Penulisan ini adalah untuk memudahkan sesiapa di Malaysia terutamanya jika mahu beli buku online (Bahasa Melayu, Inggeris mahupun Indonesia). Laman web dan akaun yang saya kongsikan (secara peribadi) ini dipercayai dan harganya juga berpatutan. Kebetulan, sewaktu saya sedang menulis ini, sedang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC yang selalunya diadakan pada bulan April setiap tahun.

Beli buku agama

Bookjannah.com: baru menjadi kegemaran. Buku baru pun pantas ada stok dan penghantarannya cepat.


Buku islamik & motivasi https://www.bookjannah.com/

Beli buku Travelog online:


Banyak penerbitan buat buku travelog dan kembara begini, antara salah satu yang aktif adalah PTS.


Beli buku Bahasa Inggeris online:

Debookrooom.com: teruja dengan laman web ini. Selain ada pelbagai pilihan dan buku baru, buku pre-loved pun ada. Harga pun sangat berpatutan. Saya suka!

Buku englishDebookroom.com

Beli buku Indonesia dengan mudah:


Antara akaun instagram kegemaran. Beli buku Indonesia, namun dipos dari Malaysia (harganya). Malah yang tiada di katalog pun boleh dipesan jika kita mahu. Seronok bukan? Sungguh menarik.

I Love Buku - Instagram @ilovebuku

Beli buku puisi Malaysia / beli zine:


Ada beberapa orang pernah bertanya saya tentang zine di Malaysia. Serta buku puisi di Malaysia ini syarikat mana jual, banyak sebenarnya! Namun antara yang menerbitkan adalah Penerbitan Langit. Syarikat yang aktif dan sangat bersemangat!


Buku Zine & Puisi – Terbitan Langit 

Twitter: @terbitanLANGIT Instagram: @terbitanlangit

Nama penerbitan buku lain yang wujud di Malaysia: Facebook Kualalumpurbookfair

*Banyak lagi sebenarnya jika cari. Pelbagai penerbitan yang wujud di Malaysia bagi memenuhi selera pembaca dalam pelbagai genre.


*****

Jika mahu lebih mudah untuk membeli secara atas talian pergi sahaja ke laman web bookcafe untuk memilih genre buku yang anda semua minati. Mudah bukan? Siapkan saja kosnya, klik, kita akan dapat memiliki buku idaman dengan segera. Kebetulan kini sedang buat juga promosi seiring dengan pesta buku.

Apapun gerakkan budaya membaca! Ilmu adalah hak milik kita semua. Maka, carilah selagi bernyawa.

P/S: Ini maklumat tentang penulisan saya.




Sarawak memang cukup dikenali dengan Bandaraya Kuching, kerana terdapat pelbagai tempat menarik yang harus dikunjungi di situ. Sebelum saya bercerita tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuching, Sarawak, apa kata saya bercerita tentang tempat penginapan yang ingin di recommended di sini. So, let’s check it out now!

Okay, sebenarnya ada banyak jenis penginapan yang ada di Kuching, Sarawak ini, lagi-lagi yang berada berdekatan dengan pekan, lagi banyak choice. Tapi, kali ni saya ingin berkongsi tentang tempat penginapan yang sangat best dan sangat sesuai untuk dijadikan tempat percutian untuk honeymoon mahupun bersama keluarga. Tempat yang menjadi bualan ini ialah Damai Beach Resort!


Damai Beach Resort terletak di pantai Teluk Bandung dan berhadapan dengan Laut China Selatan, dan pastinya ia menjanjikan pemandangan yang sungguh spectacular dan mendamaikan buat tetamu yang datang untuk menginap di sini. Resort bertaraf empat bintang ini berkonsepkan moden dan kontemporari, tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional Sarawak pada rekaan dalamannya, sekaligus membuatkan kita berasa tenang dan selesa dengan keadaan persekitarannya. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut kesesuaian kita sebagai tetamu. Damai Beach Resort ni ada tujuh jenis bilik iaitu Baruk suites, Long House suites, Chalet, Seaview deluxe, Standard balcony, Superior pool side, dan juga Hill view wing. Fuhh, jenuh taip satu-satu nama bilik dia. Nampak tak betapa banyaknya pilihan yang kita ada jika bercadang nak menginap di Damai Beach Resort ni? Semua bilik memang lengkap dengan segala kemudahan seperti hair dryer, air conditioner, cattle, pendek kata semualah, tapi apa yang paling best, setiap bilik yang disebutkan tadi mempunyai ruang yang sangatlah luas, memang sesuailah buat kita yang plan nak datang bersama keluarga. Kalau ada yang datang sini memang nak berbulan madu, the most recommended bilik ialah Baruk suites. Baruk suites ni dibina berdasarkan rumah tradisional masyarakat Bidayuh, ia terletak di lereng bukit dan tinggi agar kita dapat menikmati pemandangan yang indah serta romantik bersama pasangan kita. Di samping itu, Damai Beach Resort ini juga ada padang golf dia sendiri, jadi pada sesiapa yang dah bosan asyik terperuk dekat bilik tu, kita boleh cuba bermain golf di Damai Golf & Country Club. Tak reti main golf? Jangan risau, pada sesiapa yang tak reti main golf, boleh cuba aktiviti lain seperti jungle trekking, bersantai atau jalan-jalan di persisiran pantai dan banyak lagi. Kemudahan pulak memang banyak seperti swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak, gym, kids village, spa and massage service pun turut disediakan.


Rasanya macam tak sabar nak ke Damai Beach Resort inikan? Kalau sesiapa berminat nak booking resort ni, apakata cuba book Damai Beach Resort at Tanjung di website Traveloka. Sebab ianya menawarkan harga yang sangat murah berbanding dengan kita membuat direct booking. Bukan itu sahaja, kita boleh tempah sekali tiket flight di traveloka.com ni tau, jadi tak adalah pening kepala nak booking asing-asingkan? So, tunggu apa lagi, jom tempah sekarang!

