Baru-baru ini ada beberapa perkara yang hangat diperkatakan di kalangan rakyat serta netizen di Malaysia. Antaranya, hukuman sebatan syariah yang pertama kali di jalankan di Malaysia, isu zakat untuk pemulihan golongan LGBT dan lain-lain serta isu anak autisme yang ditahan polis berdasarkan sebuah laporan.

Isu: Sebatan Syariah
Perbezaan hukum sebatan syariah vs sivil - Sumber: @bernamadotcom
Baru-baru ini, dua wanita masing-masing berusia berumur 32 dan 22 tahun menjalani hukuman enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta pada April lalu. Mereka dihukum mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (perhubungan seks sesama perempuan).

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya. Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Nota: Sebatan ini tidaklah seperti digembar-gemburkan. Dibuat pun di hadapan khalayak yang dikenali dan terdekat sahaja dengan tertuduh (bukanlah untuk tontonan semua kita) serta sebatan syariah lebih perlahan (serta rendah ayunan tangan) berbanding sebatan sivil. Malahan sebatan ini lebih ke arah memberi kesedaran, keinsafan serta berunsurkan kasih sayang dan bukan tujuan mengaibkan apatah lagi menyakitkan. Moga kita semua diberi hidayah dan kefahaman. Insya-Allah.

Zakat ar-Riqab


Baru-baru ini ramai mempertikaikan bahagian zakat ar-Riqab untuk golongan LGBT ini.

Nota: TIDAK! Zakat ini bukanlah untuk mereka yang 'masih mengamalkan' namun buat mereka yang dalam proses berhijrah attau 'pemulihan'. Untuk yang ingin kembali ke pangkal jalan. Bukan LGBT sahaja, malah ramai yang benar bersungguh ingin berhijrah dan berubah layak mendapat zakat ini. Maksudnya zakat ini lebih kepada menunjukkan betapa Islam adalah agama rahmat, bertolongan dan berkasih sayang. 

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

Rujukan senarai penerima zakat ar-Riqab: http://www.muftiselangor.gov.my

(1) Masalah sosial:

(a) Terbelenggu dengan dadah:
i. Penagih dadah.
ii. Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah
i. Minum arak.
ii. Zina.
iii. Judi.
iv. Khalwat
v. Buang anak
vi. Mengandung luar nikah.
vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
viii. Sumbang mahram.
ix. Persetubuhan haram.
x. Muncikari (ibu ayam).
xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:
i. Tidak solat.
ii. Tidak puasa.
iii. Buang anak.
iv. Usaha ingin bunuh diri.
v. Hidup bersama pelacur.

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
i. Pelacur.
ii. Lesbian.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gigolo.
vii. Biseksual.
viii. Pengkid.
ix. Tomboy.
x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:
i. Gangster.
ii. Jenayah melibatkan harta benda.
iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.
iv. Kes rompak.
v. Pecah rumah.
vi. Kes rogol.
vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.
viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :
i. Penyakit HIV/AIDS.
ii. Kanser/barah.
iii. Tibi.
iv. Hepatitis.
v. Dan lan-lain.

(2) Masalah Akidah:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:
i. Doktrin palsu.
ii. Mengaku menjadi nabi.
iii. Menghina Islam.
iv. Pemujaan salah.
v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong
i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.
ii. Orang yang dalam proses Istitabah.
Cara mohon bantuan zakat (sama ada kategori ini atau pun banyak kategori lain yang layak), adalah dengan pergi ke kaunter zakat berhampiran atau boleh memuat naik borang atas talian / online, di laman web ini: http://www.zakatselangor.com.my/agihan/
Kesedaran autisme

Semua perkara ada hikmahnya. Sesuatu itu berlaku mungkin untuk memberi penambaikan. Begitu juga kejadian pemuda autisme ditangkap serta digari mengikut prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini dipertikai ramai kerana dia adalah OKU (mereka yang autisme ini jenis yang tidak tahu maksud akibat dan kesan tindakan mereka, apatah lagi untuk membuat pertimbangan), kini telah mendapat perhatian PDRM untuk dilihat semula SOP penangkapannya jika mereka yang istimewa ini terlibat lagi hal sebegini kelak.

*Baru-baru ini sidang media PDRM, Yayasan Pengaman dan Permata Kurnia (PK) telah diadakan. Antara yang dibincangkan dengan PDRM adalah Autism Awareness Training dalam kalangan warga PDRM dan SOP menangani kes melibatkan individu autisme.

PK berkongsi pengalaman membangunkan kursus atas talian iKurnia dan mencadangkan agar Autism Awareness Training yang bakal dibangunkan juga dibuat secara atas talian di samping latihan face-to-face.

