaya sehingga menghasilkan rentetan kepada buku 'jalanan' yang lain.
"Jika terlihat kecantikan, ingatlah Pencipta-Nya."
"Ia kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan."
Arkitek Jalanan
Kali ini penulisan Teme lebih matang. Lebih tersusun dan menarik. Arkitek Jalanan; kisah persahabatan dan susah senang seorang anak muda dan kawannya (Ahmad) ketika mula belajar di luar negara (sampai dapat kerja!). Sangat menginspirasikan dan banyak juga dapat ilmu baru. Kita dapat rasa struggle Teme dan Ahmad dalam menuntut ilmu serta indahnya bersahabat menerusi buku ini.
"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
"Kadang-kadang orang yang bagi nasihat pun perlu dinasihati juga. Walaupun dengan nasihat sama yang dia sendiri bagi pada orang lain."
"What comes from the heart, goes to the heart."
"Teme, how do we produce great work?"
-- "Enjoy the process!"

Impian Jalanan
Buku Impian Jalanan pula lebih kepada satu hadiah untuk yang sudah mengenali Teme, kerana kali ini Teme lebih terbuka bercerita kisah-kisah peribadi (walaupun menggunakan nama rekaan; Nik Danial Iskandar bin Nik Rahimi / Ikiy), selain menyelitkan beberapa hal berkaitan isu semasa secara tidak langsung. Pesanan beliau jelas, mahu kita semua tidak takut untuk bermimpi! Kelemahan bukan alasan untuk berhenti berusaha.
"If you worry, you suffer twice. Problem kau ialah kau fikir terlalu banyak, sebab tu kau kurang happy. Aku rasa kau perlu ubah benda tu." - Ahmad.
"Aku perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you're happy with yourself." - Ikiy.
"The goal is not to have all you want, but to feel content with what you already have. Success in not defined by how much money you make but by how you can be at peace and happy, even when you have zero in your bank account." - Ahmad.
-- "And it's about how many lives you can improve. Also about how you share the happiness." - Ikiy.
Empayar
Novel EMPAYAR; lain daripada penulisan Teme yang lain. Kali ini bukan tentang Teme. Ia adalah novel fiksyen (cerita rekaan). Mengambil latar era kesultanan dan pahlawan, bertemakan kepimpinan melalui teladan dan beberapa kritikan sosial (antaranya soal pengaruh, penunggang agama). Masih kekalkan 'signature' (ada perincian binaan dan tentang pesahabatan). Perkara paling menarik dalam buku ini adalah penggunaan doa makan yang selalu kita baca, maksud dan mesej tentang itu jelas disampaikan oleh Teme.

Moga ada sambungan! 👍📚
"Beginilah hakikat mereka yang sering merasakan diri mereka itu baik. Kononnya, mereka berhak mendapatkan yang baik-baik juga. Mereka mentafsirkan kalimah 'baik' itu dengan pandangan mata mereka sendiri. Sedangkan baik di sisi Allah itu lebih luas." - Pelatih 8492

Instagram Teme Abdullah
Antara kejayaan Teme Abdullah dalam bidang penulisan

Instagram Teme Abdullah

Laman sosial rasmi Teme Abdulah:

Instagram Teme Abdullah: @itsteme
Twitter Teme Abdullah: @itsteme
Facebook Teme Abdullah: Teme
Blog Teme Abdullah: temetemerity.blogspot.com
Youtube Teme Abdullah: teme abdullah (Jangan tak tahu, Teme juga berbakat menyanyi)
Jika ada soalan, ini askfm Teme Abdullah: https://ask.fm/itsteme
Untuk baca banyak ulasan (review) pembaca-pembaca buku Teme: Goodreads



Jika mahu membeli buku-buku Teme Abdullah boleh ke laman web ini: imanshoppe


Nota: Untuk saudara Teme Abdullah, tahniah dan terima kasih untuk kesudian berkongsi cerita, pengalaman dan rasa hati buat semua pembaca. Moga sentiasa dipermudahkan untuk berkongsi yang baik-baik dan moga diberkati hidup Teme sekeluarga. Teruskan perjuangan dengan melihat ke depan, jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dan kenangan. 

Untuk semua, moga kita teruskan kongsikan kelebihan yang kita miliki ke arah yang diredhai-Nya.  Kita tak mampu puaskan hati semua orang, tapi kita boleh melakukan yang terbaik dalam banyak perkara. Ikhlaskan berjuang! Moga diberkati semua kita.


-- Anem Arnamee.


Teme Abdullah, 2024









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top