Tempat menarik berdekatan di Damai Beach Resort

Sarawak Cultural Village


Sarawak Cultural Village ni terletak kira-kira 0.41 km dari Damai Beach Resort, memang sangatlah dekat. Jadi, rugi tau kalau kita tak berkunjung ke sini. Sebabnya, dia umpama muzium yang alive, maksudnya dia bukannya macam muzim yang bosan, tengok gambar / lukisan statik semua tu tau, tak! Ia more towards mengenali pelbagai etnik group di Sarawak dengan lebih dekat lagi serta dapat melihat rumah mini seperti etnik Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu. Bukan itu sahaja, kita juga akan dipertontonkan dengan persembahan tarian daripada setiap etnik Sarawak di theater yang disediakan. Menarik bukan?

Gunung Santubong


Gunung Santubong adalah antara gunung yang agak terkenal di Sarawak. Lagi-lagi famous dengan cerita lagendanya, tidak lain dan tidak bukan pertengkaran di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Selain daripada cerita lagenda yang seringkali menjadi bualan penduduk tempatan, gunung Santubong ini juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk hiking, kerana pemandangannya yang sangat cantik dan memukau bagi sesiapa yang memandang.

Ini baru sebahagian yang dapat diceritakan. Ada banyak lagi kelebihan jika berkunjung ke sini, jadi jangan lepaskan peluang untuk pergi bercuti di Sarawak dan menginap di tempat menarik ini! :)







Setelah dikenali dengan lagu masing-masing, Tajul dengan lagu Sedalam-dalam Rindu, Wany Hasrita dengan lagu Menahan Rindu, kedua-dua artis naugan FMC ini tampil dengan lagu duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu. Seakan mengembalikan era duet popular, Siti Nordiana & Achik Spin, Patrick Kamis yang juga antara pencipta lagu duo itu satu ketika dahulu, tampil pula dengan lagu baru untuk mereka berdua ini. Jom dengarkan!



Lirik lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu: Wany Hasrita ft Tajul

(TAJUL)
Sejakku dengar merdua suaramu
Tidakku sangka jiwa terganggu

(WANY)
Apa kurangnya suara manjamu
menyentuh hati membawa mimpi

(TAJUL)
Kamu wanita manis sekali
Lirik matamu membawa cinta

(WANY)
Kamu lelaki pandai menggoda
Hingga hatiku mulalah rindu

(TAJUL & WANI)
Ria hatiku hilanglah resah...

(TAJUL)
Di sini cinta di sana cinta

(WANY)
Benarkah

Di sini rindu di sana rindu

(TAJUL)
Sejiwa

Di sini sayang di sana sayang

(WANY)
Sekata

Orang di sana orang di sini

(TAJUL & WANI)
Sama menanggung rasa..

(TAJUL)
Cinta

(WANY)
Tak dapat diduga

(TAJUL)
Cinta

(WANY)
Hanya dapat dirasa

(TAJUL & WANI)
Senada dalam cinta

(TAJUL)
Smulekan cinta irama indah
Semoga hilang kesunyian

(WANY)
Semoga hilang

(TAJUL & WANI)
Kesunyian

*****



Laman sosial mereka:

TAJUL
Facebook : Tajul Arif III
Twitter/ Instagram: @tajulofficial

WANY HASRITA
Twitter  / Instagram: @wanyhasrita



Hari lahir adalah hari peribadi. Ada yang teruja menyambut. Ada juga yang tak suka (kerana pengalaman). Namun ia adalah manifestasi syukur kita kerana masih hidup dan ada urusan dunia yang belum lagi selesai.

Dalam usia yang makin bertambah, begitu banyak pencapaian yang kita dakap dan ada juga sesekali kejatuhan serta kehilangan. Alhamdulillah untuk semuanya.

Seperti orang lain, hendak juga saya tulis kenangan begitu dan begini di sini. Namun biarlah sebahagiannya menjadi simpanan sendiri.

Untuk setiap kejayaan sementara jangan sesekali membangga diri. Ada tanggungjawab dan amanah disertakan.

Buku penulisan terkini saya dan kawan-kawan (Konfesi) dapatkannya di @bukugaraj

Untuk setiap jatuh dan kegagalan adalah ruang untuk memperbaiki diri. Dan jangan takut untuk mencuba lagi.

"Kita tak boleh pandang hina pada cara hidup seseorang. Sebab kita tak tahu penghujung hidupnya dan kita nanti bagaimana."

- USTAZ AHMAD SHUKRI YUSOFF (TanyalahUstaz)

Teruskan jadi manusia bermanfaat, sabar dan ikhlas. Kerana di akhirnya semua perbuatan kita, Tuhan akan balas.

Masa adalah bukti kesementaraan. Dalam detik berbaki, berapa wujud lagi amal yang akan mampu meneduh?

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

(- Sumber)

Terima kasih
 buat keluarga di sisi. Terima kasih buat semua yang masih bertahan lagi. Terima kasih untuk yang sudi beri ucapan di twitter, facebook, instagram, whatsapp dan SMS. Dan untuk yang masih mengingati dan mendoakan. Moga baik-baik saja untuk semuanya.

*Nukilan Litte Strong @TheContengann / Instagram: Thecontengan
Kerana kesempurnaan bukan milik kita, marilah sentiasa muhasabah, saling menasihati dan mendoakan. Maaf jika saya pernah melukakan sesiapa. Moga kejayaan milik semua kita. Insya-Allah. Ameen.

 Wallahualam.