*Sumber: FB Hasnah Toran

Berita asal:
Pada 11 September lalu, Ahmad Ziqri ditahan polis selepas laporan polis dibuat mangsa berusia 24 tahun, mendakwa pemuda autisme itu menyentuh dadanya. Insiden itu berlaku ketika Ahmad Ziqri bersama keluarganya keluar makan malam di Subang Jaya, sempena ulang tahun kelahiran pemuda berkenaan. Sebelum kejadian, Ahmad Ziqri berlari keluar dari restoran dan masuk ke beberapa kedai berhampiran, sebelum bertindak menyentuh dada seorang gadis tanpa disedari ibunya. Kejadian itu tular di media sosial, termasuklah satu video memaparkan Ahmad Ziqri yang berpakaian lokap digari ketika Hasnah dilihat cuba menenangkan anaknya. Pemuda itu telah ditahan untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Tindakan polis dibuat di atas laporan mengikut SOP.

Bagaimanapun, difahamkan permohonan reman ke atas pemuda itu ditolak mahkamah atas sebab keadaannya yang mengidap autisme. Ibu Ziqri (Hasnah) berharap kejadian itu bakal membuka mata pihak berkuasa untuk memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) ketika berdepan dengan individu seperti Ahmad Ziqri. Insya-Allah.

Lain-lain berita
Gambar: @NST_Online
Semoga tabah

Buat mangsa ribut di Perlis baru-baru ini semoga diberi kekuatan dan buat lagenda kesayangan kita, Datuk Lee Chong Wei moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan dalam melalui rawatan untuk penyakit kanser hidungnya. Untuk anda semua yang diuji dengan kesakitan diri mahupun ahli keluarga, moga diberi ketabahan dan akan baik-baik saja nanti, insya-Allah.

Tahniah

Tahniah buat negeri Terengganu, yang menjadi juara keseluruhan Sukma di Perak baru-baru ini. Tidak lupa juga buat atlet-atlet yang memenangi pingat di Sukan Asia yang lalu di Indonesia. Serta untuk industri perfileman Malaysia, yang mempunyai filem yang semakin bermutu dan mendapat sambutan yang baik serta luar biasa (seperti Hantu Kak Limah 2018, Dukun, Munafik 2, One Two Jaga dan Paskal).

Menyedihkan

Moga ada perubahan dan penambahbaikan untuk masalah yang melanda sebuah pusat tahfiz baru-baru ini. Biarlah yang mengajar betul-betul mahu menjaga dan mendidik, bukan yang sebaliknya. Wallahua'lam.

Takziah

Gambar: @bernamadotcom
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham pencipta, penulis lagu, penerbit album dan pejuang Irama Malaysia, Pak Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 25 September lalu. Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Moga beliau di tempat di kalangan mereka yang beriman.

Hati-hati

Moga kita lebih berhati-hati dalam apa sahaja produk yang kita pakai di wajah atau di mana sahaja, yang kita makan serta minum. Lihat dulu asal bahan dan kesesuaiannya dengan kita (bukan ikut-ikutan). Mana kita boleh jaga, kita jaga baik-baik. 

Moga-moga

Moga Malaysia terus maju jaya sama ada dari segi kewangan, politik, perpaduan mahupun keseluruhannya. Bersyukur dan hargailah untuk rezeki dan nikmat yang ada, untuk yang belum; kita terus usahakan dan perbaiki lagi menuju yang terbaik. Malaysia boleh! Insya-Allah.



Dominan Itu Dia - Maya Iris | Sesuatu yang dekat dan memberi first impression yang baik sangat mudah diterima. Begitu juga Novel cinta (penyiasatan); Dominan Itu Dia (DID) ini. Bukan sahaja covernya memancing pembaca, namun bab-bab awalnya juga memikat. Watak polis lelaki yang tegas dan wanita kental disampaikan dengan begitu sederhana. Paling saya puji adalah cara penulisnya; Maya Iris memperkenalkan buku ini kepada khalayak. Itu wajar dipelajari ramai penulis baru.
"Allah menguji pada titik kelemahan seseorang." - Dr. Hazira
Kenapa saya cakap kisah dalam novel ini dekat (boleh related)? Novel terbitan Karya Seni ini membawa isu semasa dan kekinian. Bayangkan sebuah novel cinta yang membawa isu yang selalu kita nampak di facebook dan berita namun cara penyampaian santai dan sangat mudah difahami. Dalam erti kata lain, tak memeningkan. Bab demi bab disusun baik dan jelas jalan ceritanya. Ilmu baru juga berjaya diperolehi tanpa kita sedar. Selain ilmu tentang undang-undang, paling menarik, turut disertakan petikan ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan dan pemahaman.

Sinopsis Dominan Itu Dia:

Klik gambar untuk lebih jelas
Antara isu utama yang diketengahkan dalam novel DID ini:
- Pemerdagangan manusia serta penculikan (Agak emosi apabila sudah bermulanya babak ini terutama apabila melibatkan watak kanak-kanak). Turut dikaitkan mengenai kewujudan Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
- Tentang pedofilia (dalam novel ini ada dialog cara didik anak kecil juga)
- Dark web (Hal ini lebih mudah difahami apabila ditampilkan dengan dialog yang sangat jelas oleh Maya Iris)

Sedikit diselitkan:
- Pengalaman (hampir) kena scam
- Isu kahwin lambat (ternyata semua orang ada ujian masing-masing)
- Dialog menarik Hadid dan Aria berkenaan Zaman Nabi Luth, tentang Qarun dan Islam (pada bab 45 terutamanya)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. - (Maksud ayat 164 surah Al-An'aam)
Seperti sedang menonton sebuah episod drama SVU: Law and Order, kita seperti tidak puas (tertanya dan mahu kes cepat selesai). Ada sahaja perkara yang membawa kejutan dan kita geramkan. Sebab itu novel ini tidak mampu ditangguh baca apabila sudah mula diselak. Kita akan turut mahu menyiasat (berfikir) dan terasa ingin membantu.

KOPI ARIA DAN MIHUN HADID

"Sekeras-keras besi, lebur dek bara. Sekeras-keras hati, cair dek cinta."

Kisah cinta pula adalah hal tunjang dalam novel ini, pertemuan lelaki setia (ASP Hadid) yang sentiasa ada alasan dalam setiap perkara yang dibuat dengan seorang perempuan (Aria) yang kelihatan kuat di luar namun ada masanya juga, sangat memerlukan, begitu manis ditampilkan. Cukup rencahnya. Sedap sedap rasa begitu (jika boleh memanglah nak babak dua manusia ini dipanjangkan lagi, terutama di akhir cerita, tapi ini pun sudah baik-baik saja, bagi saya. Jika anda nak cari adegan pergi kursus kahwin, beli baju sama-sama atau dialog geli-geli memang tak akan jumpa dalam novel ini).
"Apabila seorang lelaki mengucapkan 'aku terima nikah' bermakna dia berjanji dengan Allah yang dia akan mencintai, menafkahi, melindungi satu lagi nyawa ciptaan Allah." - ASP Hadid.
Watak-watak dalam novel

Berbalik pada watak, jika Hadid dan Aria mempunyai personaliti yang mudah disukai kita, watak Izham pula adalah 'hantu' yang membuahkan rasa kasihan. Kita marah sangat pada beliau, tapi kita tahu dan cuba memahami beliau. Persekitaran dan pengalaman membuatkan dia bertindak di luar kawalan. Apa pun, dalam hidup ini kita tak dapat lari daripada watak pengambil kesempatan seperti Mr. Zed. Antara watak-watak lain yang wujud adalah sejumlah kanak-kanak bijak, Rudi dan beberapa watak lagi.

Jika ditanya saya, saya selesa dan tertarik dengan watak sahabat-sahabat Hadid dan Aria. Support system (selain ahli keluarga, sahabat yang menyokong) sememangnya sangat penting.

Hadid ada dua orang kawan yang memahami situasi beliau; Syafika dan Ikmal. Tidak mengalah dalam menasihati dan sentiasa mudah memberi pertolongan. Manakala Aria mempunyai dua orang kawan yang sentiasa ada dan menghiburkan. Farah dan Faiz. Dialog lucu pun datang daripada mereka berdua ini.

Melalui novel DID ini, kesudahannya kita tahu, pendidikan yang baik mampu menyelamatkan banyak perkara. Manakala dikelilingi manusia yang baik-baik mampu memberi kesan dan makna tersendiri dalam kehidupan kita seharian.
Dominan Itu Dia Goodreads (untuk baca review pembaca lain), di sini:-- /41392282-dominan-itu-dia
------------
Laman media sosial penulis:
Facebook Maya IrisMaya Iris
Instagram Maya Iris@mayairisnovelis
  • Untuk membeli buku ini boleh ke kedai-kedai buku berhampiran / ke facebook: Makcik Karyaseni

Antara karya Maya Iris (Gambar Facebook)
Nota: Buat penulis, Puan Maya Iris, tahniah dan terima kasih untuk sebuah novel cinta & penyiasatan yang mendidik namun agak bersahaja ini. Rasanya dengan 'signature' beliau begini untuk setiap isi novel (cerita tentang isu terkini dan tak klise), pasti novel-novel beliau yang lain juga menarik dan tersendiri. Akhir kata, semoga terus maju jaya!

Sebelah kiri gambar zaman sekolah Nana . Kanan yang terrkini.