Haqiem Rusli, namanya tiba-tiba disebut-sebut setelah muncul dengan lagu Segalanya. Walaupun dikatakan suaranya mirip artis lain, namun dia menafikan dan sebenarnya suara mereka jauh sekali perbezaan setelah diamati. Masing-masing ada kelainan dan kelebihan tersendiri. 2017, dia menjadi tular apabila kelihatan begitu menjaga aurat peminatnya, dengan menutup bahagian yang perlu ditutup pada gambar (di instagram), malah beliau juga memilih untuk tidak bersalam dengan peminat perempuan. Tindakannya dipuji dan moga dicontohi ramai dan istiqamah. Insya-Allah.

Sumber

Kini peminat penyanyi Judika ini tampil dengan lagu terbaru, Tergantung Sepi. Jom dengarkan!
"Terdapat 3 kisah cerita di dalam lagu "Tergantung Sepi" ini, semua tergantung, pernah dibiarkan begitu saja oleh kawan sendiri, pernah tewas dalam kekalutan sebuah pertandingan nyanyian dan sampai bernafas ragu ditinggalkan kekasih. Sedih sungguh Haqiem Rusli ini haha. Apa-apapun hidup mesti diteruskan. So apa komen korang tentang lirik dan lagu melody TERGANTUNG SEPI ini? U LOVE IT?" - Katanya mengenai lagu ini menerusi akaun instagram.



Lirik Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Cukup di sini perjalanan kita 
menghukum diri  mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

*****

Label / Syarikat rakaman: @fmcmusic 
Lagu & LIRIK : @sirkhandanial  & @ibnu_rinkarnaen -



Biodata Haqiem Rusli

Nama Penuh: Ridzuan Haqiem Bin Rusli
Nama Popular: Haqiem Rusli
Nama Panggilan: Haq
Asal: Hulu Langat, Selangor
Tarikh Lahir: 16 Jun 1998
Umur: 19 Tahun (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Hobi : Bermain video game, bola sepak, menyanyi dan melukis kartun
Pencapaian: Naib Juara Idola Kecil TV9 Musim Pertama dan Juara Pop Krew 2015 (Kumpulan Novemboys yang dianggotai oleh Adam Malek B Shamsuddin Ridzuan, Haqiem Bin Rusli, Muhd Danial B Ahmad Idaham dan Wan Shahjuddin Bin Wan Abd  Wahab) dan antara calon Peserta Mentor Milenia 2016 TV3.


LAMAN SOSIAL




Kemaskini 2018: 
Tahniah Haqiem Rusli kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) baru-baru ini.




Akhirnya saya juga terjebak! Baiklah ini adalah tutorial edit nama dan gambar menggunakan aplikasi Picsart bergabung dengan Focus N Filter. Klik pada gambar setiap tutorial di bawah untuk lebih jelas. Selamat mencuba! 

Jadi apa yang perlu? Install dulu dua aplikasi tu. Boleh didapati di store aplikasi sedia ada (FREE). Picsart adalah aplikasi untuk edit gambar (kesan khas, potong gambar, kecilkan atau ada sebarang penambahan atau pengurangan pada gambar, macam-macam ada di tools jika kita explore). Manakala Focus N Filter pula adalah aplikasi yang lebih kepada letak tulisan (font) pada gambar. Sangat sesuai untuk buat logo atau profile / default picture mana-mana akaun media sosial.

Baiklah kita mulakan dengan aplikasi Focus N Filter.

TUTORIAL 1: PERKATAAN SAHAJA

Gambar A: Tutorial ini jika mahu hasilanya tulisan / perkataan sahaja. Boleh rujuk gambar ikut nombor dan arahan. Apa yang penting jangan lupa simpan. Dah nanti hasilnya boleh dilihat di galeri.

Gambar: A
Oh ya, selain gambar berwarna, gambar biasa sedia ada, atau gambar kita ambil pun boleh dipilih untuk dijadikan latarbelakang (background).

Result / Hasil
*****

Focus N Filter + Picsart

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN (BLEND OVERLAY)

Gambar B: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save.

Gambar: B
Gambar C: Haa, ini baru kita guna aplikasi Picsart. Buka seperti dalam gambar di bawah. Ini untuk memberi kesan magik (magic effect) pada gambar yang kita pilih. Untuk kali ini saya memilih gambar Yuna dan Nana sebagai contoh. Selepas siap edit dan yakin, klik discard. Jangan risau itu dah simpan automatik dalam bahagian recent (dalam aplikasi sama.)

Gambar: C
Gambar D & E: Haa, lepas ada gambar siap letak kesan khas magik tadi, kita edit dengan potong cantik-cantik tepi dia bagi sesuai sikit nanti. Bagaimana nak potong? Gunalah tool "cutout". Ini ada dah disediakan di bawah tu (dalam aplikasi tu) setiap kali setelah gambar dipilih. Setiap itu pandai pandai alihkan gambar tersebut, letak sesuaikan ikut sedap mata memandang. Untuk tutorial ini, saya gunakan "blend", kemudian "overlay", bagi dia cantik sahaja dalam background watercolor tersebut.

Gambar: D
Gambar: E
SIAP!

*****
Baiklah. Bawah ini tutorial lain pula. Style ini yang paling popular. 

TUTORIAL 2: EDIT GAMBAR + PERKATAAN 

Gambar F: Kita gunakan Focus N Filter untuk dapatkan gambar latarbelakang (background) berwarna macam ala-ala watercolor itu. Jangan lupa save. Baiklah, jika mahu menambah perkataan di Focus N Filter ini terus (lebih mudah), tak perlu banyak kerja boleh rujuk Gambar G.

Gambar: F

Gambar G: Ini cara tambah perkataan di Focus N Filter. Jadi tak perlu dah buat ini di Picsart. Cuma tinggal untuk simpan sahaja nanti. Dan jangan lupa sediakan ruang untuk letak gambar nanti. 