Buku Life Goes On - Siti Nordiana | Kadangkala kita terlalu melihat sesuatu yang indah hari ini, sehingga tidak terfikir sebelum itu ia telah terlebih dahulu melalui banyak hal-hal duka. Begitulah juga kisahnya mengenai artis seorang ini; Siti Nordiana. Menerusi buku Life Goes On, kita bukan sahaja mengetahui sebahagian perjalanan hidupnya sehingga dapat bertahan selama 18 tahun dalam industri seni, malah kita juga dapat merasakan emosi yang dibawa bersama. Perasaan gembira, terkejut, bangga, sedih dan sayang penulis berjaya mencukupkan rencah sebuah buku (saya pernah baca buku kisah tentang Nana dan Achik juga sebelum ini (2004), namun ternyata perkongsian Nana melalui buku Life Goes On ini kelihatan berbeza; lebih peribadi (dekat), matang dan sarat emosi).
"Tidak mudah untuk mencatatkan kisah, ada seribu emosi yang bermain-main." - m.s. 174
Buku terbitan Must Read ini bermula dengan berkisah tentang cita-cita, perjalanan hidupnya di masa remaja serta dugaan alam berumahtangga. Turut ditulis adalah perkara yang dekat dengan ramai sebahagian kita iaitu sokongan keluarga, pertemuan, persahabatan serta yang paling menyentuh; kehilangan. Sama ada kepergian seseorang yang masih hidup mahupun yang telah tiada lagi di dunia. Kedua-duanya pernah beliau rasai. Bagaimana semangat beliau untuk kembali bangkit turut diceritakan menerusi naskah ini.
"Kematian membawa kita kepada erti kehilangan. Kematian membuka hati untuk menilai sebuah perhubungan. Sesungguhnya kematian bukan sekadar sebuah tangisan. Di celahnya adalah didikan demi didikan." - Siti Nordiana, Life Goes On
Nana dan Rayyan
Kata-kata tidak enak, layanan yang tidak seperti diharap, serta kisah bagaimana beliau bermula semula serta akhirnya berjaya benar-benar menginspirasi. Paling tidak pun, buku ini berjaya meyakinkan kita, dengan usaha dan semangat tidak putus asa, tiada apa pun yang mustahil. Kejayaan tetap datang pada waktu yang tepat, pada mereka yang bersungguh dan tidak mensia-siakan peluang. Insya-Allah.
"Matikah kita dengan cacian manusia? Lumpuhkah kita dengan hinaan? Teman, kau hanya perlu bijak mengemudi perasaan." - m.s. 125

Isi kandungan
Antara bab yang menarik perhatian saya (daripada 24 bab) adalah:

- Bab Life Goes On - "Setiap satu yang menyakitkan itu, ada sesuatu yang menanti di depan sana."
- Perginya seorang sahabat (Ya, dia ada cerita tentang arwah Achik)
- Demi rayyan (Rayyan, anak lelaki kesayangannya)
- Hampir give up
- Peluang kedua (Tentang Gegar Vaganza)
- Honey (Nana mula aktif berlakon!)
- Jatuh Bangun
"Nak jadi orang berjaya, kenalah rajin berusaha" - Ayah Nana, Encik Alias (m.s. 7)
Nampak ringkas sahaja ucapan ini bukan? Namun dalam keadaan kita hilang cara dan yang memberi semangat pula adalah orang yang percaya dan dekat dengan kita, makna perkataan ini sangat besar sebenarnya. Lihatlah bagaimana ayat ini membawa seorang Nana sehingga ke tahap seperti kita lihat hari ini. Sokongan serta semangat ibu bapa beliau sangat kuat. Sejak kecil, mereka berdualah menjadi penyokong nombor satu Nana. Jadi kita tahu daripada mana selama ini beliau memperoleh semangat dan tekad yang tinggi.



Antara Quotes (kata-kata menarik) lain dalam buku ini:

"Saya melihat apa yang berlaku bukannya hanya atas usaha saya seorang sahaja."- m.s. 19

"Takdir yang mengecewakan itu tidak pernah sia-sia. Allah hanya mahu kita belajar, pergantungan itu biarlah hanya kepada Dia, bukan kepada manusia." - m.s. 70

"Sehebat mana kau betarung, sejauh mana kau mendayung jika kata-Nya; "kun fayakun", maka siapalah engkau untuk menolak segala yang disusun."- m.s. 79

"Rezeki itu milik Tuhan. Yakin dan percaya dengan usaha, tawakal dan doa. Kau pasti menjemput rezeki daripada-Nya."- m.s. - 105

Buku ini jelas dengan mesej untuk membawa manfaat. Seperti kata Nana baru-baru ini; buku ini adalah sebuah perkongsian pengalaman dan tiba masa untuk beliau memberi semula sesuatu kepada masyarakat (untuk orang yang mahu lebih mengenali beliau terutamanya) selain mahu orang lain juga tidak mudah berputus asa dalam hidup. Insya-Allah.

Akhir kata,"selamat menempuh ujian demi ujian, semoga pengakhirannya satu kebahagiaan." - Honey


Gambar: @mphclick
Tahniah dan terima kasih buat Nana (serta semua yang terlibat) untuk penghasilan sebuah buku yang baik. Selain daripada intipatinya adalah tentang kehidupan Siti Nordiana sendiri, bagi saya reka letak quotes bergambar dan kata-kata dalam buku ini juga menarik.

Buku Life Goes On - Siti Nordiana boleh dibeli kedai-kedai buku atau secara online di: http://www.mustread.com.my

Instagram: @SitiNordiana
Instagram penerbit buku: @bukumustread




Islam pernah melalui zaman keemasan pada satu masa dahulu. Melalui Majalah Jom Isu 13, dikongsikan sedikit ilmu pengetahuan untuk ulangkaji untuk kita semula.

Perkembangan Ilmu:
Falsafah: al-Farabi, al-Khindi
Kedoktoran: ar-Razi, Ibnu Sina
Matematik: al-Khawarizmi
Astronomi: al-Farazi

Revolusi pertanian di Sepanyol:
- Pengenalan tanaman baru, pemantapan sistem pengairan, pengurusan tanah lebih cekap

Industri kertas:
- Pembinaan kilang kertas pertama di Baghdad
- Teknologi diambil dari China

Salahuddin al-Ayyubi
- Perang Hittin - melawan tentera Salib dan menawan Baitul Maqdis

Khalifah Harun ar-Rasyid
- Pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam

Kemajuan Intelektual
- Asimilasi ilmu
- Gerakan terjemah

Seni Bina:
- Kuttab: tempat belajar
- Darul Hikmah: perpustakaan
- Masjid Cordoba, Istana Alhambra, Alcazar
- Kota-kota Andalus

Pembangunan Pusat-pusat ilmu:
- Baitul Hikmah: Baghdad
- Darul Hikmah: Kaherah
- Universiti Cordoba

Banyak lagi sebenarnya, moga kita terus menambah ilmu untuk menjadi lebih baik dan bermanfaat. Insya-Allah.


Lirik lagu Sirna (Kemusnahan) - Baby Shima di Big Stage | Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli mula bertapak dalam industri seni Malaysia selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010. Berjaya mencipta nama di Indonesia melalui pertandingan D'Akademi Asia 3 (DDA) pada 2017. Kini Baby Shima bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia; Nagaswara. Melalui program realiti di Malaysia; Big Stage beliau bukan sahaja mengumpul ramai peminat baru, malah berjaya melangkah ke peringkat akhir. Lagu Sirna pertama kali didendangkan secara langsung di pertandingan tersebut. Menariknya, muzik ini ada ala-ala lagu balada popular zaman 90-an.

Lirik lagu Sirna (Pemusnahan) - Baby Shima 

Telah cukup lama aku diam
Di dalam kebekuan hatiku...
Karena cinta yang menguatkan aku
Diam-diam kau bermain hati di belakangku

Sungguh tak semudah yang terbayang
Menyatukan indahnya cinta
Semua berakhir karna dusta
Cinta kau akhiri begitu saja

Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Karna kau sudahi cintaku

Awalnya kukagum kepadamu
Karena masih tampak ketulusanmu
Hinggaku terbuai dalam kasihmu
Ternyata ada yang lain di hatimu

Semua berakhir.. karna dusta...
Cinta kau akhiri.. begitu saja..

Bila.. sajaku tahu...
Sungguh rapuh kesetiaanmu
Takkanku semai putik cinta di hatiku
Kerana kau sudahi cintaku

Harusnya kau tau betapa pedihnya hatiku
Kenyataannya telah kau bagi cintamu
Sirna semua harapanku



Akhirnya Maya Matahari berjaya menjadi antara peserta program realiti televisyen; Gegar Vaganza musim ke-5 (2018). Di bawah ini saya kongsikan lirik lagu popular Maya; Matahari dan lirik lagu Diari Biru 2 serta biodata beliau.

Lirik lagu Matahari - Maya Matahari

Terbitnya sinar mentari
Saban hari mengejut mimpi dari lena
Riang kenari di cemara mengusik sukma

Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi

Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

Bunga-bunga matahari anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
bagai tanda kasih bersemi

Hangatnya sinaran walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan kupohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
dalam iman menyambut warisan

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

*****


Lirik lagu Diari Biru 2 - Maya Matahari

Teman baru yang kutemui
Seiras rupa teman sekolah semasa remajaku
Lagak gayamu mngingatkanku pada teman dulu
Kealpaan diperhatikan olehmu

Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru

Terima kasih di atas keikhlasanmu
Akanku ukir indah oh namamu
Akan kucatat setiap detik tingkah denganmu

Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah
Tersusunlah segala kata-kata cinta
Oh..Oh..

Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru

Terima kasih di atas keikhlasanmu
Akanku ukir indah oh namamu
Akan kucatat setiap detik tingkah denganmu

Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah
Tersusunlah segala kata-kata cinta
Oh..Oh..