Gambar: G

Gambar H: Sekarang kita dah ada gambar watercolor sebagai background yang siap perkataan di Focus N Filter tadi (Gambar G). Jadi dengan ini di Picsart, kita hanya perlu masukkan gambar. Edit dengan tool "cutout",  dan letak bagi sesuai dan sedap mata memandang, kemudian siap! Dah boleh simpan dalam galeri. 

Gambar: H

Tadaa!! Siap dah.

Result / Hasil

*****
SEKIAN. MAAF JIKA ADA KEKURANGAN. 

*Boleh juga rujuk tutorial saudara Muhammad Amir Iddin ini jika mahu.
Jika mahu lagi mudah, rujuk video ini:




Semoga berjaya! Terima kasih. :)




Setelah berkongsikan lirik Pejamkan mata sebelum ini dan mendapatkan Album Malique: TKO: Pejamkan Mata, saya ingin berkongsi sebuah lagu sedih yang terkandung dalam album ini: - Bukan Mudah tajuknya. Malique ft dengan Nukilan. 

[Antara petikan Review album TKO: Pejamkan Mata: Ibnor Syafiq (melalui TheVocket.com)]

“Bukan Mudah” merupakan pertaruhan ketiga Malique berkolaborasi bersama Nukilan selepas kejayaan lagu “Rindu” dan “Aduh Neng” pada tahun 2015. Lagu ini secara rumusannya, mengisahkan turun naik perjalanan karier seni beliau sendiri setelah memilih untuk bergerak secara solo sejak 2007.
Perit jerihnya menghadapi dugaan industri seni yang beronak duri digambarkan dalam lirik ini dan bagaimana beliau menangkis semua itu dengan kecekalan, semangat dan usaha yang tidak henti. Melalui lagu ini beliau mendefinisikan untuk berjaya itu bukannya mudah dan walau apa pun yang menghalang, jangan sesekali lemah dan berputus asa walau pernah gagal beberapa kali.
Lirik yang dititipkan sangat sesuai dijadikan pesanan dan nasihat untuk mereka yang masih hijau didalam industri seni tanahair menerusi lagu “Bukan Mudah” ini. Bait lirik korus yang diulang-ulang dalam lagu ini jelas mengungkapkan keadaan Malique setelah tidak lagi bersama Joe Flizzow apabila memilih untuk tampil solo.

“Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.” 

Pendapat / review di atas ini adalah pandangan peribadi. Mungkin anda yang mendengar lagu ini ada definisi tersendiri. Seperti lagu Pejamkan mata juga, sukar untuk mencari video lagu ini kerana dilindungi hakcipta. Namun saya kongsikan cover oleh Alep Farhan. Jom kita dengarkan!



LIRIK BUKAN MUDAH: MALIQUE FT NUKILAN

[Chorus - Kelana]
Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.

[Agenda]
Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong,
Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong,
Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong,
Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong,
Kadang terkena pedang bermata dua kurebah,
Sedang terleka pandang permata disengat lebah,
Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah,
Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah,
Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu,
Resah harianku telan ubi berkipas bayu,
Bangkit hadap mentari biar terik ku tak layu,
Berlari kerah lagi selagi ku dirgahayu,

Tiada yang ringan dalam hal yang dititik-beratkan,
Tekanan, perjalanan jadi pengalaman beratkan,
Bermula dari angan bergiat sampai ke tua,
Masih terngiang suara ibu membisik petua.

[Chorus - Kelana]

[Zizi Kirana]
Berjaya melangkah pagar kawat berduri,
Percaya, adakah hidup ini berjuri?
Sentiasa dihakim, dihukum darah sendiri,
Berjasa pun dihakim, dihukum jasa dicuri,
Bersuara lantang ku tiada cara dipertengah,
Berdiri tegak aku nak diendah hingga megah,
Berdiam diri pula dibakar hati disergah,
Menyiram benih cita nak bercambah bukan mudah,
Ke langit tidak sampai ke bumi tidak terpijak,
Sesak nafas tergapai, maka tangkis dengan bijak,
Mana langit kujunjung di situ bumi kupijak,
Usaha yang kan usung pergerakan harus bijak,
Bersedia di zahir mahirkan dari dirantai
usah endah yang diraptai gusar hilang nak bersantai,
Rujuklah awal akhir sebelum merempuh badai,
Demi yang menanti jangan sekali maruah digadai.

[Chorus - Kelana]

[Malique]
Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan,
Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang,
Dari putih mata, biar putus tunjang, putih tulang,
Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram,
Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang,
Tukar orientasi, modifikasi modus operandi,
Digantikan cogan, gantikan slogan, hidup lataif nan mati,
Diasahkan taji, kibarkan panji-panji, ingati janji-janji,
Serikandi masih menanti-nanti di menara candi...

Ya, menara candi.
Masih menantikanmu di menara candi

(Chorus: Kelana)

(Outro: Malique)
Damba domba putih atau domba emas jati,
Hanya satu punya sakti tikam hati-hati
Patah-patah yang bercambah menambah risiko
Muncul kemenangan bila terhapusnya ego.

*****


Semua kita kreatif dengan cara masing-masing. Namun apa pula yang dikatakan menderma secara kreatif? Di sini saya kongsikan (yang saya dapat melalui perkongsian orang lain juga) cara menderma mudah, dengan hanya serendah RM1 melalui bank kita pun, kita masih boleh berkongsi rezeki. Moga apa sahaja kita buat ini diberkati. Insya-Allah.