Memoriku indah di saat bersama kita berdua
Terteralah pena kusulam madah kata-kata cinta
indahnya kurasa manisnya bercinta
Semua hanyalah milik kita

Ingin aku mengenalimu
Siapa dirimu sudikah dikau bergandingan denganku
Hulurkan tangan tanda kenalan salam kemesraan
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru

Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru
Hadiah indah yang istimewa pemberianmu sebuah diari biru

*****


Biodata Maya Matahari - Gegar Vaganza:

Nama Penuh: Meyanaliza Ruslee
Nama komersial : Mya Matahari
Asal: Johor Bahru
Lahir: 13 Mei (41 tahun pada 2018)
Fakta: Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari
           -Maya kini sudah berhijab (2018)
Album pertama Maya dilahirkan pada 25 Mac 1995, memuatkan singlenya, Matahari
Album: Satu Jam Lagi (1995), Sinar Cinta (1998) dan Mata Maya (2010).
Lagu Popular:
  • Matahari
  • Perlu Ada Setia
  • Diari Biru

Instagram Maya Matahari: @myaruslee
Laman web rasmi Gegar Vaganza: http://www.gempak.com

Kemaskini: Maya Matahari telah meninggalkan kita semua pada 18 Mac 2020 akibat kanser tisu. Takziah buat keluarga beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.


Lirik lagu-lagu OST Vila Ghazara | Vila Ghazara; sebuah Vila yang cantik di pandang mata, seperti yang tinggal di sini semuanya bahagia sentiasa. Namun di sebaliknya hanya konflik yang sentiasa melanda. Drama bersiri untuk slot Akasia; Vila Ghazara bersiaran mulai 17 September, setiap Isnin - Jumaat jam 7 malam di TV3! Membariskan pelakon-pelakon popular di Malaysia, awal-awal lagi drama berunsur kekeluargaan ini berjaya menarik tontonan ramai. Di bawah ini disertakan lirik antara lagu yang menjadi lagu OST drama tersebut. Ebba dan Adam Malek adalah bekas peserta rancangan realiti Mentor Milenia.

Instagram: @ebba_khan
Muzik video rasmi Ebba tenung: https://youtu.be/4TViEIbSgRg

Lagu: Sharon Paul | Lirik: Alyssa Qashid

Lirik Lagu Tenung - Ebba Khan

Sesuatu yang ingin kau tahu
Hanya engkau yang kumahu
Tapi bila engkau tidak menyahut tenunganku
Kurasakan resah pilu

Serahkan semua kisah cinta tidak bersua
Kitakan bersama kuberdoa

Siapakah di hatimu di sana
Ku mahu kau tahu
Andaikan kuseru dengan mata
Jawablah dengarkanlah

Tiada siapa kurela tenung
Hanya wajahmu
Kutenungmu oh

Bermain mata tanda hatsedang bernada
Seperti suara merdunya

Serahkan semua kisah cinta tidak bersua
Kitakan bersama kuberdoa

Siapakah di hatimu di sana
Ku mahu kau tahu
Andaikan kuseru dengan mata
Jawablah dengarkanlah

Tiada siapa kurela tenung
Hanya wajahmu
Kutenungmu oh

Siapakah di hatimu di sana
Ku mahu kau tahu
Andaikan kuseru dengan mata
Jawablah dengarkanlah

Lihatlah mataku
Kuserumu denganikhlas hatiku
Lihatlah tenunganmu
Tenungan aku hanya padamu

Tenungan aku
Tenungan aku hanya yang memanggilmu

*****
Instagram: @adammalekk

Muzik video rasmi Adam Malek - Hanya Dunia: https://youtu.be/l_MGqh6EN8A

Lagu: Hang Nadim, Laq @ Kadok | Lirik: Kadok

Lirik Lagu Hanya Dunia - Adam Malek


Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dunia
Apakah ini yang dikejarkan

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dunia
Apakah ini yang dikejarkan

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu


Lagu lain yang menjadi lagu tema drama Vila Ghazara:
- Elica - Bila Nanti
- Kalimat Kita oleh Parasit

Sumber maklumat:
- @dramasangat
- @vilaghazaratv3
- Gambar: Villa Gazara


Lirik lagu Nyawa dan Raga - Sarah Suhairi | Dengarkan lagu terbaru daripada Sarah Suhairi yang bertajuk "Nyawa & Raga" hasil ciptaan Room None dan Iman Imran yang juga merupakan pencipta lagu untuk lagu pertama Sarah, Pedih. Lagu bertemakan persahabatan ini pertama kali diperdengarkan secara langsung di pentas program akhir Big Stage. Tahniah Sarah kerana berjaya menjuarai pertandingan ini!



Lirik lagu Nyawa & Raga - Sarah Suhairi 

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Benarku sukar ungkapkan kata sayang
Tapi pasti dirimu selalu di hati
Tak sekali dirimu pernah kulupa
Walaupun sedetik takkan pernah singgah

Wahai temanku ingin dirimu tahu
Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu
Tiada ego dan rasa pentingkan diri
Iri dan benci tak pernah

Dan kau... hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Rap:
Wahai teman aku mahu engkau tahu
Kasih penuh dalam hati buat kamu
Tiada ego dan rasa penting diri
Iri dan benci tak pernah ada
Terima kasih kerna sudi bersahabat
Takkan lupa dan sering diperingat
Seringkali kita telan pahit manis
Suka dan duka bahagia bersama

Dan kau.. hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

- Instagram: @SarahSuhairi
- Twitter: @sarah_suhairi


Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret | Kali ini Akim & The Majistret muncul dengan lagu baru berjudul Rampas. Lagu rampas ini bercerita tentang peritnya kehilangan, pengalaman pahit yang menginsafi diri dan mengajar erti redha. Ini diterjemahkan dengan penuh perasaan oleh Akim setelah pemergian ibunya buat selamanya baru-baru ini. Lagu ini ciptaan Akim sendiri (Hang Nadim) dan Zimi (Laq), manakala lirik ditulis oleh Stacy (Bunga Cantik). Ianya diterbitkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan Stacy dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai pengedar. Masih mengekalkan genre pop rock balada namun ditambah sedikit elemen muzik retro.



Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret

VERSE 1

Air mata separuh mati yang ditahan,
Diberhentikan lekuk kelopak,
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi,
Tangan bersaksi kita bergenggam,

CHORUS

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,

VERSE 2

Langkah pun lemah dalam susur pancaroba,
Lekat di persimpangan dilema,
Cuba keluar di jalan yang tak berarah,
Tunggu serpihan bongkah cahaya,

PRE-CHORUS

Putus segala,
Hijab kau dan aku,
Sampai nanti,
Kita bertemu,

CHORUS

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,


LAGU : Hang Nadim , Laq
LIRIK : Bunga Cantik

-- Instagram Akim & The Majistret - @akim_themajistret


Sumber berita:


Lirik Lagu Anta Permana - Siti Nurhaliza | 21 September lalu, penyanyi kesayangan ramai; Dato' Sri Siti Nurhaliza telah muncul dengan lagu baru berjudul Anta Permana yang membawa maksud ‘tidak terkira’ atau 'infiniti'. Boleh didengar di Apple Music, Kkbox, Joox dan Spotify. Lagu Anta Permana ini ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini (anda boleh 'menangkap' signature Hael dalam lagu ini). Jom dengarkan lagu yang catchy (rancak, 'mesra telinga'; campuran muzik klasik dan moden) serta penuh kelainan daripada Siti Nurhaliza ini! 

Instagram Siti Nurhaliza: @ctdk

Gambar: Instagram @riofilms.production



Lirik Lagu Anta Permana 

VERSE
Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
terduga diuji

PRECHO
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

VERSE
Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

PRECHO
Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

BRIDGE
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana

CHORUS
Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Kau tiada pengganti

*****

Gambar: Instagram @rasafilm.co

Video di balik tabir klip video: Siti Official Video
Sumber lirik: @rozisangdewi

Rujukan:
Kosa Kata: Anta permana (انت فرمان)
Makna: tidak terkira

Contoh Ayat Klasik :
akal baginda sangat sempurna,
adil dan murah terlalu behena;
masyhur limpah anta permana,
dikasih oleh mulia dan hina.

Petikan Sumber :SSM, hlm. 1 - http://lamanweb.dbp.gov.my


# Lain-lain berita: ‘Anta Permana’ usaha Siti Nurhaliza kembalikan perkataan Melayu klasik
# Anta Permana dapat sambutan hebat, trending

Pasukan Sepak Takraw Malaysia
Sukan Asia 2018 di Indonesia baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 September yang lalu. Bermula pada 18 Ogos, sukan ini berlangsung begitu jaya dan meriah sekali. Melibatkan sebanyak 45 buah negara, Malaysia antara yang tidak terkecuali menghantar atletnya. Di sini saya kongsikan catatan suka duka di Sukan Asia melalui kaca mata saya sebagai penonton di Malaysia.

KEJAYAAN

https://www.bharian.com.my
- Bola Sepak Malaysia kalahkan Korea Selatan selepas 44 tahun
Ini adalah kejutan awal yang diberikan oleh wakil bola sepak negara (B-23) di Indonesia apabila buat pertama kalinya, Malaysia mengalahkan pasukan gergasi Asia; Korea Selatan selepas 44 tahun. Kemenangan 2-1 dalam peringkat kumpulan ini juga memberi kesan (kejutan) kepada pasukan lawan kerana ranking negara kita yang jauh lebih rendah berbanding mereka. 

@/AtletMalaysia
- Boling paling menyerlah
Menjadi penyumbang emas pertama dan paling banyak dalam acara kali ini, boling dilihat sebagai sukan paling menyerah dan mempunyai kesinambungan pelapis yang baik terutamanya melalui Rafiq Ismail.


- Azizul dapat pakej pingat
Walaupun gagal mendapatkan emas dalam acara kegemaran beliau; Keirin, namun Azizul berjaya juga memenangi emas malahan pakej pingat (emas, perak dan gangsa) dalam kejohanan berbasikal kali ini dalam beberapa acara lain. Juga menyerlah kali ini adalah Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil. 