Maybank

- Log in ke Maybank2u
- Pilih bill payment
- Pilih make one off payment
- Pilih zakat dan charity
- Pilihlah mana-mana badan kebajikan yang kita mahu menderma.
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya  (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

CIMBClicks

- Log in ke CIMBclicks
- Pilih Pay --> Bills
- From pilih akaun kita
- Di ruangan "to": taip kebajikan



- Di situ akan ada banyak pilihan badan kebajikan yang kita mahu menderma
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

*Bank-bank lain pun boleh, ada caranya, boleh cari dan rujuk semula. Terima kasih.

Selamat menderma. Jika kita memberi, insya-Allah kita akan lebih banyak menerima. Bersyukurlah, Tuhan akan tambah lagi rezeki. :)





Edry KRU muncul dengan lagu baru, kali ini bersama dengan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat. Lirik lagu yang sangat menyentuh hati, terutama buat mereka yang telah ketiadaan ayah. Moga semua ayah sentiasa sihat. Teruskan menghargai. Dan sama-sama kita doakan untuk semua ayah yang telah pergi, agar dirahmati dan dipermudahkan urusan di alam sana. Insya-Allah. Terima kasih, ayah.



Lirik lagu Ayah: Edry & Azmi

Ayah
Namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Kumemohon kau dirahmati-Nya
Diiringi al-Fatihah

Ayah
Sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kaumenjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah
Pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan kubekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah.....

*****

Ciptaan sepenuhnya: Edry Abdul Halim


Semua orang suka dihargai. Namun semua kita berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi saya kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagian. Berikut adalah pengalaman saya memberi hadiah atau kejutan untuk ahli keluarga dan sahabat saya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan menganjurkan umatnya untuk saling memberi dan menerima hadiah. Beliau bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, agar kalian saling mencintai.” (HR. al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Shahih al-Jami 3004, al-Irwa 1601)
Kek, kad dan baju untuk mak, abah dan adik.


Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi saya yang memberi kad kepada mak abah sempena hari istimewa. Saya tahu itu tidaklah seberapa dan terlalu jauh nak dibandingkan apa yang mereka telah beri, namun wajah gembira mereka cukup membahagiakan. Adalah pernah beli hadiah untuk mereka dan mereka sangat hargai. Kadangkala letak di meja. Ada yang beri terus. Ada yang saya pos (masa belajar dulu). Dan daripada abah masih ada hingga kini, kami masih membeli kek untuk saling merai. Ada rezeki lebih, kita berilah apa kita mampu beri. Syukurlah untuk apa yang masih di sisi. Moga diberkati.

Cupcakes buat peminat muzik


Antara kejutan awal saya buat dalam hidup. Tahun 2012. Waktu itu belum pesat lagi perkhidmatan begini. Cuma ada kakak ni saya emel (emel tau waktu tu) dan minta buat dan hantar kek cawan (cupcakes) sebanyak jumlah umur sahabat saya. Dan cupcakes itu dihiasi note dan alat muzik kerana si penerima itu yang meminati muzik! Kakak itu pun sangat baik. Moga dimurahkan rezeki Kak Hayati yang sudi hantar waktu itu. Banyak betul karenah saya. Sabar sahaja dia. Yang penting sahabat saya terkejut dan gembira waktu itu. Itu yang seronok!

[Damira Bakery bukan saja buat perkhidmatan buat kek, cupcakes, kuih. Malahan beliau juga ada buat kelas belajar buat kek dan tart]. Boleh rujuk blog kak Hayati ni: http://damirabakery68.blogspot.my/
Chocolate Bouquet untuk orang Penang


Ini adalah sesuatu yang manis juga untuk dikenang. Bantuan melalui kakak empunya badan, Iera Rahim dan kerjasama Mazni (pemilik perniagaan tersebuat) & Syazana yang sangat sporting memenuhi kehendak saya, berjaya membuatkan si penerima, Cik Bintang terharu. Terima kasih untuk segala kerjasama. Awalnya memang nak sampaikan terus pada penerima, namun pada hari tersebut dia tiada di rumah. Jadi, melalui kakaknya akhirnya sampai juga ditangannya. Alhamdulillah.

[Jeenis_Bouquet menyediakan perkhidmatan penghantaran (surprise delivery) harga yang berpatutan coklat bouquet dan boleh juga hantar bunga, brownies (kek) untuk penghantaran buat tersayang. Belon juga boleh ikut permintaan kita.  Terutama sekitar Pulau Pinang. Dan saya jamin perkhidmatannya terbaik. Jika ada nak hadiahkan atau surprisekan orang sekitar Pulau Pinang, boleh cari mereka ni!].
Teddy bear online kepada adik-adik


Dua kali saya menghadiahkan teddy bear besar kepada sahabat yang saya panggil adik. Seorang di Sabah, Cik Manis itu dibeli melalui seorang kenalan saya yang tinggal berhampirannya. Terima kasih banyak buat beliau! Dan satu lagi saya membeli teddy bear secara online. Dan orang itu yang deliver (sampaikan) kepada dia melalui pos. Untuk Gadis Kayangan yang masih belajar di sebuah universiti waktu itu. Bagus penghantarannya. Sangat rajin melayan karenah saya. Ini dah lama. Sekarang lagi banyak perkhidmatan sebegini sedang bercambah di bandar-bandar dan di Malaysia amnya.

*Sayangnya Teddiesland tak aktif sekarang ini. Sedangkan bearnya comel-comel dan murah walaupun besar. Saya suka. Moga baik-baiklah untuk mereka.
Melalui orang tengah

Ini saya ingin kreditkan kepada seorang sahabat bernama Su. Bagi saya dia sangat manis kerana sudi menjadi orang tengah untuk sahabat saya seorang lagi, Sha (cheryna). Mereka berdua sahabat yang manis. Banyak saya belajar dengan mereka.

Ada satu ini, saya nak beri melalui pos, tapi tak sampai pada kawan itu. Apapun ini soal rezeki dan sebahagian pengalaman juga. Tak semua jadi dan manis. Apapun, jangan putus asa untuk memberi.