- Sepak takraw kalahkan tuan rumah
Ini juga kejutan, setelah kita lama tidak bersinar dalam sukan tradisi ini, kita berjaya mendapat pingat emas dalam acara antara regu (lelaki). Malahan provokasi pemain tuan rumah; Indonesia di perlawanan akhir itu tidak sedikit pun mengganggu prestasi mereka malahan berjaya come back, dengan bangkit semula setelah ketinggalan jauh. Semangat dan kekuatan pasukan sepak takraw Malaysia (daripada pemain sehingga ke jurulatih pasukan kita) disudahi dengan tangisan kegembiraan. Ahamdulillah.

Boleh juga baca ini: Tulisan Wan Halim Wan Abdullah



- Hoki: Kita masuk akhir, kalahkan India di separuh akhir hoki
Antara gembira dan sedih apabila pasukan hoki kita berjaya mengalahkan India, pasukan lebih kuat berbanding Malaysia pada separuh akhir acara kali ini. Namun kegagalan gagal mempertahankan mata pendahuluan ketika peringkat akhir menentang Jepun sehingga terpaksa di bawa ke masa penalti, sedikit menyedihkan. Walaupun pasukan hoki kita agak down setelah tidak berjaya mendapatkan slot automatik ke Olimpik, namun kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan perjuangan mereka semua. Tahniah!



- (Squash) Malaysia vs Malaysia dan kejutan 
Menarik apabila peringkat akhir wanita squash, Malaysia bertemu Malaysia. Nicol David tetap menunjukkan bisanya tidkak pernah hilang, apabila menjuarai squash wanita menewaskan pelapis kita dalam acara ini; Sivasangari Subramaniam! Malahan kejutan turut diberikan pasukan lelaki apabila juga berjaya mendapatkan pingat emas ketujuh negara (ramai tidak menjangkakan ini!). Tahniah!


- Emas keenam pelayar muda
Muda orangnya, baru berusia 16 tahun. Fauzi Kaman Shah mendapat pingat emas keenam negara! 

- Nur Dhabitah Sabri
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.

Sukan lain seperti Ragbi, pasukan hoki wanita dan beberapa acara lagi juga menampilkan aksi yang baik. Moga kita dapat mempertingkatkan lagi prestasi di masa akan datang.


Duka:

- Olahraga dan Baton 
Ini juga di luar jangka. Kesilapan ketika pertukaran baton menghancurkan harapan kuartet 4x100 meter negara apabila larian mereka dibatalkan ketika aksi final. Pelari pertama, Nixson Kennedy memberikan baton kepada pelari kedua, Jonathan Nyepa di luar zon sepatutnya menyebabkan ia terbatal secara automatik. Jurulatih skuad pecut negara, M Balamurugan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas insiden berkenaan yang disifatkan perkara lumrah dalam acara berganti-ganti. Mereka telah cukup bersedia, namun tiada rezeki kita kali ini. Tak apa, lain kali kita cuba lagi!

- Jufferi  tidak puas hati
Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi pencak silat lelaki akhir kelas E, berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, berikutan rasa tidak puas hati dengan barisan juri yang didakwa berat sebelah. Bukan sahaja menangis memohon maaf, malah dia begitu emosi meluahkan rasa amarahnya. Moga Jufferi lebih bertenang dan ada rezeki lain kali. Insya-Allah. Moga juga semua pihak bersikap lebih telus di kejohanan akan datang. Insya-Allah. Namun acara silat berjaya juga menjadi penyumbang beberapa pingat kali ini. Tahniah!


- Peluncur Skateboard negara dikutuk
Kasihan adik Fatin Syahirah. Akibat rasa gemuruh, dia gagal melakukan yang terbaik dalam sukan skateboard. Video aksinya di Sukan Asia tersebar sehingga dikritik teruk netizen. Moga menjadi pengajaran untuk kita dan semua juga. Kritikan memang perlu untuk kebaikan tapi bukan untuk menjatuh. Malahan ada rakyat Indonesia sendiri memberi sokongan kepada beliau dan lagenda skater dunia juga memberi kata-kata semangat untuk Fatin. Muda lagi awak, dik. Jangan mengalah!

Boleh juga baca tentang Fatin ini di: Tulisan Wan Kedah

- Walaupun kita memang berharap lebih kepada beberapa sukan. Tapi kejayaan mereka melangkah lebih jauh sudah cukup membanggakan! 
Untuk yang berjaya, jutaan tahniah kami ucapkan. Untuk yang gagal, kita cuba lain kali. Berjaya atau tidak tetap kami sayang. Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. Teruskan perjuangan!

Pingat-pingat Azizul Hasni Awang di Sukan Asia 2018

@/SinarOnline
Kebanyakan gambar di artikel ini milik:
Berita sukan:
Jumpa lagi di acara-acara akan datang terutama sekali di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Malaysia boleh!









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top