Hari hari lahir & kahwin buat kawan

Setiap kali hari lahir kawan, selain frame gambar, keychain, kadangkala saya suka hadiahkan buku. Atau buat kad. Jika kenduri berbeza sedikit, saya selalu minta bantuan mak saya, Puan Anita. Sebab orang kahwin selain cadar atau hadiah peralatan dapur mungkin ada banyak lagi idea kita dapat daripada mereka yang berpengalaman. Terima kasih mak!

Saya juga pernah menerima.

Alhamdulillah. Saya juga pernah menerima hadiah yang istimewa melalui abah, mak (mereka yang hadiahkan saya bear besar masa belajar dulu, alhamdulillah. Impian juga dapat bear besar ni.) dan teman-teman (terutama roomate saya masa USM, Yunn). Terima kasih buat mereka yang sudi memberi. Anda memang baik hati. Moga Allah berikan yang baik-baik untuk mereka semua ini. Insya-Allah.

Apapun, jom memberi. Kita hidup tak lama mana. Jadi hiduplah untuk memberi dan bahagiakanlah yang tersayang selagi berkesempatan. Ada rezeki, kita kongsi. Insya-Allah hidup akan aman dan gembira buat semuanya! :)




Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Mac 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz: Ustaz Nizam dan Dai Fuad (Adab dalam beramal)

- Perempuan berhadas boleh pegang Quran terjemah.
- Kalau sakit dan ingat wajib ja tak apa tak ingat sunat. Yang penting usaha tu. Misalnya mualaf tahu al-fatihah 2 ayat. Tak apa baca 2 ayat. Tapi usaha perbaiki bacaan.
- Jangan takbur dengan Allah. Doa biar bersungguh. Bukan nak, tak dapat tak apa. Bukan. Namun jika mahu merendah diri boleh.
- Allah yang murah / sempitkan rezeki.
- Minta Allah pilih terbaik itu istikharah. Jika ada pilihan itu hajat.
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahui-Nya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. - (Al-Baqarah 2:270)
- Minta maaf. Dan beradab.
- Belajar terima nasihat.
- Prinsip belajar ilmu. Bukan belajar buku.
- Wajib qada tinggalkan solat dengan sengaja.

Tanyalah Ustaz (Belum Bayar lagi).

- Elok ditulis walaupun kecil
- Kena betul sebut bagaimana. Diadili semula jika tak jelas kena bayar atau tak
- Dengan orang kafir atau badan tertentu pun wajib bayar. Kita dah tahu risiko.
- Zaman Nabi juga pernah Nabi pernah berhutang. Dia letak cagaran. Baju besi selagi belum bayar tamar.
- Beri hutang juga sedekah. Tuhan lebih adil.
- Derma sepuluh pahala. Jika beri pinjaman, pahala 18. Sebab kita ada risiko tak dibayar. Dan menyenangkan urusan orang. Sebab memang mereka perlukan.

Tanyalah Ustaz: Umrah makbul - Ustaz Ghazali

- Kenduri doa selamat untuk pergi umrah tak wajib
- Cuma jika mahu umrah dan haji mabrur bagi makan dan cakap baik-baik
- Jadi beritahu jiran dan sedara untuk tahu. Adab musafir pun begitu
- Janji ada kehampiran kepada nazar
- Jangan riak
- Bersihkan hati
- Orang tua dulu kata pergi kati. Tukar mindset. Haji dan umrah dah lama diseru.
- Kena rancang.
- Orang muda perlu pergi sebab keadaan di sana dengan ramainya. Kena tough
- Kalau kaki krem sebelum buat saie boleh suruh pakcik situ upahkan saja. Balik hotel panjang prosudernya. Atau kalau dah okay sambung
- Kena bersedia. Di sana nanti perlu khusyuk

Tanyalah Ustaz: Dai Luqman dan Ustaz Suhaimi Rozali - (Dengan izin-Nya)

- Lebih baik baca Al-Quran berbanding memilih satu ayat amalkan banyak kali tapi terlupa baca Quran
- Tidak mengingati Allah juga berdosa
- Jangan tinggal semua walaupun tak buat semua
- Jaga kebersihan. Jangan meludah dan sepahkan pad jika nak elak histeria. Jika ada orang pandai dalam bacaan ruqyah baik suruh dia. Jika tak ada, asingkan. Pastikan yang nak pegang biarlah yang mahram. Tenangkan mereka. Basuh muka dan anggota wuduk. Ramai ramai baca al-fatihah. Ruqyah risau berlawan. Jadi baca al-fatihah.
- Jin islam pembersih. Kadang buat sesuatu melampau.
- Letak husnudzon sebelum apa-apa.
- Nak sandar pada Allah. Biiznillah. Dah buat. Insya-Allah itu perkara belum buat tapi jika Allah izinkan.
- Jangan main-main dengan insya-Allah.

Tanyalah Ustaz: "RUPANYA ITU KHURAFAT": Dai Luqman dan Ustaz Suhaimi Rozali

- Tangkal walaupun ayat al-Quran elok tak perlu pakai. Yang penting amalan kita. Pakai pendinding elok amalkan ayat / doa.
- Ijazahkan bacaan ayat quran di tv atau buku itu umum. Jika khas depan-depan. Sama ada baca semula atau ikut. Elok berdepan.
- Mimpi adalah topik besar. Jika mimpi buruk elok jangan cerita dulu dekat orang. Boleh jadi doa.
- Tiada masalah ziarah kubur orang alim yang jadi masalah ambil karamahnya. Mandi dengan air misalnya. Tak boleh.
- Hebat mana pun orang itu. Kita hanya perlu sujud kepada Allah. Orang sekarang mudah terlajak.
- Call dan jumpa lain. Macam dengan mak kita. Jadi tak apa ziarah kubur.
- Memang ada makhluk yang ada sensor kesan makhluk halus.
- Amalkan surah jin ayat 1-10. Tampal dekat bilik yang tak diguna. Yang tak diguna rumah atau bilik membolehkan jin datang.
- Viral tak pasti jadi 2 dosa benda forward (surat berantai) ni. Khurafat moden.
- Jika boleh elak ketagih main game. Sebab mereka khayal. Marah anak tak boleh. Kena lihat asbab. Perbaiki rohaninya.
- Apa berlaku kejap lagi adalah rahsia Allah. Hukuman tali gantung pun tak tahu saatnya.
- Jangan tafsir membabi buta. Kena ada ilmu.
- Bukan semua ustaz pandai ilmu perubatan. Masing-masing ada ilmu masing-masing. Perlu saling menghormati.
- Khurafat, Tahyul dan syirik adalah kepercayaan. Memperbaikinya dengan keimanan. (Kena kenal Allah. Kenal Al-Quran itu panduan)
- Tenang akan dapat jika dia bahagia. Itu kena beriman.
- Dalam hidup ini, akan ada bom jangka. Itu kita perlu tingkatkan iman. Hanya perlu dapat dengan ilmu pengetahuan.

Tanyalah Ustaz. Salam. Dai Izhar dan Dato Seri Ustaz Abu Hassan Din.

- Dalam salam "taala" tak ada.
- Dia bukan "mu". Sama ada wa atau alaikummussalam.
- Syaitan tak suka azan, orang mengaji dengan orang beri salam.
- Alaika alaihissalam. Alaiki alahassalam. Untuk sampaikan salam
- Elaklah beri salam pada bukan muslim
- Makruh beri salam pada orang tengah makan, dalam tandas.
- Orang dekat kubur pun kita kena beri salam. Ada salamnya.
- Boleh peluk salam dengan mertua macam dengan ibu ayah
- Dari kecil ajar kenal saudara mara
- Salam ini ucapan orang ahli syurga (dalam syurga nanti).

Dai Farhan & Ustaz Mat Esa Deraman - Banyaknya Dosaku

- Orang bertaubat walaupun dia buat balik dosa dan kemudian taubat, maksudnya masih ada iman dalam hatinya
- Allah Maha Pengampun, dosa kita apapun Dia tetap ampunkan.
-Taubat tak diterima dua tempat : Nyawa di kerongkong dan matahati sebelah barat
- Orang bertaubat buat dosa dia akan rasa bersalah dalam hatinya sebab dia dah pernah bertaubat
- Rezeki bercampur masih halal sebab kita tak tahu sumber
- Pesan berpesan perlu setiap hari. Sebab kita tak tahu bila pintu hidayah dibuka
- Kekuatan taubat perlu ikhlas mahu bertaubat. Dan perlu menambah ilmu. Jangan lalu atau mengimbau tempat lalu yang dosa itu. Jangan terfikir untuk ulang.
- Zikir. Istighfar. Tinggalkan terus perkara dosa itu.
- Secara umumnya dosa kecil atau besar tetap terampun dengan taubat. Tak solat taubat pun boleh asal saja dia sedar itu dosa dia. Taubat nasuha.
- Jangan rasa diri maksum dan bangga. Sombong.
- Cara mohon taubat (dosa besar): hukuman hudud (sebarang hukuman akan mengampunkan dosa). Barangsiapa yang dikenakan hukuman di dunia berdasarkan dosa itu, dia diampunkan. Orang yang dibunuh secara zalim (disengajakan) dosanya diampunkan.
- Dosa tergantung jika kita tak bertaubat (walaupun kita solat). Jika kita menyimpan duit, kita kena fikir juga dosa pahala sebab ada timbangan di akhirat.
- Allah bersifat pemurah akan mengampunkan dosa.
- Jaga hati. Selalu ingat mati.
- Yang mati syahid pun tak boleh masuk syurga selagi dia tak bayar hutang. Caranya hanya boleh jika dipulangkan haknya. Jika dengan manusia, kena selesaikan dengan manusia.
- Banyakkan mohon ampun untuk diri kita dan diri orang yang kita buat salah.
- Selesaikan dengan waris jika orang tu sudah meninggal.
- Jika malu contoh curi duit tabung masjid. Senyap senyap bayar balik pada masjid.

ALLAH Tempat meminta

- Doa adalah pergantungan makhluk kepada Allah. Punya ilmu dan kita akan bersungguh-sungguh.
- Boleh doa bagaimanapun. Insya-Allah makbulkan. Cuma jika daripada buku usahakan perbaiki cara kita berdoa. Sebutan.
- Solat jenazah itu doa. Kita ikhlaskan untuk sesiapapun moga dimakbulkan.
- Mulakan doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi. Adabnya mengadap kiblat. Suci (tak ada wuduk boleh tapi jika boleh beradab lebih baik). Tangan angkat tinggi tanda kehambaan , kehinaan.
- Doa kepada saudara itu mustajab. Ada malaikat akan ameenkan. Keluasan rahmat Allah.
- Ada tempat berkat doa.
- Dah buat baik berdoalah lepas tu.
- Doa hari jumaat dan bulan ramadhan antara doa dimakbulkan.
- Ketika sakit juga. Sebab hati benar mengharap Allah.
- Boleh minta umur panjang, boleh minta apapun selagi tak dosa. Kerana doa kepada Tuhan tiada keterbatasan. Tapi untuk apa kita panjang umur itu?
-Boleh doa jangan tua sia-sia. Boleh.

Tanyalah Ustazah -Pesan Rasulullah (ustazah Ainun Mardhiah)

- Lembut dengan suami
- Doa untuk dia. Sebut nama pasangan untuk lembutkan hati terutama bab solat
- Design hidup kita untuk akhirat yang baik.
-Jangan jadi seorang yang cenderung membawa seseorang ke dalam maksiat.
-Peluk anak-anak. Cakap baik-baik.
- ajar anak sebelum umur 7.
- Sabar ni buat lagi baik-baik. Doa. Jangan putus asa dengan anak tu.
- Memang ibu bapa kena tegur anak. Walaupun tiap hari.
- Jadi solehah kena tutup aurat. Jangan peluk bukan mahram. Jangan lawan cakap suami jika benda baik.
- Yang Allah pandang yang taqwa.
-Jadi isteri yang baik. Suami yang baik. Nabi pesan ingat mati. Kena fikir kita nak meninggal keadaan yang jadi apa. Baik atau tidak.
- Mohon Allah perbaiki hidup kita. Serahkan semuanya kepada Allah kerana di akhirnya yang kita mahukan adalah syurga. Sungguh-sungguh.

Tanyalah Ustaz. Berleter. Ustaz Hanafi & Dai Hilman.

-Positifnya perempuan kurang sakit jantung. Sebab suka berleter. Luah.
-Kena luahkan supaya tak penat simpan dalam.
-Psikologi: Anak nombor 2 & 4 tak suka leteran. Dia suka ringkas.
-Nombor 1, 3, 5 dia tak kisah.
-Leteran dan nasihat ini berbeza.
-Kena hati-hati
-Mak kena hati-hati supaya syaitan tak buat mak marah dan anak tu jadi derhaka.
-Kena sedar untuk buat yang terbaik.
-Masakan berpuluhan tahun ibu tak sama dengan isteri yang baru kahwin beberapa tahun.
-Kata kesat dalam ayat panjang kita cakap marah bukan leter.
-Malulah dengan Tuhan.
-Marah tu percikan daripada api neraka. Kena kawal. Kerana ia boleh membakar amalan kita.
-Diizinkan jadi AJK masjid atau apa saja adalah lantikan yang diizinkan Tuhan.
-Pekerja itu pembantu bukan pekerja semata. Kalau mereka tak bantu kita kita tak senang. Walaupun kamu bayar banyak kamu tak layak maki hamun dia. Pekerja bukan hamba.
-Tulis betul-betul.
-Berleter ada pro dan kontra. Ada kebaikan. Namun masa kena tepat dan kena sesuai pada orangnya. Insya-Allah akan jadi nasihat. Elak leteran banyakkan bentuk nasihat.

* Prof Muhaya (MHI) - Anda menilai kecemerlangan dalam hidup.

-Bukan denial. Cuma cara menerima itu diolah. Tak terima negativiti.
-Cara Rasulullah: orang beri jahat. Kita beri baik.
-Membina syurga dalam jiwa. Jika tiada syurga dalam jiwanya sukar nak menemukan syurga di sekelilingnya.
-Ada baik beri baik dapat baik.
-Maafkan orang.
-Kepelbagaian kecerdasan.
-Bagus solat.
-Penuh aura sayang dalam diri kita. Itu yang kita akan dapat.

Daya Tahan Iman. Tanyalah Ustaz
-Marah kesannya sangat dalam.
-Doa kita makbul kadangkala dengan cara kita diuji hari ini untuk menyelamatkan kita daripada mudarat yang lebih besar di masa depan.

Tanyalah ustazah. Ustazah Asmak. (Wanita Dan Solat).

- Ambil wuduk seeloknya bukan di tempat yang ada tandas adalah adab. Jika tak, cukup tutup / tidak memandang arah tandas. Wuduknya sah.
- Kalau sakit yang ada kantung najis atau usus di luar, bersihkan dulu. Orang sakit begitu, dibenarkan lewatkan solat (memudahkan).
- Keputihan kalau memang terlalu kerap kena buat macam cara orang ada istihadah solat.
Namun kalau biasa saja datangnya, bersihkan dulu. Sebab mazi tu najis. Kena pandai beza jenis keputihan.
- Bawa botol spray untuk solat memudahkan boleh solat duduk atas kapal terbang. Namun ada juga kapal yang dibenarkan berdiri solat.
* Cara Kusyuk solat:
-Hadirkan hati
-Kena faham
-Kena rasa kebesaran Allah
-Rasa takut dengan kehebatan Allah
-Ada harap dan yakin Allah terima
-Kena malu kerana Allah

* Ehwal islam: Iman vs nafsu (Ustaz Ravi & Ustaz Izhar)
-Jangan tinggal solat
-Baca Quran
-Banyakkan zikir
-Banyakkan sabar
-Tingkatkan ilmu

- Banyakkan muhasabah
- Ingat mati
- Sentiasa rasa syukur.

(Alkulliyyah: Ustaz Elyas. Dhuha)

-Kita semua pendosa.
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
(An-Najm 53:32)
-Jangan tengok orang macam kita rasa kita ahli syurga sangat. Lelaki dan perempuan semua ada dosa.
-Perempuan banyak dosa mulut lelaki dosa mata.

Kelebihan solat Dhuha:
-Diampunkan dosa (sebab waktu Dhuha ini biasanya orang susah nak ingat Allah, sibuk kerja atau uruskan hal).
- Allah akan cukupkan rezeki kita.
- Ucap tahniah sunnah. Elak dengki.

"Harta kita belum tentu rezeki kita. Rezeki itu sesuatu yang kita dapat ambil manfaat daripadanya."

  • Rasa cukup.
  • Jenis yakin dengan dhuha ni jenis berlapang dada.
  • Bersyukur apa yang ada.
  • Kalau pegang kepala bayi, doakan dia pandai tafsir Quran.
  • Pahala dhuha macam sedekah.


*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top